Zon Artis |
(Gossip) Rumah Tangga Juara Sehati Berdansa 3, Sein & Nana Goyah? Posted: 06 Dec 2010 08:20 PM PST Sebelum ini sudah beberapa pasangan selebriti yang pernah menyertai program realiti Sehati Berdansa bercerai. Rasanya anda sendiri pun sudah sedia maklum mengenai perkara ini dan tidak perlu rasanya kami highlight'kan lagi senarai pasangan yang sudah bercerai itu. Tapi kami nak hightlight'kan dengan gosip terbaru yang kami dengar dan ianya masih ada kaitan dengan 'badi' Sehati Berdansa di mana rumah tangga pasangan yang menjuarai Sehati Berdansa musim ke-3 iaitu Sein dan Nana dikatakan sudah sampai ke tahap retak menanti belah. Menurut gosip yang kami dengar itu, Sein dikatakan main kayu tiga dan sebab itulah rumah tangga mereka mulai goyah. Namun sejauh mana kebenarannya, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu. Tambahan pula, kalau nengok perwatakan Sein tu, macam tak logik pula dia main kayu tiga. Entah la. Malah ada satu status facebook Nana yang kami perolehi membuatkan kami tertanya-tanya adakah ianya ada kaitan dengan gosip ini? Berikut adalah status facebook tersebut, "Homewreckers are the worst kind of evil. Selfish breed. May Allah forgive them." Kami harap gosip yang kami dengar ini hanya khabar angin semata-mata sebab kami tak mahu senarai pasangan selebriti yang mengakhiri ikatan perkahwinan dengan penceraian bertambah. Tapi kalau betul, hopefully Sein dan Nana segera mencari jalan penyelesaian supaya rumah tangga dapat diselamatkan. Psstt: 2 netbook Acer untuk dimenangi. Tak nak ke? |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |