Gosip Artis Malaysia |
Bercinta Dengan Penerbit Tak Jamin Zul Dapat Tawaran Lakonan Posted: 24 Feb 2013 05:14 PM PST PETALING JAYA: Penerbit filem Tayangan Unggul (TU), Gayatri Su-Lin Pillai menegaskan hubungan cintanya dengan Zul Ariffin bukan laluan mudah bagi aktor berkenaan untuk mendapatkan kontrak lakonan daripada syarikat tersebut. Gayatri, 30-an, berkata, walaupun ramai yang menganggap hubungan cinta mereka yang telahpun terjalin sembilan bulan lalu mempunyai kepentingan peribadi di pihak Zul, namun ia tidak semudah yang disangka kerana Tayangan Unggul mempunyai prosedur yang ketat dalam pemilihan pelakon. "Saya tidak pernah campur aduk antara kerjaya dan perasaan peribadi. Sejak tahun 1996, semua orang tahu bagaimana cara kerja saya. "Tidak ada sebarang kompromi antara kerja dan peribadi kerana itu dua perkara yang berbeza. Dan saya serta Zul faham isitilah profesional yang wujud di antara kami. "Rasanya lagi sukar untuk dia dapat tawaran daripada TU kerana syarikat mempunyai prosedur yang sangat ketat," katanya yang juga merupakan Naib Presiden Astro Shaw. Pada 23 Disember lalu, Zul, 27, mengesahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri. Selepas pengakuan Zul, Gayatri pula sukar dihubungi media yang ingin mendapatkan kenyataan balas daripada pihaknya sehingga dikatakan cuba melarikan diri daripada memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungan tersebut. Bagaimanapun, Gayatri menyangkal dakwaan kononnya dia cuba melarikan diri, sebaliknya menganggap belum tiba masanya untuk dia membuat pengakuan. "Saya bukannya melarikan diri, cuma ia bukan waktu sesuai untuk menceritakan kisah cinta ini kepada umum. "Bagaimanapun saya terharu dengan tindakan Zul yang mengaku cintakan saya. Apa yang dilakukannya itu sangat saya hargai. "Dan sebagai kenyataan balasnya, benar, Zul adalah kekasih saya dan kami sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing," ujarnya. Gayatri turut memberitahu, jarak usianya yang lebih tua daripada Zul bukan penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan malah tidak pernah berfikir mengenainya. "Dia seorang lelaki yang baik, kelakar dan matang. Apabila sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Dan saya telah membawa Zul berjumpa dengan keluarga saya. "Soal usia pula tidak pernah saya fikirkan sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih usia, bukannya sesuatu yang pelik," katanya. - --- |
Afdlin Shauki Dapat Hidayah Selepas Pulang Dari Gaza Posted: 24 Feb 2013 05:12 PM PST PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki mengakui sudah berhijrah mendalami ajaran agama Islam agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, perubahan itu berlaku selepas sebulan dia pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada Disember lalu. "Saya tidak tahu adakah kenyataan yang saya berikan ini adalah yang tepat. Tetapi memang benar, saya sudah berhijrah. "Apabila pulang dari Gaza, selama sebulan jiwa saya tidak tentu arah, tambah pula dengan memikirkan rakyat Palestin yang hidup susah di negara mereka. "Kemudian, saya terus berjumpa dengan seorang ustaz yang juga merupakan delegasi Aqsa Syarif (pertubuhan bukan kerajaan, NGO) menceritakan perkara yang berlaku dalam diri. Alhamdulilah, perbincangan kami telah menemui jawapan di mana diri saya sendiri yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya. Tambah Afdlin, dia pada mulanya gusar, adakah dia patut meninggalkan dunia hiburan serta merta atau meneruskan perjuangan sebagai insan seni selepas menemui hidayah. Namun dia diberi nasihat untuk terus sambung berkarya tetapi dengan cara berdakwah pula. "Jika dahulu, selain minat berkarya, niat menghasilkan filem lebih berunsur perniagaan dan wang, tetapi sekarang ini saya mahu memberikan mesej pengajaran pada masyarakat. "Lagipun, jika dilihat pada filem-fielm saya terdahulu, ia sememangnya sudah ada unsur pengajaran. Cuma elemen karya yang akan dihasilkan pada masa akan datang nanti lebih kepada unsur agama, Insya-Allah," ujarnya. Beritahu Afdlin lagi, sejak mendapat hidayah, dia telah pun menghasilkan sebuah lagu untuk penyanyi Shila Majid berbentuk ketuhanan. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |