Adsense

Ahad, 10 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Aaron + Saleha bermain emosi

Posted: 09 Feb 2013 08:26 AM PST

Aaron tidak peduli fitnah, Siti Saleha masih tak percaya KETIKA nama Aaron Aziz meniti puncak, ada saja fitnah bertebaran mengenainya. Dulu, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tahun lalu itu pernah dikaitkan dengan isu gay diikuti pura-pura sakit ketika mengacarakan program Fear Factor Malaysia, suka promosi diri dan semakin berlagak selepas namanya dijulang.

Tertekan memang tertekan, itu memang sudah menjadi lumrah. Itulah asam garam apabila bergelar anak seni. Ada saja mata memerhati dan mulut yang menyampaikan cerita bukan-bukan.

Melenting dan melontarkan kemarahan bukanlah prinsip bapa kepada tiga cahaya mata itu. Apa saja fitnah yang dijaja, biarpun menjatuhkan air mukanya dan keluarga, Aaron tetap tenang menghadapinya.

Itulah Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37 tidak cepat melatah, emosional dan marah tidak tentu pasal. Ketenangan yang dimiliki itulah menyebabkan orang yang menyimpan perasaan hasad dengki terhadapnya semakin lantang menyebarkan cerita dusta.
Dengan suara perlahan, Aaron yang kini sibuk mempromosikan filem terbarunya, Kerat 14 arahan Arjin Uppal menyifatkan mereka seperti anjing menyalak bukit tetapi bukit tidak akan runtuh.

"Saya masih Aaron yang dulu. Tiada apa yang mengubah kehidupan dan pendirian saya biarpun nama dijulang.

"Saya sudah lali dengan fitnah. Biarpun kecewa dan ada ketikanya menanggung malu yang teramat, tapi saya pendamkan saja. Mujurlah Diyana Halik (isteri) dan keluarga memahami.

" Kekuatan saya adalah semangat dan dorongan keluarga. Kadang kala isteri saya juga terseret dengan cerita yang tidak masuk akal," katanya.

Syak ada komplot mahu menjatuhkan

Aaron tidak menafikan penyebar fitnah itu seolah-olah mahu menjatuhkan kerjayanya, terutama ketika peminat sedang membuat undian ABPBH2012.

Bila saya fikir semula, sedangkan Rasullullah SAW pun berdepan dengan ancaman dan fitnah, apatah lagi kita sebagai manusia biasa," katanya.

Pelakon ini ditemui ketika menjayakan sesi fotografi bersama Siti Saleha untuk mempromosikan filem Kerat 14 terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Real Reel Pictures.

Pesona serta karisma dua selebriti terkenal yang dicalonkan dalam ABPBH 2012 turut diserlahkan dengan koleksi berlian, Empress Collection dan Men's Collection dari Habib Jewels.

Aaron dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular, manakala Siti Saleha pertama kali membolosi senarai pencalonan akhir bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Habib Jewels adalah penaja emas ABPBH 2012, manakala Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd sebagai penaja perak.

Cemas lakukan adegan di jalan raya

Menyentuh mengenai filem Kerat 14, Aaron berkata filem genre misteri, thriller dan aksi sarat dengan permainan emosi apabila dirinya membawa watak sebagai pembunuh.

"Pengalaman luar biasa apabila jadi pembunuh kejam yang mengerat 14 bahagian badan manusia. Saya terlebih dulu membuat kajian untuk menjiwai watak Haziq dengan menonton filem Hollywood seperti Red Dragon, Silence Of The Lambs, Hannibal dan banyak lagi.

"Filem ini bukan hanya sarat dengan emosi apabila membunuh tanpa niat, tapi aksinya juga lasak. Adegan kejar mengejar di jalan raya menjadi pengalaman baru buat saya. Bukan mudah dilakukan kerana membabitkan keselamatan pengguna lain, tapi pengarahnya, Arjin mampu merealisasikan tanpa mengancam nyawa sesiapa," katanya.

Aaron teruja bekerja dengan Arjin, biarpun seorang pengarah muda. Arjin dianggap sebagai seorang yang lincah, bersemangat dan tutur katanya juga menyenangkan.

Cerita filem Kerat 14 hanya berkisar dalam sehari, dari hari kejadian pembunuhan sehinggalah ditangkap. Saya sudah melakonkan banyak karakter, jadi pembunuh pun pernah tapi filem Kerat 14 cukup berbeza sentuhannya.

"Emosinya sering naik turun menyebabkan saya perlu konsisten dalam menjiwai watak Haziq bagi memastikan penonton tidak bosan," katanya yang akan bergelar pengarah filem, hasil kerjasama dengan Ahmad Idham tidak lama lagi.

Bukan pertama kali

Gadis berdarah campuran Melayu-Belanda-Inggeris, Siti Saleha Mohd Baharum, mengakui tidak timbul dirinya menumpang populariti Aaron apabila mereka sudah empat kali digandingkan.

Dia pernah digandingkan dengan Aaron dalam drama Nora Elena dua tahun lalu.
"Kali pertama kami digandingkan dalam drama Habil & Qabil, diikuti Nora Elena, Kekasih Awal Akhir dan filem Kerat 14. Kali pertama bertemu Aaron, saya lihat Aaron, seorang bapa bertanggungjawab dan penyayang.

"Dalam lakonan, Aaron boleh menukar karektor dengan sekelip mata menjadi watak yang dikehendaki. Saya pula yang kalau ada yang beranggapan mahu menumpang populariti Aaron.

"Maklumlah, dia pernah dipilih sebagai Bintang Paling Popular. Hakikatnya, kami sudah lama kenal dan berlakon bersama sehingga drama Nora Elena masih diperkatakan sehingga hari ini.

"Saya percaya kekuatan drama Elena menyebabkan nama saya dipilih dalam senarai lima popular bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012," jelas Siti Saleha.

Menurut gadis berusia 23 tahun ini, pemilihannya dalam senarai Top 5 ABPBH tahuni dianggap sebagai rezeki untuk dirinya.

Terima kasih kelab peminat

Bagaimanapun, dia tidak mengharapkan kemenangan kerana berasakan sudah memadai dipilih dalam senarai Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular yang turut menyenaraikan nama besar seperti Neelofa, Fasha Sandha, Izara Aishah dan Nabila Huda.

"Terima kasih kepada Kelab Peminat Team Siti Saleha. Sokongan mereka meletakkan diri saya sehingga tahap hari ini.

"Saya tidak pernah anggap diri popular. Belum sampai tahap itu, tapi apabila dapat membolosi lima pelakon televisyen popular, saya memang terkejut. Saya fikir duduk di tangga 20 popular pun sudah memadai," kata merendah diri.

Watak mencabar diri

Mengenai 4 Kerat, Siti Saleha berharap filem itu dapat membuka ruang buatnya mengembangkan bakat ke dunia layar perak selepas empat tahun bergelar pelakon.

"Watak Nurzara banyak bermain dengan emosi apabila terjebak dengan kes pembunuhan kejam. Saya melalu tiga peringkat dalam lakonan iaitu seorang gadis naïf, melalui episod cemas dan buntu serta paling mencabar, bermain dengan emosi dalaman.

"Paling sukar apabila Nurzara berdepan dengan mayat yang dikerat 14 bahagian badan dalam rumahnya. Apabila meletakkan diri sebagai Nurzara, saya dapat rasakan detik-detik sukar dalam hidup apabila terperangkap dengan kes pembunuhan," katanya.

Menurutnya, dia mahu mencabar diri dengan membawa watak berat dan berbeza dengan watak yang pernah dimainkan sebelum ini.

"Arjin juga tidak tidak terlalu mengawal kerana lakonan beremosi tidak boleh dikawal. Bagaimanapun, saya suka pada cara pengarahan Arjin. Dia tidak pernah memberi tekanan pada saya kerana dia tahu watak Nurzara berat," katanya yang turut membintangi filem Pak Pong, KL Zombie, Bravo 5, Pencinta dan Mamak Cupcake.

Selain Aaron dan Siti Saleha, filem Kerat 14 turut dibintangi Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Arash Mohd serta memperkenalkan dua bintang baru, Ali Aramidan Arrora Salwa.

Filem 14 Kerat akan menemui penonton di pawagam pada 14 Februari.

Info Aaron
NAMA: Aaron Mustapha Aziz
USIA: 37 Tahun
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Singapura
ISTERI: Diyana Halik
ANAK: Danish Anaqi, 9, Dewi Ariana, 7, dan Dahlia Arissa, 3.
ANTARA FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Shh.. Dia Datang, Bohsia.. Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah, Dua Alam, KL Gangster, Ombak Rindu, KL Gangster 2, Kerat 14 & Tyckooun
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005), Bintang Paling Popular ABPBH 2011 & Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011.

Info Siti Saleha
NAMA PENUH: Siti Saleha Mohd Baharum
USIA: 23 Tahun
TARIKH LAHIR: 14 Mac 1990
ASAL: Basildon, England
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Inti College, Subang Jaya, Selangor
KOMERSIAL: Maxis, Celcom dan Hotlink
DUTA: Palmolive dan Enchaunter
DRAMA: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kabir & Habir, Kapten Boleh, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Kecuali Cintamu, 7 Hari Ke Neraka, Aku Untuk Siapa, Semadikan Roh Aku, Izan Azizan dan Nora Elena
FILEM: Kerat 14, Pak Pong, Bravo 5, KL Zombie, Pencinta & Mamak Cupcake.

Solekan & Dandanan Siti Saleha: Nilda
Busana Siti Saleha: Wan Pa (www.wanpa.com.my)
Pakaian Aaron - Fairuz Ramdan
Tajaan barang kemas: Empress Collection dan Men's Collection, Habib Jewels

Antara mesej dan hiburan

Posted: 09 Feb 2013 08:18 AM PST

Kritikan sosial secara bersahaja Mamat Khalid menerusi Usin Mon dan Hantu Jin Toncit

"Kalau hendak berhibur, filem ini ada hiburannya, saya sudah buat untuk itu, tetapi kalau nak cari apa mesejnya, memang ada banyak cerita dalam filem ini."

Itulah antara kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Mamat Khalid ketika menjawab soalan daripada media mengenai filem karyanya. Sememangnya, filem arahan Mamat apabila ditonton daripada lapisan luar sahaja, ia dianggap sebagai filem komedi, merapu, merepek dan mungkin juga beranggapan entah apa-apa.

Bermula dari Lang Buana, Man Laksa, Rock, Estet, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan terbaru Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit, semuanya dipersembahkan dalam bentuk komedi.

Mungkin filem Kala Malam Bulan Mengambang yang dihasilkan dalam bentuk hitam putih, boleh dianggap sebagai cerita Mamat yang agak 'serius dan berat'.

Namun begitu, di sebalik komedi, filem-filem Mamat Khalid bersifat simbiotik dan metafora yang sarat dengan sindiran tajam. Filem Lang Buana, misalnya, adalah komedi satira yang menyindir dunia politik semasa ketika itu.
Di sebalik gelak ketawa dan hiburan pentas dalam filem Man Laksa yang dianggap ringan, ia juga adalah filem metafora betapa orang Melayu suka berhibur tatkala orang Cina (lakonan Loloq sebagai pemilik generator dan menyediakan pentas) menguasai ekonomi.

Filem Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit yang mula ditayangkan pada 7 Februari lalu, sebenarnya bukanlah sambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Kak Limah dalam Hantu Jin Toncit sudah menjadi manusia waras, sudah pulih daripada ketidaksiumannya.

Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit adalah satu lagi 'teguran' dan kritikan Mamat terhadap sikap serta pemikiran orang Melayu yang percayakan kepada tahyul dan khurafat - dalam hal ini hantu bunian.

Malahan filem ini juga mengangkat tentang sikap orang Melayu yang hendak kaya dengan cepat tanpa perlu berusaha keras. Untuk tujuan itu, orang Melayu lebih suka atau mudah terpedaya menyertai Skim Cepat Kaya sehingga akhirnya muflis dan papa kedana. Watak Usin (lakonan Awie) yang balik kampung dengan kereta buruk adalah simbol kepada kebodohan orang Melayu yang hendak kaya dengan cepat.

Masyarakat pula sangat 'judgemental' iaitu suka menghukum orang yang ditimpa malang tetapi berwajah manis dan berkedudukan semuanya diterima walaupun tidak diketahui hujung pangkalnya. Inilah yang berlaku pada Usin yang ditimpa masalah hutang.

Orang kampung pula begitu mengagumi Dr Samsudin walaupun tidak tahu entah daripada mana asal usulnya. Sebaliknya cepat sangat percaya hanya kerana bergelar Doktor.

Di sebalik gelak dan tawa, Usin Mon dan Hantu Jin Toncit juga turut memaparkan bagaimana perbuatan syirik masyarakat dulu seperti membuat 'perjanjian' dengan makhluk ghaib (mungkin syaitan) ketika membuka sesuatu kawasan, tetapi janji itu tidak ditunaikan.

Ini mungkin pelik dalam hidup kita tapi ia masih berlaku dan perbuatan syirik masyarakat terdahulu itu ditanggung oleh generasi akan datang.

Tidak dinafikan ramai akan membandingkan filem ini dengan HKLBR. Ada yang beranggapan ia tidak sehebat dengan HKLBR. Ini bergantung kepada persepsi. Filem Usin Mon dan Hantu Jin Toncit bukanlah cerita sambungan 'secara langsung' dengan HKLBR.

Dilihat daripada judulnya saja, filem ini lebih menjurus kepada siapa Usin dan Mon. Siapa pula yang dimaksudkan sebagai Hantu Jin Toncit?

Seperti yang dinyatakan Mamat gemar mengetengahkan unsur simbiotik dalam filem arahannya. Hantu dalam ceritanya sama ada Zombie Kampung Pisang, HKLBR dan Usi Mon dan Hantu Jin Toncit disimbolkan sebagai manusia yang 'sudah rosak dan sesat'. Manusia yang 'sesat dan rosak' ini sering menakutkan manusia normal untuk sama-sama sesat. Dan hantu juga tidak semestinya bersifat hodoh kerana ramai antara kita tidak tahu apa sebenarnya rupa hantu.

Menyelitkan lagu Lamunan Terhenti yang digubah semula susunan susunan lagunya dan dinyanyikan semula oleh Awie bersama Ezlynn menyedapkan lagi perjalanan cerita dan menjadikan Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit lebih menghiburkan.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Abby Abadi Ziarah Anak Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

Posted: 09 Feb 2013 05:44 AM PST

Posted: 9 February 2013 at 9:44 pm  

abby abadi lawat anak memey suhaiza

Umum mengetahui yang Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak lelaki pada 1 Februari yang lalu.. Apa yang menariknya, Abby Abadi telah datang menziarahi Memey Suhaiza dan bayi yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim tu baru-baru ini.. Hubungan yang dulunya begitu keruh nampaknya betul-betul sudah kembali jernih..

Melalui akaun instagram milik Abby Abadi, beliau telah memuat naik gambar dirinya mendukung Darwisz Hakim, anak pertama Memey Suhaiza.. Abby juga mengatakan yang dia hendak memanggil anak Memey itu dengan pangilan Darwish yang mempunyai maksud lebih islamik..

Mohamed Darwisz Hakim ? (tp kita nk panggil Darwish sbb dalam ISLAM membawa maksud 'Yang Warak' . Hakim bermaksud 'Yang bijaksana'

Dalam pada masa yang sama, Abby Abadi juga berharap yang hubungan baiknya bersama Memey akan berkekalan selamanya..