Adsense

Isnin, 18 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Berita : Pasangan Di Tangkap Khalwat Beri Alasan Buat Assignment !!

Posted: 18 Jul 2011 03:55 AM PDT


Hari demi hari semakin ramai manusia diluar sana belum mengenal erti bertaubat daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Agama. Setiap hari pasti anda akan terbaca cerita mengenai pembuangan bayi, pembunuhan, rompakan dan sebagainya. Dan hari ini kisah mengenai pasangan IPT yang ditangkap khalwat dan memberi alasan ingin menyiapkan tugasan di Kolej. ( Tak Munasabah Langsung).

Serbuan Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa pada pukul 1.30 pagi akhirnya menemui pasangan ini yang telah menginap dua malam di Hotel Bajet tersebut.

Nasib baiklah pasangan ini ditangkap khalwat di Malaysia, apa komen anda mengenai isu ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita : Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo Lo Telah Meninggal Dunia

Posted: 17 Jul 2011 08:58 PM PDT


Seperti yang ZoOm "Post" sebelum ini yang menyatakan Ahli Parlimen ini berada dalam keadaan tenat, kini beliau telah kembali kepadanya, dan berikut keratan daripada Bernama mengenai berita beliau telah meninggal.


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. - BERNAMA


Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk  Arwah.
ZoOM : Al-Fatihah


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Posted: 17 Jul 2011 08:49 PM PDT


Tahniah kepada pasangan Sarah kerana menjadi Juara program realiti Tari Menari musim ke 2, pertandingan akhir yang berlangsung di studio 1, Astro semalam menjadi saksi mereka layak digelar juara.

Pasangan daripada Sabah yakni Sarah Diana Michele ,32 dan adiknya Shazrul Hudson Durai, 18, mendapat undian tertinggi iaitu 56 peratus sekaligus merangkul gelaran musim ini.

Selaku juara, pasangan ini membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM150 Ribu, Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe Bali termasuk penerbangan percuma.

Manakala tempat kedua di menangi oleh pasangan Nita yang membawa pulang, juga menerima Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe serta penerbangan percuma.  

Tempat ke 3 - Pasangan Mizi ( Hadiah :  Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe serta penerbangan percuma.)


Tempat ke 4- Pasangan Faiz ( Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe serta penerbangan percuma.)

Apa Komen anda mengenai Program Realiti ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!