Pasangan yang ideal Posted: 03 Feb 2012 09:30 PM PST Pasangan ideal, adalah pasangan yang keduanya yang saling melengkapi kekurangan satu sama lainnya bukan yang saling mencari kesalahan dan kekurangan pasangannya, kalau satu pihak memerlukan bantuan maka boleh dibantu oleh yang lain. Mengharungi suka duka bersama dengan tulus dan ikhlas. Cuba kita perhatikan kehidupan pasangan yang serba kekurangan ini mengharungi kehidupan. Walaupun serba kekurangan namun mereka saling lengkap melengkapi. Mari belajar dari pasangan Fatima dan Ahmad dalam saling melengkapi saat mengarungi bahtera rumah tangga berdua, mencapai keluarga yang bahagia kerana yang seorang tidak bertangan dan yang seorang tidak berkaki. |
Pemuda salah cium Posted: 03 Feb 2012 09:15 PM PST |
Awek kencing atas kubur sambil merokok Posted: 03 Feb 2012 09:00 PM PST Ini jenis awek tak geti adab (mungkin memang jenis bangsa tak beradab).Cuba perhatikan gambar ini.. |
Kerja gila Posted: 03 Feb 2012 08:45 PM PST |
Gambar korban kanser akibat merokok Posted: 03 Feb 2012 08:30 PM PST INILAH AKIBAT MEROKOK.Gambar-gambar ini korban penghidap kanser akibat merokok. Ternyata bahaya merokok itu lebih parah daripada apa yang kita bayangkan... |
Gambar orang tua terdampar setelah hadiri pesta seks Posted: 03 Feb 2012 08:15 PM PST Hebat orang tua ini.Pesta -pesta walaupun umur dah hampir usia..lagak macam orang muda..Cuba lihat gambar -gambar ini.... dan akhirnya selepas berseronok, ke hospital juga kerana menyangka diri masih bertenaga Nasib masih hidup dan tersenyum... bk-minta Tuhan hindari kita berperangai seperti mereka...... |
Gemuk tapi stylish Posted: 03 Feb 2012 08:00 PM PST Georgina Doull, seorang gadis berbadan besar yang tinggal di Great Britain, telah membuat satu blog untuk menampilkan semua rekaannya untuk memberikan inspirasi ke orang berbadan besar.Walupun mempunyai bentuk tubuh yang besar tetap boleh bergaya...untuk ke blognya sila klik bk-kepada yang berbadan besar anda masih boleh bergaya dan jangan rendah diri.Yang paling penting aurat hendaklah dijaga dalam kita sibuk untuk bergaya. |
Guni berisi mayat Posted: 03 Feb 2012 07:45 PM PST |
Wanita ini Lebih Cantik jika dilihat Terbalik. Posted: 03 Feb 2012 07:30 PM PST Ini gambar wanita yang lebih cantik jika dilihat terbalik
cantik kan ..gambar dibawah jika dilihat dalam posisi sebenarnya cantikan yang terbalik kan |
Banduan menambahkan gambar babi pada stiker kereta polis Posted: 03 Feb 2012 07:15 PM PST Seorang banduan penjara yang membuat alat tulis dan plat nombor kendaraan telah membuat marah polis di Montpelier, Vermount, dengan menambahkan gambar babi ke stiker kereta peronda mereka . Stiker pintu kereta berukuran 16 inci tersebut dibuat oleh para tahanan di Windsor. Dimana salah satu corak lembu pada gambar telah diubah berbentuk seekor babi, sebuah istilah penghinaan bagi polis. Banduan menambahkan gambar babi pada stiker kereta polis dengan menyembunyikannya pada corak yang terdapat di tubuh lembu. Seorang polisi di Vermont menemukan gambar babi tersebut saat dia memeriksa kendaraannya pada hari Rabu (01/02). Dan para polis itu mengatakan bahawa mereka percaya stiker tersebut telah ditampal ke sekitar 30 kereta peronda mereka tahun lalu. Sekitar 60 stiker dibuat selama dua tahun terakhir, kata Andy Pallito, ketua , yang menyelidiki siapa dan bila modifikasi tersebut dibuat. |
Adik Kembar Mona Lisa ditemukan di Sepanyol Posted: 03 Feb 2012 07:00 PM PST Ternyata lukisan tersohor milik Leonardo da Vinci itu punya adik kembar! Lukisan yang amat mirip dengan Mona Lisa baru saja ditemukan di Sepanyol. Dibuat oleh murid da Vinci sendiri. Museum seni Prado di Madrid, Sepanyol baru saja menemukan kopi dari lukisan terkenal da Vinci "Mona Lisa" atau disebut juga dengan "La Gioconda" pada hari Rabu kelmarin. Lukisan itu dinyatakan asli dan pelukisnya dipastikan adalah murid dari da Vinci. Para ahli dari museum Madrid tidak sedar akan kehadiran lukisan yang mirip dengan Mona Lisa itu walaupun lukisan tersebut sudah dipamerkan selama bertahun-tahun di dalam museum. Kerana pada saat dipamer, lukisan tersebut berlatar belakang gelap. Setelah diadakan upaya restorasi barulah ditemukan bahawa latar belakang lukisan tersebut sangat mirip dengan gambar latar belakang pada lukisan Mona Lisa karya da Vinci. Ahli dari museum tempat dimana lukisan Mona Lisa karya da Vinci tinggal, iaitu museum Louvre di Paris, ikut serta menentukan keaslian lukisan tersebut bersama dengan para ahli dari Prado. Lukisan ini akhirnya dinyatakan asli dan menurut mereka lukisan tersebut juga dikerjakan pada waktu yang bersamaan dengan lukisan Mona Lisa karya da Vinci. Ukuran kanvas-nya pun sama. Menurut ketua museum Prado, Gabriele Finaldi, penemuan lukisan ini dapat memberi informasi berharga kepada para ahli mengenai bayangan paras Mona Lisa yang sebenarnya. Lukisan ini rencananya baru akan dipamerkan secara rasmi pada 21 Februari nanti, dan baru akan dipamerkan di Louvre pada bulan Jun nanti. The Star |
Peniaga tertipu beli susu berkulat Posted: 03 Feb 2012 06:45 PM PST KOTA BHARU - Seorang peniaga kecewa setelah mendakwa dia tertipu membeli susu yang dilelong di Pasar Malam Pauh Lima, Bachok pada malam Selasa lalu. Peniaga berkenaan, Wan Zah Wan Ibrahim, 46 berkata, susu pekat tersebut dibeli setelah pengunjung pasar malam berkenaan berpusu-pusu mendapatkan susu terbabit. "Semasa membelinya, saya ada tanya mengenai tarikh luput susu itu kerana musykil kenapa ia dijual murah, namun peniaga menjawab tarikhnya pada Julai nanti. "Tin susu kebanyakannya kemek dan ketika itu saya syak ia susu lama, tetapi saya tidak pasti kenapa saya teruja untuk membelinya sehingga balik ke rumah, saya terkejut melihat susu berkulat dan berwarna kekuningan," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Wan Zah berkata, pada malam tersebut, peniaga itu melelong susu dengan tawaran harga RM10 untuk sembilan tin susu pekat. Menurutnya, memandangkan dia memang memerlukan bekalan susu pekat untuk meniaga jagung kukus, dia membeli susu terbabit sebanyak RM10. "Saya bernasib baik kerana menuang susu ke dalam bekas lain terlebih dahulu dan tidak tuang terus ke dalam jagung kukus, jika tidak, sudah pasti pelanggan saya mengalami keracunan makanan. "Saya berharap perkara ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa dan orang ramai diminta tidak mudah terpedaya mendapatkan susu murah," katanya yang kesal kerana peniaga itu sanggup menipu tarikh luput kepada pelanggannya.
sumber : sinar harian |
Pelacur asing dicekup tanpa baju Posted: 03 Feb 2012 06:30 PM PST SHAH ALAM - Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air, sebelum menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah polis menyerbu premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin. Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam yang curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda itu. Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA, Selangor, dijalankan, malam, kelmarin. Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan. "Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China, masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis serta tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun," katanya semalam. Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil di bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket pelacuran. Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran polis. Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan.
sumber : sinar harian |
Remaja dipenjara kerana bercium Posted: 03 Feb 2012 06:15 PM PST ABU DHABI - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.
Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.
Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.
Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.
Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.
sumber : kosmo online |
Humban dari tingkat 7 Posted: 03 Feb 2012 06:00 PM PST KUALA LUMPUR: Kematian seorang wanita berusia 20-an yang pada mulanya disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, awal pagi semalam, nyata berunsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa. Sikap rakan serumah mangsa yang hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu mengenai kesan melecur itu menimbulkan keraguan, sekali gus menyebabkan mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurut sumber, penahanan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 24 tahun itu dilakukan kerana siasatan awal mendapati ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari kediamannya. Sumber itu berkata, sebelum itu polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam. "Selepas memeriksa mayat mangsa, polis mendapati ada kesan lecur di badannya dipercayai akibat disimbah air panas. Berikutan itu Unit Forensik dipanggil ke lokasi kejadian untuk memeriksa kediaman mangsa. "Hasil pemeriksaan, dirumuskan ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu. "Rentetan itu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang juga rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan," katanya. Menurutnya, sebelum itu ketika disoal siasat ketiga individu terbabit hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai kecederaan dialami mangsa. "Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan kepada polis dan mengesyaki ada unsur jenayah lain dalam kes kematian mangsa dan bukan membunuh diri," katanya. Sumber itu berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbukti kematian mangsa dalam kes ini disebabkan perbuatan jenayah dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan yang dibuat. sumber : myMetro |
Apek terus difitnah dikatakan punca anak usahawan putus tunang Posted: 03 Feb 2012 05:45 PM PST KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila didakwa sebagai punca terputusnya ikatan pertunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di negeri ini yang hanya bertahan selama 28 hari.
Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi. Dakwaan itu kemudian dipetik di beberapa laman blog hiburan, semalam.
Wartawan Harian Metro yang mendapatkan penjelasan daripada bekas tunang Leuniey semalam mengesahkan hubungan mereka berakhir pada 14 Januari lalu selepas bertunang pada 16 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, dia enggan namanya disiarkan, namun mengakui dia anak seorang usahawan terkenal di negeri ini. sumber : myMetro
|
Angkara jururawat cuai Posted: 03 Feb 2012 05:30 PM PST KOTA KINABALU: Pilu hati sepasang suami isteri apabila anak mereka berusia dua tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam otak, kini kritikal dan didakwa akibat kecuaian jururawat. Bapa kanak-kanak itu, Laifi Joseph, 42, mendakwa seorang jururawat tersilap memasukkan cecair dipercayai susu ke saluran darah anaknya, Fiebienly Laifi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini, empat hari lalu.
Menurutnya, anak perempuannya yang juga orang kelainan upaya (OKU) baru selesai menjalani pembedahan dan kimoterapi selepas disahkan menghidap tumor dalam otak.
"Saya kesal dengan sikap jururawat itu yang cuai ketika menjalankan tugas sehingga nyawa anak saya terancam," katanya ketika ditemui Harian Metro, di hospital itu, semalam.
Menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 7 pagi pada 1 Februari lalu ketika dan dan isteri melawat Fiebienly yang ditempatkan di PICU.
"Kami terkejut apabila mendapati tiub di bahagian ketiak kiri Fiebienly yang biasanya menyalurkan ubat dipenuhi cecair seperti susu, manakala lengannya mulai membiru," katanya.
Laifi berkata, dia terus memanggil doktor bertugas ketika itu dan pegawai perubatan itu kemudian mengarahkannya keluar dari wad untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan.
Katanya, mengikut prosedur setiap jam 6 pagi atau selepas tiga jam anaknya akan diberikan susu. "Saya yakin jururawat tersilap memasukkan susu di saluran yang tidak betul kerana biasanya makanan hanya disalurkan melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung.
"Selepas kejadian itu, ada doktor dan pihak pengurusan menemui saya dan menyatakan permohonan maaf di atas kesilapan itu," katanya.
Menurutnya, apa dikesalkan kini pihak hospital seolah-olah cuba menyembunyikan kesilapan itu dan berdolak-dalih.
"Saya mahu tahu siapa individu yang bertanggungjawab dan dia perlu meminta maaf secara berdepan dengan saya kerana ia membabitkan nyawa manusia.
"Apatah lagi, anak saya baru berusia dua tahun dan OKU pula," katanya yang 'menetap' di hospital berkenaan sejak tiga bulan lalu.
Laifi berkata, selepas kejadian terbabit, dia mendapati tubuh anaknya semakin susut.
"Walaupun doktor menyatakan anak kami tiada sebarang masalah akibat kejadian itu, kami tetap bimbang kerana perubahan berat badan agak ketara," katanya.
"Anak kami baru saja menjalani pembedahan dan masih dalam keadaan lemah, berlaku kejadian ini pula," katanya.
Sehubungan itu, Laifi membuat aduan kepada pihak hospital mengenai perkara itu kerana bimbang kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini pada masa depan.
"Saya juga sudah membuat laporan polis kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap anak kami selain hospital tidak mahu bertanggungjawab," katanya yang turut mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang.
Ibu mangsa, Debbie Lee, 25, mendakwa individu yang melakukan kesilapan itu tidak pernah bertemu suami atau dirinya meminta maaf.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika dihubungi, memberi jaminan pihaknya akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara itu.
"Ini kes serius kerana membabitkan kecuaian. Saya akan meminta hospital itu memberi laporan penuh kejadian sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.
sumber : myMetro |
Pukul anak hingga berbirat Posted: 03 Feb 2012 05:15 PM PST KUALA LUMPUR: Muka dan badannya bukan saja bengkak, tetapi turut dipenuhi kesan berbirat akibat dirotan dengan penyangkut baju oleh bapanya sejak hampir sebulan lalu. Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 36 tahun bertindak kejam merotan dan memukul anak lelakinya itu yang berusia dua tahun kerana tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian terbaru jam 5.30 petang di rumah mereka di Kepong, di sini, kelmarin, mangsa sekali lagi 'dibelasah' bapanya hanya kerana enggan berhenti menangis. Malah, ibu mangsa yang berusia 23 tahun dan cuba mempertahankan anaknya itu turut dipukul.
Tidak tahan menyaksikan penderitaan anak lelakinya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, jam 11.30 malam.
Menurut sumber, dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak terbabit dipercayai menangis disebabkan kesakitan kerana dipukul suspek. "Bapa mangsa yang rimas mendengar tangisan anaknya itu naik berang lalu merotan mangsa menggunakan penyangkut baju," katanya.
Sumber berkata, ibu mangsa cuba melindungi mangsa. "Ibu mangsa turut dipukul hingga cedera di bahu kiri," katanya.
Katanya, suspek meninggalkan rumah berkenaan dan kesempatan itu digunakan ibu mangsa menghubungi rakannya bagi memaklumkan kejadian itu.
"Rakan ibu mangsa datang dan membawa mangsa membuat laporan polis," katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan masih ditahan di wad hospital berkenaan.
Sebaik menerima laporan kejadian itu, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan menghubungi bapa mangsa dan memintanya tampil bagi merakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Katanya, bapa mangsa memberikan kerjasama. Selepas percakapannya dirakamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan.
Berdasarkan percakapan pengadu (isteri) dan keterangan daripada suspek selain laporan perubatan kanak-kanak terbabit, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai dera.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit, namun enggan mengulas lanjut.
Katanya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
sumber : myMetro |
Suami baran lenyek kereta isteri Posted: 03 Feb 2012 05:00 PM PST SUNGAI BULOH: Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak 'gila' apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin. Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram. Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk.
Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu. "Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air. sumber : myMetro |
Mayat menggelembung disangka patung Posted: 03 Feb 2012 04:45 PM PST TANJUNG KARANG: Misteri bau busuk yang dihidu ibu bapa ketika mahu mengambil anak mereka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yik Khwan, di sini, semalam, terbongkar dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan menggelembung, di Sungai Kampung Bagan Pasir, bersebelahan sekolah itu tengah hari semalam. Pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Shahrul Nizam Mohd Pamuji, 25, berkata dia menerima aduan ibu bapa pelajar sekolah itu mengenai bau busuk dari arah sungai, jam 12.30 tengah hari.
Menurutnya, dia dan beberapa ibu bapa pergi ke jambatan berhampiran sekolah itu sebelum terlihat sesuatu terapung di sungai berkenaan. "Kami nampak sesuatu terapung seperti patung di sungai itu. Walaupun kedudukan kami ketika itu kira-kira 50 meter, namun bau busuk amat menusuk.
"Selepas diamati benda yang terapung itu bukan patung, tetapi mayat seorang wanita berbaju tidur.
"Saya menghubungi polis sebelum mayat wanita berusia 30-an itu diangkat pada jam 1.15 tengah hari dengan bantuan bomba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang menggunakan alat khas pencangkuk untuk menarik mayat itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
sumber : myMetro |
Tetap ingin kahwin walaupun bukti menunjukkan adik- beradik Posted: 03 Feb 2012 04:30 PM PST Bermula pada awal pertemuan yang tak terduga mereka berkenalan di sebuah kelab malam di Ireland dan jarak rumah mereka berdua lebih kurang 100m.Mereka pada mulanya hanya berkawan dan kemudian saling cinta -mencintai.
Tetap mahu berkahwin
Sehingga mereka mendapat seorang anak walaupun tidak bernikah. Setelah itu James dan Maura (bukan nama sebenar) ingin bertemu dengan ibu Maura, kerana ibunya ingin berkenalan dengan calon menantunya dan ibunya mendapati mereka berdua memiliki nama ayah yang sama.Ibunya telah membuat penyiasatan dan mendapati mereka berdua adalah adik beradik yang mempunyai bapa yang sama dan berlainan ibu.
Tak puas dengan kenyataan itu James dan Maura pun melakukan ujian DNA dan ujian itu membuktikan mereka adalah adik beradik. Namun hal ini tidak membuat cinta diantara mereka goyah, mereka berdua tetap komitmen untuk meneruskan hubungan walau Undang Undang setempat di Ireland melarang pernikahan mereka. Mereka juga bercadang untuk memiliki anak yang kedua.
Kejadian ini bermula ibu James menjalin hubungan dengan seorang pemuda berusia 19 tahun hingga lahirnya James.Namun begitu ibu akhirnya bercinta pula dengan pemuda yang lain.Kedua ibubapa James akhirnya berpisah membawa haluan masing-masing. Ayah James berkahwin dengan wanita lain sehingga mendapatkan anak perempuan bernama Maura.Sijil kelahiran mereka berdua dengan jelas mereaka mempunyai nama ayah yang sama. (link)
|
Bagaimana menunjukkan kasih sayang? Posted: 03 Feb 2012 04:15 PM PST Bagaimanakah menunjukkan kasih sayang pada orang kita cintai? Adakah dengan memberikan bunga?
Adakah dengan memberikannya cincin berlian?
ATAUPUN BEGINI??? |
Pernikahan Paling Mewah Dan Mahal Di Dunia Berlaku Di China Posted: 03 Feb 2012 04:00 PM PST Perkahwinan ini adalah perkahwinan antara selebriti China, Liu Tao, dengan anak seorang konglomerat yang sangat berpengaruh di China. Puluhan (bahkan ratusan) kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Porcshe.Yang paling hebat adalah mobil paling mahal di dunia ini (Rolls Royce Phantom) juga ada. Rolls Royce Phantom Ferrari F430 Spider Lamborghini Gallardo LP560-4 Bentley Flying Spur bukan satu Phantom tapi.....??? Range Rovers di sebelah kiri dan Porsche Cayennes disebelah kanan. Ferrari 575M Audi A8. Ferrari 360 Spider
|
Inikah dia jenis isteri yang di takuti suami? Posted: 03 Feb 2012 03:45 PM PST Agaknya inilah jenis isteri yang di takuti oleh para-para suami.... Kalau kena hempap , lenyek agaknya... |
Tengkorak bayi dibedah seperti jigsaw puzzle Posted: 03 Feb 2012 03:30 PM PST
Seperti memainkan puzzle, pasukan doktar di England membedah tengkorak seorang bayi lalu membentuknya kembali dengan susunan yang berbeza. Langkah dramatik ini dilakukan untuk mencegah kerosakan kekal di otak bayi tersebut. Phoebe Grimes, di lahirkan dengan keadaan yang disebut craniosynostosis. Kelainan ini membuat tengkoraknya membeku, sehingga otak yang terus berkembang akan mengalami tekanan berlebihan kemudian rosak secara berkekalan. Ibunya, Claire menyedari kelaianan dengan Phoebe ketika bayi itu baru berusia 6 minggu. Terdapat bahagian tertentu di kepalanya yang tampak lebih kecil daripada yang sepatutnya, sehingga Claire mulai rasa risau sebab ukuran kepalanya tidak sama dengan anak sulungnya. Doktar Kanak-kanak di Hospital Birmingham tidakdapat memastikan diagnosisnya hingga beberapa minggu kemudian. Doktar hanya dapat mengidentifikasi kelainan yang diderita bayi malang tersebut ketika usianya telah mencapai 3 bulan dan tekanan di otaknya telah mencapai keadaan yang hampir kritikal. Dokter mengatakan, Phoebe tidak mempunyai pilihan selain menjalani pembedahan untuk menyusun kembali struktur tulang tengkoraknya. Jika tidak dilakukan segera, di kuatiri kerosakkan di otaknya akan lebih teruk apabial dia mula bersekolah kelak. Setelah 4 bulan diagnosis diberikan, Phoebe sudah cukup kuat untuk menjalani pembedahan. Doktar memotong tengkorak secara zig-zag dari telinga satu ke telinga yang lain, lalu menyusunnya kembali supaya dapat memberi ruang bagi otak untuk terus berkembang. Pembedahan itu mengambil masa selama. Bekas luka dengan alor zig-zag itu membuat kepala Phoebe seolah-olah boleh pecah pada bila -bila masa. Namun kini, bekas itu sudah tidak kelihatan di kepala Phoebe yang kini telah berusia 3 tahun. Berkat pembedahan zig-zag ini, Phoebe boleh menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain.(link) |