Adsense

Rabu, 12 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunggu Anita pulang

Posted: 11 Dec 2012 03:00 PM PST

Noorkumalasari mengaku kakak tinggalkan Malaysia kerana terluka

Terluka dan kecewa. Itulah beban emosi yang dikatakan ditanggung Anita Sarawak hingga mendorong diva pop itu pulang ke Amerika Syarikat (AS) secara senyap-senyap, sejak lebih dua tahun lalu.

Bukan krisis rumah tangga, jauh sekali berselisih faham dengan keluarga, insan paling rapat dengan Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita - bekas pelakon dan model era 1980-an, Noorkumalasari mengakui, hati Anita terluka.
Kak Nita berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka, tetapi saya yakin, insya-Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia" Noorkumalasari, Adik

"Kak Nita tidak hilang, cuma dia hendak tenangkan hati di AS. Dia berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka tetapi saya yakin, Insya Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia.

"Saya tidak pernah tanya kenapa Kak Nita berbuat begitu (meninggalkan Malaysia). Ini kerana saya tahu dia tidak akan cerita apa yang berlaku. Tetapi saya tahu sebabnya dan sekarang, saya fikir, mungkin Kak Nita sedar saya sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku," luah Noorkumalasari kepada HIP.

Tidak lagi beraksi lincah di pentas seperti di Las Vegas atau tempat lain, Kak Nita dikatakan sedang sibuk mengurus perniagaan malah diva pop itu dikatakan sudah berpindah ke kejiranan baru.

Masih bertemankan suami, Mahathir, Kak Nita dikatakan mahu melupakan sejenak bidang seni bagi mengembangkan perniagaan. Namun, difahamkan, Kak Nita sedia pulang ke Malaysia jika menerima tawaran baru.
"Saya fikir Kak Nita akan pulang apabila ada tawaran. Cuma buat masa sekarang, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan suami. Dia pun tahu peminat amat merinduinya. Kak Nita akan balik ke sini seperti dulu, ketika dia lama menetap di AS dulu," katanya.

Nafi sekarang berhijab

Menolak dakwaan peminat yang terserempak dengan penyanyi lagu, Seksis itu di Texas, AS, dalam keadaan Kak Nita yang dikatakan sudah berhijab, Julai lalu, Noorkumalasari memberitahu, Kak Nita masih dengan imej lama.

"Beberapa hari lalu, Kak Nita ada hubungi saya beritahu dia sihat bersama suami dan sibuk menguruskan syarikat. Kak Nita beritahu dia masih seperti dulu dan menafikan dakwaan peminat mengenai perubahan dirinya.

"Dia juga beritahu tidak pernah pergi ke mana-mana seorang diri. Malah, jika ada peminat yang menegur, dia tidak akan melarikan diri walaupun dirinya sudah berubah," katanya menjelaskan persoalan itu.

Noorkumalasari mengakui sebagai adik, dia memahami tindakan yang dilakukan Kak Nita apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan peminat di Malaysia.

"Dia tidak pernah berkongsi masalah dengan saya, tetapi saya tahu dia rasa kecewa dengan seseorang sebab itu Kak Nita pulang ke AS," katanya.

Noorkumalasari ditemui pada majlis pratonton filem Adik Mana Return di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KERONOLOGI

  • Pada 1985, Anita Sarawak memulakan kerjaya seninya di AS dengan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas.
  • Selepas 20 tahun, Anita pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan karier seninya.
  • Sepanjang mengikat kontrak dengan stesen televisyen Astro, Anita mengendalikan rancangannya sendiri termasuk Chef Diva, Agensi Melor, Bersama Anita, Kwek Mambo Anita dan Astana.
  • Anita mengikat kontrak dengan KRU Studios sebagai artis rakaman dan mempunyai dua single berjudul Seksis dan Ular.
  • Kali terakhir Anita ditemui di majlis Minggu Setiausaha Divas Las Vegas pada 6 April tahun lalu sebelum menghilangkan diri.
  • Julai lalu, sekumpulan peminat mendakwa terserempak dengan penyanyi tersohor itu di sebuah pusat membeli-belah di Texas dengan berhijab tanpa ditemani suaminya.
  • Rindu Michael Jackson

    Posted: 11 Dec 2012 02:54 PM PST

    The Jacksons adakan segmen khas hargai jasa Raja Pop pada konsert sulung di Malaysia

    Secara fizikal, jasad adik mereka, mendiang Michael Jackson yang meninggal dunia tiga tahun lalu sudah lama bersemadi. Namun ia tidak bermakna kenangan bersama penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu terus lenyap dari ingatan.

    Biarpun tiada lagi suara hebat itu kedengaran, begitu juga tarian moonwalk tanda dagangnya yang pernah menjadi ikutan remaja suatu ketika dulu, namun semangat dan roh bintang tersohor itu tetap teguh menemani anggota kumpulan The Jacksons, sampai bila-bila.
    Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam, sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini" Marlon Jackson, Anggota The Jacksons

    Perkara itu diakui sendiri anggota kumpulan itu, Marlon Jackson, ketika ditanya mengenai kerinduan mereka terhadap Michael sepanjang mereka mengadakan siri konsert jelajah dunia, Unity Tour, yang dijayakan kumpulan itu ketika ini.

    "Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini," katanya pada majlis sidang media The Jacksons Unity Concert di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

    Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia itu bakal dilangsungkan di Stadium Negara, malam esok, dan dibawakan khas oleh Offshore Entertainment Production.

    Sebagai bukti semangat adiknya itu masih bersama mereka, kumpulan yang turut dianggotai oleh Jackie, Jermaine dan Tito Jackson itu turut mengadakan persembahan tribute untuk Michael.
    "Memang kami sudah merancang untuk mengadakan persembahan tribute untuknya pada malam itu dan kami akan menyanyikan banyak lagu popularnya dalam segmen terbabit," ujar Jermaine.

    Tak pernah bergaduh

    Hubungan rapat adik-beradik itu memang terserlah dan mereka sememangnya ramah serta gemar berjenaka. Ada saja idea serta usikan spontan mereka untuk membuat wartawan yang hadir ketawa.

    Justeru, apabila ada soalan yang mendakwa mereka pernah bergaduh sewaktu mengadakan siri konsert Victory Tour, 28 tahun lalu, perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya.

    Tegas Jermaine, hubungan mereka tetap utuh dan dakwaan kononnya berlaku pergaduhan antara mereka tidak benar sama sekali.

    "Sebelum ini pun ada pertanyaan serupa yang saya terima, iaitu apakah benar kami bergaduh? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda semua perbetulkan gosip yang tersebar itu dengan menyatakan, kami tidak pernah bergaduh sepanjang siri konsert itu berlangsung seperti yang tertulis di internet.

    "Kami tidak pernah ada masalah, apatah lagi bergaduh seperti yang didakwa. Tapi saya tak nafikan, ada ketika kami berselisih faham juga, terutama dalam memberikan pendapat. Selepas itu kami baik semula," terangnya sambil dipersetujui tiga anggota yang lain.

    Album baru muat lagu rancak

    Ditanya mengenai penghasilan album baru, Jackie berkata, perkara itu memang ada dalam perancangan.

    "Kami akan pulang ke Amerika Syarikat Ahad ini untuk menyambut Krismas bersama keluarga. Hanya pada Januari kami dapat masuk ke studio untuk merakamkan lagu baru. Selepas itu kami akan kembali mengadakan siri jelajah konsert iaitu pada Februari. Mungkin peminat akan dapat mendengarkan lagu terbaru kami pada masa itu," katanya sambil menjanjikan ada banyak lagu rancak yang boleh membuatkan peminat menggoyangkan kaki tatkala mendengarkan album terbaru mereka.

    Mengulas persembahan yang akan mereka sajikan malam esok, masing-masing sepakat menyatakan konsert itu bakal menghiburkan serta membangkitkan nostalgia buat mereka yang menyaksikannya.

    "Yang pasti kami akan menyanyikan banyak lagu popular kami malam itu dan selebihnya kenalah datang untuk menyaksikannya," janji mereka.

    Pada majlis itu, Jermaine atau nama Islamnya, Mohammad Abdul Aziz turut diberi kejutan oleh pihak penganjur dengan meraikan ulang tahunnya ke-58, yang kebetulan jatuh pada hari ini (semalam).

    Info: The Jacksons Unity Tour
    * Tiket untuk The Jacksons Unity Tour 2012 dijual pada harga RM98, RM198, RM298, RM398 dan RM498.
    * Ia boleh didapati di www.ticketpro.com.my (TicketPro Sdn Bhd) atau dengan menghubungi hotline TicketPro di 03-78807999.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Gambar Di Majlis Pernikahan Zakiah Anas Dan Azmi

    Posted: 11 Dec 2012 09:44 PM PST

    Zakiah Anas nikah
    Tahniah buat Zakiah Anas kerana dia telah selamat di'ijabkabulkan dengan Raja Shahrul Azmi di Masjid Kota Damansara, Selangor kira-kira jam 11.35 pagi tadi.. Zakiah Anas dan Azmi telah dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin sebanyak RM13,500 tunai… Dengan hanya sekali lafaz sahaja mereka berdua telah menjadi pasangan suami isteri yang sah.. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran hampir 50 orang tetamu yang terdiri daripada Kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja..

    Tanpa membuang masa lagi, jom kita layan gambar disekitar majlis pernikahan Zakiah Anas dan Azmi kat bawah ni..


    Sumber & Gambar:mazidul akmal

    Liyana Jasmay tunda majlis nikah

    Posted: 11 Dec 2012 09:02 PM PST

    liyana jasmay tunang
    Liyana Jasmay yang baru pulang ke tanah air malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat nampaknya telah menunda tarikh pernikahan dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan.. Majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada 24 Januari depan telah ditunda ke 2 Februari 2013.

    Menurut Liyana Jasmay, Majlis pernikahan tersebut terpaksa ditunda kerana ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakan.. Majlis pernikahan dan persandingan pada 2 februari nanti akan diadakan pada hari yang sama dimana majlis akad nikah akan diadakan pada waktu pagi, manakala majlis persandingan pula akan diadakan di waktu malam… Majlis tersebut bakal dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

    Nampaknya lambat sikit la kita dapat lihat Liyana Jasmay bersanding diatas pelamin.. Apa-apa pun MyGosip harap segala perancangan Liyana Jasmay dan Tunangnya untuk mendirikan masjid akan berjalan dengan lancar hendaknya..