Adsense

Selasa, 30 Ogos 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Melodi Raya Episod 1

Posted: 30 Aug 2011 08:39 PM PDT

VARIASI: Melodi Raya Episod 1 – Raya Keenam, 4 September. 12.30tengahari
Sentiasa hangat dengan isu-isu sensasi, program hiburan paling popular, MELODI meraikan artis-artis lama dan baru serta para penggiat seni di industri hiburan dengan dua episod khas dalam MELODI RAYA 2011. Tampil dengan konsep '3 Dimensi' yang dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, komedi dan temubual sensasi, saksikan persembahan hebat daripada Hattan, Kumpulan Senario, Yassin, Kumpulan Sepah, Alyah, Datuk M. Nasir, Hafiz, Kumpulan Nasyid Mirwarna, Fauziah Latif, Black dan Awie Rafael. Dihoskan oleh Zizan dan Dira Abu Zahar.


Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Melodi Raya 2011

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 2
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 1
  • Melodi Raya 2010 Gabung Artis 60-90an
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rakaman Melodi Raya 2010
  • Gambar Baggio Damasutra & Isteri di Rakaman Melodi Raya 2010
  • Gossip Ana Dahlia & Chef Riz Bercinta?
  • Aizat, Butterfly, Fauziah Ahmad Daud di Rakaman Melodi Raya 2009
  • Lagu Nur Abadi Nash Ubaidillah dan Gambar Rakaman Melodi Raya
  • Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah

    Posted: 30 Aug 2011 10:21 AM PDT

    Ekspresi Dato' M. Nasir & Jamal Abdillah – 31 Ogos & 1 September, 11.00 pagi
    Paduan suara emas 'sifu', M. Nasir, dan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, pastinya menyerikan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi TV9. Dendangan lagu dengan alunan lagu-lagu evergreen sepanjang zaman yang sentiasa menjadi siulan dan nyanyian orang ramai termasuk anak muda masa kini. Rancangan ini akan turut dimeriahkan dengan rakan-rakan seperjuangan mereka iaitu Ogy Dato' Ahmad Daud, Francesca Peter dan juga artis-artis baru dan muda seperti kumpulan Hujan, Mawi dan Awie Rafael. Pastinya apabila mendengar lagu-lagu ini, sebahagian daripada penonton teringat kembali akan kenangan-kenangan indah yang pernah dilalui dahulu.

    Jamal Abdillah

    Jamal Abdillah

    Jamal Abdillah

    Jamal Abdillah

    Jamal Abdillah

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Rakaman Konsert Ekspresi Dato' M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH
  • Quotes of The Day: Saya Tak Patah Semangat – Jamal Abdillah
  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Kempen Harga Runtuh VCD Kembali Lagi
  • Jamal Abdillah Tidak Stabil di Konsert Amal Kasih?
  • Biografi M NASIR
  • Jamal Abdillah Lancar Album Kembara Seniman
  • borak kosong

    borak kosong


    Gaya memasak yang menggemparkan

    Posted: 30 Aug 2011 09:00 PM PDT


    Gila...Kapten bunuh isteri, ibu mentua ketika Irene membadai

    Posted: 30 Aug 2011 08:30 PM PDT


    WASHINGTON: Seorang anggota tentera Amerika Syarikat berpangkat kapten menembak mati bekas isteri, ibu mentua dan dua yang lain dalam satu pembunuhan ketika Taufan Irene sebelum menembak dirinya sendiri.

    Leonard Egland, 37, pernah bertugas di Afghanistan dan Iraq, memulakan pembunuhannya ketika taufan itu melanda malam Sabtu lalu dan menamatkannya selepas berbalas tembakan dengan anggota SWAT pada pagi Ahad.


    Pendakwa raya Buckingham County, David Heckler berkata, Egland melakukan tiga pembunuhan di Virginia sebelum menyeberang sempadan negeri untuk membunuh ibu bekas isterinya berikutan pertelagahan merebut hak penjagaan anak.


    Anggota tentera itu diburu selepas menembak mati bekas isterinya, teman lelaki wanita itu dan anak lelaki terbabit di sebuah rumah di Chesterfield, Virginia. -AFP

    Gempak..Adik beradik tiri 6 dan 7 tahun curi kambing dari zoo

    Posted: 30 Aug 2011 07:30 PM PDT


    MANKATO: Semuanya berjalan lancar untuk dua kanak-kanak yang hanya memakai baju tidur ketika membawa seekor kambing yang diambil dari Zoo Minnesota, bersiar-siar di waktu malam.

    Tapi nasib bertukar malang apabila mereka memberitahu seorang pegawai polis yang menahan mereka pada jam 11.30 malam kelmarin, yang kambing itu tinggal dalam almari baju mereka.

    Adik beradik tiri yang berusia enam dan tujuh tahun itu berkata, mereka selalu membawa kambing itu keluar berjalan di waktu malam kerana ibu mereka membeli kambing itu dua minggu lalu tanpa pengetahuan ayah mereka.

    Pegawai polis yang tidak percaya dengan cerita mereka, membawa dua beradik itu pulang.



    Ibu mereka memberitahu yang mereka telah menghadiri sebuah jamuan hari jadi di Zoo Sibley Park.

    sumber : myMetro

    Wow...Hacker ditawar jadi pelatih pengeluar iPhone

    Posted: 30 Aug 2011 06:40 PM PDT


    LOS ANGELES – Seorang penggodam komputer berusia 19 tahun yang pernah memajukan aplikasi perisian secara haram untuk telefon bimbit iPhone kini diupah menjadi pelatih di syarikat komputer Apple yang mencipta gajet itu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Penggodam itu, Nicholas Allegra (gambar) mengumumkan mengenai berita pelantikannya sebagai pelatih tersebut menerusi laman Twitter.

    Dia sebelum ini terkenal kerana mencipta aplikasi yang dikenali sebagai JailbreakMe 2.0 pada tahun lalu untuk para pengguna iPhone.

    Melalui cara itu, para pengguna boleh mengakses aplikasi yang tidak dibenarkan oleh Apple.

    Namun, syarikat Apple tidak pernah mengiktiraf aplikasi tersebut. – Agensi

    sumber : kosmo online

    Kura-kura Berusia 100 Tahun Menjadi Ibu Bayi Badak

    Posted: 30 Aug 2011 05:00 PM PDT

    Seekor bayi badak yang selamat dari gelombang tsunami di pantai Kenya telah membentuk ikatan yang kuat dengan kura-kura jantan raksasa yang berusia se-abad di fasiliti haiwan di kota pelabuhan Mombassa, kata para petugas, bayi badak itu dijuluki Owen dan memiliki berat sekitar 300 kilogram (650 pon), tersapu di Sungai Sabaki ke Samudera Hindia, kemudian kembali ke pantai ketika gelombang tsunami menghentam pantai Kenya pada 26 Desember sebelum penjaga satwa menyelamatkannya.

    "Hal ini luar biasa. bayi badak yang usianya kurang dari satu tahun telah diadopsi oleh seekor kura-kura jantan, yang usianya sekitar se-abad, dan kura-kura itu sangat bahagia dengan menjadi seorang ibu", ungkap Paula Kahumbu, yang bertugas di Lafarge Park, kepada AFP.


    "Setelah tersapu dan kehilangan ibunya, kuda nil itu trauma. Kuda nil ini harus dicarikan sesuatu untuk menjadi ibu pengganti.

    Untungnya, kuda nil tersebut bertemu dengan si kura-kura dan membentuk ikatan yang kuat. Mereka berenang, makan dan tidur bersama," tambah ahli ekologi tersebut. "Kuda nil ini mengikuti persis tingkah laku kura-kura itu seperti dia mengikuti ibunya. Jika ada seseorang mendekati si kura-kura, si kuda nil menjadi agresif, seolah-olah melindungi ibu biologisnya," tambah Kahumbu.

    "Kuda nil ini ditinggalkan induknya pada usia yang sangat dini, pada dasarnya kuda nil adalah haiwan sosial yang suka tinggal bersama ibu mereka selama empat tahun," jelasnya.





    Pengemis jujur dan bukti robot juga mengemis

    Posted: 30 Aug 2011 11:01 AM PDT



    Pelik..Daging Era Perang Dunia II Ini Masih Boleh Dimakan

    Posted: 30 Aug 2011 10:40 AM PDT


    STOCKHOLM – Seorang lelaki memakan daging yang diyakini berasal dari era Perang Dunia II. Namun, dia mengaku kalau daging itu tidak menyebabkanya keracunan.

    "Daging itu tidak bau, bahkan tidak berbau busuk sama sekali. Malah daging ini seperti daging yang sudah disimpan selama seminggu. Tetapi rasanya memang tidak enak," ungkap Eskil Carlsson kepada Surat Khabar The Local, Selasa (30/8/2011).

    Carlsson menjelaskan daging itu berasal dari tahun 1939 atau 1940, di saat Sweden dilanda bencana kelaparan dan Perang Dunia II membuat keadaan menjadi lebih sulit.

    "Mertua saya punya kenalan di sebuah peternakan dan membeli tiga kilogram daging sapi dan meletakannya di dalam toples yang memiliki penutup getah. Toples itu kedap udara," jelas Carlsson.

    Toples yang terbuat dari kaca itu dibiarkan saja setelah perang berakhir. Keluarga Carlsson saat itu sengaja menyimpan toples berisi daging tersebut, kerana khuatir perang seperti Perang Dunia II kembali terjadi.

    Carlsson menjelaskan toples kaca itu kemudian dipindahkan ke rumah keluarganya saat mereka pindah ke kota Eskiltuna, di sebelah timur Sweden. Ketika isterinya meninggal, Carlsoon memutuskan untuk melihat isi toples tersebut setelah lebih dari 70 tahun disimpan.

    "Saya kira waktu 70 tahun sudah cukup untuk menyimpang isi toples itu. Bila bocor, tentunya isinya akan rusak, untuk membukanya dan mengundang tetangga saat membuka toples itu," ucapnya.

    Meski sudah mendapat jaminan dari petugas medik bahawa daging tersebut tidak beracun, Carlsson tetap waspada. Dirinya pun menjadikan kucingnya sebagai percubaan. Untung saja, kucing itu selamat setelah memakan daging tersebut.

    Ketika tidak terjadi apa-apa atas kucingnya, Carlsson pun langsung memakan daging bersama dengan para tetangga.
    (faj)

    Gila...aksi porno wanita ketika dihadapan hakim

    Posted: 30 Aug 2011 09:35 AM PDT


    Seorang wanita melakukan aksi porno di depan hakim ketika diadili, wanita ini sengaja membungkuk membelakangi sang Hakim dan memperlihatkan seluar dalamnya.


    Kejadian ini terjadi pada tahun 1983 dimana seorang penari eksotis ke diadili kerana melanggar hukum porno aksi. Dalam foto ini ia membungkuk di depan hakim untuk membuktikan bahawa kostumnya tidak terlalu menampilkan sesuatu yang vulgar.

    Wow..anjing telan berlian bernilai USD10 ribu

    Posted: 30 Aug 2011 08:40 AM PDT


    Seekor anjing di Albany, Amerika Syarikat (AS) sepertinya memiliki ketertarikan sendiri terhadap benda berkilau. Namun ketertarikannya itu justru membawanya dalam kesulitan.

    Anjing yang diberi nama Honey Bun ini, membuat pemiliknya panik setelah menelan berlian senilai USD10 ribu.

    Anjing ini memang dimiliki oleh pemilik toko berlian John Ross. Tetapi insiden ini merupakan yang pertama kalinya anjing tersebut menyantap berlian.Demikian diberitakan MSNBC, Selasa (30/8/2011).

    Chuck Roberts yang juga memiliki toko tersebut mengatakan, dirinya meninggalkan kerusinya untuk menyambut seorang tamu. Tetapi disaat bersamaan Roberts tidak menyedari bahwa salah satu dari empat kantung berisi berlian, dilaporkan hilang.

    Sedar melihat ada kantung terus ada yang terbuka, Roberts langsung menyedari siapa pelaku pencurian berlian ini. Lewat pemeriksaan rontgen, Honey Bun terbukti bersalah melahap berlian itu.

    Tampak dua titik ditemukan di dalam perut anjing tersebut, yang diyakini berlian yang ditelan anjing itu. Berlian itu akhirnya dikeluarkan dari perut Honey Bun dan langsung dibersihkan sebelum akhirnya dikirim kembali ke pembuat berlian.
    (faj)

    Waduh..lelaki terbuang perhiasan isterinya bernilai 53,000 dollar AS

    Posted: 30 Aug 2011 07:45 AM PDT


    BRISBANE, KOMPAS.com — Maksudnya untuk menyorokkan barang dari pencuri, tetapi malah dirundung rasa bersalah! Seorang lelaki Australia memohon kepada dewan kota untuk mengizinkannya membongkar tumpukan sampah, Selasa, setelah ia secara tak sengaja membuang perhiasan isterinya seharga 50.000 dollar Australia (53.000 dollar AS).

    Lelaki tersebut, yang hanya disebut sebagai Geoff, mengatakan, perhiasan yang tidak diasuransikan itu disimpan di dalam beg plastik untuk menipu perampok. Tetapi, mereka keliru membuangnya ke tempat sampah di luar rumahnya minggu lalu dalam aksi bersih-bersih sebelum pindahan.

    "Kami akan pindah rumah, dan saya memberi tahu anak-anak untuk memberikan semua sampah yang berterabur kepada saya untuk saya buang," kata lelaki tersebut kepada surat khabar Brisbane, Courier-Mail. "Isteri saya menelefon saya ketika saya sedang kerja dan berkata, 'Beg itu di mana?'," katanya. "Kamu tahu kan perasaan yang muncul? Wadduuhh!"

    Koleksi perhiasan itu meliputi gelang tangan, gelang kaki, dan emas batangan. Juru bicara Sunshine Coast Regional Council Gary Reeve mengatakan kepada wartawan bahawa sangat kecil harapan untuk menemukan perhiasan tersebut sebab tempatnya menerima ribuan ton sampah setiap pekan.

    Geoff mengatakan, isterinya telah menghadapi kejadian itu dengan baik, tetapi perasaannya berkata lain. Ia seperti mendengar suara, "Hei... harga emas sudah melambung. Ingin rasanya saya berteriak, 'Diam!!'."

    Sumber : ANT, AFP

    Penyanyi guna tubuhnya sebagai berus untuk melukis

    Posted: 30 Aug 2011 06:51 AM PDT


    LOS ANGELES, KOMPAS.com -- Vokalis AS yang dikenal dengan lagu "Tik Tok", Kesha (24), memiliki cara sendiri untuk menghilangkan kebosanan selama menjalani tournya. Ia telanjang bulat dan menggunakan tubuhnya sebagai berus untuk melukis.

    Dalam tournya baru-baru ini, ketika kebosanan datang, Kesha menghilangkannya dengan melukis. "Saya baru-baru ini memilih melukis sebagai sebuah cara untuk membunuh waktu selama tour," kata pemilik nama lengkap Kesha Rose Sebert ini.

    Namun, cara Kesha melukis tak lazim. "Saya mengambil sebuah kanvas besar, menuangkan cat ke atasnya, lalu saya telanjang bulat dan berguling-guling di atasnya," katanya lagi. "Itu sangat membebaskan. Dan, sangat, sangat menarik," tambahnya.

    Sumber : femalefirst.co.uk

    Pelik..lelaki ini hanya boleh melukis jika mengigau

    Posted: 30 Aug 2011 05:40 AM PDT

    Salah satu lukisan yang dihasilkan Lee Hadwin saat tidur.

    LONDON, KOMPAS.com — Lee Hadwin bukan pelukis biasa.Dia hanya boleh melukis ketika tertidur (mengigau). Sebaliknya, ketika sedar penuh, sekalipun diancam bunuh pun, Hadwin tidak akan boleh menghasilkan lukisan.

    Hadwin mengetahui bakat uniknya itu sejak berusia empat tahun. Waktu itu dia berjalan dalam keadaan tidur lalu menggambari perabot ibunya.

    "Saya terbangun di tengah malam lalu mencoret-coret dinding," ujarnya.

    "Pernah, saya mengukir sebuah meja kuno, milik keluarga kami turun-temurun. Tentu saja ibu tidak begitu senang," katanya.

    Sampai saat ini dia sudah menghasilkan hampir 200 "lukisan tidur". Dia berhasil menjualnya ke sejumlah kolektor dan harganya mencapai ratusan ribu poundsterling.

    Tidak semua karya seni yang dihasilkannya membuat bangga. Beberapa justru menimbulkan masalah. Misalnya, melukis pada tangga rumah atau menggunting seluar jeans terbagusnya.

    Hadwin mengaku tidak tahu bagaimana dia hanya boleh melukis dalam keadaan tertidur. Namun, dia yakin ada roh yang berkomunikasi dengannya dari alam lain.

    Para pakar tentang tidur berpendapat, boleh jadi keadaan itu disebabkan trauma psikologi yang disebabkan kematian teman Hadwin saat dia masih kecil.

    Saat-saat kreatifnya biasanya muncul setelah dia habis minum minuman keras. Saat terbangun, dia biasanya tidak ingat lagi yang dilakukannya.

    "Teman-teman merakam saya. Saya jadi malu, rasanya seperti melihat diri sendiri saat mabuk," ujar bekas jururawat itu.

    Beberapa orang menganggapnya tidak boleh disebut seniman. "Kamu bukan seniman kerana seniman harus dalam keadaan sedar untuk memproduksi karya seni," kata Hadwin menirukan komen orang.

    Hadwin tidak bermasalah dengan sebutan seniman atau tidak. "Saya tidak pernah tertarik pada seni," ucapnya.

    Sumber : metro.co.uk

    Gempak ..kereta ni enam ekzos

    Posted: 30 Aug 2011 04:00 AM PDT




    Mari kita lihat robot berborak

    Posted: 30 Aug 2011 03:00 AM PDT


    Chat bot atau karakter maya yang mampu berbicara dengan manusia baik secara tertulis mahupun verbal mungkin mulai sering kita temui atau ajak bicara, tapi bagaimana jadinya apabila dua chat bot saling berbicara satu sama lain?

    Acara berborak ini diadakan oleh Cornell Creative Machines. Mereka cukup teruja dengan apa yang akan terjadi kalau 2 chat bot dihadapkan satu sama lain untuk saling berinteraksi. Dan hasilnya ternyata tak terlalu buruk, mereka bahkan mampu bergurau dan saling mempermainkan satu sama lain. Lihat percakapan mereka selengkapnya di video berikut ini.


    Jambatan Gantung Hussaini, Paling Berbahaya di Dunia

    Posted: 30 Aug 2011 02:47 AM PDT


    Mengunjungi Pakistan, sempatkan berkunjung ke jambatan paling berbahaya di dunia, Jambatan Gantung Hussaini. Jambatan ini dikenal sebagai salah satu dari banyak jambatan tali yang genting di Pakistan Utara.

    Di Pakistan sebagian besar penduduk, bepergian adalah dengan berjalan melintasi gunung menuju Rawalpindi. Pada tahun 1978, Jalan Raya Karakoram selesai dibangun dan wilayah tersebut telah terhubung, tetapi perjalanan antara-wilayah masih sesulit 100 tahun yang lalu.

    Aspek reguler yang ditemui dalam perjalanan melewati kawasan tersebut termasuk jambatan-jambatan reyot yang terbuat dari kabel dan papan yang terdapat di rangkaian gunung dan sungai di Pakistan Utara. Di antaranya adalah Jambatan Gantung Hussaini, melintasi Danau Borit di Upper Hunza.

    Jembatan tali ini, terdiri dari dua jembatan yang bersebelahan, kurang terpelihara. Banyak papan yang hilang, dan angin kencang mengguncan jembatan ketika anda menyeberang.

    Meskipun terlihat berbahaya, bagaimanapun, Hussaini adalah sebuah jembatan yang relatif aman dan telah menjadi sebuah daya tarik bagi pelancungan.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Mukjizat Al Quran..gadis ini hafal seluruh Al Quran dalam masa 100 hari

    Posted: 30 Aug 2011 01:45 AM PDT


    JORDAN (voa-islam.com) – Satu lagi bukti kemukjizatan Al-Qur'an. Allah mempermudah umat-Nya untuk menghafal kitab suci Al-Qur'an. Hanya dalam waktu 100 hari, gadis Arab ini mampu menghafal seluruh isi Al-Qur'an yang terdiri dari 114 surat (bab), dengan lebih 6.300 ayat (kalimat) atau mencakup lebih 77.000 kata.

    Aminah Said selalu bermimpi boleh menorehkan prestasi seputar kajian Islam yang didalaminya. Demi mewujudkan mimpinya, mahasiswi pengajian Islam dan Syariah Sharjah College ini memberanikan diri ikut pertandingan internasional menghafal Al-Qur'an di Jordan.

    Pernah menjadi juara dua dan tiga dalam pertandingan tempatan, ia cukup percaya diri bertarung dalam pertandingan itu. Namun, ia tak pernah membayangkan, namanya akan muncul sebagai juara pertama mengalahkan seluruh peserta dari 15 negara.

    "Saya mendapat posisi teratas dalam pertandingan di Jordan dan saya bangga untuk membuat prestasi ini untuk negara saya," kata gadis berusia 19 tahun asal Uni Emirat Arab itu, kepada harian Emarat Al-Youm.

    Motivasi menghafal kitab suci itu tak lepas dari pengaruh keluarga. Ia tak ingin kalah melihat 25 saudara laki-laki dan perempuannya boleh menghafal sebagian besar isi Al-Qur'an.

    "Alhamdulillah, saya telah menghabiskan rata-rata 12 jam sehari untuk menghafal Al-Qur'an secara intensif, sampai aku hafal semua hanya dalam 100 hari," ujarnya.

    Tumbuh di lingkungan yang kuat dengan nilai-nilai agama, ia sudah terbiasa membaca Al-Qur'an sejak duduk di bangku sekolah. Beranjak usia 17 tahun, ia mulai merasa perlu menghafal isi kitab suci tersebut.

    "Dan, aku berhasil melakukannya hanya dalam 100 hari," ujarnya. Demi mempertahankan kemampuannya, ia selalu meluangkan waktu setiap hari untuk membaca Al-Qur'an. Itu penting demi mengendalikan setiap kata yang termuat dalam kitab suci yang berisi 114 surat (bab), dengan lebih 6.300 ayat (kalimat) atau mencakup lebih 77.000 kata.

    Alhamdulillah...Islam Kini Tumbuh Subur di 'Negera Bikini'

    Posted: 30 Aug 2011 12:00 AM PDT


    RIO DE JANEIRO - Mendengar kata Brazil, maka yang terbayang adalah meriahnya aneka karnival dan pantainya yang eksotis...plus bikini yang menjadi kostum 'wajib' pelancung asing dan domestik.

    Namun di negeri yang bertabur perempuan berpakaian minim itu, makin banyak saja warga Brazil dari berbagai latar belakang menyebut diri mereka Muslim. Mereka tak segan menampilkan identiti keislaman mereka di negeri dengan penduduk terbesar beragama Katolik ini.

    Memang, Islam bukan agama baru di sini. Selama beberapa dekad, hanya terutama keluarga keturunan Libya, Palestina, dan Syria yang mempraktikkan Islam di Brazil. Namun sekarang, penduduk setempatpun banyak yang menjadi mualaf.

    Omar salah satunya. Lelaki yang kini aktif dalam aktiviti dakwah di Mesquita da Luz, masjid pertama di Rio de Janeiro, yang empat tahun lalu diangkat sebagai pastor di gereja setempat. "Apa yang saya cari ada pada Islam. Dalam Islam, saya bertemu Tuhan seperti apa adanya Dia," ujar lelaku berusia 34 tahun ini.

    Mengenakan jubah panjang, ia menolak menyebutkan nama aslinya. Ia lebih bangga dipanggil dengan nama barunya: Omar Israfil Dawud bin Ibrahim.

    "Di seminari, Anda akan belajar bahawa Islam adalah salah satu agama monoteisme. Tak ada prasangka atas agama ini," katanya yang saat wawancara didampingi Alessandra Faria, yang berubah nama menjadi Fatima setelah menjadi Muslim.

    Alessandra mengubah penampilan setelah bersyahadat. Kini, ia mengenakan jilbab. "Pada awalnya ibu saya malu berjalan dengan saya.Namun saya tetap memutuskan mengenakannya, untuk menunjukkan saya kini adalah seorang Muslim," katanya.

    Pakaian Alessandra memang kerap membuat sebahagian warga mengangkat alisnya. Namun, ia bangga menjadi sebahagian dari Muslim dan orang-oarng seperti dirinya mulai diterima masyarakatnya. "Brazil dibangun atas campuran aneka budaya yang berbeza. Inilah yang membuat kami sangat gampang beradaptasi dan toleran," katanya.

    Di masjid Mesquita da Luz, kaum Muslim Brazil menimba ilmu agama. Masjid yang terletak di kawasan Tijuca ini dibangun dari hasil derma, baik Muslim lama maupun mualaf. Empat tahun lamanya mereka mengumpulkan derma untuk membangun pasaranana ibadah yang mampu menampung 400 jamaah itu.

    "Jumlah Muslim di Brazil terus bertambah, terutama di kalangan penduduk asli. Kami berdakwah melalui internet," kata Sami Isbelle, juru bicara Beneficent Muslim Society (SBMRJ), salah satu organisasi Muslim Brazil.

    "Di Rio sendiri, ada sekitar 500 keluarga Muslim, 85 persennya merupakan Mualaf yang tak ada kaitan dengan Arab," katanya.

    Keadaan di Rio beza dengan Sao Paulo di wilayah selatan. Di sini, kebanyakan Muslim adalah keturunan Arab dan telah menjadi Muslim sejak lahir.

    Sejauh ini, pemerintah belum melakukan sensus penduduk terkait agama. Agama Islam, juga belum diakui negara. Dalam data kependudukan, Muslim masuk dalam katagori 'agama lainnya'.

    Menurut pakar keislaman Paulo Pinto dari Fuminense Federal University, jutaan umat Islam kini hidup di Brazil. Salah satu indikasinya, katanya, adalah terus bertambahnya masjid dan mushala. Hingga hari ini, terdapat 127 masjid di seluruh Brazil, meningkat empat kali gamda jumlahnya dari tahun 2000.

    Ia mengakui, tumbuh suburnya Islam di Brazil sedikit 'keluar dari pakem'. "Ada kecenderungan untuk menyimpulkan budaya Brazil adalah liberal dan sensual, tang bertentangan dengan Islam. Namun faktanya, aturan-aturan konservatif menjadi sebahagian dari kawalan moral dan seksual. Lihatlah betapa sebelumnya penginjil sukses di negeri ini," katanya.

    Yang menarik, bertambahnya jumlah Muslimin justru makin pesat setelah Tragedi 11 September. "Setelah itu, banyak orang yang menaruh perhatian pada Islam, dan banyak yang kemudian memutuskan untuk menjadi mualaf," katanya. "Islam dilihat sebagai bentuk baru perlawanan."

    Baca selengkapnya di sumber

    Gempak..pelajar ini cipta pakaian dari bungkusan makanan

    Posted: 29 Aug 2011 11:00 PM PDT


    INGGRIS - Mahasiswa Leicester College, Inggris, Rebekah Kirkland menjahit ratusan bungkus makanan menjadi sebuah gaun panjang sebagai projek di tahun terakhirnya berkuliah.Dia menaruh sebuah kotak di kampusnya guna mengumpulkan berbagai bungkus makanan dari teman-temannya.


    Projek ini, kata Kirkland, terasa sangat membosankan. "Tadinya projek ini terasa membosankan. Namun setelah melihat hasilnya terasa sangat setimpal," ujarnya seperti dikutip dari BBC London, Ahad (28/8/2011).

    Gaun dengan panjang semata kaki tersebut memerlukan dua bulan untuk selesai. Bahkan, gaun dengan nuansa warna-warni tersebut berhasil meraih penghargaan The College's Sustainable Design Award 2011.

    Kirkland menambahkan, projek tersebut merupakan inovasi baru dalam dunia fesyen yang dapat ditiru oleh para desainer lainnya. "Proyek ini mengajak masyarakat pecinta fesyen untuk mengurangi limbah dan menjadi bahan baku untuk baju," ujarnya menerangkan.

    Projek ini, lanjutnya, berdasarkan ketertarikannya terhadap dunia fesyen dan kepedulian untuk menggunakan barang buangan. "Saya tertarik dengan kegiatan recycle, maka saya ciptakan sebuah pakaian dari sampah yang tetap memiliki nilai seni," katanya.

    Semua bungkus makanan yang telah terkumpul dalam kotak yang disediakan, dia cuci terlebih dahulu hingga bersih. Kemudian, semua bungkus yang telah bersih dijahit dengan menggunakan mesin jahit sesuai dengan pola baju yang telah dibuat.

    Setiap kotak pada pakaiantersebut memerlukan tiga bungkus makanan. "Setiap kotak di baju tersebut terdiri dari tiga bungkus makanan berukuran tebal kerana saya tidak ingin baju tersebut mudah robek," ujarnya.

    Pihak kampus, Roy Morgan-Wood mengungkapkan, hasil karya Rebekah akan memberikan pengaruh positif bagi masyarakat luas. "Desain Rebekah ini akan mendorong masyarakat untuk memanfaatkan limbah bungkus makanan yang mereka gunakan dengan cara yang berbeza," katanya.

    Baju ciptaan Rebekah ini dibuat sesuai dengan ukuran temannya yang menjadi model dalam pertunjukan pakaian. Maka, baju tersebut hanya akan boleh digunakan oleh temannya saja.

    "Saya tidak akan pernah membuang gaun tersebut kerana baju tersebut merupakan hasil kerja keras saya," tuturnya.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Dari Jutaan Anak Kembar Hanya Satu Ini yang Kembar Beza Ayah

    Posted: 29 Aug 2011 10:35 PM PDT


    Dikurnikan anak kembar sudah bukan hal yang aneh meski tak semua orang beruntung mengalaminya. Namun yang ini benar-benar beza dan hanya terjadi pada 1 dari 1 juta kelahiran anak kembar, kerana keduanya berasal dari ayah yang berbeza.

    Charlotte Hilbrandt, 36 tahun asal Aalbaek, Denmark cukup beruntung dikunai anak kembar yang kini sudah berusia 6 tahun. Keduanya yakni Marcus dan Lucas sama-sama lahir pada 23 Ogos 2005 dan hanya terpisah 48 minit.

    Meski lahir nyaris bersamaan, kedua anak kecil ini tidak kembar identik atau memiliki perbezaan fisik dan mental yang nyata. Marcus yang lahir lebih dulu pada pukul 01.35 berperawakan pendek dan gemuk namun energetik dan berambut merah, sedangkan Lucas yang lahir pukul 02.23 lebih cengkung, berambut perang dan agak gelap.

    Tak hairan jika sifat kedua anak kembar ini bagaikan bumi dan langit, sebab hasil ujian DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) mengungkap sebuah fakta yang sangat menakjubkan. Marcus dan Lucas adalah saudara kembar dari satu ibu, namun dipastikan 100 peratus keduanya berasal dari 2 ayah yang berbeza!

    Sebelum mengandung anak kembar, Charlotte berstatus sebagai isteri kepada Michael dan telah memiliki 2 anak yakni Philips (12 tahun) dan Victor (8 tahun). Namun pada Ogos 2004, pasangan suami isteri ini bercerai kerana merasa ada yang tak sesuai yang tidak mungkin lagi dipertahankan.

    Kerana tidak ingin terlalu lama menjanda, Charlotte segera bertemu kekasih barunya bernama Tommy di sebuah bar di Aalbaek. Singkat cerita, 2 sejoli ini langsung akrab hingga suatu ketika keduanya tidak boleh menahan diri untuk berhubungan intim.

    Tak disangka, bekas suami Charlotte, Michael masih berharap boleh rujuk dan pada suatu ketika berhasil meluluhkan hati bekas isterinya. Mungkin kerana terhanyut romantisme masa lalu, pasangan ini terlibat hubungan intim hanya dalam beza 48 jam sejak Charlotte melakukan hal yang sama dengan Tommy.

    Skandal itu akhirnya terungkap juga sehingga Michael dan Tommy sama-sama menuntut kejelasan status siapa ayah kandung dari kedua anak kembar tersebut. Meski penasaran, Charlotte dan kedua lelaki tersebut belum melakukan ujian DNA hingga Marcus dan Lucas berusia 1 tahun.

    Kebenaran akhirnya terungkap dan anehnya, tidak ada satupun pihak yang dikecewakan oleh hasil ujian DNA. Charlotte dan kedua lelaki ini sama-sama berhak menjadi orangtua kandung, kerana Marcus memiliki kecocokan DNA dengan Michael sedangkan Lucas mewarisi DNA Tommy.

    Kes kembar dari 2 ayah yang berbeza seperti yang dialami Charlotte terbilang sangat aneh. Dikutip dari Mirror.co.uk, Minggu (28/8/2011), kejadian ini hanya terjadi pada 1 dari 1 juta kes kelahiran bayi kembar.