Utusan Online - Hiburan |
Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT Oleh RASDAN AHMAD Mungkin orang salah nampak, mungkin itu orang lain yang sama wajahnya seperti saya PENANTIAN selama dua jam menunggu kehadiran penyanyi ini langsung tidak dirasai. Hujan yang menyimbah Kuala Lumpur petang Selasa lalu mengiringi langkah penyanyi kelahiran Sabah ini ke tempat pertemuan. Bukan isu datang lambat yang menjadi persoalan tetapi kesediaan Adira dalam memenuhi komitmen untuk sesi fotografi ini cukup dihargai. Apalagi khabarnya dia baru sahaja pulang daripada kampung halaman. Melihatkan gambar-gambar yang terpapar di laman Instagram miliknya bagaikan dapat menelah apa yang bersarang dalam lubuk hatinya. Kelihatannya Adira cukup gembira dapat pulang ke kampung halaman dan bagaikan melepaskan semua lelah di sana. Sementelah sejak namanya meniti di bibir peminat, Adira tidak pernah terlepas daripada cerita-cerita panas. Boleh dikatakan namanya seringkali terkait disebabkan kontroversi tak diundang sehingga sedikit melemaskan. Paling kerap tentunya kisah cinta bersama rakan artis tempatan. Selepas dikatakan bercinta dengan penyanyi popular, Hafiz, kini namanya dikaitkan pula dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz. Memang sudah ramai yang mengetahui mengenai kisah gosip ini namun ramai juga yang tertanya mengenai kesahihan khabar angin ini yang semakin hari semakin bertiup kencang. Namun pemilik nama Siti Adira Suhaimi ini nampaknya semakin matang menangani setiap persoalan cinta dan kontroversi yang dilontarkan. Malah ketika membicarakan isu cintanya bersama Aliff, tenang suara Adira menjelaskan keadaan. Sebenarnya saya cukup selesa jika dikatakan kami berdua kini berkawan. Saya dan Aliff tidak pernah bercinta seperti apa yang dikatakan. Saya memang suka berkawan, dengan sesiapa pun saya akan berkawan, saya tidak kisah dengan siapa saya berkawan namun masing-masing perlulah ikhlas dalam berkawan. Sekiranya saya betul-betul bercinta dengan sesiapa sekalipun saya akan umumkan perkara tersebut, saya tidak akan sembunyikan perkara baik itu kepada semua." Disoal pula tentang kisah kononnya dia keluar bertemu janji dengan seseorang sambil ditemani pengawal peribadi seperti yang dilaporkan baru-baru ini, ini jawapan yang diberikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu. Saya tak pasti dari mana perkara ini boleh timbul, kadang-kadang saya nak tergelak pula dengar benda-benda pelik seperti ini. Mungkin orang salah nampak, mungkin itu orang lain yang sama wajahnya seperti saya. Sebab saya tidak pernah berada dalam keadaan seperti yang dikatakan itu. Memang pada kebiasaan saya keluar secara berkumpulan bersama pengurus serta rakan-rakan saya. Mungkin orang salah anggap dan mengatakan mereka adalah pengawal peribadi saya. Sekali lagi saya katakan saya tidak pernah keluar temu janji bersama sesiapa pun dengan membawa pengawal peribadi. Semua khabar ini adalah mengarut," tegas Adira. Bersedia tempuh kontroversi Adira memberitahu, memang sejak melangkah kaki dalam dunia seni ini, dirinya acap kali dilanda dengan kontroversi. Tidak selesai satu kontroversi, muncul pula kontroversi yang lain. Baru-baru ini ada juga peminat mengatakan dirinya semakin sombong setelah nama semakin dikenali selain ada yang mencemuh terhadap penampilannya yang semakin seksi. Sebelum ini Adira menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan golongan pengkid sehinggakan mereka dikatakan menjalinkan hubungan cinta. Jelas Adira, masih ramai lagi yang tidak begitu kenal dirinya dengan sebetul-betul hingga sanggup melemparkan tuduhan serta spekulasi seperti itu. Saya bukan macam itu, saya harap orang tak payah kaitkan saya dengan golongan pengkid lagi. Saya harap sangat isu ini dihentikan. Itu bukan cara saya, saya tidak pernah pun bercinta dengan kaum sejenis. Saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja namun saya tetap jaga batas pergaulan saya selama ini," ujarnya. |
Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT KEGEMBIRAAN terpancar di wajah masing-masing yang seronok dapat meluangkan masa bermesra bersama Siti Nurhaliza. SITI bersyukur dengan segala nikmat anugerah Ilahi sepanjang bergelar anak seni sekali pun diduga dengan pelbagai cabaran," kata Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun ke-18 sebagai artis pada 1 April lalu. Akuinya, dia reda dengan setiap dugaan yang mendatang kerana pasti ada rahmat menanti di penghujungnya. Malah dalam terus meniti tangga-tangga kerjaya seni, Juara Bintang HMI 1995 menerusi lagu Camar Yang Pulang ini sentiasa mendoakan agar sentiasa dikurniakan kebahagiaan berpanjangan bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa yang dikahwini tujuh tahun lalu. Amat mengharapkan agar cinta bersama suami sentiasa hangat, baginya setiap ujian dalam kehidupan bersuami isteri juga menjadi penguat kasih antara mereka berdua. Berbicara tentang tahap kesihatan suami ketika ini, Siti memberitahu bahawa suaminya menunjukkan tahap kesihatan yang memberangsangkan apabila sudah berupaya melakukan kerja di pejabat. Selain menjalani fisioterapi, suaminya yang masih mengalami kesakitan di bahagian tangan dan bahu itu juga kerap bersenam di gimnasium dalam memastikan tahap kesihatannya dapat pulih sepenuhnya. Menerusi kempen tersebut, seramai lima orang kanak-kanak terpilih untuk mendapat penajaan kos pembedahan menerusi kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN). Mereka ialah Siti Nur Syahira, 7, dan Tan Jia Yong, 4, dan yang terbaharu Huang Si Han, 9, dan Muhammad Lukman Yusri serta G. Sharadha, masing-masing berusia 11 tahun. "Menerusi kempen SimplySiti Di Hati 2012 sebanyak RM57,166 berjaya dikutip. Biarpun jumlah itu tidak menepati sasaran iaitu RM100,000 tapi tidak mengapa. Siti tidak ralat. Lagipun dari 11 lokasi, hanya lima sahaja yang Siti sertai kerana komitmen menjaga suami yang kurang sihat. "Bagi Siti asalkan ada yang sudi menghulurkan bantuan, sudah memadai," katanya ketika ditemui meluangkan masa melawat ke Taman Tema Keluarga Legoland di Johor minggu lalu. Lawatan itu bagi meraikan 100 pembeli produk SimplySiti. Turut menyertai dua daripada lima penerima tajaan SimplySiti Di Hati 2012 iaitu Muhammad Lukman dan Sharadha. Pada siri lawatan tersebut, Siti berkesempatan untuk bermain roller-coaster dan menonton animasi 4D bersama peminatnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |