Adsense

Khamis, 8 Julai 2010

Belajar buat blog

Belajar buat blog


Menukar jumlah komen kepada perkataan

Posted: 08 Jul 2010 06:28 PM PDT

 Pada setiap posting pada kebiasaanya akan memaparkan link dengan jumlah komen(sekiranya ia di onkan) dan terpapar "0 comments" dan jika terdapat 1 komen ia akan memaparkan "1 comments",dimana paparan ini agak kurang menarik seolah olah  mcm menyuruh membuat komen(one comment pun boleh diubah pada kod dibawah.)Perkataan ini boleh juga ditukarkan kepada "Leave your Comment" atau lain perkataan yang kita suka.Berikut adalah cara nya:


1. Pada Design pilih,Edit HTMLdan seterusnya klik kotak "Expand widgets template"
2. Seterusnya cari kod ini:

<b:if cond='data:post.allowComments'>
<a class='comment-link' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><b:if cond='data:post.numComments == 1'>
1 <data:top.commentLabel/>
<b:else/>
<data:post.numComments/> <data:top.commentLabelPlural/>
</b:if>
</a>
</b:if>
dan tukarkan dengan kod ini:

<b:if cond='data:post.allowComments'> <a class='comment-link' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'> <b:if cond='data:post.numComments == 0'> Leave your comment </b:if> <b:if cond='data:post.numComments == 1'> 1 Comment </b:if> <b:if cond='data:post.numComments > 1'> <data:post.numComments/> Comments </b:if> </a> </b:if>

3. Seterusnya cari kod ini:

<b:if cond='data:post.allowComments'>
<h4>
<b:if cond='data:post.numComments == 1'>
1 <data:commentLabel/>:
<b:else/>
<data:post.numComments/> <data:commentLabelPlural/>:
</b:if>
</h4>

dan tukarkan dengan kod ini:

<b:if cond='data:post.allowComments'> <h4> <b:if cond='data:post.numComments == 0'> Leave your comment </b:if> <b:if cond='data:post.numComments == 1'> 1 Comment: </b:if> <b:if cond='data:post.numComments > 1'> <data:post.numComments/> Comments: </b:if> </h4>

Tulisan berwarna gelap(bold) boleh ditukarkan dengan perkataan yang diinginkan.
Selamat mencuba.
Enhanced by Zemanta

Blog BOM321

Blog BOM321


Ayam Togel !

Posted: 08 Jul 2010 12:39 PM PDT

naked chick
Siapalah yang menganiaya ayam ni!

Beranikah Anda Melakukan Aksi Ini ?

Posted: 08 Jul 2010 08:30 AM PDT

crocodile hunter
Surrender!!!!

Wanita Ini Ada, Tapi Dia Tidak Di Lahirkan !

Posted: 08 Jul 2010 06:32 AM PDT

Wanita ini ada, tetapi tidak dilahirkan, pelik bukan? yang sebenarnya wanita ini adalah lukisan yang diberi nama "TICA", lukisan ini seakan-akan hidup dan wujud.
painting of tica
painting of tica
painting of tica
Seperti manusia yang betul

Signboard Untuk Lembu !

Posted: 08 Jul 2010 05:25 AM PDT

signboard for cow
Lembu sekarang dah pandai membaca ke?

Gambar Anak Erra Fazira & Anak Dynaz Mokhtar.

Posted: 08 Jul 2010 04:20 AM PDT

Gambar Anak Erra Fazira & Anak Dynaz Mokhtar.
Comel macam mak!

Budak Bersahabat Karib Dengan Monyet !

Posted: 08 Jul 2010 01:37 AM PDT

kids with monkey
kids with monkey
kids with monkey
kids with monkey
Mungkin dah tiada manusia untuk berkawan baik

Motosikal Boleh Naik 9 Orang !

Posted: 07 Jul 2010 11:05 PM PDT

Apa kelebihan motosikal lama? motosikal honda lama ini boleh dinaiki 9 orang sekaligus,
tak percaya? bukti ada...
rider fail
Tapi orang yang ke-9 tu selamba je duduk dalam baldi!

Gambar Anak Anjing Yang Comel Baru Nak Belajar Makan !

Posted: 07 Jul 2010 10:16 PM PDT

puppies
puppies
Hotdog palsu pun hotdog palsulah, janji boleh makan!

Jomss Layansss!!

Jomss Layansss!!


Radhi OAG Jelaskan Siapakah Nur Shahira

Posted: 07 Jul 2010 02:09 PM PDT


Sebelum ini kami memaparkan gambar Radhi OAG bersama seorang perempuan belasan tahun bernama Nur Sahira Ayu. Andaian Nur Sahira adalah kekasih baru Radhi OAG mula timbul apabila Radhi membawa Nur Shaira ke mesyuarat agung Karyawan.

"Kawan biasa sahaja. Tiada perhubungan serius. Lagipun dia masih bersekolah di tingkatan 4. Prioriti dia adalah pelajarannya dan bukan bercinta," katanya kepada MStar Online.

Radhi menjelaskan, dia mula mengenali Nur Shahira bertemu ketika Radhi terlibat dalam satu persembahan di pusat beli-belah The Curve, Damansara, Kuala Lumpur.

Bermula dari situlah mereka menukar nombor telefon masing-masing.

Berbicara tentang gambar yang diambilnya bersama gadis itu pada mesyuarat agung Karyawan di Finas tempoh hari, Radhi memberitahu, dia membawa Nur Shahira untuk mengajaknya menyertai Persatuan Karyawan. - mStar Online




p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...

borak kosong

borak kosong


Kisah Malang 4

Posted: 08 Jul 2010 06:17 AM PDT

Majlis pelepas semula dua ekor anjing laut telah di adakan.Dimajlis itu telah di nyatakan kos yang rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak ialah USD$ 80,000.Pada majlis itu seorang VIP telah dijemput untuk melepaskan dua ekor anjing laut itu.
Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak kerana anjing laut itu telah pulih akibat tumpahan minyak serta telah dilepaskan kembali ke habitatnya.Tak sampai beberapa minit orang rama i telah melihat satu kejadian yang amt mengerikan....kedua-dua ekor anjing laut itu telah di baham oleh sekumpulan ikan paus pembunuh.

Kisah Malang 3

Posted: 08 Jul 2010 02:13 AM PDT

Khay Rahnajet seorang penentang di Iraq.Dia merupakan pakar membuat bom.Dia telah menghantar satu surat yang di panggil "Letter Bomb" kepada seorang musuhnya.Surat itu akan meletup apabila sampulnya di buka.Tapi malangnya surat itu telah dikembalikan kerana tidak dilekatkan setem yang mencukupi.Khay Rahnajet terlupa bahawa itu "Letter Bomb',dia pun membukanya...boom!!!.Berkecai badan Khay Rahnajet.

Kisah Malang 2

Posted: 08 Jul 2010 01:09 AM PDT

Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khizir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn Jerman.
Sedang mereka leka memprotes,tiba-tiba beribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan kearah pagar dan pagar itu patah.Kedua-dua aktivis itu tidak dapat mengelak dan mereka mati serta merta kerana dipijak oleh ribuan kerbau pendek itu.


p/s hati-hati melakukan pekerjaan....(sebuah kisah selingan aje)

Fakta tentang Paul The Sotong Gurita

Posted: 08 Jul 2010 12:02 AM PDT

Fakta tentang PAUL THE SOTONG GURITA
  •  Gurita jantan kelahiran England
Sekalipun sekarang hidup di Akuarium Sea Life Centre, Oberhausen, Jerman, Paul lahir di Weymouth, Inggris, dan dipindahkan dari Weymouth Sea Life Park (ke Jerman).

  •  Diburu manusia
Seorang juru masak Argentina, Nicolas Bedorrou, begitu marah ketika Paul secara tepat meramalkan bahawa Argentina akan dikalahkan Jerman padasuku akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Ia bahkan mengancam akan memburu Paul untuk dimasak.

  •  Berita besar
 Paul telah mengundang perhatian ramai orang kerana sebuah stesen TV Jerman, NTV, mulai rajin menyiarkan secara langsung RAMALAN  Paul, dengan dua reporter berdiri di sebelah akuariumnya sehingga PENONTON mengetahui cara Paul membuat ramalannya.

  • Selebriti terbesar di Oberhausen
Paul merupakan hal paling populer di Oberhausen, sebuah kota, yang menurut Wikipedia, seluas 77 kilometer persegi dan berpenduduk 214.000 jiwa. Selama ini, kota itu hanya dikenal karena memiliki pusat perbelanjaan terbesar di Jerman, Centro.

  •   Ramalan yang hampir sempurna
Paul mulai meramal hasil pertandingan sejak Piala Eropa 2008 Swiss-Austria dan ia meramal enam pertandingan Jerman, dengan empat di antaranya benar. Ia menyebut Jerman akan memenangi semua pertandingan. Faktanya, Jerman kalah dari Spanyol di final.

Pada Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, sejauh ini, semua ramalan Paul tentang Jerman benar, termasuk soal mereka akan kalah dari Spanyol pada semifinal.

  •  Haiwan cerdas
Gurita adalah haiwan cerdas dan terbukti memiliki ingatan kuat. "Gurita biasa seperti Paul sangat cerdas. Kami menyamakan kecerdasan mereka dengan anjing dan mereka menyukai masalah dan suka menyelesaikannya," kata Fiona Smith.

  •  Selebriti di Facebook dan Twitter
Paul menjadi salah satu topik pembicaraan paling HANGAT dijejaring sosial. Frase "Paul the Octopus" dan "Pulpo" (bahasa Spanyol untuk Gurita) masuk sepuluh yang di cari diTwitter .

  •  Tanpa di reka
Paul meramalkan sesuatu pertandingan dengan membuka tutup salah satu dari dua bekas makanan di akuariumnya. Staff Oberhausen Sea Life Centre, Tanja Munzig, membantah dikatakan bahwa ada sesuatu yang diletakkan di salah satu bekas. "Tak ada penipuan. Makanan sama dan segalanya di kedua bekas itu sama, kecuali benderanya," kata Munzig.

  •  Tak takut ancaman pembunuhan
Menurut pengawasnya, Oliver Walencak, Paul tak takut diancam oleh penyokong Argentina yang menyalahkannya atas tersingkirnya Argentina dari Piala Dunia 2010 karena kalah 0-4 kepada Jerman. 

sumber-telegraph news

Bilik Lindsay Lohan Untuk Lepak 90 hari

Posted: 07 Jul 2010 11:04 PM PDT


Inilah kemungkingan sel di Century Regional Detention Facility in Lynwood, California, di mana Lindsay Lohan akan di tahan untuk 90 hari.


Seorang hakim semalam menjatuhkan hukuman penjara 90 hari terhadap pelakon, Linday Lohan selepas mendapati dia bersalah melanggar syarat pengawasan dalam kes arak.Lindsay bagaimanapun tidak ditahan serta-merta. Dia dibenar melaporkan diri untuk menjalani hukuman itu pada 20 Julai tetapi diarah terus memakai gelang pengawas alkohol sehingga tarikh itu.Dia mengangis teresak-esak ketiak hakim membuat keputusannya.

Paul punya penangan....

Posted: 07 Jul 2010 09:52 PM PDT

Sejak sotong Paul berjaya meramalkan setiap keputusan perlawanan dengan tepat, sotong ini semakin popular dan menjadi fenomena.Sotong ini telah berjaya mengalahkan tukang -tukang peramal atau tukang tilik manusia.Paul si sotong kurita ini menjadi fenomena.........


                       ada sotong yang di ubah menjadi 'manusia '




                  ada  yang menjadikan sotong sebagai cenderamata 




             ada kanak-kanak yang mengukir gambar sotong di muka




                                dan "Paul The Sambal Sotong"

Wanita Belasah Bekas Teman Lelaki

Posted: 07 Jul 2010 09:04 PM PDT

Hasrat seorang lelaki memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana mahu berkahwin dengan gadis lain mengundang padah apabila dibelasah bekas teman wanitanya sehingga parah dan patah kaki kanan.Wanita 40an yang berpura-pura mengajaknya datang kerumahnya sebelum membelasah lelaki itu dengan dua batang kayu yang di sembunyikan di bawah katil.Wanita itu juga merampas telefon bimbit dan jam tangan lelaki itu sebelum melarikan diri.-harian metro

Mike Tyson Menangis di Raudah

Posted: 07 Jul 2010 08:09 PM PDT

 Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.Dia yang di temani oleh Ketua Persatuan Dakwah Kanada Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad ,Mike Tyson begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW.Dia menangis lebih setengah jam sambil mengangkat tangan.Di Raudah dia mengerjakan solat ,membaca Al Quran dan berzikir.-agensi

Terajang Isteri Sedang Mengandung Kerana Bersembang Dengan Jiran Lelaki

Posted: 07 Jul 2010 07:12 PM PDT

Akibat cemburu seorang lelaki tergamak menolak isterinya sebelum menendang perut wanita terbabit yang sedang mengandung dua bulan di rumah mereka.Kejadian ini berlaku kerana suaminya tidak puas hati  apabila mengetahui isterinya bersembang dengan seorang jiran lelaki yang tinggal berhampiran rumah mereka.Wanita itu bernasib baik kerana kandungannya tidak terjejas dan hanya mengalami cedera ringan.-harian metro

Hirup Sup Uri

Posted: 07 Jul 2010 06:09 PM PDT

Untuk memastikan diri kekal cantik dan awek muda ,ada wanita yang sanggup makan uri bayinya sendiri yang biasanya di buat sup.Lebih menjijikan lagi,sebahagian pengemar uri untuk awek muda ini adalah wanita Melayu yang beragama Islam.Amalan jijik ini didedahkan oleh seorang tabib Cina di bandar Johor Bahru.Uri atau plasenta merupakan bahan utama dalam pembuatan kosmetik. Tapi untuk mendapatkan kesan yang lebih mereka sanggup untuk memakan uri yang didakwa dapat memberikan tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama melahirkan melalui pembedahan.Ada juga uri di jadikan dalam bentuk kapsul.Amalan sonsang ini di amalkan kerana terpengaruh dengan teori kekal cantik dengan memakan uri.-harian metro


p/s kecantikkan hanya sementara sahaja....

Sotong Ramal Piala Dunia Diancam Bunuh

Posted: 07 Jul 2010 05:23 PM PDT

Paul sotong yang meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia 2010 ini telah membuat ramai penduduk Argentina yang mahu meratahnya.Penyokong -penyokong Argentina menyalahkan sotong itu punca kekalahan pasukan itu kepada Jerman.
Namun penjaga haiwan itu berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan Paul terjamin-kosmo


p/s semalan ramalannya tepat lagi Sepanyaol kalahkan Jerman (1-0)..sebab tu sotong ramal piala dunia di ancam bunuh.

Panahan Petir Luar Biasa

Posted: 07 Jul 2010 11:02 AM PDT

petir Pictures, Images and Photos

Pada tahun 1899,panahan petir membunuh seoarang lelaki yang berdiri di belakang rumahnya di Tarato Itali.Tiga puluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1929 anak lelaki si mati terkorban dengan cara yang sama tidak berapa jauh dari tempat ayahnya terbunuh.
Pada  8 Oktober 1949 pula ,Rolla Primarda,generasi ketiga keluarga itu,anak mangsa kedua menemui ajal dengan cara yang sama.Masyarakat setempat menuduh lelaki itu terkena sumpahan lalu menghantui beberapa generasi berikutnya.
Apa yang dialami keluarga itu  turut menimpa seorang pegawai tentera British,Mejar Summerlord.Pada awaktu hujan renyai tahu 1918,Summerlord sedang menunggang kuda dan merentasi sebuah padang di Flanders terdengar bunyi dentuman kuat.Dia tercampak beberapa meter dan kemudiannya mendapati kudanya terbunuh di sambar petir.
Walau bagaimanapun,dia hanya lumpuh dan ditamatkan perkhidmatan serta berpindah ke Vancourver,Kanada.Lima tahun kemudian,Sumerlord menghabiskan waktu petang dengan berehat di bawah sebatang pokok,sekali lagi petir hampit menyambarnya.Dia terselamat.Pada musim bunga tahun yang berikutnya semasa dia bersiar-siar di telah di panah petir di kawasan lapang taman itu dan kali ini dia maut di sambar petir.
Empat tahun kemudian semasa hujan lebat,kubur Summerlord juga telah di panah petir.Hingga kini,tiada siapa yang dapat menjelaskan kenapa petir sentisa mengejarnya kemana sahaja.