Adsense

Rabu, 7 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rockaway 2011 Hampa, SUM 41 & Dashboard Confessional Digantikan All Time Low & Story Of The Year!

Posted: 07 Sep 2011 09:04 PM PDT

Pada sidang media yang lepas, pihak Livescape sudah menjanjikan para peminat bahawa SUM 41 & Dashboard Confessional akan beraksi di konsert rock terbesar di Malaysia, Rockaway 2011. Namun  pihak penganjur telah membuat perubahan apabila kedua-dua band yang terkenal ini menarik diri dan digantikan dengan All Time Low & Story Of The Year yang tidak kurang hebatnya.

Rockaway yang lepas telah menerima hampir 10,000 penonton secara langsung dan 300,000 penonton di internet. Pada kali ini, pihak penganjur mengharapkan sokongan padu orang ramai dan mahu mengekalkan konsep siaran secara langsung di internet seperti sebelumnya.

Artis-artis tempatan yang akan memeriahkan konsert ini termasuklah Hujan, Jason Lo, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, Love Me Butch, Monoloque,  Metalasia, Pop Shuvit & Project E.A.R, They Will Kill Us All dan ramai lagi.

Konsert yang akan berlangsung pada 8 Oktober ini akan bertempat di Bukit Jalil dan tiketnya boleh dibeli secara online di airasiaredtix.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Flash News! Reese Witherspoon Dilanggar Kereta Ketika Joging!

Posted: 07 Sep 2011 08:43 PM PDT

Berita mengejutkan ini mengatakan Reese Witherspoon, 35, yang popular dengan filem "Sweet Home Alabama" telah dilanggar kereta ketika sedang berjoging.

Dia yang mahu melintas jalan pada ketika itu tiba-tiba dilanggar oleh seorang pemandu wanita yang berumur 84 tahun.

Wanita tua itu gagal memberhentikan kenderaannya pada masa kejadian tetapi dikhabarkan Reese Witherspoon hanya mengalami luka-luka kecil dan biasa sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sensasi

Sensasi


Video Kelakar: K-Malaysia-Pop

Posted: 07 Sep 2011 09:35 PM PDT

Gambar Khairul Fahmi beraya dnegan Dahlia Teck ,Masih belum putus tunang mengikut adat

Posted: 07 Sep 2011 09:19 PM PDT

Sebelum nie, Khairul Fahmi mengaku gambar berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapore adalah dirinya,sekaligus mengukuhkan lagi anggapan ramai terhadap perhubungan cinta antara mereka semasa Khairul Fahmi masih lagi tunangan orang.

Khairul Fahmi dah pun buat pengumuman memutuskan pertunangan dengan Elia,namun sehingga kini belum dibuat pemulangan cincin secara adat.

Kalau dia (Khairul Fahmi) 'jantan' sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami. Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan.

Khairul Fahmi berkata yang ini semua adalah salah faham. Berikut ialah kata-kata Khairul Fahmi:-

Saya anggap perkara ini sebagai salah faham sahaja. Lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie (Elia) dan ibu tirinya. Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut ada nanti.

Marsha Pengsan setelah menelan 30 biji Pill ,masih belum sedarkan diri

Posted: 07 Sep 2011 09:12 PM PDT

Dengar cerita Marsha telah jatuh dan pengsan di rumahnya pagi ini dieprcayai setelah menelan 30 biji pil sekaligus.

Masrha kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Menurut pengurus Marsha, dia bukan menelan 30 biji pil untuk membunuh diri,sebaliknya Marsha kebelakangan ini mempunyai masalah kesihatan.

Sehingga kini Marsha masih belum sedarkan diri.Sensasi harap takdalah perkara buruk berlaku.

Selebriti Hollywood dan Tattoo yang dibuang selepas berpisah dgn Kekasih

Posted: 07 Sep 2011 08:57 PM PDT

Angelina Jolie & Billy Bob Thornton














"I have Billy Bob tattooed down there so any time I do a love scene, the name is really, really clear." -Angelina Jolie
Q. "Where does that leave you?" A. "With a lot of dermatology appointments!" –Dipetik daripada temubual oleh Chris Heath (Rolling Stone) selepas perpisahannya dengan Billy Bob Thornton.


Angelina berkahwin dengan aktor Billy Bob Thortorn pada tahun 2000, ikatan cinta pasangan 'pelik' ini tidak cukup dibuktikan melalui ikatan perkahwinan, ciuman berahi di atas karpet merah depan umum malah turut dizahirkan melalui dakwat kekal di tubuh. Angelina telah mencacah tatu nama suaminya di bahagian sulitnya dan satu lagi pada bahagian lengannya. Manakalan Billy pula mengabadikan 'Angelina' pada otot lengannya. Namun bila rumahtangga mereka bergolak pada 2003, Angelina membuang tatu tersebut kemudiannya menutupi kesan tatu tadi dengan kordinat tempat lahir keenam-enam orang anaknya termasuk kordinat tempat lahir Brad. Manakala Billy pula memadam tatu nama Angelina menggantikannya dengan perkataan 'Peace' dan lukisan bermotif 'angel'

Britney Spears & Kevin Federline

























Sebagai tribute untuk suami tersayang, Kevin Federline yang memiliki tatu simbol dadu bewarna biru, Britney kemudiannya turut membuat tatu motif sama bewarna merah jambu. Walaubagaimanapun selepas mahligai rumahtangga mereka berakhir dengan pelbagai drama pada 2007, tatu 'tribute' Britney tersebut sudah tidak kelihatan lagi.

Johnny Depp & Winona Ryder














"I love Winona. I'm going to love her forever. Putting her on my arm solidified it. Tattoos are extremely permanent." -Johnny Depp
"I kept thinking it was going to wash off or something. I couldn't believe it was real...I mean, it's such a big thing, because it's so permanent." -Winona Ryder, ketika ditemubual oleh majalah Rolling Stone January 1991


Beruntung sungguh Winona kerana pernah terpahat dalam sanubari Johnny Depp suatu ketika dulu. Selain ikatan pertunangan, Johnny menzahirkan lagi rasa sayangnya dengan mengukir tatu 'Winona Forever'. Tapi apabila hubungan mereka terpisah sebelum menginjak pelamin, Johnny memadamkan perkataan 'na' menjadikan tatu tersebut 'Wino Forever'.

Pamela Anderson & Tommy Lee









Pam & Tommy berkahwin selepas empat hari berpacaran. Lari daripada cara tradisi iaitu bertukar cincin kahwin, Pam mengukir nama 'Tommy' di jari manisnya simbolik kepada cincin kahwin manakala Tommy mencacah tatu nama 'Pamela' di bahagian sulitnya. Selepas Pam memfailkan penceraian, Pam mengakui dia menghidap Hepatitis C akibat berkongsi jarum tatu dengan Tommy.

Denise Richard & Charlie Sheen










Denise mengukir tatu ama suaminya 'Charlie' pada buku lalinya manakala Charlie mengukir nama 'Denise' di bahagian pergelangan tangannya. Berkahwin pada tahun 2002, kurang daripada tiga tahun kemudia Denise memfailkan cerai. Dua hari selepas fail penceraian dikemukakan, Charlie serta merta membuang tatu 'Denise' yang jadi kebanggaannya itu.

Kerry Katona & Brian McFadden














Bekas ahli kumpulan Atomic Kitten, Kerry Katona telah memahatkan nama suami tersayang, Brian McFadden, ahli kumpulan Westlife pada bahagian punggungnya disamping ukiran tatu kartun 'Winnie the Pooh'. Mereka berkahwin pada 2002 sebelum bercerai pada 2004.


Tom Arnold & Roseanne Barr











Tabik spring dengan Tom Arnold kerana, selain ukiran tatu wajah isterinya Roseanne Barr yang tersenyum 'seram' pada bahagian dadanya, dia turut memahat nama timangan Roseanne, 'Rosey' pada bahagian punggungnya juga beberapa bahagian lain lagi. Manakala Roseanne pula memahat perkataan 'Property of Tom Arnold' pada bahagian pinggulnya. Malangnya, bila rasa cinta antara mereka sudah hilang, begitu jugalah jadinya dengan tatu masing-masing.

Ally Iskandar merisik gadis Terengganu untuk dijadikan bakal isteri

Posted: 07 Sep 2011 08:52 PM PDT

farahleedanally-iskandar


Ally Iskandar telahpun putus tunang beberapa hari selepas Khairul Fahmi Che Mat buat pengumuman untuk memutuskan tunang dengan Elia,tak silap senasi dalam bulan 8 mcm tue kot..

Menurut Ally,semenjak bertunang dgn bekas tunangnya itu,mereka semakin jauh,tidak serasi dan tiada sefahaman jadi terpaksa putus tunang ,namun Ally sedih sbb dah umur 35,punyai kerjaya yang mantap dan bersedia untuk berkahwin namun putus tunang pulak..

Tapi bak kata org,yang patah tumbuh,yang hilang berganti..Ally baru-baru nie merisik seorang gadis terengganu iaitu Farah Lee yang merupakan seorang pelajar yg skrg tgh belajar kat Korea.


kalau tgk gambar wajah mereka memang ada keserasian,ada jodoh lah agaknye tue...Semoga perhubungan Ally kali nie berakhir dgn ikatan pernikahan...

Woman's body Language

Posted: 07 Sep 2011 08:45 PM PDT



Wanita kadangkala dikatakan sebagai mahkluk yang rumit...
Mungkin kerana wanita lebih pemalu,tertutup,sopan dan tak mahu menyakiti hati secara terang terangan jadi bahasa tubuh memainkan peranan penting untuk menunjukkan sesuatu..

Jadi lelaki,boifren,suami,kawan lelaki dan kenalanmcuba fahami dan kenali bahasa tubuh wanita...

tapi kartun nie saje je..banyak lagi bahasa tubuh wanita..hehe..lain kali lah sensasi share...

Petua Wardina didik anak solat 5 waktu

Posted: 07 Sep 2011 07:53 PM PDT


BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap"…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?



Video Filem Pendek: There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly.

Posted: 07 Sep 2011 06:39 PM PDT



Kisah tentang seorang bapa yang pekak dan bisu dengan anaknya yang meningkat remaja...

Video Ucapan Raya oleh Lisa Surihani bersama Yusry KRU dan adik Mia Sara

Posted: 07 Sep 2011 03:48 AM PDT



Wah wah ,skrg pasangan sejoli nie makin terbuka menunjukkan hubungan cinta mereka...dengar kata nak kahwin secepat mungkin.. :)

Sebelum terlambat,erm hari nie adalah hari ke 8 raya...memang agak lambat lah sebenarnye,Sensasi busy di kampung halaman...Sensasi ingin mengucapkan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin andai ada melukai mana-mana pihak...dan juga dah 54 tahun 7 hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang tercinta...

Tahun nie raya best je buat Sensasi dan keluarga,sampai 2-3 minggu x hapdet blog..hee...
okey take care everibadi,,

Gambar Baby Krisdayanti yang baru lahir pada 5 September 2011

Posted: 07 Sep 2011 01:12 AM PDT

Kris Dayanti yang telah bernikah dengan suaminya Raul Lemos pada bulan march 2011,baru saja melahirkan anak perempuan sulung mereka,yang diberi nama Aryana Amora Lemos pada hari isnin 5 September 2011 pukul 2.21 ptg

Aryana Amora Lemos yang dilahirkan secara pembedahan itu adalah hasil perkahwinan kedua Krisdayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos.

Ujar Raul Lemos, "Alhamdulillah anak kami sudah lahir dengan selamat dan sihat. Beratnya sekitar 2.95 kilogram."

Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dan Nur Dayana di Mekah

Posted: 07 Sep 2011 12:08 AM PDT

Maaflah Sensasi lambat update maklumlah baru habis beraya di kampung..Sibuk dgn keluarga,ziarah menziarahi,cuti-cuti Malaysia.. :)

Pada 1 Syawal 1432H, Ashraf Muslim dah selamat diijab Kabulkan dengan tunangnya Nur Dayana di Tanah Suci Mekah..Alhamdulillah..

Seronoknya dahlah dapat beraya bersama sebagai suami isteri,bahkan dapat bernikah di Mekah,Tanah Suci..semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Majlis Resepsi Ashraf tak silap sensasi akan diadakan pada 24 September di Malaysia..



Zizan dan Jue Saling Sayang Menyayang

Posted: 06 Sep 2011 11:59 PM PDT

Sama Padan ,sama Lawa...dua-dua berjaya menempa nama dalam dunia industri hiburan tanah air.

juliana Evans nie sejak mengacarakan rancangan Remaja,masa tue dia dgn Aidid Marcelo jadi pengacara,memang Sensasi dah suka tgk,comel dan cantik..selepas menamatkan persekolahan barulah Jue aktif berlakon dan modelling..kat Malaysia nie wanita berwajah Pan-Asian memang laku...tp kalau laki ,mesti yang Macho2 dan kemelayuan sikit kaalau Pan-Asian taklah lakuu sgt kot..hehe

dah lama kemesraan Jue dgn Zizan nie..tp dua2 mengaku kawan jer...ye kerrrr??

Pergi kemana slalu berdua,bergurau senda,hepi dan ada chemistry...Jue siap ckp dia dah mcm Semi-single (ke memang dah x single lagi..aha)

Pada firasat Sensasi lah kan..Deraang berdua nie memang bercinta,cum masing-masing setuju untuk ckp kawan je sebab nak jaga publisiti...memang ramai ckp peminat zaman skrg dah tak mcm dulu yang nak minat selebriti single je...tp sensasi rasa gossip cinta sedikit sebanyak menjatuhkan saham artis...

Jom dgr Komen Zizan dan Jue..




Komen Zizan Tentang gossip hubungan Cinta Zizan dan Juliana Evans.

"Saya bukan hendak berdolak dalih tapi ya, saya mengakui saya sangat sayangkan Jue (panggilan mesra Zizan kepada Juliana Evans) tetapi lebih kepada sayang sebagai seorang kawan baik. Saya berani mengakui Jue adalah satu-satunya wanita yang rapat dengan saya sekarang ini. Ada keserasian tapi tiada bibit-bibit perasaan ke arah percintaan."

"Bila berkawan dengan perempuan cantik seperti Jue ramai yang tidak percaya kalau saya cakap kami hanya berkawan baik, tapi saya lebih selesa berkawan dengannya. Saya boleh berkongsi pandangan, minta nasihat, usik-mengusik, sakat menyakat dan sebagainya. Seronok berkawan dengan Jue kerana dia seorang yang berfikiran terbuka, banyak ilmu dan pengalaman, pendek kata saya gembira bersamanya." Jelas Zizan sambil berseloroh nakal.

Menyentuh tentang pengalaman digandingkan pertama kali dengan Jue juga pertama kali berkerja dengan pengarah Ahmad Idham menerusi filem komedi seram, "Hantu Bonceng". Zizan menyifatkan berkerja dengan kedua-dua individu ini satu pengalaman berharga buatnya.

"First time berlakon dengan Jue memang seronok dan apa yang saya boleh simpulkan adalah Jue memang professional ketika bekerja. Chemistry antara kami juga kuat, kata orang keserasian itu ada dan itu yang memudahkan kerja kami."

"Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan sekaligus menjayakan filem arahan Ahmad Idham ini. Seronok bekerja dengannya. Dia seorang pengarah yang berkaliber, boleh menerima pendapat pelakon, kelakar tapi dalam masa yang sama serius berkerja," tambah Zizan



Komen Jue Evans berkaitan hubungan rapat dengan zizan

"Saya dengan Zizan memang sangat rapat, tapi perasaan saya terhadap dia tidak lebih perasaan kasih kepada seorang kawan. Saya selesa dengan hubungan kami berdua sekarang jadi saya tidak mahu sebarang perasaan yang lebih dari seorang kawan bakal merosakkan hubungan persahabatan kami. Jadi biarlah begini, saya gembira," ujar pelakon berdarah Melayu-Inggeris ini.

Jue turut mengakui Zizan antara lelaki yang rapat dengannya buat masa ini. Malah Jue turut mengagumi jejaka kelahiran Dungun,Terengganu yang disifatkannya seorang yang kuat berlawak, penyanyang, mengambil berat, matang dan komited dengan karier.

"Kalau ditanya siapa lagi lelaki yang rapat dengan Jue, Zizan adalah antara orangnya. Dia punya kriteria lelaki idaman yang saya cari tetapi sayangnya bibit-bibit cinta antara kami belum berputik. Mungkin kami hanya ditakdirkan sebagai kawan sahaja."

"Buat masa ini Jue lagi senang dilabel 'semi single', maknanya belum berpunya tapi ramai kawan lelaki. Maknanya saya ramai kawan lelaki cuma lelaki yang bergelar 'kekasih' belum ada lagi," ujar pelakon filem 'Kami The Movie" ini lagi ketika ditemui di Tayangan Perdana filem "Hantu Bonceng" baru-baru ini.

Ketika ditanya pengalaman serta kesukaran sepanjang berlakon dalam filem komedi seram, "Hantu Bonceng" yang bakal menemui pawagam 31 ogos ini. Jue menjelaskan tidak banyak kesukaran menjayakan filem tersebut meskipun harus menggalas tiga watak berbeza.

"Memegang tiga watak berbeza iaitu watak gadis kampung lurus bendul, watak hantu dan gadis jahat memang agak mencabar. Bayangkan untuk watak hantu sahaja, saya kena mekap berjam-jam, naik treler dan sebagainya. Tapi adengan paling mencabar bila saya kena menghafal mantera pelik untuk adengan nasi kangkang, memang seram."

"Selain itu juga, saya berdepan dengan kesukaran untuk menutup mulut Zizan kerana dia tidak pandai berhenti buat lawak. Sampai ada satu tahap saya terpaksa mengarahkannya untuk berhenti buat lawak. Dia berhenti, tapi enam minit kemudian dia sambung lagi,"

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis & Movie Still Filem Raya Tak Jadi

Posted: 07 Sep 2011 08:05 PM PDT

Raya Tak Jadi di pawagam 15 September 2011

Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan.

Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu.

Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya.
Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan. Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob.

Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob.

Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Pendek Hari Raya
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti Nur Kasih The Movie
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Synopsis The Restless Directed by Jo Dong-oh
  • Bonet Kereta Saiful Apek Diisi Dengan Mayat?
  • Movie Day Out Filem WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw
  • Sinopsis Senario The Movie Episode 1
  • Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Posted: 07 Sep 2011 06:30 PM PDT

    SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MAMEE

    Sebelum lebaran Aidilfitri menjelma tempohari, Budiey berkesempatan untuk bersama-sama Mamee meraikan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang menetap di Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Quran Hashimiah yang terletak di No 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Mulanya agak sukar untuk mencari lokasi Madrasah Hashimiah ni. Beberapa kali juga tersesat jalan, namun dengan bantuan seorang rakan, Budiey akhirnya berjaya sampai dan memijak kaki di Madrasah yang dibina di kawasan rumah kedai ini.

    Selain rasa sangat seronok, Budiey kira ini adalah kali pertama Budiey dapat rasakan pengalaman seperti ini. Perasaan berbaur-baur dengan sayu dah pilu melihat penghuni rumah ni, tambahan pula hari raya masa tu dah nak dekat.

    Terima kasih buat Mamee yang sudi menjemput Budiey untuk turut sama memeriahkan suasana. Sememangnya, kehadiran kami di petang 23 Ogos lalu dialu-alukan oleh pengasas madrasah anak yatim ini iaitu Ustaz Hafiz Hashimiah.

    Menurut Ustas Hashimiah, madrasah ini dibina dengan peluh dan keringatnya sejak 11 tahun lalu ini kini semakin dipenuhi dengan pelajar dan anak-anak yatim.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Bangunan 3 tingkat di deretan kedai dan gudang di Selayang ini sebenarnya menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Budiey sebenarnya kagum apabila diberitahu, dengan hanya sumbangan sebanyak RM200 sahaja dari orang ramai ianya dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah. Alhamdulilah.

    Tambahan lagi, apabila kehadiran kami, beberapa orang wakil dari Mamee sebagai penaja yang menyumbangkan makanan juadah berbuka puasa pada hari itu memberikan sinar keceriaan buat penghuni rumah anak yatim dan pelajar tahfiz.

    Bukan itu sahaja, mereka juga turut menerima duit raya dan hamper dari Mamee. Budiey lihat mereka begitu excited dan teruja sangat bila dapat berbuka bersama dengan kami. Bukan apa, Budiey tanya mereka, kenapa sangat happy bila kami datang, mereka terus jawab, yang mereka suka makan mee Mamee.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Oh ya tak ya, Mamee kan dah lama berada di pasaran iaitu lebih dari 40 tahun. Kesemua mereka dah tahu produk Mamee ni. Ye lah, kanak-kanak khususnya tentu suka dengan makanan mee ni.

    Yang penting sekali, produk ini tak perlu diragui kerana ia dah diperakui sebagai produk yang HALAL oleh JAKIM.

    Buktinya, korang boleh buka laman web rasmi JAKIM. Di situ, korang boleh buat carian dengan menaip: PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD. Pergi ke tab SYARIKAT. Kemudian, klik ikon sebelah tarikh tu untuk melihat senarai produk MAMEE yang ditelah disahkan HALAL oleh JAKIM. Sangat mudah.

    mamee

    Jauh di sudut, meresap juga rasa simpati dan empati dengan nasib mereka. Dahlah tiada ibu dan bapa, duduk pula merempat dan tiada tempat bergantung. Nasib baik ada madrasah ni boleh juga bertumpang teduh.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Ramai juga teman di Facebook dan Twitter yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah.

    Semasa Budiey tiba di Madrasah jam 6 petang, Budiey dapat saksikan sendiri mereka cuba untuk berdikari dengan menjual menu berbuka puasa di luar madrasah sebagai pendapatan sambilan bagi tabung madsarah ini. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Sebelum berbuka, Budiey sempat berbual-bual dan mengenali lebih dekat dengan kehidupan anak-anak yatim di madrasah ini. Menurut adik Abdul Jalil yang menetap di sini hampir 4 tahun, selain beliau dapat belajar menghafaz Quran di sini, beliau juga turut diajar dengan mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran asas yang lain. Jumlah guru tetap di sini hanya ada 3 orang dan Budiey rasa seperti tak mampu untuk menampung jumlah anak yatim yang semakin hari semakin ramai.

    Sepanjang bulan puasa, kelas pembelajaran bermula dari jam 9.30 pagi hinggalah 1 tengahari. Kemudian mereka akan memasak bubur lambuk untuk dijual sehingga jam 3 petang. Seterusnya, mereka akan keluar untuk menjual bubur lambuk tersebut sepanjang bulan puasa. Satu bungkus bubur lambuk dijual dengan harga RM2 sahaja.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Bergambar kenangan bersama adik Abdul Jalil

    Menurut adik Abdul Jalil, setiap kali datang bulan puasa, pasti ada sumbangan dari orang ramai dan persatuan yang sudi membantu. Yang paling best, apabila mereka dijemput berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Pada hari itu, walaupun dalam keadaan yang sederhana, kami berbuka puasa sama-sama dengan bubur lambuk dan kuih muih. Seterusnya, kami menjamah pula hidangan juadah yang ditaja oleh Mamee. Mmm… memang sedap dan best bila dapat berbuka puasa beramai-ramai macam ni. Selain ianya menyedarkan kita, betapa kat luar sana ramai lagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan, kita juga insaf yang kita perlu ada tanggungjawab untuk membantu mereka. Tak banyak, sedikit pun jadilah. Sekurang-kurang, ringan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Selepas berbuka puasa, dan perut masing-masing dah kenyang diisi dengan juadah berbuka dari Mamee, tiba masa untuk mereka beramah mesra dengan maskot Monster Mamee. Sebenarnya, mereka sangat surprise dan terkejut giler masa maskot Monster Mamee ni tiba-tiba datang masuk ke dewan.

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Mereka tak jangka pun. Jadi, ramai kanak-kanak-kanak semua lari bertempiaran dalam ketakutan. Tapi bila lama kelamaan mereka tenang sikit dan cuba-cuba bermain-main dengan maskot ni. Kelakar gak bila tengok diorang ni dari takut bertukar jadi minat nak dekat-dekat, tepuk tampar dengan maskot Mamee ni.

    Masa nak balik tu, kat luar hujan lebat secara tiba-tiba. Tapi demi anak-anak ni, wakil dari Mamee sanggup untuk meredah segala.

    Penutup kata, terima kasih kepada Mamee kerana sudi memberi peluang kepada Budiey untuk turut bersama-sama di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Madrasah Hashimiah tempohari.

    Untuk info lanjut, sila layari Facebook Fanpage Mamee Monster:- www.facebook.com/pages/Mamee-Monster

    Mamee Sllrrrp:- www.facebook.com/pages/Mamee-Sllrrrp

    Antara gambar-gambar yang sempat Budiey ambil:


    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Berbuka Puasa Bersama Mamee

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi
  • Mamee Raikan Anak-Anak Yatim Sambil Berbuka Puasa
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Astro 2011
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing