Adsense

Selasa, 2 November 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Memang kami keluar bersama

Posted: 02 Nov 2010 09:47 PM PDT


SECOCOK...kemesraan Maya bersama Yusry mula disalah erti peminat.
SECOCOK...kemesraan Maya bersama Yusry mula disalah erti peminat.

HIDUP bergelar selebriti sering menarik perhatian khalayak. Apa jua yang dilakukan sama ada bekerja mahupun meluangkan masa untuk soal peribadi, gerak geri mereka sentiasa menjadi tumpuan.

Bagi artis popular, Maya Karin, kehidupan peribadinya turut diselongkar peminat yang ingin tahu sejauh mana kebenaran kononnya dia kembali dilamun cinta.

  • Foto

    YUSRY...masih mencari calon isteri sesuai.

  • Foto

    MAYA...selesa hidup solo.

Jika sebelum ini Maya dilihat cukup mesra dengan Remy Ishak sejak menjayakan filem Anak Halal arahan Osman Ali tiga tahun lalu, kemesraan mereka juga terserlah apabila digandingkan sebagai pasa�ngan menerusi teater Natrah.

Namun, belum reda kisah 'cinta' dengan jejaka kacak itu, Maya kelihatan mesra pula dengan anggota KRU, Yusry Abdul Halim. Ada peminat ternampak mereka berdua menonton wayang bersama.Apa yang menarik, hubungan mereka dikatakan kembali terjalin selepas masing-masing kembali solo. Sebelum ini, Maya dan Yusry pernah digosipkan ketika sama-sama membintangi filem Mr Cinderella 2, tetapi ketika itu kedua-duanya masih solo, tetapi Yusry berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003 manakala Maya bertemu jodoh dengan guru Matematik, Steven Shorthose atau nama Islamnya, Mohammad Ali pada 2008.Tambah menguatkan lagi cerita ini apabila Maya turut hadir pada majlis kesyukuran filem Magika sempena kemenangan besar filem itu di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), di KRU Studios, Cyberjaya, baru-baru ini. Kemesraan mereka berdua ketika berbual mesra menarik perhatian wakil media yang hadir.

Apabila ditanya perkara itu, Maya yang kembali sibuk dengan latihan Natrah musim kedua menafikan ada hubu�ngan istimewa antara mereka sebagaimana disangka ramai.

Katanya, ketika berlakon bersama Remy, ada yang bertanya jika mereka mempunyai hubungan lebih sekadar kawan. Begitu juga, apabila keluar bersama Yusry, peminat membuat tanggapan sama.

"Memang kami keluar bersama, seperti Remy, Yusry juga adalah kawan. Setakat ini saya selesa berkawan dengan mereka. Soal jodoh memang sukar diramal. Apa yang boleh saya katakan, hingga hujung tahun, saya sekadar mahu bersendirian dan menikmati zaman solo.

"Tidak semestinya keluar berdua sudah dianggap bercinta. Walaupun keluar berdua, saya juga masih tahu batas pergaulan. Setakat berjalan ke pusat beli-belah dan menonton wayang bersama, saya tidak anggap ia 'dating'.

"Buat masa ini, saya perlu masa untuk diri sendiri sambil tenangkan hati. Jika ditanya, saya tidak kisah andai jodoh menemukan saya dengan artis.

"Saya kisah dengan apa orang cakap tapi takkan saya duduk diam di rumah tanpa keluar berhibur dengan rakan-rakan. Namun, saya tetap terima pandangan peminat pada saya," katanya.

Bercerita mengenai kerjaya, Maya menyatakan latihan teater Natrah baru saja bermula. Katanya, jadualnya kembali sibuk apabila latihan selama tiga minggu pada setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga tengah malam.

"Saya baru mendapat skrip dan berkenalan dengan pelakon yang terbabit dalam pementasan ini. Untuk musim kedua, saya teruja untuk berlakon apatah lagi pengalaman musim pertama lalu suatu yang luar biasa.

"Untuk musim baru, saya berharap ia mampu mencetuskan fenomena sekali lagi. Saya melihat kisah Natrah begitu kuat, penting dan dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu.

"Begitu juga, saya masih sibuk dengan rakaman program Nona. Untuk dua komitmen ini, jadual saya sudah penuh. Pada masa sama, saya juga perlu hadir promosi filem terbaru saya, Cun arahan Osman Ali dan memenuhi sesi fotografi.

"Dalam filem romantik komedi ini, saya memainkan watak Luna Latrisya, gadis bandar dan penyampai TV yang 'tercampak' ke kampung dan berkenalan dengan jejaka lakonan Remy.

"Pada saya, Remy sangat berbakat dalam lakonan dan selesa bekerjasama dengannya. Saya juga terbabit dalam satu lagi filem baru bersama Osman berjudul Ombak Rindu.

"Dalam genre drama ini, saya memainkan watak gadis kampung dan bergandingan bersama Aaron Aziz. Bagi saya, pengalaman tiga filem bersama Osman sangat berbaloi dan setiap filem mempunyai keistimewaan serta tarikan berbeza," katanya.

Untuk program Nona, Maya akui karier pengacaranya itu akan berakhir pada hujung tahun ini. Selama setahun me�ngacara program popular itu untuk 52 episod, dia bersedia melepaskan tanggungjawab itu kepada pengacara lain.

"Pengalaman yang ditimba memang menarik dan memenatkan. Sepanjang setahun ini, saya sudah berikan yang terbaik walaupun dikritik.

"Lakonan masih menjadi keutamaan dan saya juga akan memberi tumpuan pada nyanyian apabila album baru akan muncul di pasaran tahun depan," katanya.

Bagi Yusry, dia terbuka berkongsi kisah peribadi bersama peminat. Tanpa berselindung di sebalik hubungan persahabatan yang terjalin, dia berterus terang menceritakan perkara sebenar.

Pada Aidilfitri lalu, Yusry digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan anak gadis penyanyi Rohana Jalil, Shaqila. Kelibat Yusry menang�kap perhatian media, tetapi akuinya, mereka bukanlah seperti yang disangka.

"Ketika itu saya hadir rumah terbukanya. Sebenarnya, ramai kru filem Karak yang lain hadir pada masa itu dan tidak timbul soal kami bercinta.

"Shaqila pernah berlakon dalam Karak yang turut dibintangi juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir selain Along Cham dan Shera Aiyob.

"Apapun cakap orang, saya tidak berkecil hati. Begitu juga, ketika saya keluar bersama Maya, kami jarang bercakap soal peribadi. Atas dasar kawan, kami tiada masalah keluar berdua depan khalayak. Kami sudah kenal lama sejak membintangi Mr Cinderella 2 (2003) dan mula rapat kembali selepas dia hidup solo.

"Saya rasakan tidak salah kami keluar berdua, tetapi tidaklah sampai berpegang tangan. Saya tidak takut dengan tekanan dan gosip yang dilemparkan.

"Dulu pun bermacam tohmahan saya terima termasuk dikatakan gay. Secara peribadi, saya senang untuk bersembang dengan Maya. Kami banyak bercerita soal kerja dan saya sendiri tidak kenal rapat dengannya. Sepanjang tiga kali bekerjasama termasuk Duyung dan Magika, saya melihat Maya mempunyai komitmen kerja yang tinggi.

"Dulu ada yang berkata dia tidak boleh berlakon, tetapi dia tidak putus asa mengasah bakat. Hingga kini, saya masih selesa hidup sendiri. Hidup saya sebenarnya lebih teratur dan saya juga mempunyai masa untuk riadah dan bersama keluarga," katanya.

Yusry kini berada di Los Angeles mempromosi filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) sempena America Film Market. Katanya, dia masih sibuk dan memberi fokus pada kerja.

Pengarah Cicak-Man itu juga tidak mahu membuat jangkaan awal pada kutipan dan sambutan HMM yang dijangka ditayangkan tahun depan. Sebaliknya, dia menyatakan mahu kepuasan dalam berkarya dan menjadi produk kebanggaan negara di pasaran antarabangsa.



PROFIL
NAMA: Maya Karin Roelcke
TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979
USIA: 31 tahun
ASAL: Bayreuth, Bavaria, Jerman
KERJAYA: Pelakon, penyanyi, model, pengacara
FILEM: No Problem, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Waris Jari Hantu, Anak Halal, 1957: Hati Malaya, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur dan Magika.
Album: Erti Cinta dan Bukan Qalamaya
Pencapaian: Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH2001); Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun (2004); Pelakon Terbaik Festival Filem Fantasi dan Seram Estepona, Malaga, Sepanyol (2005); Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH2005; Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Ke-6; Pelakon Wanita Terbaik FFM21.


PROFIL
NAMA: Yusry Abdul Halim
TARIKH LAHIR: 15 Jun 1973
USIA: 37 Tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KARIER: Penyanyi, pelakon dan pengarah
FILEM ARAHAN: Cicak-Man, Cicak-Man 2: Planet Hitam dan Merong Mahawangsa.
LAKONAN: Awas (1995), Cinta Metropolitan (1996), Gerak Khas The Movie 2 dan Mr Cinderella (2002), Cinta Kolestrol dan Mr Cinderella 2 (2003), Kuliah Cinta dan Hingga Hujung Nyawa (2004), Lady Boss (2005), Cicakman (2006), Cicakman 2: Planet Hitam (2008) dan Rasukan Ablasa (2009).
ALBUM: Canggih (1992), Rekrued (1993), Awas (1994), Awas Da Sound�track (1995), Oh La La dan Krumania (1997), The Way We Jam (1998), Formula Luar Biasa (1999), Tyco (2000), Empayar Krujaan (2002), Yusry (2003), Krunisme (2005) dan Di Skala Richter (2006).

Mengaku Leka Nikmat Tuhan, Nabil Masih Cintakan Irma

Posted: 02 Nov 2010 09:46 PM PDT

Nabil akui dirinya lalai dengan kehidupan.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.

Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.

"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

Nabil terpaksa akur dengan keputusan Irma yang ingin memutuskan hubungan.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil:

"Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik," kata Nabil.

"Tidak Hadir Majlis Bukan Kerana Krisis" - Almy Nadia

Posted: 02 Nov 2010 09:45 PM PDT

Almy Nadia & Fizz Fairuz

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia menolak tuduhan kononnya dia menghadapi krisis dengan pelakon Fizz Fairuz sehingga tidak menghadirkan diri pada majlis ulang tahun kelahiran kekasihnya itu yang ke-31 tahun pada 23 Oktober lalu.

Kata Almy pada tarikh itu dia sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Langit Semalam terbitan Nizarman Sdn Bhd sehingga membuatkan dia terpaksa membatalkan hasrat meraikan hari istimewa Fizz Fairuz.

"Saya sibuk waktu itu kerana penggambaran drama. Saya tak hadir bukan kerana ada maslah dengan dia," katanya mengulas cakap-cakap orang kononnya cinta Almy dengan Fizz dilanda masalah.

Fizz yang lahir pada 22 Oktober 1979 menyambut ulang tahun kelahirannya lewat sehari yang dianjurkan oleh kelab peminatnya di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Kata Almy, ketidakhadirannya itu bukan bermakna dia tidak cintakan Fizz sebaliknya hubungan mereka masih berjalan tanpa ada sebarang masalah.

Ujarnya, disebabkan mereka berdua mempunyai jadual tugas yang berbeza, maka tidak mustahil salah seorang daripada mereka tidak dapat menghadiri apa-apa majlis yang dianjurkan.

Tambah Almy lagi, dia ada menghantar mesej melalui Khdimat Pesanan Ringkas (SMS) pada tarik hari lahir Fizz itu selain berpeluang berjumpa pada Ahad lepas.

"Kami dah jumpa dua hari lalu sebelum Amly berangkat ke Pulau Pangkor untuk meneruskan penggambaran drama Langit Semalam," katanya.

Sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa, Almy sedang berada di atas kapal menuju ke Pulau Pangkor bagi mkenghabiskan penggambaran drama bersiri itu.

Kata Amly, keadaan kesihatanhnya buat masa ini sedikit terganggu berikutan batuk yang dialaminya masih belum pulih sejak tiga bulan lalu selain demam.

Dia bagaimanapun sudah mendapatkan rawatan doktor yang menasihatinya agar banyak berehat kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

Vanidah Sahkan Dapat Tawaran Gantikan Maya

Posted: 02 Nov 2010 09:44 PM PDT

Vanida sedia kendali Nona jika diberi peluang

PETALING JAYA: Pelakon Vanida Imran mengesahkan telah menjalani latihan percubaan di hadapan kemera bagi melayakkannya dipilih sebagai pengacara baru rancangan Nona bagi menggantikan Maya Karin.

Menurut Vanida, latihan tersebut telah dilakukan pada bulan lalu bersama beberapa personaliti dalaman stesen televisyen, TV3.

Bagaimanapun, tambahnya, ia bukan jaminan untuk dia diambil sebagai pengacara baru Nona kerana latihan itu sebagai penilaian pihak stesen televisyen tersebut.

"Saya sudah pergi membuat latihan percubaan untuk pemilihan pengacara baru Nona, namun ia bukanlah bermakna saya dipilih. Ketika itu ada beberapa orang lagi personaliti dalaman TV3.

"Percubaan tersebut adalah untuk memudahkan TV3 mengenal pasti siapa yang paling layak mengacarakan rancangan tersebut pada tahun hadapan," ujar Vanida ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Vanida, setakat ini dia belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak TV3 tentang status tawaran tersebut.

"Saya tidak mahu komen lebih-lebih sebab saya juga masih belum dapat panggilan dari pihak TV3 lagi.

"Mungkin juga pihak TV3 akan bertukar fikiran untuk kembali kepada format dahulu dan mengambil personaliti dalaman mereka selepas rating yang dikatakan jatuh ini," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang persediaannya jika terpilih memandangkan sebelum ini Maya dikatakan gagal mempertahankan rating rancangan itu, Vanida memberitahu dia akan mencuba yang terbaik.

"Jika diberi peluang saya akan ambil dan buat yang terbaik. Saya dan Maya Karin mempunyai latar belakang berbeza sudah tentu cara kami juga berlainan.

"Saya mempunyai kelebihan sendiri dan Maya ada kelebihannya sendiri. Namun bergantung kepada pihak TV3 untuk menilai dan menentukan apa yang mereka cari kali ini," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan menyebut Vanidah Imran antara yang tersenarai untuk dipilih sebagai Nona menggantikan Maya Karin bagi musim 2011.

Maya dalam kenyataannya sebelum ini berkata kejatuhan rating Nona bukan berpunca daripadanya seorang tetapi banyak perkara mempengaruhi rancangan itu termasuklah soal pengisian.

'...Dalam Botol' Ditayang 10 Februari 2011

Posted: 02 Nov 2010 09:44 PM PDT

PETALING JAYA: Selepas beberapa kali ditangguhkan, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, (gambar) akhirnya mengesahkan filem kontroversi ...Dalam Botol yang sudah selesai menjalani proses pasca-produksi bakal ditayangkan pada 10 Februari 2011 empat hari sebelum Hari Kekasih (Valentine's Day).

Menurut Raja Azmi, bukanlah niatnya untuk mengagung-agungkan atau berbangga dengan hari tersebut, sebaliknya tarikh itu hanyalah kebetulan yang dikeluarkan oleh Skim Wajib Tayang (SWT).

"Secara kebetulan saja, tarikh tayangan yang diberikan oleh SWT hampir dengan tarikh Hari Kekasih. Bukan saya hendak berbangga atau mengagung-agungkan sambutan hari tersebut yang jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

"Cuma, sebagai penerbit saya melihat keadaan itu sebagai satu strategi promosi yang baik bagi menguar-uarkan filem saya kepada khalayak," katanya yang menghubungi mStar Online, Selasa.

Selepas perancangan awalnya untuk menayangkan filem itu kepada umum pada Julai dan September lalu tidak kesampaian, dia akhirnya boleh menarik nafas lega dan cukup teruja menantikan tarikh tayangan filem itu kelak.

Tambah Raja Azmi, keterujaannya menantikan filem itu ditayangkan adalah kerana niat dan matlamatnya untuk memberi kesedaran kepada golongan homoseksual.

"Memang saya galakkan orang ramai terutamanya golongan homoseksual untuk menonton filem ini supaya mereka akan dapat mesej dan pengajaran yang cuba saya sampaikan.

"Semoga filem ini dapat memberi kesedaran kepada golongan terbabit untuk balik ke pangkal jalan. Itu saja niat saya," katanya.

Pada minggu lalu, akhbar dalam talian The New York Times turut melaporkan kontroversi filem itu yang berjaya melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF) di sebalik isu homoseksual yang dipaparkan.

Filem arahan Khir Rahman itu dibintangi oleh Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Normah Damanhuri, Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid dan ramai lagi dan diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas.

Iqwal Terguris Wartawan Tidak Hadir Pelancaran Album

Posted: 02 Nov 2010 09:43 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi remaja, Iqwal,18, sedih apabila industri muzik seperti menidakkan kewujudannya walaupun dia memiliki pencapaian yang hebat di luar negara.

Lebih dari itu, Iqwal turut terguris kerana ketika pelancaran albumnya, tidak ada wartawan pun yang hadir untuk memberi publisiti apatah lagi mempromosi albumnya. "Setahu saya, tidak kira sama ada pemuzik, ataupun media, kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing. Tapi sayang sekali semasa pelancaran album saya, tak ada pihak media pun yang datang untuk membuat liputan.

"Saya juga agak pelik, kenapa susah sangat lagu saya nak mainkan di stesen radio sedangkan pelbagai pencapaian yang telah saya miliki di luar negara.

"Bukan mahu bangga diri tetapi dengan pencapaian sahajalah baru orang mahu pandang, tapi lain pula jadinya kepada saya," ujarnya yang juga sedang mempersiapkan diri menghasilkan album di Amerika Syarikat dan Indonesia.

Tambah Iqwal, mungkin kerana usianya yang masih muda membuatkan dia masih lagi sukar diterima oleh orang ramai. Namun dia akan memberi tempoh dua hingga tiga tahun lagi untuk menarik perhatian media serta masyarakat luar tentang kehebatannya.

Antara pencapaian yang dikecapnya seperti menerima Anugerah Artis Antarabangsa Terbaik, menerusi pertandingan World Best New Talent, World Championship Of Performing Arts, Hollywood, di Kodak Theater, Los Angeles pada tahun 2008.

Malah dia turut menerima enam pingat, masing-masing empat emas dan dua perak bagi pertandingan tersebut.

Justeru itu, ramai yang menyangka, hidup penyanyi remaja ini cukup sempurna memandangkan dia telah pun memiliki harta sendiri, hasil daripada kerja nyanyiannya sejak berumur 16 tahun.

"Pada mulanya, saya pernah memberontak kerana terasa hidup seperti disekat dan dikongkong. Tapi, setelah ibu dan ayah memberi nasihat, barulah saya faham, kita perlu berkorban sedikit demi mencapai kejayaan," katanya yang kini mula belajar mencipta lagu sendiri.

Dalam pada itu, demi kerjaya nyanyiannya juga, Iqwal mula berhenti sekolah ketika berumur 15 tahun dan dia belajar secara peribadi di rumah. Malah, Iqwal juga tidak memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti remaja lain.

"Ramai yang beranggapan saya tidak mementingkan akademik. Sebaliknya tidak, ibu dan ayah saya terus memasukkan saya ke sekolah muzik supaya tidak membuang masa dengan menghabiskan pelajaran sehingga di tingkatan lima.

"Saya mengambil Diploma jurusan muzik di Subang Muzik School dan kelas tambahan pula di The Singing Shop.

"Saya tak kisah jika tidak memiliki sijil PMR atau SPM kerana saya sudah memiliki matlamat yang tersendiri dan harapan saya untuk membuka sebuah studio dan sekolah muzik sendiri dalam jangka masa lima tahun lagi," tegasnya.

Lily Allen Keguguran Kali Kedua

Posted: 02 Nov 2010 09:43 PM PDT

LILY ALLEN dan kekasih, Sam Cooper, terlalu sedih apabila mendapat tahu penyanyi lagu Smile itu mengalami keguguran buat kali kedua setelah mengadu sakit pada bahagian perut pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, Lily gagal menyelamatkan kandunganya yang merupakan bayi lelaki berusia enam bulan itu selepas mengalami pendarahan yang teruk.

Menurut sumber, Lily dan Sam begitu sedih apabila doktor mengesahkan keguguran tersebut dan enggan memberi sebarang kenyataan dalam masa terdekat ini.

"Pasangan itu meminta semua pihak agar menghormati privasi mereka yang sedang mengalami saat-saat sukar dan tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut," kata sumber kepada Malefirst.

Pada Ogos lalu, Lily membuat pengumuman yang dirinya mengandung tiga bulan kepada umum. Kata Lily pada ketika itu, dia mahu merasai perubahan tubuhnya yang akan membesar dan pada masa yang sama perutnya akan menjadi perhatian.

Sebelum ini, penyanyi Inggeris itu turut mengalami keguguran anak hasil hubungannya dengan bekas kekasih, Ed Simmons, pada tahun 2007.

Pelakon Charlie Sheen Fail Perceraian

Posted: 02 Nov 2010 09:42 PM PDT

Charlie Sheen bersama isterinya Brooke Muller.

LOS ANGELES: Pelakon Charlie Sheen mengemukakan tuntutan untuk bercerai dengan isterinya selepas dua tahun ketika insiden mabuk dilaporkan di New York.

Bintang sitkom Two and a Half Men dan Spin City itu mengemukakan tuntutan di Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk menceraikan Brooke Mueller.

Mereka berkahwin pada Mei 2008 akan tetapi berpisah pada Hari Krismas 2009 ketika Sheen ditangkap karena menyerang Mueller.

Sheen, 45, dan Mueller, 33, memiliki anak kembar Bob dan Max yang lahir pada bulan Mac 2009. Pasangan ini mempunyai perjanjian perkahwinan, menurut dokumen mahkamah.

Stesen televisyen Extra TV melaporkan perjanjian ditandatangani pada Mei lalu itu memberikan Mueller AS$750,000 (RM2,325,000) sebagai bayaran satu kali, ditambah AS$55,000 (RM165,000) sebulan untuk anak mereka.

Mueller mendapat hak penjagaan anak sementara Sheen pula diberi hak melawakt.

Proses perceraian berlaku setelah Sheen dibawa ke rumah sakit minggu lalu kerana dikatakan mengalami alahan tetapi mengikut laporan media tempatan ia berkaitan kejadian mabuk yang berlaku di sebuah hotel di New York.

Media turut melaporkan pelakon itu dirawat di rumah sakit setelah menyebabkan kerosakan serius biliknya di Hotel Plaza, tempat polis mendapati dia mabuk sambil berbogel dengan seorang wanita.

Mueller mengatakan kepada Extra TV dalam sebuah wawancara, dia agak bebas melakukan apa yang dia mahukan.

Sheen pada bulan Ogos lalu mengaku bersalah kerana menyerang isterinya dalam satu perkelahian pada hari Krismas ketika berlibur di Aspen, Colorado bagaimanapun bebas dari hukuman penjara selepas satu perjanjian yang dibuat dengan pihak pendakwaan.

Dia juga mempunyai kes lain yang berhubung kait dengan ubat-ubatan, kekerasan dalam rumah tangga serta pelacuran.

Rihanna Tidak Mahu Pakaian Putih

Posted: 02 Nov 2010 09:40 PM PDT

PENYANYI Rihanna (gambar) memberitahu tidak akan mengenakan pakaian berwarna putih setelah mewarnakan rambutnya dengan warna merah.

Menurut Rihanna dia kelihatan buruk apabila mengayakan pakaian berwarna putih.

"Saya sangat suka pakaian berwarna putih dan hitam. Bagi saya ia sangat sesuai dengan warna kulit saya namun kini setelah mewarnakan rambut kepada merah ia seperti kelihatan sangat buruk.

"Warna rambut ini juga sering mengotorkan pakai terutamanya pakaian putih yang saya pakai.

"Apabila bangun tidur pasti warna merah akan melekat pada bantal saya," ujarnya.

Tambah Rihanna tempat tidurnya kelihatan seperti ada pertumpahan darah apabila melihat terlalu banyak warna merah di situ.

Bustamam Mokhtar Mario Testino Malaysia?

Posted: 02 Nov 2010 05:48 PM PDT

Bustamam Mokhtar Mario Testino Malaysia?.

KEAJAIBAN industri fesyen tanah air belum pernah dirakamkan dengan penuh semangat, keghairahan berbekalkan sentuhan peribadi dan nilai estetika sehinggalah muncul Bustamam Mokhtar.

Hasil karya unggul Bustamam, 40, boleh dikatakan hampir menyamai syot dan 'rasa' adi fesyen jurugambar fesyen terkemuka, Mario Testino menerusi Vogue. Jika kurang percaya, dapatkan naskhah majalah fesyeh terbaru di pasaran dan nilai sendiri interpretasi fesyen dari lensa Bustamam.

Pun demikian, ada sesuatu yang lebih istimewa ingin dipersembahkan oleh beliau.

Sebagai bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah berkhidmat selama enam tahun di salah sebuah akhbar arus perdana, Bustamam nekad mengetengahkan keunikan budaya Malaysia menerusi sumbangannya dalam industri fesyen.

Lalu beliau menjadi bersemangat apabila membincangkan isu etika dan tata susila model apabila memperagakan fesyen untuk pasaran tempatan walaupun dipengaruhi trend Barat.

"Contohnya, duduk terkangkang. Kita ni orang Melayu, apa salahnya ambil pendekatan lebih sopan tetapi masih menyerlahkan elemen high fashion dan avant garde," jelasnya.

Bustamam percaya amat penting untuk melihat ke Barat untuk menimba pengalaman dan kemahiran namun apabila hendak mempraktikkan pengetahuan tersebut, individu berkenaan harus mengenal asal usul sendiri untuk melahirkan karya mengikut acuan sendiri.

Gaya Mario Testino

Bustamam merupakan peneraju White Studio.

Justeru beliau cukup berhati-hati tetapi optimis sewaktu berbicara soal perbandingan antara industri fesyen Malaysia dengan pusat fesyen dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Menurutnya, tidak adil jika dibandingkan antara pasaran 24 juta pengguna tempatan dengan 280 juta pengguna AS, contohnya.

Apabila pasaran lebih besar, industri terpaksa memacu pertumbuhan pesat bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bijak membuat pilihan.

"Di Malaysia, hanya sekitar pertengahan era 90-an kita mula memberi tumpuan terhadap pentingnya kulit majalah dan ketika itu generasi editor muda seperti Mama Juwie, Wirda Adnan dan Nurimy Aimi membuka mata kita terhadap keindahan fesyen.

"Sedangkan Patrick Demarchelier sudah bekerja dengan majalah fesyen sejak 1957 lagi. Hasilnya, perkembangan trend dan fesyen menjadi penting bagi sejak awal lagi," katanya.

Bustamam turut tergelak apabila disamakan dengan Testino yang terkenal dengan kempen Burberry, Gucci, Versace, Calvin Klein, Michael Kors dan banyak lagi.

Katanya, Testino merupakan seorang ikon yang memperuntukkan sejumlah waktu yang besar dikelilingi oleh setiap elemen dalam industri fesyen.

"Fesyen berada di hadapan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah beliau. Paris dan Milan terlalu hampir dengannya," jelas Bustamam.

Profesional

Ketika menuntut di UiTM, Bustamam mendapat ilham 'meniru' iklan Guess menampilkan Claudia Schiffer pada beg hadiah jenama itu.

Beliau jatuh cinta dengan teknik penggambaran fesyen dan mengambil peluang mendalami bidang tersebut dengan terbang ke pusat fesyen Asia, Jepun.

Setelah belajar menguasai bahasa Jepun di Foreign Language School Bunka, beliau mendaftar di Tokyo Visual Art Studio dengan menumpukan terhadap bidang fotografi.

Di negara kelahiran 'harajuku' itu, Bustamam menimba pengalaman awal dalam bidang fotografi fesyen di bawah Bruno Dayan, Bustamam sedar bahawa status profesional datang dengan bebanan tanggung jawab yang cukup besar. Lebih-lebih lagi apabila jurugambar dianggap 'ketua kapal' dan ia menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah projek.

"Industri kita memerlukan orang-orang yang betul-betul hendak bekerja. Sebab itu Glam berjaya mengangkat industri fesyen ke tahap seterusnya. Jika Glam atau Vogue mempunyai orang yang sekadar 50-50, ia tidak akan berjaya seperti sekarang.

"Industri fesyen sesuatu yang cukup sukar. It's either you're in or you're out, jadi sesiapa yang ingin menceburinya harus buat sehabis baik," tegasnya.

Bustamam bagaimanapun kurang bersetuju dengan sesetengah pendatang baru yang ingin mengetengahkan sesuatu yang 'berbeza' kepada industri. Katanya, tidak semestinya 'lain' itu bagus, sebaliknya pendekatan terbaik adalah menonjolkan keindahan sedia ada.

Beliau mengakui bahawa pasukan kreatif majalah fesyen itu amat teliti dalam menguruskan projek fotografi bagi memastikan keberkesanan perjalanan fotografi dan memahami keperluan profesional demi kelancaran serta kecemerlangan hasilnya kelak.

Di samping itu, Bustamam memberitahu, komunikasi dan pergaulan amat penting untuk memajukan pencapaian dalam industri serba sengit itu termasuk menjalin hubungan erat dengan jurugaya, pendandan rambut pereka fesyen dan model.

Sebagai jurugambar fesyen profesional bertaraf antarabangsa, Bustamam tidak kekok berbahasa Jepun dan Perancis malah mula menguasai bahasa Russia dan Portugis bagi memudahkan komunikasi apabila bekerjasama dengan model-model yang kebanyakannya datang dari negara berkenaan.

Bustamam juga bercakap mengenai cabaran mendekati para model yang mempunyai personaliti pelbagai mengikut negara asal masing-masing: "Model Russia lebih keras, dingin sementara model dari Brazil pula lebih mesra dan ceria."

White Studio

Sebelum mencipta nama dalam bidang fotografi fesyen, Bustamam sudah bercita-cita mengendalikan studio fotografi sendiri. Hari ini, White Studio dianggap peneraju studio fotografi tercanggih dan terbesar dalam industri.

White Studio atau nama asalnya Jubang Sutajio (Studio 10th dalam bahasa Jepun) ditubuhkan pada 1996 dan kini mempunyai keluasan 210 meter persegi dan terbahagi kepada Studio A seluas 74 meter persegi untuk penggambaran personaliti, fesyen dan editorial.

Sementara Studio B (136 meter persegi) mempunyai cukup ruang untuk memuatkan sebuah kereta. Antara iklan yang pernah dijayakan termasuk Honda dan Ferrari. Studio berkenaan juga dilengkapi kesan khas seperti hujan selain peralatan fotografi digital terkini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.whitestudiokl.com.

Semua Universiti Terbaik Dunia Ada Jabatan Falsafah - Prof. Murad

Posted: 02 Nov 2010 05:47 PM PDT

A. Murad Merican.

PENSYARAH Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican pernah menyentuh secara terperinci menerusi tulisannya dalam sebuah akhbar 4 Oktober lalu tentang bagaimana universiti-universiti terkemuka dunia membentuk portfolio sehingga tersenarai dalam ranking terbaik dunia.

Tulisan tersebut menyebut jika kita masih berhasrat menjadi universiti global, kita perlu belajar satu perkara daripada universiti terbaik dunia iaitu mempunyai Jabatan Falsafah yang mantap dan mampu melahirkan lebih ramai cendekiawan.

Beliau turut memberi pandangan universiti kita hari ini mengabaikan bidang tersebut sedangkan bidang tersebutlah yang menjadi tunjang kepada cabang-cabang ilmu lain.

Pandangan tersebut juga ada kaitannya dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Umno baru-baru ini yang menetapkan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2014 dalam usaha melahirkan graduan berkualiti sekali gus mampu berfikir setaraf dengan tamadun dunia.

Ikuti temuramah khas dengan beliau berhubung perkara ini.

Mingguan mStar: Pada pendapat Prof, mengapa kebanyakan universiti kita meninggalkan bidang-bidang seperti sejarah, sains sosial, ilmu kemanusiaan dan falsafah?

Ini ada kaitan dengan dasar pembangunan negara sejak 40 tahun lalu. Tapi kita tak boleh menyalahkannya. Negara perlu melonjak dan memerlukan asas kuat dalam ekonomi, sains dan teknologi. Dana dan pembiayaan untuk sains sosial dan ilmu kemanusiaan dikurangkan. Ini membabitkan kelengkapan, ruang dan tenaga pengajar. Apabila pengambilan tenaga pengajar dalam sains dan teknologi ditambah, pengambilan dan latihan tenaga pengajar dalam sains sosial dan kemanusiaan kurang. Ini soal keutamaan dan dasar negara. Pelajar dan ibu bapa pula anggap bidang ini tak berguna dan sukar dapat kerja. Masyarakat fikir tak guna belajar sejarah, sosiologi, falsafah dan kesusasteraan sebab anggap bidang itu tak menyumbang kepada pembangunan. Ini sindrom pemikiran tertawan dan perlu dibetulkan.

Bagaimana seseorang yang berlatar belakangkan sejarah dapat membantu negara?

Mereka dapat membantu dari segi keupayaan melihat secara total dan secara precise. Negara perlukan graduan dan masyarakat yang dapat berfikir secara kritis, kreatif dan seimbang. Kita perlukan mereka yang dapat menyoal dengan baik dan betul, bukan hanya yang pintar. Masyarakat yang mempunyai daya fikir jangka panjang (long-term thinking) dapat menggunakan konsep ruang dan masa untuk diterjemahkan kepada kehidupan seharian.

Apa yang boleh dilakukan universiti untuk melahirkan graduan seperti ini?Sekurang-kurangnya, universiti awam dan swasta harus mempunyai jabatan/fakulti sains sosial dan ilmu kemanusiaan yang kukuh tak kira apa penekanan mereka. Ini tak berlaku sekarang. Bidang sejarah, falsafah dan sosiologi hendaklah ditawarkan sebagai program major atau sebagai gugusan subjek. Kita mesti seimbang dan fikir untuk tawarkan ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah dan banyakkan penawaran ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Ini boleh dilakukan jika universiti, naib canselor, profesor, ibu bapa, pelajar dan majikan faham kegunaan sejarah dan falsafah di alam pekerjaan.

Apakah prasarana di universiti kita tidak membuka laluan untuk kita tersenarai dalam 100 universiti terbaik dunia?

Prasarana dari segi bangunan dan kelengkapan memang tak cukup. Ruang fizikal dan abstrak tak diambil kira. Kita ada makmal, bilik kuliah, bilik teater atau perisian komputer. Tapi persekitaran prasarana seperti bangunan - lihat bangunan dan seni bina kebanyakan universiti 10 terbaik, ruangnya berbeza. Bukan kita menyamai mereka dari segi seni bina kerana budaya dan iklim berbeza. Tapi, kita perlu fikir, seni bina dan alam bina mempengaruhi bagaimana kita melihat dunia. Cuba lihat koleksi perpustakaan di universiti Barat.Di manakah perpustakaan universiti kita? Umumnya, kecuali beberapa, koleksi dan perkhidmatan perpustakaan perlu diperkasa.

Prof pernah berkata sindrom pemikiran tertawan telah menguasai masyarakat universiti kita. Apa maksud sindrom pemikiran tertawan itu?

Pemikiran tertawan ialah konsep yang diutarakan Prof. Syed Hussein Alatas (1974). Minda kita adalah mangsa orientalisme dan pandangan alam eurosentrik. Ini dilihat sebagai sejenis pemikiran yang imitatif dan tidak kritikal, yang ditentukan sumber luaran iaitu Eropah dan Barat. Dalam ilmu sains sosial dan kemanusiaan, kesarjanaan di Malaysia didominasi sains sosial yang diimport dari tamadun Eropah. Kita mengkaji dan menggunakan tanpa kritik dan kreativiti. Kita tak berupaya menimbulkan masalah dan mencetuskan kaedah asli. Kita kaji masyarakat kita melalui lensa budaya lain. Ini masalah besar.

Memandangkan universiti terbaik dunia merupakan universiti berusia beratus-ratus tahun lamanya, adakah kita memerlukan jangkamasa panjang untuk mengukuhkan universiti kita berdasarkan portfolio tersebut bagi mengikut jejak langkah serupa?

Benar, universiti-universiti Barat dan yang tersenarai sebagai 100 universiti utama itu adalah universiti berusia beratus-ratus tahun. Jangka masa tak jadi masalah. Kita perlu ikut jejak mereka jika kita inginkan suasana atau iklim pemikiran bebas dan merentasi sempadan sempit. Kita tak semestinya ikut jangkamasa yang berlaku di universiti barat. Ini soal masyarakat dan tamadun yang akan mengukuhkan nilai dan cara fikiran kita.

Korpus ilmu yang dijana oleh universiti barat tiada tandingannya. Apakah kita masih berhasrat bersaing dalam penarafan Times Higher Education? Apakah alternatif yang disyorkan kerana ini telah menjadi amalan dunia. Jika kita tidak ambil bahagian pula, kita langsung tidak akan disenaraikan dan kita tidak akan tahu kedudukan kita.

Tak salah kita ambil bahagian. Tapi kenapa susah payah mematuhi kriteria yang ditetapkan sedangkan kriteria itu tak objektif dan hanya cenderung kepada nilai dan tamadun yang asing bagi kita? Yang penting kita sedar kedudukan kita antara universiti-universiti dunia. Kuasa besar sains sosial ialah Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Ini dapat dilihat dengan penjanaan ilmu dan sains melalui kertas kerja, jurnal, laporan dan buku. Jumlahnya terlalu banyak untuk kita tandingi. Kita mesti ubah sikap kita terhadap ilmu dan membentuk iklim sesuai bagi mencetuskan pemikiran dan penyelidikan. Kita mesti cipta ilmu, tangani idea-idea besar yang mempengaruhi dunia. Pembiayaan penyelidikan mesti ditambah, budaya penerbitan mesti ditransformasi. Ranking bukan segala-galanya dan bukan pengukuran mutlak kecemerlangan.

Universiti kita terlalu taksub dengan ilmu sains/teknologi dan pensyarah taksub mengejar KPI untuk kenaikan gaji dan pangkat. Benarkah begitu?

Ya, terutama universiti penyelidikan. Pensyarah, dalam memenuhi kehendak KPI dan kenaikan pangkat menumpukan kepada bentuk, menyalurkan ilmu mengikut buku teks, power point diutamakan serta memiliki sikap 'asalkan dapat grant dan terbit dalam jurnal' telah memadai. Mereka tak kisah apa yang dikaji. Kerja akademik adalah kerja kreativiti. Apakah kita boleh menjamin KPI pemikiran dan kreativiti?

Bagaimana sistem KPI dikatakan membunuh pemikiran dan kreativiti masyarakat universiti? Jika kita tak tetapkan KPI bagaimana mahu ukur keupayaan?Masalahnya bagaimana kita menanggapi KPI. Universiti berbeza dengan industri. Dalam industri, kita boleh tetapkan target. Di universiti penetapan target akan mengongkong kreativiti dan kesarjanaan.

Berbalik kepada tugas dan tanggungjawab pensyarah, ahli akademik dan sarjana, mereka mesti menulis. Apakah KPI ke atas aktiviti menentukan 'kualiti' hasil? KPI hanya melihat nombor, tak menilai kandungan dan pemikiran dalam kandungan. KPI mahu pensyarah menerbit jurnal berindeks dalam ISI atau Scopus dengan andaian menerbitkan kertas dalam jurnal maka 'kualiti' pun terjamin. Mungkin ini boleh diguna dalam ilmu sains dan teknologi tapi bukan dalam bidang sebaliknya yang perlukan pemikiran luas, analitikal, bersifat sarat nilai dan ideologikal. Jika KPI dikenakan, banyak pemikiran-pemikiran yang baik tak dapat diterbitkan kerana ia tak selari dengan jurnal-jurnal yang diindekskan di ISI atau Scopus.

Apa kayu ukur terbaik yang patut digunakan untuk mengukur kualiti seseorang mahasiswa atau ahli akademik?

Untuk mahasiswa, pemaparannya dari segi etika dan ilmu. Mahasiswa itu mesti dilihat sebagai manusia yang menggunakan ilmu dengan sewajarnya selepas mendapat 'lesen' (ijazah). Ahli akademik mesti jadi ilmuan, bukan hanya guru yang menyalurkan ilmu, tetapi mencipta ilmu itu sendiri, dari segi idea, tafsiran dan inovasi. Ahli akademik itu perlu dilihat dari jenis penulisan, bentuk jurnal atau buku yang diterbitkannya dan pengaruh ideanya kepada masyarakat dan tamadun.

Bukan pengaruh penulisannya kepada rakan sejawat. Idea yang didedahkan mesti mampu didebat dan dibincangkan. Malangnya budaya akademik kita menyimpan hasil kajian sehingga berhabuk atau menerbitkan dalam jurnal kerana ditetapkan KPI. Ini sebenarnya membunuh kesarjanaan kerana kehidupan ahli akademik ditentukan KPI, bukan ditentukan iltizam dan keikhlasan memajukan masyarakat, negara dan tamadun manusia.

Antara bidang falsafah/kemanusiaan dengan bidang bertentangan, ramai pelajar berminat menceburi bidang sains. Bagaimana mungkin kita mengimbangi trend sebegini kerana ia ada kaitan dengan permintaan dan penawaran. Ini soal bagaimana pemegang berkepentingan iaitu pembuat dasar, naib canselor, profesor, dekan, ibu bapa dan pelajar dididik dengan nilai kehidupan. Kita mesti bezakan apa yang praktikal dan apa yang employable. Kita belajar di universiti kerana universiti satu-satunya tempat berfikir.

Pasaran, profesion dan tempat kerja tak begitu. Malah universiti tunduk kepada kehendak pasaran. Mengapa begitu dan tak sebaliknya? Mengapa pasaran dan industri tak latih mahasiswa untuk kemahiran yang lebih tinggi?

Tanggungjawab universiti ialah untuk mendidik dan menjadikan seseorang itu lebih pandai dan beretika. Ilmu dan etika bukan penekanan industri dan pasaran. Universiti hari ini nampaknya terhimpit antara melahirkan graduan berfalsafah dengan kehendak pasaran. Komen Prof.Universiti kita perlu lari daripada paparan materialist dan menurut kehendak pasaran.

Universiti mesti tentukan pasaran dan nilai kemanusiaan bukan pasaran dan industri tentukan nilai universiti. Yang membina tamadun bukannya sains, teknologi, bidang pengurusan atau perakaunan. Semua bidang itu terhutang budi kepada sejarah dan falsafah.

Tanpa nilai kemanusiaan dan pemikiran halus dan mendalam, sains, teknologi dan pengurusan tak dapat digunakan dengan sewajarnya. Paksi kepada semua ini ialah sains sosial dan ilmu kemanusiaan.

Asasnya ialah sejarah dan falsafah. Kita mesti jadi pencipta ilmu tersebut dan bukan hanya penerima dan pengguna. Mengapa Barat dan universiti top 10 atau 100nya menguasai dunia dari segi ekonomi dan politik ialah kerana mereka mencipta ilmu - sejarah, falsafah serta sains. Inilah yang diperlukan pelajar dan mahasiswa Malaysia.

Seludup Rokok: Malaysia Tertinggi Di Dunia

Posted: 02 Nov 2010 05:45 PM PDT

Richard James

KADAR penyeludupan rokok haram di negara ini cukup membimbangkan berikutan satu kajian yang dilakukan oleh Goldman Sachs Group Inc. mendapati Malaysia kini berada pada tangga teratas di dunia berkaitan masalah itu.

Berada pada tahap 37 peratus pada tahun 2009, angka itu turut dijangka meningkat berikutan kenaikan harga rokok yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Philip Moris (Malaysia) Sdn Bhd, Richard James berkata, kenaikan itu akan menyebabkan pasaran rokok haram di negara ini semakin berleluasa.

Katanya, perkara itu dijangka berlaku kerana trend perokok di Malaysia tidak menunjukkan perubahan ketara antara tahun 2006 hingga 2009.

"Perokok sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun tidak mampu dan tempiasnya terkena kepada industri rokok kerana penyeludupan rokok haram tidak terkawal tambahan pula harga rokok telah meningkat," katanya kepada Mingguan mStar ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Richard berkata, melalui satu kajian yang dilakukan menunjukkan dengan jelas bahawa walaupun kerajaan telah menaikkan harga rokok sebagai salah satu cara untuk rakyat negara ini berhenti merokok bagaimanapun penurunan peratusan untuk berhenti daripada tabiat itu amat kurang.

Jelasnya melalui statistik selama empat tahun daripada tahun 2005 sehingga 2009 penurunan perokok di negara ini hanya berlaku sekitar 2.9 peratus sahaja.

Katanya lagi, pada tahun 2008, sebanyak 24.4 peratus perokok dicatatkan di negara ini sebelum menurun sedikit kepada 24.1 peratus pada tahun 2009 selepas kerajaan menaikkan harga rokok.

"Melalui statistik ini jelas menunjukkan bahawa kenaikkan harga rokok tidak memberi kesan kepada perokok kerana mereka lebih terarah mencari rokok seludup yang banyak berleluasa di negara ini," katanya.

Sementara itu, Richard memberitahu rokok yang di seludup daripada negara jiran terutamanya daripada Indonesia tidak mempunyai piawaian terutamanya kawalan terhadap penggunaan nikotin dan tar di dalam rokok.

Katanya, tidak seperti kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah bahan tersebut diletak mengikut piawaian yang ditetapkan.

"Rokok itu sendiri sememangnya membahayakan kesihatan dan pengambilan rokok seludup yang tidak mempunyai piawaian mengenai bahan kandungannya lebih membahayakan," katanya.

Sebagai langkah penyelesaian, Richard berkata, kerajaan perlu membuat lebih banyak serbuan secara terus terhadap kedai-kedai yang menjual rokok seludup dan sentiasa membuat tinjauan bagi menghalang peniaga menjual rokok seludup.

Bagaimanapun katanya, badan kerajaan seperti Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan tanggungjawab dengan baik bagi membanteras masalah ini.

Beliau turut menyarankan supaya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung masalah penyeludupan rokok haram yang kini semakin membimbangkan.

Pendapatan negara terjejas hampir RM1.5 bilion setahun menerusi duti eksais rokok tidak berbayar berikutan masalah penyeludupan rokok haram.

"Justeru, kami menggalakkan LKTN meluaskan pelaksanaan bagi membantu mengurangkan rokok seludup dalam negara ini," katanya.

Hubungan kami sudah berakhir - Nabil

Posted: 02 Nov 2010 05:44 PM PDT



"Ya. Saya sahkan hubungan kami selama tiga tahun ini telah berakhir," ungkap Nabil ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Irma Hasmie yang dikatakan berakhir baru-baru ini.

Nabil yang sebelum ini menafikan dakwaan Irma itu, kini akur dengan takdir jodoh mereka.

Bagaimanapun juara Raja Lawak musim kedua itu menafikan wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka. Jelas Nabil, dia telah berbincang bersama Irma untuk meletakkan punca perpisahan mereka sebagai perkara yang terlalu peribadi.

"Saya akur jika sampai di sini sahaja jodoh kami. Tetapi apa yang ingin saya tegaskan hubungan kami berakhir bukan kerana orang ketiga seperti yang didakwa," ujar Nabil ketika dihubungi Sinar Harian.

Bercerita mengenai gambar mesranya yang tersebar di internet bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Zaris Uqasha, Nabil berkata dia mengenali gadis itu selepas hubungannya dengan Irma berakhir.

Nabil juga menafikan kakak kepada pelakon Zaris Nelly itu adalah pramugari yang dikatakan menjadi 'orang ketiga' dalam hubungan mereka.

"Saya baru sahaja mengenali Uqasha selepas putus dengan Irma. Kebetulan perkara ini terjadi dan Uqasha dipersalahkan. Dia sebenarnya tidak terlibat dan semua ini adalah salah faham.

"Saya mengenali dia melalui seorang kawan kerana dia merupakan kawan kepada kawan saya itu. Buat masa ini saya masih lagi single dan belum bersedia untuk mencari pengganti Irma," katanya yang turut mengesahkan hubungannya dengan Irma berakhir sejak awal Oktober lalu.

Nabil menjelaskan, dia tidak pernah mencurangi Irma dan tidak pernah berkawan dengan wanita lain ketika masih bersama Irma.

"Bagi saya apa yang berlaku ini sudah tertulis. Masalah putus cinta, bercinta adalah perkara normal yang biasa berlaku pada sesiapa pun. Hanya kerana saya dikenali, jadi perkara ini jadi sensasi.

"Bayangkan kalau saya pengurus kilang dedak dan bukan orang terkenal, tentu perkara ini tidak digembar-gemburkan," seloroh Nabil yang kini sibuk dengan penggambaran Bujang Terlajak arahan Profesor A Razak Mohaideen.

Tambah Nabil lagi, buat masa ini mereka selesa membuat haluan masing-masing serta memberi ruang antara satu sama lain. Namun dia tidak menolak untuk kembali bersama Irma jika tertulis masih ada jodoh antara mereka.



Cukuplah disini! - Irma

Sementara itu Irma Hasmie yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi sebarang komen dan menganggap kenyataannya di sebuah akhbar sebelum ini sudah terang dan jelas.

Irma mengakui hubungannya dengan Nabil sudah berakhir. "Tiada apa yang mahu saya katakan lagi. Apa yang pasti, semuanya telah berakhir, cukuplah sampai di sini sahaja dan saya tak mahu panjangkan lagi cerita ini. " kata Irma yang sebelum ini juga pernah putus cinta dengan aktor, Farid Kamil.

Mamat Khalid tarik diri bertanding

Posted: 02 Nov 2010 05:44 PM PDT



Pengarah filem terkenal Mamat Khalid menyatakan pendirian akan menarik diri daripada mana-mana pertandingan filem sekiranya ada sikap diskriminasi pihak juri terhadap karya-karya filem tempatan.

Kenyataan itu dibuat apabila pengarah filem Estet ini secara terbuka meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan juri pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang berlangsung baru-baru ini.

Katanya, sikap bunuh industri ini hanya akan memakan diri kerana banyak karya tempatan yang bagus tidak menerima tempat seterusnya menggenggam trofi hanya kerana sikap juri yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

"Golongan ini dipanggil 'wannabe'. Mereka tidak layak untuk pikul tanggungjawab sebagai juri tapi beria-ia mahukannya. Akhirnya tidak tahu nak buat kerja. Ini hanya boleh memecah-belah industri seni perfileman negara sahaja. Jika orang macam ini tidak disingkirkan, anugerah dan trofi hanya dapat kepada sahabat baik golongan ini sahaja.

"Perkara ini sudah lama berlaku, hingga Allahyarham Yasmin Ahamd tidak mahu bertanding dalam mana-mana pertandingan di negara ini. Puncanya kerana sikap orang industri yang tak tahu menilai hasil kerja karyawan kita," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tidak menyangka hal sebegini menjadi kontroversi hebat, Mamat Khalid bagaimanapun tidak mahu perkara ini terus diperbesarkan. Pemegang anugerah Filem Terbaik pada FFM dua tahun lalu menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Mamat Khalid beranggapan tiada ketelusan daripada pihak oleh juri dalam menentukan pemenang FFM tahun ini.

Pun begitu, kenyataan pengarah itu telah disalah ertikan beberapa pihak hingga menganggap pengarah dan penulis skrip ini tidak dapat menerima kekalahan di tangan orang muda.

"Saya tak faham kenapa ada pihak yang cakap begitu kepada saya, sedangkan saya hanya meluahkan rasa tak puas hati terhadap juri. Setidak-tidaknya biarlah anugerah itu jatuh ke tangan yang berhak.

Slash batalkan permohonan

Posted: 02 Nov 2010 05:43 PM PDT

Setelah empat bulan berpisah dengan isterinya, pemain gitar Guns n Roses, Slash memutuskan untuk mengakhiri kemelut rumah tangganya dan membatalkan permohonan bercerai tersebut.

Menurut sumber, Slash membuat pembatalan penceraian di sebuah mahkamah di Los Angeles, kelmarin.

Slash sebelum ini memfailkan penceraian serta menuntut hak penjagaan dua anaknya Perla Ferrar atau London (8 tahun) dan Cash (4 tahun).

Pak Imam dipenjara 8 tahun

Posted: 02 Nov 2010 05:42 PM PDT



ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai imam di Kampung Keda Kemangi, Kupang, Baling, dekat sin:i, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam, atas dua kesalahan memiliki kanabis, dua tahun lalu.

Dalam pertuduhan pertama, Mohamad Ishak, 61, dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ditawarkan pertuduhan pilihan 39A (2) akta sama.

Mohamad dituduh melakukan kesalahan itu pada 18 Mei 2008, kira-kira jam 9.45 malam, di belakang kedai makan di Kampung Bok Bak, Kupang.

Dia didakwa memiliki kanabis seberat 360.5 gram dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Satu lagi pertuduhan yang dihadapinya adalah kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 33.2 gram pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, setelah mempertimbangkan hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, beliau menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun bermula dari tarikh tangkapan bagi pertuduhan pilihan.

"Manakala bagi pertuduhan kedua, penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkapan dan kedua-dua hukuman dijalankan serentak," katanya.

Mohamad, seorang pesara tentera yang kini menjadi peniaga pasar malam diwakili peguam, Ali Munawar Razak manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zakhi Mohd Daud.

Dalam operasi yang dijalankan pada 18 Mei 2008, polis menemui satu bungkusan plastik hitam yang sedang dipegang Mohamad, mengandungi satu ketulan kanabis dengan sebahagian daripadanya dibalut dengan satu lapisan kertas timah dan dibungkus dalam satu paket plastik.

Turut ditemui di dalam plastik hitam itu, satu lagi ketulan kanabis yang sebahagiannya dibalut dengan satu lapisan kertas timah, menjadikan keseluruhan kanabis yang ditemui itu seberat 360.50 gram.

Hasil pemeriksaan, polis menemui 14 paket kecil, keseluruhannya seberat 33.2 gram, di dalam beg warna merah yang sedang disandang Mohamad.

Hukuman gantung dikekalkan

Posted: 02 Nov 2010 05:40 PM PDT


GAMBAR fail menunjukkan Mohamed Ya'cob dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Along Spoon pada 26 Disember 1999.


PUTRAJAYA - Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.



Lebih 20,000 mangsa banjir dipindahkan

Posted: 02 Nov 2010 05:38 PM PDT


BEBERAPA penduduk mengusung warga emas, Koo Weng Lim, 60, yang lumpuh diKampung Kota Giam, Jitra semalam.


ALOR SETAR – Keadaan banjir di Utara dan Pantai Timur Semenanjung bertambah buruk apabila lebih 20,000 penduduk terpaksa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir semalam.

Di Kedah, seramai 15,432 penduduk daripada 4,251 keluarga di empat daerah di negeri tersebut dipindahkan ke 79 pusat pemindahan berbanding 2,000 penduduk kelmarin.

Paras air Sungai Kuala Nerang mencatat peningkatan 21.05 meter (m) berbanding kelmarin 19.81m melepasi paras bahaya 17.07m dan Sungai Padang Terap mencatat paras air 15.29m melepasi paras bahaya 13.02m.

Sementara itu, di Perlis, jumlah mangsa banjir meningkat dua kali ganda apabila 4,600 penduduk dipindahkan semalam berbanding 1,600 penduduk kelmarin.

Banjir yang sebelum ini melanda Padang Besar dan Arau kelmarin memasuki beberapa kawasan di sekitar Kangar apabila beberapa bangunan awam dan jalan di Kangar termasuk Hospital Tuanku Fauziah (HTF) ditenggelami air.

Anak Sosilawati saman RM60 juta

Posted: 02 Nov 2010 05:37 PM PDT


SOSILAWATI (tengah) bersama enam anaknya. Depan dari kiri, Erni Rineelawati, Erni Dekritawati Yuliana; belakang dari kiri, Erwan Suwari Rizuwan, Siti Nur Fatimah, Erni Erinawati Sofia dan Md. Erwan Nasri.


SHAH ALAM – Enam anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memfailkan tuntutan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan lima individu lain kerana didakwa membunuh dan melupuskan mayat ibu mereka akhir Ogos lalu.

Enam anaknya terdiri daripada Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md. Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.45 pagi semalam.

Bagaimanapun, kesemua anak Sosilawati tidak hadir di mahkamah.

Selain Pathmanabhan, mereka juga menamakan K. Kathavarayan, R. Mathan, T. Thilailayagan, J. Sarawanan dan U. Suresh, kesemuanya pekerja ladang milik Pathmanabhan, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, kesemua anak Sosilawati antara lain mendakwa kematian ibu mereka pada usia 47 tahun telah menyebabkan mereka trauma dan mengalami penderitaan yang berterusan.

Harga RON 95 kekal tahun ini

Posted: 02 Nov 2010 05:35 PM PDT


PENGGUNA diberi jaminan harga RON 95 tidak akan naik tahun ini kerana ia dikawal menerusi subsidi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan

Posted: 02 Nov 2010 05:34 PM PDT

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya.

'Datuk Kabi' ditahan polis lagi

Posted: 02 Nov 2010 05:33 PM PDT


GAMBAR fail menunjukkan anggota polis menahan 'Datuk Kabi' kerana sering menggunakan cek palsu ketika membuat urusan pembelian hartanah.


KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap seorang lelaki bergelar 'Datuk Kabi' bagi membantu siasatan berhubung kes-kes penipuan cek mencecah jutaan ringgit dalam urusan pembelian hartanah di beberapa buah negeri di negara ini berakhir apabila dia ditahan kelmarin.

Suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada tengah hari berdekatan kawasan rumahnya di Sri Hartamas di sini.

Ketika ditahan, lelaki terbabit bersendirian di premis itu. Polis bagaimanapun tidak membuat sebarang rampasan.

Jurucakap polis berkata, pihaknya melakukan intipan selama sebulan terhadap suspek sebelum menahannya.

Suspek pernah menjadi buruan polis pada 2008 dan ditahan pada 17 Disember tahun yang sama selepas dia tampil menyerah diri di ibu pejabat JSJK Bukit Aman.

Suspek sebelum ini dipercayai terlibat dalam lebih 25 kes penipuan di ibu negara, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah membabitkan pembelian hartanah serta barangan lain menggunakan cek tendang.

Harga Civic Hybrid turun sebanyak RM21,000

Posted: 02 Nov 2010 05:33 PM PDT


MODEL hibrid Insight Honda Civic.


KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan bahawa harga Civic Hybrid kini turun sebanyak RM21,000 daripada harga semasa.

Semakan harga ini dibuat sejajar dengan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh insentif cukai bagi kenderaan hibrid hingga 31 Disember 2011.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie berkata, melalui pindaan harga ini, para pelanggan kini boleh membeli Civic Hybrid pada harga atas jalan RM108,980 di Semenanjung Malaysia dan RM109,980 di Malaysia Timur.

"Sebagai perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada pasaran Malaysia, kami gembira dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan pengecualian penuh duti import dan duti eksais seperti yang diumumkan dalam Bajet 2011 baru-baru ini," katanya.

Tambah beliau, pengecualian ini sesungguhnya tepat pada masanya kerana Honda sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah barisan kenderaan hibridnya di Malaysia.

Kerani tapak naik gaji sekali ganda

Posted: 02 Nov 2010 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan gaji kerani tapak di tapak-tapak pembinaan sehingga 112 peratus mengikut kelayakan dan pengalaman kerja masing-masing.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, ini berikutan gaji semasa yang diterima pekerja berkenaan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.

"Kerani tapak ini, merekalah mata dan telinga bagi jurutera atau pengarah projek (di tapak pembinaan). Pengarah projek mungkin akan turun dua hari sekali... tapi kerani tapak 24 jam ada di situ,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketiga Pembinaan Malaysia 2010 di sini semalam.

Dalam penyelarasan tersebut, julat kenaikan gaji bagi kakitangan iktisas sementara adalah tiga hingga 71 peratus manakala kakitangan separa iktisas dan sokongan dengan atau tanpa diploma pula menikmati kenaikan antara 94 dan 112 peratus mengikut pengalaman bekerja.

Kalau ikutkan hati, mati - Syamsul

Posted: 02 Nov 2010 05:28 PM PDT




MEMANJAT kesyukuran terhadap Illahi dengan kemenangannya pada Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof mengadakan majlis bagi tujuan itu baru-baru ini di kediamannya.

Pelakon dan pengarah muda yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor Malaysia, Datuk Yusof Haslam itu telah memenangi kategori Pengarah Terbaik FFM23.

Namun, di sebalik kegembiraan dan senyuman yang dapat dilihat umum, terselit juga kesedihan dan kekesalan dalam diri anak muda berusia 26 tahun ini tentang apa yang telah berlaku selepas menjulang anugerah berprestij itu.

Ini kerana banyak pihak tampil tidak berpuas hati dengan kemenangannya itu.

Tidak perlulah disebut siapakah gerangannya 'banyak pihak' tersebut dan apa kata-kata tidak puas hati yang dihamburkan mereka, kerana kelak ia membuat luka yang sudah parah bertambah parah, tetapi cukup kalau dikatakan hati Syamsul juga luka parah impak hal tersebut.

Cuma Syamsul paling terasa apabila pelakon Farid Kamil mengeluarkan kenyataan media mengulas mengenai dirinya yang kalah dalam pencalonan Pengarah Terbaik FFM23.

Sebenarnya, sama seperti Syamsul yang baru bergelar pengarah menerusi sebuah filem iaitu KL Drift 2 dan terus tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik FFM23, Farid juga baru bergelar pengarah menerusi hanya sebuah filem arahannya iaitu V3: Samseng Jalanan dan sama seperti dia juga turut tercalon dalam kategori itu bersama Syamsul dan tiga calon lain termasuk Jason Chong untuk filem Belukar, Mamat Khalid (Estet) dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Adfnan Sempit).

Cuma perbezaannya Syamsul menang dan Farid kalah!

Apa yang menarik, Syamsul dan Farid merupakan rakan baik, malah mereka bergandingan dalam Evolusi KL Drift 2, yang mana Farid turut berlakon salah satu watak penting dalam filem itu.

Kini, hubungan Syamsul dan Farid dikatakan dingin kesan kemenangan Syamsul pada FFM23.

Mengapa? Ikuti temu bual Syamsul dengan Kosmo! di kediaman keluarganya di Darul Haslam, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, Isnin lepas.

Kosmo!: Bagaimana hubungan Syamsul dengan Farid Kamil selepas FFM23?

SYAMSUL: Pada saya, dia sama seperti saya - seorang pengarah muda. Walaupun (baru mengarah) satu filem, namanya sudah tercalon di dalam kategori pengarah terbaik, untuk lima tempat teratas (Top 5). Saya rasa dia juga harus berbangga dan saya juga tumpang berbangga dengan pencapaiannya.


BERSYUKUR. Syamsul mengadakan majlis kesyukuran sempena kejayaan yang diraihnya pada Festival Filem Malaysia ke-23 di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Selangor Isnin lepas.


Bagaimana pula dengan Azhari Zain (pengarah filem Mantra)? Kalau nak dibandingkan dengan Farid dan Azhari, banyak filem yang telah dibuat seperti Santau, Mantra dan sebagainya. Ia jelas kelihatan pencapaiannya dan kalau nak diikutkan, Azhari Zain lebih berhak berada di tempat Farid Kamil.

Tetapi adakah Azhari mempertikaikannya (apabila dia langsung tidak tersenarai dalam calon Top 5 Pengarah Terbaik)?

Sebagai profesional, Azhari tidak berbuat demikian kerana mungkin dia juga menganggap ini semua rezeki masing-masing.

Jadi, dengan kemenangan saya, Farid mengeluarkan kata-kata (kenyataan media) seperti "Saya tidak kisah kalau tidak menang, tetapi sahabat saya Bront menang". Jadi, saya pun terfikir, siapa saya? Adakah saya ini bukan sahabatnya juga?

Ini kerana saya mengenali Farid Kamil sejak filem pertama saya (Evolusi KL Drift). Kami berkawan sejak saya masih berkawan dengan (aktres) Diana Danielle lagi tetapi dia (boleh) berkata begitu.

Sebagai kawan saya berasa sedih dan sekarang baru saya tahu siapa sahabat sebenar dan sebaliknya.

Dengan kemenangan saya, saya harapkan ia menjadi inspirasi kepada dia sebagai pengarah muda, dan tidak perlu pertikaikan kemenangan saya itu.

Saya pun ada berkata, kemenangan ini adalah sebagai inspirasi kepada pengarah-pengarah muda terutamanya Farid Kamil, Pierre Andre dan semuanya yang mana walaupun kita masih muda, kita mampu membuat yang terbaik, insya-Allah.

Anda seolah-olah seperti kasihankan Farid pula. Boleh komen?

Jika difikir semula, untuk apa mahu bergaduh? Macam-macam saya boleh cakap, tetapi seperti kalau ikutkan hati, mati. Kalau kita marah, kadangkala, kita buat perkara yang di luar pemikiran. Kadang-kadang apa yang kita cakap juga harus berlapik. Itu sahaja yang mampu saya cakap.


SYAMSUL terkilan dengan kenyataan media yang dibuat oleh Farid ketika mengulas mengenai calon-calon yang menang pada Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini.


Apa jalan penyelesaian yang Syamsul akan buat selepas ini?

Jangan kerana satu anugerah ini kita bermusuhan. Kita perlu terima kenyataan. Mungkin tahun ini bukan rezeki kita, mungkin bukan rezeki dia, rezeki saya. Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti "Selepas ini saya perlu belajar daripada anak Datuk Yusof Haslam macam mana hendak mengarah".

Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegitu? Bagi saya kalau suatu hari nanti bila saya dah (berusia) 40 atau 50 tahun, mana tahu jika saya masih lagi membuat filem, tiba-tiba ada pemuda berumur 25 tahun, hasil arahannya bagus dan dia terpilih sebagai pemenang pengarah terbaik, takkan saya nak persoalkan.

Sepatutnya bukan salahkan orang lain apabila tak menang, tetapi kaji semula kenapa tak dapat anugerah ini. Tetapi ia berbalik kepada rezeki juga, saya pun tidak mengatakan yang filem yang laku di pawagam bagus dan filem yang tak laku tidak bagus. Tidak semestinya kerana perkara ini terlalu subjektif. Kita tidak boleh nak paksa orang.

Selepas menang anugerah Pengarah Terbaik FFM23, adakah ia akan memberi tekanan kepada Syamsul pada masa akan datang?

Tidak sama sekali. Sekiranya saya tidak memenangi anugerah ini pun saya akan tingkatkan, perbaiki kelemahan-kelemahan yang saya ada dari segi penceritaan, lakonan dan sebagai seorang pengarah.

Namun dengan kemenangan ini, bertambah membakar semangat saya untuk buat sesuatu yang berlainan. Alhamdulillah selepas kemenangan ini, orang akan dapat saksikan filem seram pertama saya berjudul Khurafat yang dilakonkan oleh saya sendiri dan Liyana Jasmay.


PERSAHABATAN antara Syamsul dan Farid tergugat gara-gara sebuah trofi.


Itu adalah permulaan lain dalam sentuhan saya kerana sebelum ini orang dapat tonton filem-filem saya yang mempunyai mesej secara terus.

Namun menerusi Khurafat, ia secara keseluruhannya berlainan. Ada unsur-unsur Islamik saya cuba masukkan dan alhamdulillah, maklum balas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) juga bagus.

Filem Khurafat akan ditayangkan pada 13 Januari tahun depan yang merupakan filem tempatan pembukaan 2011. Tahun hadapan pun paling kurang saya akan buat tiga filem dan kalau boleh empat filem. Hendak beritahu pun masih terlalu awal, tetapi ada banyak genre seperti seram, aksi dan komedi.

Agaknya siapa yang mulakan dulu selar-menyelar ini. Betul ke ada ke unsur serang-menyerang peribadi masing-masing?

Yang paling terasa ialah soal menang kalah, soal juri jadi satu hal. Tetapi cakap perlulah berlapik, janganlah sampai merendahkan hasil karya orang lain. Bagi saya tak patut berlaku demikian. Tetapi apa pun saya hanya reda sahaja.