Adsense

Khamis, 7 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ainan tak berharap

Posted: 06 Feb 2013 03:11 PM PST

Penyanyi 150 Juta anggap diri kerdil berbanding calon Artis Baru Wanita Popular lain

Ainan Tasneem Redzuan, 21, lebih suka berpijak di bumi nyata apabila mengulas pencalonannya ke peringkat akhir kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012. Baginya, untuk menggenggam trofi idaman ramai itu tentunya umpama mimpi yang bukan mudah menjadi nyata.

Bakat baru yang juga penuntut jurusan Kejuruteraan Bio Proses di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini menganggap dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan empat calon akhir lain iaitu Wawa Zainal, Naz Zainal, Hanez Suraya dan Emma Maembong.
Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan berjaya membolosi senarai Top 5," Ainan Tasneem, Penyanyi

"Berbanding saya, semua finalis lain ialah pelakon yang sering muncul di kaca televisyen. Tentunya mereka mempunyai kelebihan serta lebih diingati peminat," kata Ainan ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada Pusat Jagaan Ulul Albab, Taman Nusari Bayu, Badar Seri Sendayan, Negeri Sembilan.

Program Suara Komuniti yang dijayakan BH dan Rich Energy Trading itu turut dihadiri Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid dan calon Top 5 ABPBH 2012 iaitu DJ Lin, Jihan Raja Lawak dan Enot.

Bagaimanapun, anak perempuan tunggal daripada empat bersaudara ini tidak mahu hanya menyerahkan nasib kepada takdir. Sebaliknya gerak gempur bersama peminat yang dikenali sebagai Fan Of Ainan Tasneem kini giat dilakukan.

"Kami baru saja bertemu minggu lalu. Insya-Allah, ahli kelab akan bekerja keras dan mereka juga akan berkempen habis-habisan untuk ABPBH. Sejujurnya baru setahun memahat nama sebagai penyanyi, saya sangat terkejut apabila dimaklumkan berjaya membolosi senarai Top 5," kata Ainan yang kini menghabiskan cuti semester selama sebulan.
Cuti tetapi sibuk bekerja

Biarpun bercuti, gadis yang dilahirkan di Kajang, Selangor, ini tidak dapat menikmati percutian seperti rakan lain. Hanya pada musim cuti penyanyi lagu Aku Suka Dia ini dapat melangsaikan urusan promosi yang tertangguh. Lokasi universiti yang jauh di utara menyukarkan Ainan untuk kerap berulang-alik ke ibu kota.

Kesibukan jadual promosi dan memenuhi undangan nyanyian turut memaksa dirinya terpaksa melupakan hasrat bersantai bersama keluarga.

"Sepanjang bercuti, boleh dikatakan dalam seminggu hanya sehari saya tidak bekerja. Mujurlah pada waktu malam tidak banyak aktiviti berlangsung, jadi dapatlah saya meluangkan masa dengan keluarga. Biasanya kami gemar keluar menonton wayang bersama-sama.

"Begitu pun saya tetap bersyukur mengenangkan kampus berada di utara tanah air. Jadi, dapatlah saya menumpukan perhatian pada pelajaran. Kalau saya belajar di ibu kota, mungkin pengajian akan terganggu sedikit. Apa pun, saya perlu bijak membahagikan waktu antara pelajaran dan nyanyian.

"Ketika semester berlangsung, saya ada juga menerima tawaran menyanyi. Cuma saya akan pastikan undangan itu hanya di sekitar utara. Malah banyak juga tawaran dari universiti lain diterima," katanya yang berjanji untuk cuba mencuri sedikit waktu bagi menjayakan siri jelajah ABPBH kelak.

Sedia hadapi gosip

Mengenai gosip yang mula mengikut jejaknya sejak terjun ke dunia glamor, penyanyi ini mengaku dia sudah bersedia sejak awal. Dia cukup sedar, menjadi artis tidak akan terlepas daripada cerita panas.

Selain khabar angin mengatakan dirinya menciplak lagu 150 Juta, dia juga pernah digosip keluar bersama teman lelaki hingga lewat malam. Ainan sendiri sudah beberapa kali menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkara berkenaan.

"Pada mulanya saya tidak berapa selesa dengan gosip itu, tetapi saya mengambil sikap tidak mahu memikirkan sangat cerita sedemikian. Lagipun saya sudah bersedia dengan semua ini. Sewaktu hendak melangkah dalam bidang seni, ada artis senior yang awal-awal sudah mengingatkan saya mengenai perkara begini.

"Mujurlah keluarga juga memahami dan mereka banyak menyokong saya serta meminta supaya banyak bersabar," katanya.

AJL27 dalam CD, VCD

Posted: 06 Feb 2013 02:50 PM PST

Kejayaan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang melakar sejarah sendiri apabila meraih enam juta penonton ketika disiarkan pada 6 Januari lalu, mendorong TV3 menghasilkan album khas merakamkan detik istimewa itu.

Diterbitkan dalam bentuk cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD), album yang memuatkan 12 dendangan terhebat sepanjang 2012 dijangka dipasarkan, minggu ini.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, AJL27 mencipta fenomena tersendiri malah ramai peminat mahu TV3 menyiarkan semula acara berprestij itu.

"Kompilasi persembahan ini boleh dijadikan koleksi istimewa. Ia menjadi tanda terima kasih kami kepada penonton serta semua pihak yang merealisasikan malam kemuncak AJL27.

"Bagi kami, koleksi ini wajar dijadikan album fizikal yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Malah kualiti vokal dan mutu bunyi di tahap tinggi membuatkan kerja suntingan tidak banyak dilakukan," katanya selepas majlis penyerahan cek kepada pemenang AJL27 dan pelancaran album di Sri Pentas, baru-baru ini.

Pemenang dapat habuan

Album yang mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan, dijual pada harga RM29.90. Peminat juga boleh mendapatkannya secara muat turun digital.
Pada majlis sama, Aizat yang menggantikan komposer dan penyanyi asal lagu Terukir Di Bintang, Yuna pada malam kemuncak, naik ke pentas mewakili Yuna menerima cek RM35,000 di atas kemenangan sebagai Juara Lagu.

Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok manakala lirik oleh Azlan & The Typewriter yang membolehkan mereka meraih RM15,00. Manakala tempat ketiga, Ku Akui ciptaan Ajai nyanyian Hafiz menerima RM12,000.

Penyanyi, Hafiz yang mencipta rekod memenangi trofi Vokal Terbaik bagi kali ketiga berturut-turut menerima trofi serta wang tunai RM10,000.

Penyanyi, Black dan teman gandingannya, RJ pula berkongsi kemenangan menerusi Persembahan Terbaik menerusi lagu Teman Pengganti dengan RM10,000.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Shila Amzah Macam Budak-Budak – Sharnaaz Ahmad

Posted: 06 Feb 2013 11:31 AM PST

Posted: 7 February 2013 at 3:31 am  

shila-amzah-dan-sharnaaz-ahmad

Gara-gara tindakan Shila Amzah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan kontroversi yang melanda Bapa dan kekasihnya itu telah menyebabkan Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan Shila Amzah.. Bagi Sharnaaz Ahmad tindakan Shila Amzah itu tidak telus dan kebudak-budakan.. Jelasnya, Shila Amzah sepatutnya bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum…

"Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak. Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan)."

Dalam surat terbuka Shila Amzah sebelum ini, Shila ada menjelaskan yang dia begitu menyayangi ibu bapanya dan sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.. Namun, Sharnaaz Ahmad mempunyai pendapat tersendiri apabila bapa Shila terlalu menjaganya dalam pelbagai aspek..

"Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya," luahnya dalam nada kesal.

Sumber: Mstar

Email Shila Amzah Mengenai Kontroversi ND Lala Dan Sharnaaz

Posted: 06 Feb 2013 10:57 AM PST

Posted: 7 February 2013 at 2:57 am  

shila amzah dan nd lala

Setelah ND Lala dan Sharnaaz Ahmad berbalas kenyataan di Media, kini giliran Shila Amzah pula menjelaskan apa yang telah berlaku setelah lama Shila Amzah mendiamkan diri.. Melalui email yang dihantarkan kepada media, Shila Amzah nyata memahami keadaan bapanya yang begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek dan Dalam pada masa yang sama, Shila Amzah juga memohon maaf kepada Sharnazz dan keluarganya dengan apa yang telah berlaku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada' dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan'lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan'lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.