Adsense

Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Pelakon, Irma Hasmie selamat melahirkan bayi lelaki

Posted: 28 Mar 2013 11:54 PM PDT

PASANGAN Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer kini lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka (gambar kecil) selepas pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur pagi ini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Hari ini menjadi detik paling indah dalam pernikahan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer apabila pelakon itu selamat melahirkan seorang anak lelaki.

Bayi seberat 3.93 kilogram itu dilahirkan tepat pukul 8.51 pagi ini di sebuah hospital swasta di sini.

Suami Irma, Redza Syah menulis dalam laman sosial Twitter mengenai kelahiran anak sulung mereka itu, selain memaklumkan keadaan isterinya yang berada dalam keadaan stabil selepas melahirkan.

Alhamdulillah...kurnia Allah, sudah selamat lahir 8.51 am, berat 3.93 kg. Sayu rasa hati nampak anak keluar dari perut ibu....Subhanallah!" - UTUSAN

Pelakon lelaki perlu kasar

Posted: 29 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar SYEFRY MONIZ

TIGA pelakon utama Jay, Johan dan Namron (dari kiri) filem bersiri Karlos, cuba menyampaikan mesej yang berguna buat masyarakat.

PERJALANAN tiga pelakon ini sering dikaitkan dengan watak antagonis yang dibawa. Mungkin watak ini bukan pilihan ramai pelakon, namun apa yang pasti melalui watak-watak sebeginilah kita mula mengenali siapa mereka. Bertemu dengan tiga tunjang utama drama bersiri Karlos, Hits didedahkan dengan pengalaman berbeza di dalam bidang lakonan oleh Johan Asari, Namron dan Jay Iswazir. Karlos disiarkan di saluran TV3, pada setiap Isnin, pukul 9 malam.