Adsense

Isnin, 1 Julai 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Lisa Surihani bakal bintangi filem terbaharu arahan Yusry

Posted: 01 Jul 2013 09:15 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Julai - Aktres Lisa Surihani Mohamed, 27, bakal berlakon filem terbitan KRU Studios, arahan suaminya, Yusry Abdul Halim, 40, selepas Aidilfitri ini.

Lisa yang enggan mendedahkan genre filem tersebut berkata, dia tertarik untuk berlakon filem berkenaan kerana kagum dengan hasil kerja Yusry menerusi filem Vikingdom sebelum ini.

"Sudah lama saya berhasrat untuk berlakon di bawah arahan Yusry dan ternyata peluang itu ada. Walaupun saya ini isterinya, seperti pelakon lain saya juga menjalani uji bakat sebelum diterima.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut tentangio genre filem itu kerana akan ada sidang akhbar nanti. Apa yang saya boleh beritahu, watak yang saya bawa itu berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini," katanya.

Pelakon yang merupakan duta jenama Garnier ketika ditemui pada majlis ramah mesra di Bangsar di sini hari ini, berkata, sebelum ini dia pernah bergandingan dengan Yusry dalam filem Ular, arahan Jason Chong.

Menurut Lisa, dia tidak akan menghadapi masalah apabila berlakon di bawah arahan Yusry kerana dalam karier mereka sering bersikap profesional.

"Watak itu berbeza dan sebab itu saya terima. Buat masa sekarang saya amat selektif tentang watak. Saya perlu berbuat demikian agar penampilan saya dalam bidang lakonan memberi impak kepada penonton, katanya. - UTUSAN ONLINE

Awi Rafael nafi pernah bercinta dengan Shila

Posted: 30 Jun 2013 11:13 PM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 Julai - Penyanyi Awi Rafael, 27, nafi pernah menjalin hubungan cinta dengan Shila Amzah, 23, sebelum ini.

Sebaliknya penyanyi yang popular dengan lagu "Pulanglah" dan "Asalkan Aku Ok" itu berkata, hubungannya dengan Shila tidak melebihi batasan sebagai rakan artis seperti mana hubungannya dengan artis lain.

Gosip Awi pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu timbul selepas dia putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya, baru-baru ini.

Menurut Awi, hubungannya dengan Shila yang dikenali sewaktu sama-sama belum berada di tahap sekarang, adalah sama seperti mana dia berkawan dengan artis wanita lain.

"Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni.

"Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa depan itu biar Allah yang tentukan. Lagipun saya baru sahaja putus cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang juga komposer itu berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada bidang nyanyian dan lakonan. - UTUSAN ONLINE

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak mimpi lagi

Posted: 30 Jun 2013 03:53 PM PDT

Bukan lagi mimpi, Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe yang menjadi idaman sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni.

Jika sebelum ini, Sam hanya menyimpan anganangan dan memandang dari jauh kereta idaman kalbu, pelakon berbakat itu kini mampu tersenyum puas dengan hadiah kemenangan kenderaan mewah itu sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012).

Bagi melengkapkan impiannya, Sam memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.

"Sam memang sudah lama idamkan kereta ini sejak keluaran model 350Z. Bagaimanapun, masa itu, Sam masih baru dalam industri dan hanya mampu tengok saja.

"Alhamdulillah, apabila sudah dapat kereta ini atas 'pemberian' peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tidak perlu keluar wang untuk memilikinya.

Hadiah paling bermakna

"Sam memang hendak menggunakan nama sendiri untuk plat pendaftarannya. Apabila mendapat tahu sudah ada pemilik, Sam jumpa individu terbabit untuk berbincang mengenainya," katanya ketika ditemui HIP.
Walaupun sudah memiliki dua kereta hasil pencapaiannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH, Sam tidak akan sekali-kali menjualnya.

Malah, Sam menganggap kereta Nissan 370Z Coupe itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah diterimanya daripada peminat.

Lebih tiga bulan menantikan kereta idamannya itu, Sam secara rasminya menjadi pemilik kereta terbabit daripada Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tan Keng Meng, pada majlis penyerah kunci yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir di Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama, Damansara, kelmarin.

"Sam berpegang kepada rezeki. Kalau berusaha lebih, pasti akan dapat merasa juga.

Bagi Sam, keluarga adalah keutamaan dan apa-apa pun.

Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy, kemudian baru fikir pasal diri sendiri," katanya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Reputasi tercalar?

Posted: 30 Jun 2013 03:50 PM PDT

Tiada lagi wakil Malaysia dalam program The Apprentice Asia apabila satu-satunya peserta harapan iaitu Nazril Idrus atau Nash, tersingkir pada episod keenam minggu lalu.

Sebelum ini, dua wakil Malaysia iaitu Hanzo dan Nik terlebih dulu meninggalkan program terbabit selepas dipecat oleh hosnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Pastinya, keputusan itu mengejutkan peminat program realiti itu dan mengecewakan mereka yang menaruh harapan kepada Nash untuk bergelar juara.

Sudah namanya program realiti, silap percaturan pasti mengundang padah. Dek kerana terlalu kerap membuat kesilapan ketika ditugaskan untuk mengurus bahagian housekeeping di sebuah hotel terkemuka pada cabaran terakhir minggu lalu, Nash akhirnya dipecat.

Berikutan itu, penyingkiran Nash bagai memberi persepsi kurang enak terhadap dirinya.

Mengapa tidak, sebagai penasihat kewangan profesional, sedikit sebanyak ia mampu mencalar reputasi yang dibinanya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan itu, Nash menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
"Saya tidak nampak penyingkiran itu akan membuatkan reputasi saya tercalar. Saya sudah melakukan yang terbaik ketika berada dalam program terbabit. Terus terang, sewaktu dipanggil ke bilik Lembaga Pengarah, saya tak jangka akan disingkir kerana saya mengikut segala arahan diberi.

"Berdasarkan arahan, kami diminta untuk membuat sesuatu dengan betul. Apabila berlaku kesilapan ketika mengambil pesanan dan ketika makanan dihantar, saya sanggup mengambil risiko dengan membayar ganti rugi bagi makanan yang silap ditempah.

Nafi 'bermain' cara selamat

"Saya cuba memperbetulkan keadaan seperti yang diarahkan, tapi hendak buat macam mana, rezeki saya terhenti setakat minggu keenam saja," tegasnya mempertahankan niat murninya itu.

Sepanjang enam minggu berada di dalam program terbabit, suami kepada aktres, pengacara dan pereka fesyen, Sazzy Falak ini juga dilihat sebagai seorang yang sentiasa 'bermain' cara selamat atau play safe.

Nash dilihat tidak terlalu agresif berbanding peserta lain yang memperlihatkan ketokohan dan kesungguhan mereka untuk menjadi perantis kepada jutawan terkenal Malaysia itu.

"Kita kena tahu, ini adalah program realiti. Apa yang mereka cari adalah kenyataan atau aksi yang boleh menimbulkan kontroversi yang mampu menaikkan rating program.

"Apa yang perlu khalayak tahu adalah sebaik saja lampu kamera menyala, masing-masing akan bercakap dan berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan panas dan boleh disensasikan.

Sazzy kecewa

"Tambahan pula, terlalu banyak suntingan yang dibuat dan kebetulan babak yang membabitkan saya kelihatan seperti saya terlalu 'bermain' dengan selamat, walhal hakikatnya tidak. Saya menganggap perjuangan saya dalam program ini seperti saya bertanding dalam Sukan Olimpik dan mahu berjuang berhabis-habisan.

Saya mahu Malaysia menang," katanya yang mewakili Kumpulan Mavericks.

Ditanya apakah perasaan isteri tersayang apabila mendapat tahu dia tersingkir lebih awal, Nash berkata, Sazzy kecewa dengan berita itu.

"Bagaimanapun, dia akur dengan keputusan itu kerana menyedari ia adalah program realiti," ujarnya mengakhiri perbualan dengan HIP.