Adsense

Selasa, 24 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Lagu ‘Bebas – The Azenders” Dipilih Sebagai Ost Filem Jiwa Taiko

Posted: 24 Apr 2012 10:49 PM PDT

Lagu Bebas daripada The Azenders telah dipilih sebagai Ost untuk filem aksi arahan Osman Ali berjudul Jiwa Taiko. Memetik kata-kata si pengarah, "Saya memilih kumpulan The Azender kerana mereka mempunyai kebolehan untuk mencipta lagu yang kena dengan tema Jiwa Taikot. Saya berjumpa dan menceritakan perasaan serta initipati filem tersebut kepada mereka. Secara kebetulan, The Azenders mempunyai material yang seakan-akan, dan dengan sedikit fine tune, terciptalah lagu Bebas."

Filem Jiwa Taiko pada mulanya diberi tajuk Bara Jiwa, namun ditukarkan namanya selepas insiden seorang pelakon yang terbakar teruk di lokasi pengambaran. Filem yang diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas ini adalah filem aksi yang bergerak seiring dengan penceritaan. Berbanding dengan Anak Halal yang mempunyai jalan cerita pelbagai, perjalanan cerita Jiwa Taiko lebih kompak.

"Keistimewaan filem Jiwa Taiko dimana kesemua pelakon membuat aksi stunt sendiri dengan memaparkan unsur silat moden. Kami gunakan skil persilatan Melayu, namun diolah semula dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Silat Gayong Malaysia," jelas Osman Ali.

Osman Ali turut menyatakan filem Jiwa Taiko sememangnya mensasarkan penonton-penonton yang meminati KL Gangster, sebuah filem yang mencapai kutipan Box-Office.

"Filem Jiwa Taiko mula menjalani rakaman pada Februari 2011. Kebetulan, filem KL Gangster meletup dan kini mempunyai kumpulan peminat yang kuat. Saya memang sasarkan filem Jiwa Taiko ini untuk kumpulan peminat sedemikian, namun tidak adil sekiranya peminat membandingkan kedua-dua filem ini kerana jalan penceritaannya memang berlainan," kata beliau lagi.

Filem Jiwa Taiko akan mula berada di pawagam mulai 14 Jun 2012 dengan membariskan pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak, Diana Danielle & Bront Palare. Video klip selepas ini.

14 Foto Sisi Comel Wawa Zainal Ketika Sidang Media LIPICE

Posted: 24 Apr 2012 09:31 PM PDT

2 lesung pipit milik Wawa Zainal menjadi satu keunikan yang menjadi perhatian ramai jejaka mahu pun wanita yang meminatinya. Selain senyumannya yang menawan, pelakon ini boleh ditakrifkan sebagai bersih daripada bahan gosip liar. Tak silap kalau kami katakan Wawa Zainal mempunyai pakej yang lengkap sebagai bintang baru yang akan bertapak lama dalam industri hiburan.

14 foto Wawa Zainal untuk tatapan anda selepas ini.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Keluarga Tetap No 1 – Faizal Tahir

Posted: 24 Apr 2012 06:09 AM PDT

KELUARGA TETAP NO 1 – FAIZAL TAHIR
FAIZAL TAHIR MENITIKBERATKAN SOAL KESIHATAN ORANG TERSAYANG

Sungguhpun berbekalkan jadual yang padat serta masa bekerja yang tidak menentu, Faizal Tahir tetap tidak mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting dalam kerjayanya sebagai seorang artis.

Masakan tidak, sewaktu sesi penggambaran mahupun sesi bergambar bersama peminat, senyuman yang manis dan menarik pastinya menjadi aset penting dalam menyerlahkan kekuatan gambar tersebut.

02

Meskipun sibuk dengan kerja, selebriti sokongan bagi Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 ini tetap tidak melupakan keluarga dan anak-anak yang berada di rumah. Bagi beliau, sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul datang secara semulajadi. "Sungguhpun saya selalu pulang lewat malam, namun bila berkesempatan saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum mereka masuk tidur," ujar Faizal.

Faizal menggunakan pendekatan yang lembut dalam soal mengajar anak-anak tentang penjagaan gigi.

"Semua kanak-kanak termasuklah anak-anak saya sukakan makanan yang manis. Namun saya tidak menghalang mereka menikmati makanan tersebut, cuma saya tegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak bagus untuk gigi,". Faizal turut mendedahkan bahawa melalui kempen Bulan Kesihatan Mulut tahun ini yang bertemakan 'Misi Kami; Kaviti Sifar' ini, anak-anaknya mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh tentang teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

Matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Start Early, Healthy Mouth for a Healthier Life (Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat) turut diselarikan dengan tema kempen yang telah pun memasuki tahun kesembilan ini. "Melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya cuba menyebarkan kepada orang ramai tentang peluang mereka untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma melalui klinik-klinik di bawah naungan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia."

"Saya sedar betapa pentingnya pemeriksaan gigi dalam memastikan mulut saya dalam keadaan yang baik. Sukar untuk saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang ketat dan kerana itulah saya berada di sini hari ini, bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, tetapi juga kepada diri sendiri," kata beliau.

Faizal turut menyuarakan sokongan untuk usaha Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan yang bertujuan menekankan pendidikan seawal mungkin bagi penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

"Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membabitkan diri dalam program ini kerana melaluinya saya boleh berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak."

01

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • Faizal Tahir Kemalangan di Lebuhraya Penchala Link
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6
  • Maxis Lancar Perkhidmatan E-Buku Pertama Di Malaysia

    Posted: 24 Apr 2012 06:03 AM PDT

    MAXIS MELANCARKAN PERKHIDMATAN E-BUKU YANG PERTAMA DI MALAYSIA

    • Maxis yang pertama melancarkan perkhidmatan buku digital bersepadu untuk pelbagai peranti
    • 'Maxis ebooks' membolehkan akses yang cepat dan sebenar kepada perpustakaan digital yang meluas
    • Pelanggan boleh menyemak imbas, membeli dan membaca buku-buku tempatan dan antarabangsa melalui aplikasi percuma Maxis pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
    • Maxis ebook adalah peneraju dalam menyediakan pelbagai kandungan untuk rakyat Malaysia serta meningkatkan pengalaman peranti pintar mereka

    Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, hari ini melancarkan Maxis ebooks, perkhidmatan buku digital pertama di Malaysia yang boleh digunakan di pelbagai peranti. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan Maxis akan mempunyai akses kepada lebih 300,000 judul buku tempatan dan antarabangsa dari lebih 40 kategori. Maxis ebooks mempunyai antara muka (interface) yang mesra pengguna dan berfungsi melalui kedai buku digital berasaskan-awan, di mana pelanggan boleh memuat turun buku secara percuma ke iPad atau tablet Android pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka mahu.

    Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

    T. Kugan, Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis berkata, "Maxis telah mengenalpasti perubahan ke kandungan digital dan dengan pelancaran ebook Maxis, kami juga sedang berusaha menyediakan pembaca di Malaysia dengan pengalaman yang mudah untuk melayari, membeli dan membaca buku-buku tempatan dan antarabangsa kegemaran mereka pada tablet atau komputer. Ini juga memberi penerbit, pengarang dan institusi pendidikan tempatan dengan satu platform mantap yang membolehkan mereka mencapai jumlah pengguna yang lebih besar."

    Maxis ebooks boleh didapati di peranti yang menggunakan sistem operasi Apple dan Android seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab, dimana e-buku boleh digunakan segerak dengan sehingga enam peranti. Perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan untuk membina perpustakaan sendiri mengikut judul kegemaran mereka dan mempunyai pelbagai ciri-ciri seperti kamus, penanda (bookmarks) dan fungsi nota. Judul yang tersedia adalah daripada jualan terbaik dan novel hingga ke kategori gaya hidup serta bantu diri.

    Harga buku digital yang boleh dimuat turun melalui Maxis ebooks bermula dari RM8 hingga RM99 dalam bahasa tempatan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina serta bahasa-bahasa antarabangsa. Terdapat juga 45 judul percuma yang ditawarkan kepada pelanggan. Pembelian akan ditunjukkan dalam bil Maxis pelanggan atau dipotong daripada akaun Hotlink mereka.

    Sebagai insentif tambahan, pelanggan boleh memuat turun e-buku percuma dari pelbagai judul tanpa dikenakan caj data sehingga 31 Mei bagi mereka yang memuat turun buku-buku menggunakan rangkaian 3G Maxis.

    Melalui tawaran ini, Maxis juga merancang untuk memupuk perkembangan buku-buku tempatan dan kandungan dengan bekerjasama dengan penerbit, penulis dan institusi pendidikan tempatan. Setakat ini, Maxis telah bekerjasama dengan Cempaka Schools untuk mengedarkan kandungan pembelajaran yang terdiri daripada penerbitan dan bahan-bahan rujukan oleh guru melalui Maxis ebooks, dan membolehkan para pelajar mengakses kandungan tersebut secara digital. Cempaka Schools merupakan sekolah yang pertama yang berkerjasama dengan Maxis untuk perkhidmatan ini, dan Maxis berancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak sekolah pada masa depan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis ebooks, sila layari www.ebuuk.com.my atau muat turun aplikasi Maxis ebooks, yang boleh didapati secara percuma dari Google Play dan App Store Apple.

    Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

    Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Maxis Lancar Finder301
  • Tawaran Hebat Untuk Jemaah Haji dari Maxis
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home
  • Maxis Lancar Servis Iklan MyDeals
  • Maxis Lancar iPhone 4S & Pelan Baru iValue
  • Maxis Lancar Pra Bayar Baru BAGUS
  • MAXIS MERAIKAN RAMADHAN BERSAMA PELANGGAN MUSLIMIN
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10
  • Maxis Lancar Google Nexus S Keluaran Samsung
  • borak kosong

    borak kosong


    La Pascualita - Mitos Boneka Manequin dari Mayat Perempuan yang Diawetkan

    Posted: 24 Apr 2012 09:30 PM PDT


    Ada satu mitos di Mexico yang dikenal dengan nama La Pascualita atau Pascuala Kecil. Apa yang menarik dari mitos ini? La Pascualita adalah manquin yang mengenakan busana pengantin yang telah menempati etalase sebuah kedai di Chihuahua, Mexico, sejak 75 tahun silam. Banyak gosip beredar yang mengatakan bahawa sebenarnya La Pascualita bukanlah boneka manequin, tetapi mayat anak perempuan pemilik kedai sebelumnya yang diawetkan dengan sempurna.
    Selama bertahun-tahun pengunjung La Pascualita semakin banyak. Tidak hanya dari Mexico saja, tetapi para pelancung luar negeri pun tertarik untuk melihat manequin tersebut. Mereka ingin memastikan dengan mata sendiri apakah La Pascualita hanya boneka manequin atau mayat yang diawetkan. Melihat tampilannya yang begitu "manusiawi", banyak orang yang pulang dengan kesimpulan La Pascualita adalah mayat yang diawetkan.
    La Pascualita pertama kali dipamer di etalase kedai pada bulan March 1930 dengan mengenakan gaun pengantin musim semi. Tidak perlu waktu lama bagi La Pascualita untuk menarik perhatian. Dengan mata, rambut, dan kulit yang nampak seperti orang sungguhan, orang-orang tidak boleh melepaskan pandangan darinya. Kerana kemiripan manequin tersebut dengan pemilik kedai pada saat itu, Pascuala Esparza, mereka pun menyimpulkan bahawa La Pascualita adalah mumi anak pemilik kedai yang meninggal ketika hari pernikahannya kerana digigit oleh laba-laba Black Widow. Pascuala pun menyangkal rumor tersebut, tetapi saat itu sudah terlambat. Tidak ada lagi yang mahu mempercayai perkataannya.
    Ada beberapa cerita yang buat kita sedikit merinding mengenai manequin ini. Ada yang mengatakan mata La Pascualita bergerak dan mengikuti orang di sekitar kedai. Ada juga yang mengatakan pada malam hari dia akan menggeser posisinya di etalase.
    Pakaian yang dikenakan La Pascualita akan diganti 2 kali dalam seminggu di balik tirai tertutup. Sonia Burciaga, seorang pekerja kedai, berkata, "Setiap kali saya berada dekat La Pascualita tangan saya berkeringat. Tangannya sangat realistis dan ia bahkan memiliki varises di kakinya. Saya percaya dia adalah orang sungguhan."

    Bagaimana Cara Melukis Menggunakan Coca-Cola [Video]

    Posted: 24 Apr 2012 09:15 PM PDT



    Seniman multimedia Phil Hansen akan menunjukan bagaimana cara melukis menggunakan minuman Coca-cola.
    Prosesnya tidak terlalu sulit, kerana intinya yang perlu kamu lakukan hanya membuat dakwat dari cairan Coca-cola yang direbus. Secara singkat ini yang perlu kamu lakukan:

    Siapkan tiga mangkuk dan taruh bekas diatas dapur.
    1. Mangkuk pertama diisikan cairan Coca-cola asli.
    2. Mangkuk kedua diisikan dari cairan Coca-cola yang sudah direbus selama kira-kira 45 menit.
    3. Mangkuk terakhir diisikan cairan Coca-cola yang direbus selama sekitar satu seperempat jam ( sampai warnanya hitam puoll).
    Langkah terakhir, dan langkah yang tersulit, adalah menggambar menggunakan tiga dakwat tersebut. Untuk lebih jelasnya mari lihat video berikut:



    Ini Dia Rahsia Kecantikan Kim Kardashian

    Posted: 24 Apr 2012 09:00 PM PDT

    Kim Kardashian selalu tampil mempesona bila masa saja dan di mana saja. Kim pun membocorkan rahsia kecantikannya dengan memposting fotonya di Twitter.

    Dalam foto tersebut Kim terlihat memakai masker berwarna kuning di seluruh bahagian mukanya. "Glamming up with @1maryphillips!!! A little confused by her new technique BUT I know it will be fab!" tulis Kim via @KimKardashian.

    Kim juga memposting foto dirinya setelah memakai masker kuning itu. Masker berwarna kuning itu biasanya digunakan untuk menyamarkan lingkaran di bawah mata dan bintik-bintik merah pada wajah.

    Marry Phillips memang terkenal sebagai make-up artis di kalangan selebriti Hollywood. Ia menangani Kim, Jessica Simpson, Jennifer Lopez, hingga Salma Hayek. Demikian yang dilansir Daily Mail, Selasa (24/4/2012).

    Meskipun Kim sering bereksperimen dengan make-up, namun ia juga tidak malu memamerkan wajahnya yang tanpanya. "Make-up itu menyenangkan, tapi itu hanya aksesoris. Yang penting nyaman dengan kulit kita sendiri, dengan atau tanpa make-up," tuturnya.

    Sumber : http://hot.detik.com

    Wanita Terkena Serangan Jantung Setelah Menyantap Burger di Restoran "Serangan Jantung"

    Posted: 24 Apr 2012 08:45 PM PDT


    Menu dari sebuah restoran bernama Heart Attack Grill (Panggangan Serangan Jantung) lagi-lagi memakan korban dengan membuat pengunjungnya terkena serangan jantung. Kenapa?
    Wanita tersebut tengah memakan burger besar bernama "Double Bypass" (diambil dari salah satu istilah dalam operasi serangan jantung) ketika tiba-tiba dirinya menunjukan gejala serangan jantung dan segera dilarikan ke rumah . Untungnya setelah dirawat sebentar keadaan wanita itu beransur pulih.
    Ini bukan kes pertama ketika restoran yang memiliki motto "Taste worth dying for" itu memakan korban dari menu mereka yang memang sengaja dibuat dengan sangat tidak sihat kerana mengandung kalori yang sangat tinggi. Februari lalu, seorang lelaki tiba-tiba merasakan tubuhnya bergetar dan berkeringat setelah memakan burger "Triple Bypsass", dan langsung dilarikan ke rumah sakit.
    Bagaimanapun, restoran yang pelayannya memakai kostum jururawat tersebut sudah memasang tulisan peringatan di dalam restoran yang berbunyi: "Perhatian: Apa yang disajikan disini buruk untuk kesihatan anda." Dan sebuah ambulan selalu siap sedia terletak di halaman."

    Wanita Ini Terima Cabaran Sebulan Tanpa Kosmetik

    Posted: 24 Apr 2012 08:30 PM PDT

    Anna Pursglvoe mengakui kajian yang menyebut 2/3 wanita kehilangan percaya diri bahkan stres ketika diminta keluarv rumah tanpa kosmetik. Ia merasakan sendiri derita hidup tanpa kosmetik selama sebulan.

    Wanita asal Inggris itu menerima cabaran sebuah majalah perempuan untuk menghentikan semua jenis bentuk perawatan wajah dan tubuh selama empat minggu. "Aku harus melupakan make up dan semua produk kecantikan," katanya, dikutip Daily Mail.

    Tak boleh menggunakan segala jenis produk kecantikan yang biasa ia pakai seperti krim wajah, toner, pelembab, concealer, maskara, bedak, lipstik, bedak, parfum, lotion, dan cat kuku. Membersihkan wajah juga hanya boleh dengan air.

    Semua jenis perawatan kecantikan juga tak boleh. Selama sebulan, ia tidak waxing, blow rambut, meluruskan rambut, creambath, mikrodermabrasi, chemical peeling, laser wajah, tanning, manikur, pedikur, memutihkan gigi, membentuk alis, dan memperpanjang bulu mata. 

    "Semua yang produk atau perawatan yang masuk kategori estetika dan bersolek, dilarang. Aktiviti yang tujuannya styling atau memanjakan tubuh juga dilarang. Yang tetap boleh dipakai hanya produk dasar seperti sabun dan sampo biasa," ujarnya.

    Hari pertama, kedua, terlewati dengan lancar. Memasuki hari ketiga, ia mulai uring-uringan melihat rambutnya yang biasanya tertata rapi mulai kusut dan susah diatur.

    Hari kelima stres bertambah kerana harus datang ke pesta dengan keadaan bulu kaki tak tercukur. Dengan wajah tanpa make up dan bulu kaki menyembul dari balik stocking, sampai-sampai ia harus menghindari fotografer selama di pesta.

    Satu minggu pertama, Pursglvoe merasa setiap bahagian tubuhnya seperti terkelupas. Bibirnya kering, rambutnya kusut, dan kakinya bersisik. Wajahnya juga mulai kusam dengan kedutan di kulit yang semakin terlihat jelas.

    Minggu kedua juga menjadi siksaan tersendiri ketika harus bercuti bersama keluarganya ke pantai. Selain tak boleh menggunakan tabir surya, ia juga tak nyaman mengenakan bikini kerana bulu-bulu dari area intimnya menyeruak.

    Namun, tantangan ini membuatnya tersedar bahawa selama ini telah melakukan perawatan kecantikan yang agak berlebihan. Ia terjebak dalam ketagihan.

    "Jujur aku merasa tidak bebas. Aku merasa kotor dan setiap malam mulai bermimpi tentang maskara, kulit mulus, dan kuku yang cantik," ujarnya. "Aku sedar mengejar keindahan adalah kebahagiaan sekaligus kutukan, tapi aku harus selesaikan tantangan ini".

    Sumber : http://kosmo.vivanews.com

    Terburu-buru, Wanita Ini Terpaksa Melahirkan di Dalam Teksi

    Posted: 24 Apr 2012 08:15 PM PDT

    Kelahiran seorang bayi menjadi sebuah momen bahagia bagi orangtuanya, terlebih saat ia lahir dengan sihat tanpa kurang apapun. Dalam beberapa situasi, orangtua juga akan sangat bersyukur jika boleh melahirkan bayinya dengan selamat, di dalam teksi misalnya.

    Wanita Inggris bernama Faye Branighan awalnya dikunjungi oleh ibunya. Namun ketika ibunya datang, sang suami, Stepen Axelborough khuatir isterinya yang sedang hamil besar itu sudah siap melahirkan. Ia meminta sang isteri untuk segera pergi ke rumah sakit Queen Elizabeth di Gateshead menggunakan teksi tersebut.

    Faye yang masih berusia 22 tahun tersebut mengatakan: " Aku sudah tahu bayiku mahu keluar. Aku boleh merasakan kepalanya." Ia juga mengatakan bahawa dirinya sudah menelefon pihak rumah sakit namun malah melahirkan di dalam teksi Dean Taxis.

    Pemandu teksi, Peter Wakefield tidak merasakan hal aneh saat memulai harinya, Selasa pagi itu. Ia hanya tahu saat menghantar seorang wanita ke rumah putrinya, tiba-tiba ada seorang lelaki keluar dari rumah dengan panik dan meminta untuk menghantar istrinya ke rumah sakit.

    Teksi model Vauxhall Vectra tersebut dibawa dengan laju dan melanggar beberapa lampu merah, seperti yang diakui oleh sang pemandu. namun setelah sampai di area parking rumah sakit, bayi Faye sudah lahir.

    "Aku berdiri dengan ayah si bayi melihat belakang kereta saya dengan dua pintu terbuka dan perawat mengerubungi. Saya tidak percaya, saya pikir saya sudah melihat segalanya," ujar Peter menambahkan.

    Sang bayi yang dinamakan Lucas lahir sihat dengan berat 2,7 kg. Iapun diperbolehkan pulang bersama orangtuanya tujuh jam selepas kelahiran di pintu parking rumah sakit.


    Sumber : http://wolipop.detik.com

    Ajaib, Dilienyek Trak Anak Ini Tak Alami Patah Tulang

    Posted: 24 Apr 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang anak bernama Leo Cope dilenyek trak perkebunan setelah skuter yang dinikinya masuk ke bawah trak yang melanggarnya itu. Demikian dilansir The Sun, Selasa (24/4/2012).
    Sang ayah,Tony Cope (48), yang menyaksikan langsung kejadian itu segera membawa anak lelakinya itu ke RS Nottingham's Queen's Medical Centre, Inggris, untuk mendapatkan tindakan medik berupa operasi untuk memperbaiki otot serta bahagian kanan kakinya yang terperangkap di bawah trak. Leo juga harus kehilangan daging tubuh di bahagian kiri pergelangan kaki.
    Namun ajaibnya, Leo yang kakinya terperangkap di bawah tayar trak yang besar itu, tak mengalami patah tulang sedikitpun meski doktor mengira ia akan mengalami retak tulang pelvis.
    "Tayar itu menghentam kakinya dan masuk ke Tarmac. Doktor khuatir akan meretakkan tulang pelvisnya. Puji syukur, kedua kakinya tak mengalami patah," kata sang ayah. Tony juga mengatakan Leo memang tak boleh berjalan tetapi sekarang sang anak boleh ke mana-mana menggunakan kerusi roda.
    "Kami tidak tahu kemungkinan jangka panjang yang terjadi," jelasnya, lagi. Cope mengatakan kemungkinan anaknya tak mengalami patah tulang kerana mengenakan boot tebal Wellington dan jaket tebal yang menjadi bantal di bahagian punggungnya saat jatuh.

    Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing

    Posted: 24 Apr 2012 07:45 PM PDT


    HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.
    Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.
    "Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.
    Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.
    Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.
    "Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.
    China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.
    Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.
    Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

    sumber : kosmo online

    Video seks 2 ahli politik tersebar

    Posted: 24 Apr 2012 07:30 PM PDT


    JAKARTA: Pita video seks memaparkan dua anggota Parlimen daripada Partai Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) diedarkan secara meluas di Internet.
    Pita video seks itu awalnya disiarkan semalam di laman kilikitik.net, yang digantung sejurus kemudian selepas khabar angin mengenainya tersebar dengan meluas.

    Ahli politik lelaki itu dilaporkan berasal dari daerah Jawa Tengah, manakala ahli politik wanita pula dari Kalimantan Barat. Pengerusi Majlis Etika Dewan Perwakilan, M Prakosa yang juga daripada PDI-P berkata, dia mendengar khabar angin mengenainya, tetapi belum melihat video itu. "Ia hanya khabar angin. Saya pun mendengarnya daripada wartawan. Tidak dipastikan lagi siapakah mereka," katanya kepada wartawan di dewan itu. - Jakarta Post



    sumber : myMetro

    NZ rancang naik harga rokok RM250 sebungkus

    Posted: 24 Apr 2012 07:15 PM PDT


    AUCKLAND: Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok.
    Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.

    Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya.


    Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan.

    Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: "Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok.


    "Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian." - DM



    sumber : myMetro

    Range Rover Evoque rekaan Posh

    Posted: 24 Apr 2012 07:00 PM PDT


    BEIJING: Kereta yang direka Victoria Beckham dipamerkan semalam dengan harga jualan tiga kali ganda berbanding model biasa.
    Hanya 200 Range Rover Victoria Beckham Edisi Khas Evoque akan dikeluarkan dan ia dijual pada harga �79,995 (RM400,000) sebuah.

    Victoria yang dulu lebih dikenali sebagai Posh Spice, bergambar bersama kereta mewah itu pada pameran kenderaan di Beijing, China dan berkata, dia mereka kenderaan itu dengan membayangkan suami, David Beckham.


    Kereta itu mempunyai rim aloi hitam 20 inci, gril sekeliling berwarna emas dan tempat duduk kulit berwarna perang. Ia juga dilengkapi empat set bagasi yang direka oleh Victoria.

    Victoria berkata: "Saya mahu mereka sebuah kereta yang David dan saya ingin memandu. Saya mahu sesiapa yang berada di dalamnya merasakan diri mereka istimewa." - DM



    sumber : myMetro

    Lelaki cari adik maut dirempuh komuter

    Posted: 24 Apr 2012 06:45 PM PDT


    SHAH ALAM: Hasrat seorang lelaki yang mahu mencari adik kandungnya tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh komuter dalam kejadian di Seksyen 15, di sini, semalam.
    Difahamkan, mangsa mencari adiknya sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari seorang pemandu teksi sekitar Shah Alam yang memaklumkan kepada polis sejurus selepas mayat mangsa ditemui.

    Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dipercayai berasal dari Ladang Raja Musa, Kuala Selangor.


    Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui polis di tempat kejadian.

    Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kejadian berlaku di Kilometer 22.5 membabitkan komuter dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pelabuhan Klang.


    Katanya, pemandu menghentikan komuter secara mengejut selepas menyedari seorang lelaki melintasi landasan berkenaan walaupun hon kecemasan sudah dibunyikan beberapa kali, namun tidak diendahkan. "Sejurus selepas kejadian, pemandu komuter berkenaan memaklumkan kejadian kepada pihak KTMB sebelum kami menghubungi polis dan bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



    Saksi kejadian, Mohd Zul Hazlin Sameon, 19, berkata ketika kejadian dia mengawal di pintu belakang kilang apabila dia nampak komuter berhenti secara tiba-tiba.

    Katanya, apabila komuter perlahan, pemandu terbabit menunjukkan sesuatu ke arah belakang komuter.


    "Saya pergi dekat pagar untuk periksa apa yang ditunjukkan pemandu berkenaan, tapi saya tidak nampak apa-apa.

    "Saya hanya sedar ada orang dilanggar komuter sebaik nampak kereta peronda polis datang dan beberapa anggota polis memasuki kawasan landasan," katanya yang juga pengawal keselamatan di kilang berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian kerana parah di kepala, pinggang dan kaki. Kes kemalangan berkenaan disiasat sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.


    Zahedi berkata, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk memberi maklumat.



    sumber : myMetro

    Lelaki bogel mengamuk

    Posted: 24 Apr 2012 06:30 PM PDT


    MIRI: Penduduk satu kawasan perumahan di Permyjaya Baru, Tudan, dekat sini, semalam gempar dengan tindakan seorang lelaki bogel yang tiba-tiba mengamuk sambil memegang sebilah pisau sehingga menyebabkan sebuah motosikal rosak manakala cermin tingkap tiga rumah pecah.
    Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, tindakan lelaki berusia 30-an itu menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang dicederakan selepas dia bertindak ganas dengan merosakkan harta benda mereka.

    Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki dipercayai pekerja sebuah syarikat minyak itu dikatakan sering berkelakuan ganjil termasuk bercakap seorang diri dan memecahkan botol kaca di depan rumahnya.


    Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Uda, 46, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah dari tempat kerja selepas menghantar dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun ke sekolah.

    "Ketika mahu masuk dalam rumah, tiba-tiba lelaki itu meluru keluar dari rumahnya dalam keadaan bogel dan memegang pisau sebelum membaling topi keledar hingga merosakkan tingkap rumah saya.


    "Akibat terlalu panik, saya terus masuk ke dalam dan menutup pintu sebelum membawa kedua-dua anak keluar mengikut pintu belakang bagi mengelak kejadian buruk menimpa kami," katanya yang ditemui ketika membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.



    Menurutnya, ketika kejadian, isterinya tiada di rumah kerana bekerja dan bersyukur kerana tiba di rumah tepat pada masa sekali gus berjaya mengelak kejadian tidak diingini.

    Seorang lagi saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Sarina, 34, berkata, ketika kejadian, dia sedang menyediakan bekal makanan untuk anak lelakinya berusia tujuh tahun ke sekolah sebelum tiba-tiba terdengar cermin tingkap depan rumahnya pecah.


    "Saya kemudian meluru ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat lelaki itu sedang memegang pisau sambil melontar batu-bata ke arah cermin tingkap rumah saya. "Mujur ketika itu, pintu depan rumah saya berkunci sekali gus menghalangnya menceroboh masuk dan jika tidak, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku," katanya.

    Menurutnya, seminggu sebelum kejadian, lelaki yang tinggal bersendirian itu menunjukkan sikap agak pelik dipercayai mengalami tekanan mental.


    Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu kira-kira jam 11.40 pagi sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.


    Katanya, sebaik tiba, lelaki terbabit cuba bertindak agresif terhadap anggota polis yang cuba menenangkannya sebelum dia akhirnya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.


    "Kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden itu termasuk mengenal pasti sama lelaki itu mempunyai masalah mental atau sebaliknya," katanya.



    sumber : myMetro

    Gadai nyawa demi abang

    Posted: 24 Apr 2012 06:15 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nekad merempuh kepungan kira-kira 30 lelaki bagi menyelamatkan abangnya yang parah akibat dibelasah dan ditetak dengan parang oleh kumpulan lelaki itu dan terpaksa memapah abangnya sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian.
    Kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati, di sini, pada jam 1 pagi Ahad lalu selepas abang lelaki itu parah diserang kumpulan lelaki terbabit.
    Sumber berkata, sebelum itu mangsa berusia 40-an melihat berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan kira-kira 30 lelaki dan dia berniat ingin menyuraikan pertelingkahan terbabit kerana mengenali seorang daripada mereka yang terbabit dalam insiden itu.

    "Bagaimanapun niat baiknya mengundang padah apabila mereka yang tidak berpuas hati menyerangnya, malah mengepung sebelum membelasah mangsa bertubi-tubi dengan parang.



    "Mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan diri, namun gagal malah dia ditetak di tangan dan kepala bertubi-tubi," katanya.



    sumber : myMetro

    Suami ugut tikam ketika dua madu bergomol

    Posted: 24 Apr 2012 06:00 PM PDT


    PETALING JAYA: Malang nasib si isteri tua kerana suami yang membuat kejutan dengan membawa pulang isteri muda, mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas dia bergaduh dengan madunya itu.
    Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desaria, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, isteri pertama yang berusia 52 tahun sebelum itu marah apabila suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah muncul bersama isteri muda yang juga warga Indonesia berusia 20-an.
    Menurut sumber, isteri pertama yang juga tukang cuci itu marah dengan tindakan suaminya dan berlaku perang mulut dengan lelaki berusia 53 tahun terbabit.

    "Dalam perang mulut itu, isteri tua mempersoalkan tindakan suaminya membawa pulang isteri muda dan memarahi suaminya supaya jangan balik ke rumah mereka.


    "Tindakan isteri tua itu menyebabkan madunya berang dan menerkamnya sebelum kedua-duanya bergomol di ruang tamu rumah," katanya.
    Sumber itu berkata, apabila melihat kedua-dua isterinya bergaduh persis ahli gusti, si suami menjerit supaya kedua-dua isterinya menghentikan pergaduhan itu.


    sumber : myMetro

    Sayang bapa, ugut ibu

    Posted: 24 Apr 2012 05:45 PM PDT


    ARAU: Seorang anak tergamak mengugut menyembelih dan membunuh ibu kandungnya sendiri menggunakan parang selepas berang kerana mangsa dikatakan menjadi punca bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya, kelmarin.
    Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 49 tahun dituduh suspek berusia 29 tahun bersalah kerana menjadi punca kejadian kemalangan parah yang menyebabkan bapa suspek yang juga suami mangsa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. 
    Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya di Pida 4, Tambun Tulang, di sini, bersama adik suspek berusia 23 tahun serta dua jirannya sebelum didatangi suspek yang kelihatan tergesa-gesa sambil membawa sebilah parang.

    "Suspek kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah sebelum menyerang mangsa dengan memeluknya dan mengacukan parang ke lehernya sambil memaki hamun ibunya.



    "Tindakan anak lelakinya itu dipercayai dilakukan selepas dia berang dengan ibunya yang dikatakan menjadi punca kepada kemalangan yang menimpa bapanya.


    "Sebaik memaki hamun mangsa, suspek bertindak mengeluarkan parang yang dibawanya sebelum mengacunya ke leher mangsa sebelum mengugut menyembelih dan membunuh ibunya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 



    sumber : myMetro

    Biar benar fesyen baru ke ni?

    Posted: 24 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Patung silikon mirip artis dijadikan objek seks disebuah kelab

    Posted: 24 Apr 2012 05:15 PM PDT

    Seorang wartawan menyamar mengunjungi sebuah outlet hiburan di Hu Lu Dao di daerah Liaoning terpana melihat boneka di ruang dalam tempat hiburan tersebut.

    Disana terpajang banyak Patung SILICONE yang mirip bintang film China Gong Li dan Zhang Ziyi. Mereka menyediakan "layanan seks" di RM 10 per jam.

    Sang wartawan ini ragu-ragu tapi bos tempat hiburan kemudian memberinya demonstrasi dengan memegang payudara patung tersebut dan patung itu menjawab (benci, dengan nada malu-malu) "tao yan!".
    Benar-benar seperti aslinya.



    Manajer tempat hiburan itu mengatakan patung, dilengkapi dengan sistem suara yang dikendalikan oleh komputer, akan membuat suara yang berbeza sesuai dengan gerakan. Dan hampir sama dengan suara artis aslinya.

    Ia mengatakan ia merancang untuk memperluas bisnisnya untuk wanita dengan menyediakan boneka Chow Yuen Fat dan Jackie Chan kerana patung tersebut mendapat tanggapan yang luar biasa di kalangan wanita.

    Cabut gigi anak guna kereta remote control

    Posted: 24 Apr 2012 04:45 PM PDT

    Entah apa yang terlintas difikiran orangtua anak ini , sampai gigi  anaknya dicabut mrnggunakan kereta remote control. Dan bukan hanya itu, tetapi mereka juga merekam adegan.Dan hasilnya.. Lihat video ini...




    Pernikahan bubar kerana calon isteri berjanggut

    Posted: 24 Apr 2012 04:30 PM PDT

    Dubai-Bagai membeli kucing dalam karung. Itulah perasaan yang melanda seorang diplomat Arab. Dia memutuskan membatalkan pernikahan setelah melihat calon istrinya, yang selama ini wajahnya tertutup cadar, ternyata berjanggut dan bermata juling.

     Peristiwa itu menjadi kes mahkamah di kota Dubai, United Emrirat Arab.Diplomat senior yang mengaku sebagai duta besar dari suatu negara Arab itu menilai bahawa ibu pengantin perempuan telah menipu dirinya. Ibu itu ternyata menunjukkan dia foto-foto seorang perempuan cantik, yang ternyata adalah saudara kandung 'pengantin' yang akan dia nikahi.Diplomat yang bergelar Duta Besar Berkuasa Penuh itu sempat beberapa kali bertemu dengan calon isterinya. Namun, wajah perempuan itu selalu tertutup  sehingga sukar dilihat kecantikannya.

    Wajah mempelai itu baru terungkap saat dirinya akan dicium oleh  Duta Besar di hari pernikahan, yang tidak disebutkan tarikhnya. "Setelah duta besar dan calon istrinya, yang berprofesi sebagai dokter, menandatangani kontrak pernikahan, keduanya duduk berdampingan. Duta besar itu mengaku saat akan mencium istrinya itu, ternyata yang bersangkutan dianggap punya janggut dan bermata juling," kata sumber yang tidak disebutkan namanya itu.

    Marah  kerana merasa ditipu, Duta Besar itu akhirnya membatalkan pernikahan. Dia bahkan mengadukan masalahnya ke Pengadilan Syariah di Dubai kerana sudah merasa terhina dan mengalami malu.

    Dalam tuntutannya, laki-laki itu meminta pengantin perempuan dan keluarga membayar ganti rugi sebesar 500.000 dirham. Menurut dia, jumlah itu sepadan dengan harga sejumlah perhiasan, baju, hadiah lain yang telah diberikan kepada calon isterinya.
    Dia juga minta hakim untuk memeriksa pengantin perempuan kepada doktor specialis kerana siapa tahu yang dia menderita gangguan hormon sehingga tumbuh janggut.

    Pada hari Pengadilan Syariah, pihak pengantin perempuan, meminta hakim untuk membatalkan tuntutan hukum itu. Bahkan, dia menuntut agar di duta besar membayar nafkah hidup kepada dirinya setelah membatalkan pernikahan.

    Maka, hakim memutuskan meluluskan permintaan di duta besar agar calon istri yang tak jadi dinikahinya itu diperiksa ke doktor specialis dan menurut laporan doktor bahawa tergugat tidak mengalami masalah hormon.

    Hakim pun menolak tuntutan duta besar agar pengantin perempuan membayar ganti rugi. Keputusan lainnya adalah hakim secara rasmi menceraikan pasangan bermasalah itu.

    Kes ini juga mendapat perhatian dari sejumlah media internasional, diantaranya dari Prancis, AFP,Russia, Ria Novosti, dan laman harian Times of India.

    Kian Hill, Bayi Dengan Organ Vital Yang Serba Terbalik

    Posted: 24 Apr 2012 04:15 PM PDT


    Kian Hill (2 tahun) adalah kanak-kanak yang tidak biasa. Ia lahir dengan posisi organ-organ yang terbalik. Jantungnya berada di sebelah kanan yang seharusnya sebelah kiri, ginjalnya berputar terbalik, perut dan pankreas berada disisi yang berlawanan dan usus melingkar ke arah yang salah.


    Kian yang lahir pada 7 Ogos 2009 ini juga terlahir tanpa limpa, usus buntu dan paru-paru kanan (hanya ada satu paru-paru sebelah kiri). Sejak lahir,anak cilik ini harus melakukan banyak operasi untuk membuatnya bertahan hidup.






    Setiap bulan doktor melakukan bronkoskopi, suatu prosedur dimana sebuah kamera kecil dimasukkan ke tenggorokan untuk memeriksa lebar saluran udara dan paru-paru tunggal.






    Kemudian ketika ia berusia 7,5 bulan, doktor bedah memotong setengah batang tenggoroknya (trakea) dan satu sisi di atas yang lain untuk membuat tenggorokan lebih luas.






    Kelainan yang terjadi pada Kian dinamakan situs inversus totalis, yang bererti organ-organ internalnya berkembang pada sisi yang salah dari tubuhnya.






    Keadaan ini mempengaruhi sekitar 1 dari 10.000 orang di Inggris, yang membuat pesakit memerlukan perawatan 24 jam dan menghabiskan hidupnya di hospital .






    Doktor menyatakan Kian hanya memiliki kesempatan 50 peratus untuk bertahan hidup dan tahun lalu ia bahkan dinyatakan mati secara klinik selama 30 minit setelah menderita dua serangan jantung.


    Natalie Boughey (22 tahun), ibunda Kian, seperti dilapor Dailymail, menyebutkan beberapa tahun terakhir telah menjadi 'rollercoaster' emosi baginya, tetapi untuk membawanya ke rumah akan menjadi hadiah terbesar dari semuanya.


    "Dia seperti anak kecil yang manis, dia telah melalui rasa sakit begitu banyak, ia tidak pernah berhenti tersenyum. Kami memanggilnya 'anak cermin'," kata Boughey.


    "Saya memiliki tujuh gambar scan saat Kian masih berada di rahim dan gambar tidak menunjukkan ada masalah. Tapi saya tahu bahwa ada sesuatu yang salah. Saya hanya tahu itu bawaan," ujar Natalie yang berprofesi sebagai perawat gigi.


    Ketika ia lahir, lanjut Natalie, staf medik membawanya pergi untuk ujian kerana dia berjuang untuk bernafas. "Kami terus diberitahu untuk tidak terlalu berharap dan ada kemungkinan kurang dari 50/50 dia akan bertahan hidup. Kami benar-benar ketakutan," jelas Natalie.


    Kian diberi makan dengan milkshake kaya nutrisi disebut Peptamen, yang dipompa langsung ke perutnya. Dia akan tetap terhubung dengan pasokan oksigen dan monitor saturasi yang memeriksa denyut nadi dan kadar oksigen.


    "Kian adalah seorang anak luar biasa yang lahir dengan keadaan yang sangat tidak biasa, yang menyebabkan dia banyak mengalami masalah kesihatan, termasuk paru-paru hilang dan trakea yang sangat sempit. Kami tidak tahu bagaimana masa depannya, tetapi ia adalah anak kecil yang bahagia dan nakal, meskipun dengan masalah kesehatan," jelas Dr. Jane Clarke, konsultas pernapasan Kian di Birmingham Children's Hospital.

    Orangtua Dermakan Organ Mendiang Anak Untuk Menyelamatkan Orang Lain

    Posted: 24 Apr 2012 04:00 PM PDT


    Dalam kehidupannya yang singkat, Luca Giovannini adalah seorang bkanak-kanak yang penuh kasih, yang membawa sukacita bagi semua orang yang ditemuinya. Dan setelah ia meninggal tiba-tiba pada usianya yang ke-lima tahun, Luca terus menyebar kebahagiaan.

    Luca telah memberikan berkat kehidupan kepada empat orang setelah organ-organ tubuhnya digunakan dalam operasi transplant.

    Salah satu yang diselamatkan Luca adalah seorang gadis berusia dua tahun yang hampir saja meninggal, dan sekarang boleh berada di rumah bersama orang tuanya di pada hari Natal nanti.

    Selain itu, organ Luca juga diberikan kepada kanak-kanak berusia dua tahun, seorang ibu dua anak berusia 35 tahun, dan seorang lelaki berusia 34 tahun.


    Luca meninggal 24 jam setelah setelah ia dibawa ke hospital kerana mengeluh sakit. Doktor belum memastikan penyebab kematiannya, tetapi mereka percaya bahawa kematian Luca mungkin kerana ia memiliki reaksi langka terhadap virus Epstein-Barr, yang biasanya dapat disembuhkan.

    Banyak anak yang terinfeksi dengan virus ini, namun infeksi ini biasanya tidak menimbulkan gejala atau hanya penyakit singkat bagi anak lain. Namun dalam kes yang jarang dapat menyebabkan komplikasi seperti pembengkakan otak dan jantung dan masalah dengan sistem saraf anak yang terinfeksi.

    Ketika doktor mengatakan kepada orang tua Luca, iaitu Vickie dan Renzo bahawa anak mereka tidak akan bertahan, keduanya membuat keputusan bahawa kematian Luca tidak boleh disia-siakan, dan Luca akan menyumbangkan sebagian dari organ-organ tubuhnya untuk transplant bagi orang yang memerlukan.

    "Ketika petugas medik sedang mencuba untuk menyelamatkan hidup Luca saya bertanya kepada doktor apakah ia punya peluang untuk bertahan hidup, dan dia mengatakan bahawa kami harus mempersiapkan senario terburuk." tutur sang ayah, seorang penasihat kewangan dari Stockport, Inggris.

    "Ini adalah senario yang tidak diinginkan orang tua manapun di dunia, namun pada tahap itu kami mendiskusikan tentang derma organ." tambah lelaki berusia 38 tahun itu, yang dikutip Mail Online.

    "Kami mengirim organ Luca dengan cinta untuk semua orang ini, terutama untuk gadis kecil yang mereka katakan hidupnya tinggal menghitung hari. Dan dia sekarang diharapkan segera meninggalkan hospital dan akan pulang kerumah untuk merayakan Natal bersama keluarga."

    "Luca melakukan banyak hal dalam hidupnya yang singkat sedangkan dua anak ini tidak pernah keluar dari hospital, dan sekarang mudah-mudahan mereka akan mendapatkan kesempatan untuk menjalani hidup yang sama."

    Diketahui, Luca yang amat mencintai senam ini, jatuh sakit pada pukul 04:00 dini hari pada 14 November lalu, dan meninggal pada pukul 07:00 pagi di hari berikutnya.

    "Sebelumnya kami berfikir untuk membelikan hadiah natal bagi Luca, dan berikutnya kami sedang mencari kuburan baginya." jelas sang ayah.

    Kesian abang ni terjebak di lubang pokok

    Posted: 24 Apr 2012 11:00 AM PDT


    Pihak berwajib di California Selatan mengatakan bahawa mereka berhasil menyelamatkan seorang lelaki yang terjebak di dalam lubang pohon setelah mengikuti arah suara teriakannya, di tepi sungai .

    Harian setempat menulis bahawa petugas pemadam kebakaran memerlukan waktu sekitar 90 minit untuk membebaskannya, setelah mereka menemukannya terjebak dalam sebuah lubang pohon pada Selasa (25/10) pagi.

    Letf. Roland Chacon dari Laguna Hills mengatakan bahawa sampai saat ini belum diketahui penyebab mengapa lelaki itu memanjat dan terjebak kedalam lubang pohon.

    Sumber : huffingtonpost

    Apa yang buat wanita ini istimewa?

    Posted: 24 Apr 2012 10:30 AM PDT

    Cheng Shiqun seorang wanita yang cukup istimewa kerana rambutnya sepanjang 2.75 meter iaitu 8 kaki.Dia mula menyimpan rambutnya sejak tahun 1993.Dia mengambil masa sehingga 2 jam untuk membasuh rambutnya dan sejam untuk mengeringkannya.




    Wow! Kulit Ular Kini Boleh Jadi Cat Kuku

    Posted: 24 Apr 2012 10:15 AM PDT

    DediNews - Ngeri, mungkin itulah yang ada difikiran anda. Bagaimana tidak, ular merupakan binatang reptilia yang memiliki loreng dan berlendir. Tambah mengerikan lagi, ular memiliki bisa  yang dapat mematikan.

     Tapi mungkin tidak banyak orang tahu bahawa kulit yang biasa digunakan untuk membuat beg dan kasut itu boleh dipakai untuk perawatan kecantikan. Penemuan terbaru itu diciptakan 'Euphoria Lounge Salon & Spa' di California, Amerika Syarikat, yang menggunakan kulit ular sebagai pengganti cat kuku.

     Terri Silacci, pemilik dari salon itu mendapatkan idea ketika anaknya membawa beberapa kulit ular dari kelas science. Kulit ular yang eksotik membuat Terri terkagum-kagum dan mendapatkan idea untuk menjadikan kulit ular ke dalam salah satu perawatan di salonnya.

     Terri memikirkan cara agar kulit ular dapat dijadikan sebagai penghias kuku. Selama beberapa bulan, Terri pun meneliti dan belajar tentang selok belok ular agar aman jika digunakan untuk customer.

     "Saya mempelajari cara mensterilkan ular dan juga melekatkannya pada kuku," tutur Terri, seperti dikutip dari Allure.

     Terri menjelaskan, pertama-tama, kuku diberi gel cat kuku berawarna. Gel tersebut diklaim dapat menguatkan kuku. Lalu kuku dikeringkan menggunakan dryer. Setelah kering, kulit ular ditempelkan pada kuku. Agar kulit ular menempel sempurna diberikan pelapis kuku.

     Tertarik mencuba cat kuku dari ular tersebut? Sayangnya perawatan ini baru berkembang di Amerika. 'Euphoria Lounge Salon & Spa' menghargai US$ 300  untuk sekali pedicure.

     Sumber : http://dedi-news.blogspot.com