Adsense

Isnin, 18 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Platun Harimau Perangi Komunis Di TV2

Posted: 18 Jul 2011 10:45 PM PDT

Platun Harimau Perangi Komunis Di TV2

Cubaan pihak tertentu untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini merupakan rancangan jahat untuk merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat. Justeru rakyat yang mempunyai pemikiran waras, berkeluarga, berpendidikan, berniaga dan mempunyai kepentingan lain, harus bangkit menentang fahaman jahat yang tidak sah di sisi undang-undang negara ini.

Cuba tampil dengan misi sama mahu memupuk kesedaran sekaligus menambah semangat cintakan negara yang aman dan harmoni, Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba menarik tumpuan terutama di kalangan remaja yang di harap menjadi tunggak negara pada masa hadapan dengan menyiarkan sebuah drama bersiri terbaharu yang diadaptasi daripada sebuah novel perang bertajuk Platun Harimau hasil karya Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid.

Zul Huzaimi ... pelakon utama Platun Harimau

Platun Harimau yang menemui penonton mulai 21 Julai 2011, setiap Khamis, jam 9.00 malam di TV2 arahan En Razali Mohd Yussof dengan kerjasama TD dangan Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd dalam 13 episod siarannya ini juga dilihat menyumbang kepada menyemarakkan semangat rakyat negara ini menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal di raikan 31 Ogos depan.

Bertujuan menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas bertindak kejam kepada rakyat negara ini Platun Harimau mengaspirasikan kejayaan Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang telah berjuang habis-habisan menentang komunis. Malah hingga ramai yang terkorban, tercedera, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Pada masa sama, Platun Harimau menyeru supaya anak-anak Malaysia bangkit menentang golongan yang menperjuangkan komunis.

Babak-babak menarik dalam Platun Harimau mengangkat kisah sebenar yang berlaku disekitar era 1980-an yang dilalui oleh pasukan RAMD yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai `Black Jacket'. Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong (Wilayah Siam) yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.

Penggambaran drama ini diadakan di sekitar kawasan hutan Tapah, Perak dan Kem Sg. Udang serta Kem Terendak, Melaka dan mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. Barisan pelakonnya pula terdiri daripada Zul Huzaimi, Norman Hakim, Yatt Hamzah dan ramai lagi di samping pelakon tentera termasuklah anggota daripada PULPAK, 4 RAMD dan 4 RSD.

Terdahulu Panglima Tentera Darat, Jen Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin telah diberi penghormatan untuk melancarkan Drama Bersiri Platun Harimau di Wisma Transit pada 18 Feb lalu.

pelakon utama Platun Harimau

Zulhuzaimi dan Yatt Hamzah bergandingan dalam Platun Harimau

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Majalah 3 Papar Merdeka Dalam Darurat
  • Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers
  • Bunga Raya Untuk Su Tin Lakonan Wan Hanafi Su, Louisa Chong
  • Lirik Lagu Belasmu Nikki
  • Beto Kusyairy, Zarina Zainordin dalam Telemovie Rel Waktu di TV2
  • KISAH MISTERI DALAM DRAMA BILIK NO. 13
  • Drama Sempena Hari Merdeka di TV2
  • Program Menarik Radio Ai FM
  • Dokumentari Suatu Ketika LASKAR SENOI di Astro Prima
  • Belum Rainforest Resort
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rakaman Program Raya SEDETIK MUZIK

    Posted: 18 Jul 2011 10:24 PM PDT

    Khas buat seluruh peminat muzik Evergreen tanahair, TV3 bakal membawakan kepada anda sebuah konsert mini istimewa "SEDETIK MUZIK" yang akan bersiaran pada bulan Syawal nanti.

    Konsert yang akan berlangsung selama 60 minit ini diwarnai oleh persembahan memukau artis terkenal senior dan ditemani bakat-bakat baru yang akan mendendangkan lagu-lagu hits dan popular yang akan menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah.

    Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini menggandingkan 5 orang artis dari 2 generasi lama dan baru! "SEDETIK MUZIK" menampilkan nama-nama yang bakal mengegarkan pentas seperti Shila Amzah, Azlan & The Typewriter, Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black.

    Kalau mahu ke program raya TV3 "SEDETIK MUZIK" korang boleh hadir di rakaman yang akan berlangsung pada:

    Hari/Tarikh :  24 Julai 2011 (Ahad)

    Waktu :  8.00 malam (Rakaman bermula pada jam 8.30malam)

    Tempat  : Sri Pentas 2, Tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

    Fara Fauzana
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4
  • ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN "KECOH PETANG RAYA"
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Rakaman Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Rakaman Mentor Raya 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Rosyam Nor bakal pegang watak King dalam Kl Gangster 2

    Posted: 18 Jul 2011 11:09 PM PDT

    Kebelakangan nie memang kecoh jugak kat internet mengatakan yang Rosyam Nor bakal terlibat dengan Kl Gangster 2.

    Sesiapa yang belum tengok Kl Gangster? rugi kalau tak tengok,pergi tengok skrg,kalau subscribe kat Astro first pun boleyh..

    Aksi dan skill lawan nampak real ,pelakon semuanya manly dan macho-macho belaka.Dialog boleh tahan kelakar especially part Ajib "Sengattt" haha memang lawak je....watak Abang Long Padil (Zizan Raja Lawak) pun kelakar je..

    Okey berbalik tentang watak Rosyam Nor dalam KL gangster 2,menurut Rosyam Nor, dia memang ada mendapat tawaran berlakon dalam Kl Gangster 2 dari Dato' Yusof Haslam tapi semuanya masih dalam perbincangan.

    Watak yang bakal diberikan kepada Rosyam adalah watak "King"...

    Tapi kalau kita tengok dalam Filem KL Gangster,watak King bukankah telah dibunuh oleh Shark?

    Jadi Sensasi rasalah ,nie andaian sensasi jer lah,mungkin Kl Gangster 2 nie adalah cerita permulaan /flashback kisah sebelum Malek masuk penjara..mungkin Rosyam Nor adalah King versi muda kans...cuba korang tengok Rosyam botak kan ade je iras King..hee..

    So mesti watak abang Long Padil,Ajib semuanya masih ada la kot nanti...

    P/s: sensasi sedih bila abang Long Padhil kene rodok pisau dengan Shark.







    Yasmin Hani bakal berkahwin dengan Shahrin (Bekas Suami Ida Nerina) Ogos ini

    Posted: 18 Jul 2011 10:08 PM PDT



    Diam tak diam dah setahun Yasmin Hani dan Shahrin ,bekas drummer Blackrose ,dan juga bekas suami Ida Nerina yang mencetuskan kontroversi perceraian mereka selepas Ida Nerina lumpuh dan berkerusi roda.

    Menurut Yasmin,dia dan shahrin ada banyak persamaan dan saling melengkapi antara satu sama lain,dan bercadang untuk mengakhiri perhubungan cinta dengan ikatan perkahwinan pada Ogos ini.

    Okeylah tue,tak elok bercinta lama-lama sebenarnya sebab takut jodoh makin jauh..Sensasi pun rasa taknak la bercinta lama-lama dah banyak pengalaman bercinta bertahun tapi kecundang ditengah jalan,baik kahwin je cepat2..

    gambar kenangan Shahrin dan Ida nerina

    Gambar Pernikahan Nurul Syuhada dan Raja Amir, Video Pra Perkahwinan

    Posted: 18 Jul 2011 09:47 PM PDT

    Sensasi kedemam-an minggu nie...sakit badan,sakit kepala,selsema ,semua ada...huhu...tapi takpe la,aku redha :) bukankah sakit menghapuskan dosa-dosa kecil..aha

    Apepun tahniah kepada pasangan pengantin baru iaitu Pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain yang cantik manis ,27, dengan pasangannya pegawai bank Raja Amir shah Raja Azwa,29 di Binjai On The Park, KLCC, pada malam Sabtu selepas solat Isya, 16 Julai 2011. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan pada hari Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

    Sebelum nie Nurul pernah bercinta dengan Mejar Faiz dan hampir bertunang dan melangsungkan perkahwinan bersama,namun jodoh takda.

    Video Pra-Perkahwinan mereka nie comel sangat..layan..



    Zon Artis

    Zon Artis


    Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah AF2 & Johan

    Posted: 18 Jul 2011 04:40 AM PDT

    GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

    Gambar malam berinai sudah, gambar di majlis pernikahan pun sudah. Kali ini gambar sekitar majlis resepsi pula dimana majlis resepsi Farah AF2 dan Johan ini berlangsung pada Sabtu lalu (16 Julai 2011) di Pusat Maritim Putrajaya. Tanpa membuang masa, jom layan gambar-gambar sekitar majlis resepsi Farah AF2 dan Johan kat bawah ni.

    GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

    GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

    GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

    GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

    GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

    + Foto kredit to GUA

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    aReaL&Celebrity

    aReaL&Celebrity


    Gambar Majlis Pernikahan Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Amir

    Posted: 17 Jul 2011 09:44 PM PDT

    Petang Kelmarin Berlangsung Sudah Majlis Yang Dinantikan Ramai Iaitu Pasangan Dua Sejoli, Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Amir Bertempat The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.Mereka Yang Berpakaian Serba Putih Kelihatan Begitu Awesome Sekali Ketika Berada Di Atas Pelamin.. Selamat Pengantin Baru Buat Nurul Dan Amir.. Semoga Berkekalan Selamanya... Amin..





    Gambar Dari OHBULAN Dan Video Yang Super Cute Ini Datangnya Dari CST PRODUCTION. ...!!!



    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    borak kosong

    borak kosong


    Kesian..pemain bolasepak beli Harley Davidson tapi tak boleh tunggangi

    Posted: 18 Jul 2011 09:00 PM PDT


    Mario Balotelli senangnya buat sensasi. Diam-diam dia membeli sebuah motor Harley-Davidson. Ia pun mengeluarkan banyak wang untuk melengkapinya dengan aksesories dari kulit asli.

    Biasanya, ia membawa Ferrari kemana-mana selama di Inggris. Tapi, niat Balotelli menunggang dengan Harley-nya ternyata tak kesampaian. Kerana, pihak kelab Man-City tidak memberikannya izin menunggang motor. Kerana tidak ada jaminan insurans dari kelab untuk kemalangan motir. Lagi pula sangat berbahaya.

    "Dia (Balotelli) sudah keluar banyak wang. Ia ditertawakan rakan-rakannya kerana minta izin ke kelab untuk menaiki motor tersebut," ungkap salah seorang sumber di Man-City kepada The Sun. Izin tak dapat, Balotelli hanya boleh membelek Harley kesayangannya.

    Kasus seperti ini pernah terjadi pada bekas pemain pasukan Inggris, Paul Gascoigne. Saat Gascoigne memperkuat klub Glasgow Rangers, ia beli Harley tapi tak pernah ditunggangi kerana juga tak dapat izin dari kelab.

    Begitu ia pindah kelab, rumah di Glasgow pun dijual. Gascoigne membawa semua barangnya, kecuali motor Harley-nya yang tertinggal. Rupanya, ia lupa punya motor Harley maklum belum pernah di tunggangi.

    Kerana nak elak £2 ,kereta dimasuki air masin

    Posted: 18 Jul 2011 08:00 PM PDT


    PORTSMOUTH, Britain - Seorang pemandu di Britain kerugian besar semata-mata dia mahu mengelak daripada membayar tiket pakir berharga cuma £2 (RM9.60), lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yang mahu mengelak daripada membayar tiket parkir bertindak memilih untuk meletakkan keretanya secara percuma di tepi sebuah pelabuhan di sini daripada memasuki sebuah kawasan kereta berdekatan.

    Pemandu itu kemudian menaiki tren untuk menuju ke London pada Jumaat lalu.

    Namun, tindakannya memakan diri apabila keretanya mula dibanjiri air laut ketika air pasang dan beralih kedudukan kerana dibawa arus.

    Kereta Alfa Romeo berharga £30,000 (RM145,507).

    Polis gagal mengesan pemilik kereta itu tetapi berjaya menghubungi menantunya, Steve Sterling.

    Menurut Sterling, bapa mentuanya akan kecewa apabila mengetahui mengenai kejadian itu-Agensi

    sumber : kosmo online

    Kasanovo dari Asia Barat banjiri London dengan kereta putih

    Posted: 18 Jul 2011 07:00 PM PDT


    LONDON, Britain - Sekumpulan kasanova kaya dari Asia Barat tiba di pusat bandar di sini dengan menaiki puluhan kereta sport yang semuanya berwarna putih, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kumpulan jutawan berganda berkenaan singgah untuk menginap di sebuah hotel mewah, Hotel Dorchester, semasa mereka dalam perjalanan untuk menjelajah ke beberapa destinasi menarik di Eropah sempena percutian musim panas.

    Antara kereta mewah yang dipandu mereka termasuk kereta sport Koenigsegg Agera R yang berharga £1 juta (RM4.8 juta), Bugatti Veyron berharga £1.2 juta (RM5.8 juta), Maybach Xenatec berharga £600 ribu (RM2.9 juta) dan tidak terkecuali, sebuah Ferarri 599 yang memiliki harga jualan £200 ribu (RM967,586) di Britain.

    "Nampaknya putih menjadi warna trend pada tahun ini," kata seorang graduan kejuruteraan berusia 22 tahun yang berada di lokasi itu.

    Ramai warga Arab kaya-raya memilih untuk melancong ke Eropah pada bulan ini untuk mengelakkan suhu ekstrem di negara-negara Asia Barat yang mengalami musim panas. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Kereta isteri Purea William di lelong

    Posted: 18 Jul 2011 06:00 PM PDT


    LONDON - Sebuah kereta terpakai milik isteri Putera William, Kate Middleton gagal menarik sebarang bidaan selepas dua hari diiklankan untuk dilelong.

    Kereta Volkswagen Golf 1.4 berwarna biru itu kini dijual menerusi laman lelong eBay dan ia pernah digunakan oleh Kate dan William semasa mereka belajar di Universiti St Andrews, Scotland.

    Walaupun telah dibeli dengan harga £10,818 (RM52,511) di Edinburgh pada tahun 2001, pemilik sekarang, Sonner Brazil telah meletakkan harga £20,000 (RM97,072) kerana ia mempunyai sejarah.

    Kereta itu hampir tidak digunakan sejak ia telah dijual oleh keluarga Kate.

    Kate dan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain berkahwin pada April lalu.

    Pendaftaran pertama pemilik kenderaan itu tertera nama Kate yang membelinya pada November 2011, beberapa bulan selepas dia dan William menjadi rakan. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Cikgu suka maki pelajar mungkin alami gangguan mental

    Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

    KUALA LUMPUR - Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Batu Caves yang didakwa sering memaki serta melakukan gangguan seksual terhadap murid-muridnya dipercayai mengalami gangguan mental.

    Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit, Ramlan Suparman, pihaknya telah dimaklumkan bahawa guru itu mengalami masalah kesihatan dan mempunyai surat perakuan perubatan.

    "Difahamkan guru tersebut ada masalah kesihatan dan ada surat doktor. Kami sudah bawa perkara ini untuk dibincangkan dengan pengurusan sekolah selepas laporan mengenai kejadian ini didedahkan dalam akhbar dan atas desakan ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menjadi mangsa.

    "Saya yakin tindakan sudah diambil oleh pihak sekolah namun, sebagai penjawat awam, mereka perlu mengambil tindakan berdasarkan prosedur dan tatacara yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    Kosmo! pada Sabtu lalu mendedahkan mengenai tindakan pelik seorang guru yang didakwa melakukan gangguan seksual selain kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan tanpa sebab.

    sumber : kosmo online

    Lihat aksi lelaki ini

    Posted: 18 Jul 2011 11:01 AM PDT










    Hebat...Lelaki ini dikerumuni 26 kg lebah

    Posted: 18 Jul 2011 10:01 AM PDT

    HUNAN - Seorang petani dari China, Wang Dalin (42) baru saja memenangkan sebuah pertandingan yang memerlukankan keberanian yang tinggi, yakni bertahan dikerumuni jutaan lebah.

    Wang Dalin berhasil mengalahkan pesaingnya Lv Kongjiang (20) dengan berhasil bertahan dikerumuni lebah selama 60 minit dengan lebah sebanyak 26,86 kilogram.

    Sedangkan Kongjiang hanya berhasil dengan lebah sebanyak 22,9 kilogram selama 60 minit. Demikian lansir Dailymail, Isnin (18/7/2011).

    Kedua peserta tersebut bersaing dengan berdiri selama 60 minit, hanya mengenakan seluar pendek dan kaca mata renang untuk melindungi mata.

    Acara ini menarik perhatian banyak penonton dan membuat semua yang menyaksikan terpesona.

    Kesian ..ibu mengandung ini ketagihan ubat pemutih

    Posted: 18 Jul 2011 09:01 AM PDT


    BIRMINGHAM - Jika sedang berada pada masa kehamilan, lazim jika seorang wanita menginginkan sesuatu yang pada sehari-harinya mungkin tidak dia inginkan.

    Namun apa yang diinginkan Veness Emma (26) pada masa kehamilannya yang kedua ini, mungkin tidak dapat dikatakan sebagai hal yang wajar. Veness mengaku menjadi suka meminum produk-produk pembersih. Seperti dikutip Dailymail, Isnin(18/7/2011).

    Emma diduga telah mengalami gangguan makan yang aneh. Keinginannya terhadap pengilat furnitur dia akui begitu besar. Dalam sehari sebanyak tiga kali dia memakan benda yang tidak layak dimakan tersebut.

    Keanehan Veness terhadap minat makannya yang aneh ini pun diakui sudah terjadi ketika dia kecil. Waktu dia kecil, dia sudah mulai tertarik memakan gelembung sabun mandi.

    Kebiasaan aneh tersebut kembali muncul hingga dia hamil untuk kedua kalinya. Emma yang kini usia kandungan yang keduanya telah berusia tujuh bulan, tertarik memakan pemutih furnitur berawal dari ketertarikannya membau aroma yang dikeluarkan oleh produk pembersih tersebut. Walau takut akan kesihatan jabang bayi yang ada di rahimnya, namun Emma tak kuasa menahan keinginannya tersebut.

    Emma sudah mulai memakan benda-benda tidak layak makan tersebut sejak beberapa bulan kehamilan keduanya. Setelah pertama kali menyedari keanehan terjadi pada dirinya, Emma bertekad untuk tidak melakukannya lagi, tetapi setiap hari keinginan itu datang kembali dengan sepenuh hati.

    "Saya tidak boleh menjelaskan mengapa saya seperti itu. Saya juga tidak dapat menjelaskan bagaimana benda-benda itu di dalam mulut saya. Saya biasanya menyembur sedikit di jari dan menjilatinya," ujar Emma.

    Gadis Cantik Ini "Berubah" Jadi Lelaki Di Usia 16

    Posted: 18 Jul 2011 08:00 AM PDT


    "Saya adalah seorang laki-laki yang terperangkap dalam tubuh seorang perempuan." Meyakini keadaan itu, Nicola segera memotong habis rambutnya. Gadis cantik 16 tahun itu
    juga menanggalkan semua barang keperempuanannya seperti skrit, aksesori, dan make up.

    Dengan balutan seluar maskulin dan tshirt ketat untuk menekan payudaranya agar tak menonjol, Nicola mulai memperkenalkan diri ke lingkungan sosialnya sebagai Jason Cooper.

    Terlahir dengan alat kelamin perempuan, ia sudah mencoba menjadi gadis remaja pada umumnya. Tapi, ia selalu tersiksa. Ia pun pernah berkasih dengan laki-laki ketika berusia 15 tahun. Tapi, sama sekali tak ada gairah untuk mencium kekasihnya. Hubungan itu pun kandas dalam satu bulan.
    "Episod hidup yang sangat buruk, tapi itu justru membuat saya yakin bahawa saya tak boleh terus menjalani hidup sebagai perempuan lagi," kata Jason, seperti dikutip dari laman mirror.co.uk.

    Menjadi Jason adalah akhir dari pergulatan batin selama bertahun-tahun. Ia beruntung kerana teman-temannya sangat menyokong keputusan besar itu. Teman-temannya pula yang kemudian membantunya meyakinkan sang ibu untuk menerima perubahan tersebut.

    Alison, sang ibu, cukup terkejut melihat puteri cantiknya berubah menjadi susuk yang sangat maskulin. "Saya menangis kerana merasa seperti kehilangan anak perempuan. Tapi akhirnya saya sedar, dia telah menjadi anak laki-laki yang mengagumkan, saya kagum dengan keberaniannya mengambil keputusan penting dalam hidup," kata sang ibu.

    Demi menunjukkan dukungan pada putrinya, Alison pun menemani Jason berkunjung ke doktor spesialis . Di klinik itu, Jason mendapat suntikan testosteron untuk menyempurnakan statusnya sebagai laki-laki. Perlahan, Jason tak lagi datang haid, suaranya bertambah berat, dan tumbuh halkum.

    Suntikan hormon laki-laki itu membuat Jason semakin percaya diri. Sembari menunggu kesempatan untuk melakukan operasi pembuangan payudara dan perubahan genital, Jason tak ragu menjalin hubungan asmara dengan gadis cantik bernama Rebecca Green. "Memiliki Rebecca di samping saya membuat saya lebih mudah menjalani hidup," ujar Jason.
    Sumber : VIVAnews

    Abang dalam train LRT ni tak cover langsung

    Posted: 18 Jul 2011 07:47 AM PDT



    sumber : stomp.com.sg

    STOMPer Cherie spotted this man on the train, with his jeans 'almost dropping off'.


    The STOMPer said:

    "He was wearing a G-string!

    "When he stood up, his jeans was almost dropping off!"

    Micro Luggage: BegSkuter untuk Mereka yang Suka Bercuti

    Posted: 18 Jul 2011 06:45 AM PDT



    Buat kamu yang sering bercuiti atau outstation, beg ini amat sesuai.Beg yang disebut "Micro Luggage" ini mampu memuat kapasiti sebanayk 26 liter dan dilengkapi dengan skuter yang ramping. Dengan menggunakan baham Samsonite yang kuat dan keras, skuter mikro ini memastikan kamu tiba di tempat tujuan tepat waktu dan santai.


    Jika kamu tidak mahu terlihat pelik dengan mengendarai beg-skuter ini, kamu boleh melipatnya sehingga terlihat seperti beg beroda seperti biasa.

    Micruo Luggage ini juga salah satu cara untuk mengurangi emisi gas buangan yang dihasilkan dari kendaraan seperti motor atau kereta. Ini adalah salah satu cara yang baik untuk mengurangi jejak karbon yang di hasilkan oleh kendaraan.

    Sumber: newslite.tv

    Gempak hiasan dari pastik sampah di Poland

    Posted: 18 Jul 2011 05:25 AM PDT

    Untuk kempen warga Poland agar lebih peka terhadap sistem sampah recycle, pereka Luzinterruptus menghias sebuah plaza dengan seribu beg sampah. Bukan beg sampah biasa, tapi beg sampah terindah yang pernah kita lihat.

    Foto dibawah adalah pemandangan sebuah plaza tempatan di Warsawa, Poland, yang telah di ubah menjadi sebuah instalasi seni yang indah oleh Luzinterruptus. Projek itu dinamakan Recycling Sunday.

    Hebatnya efek seni tersebut tidak berakhir sampai di situ saja. Para pengunjung boleh mengambil setiap "hiasan" yang terbuat dari beg sampah berisi bola lampu itu pulang. Maka ketika orang dewasa dan anak kecil membawa hiasan itu dijalanan, karya seni tersebut telah menyatu dengan keindahan malam kota Warsawa. Dan pada pagi harinya, plaza itu telah kembali normal seperti semula.







    Kurang ajar Al Quran dijadikan bungkusan nasi

    Posted: 18 Jul 2011 04:25 AM PDT

    Manusia kurang ajar dan tak beradab yang sanggup berbuat begini....


    Inilah cara gadis cantik di Russia adakan Demonstrasi

    Posted: 18 Jul 2011 03:00 AM PDT




    Hebat..baru 10 tahun dah jadi pakar sake

    Posted: 18 Jul 2011 02:00 AM PDT


    Seorang gadis Jepun yang masih berusia 10 tahun telah menjadi ahli sake termuda di Jepun, meskipun usianya masih terlalu muda untuk meminum sake. Keahliannya ini mungkin dipengaruhi dari lingkungannya. Dia adalah anak perempuan dari pemilik bar sake.

    Akane Niikura, nama anak tersebut, boleh menilai kualiti suatu sake dan makanan apa yang cocok dimakan bersama dengan jenis sake tertentu tanpa perlu merasa setitik pun sake. Dia hanya perlu mencium aroma dan melihat sake untuk mengetahuinya. Dia telah menjalani ujian dari Sake Service Institute di Jepun.


    Vampire dari India,3 tahun minum darah isteri

    Posted: 18 Jul 2011 01:00 AM PDT


    Seorang wanita dari Madhya Pradesh, India, melaporkan suaminya ke polis kerana telah memaksa untuk mengambil dan meminum darahnya selama 3 tahun .

    Wanita itu, Deepa Ahirwar, 22, selama ini tak berani melaporkan kepada siapapun kerana diancam oleh sang suami.

    "Ia selalu menyuntik dan mengabil darah dari lengan saya," ujarnya. "Ia lalu mengeluarkan isinya ke sebuah gelas kemudian meminumnya. Ia melakukannya hal ini secara rutin selama 3 tahun lalu dan mengancam saya dengan konsekuensi yang berat apabila saya melaporkan tindakannya ke orang lain."

    Mereka menikah pada tahun 2007 di sebuah desa bernama Shikapura. Beberapa bulan setelah itu, Mahesh Ahirwar, serorang petani perkebunan mulai meminum darah isterinya secara rutin.

    Lelaki itu beralasan dengan meminum darah, badannya menjadi kuat. Ia bahkan tak menghentikan perbuatan tersebut ketika isterinya hamil.

    Deepa Ahirwar mengatakan kepada polisi, ia selalu merasa lemas dan mual ketika darahnya diambil. Tapi apabila ia menolak, suaminya tak segan untuk memukul dirinya.

    Awal bulan ini, ia sambil menggendong bayinya berhasil lari ke rumah orang tuanya. Ia pun lansung menceritakan kejadian yang ia alami kepada ayahnya. Setelah mendengar perbuatan menantunya, sang ayah segera melaporkan kejadian ini ke polis.


    sumber: indiatimes.

    Gila ..emak cuba jual dua anaknya di eBay

    Posted: 18 Jul 2011 12:00 AM PDT


    SYDNEY – Seorang wanita dari Victoria, Australia, diselidiki setelah ketahuan kalau dia berniat untuk menjual dua anaknya yang masih kecil di internet, kepada penawar tertinggi.

    Seperti yang dikutip dari ABC News, (17/7/2011), pihak polis minggu lalu dipanggil ketika seseorang di eBay menawarkan dua orang anak untuk dijual.

    Wanita yang tidak disebutkan namanya tersebut menjual putra serta putrinya, yang masih berusia di bawah 10 tahun, kepada penawar tertinggi di eBay.

    Ketika polis menyiasatnya, wanita tersebut mengatakan kepada mereka bahawa dia hanya bergurau Namun Bill Muehlenberg dari Family Council wilayah Victoria, mengatakan bahawa yang hendak wanita tersebut lakukan adalah serius.

    "Anak-anak di usia ini, masih berusaha mencari identitimereka. Tindakan penjualan anak ini jelas akan berimpak negatif pada pencarian identiti diri mereka serta orang tua mereka," ujar Muehlenberg.

    Juru cakap pihak polis mengatakan bahawa kenya masih diselidiki. Wanita itu sendiri masih berusaha melepaskan diri dari tuduhan tersebut.

    Kesian atlet gimnastik China yang meraih emas terpaksa meminta sedekah

    Posted: 17 Jul 2011 11:00 PM PDT


    TEMPO Interaktif, Beijing – Bekas gimnas juara dunia asal China terpaksa meminta sedekah dengan tampil di jalanan di Beijing untuk mencari sesuap nasi. Bekas anggota pasukan nasional senam China, Zhang Shangwu, tampil di Wangfujing Metro Station untuk mendapatkan wang 30 yuan se hari.

    Dalam upaya mencari wang dengan meminta sedekah Zhang harus pindah dari satu tempat ke tempat lain untuk menghindari penangkapan petugas keamanan.

    "Saya tidak tahu pekerjaan lain selain gimnastik. Saya hanya menggunakan bakat saya untuk mencari uwang," ujar Zhang. Ia juga mengaku harus membiayai pengubatan datuknya yang kritikal.

    Bekas atlet berusia 27 tahun tersebut bergelutt melawan kemiskinan setelah bersara sebagai atlet. Zhang dikirim ke sekolah olahraga amatur dii Hebei pada 1988 ketika masih berusia lima tahun.

    Pada usia 12 tahun, Zhang terpilih masuk pasukan nasional gimnastik China. Pada Summer Universiade 2001, Zhang mendapat medal emas. Bersama Xing Aowei dan Yang we, ia memenangkan medali emas. Ketika berlatih untuk Olimpiade 2004, Zhang mengalami cedera tendon sehingga harus mengakhiri karier profesionalnya setahun kemudian.

    Ia sempat bergabung dengan pasukan gimnastik Hebei sampai bersara pada 2005. Zhang sempat dipenjara keraa mencuri pada 2007. Setelah bebas dari penjara, Zhang bepergian ke berbagai tempat untuk tampil di jalan-jalan guna mencari sesuap nasi.

    Gambar kemalangan ngeri eskalator di China

    Posted: 17 Jul 2011 10:00 PM PDT

    Tidak dijelaskan penyebabnya secara pasti, yang pasti secara tiba-tiba eskalator jatuh dan mengakibatkan tewasnya 13 nyawa dan 28 orang mengalami luka-luka.