Adsense

Isnin, 18 Julai 2011

Sensasi

Sensasi


Rosyam Nor bakal pegang watak King dalam Kl Gangster 2

Posted: 18 Jul 2011 11:09 PM PDT

Kebelakangan nie memang kecoh jugak kat internet mengatakan yang Rosyam Nor bakal terlibat dengan Kl Gangster 2.

Sesiapa yang belum tengok Kl Gangster? rugi kalau tak tengok,pergi tengok skrg,kalau subscribe kat Astro first pun boleyh..

Aksi dan skill lawan nampak real ,pelakon semuanya manly dan macho-macho belaka.Dialog boleh tahan kelakar especially part Ajib "Sengattt" haha memang lawak je....watak Abang Long Padil (Zizan Raja Lawak) pun kelakar je..

Okey berbalik tentang watak Rosyam Nor dalam KL gangster 2,menurut Rosyam Nor, dia memang ada mendapat tawaran berlakon dalam Kl Gangster 2 dari Dato' Yusof Haslam tapi semuanya masih dalam perbincangan.

Watak yang bakal diberikan kepada Rosyam adalah watak "King"...

Tapi kalau kita tengok dalam Filem KL Gangster,watak King bukankah telah dibunuh oleh Shark?

Jadi Sensasi rasalah ,nie andaian sensasi jer lah,mungkin Kl Gangster 2 nie adalah cerita permulaan /flashback kisah sebelum Malek masuk penjara..mungkin Rosyam Nor adalah King versi muda kans...cuba korang tengok Rosyam botak kan ade je iras King..hee..

So mesti watak abang Long Padil,Ajib semuanya masih ada la kot nanti...

P/s: sensasi sedih bila abang Long Padhil kene rodok pisau dengan Shark.







Yasmin Hani bakal berkahwin dengan Shahrin (Bekas Suami Ida Nerina) Ogos ini

Posted: 18 Jul 2011 10:08 PM PDT



Diam tak diam dah setahun Yasmin Hani dan Shahrin ,bekas drummer Blackrose ,dan juga bekas suami Ida Nerina yang mencetuskan kontroversi perceraian mereka selepas Ida Nerina lumpuh dan berkerusi roda.

Menurut Yasmin,dia dan shahrin ada banyak persamaan dan saling melengkapi antara satu sama lain,dan bercadang untuk mengakhiri perhubungan cinta dengan ikatan perkahwinan pada Ogos ini.

Okeylah tue,tak elok bercinta lama-lama sebenarnya sebab takut jodoh makin jauh..Sensasi pun rasa taknak la bercinta lama-lama dah banyak pengalaman bercinta bertahun tapi kecundang ditengah jalan,baik kahwin je cepat2..

gambar kenangan Shahrin dan Ida nerina

Gambar Pernikahan Nurul Syuhada dan Raja Amir, Video Pra Perkahwinan

Posted: 18 Jul 2011 09:47 PM PDT

Sensasi kedemam-an minggu nie...sakit badan,sakit kepala,selsema ,semua ada...huhu...tapi takpe la,aku redha :) bukankah sakit menghapuskan dosa-dosa kecil..aha

Apepun tahniah kepada pasangan pengantin baru iaitu Pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain yang cantik manis ,27, dengan pasangannya pegawai bank Raja Amir shah Raja Azwa,29 di Binjai On The Park, KLCC, pada malam Sabtu selepas solat Isya, 16 Julai 2011. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan pada hari Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

Sebelum nie Nurul pernah bercinta dengan Mejar Faiz dan hampir bertunang dan melangsungkan perkahwinan bersama,namun jodoh takda.

Video Pra-Perkahwinan mereka nie comel sangat..layan..