Adsense

Sabtu, 25 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Ustaz Don & Husna Bersanding

Posted: 25 Aug 2012 08:01 PM PDT

Gambar Ustaz Don & Husna Bersanding. Gambar Majlis Persandingan Resepsi Ustaz Don & Husna

Semalam, 25 Ogos 2012, Agama, Ustaz Don telah melangsungkan Majlis Persandingan Resepsi di .

Kredit Foto Majlis & Husna: https://www.facebook.com/ArtmospherePhotography

Artikel tentang pernikahan Ustaz Don telah disiarkan di Sinar Harian. Sila baca:

PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.

pengantin perempuan diadakan di rumahnya hari ini sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Hampir 2,500 tetamu dijangka hadir memeriahkan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan. Don yang ditemui Sinar Harian mengakui alam perkahwinan yang dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja," katanya.

Tidak sangka bermenantu pendakwah terkenal

Sementara itu bapa mertuanya, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak menyangka anaknya itu akan berkahwin dengan Ustaz Don, seorang pendakwah terkenal.

"Walaupun Husna masih belum menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan, namun ahli keluarga saya sudah merestui kerana faham perubatan sememangnya bidang yang memerlukan tempoh yang lama. Pada Oktober ini Husna akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian tahun akhir," katanya.

Bagi adik bongsu Ustaz Don, Don Asyraf, 24, hanya tersenyum manis ketika diajukan soalan tentang perkahwinan abangnya.

Katanya ringkas, dia berbangga kerana akhirnya ada wanita yang berjaya mendampingi abang sulungnya itu.

Sementara itu, salah seorang rakan terdekat kepada keluarga mertua Ustaz Don memberitahu dia sendiri tidak menyangka rakan rapatnya itu akan bermenantukan Ustaz Don.

Bersempena majlis bersejarah itu juga, kedai kek terkemuka dari Pulau Pinang, Melting Bites mencipta khas figurin wajah Ustaz Don bersama isterinya, Husna Zahry.

Pemilik Melting Bites, Khairul Mimi Mohd Kamil berkata, walaupun sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan kek, cabaran untuk membentuk wajah Ustaz Don agak sukar.

Menurutnya, ia termasuk membentuk serban menggunakan 'fondant'.

"Biasanya figurin yang saya buat wajahnya bulat-bulat, tetapi berbeza dengan Ustaz Don kerana wajahnya agak panjang dan saya perlu tiruskan figurin berkenaan. Menariknya lagi bentuk figurin ini sama seperti wajah Ustaz Don dan isterinya, Husna berpakaian ala-ala Timur Tengah," katanya.

Idea untuk membuat kek tiga tingkat tersebut datang sendiri daripada isteri Ustaz Don.

Kek yang turut dihiasi dengan bunga-bungaan segar berkenaan mempunyai perasa coklat lembap dan juga 'butter cream'.

Melting Bites yang sebelum ini pernah menghasilkan kek perkahwinan buat selebriti popular Farah AF juga memaklumkan tema kek perkahwinan Ustaz Don berwarna ungu lembut dan merah jambu.

Sementara jurugambar rasmi perkahwinan penceramah popular ini, Artmosphere Photography menganggap detik perkahwinan Ustaz Don begitu mudah dan tenang.

Pemilik dan jurugambarnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff berkata, dia dan rakannya, Nadia Zahari Photography begitu seronok merakamkan detik manis penceramah popular berkenaan.

"Berbeza ketika majlis perkahwinan seorang pelakon popular yang mana lebih ramai jurugambar yang datang dan kami terpaksa berasak dengan media yang begitu ramai walaupun menjadi jurugambar perkahwinannya. Ketika majlis akad nikah Ustaz Don, yang ada hanyalah rakan-rakannya dan juga sanak-saudara, memang kerja mudah," katanya.

Artmosphere Photography bersama dengan Nadia adalah jurugambar rasmi bagi majlis akad nikah dan juga majlis resepsi bagi pengantin perempuan di Balik Pulau.

Tema 'Garden Fairytale' pilihan keluarga pengantin perempuan

Bertemakan 'Garden Fairytale', Pengarah Kreatif The House of Red Gincu, Surianie Samsudin berkata, warna-warna lembut menjadi pilihan pengubahsuaian bilik pengantin dan juga pelamin.

Menurutnya, antara warna lain ialah ungu lembut dan merah jambu.

"Kami bertanggungjawab untuk mengubah pelamin bersanding dan juga pelamin untuk akad nikah, antara lain yang turut disediakan kami ialah gubahan meja makan tetamu kehormat, henna, serta tidak ketinggalan ialah bunga tangan semasa bersanding. Sementara bagi busana akad nikah, Ustaz Don dan Husna mengenakan pakaian mereka sendiri," katanya.

Mempunyai butik di Air Itam, Surianie berkata, dia seronok berurusan dengan keluarga mertua Ustaz Don.

"Ini pertama kali saya berurusan dengan keluarga selebriti dan bagi saya ia adalah pengalaman yang manis," katanya.

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, mengakui alam perkahwinan yang baru dilaluinya itu ibarat melengkapkan imannya.

"Malah perkahwinan juga ibarat pembuka kepada mata hati dan seterusnya dapat memantapkan iman termasuklah keenam-enam rukunnya," katanya yang berseri-seri ketika ditanya wartawan mengenai perkahwinannya bersama isteri tersayang, Husna Mohd Zahry, 24.

Beliau yang lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok ditemui Sinar Harian ketika majlis resepsi di sebelah rumah pengantin perempuan yang terletak di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang.

Husna yang manis mengenakan baju kurung moden berwarna putih krim mengucapkan tanda syukur atas jodoh pertemuannya dengan penceramah agama itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya kami dinikahkan dan telah bergelar suami isteri," katanya.

Don yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Don mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.

Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung tahun akhir pengajian perubatannya di sana.
Ustaz Don berkata, dia masih belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya berjauhan nanti.

"Mungkin saya akan ke sana ataupun tidak itu masih belum dirancang, semuanya atas ketentuan Allah, insya-Allah," katanya.

Hampir 30 ahli keluarga turut mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan semalam.

Dalam pada itu, bapa Husna, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, majlis kenduri diadakan di rumahnya bagi membolehkan kenalannya termasuk penduduk Balik Pulau beramah mesra dengan Ustaz Don.

"Saya amat seronok kerana dalam majlis kenduri ini peminat Ustaz Don sendiri boleh mengenali dia dengan lebih dekat," katanya.

Ketika ditanya sama ada mengetahui percintaan Husna dan juga Ustaz Don, Mohd Zahry mengakui perkenalan antara anak dan menantunya itu ketika berada di Mesir.

"Ini kisah orang muda, mereka telah bertunang pada tahun lalu dan sebelum itu mereka ada mengenali hati budi satu sama lain dalam tempoh dua hingga satu tahun.

"Walau apa pun saya mahu hubungan ini sentiasa diredhai Allah dan memohon supaya anda dapat mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan," katanya.

Hampir 2,500 tetamu menghadiri majlis kenduri di Balik Pulau semalam, dan dijangka majlis resepsi Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.

Trivia Ustaz Don
Nama penuh : Don Daniyal DonBiyajid
Umur : 28 tahun
Asal : Gelugor, Pulau Pinang
Kerjaya : Tenaga pengajar Kolej Universiti Islam Selangor
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh Bukit Minyak
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Maahad Tahfiz Pulau Pinang
Maahad Tahfiz Qiraat Shoubro Mesir
Adik beradik : 4 orang (anak kedua)

Husna
Nama penuh : Husna Mohd Zahry
Umur : 24 tahun
Asal : Balik Pulau, Pulau Pinang
Pendidikan : Pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan Universiti Cairo, Mesir
Adik beradik : 9 orang (anak keempat)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Replika Konfusius, Sindiran bagi Masyarakat di China

Posted: 25 Aug 2012 09:15 PM PDT


Konfusius merupakan susukk filsuf yang hidup pada abad ke 5 SM di China. Ia merupakan seorang
 pemikir yang kini filosofinya dipercaya oleh banyak orang China sebagai Ajaran atau Kepercayaan 
Konfusius.

Seorang seniman bernama Zhang Huan membuat replika kepala dan bahu raksasa Konfusius 
sebagai ungkapan sindiran kepada kaum muda dan pemerintah China. China saat ini tengah maju
 sebagai salah satu negara dengan ekonomi terkuat. Perekonomian China dikabarkan dalam 
beberapa tahun ke depan akan terus tumbuh dan menggantikan Amerika sebagai negara maju.
 Namun  rupanya kemajuan di bidang ekonomi ini tak diimbangi dengan sisi religius masyarakat 
China yang tergerus oleh kemajuan zaman.

Zhang Huan membuat patung Konfusius dengan harapan masyarakat China kembali bisa mengingat
 ajaran yang telah dipegang oleh nenek moyang mereka. Sehingga kemajuan di bidang jasmani boleh
 diimbangi dengan kemajuan spiritual.





 

Celine Dion dan Nicole Kidman Tampil Topless di Majalah

Posted: 25 Aug 2012 09:00 PM PDT


Celine Dion dan Nicole 
Walau sudah tidak muda lagi, namun Celine Dion dan Nicole Kidman masih sangat suka dengan bentuk tubuh mereka. Setidaknya hal itu ditunjukkan saat tampil di majalah V Magazine edisi September.

Artis dan penyanyi senior ini tidak segan-segan berpose seksi dan topless untuk majalah itu. Makanya ketika muncul, foto-foto mereka  publik terkejut.

Bagi Celine sendiri, penyanyi berusia 44 tahun ini sebelumnya dikenal sebagai susuk yang elegan dan jarang tampil seronok untuk sebuah majalah. Namun entah mengapa, kali ini penyanyi yang mempopulerkan soundtrack film Titanic 'My Heart Will Go On' itu mengizinkan fotografer Sebastian Faena melakukan sesi pemotretan seksi di kediamannya di Florida. Dalam satu adegan, Celine berpose dengan menutupi dadanya dengan lengan yang mengenakan sarung tangan panjang.

"Saya sedikit takut kerana ini merupakan hal yang sangat berbeda, tapi saya lega boleh melakukannya," ujarnya saat berkomentar mengenai foto-fotonya.

Berenang Pakai Lensa Kontak, Gadis Ini Mendadak Buta !

Posted: 25 Aug 2012 08:45 PM PDT


Sebagai pemakai contact lense, Jennie Hurst (28) asal Southampton, Inggris, menyedari pentingnya kebersihan lensanya demi mencegah infeksi pada mata. Dalam kesehariannya, Jennie selalu melepas lensanya menjelang tidur dan memastikan diri melakukannya dengan tangan yang bersih.

Selain melepas setiap malam, Jennie rajin mengganti lensa setiap dua minggu sekali. Ia membersihkan lensa kontak dengan larutan pembersih. Tak seperti teman-temannya yang membersihkan lensa dengan air di bawah keran atau membasahi dengan air liur.

Ironisnya, kini mata kiri Jennie buta kerana infeksi yang serius. Penyebabnya, pada musim panas lalu ia berenang sembari masih mengenakan lensa kontaknya. Jennie memang kurang tahu risiko berenang dengan tetap berlensa kontak.

Malangnya, Jennie mengaku, dia sebenarnya tidak suka berenang. Kala itu di sebuah kolam renang hotel, ia hanya berenang beberapa putaran. Wanita yang telah mengenakan lensa kontak selama lima tahun ini berfikiran simpel. Dia tetap mengenakan lensanya kerana tak mahu air masuk ke dalam matanya. Ia justru tidak tahu bahaya mengintainya.

Di dalam air terdapat acanthamoeba keratitis yang berasal dari amuba. Parasit ini tumbuh subur dan berisiko tinggi bagi pemakai lensa kontak jika mereka membersihkan lensa di air , atau berenang dan mandi dengan masih memakai lensa kontak. Ketika air mengenai mata, parasit ini akan terjebak antara lensa dan mata. Sangat besar kemungkinannya parasit bersembunyi di bola mata dan menyebabkan infeksi.

"Aku tidak tahu bahaya berenang dengan masih pakai lensa. Aku ingat ada air di mataku, tapi tidak berpikir jauh. Tiga hari kemudian, mata kiriku sensitif terhadap cahaya dan iritasi. Hari berikutnya rasa sakit terasa dan aku ke rumah sakit," ujar Jennie.

Di rumah sakit, Jennie dirujuk ke rumah sakit spesialis mata di Southampton. Untuk sementara ia diberi obat tetes mata dan diminta kembali seminggu kemudian. Sayangnya, seminggu berlalu tanpa ada perubahan. Jennie ditanya kegiatannya sebelum mendapati matanya iritasi. Kemungkinan berenang dengan memakai lensa kontak adalah penjelasan paling bisa diterima. Ia pun menjalani operasi pertamanya.

"Aku menghabiskan sebagian besar waktu di ruangan gelap. Kemudian, aku harus tinggal bersama orang tua karena tidak bisa berbuat apa-apa sendiri. Cahaya yang datang membuat mataku semakin sakit. Visi benda juga kabur karena mataku berair," ceritanya.

Ahli mata mengatakan, Jennie adalah salah satu dari banyak orang muda yang menderita infeksi mata karena kurang pengetahuan soal pemakaian lensa kontak. Meskipun jarang terjadi, acanthamoeba keratitis bisa mengancam kesehatan mata. Organisme ini memakan korena dan menutup penglihatan, kata Parwez Hossain, dokter mata di Rumah Sakit Mata Southampton yang merawat Jennie.

Amuba ini dapat menembus bola mata, serta menyebabkan seseorang kehilangan penglihatan menyeluruh dalam beberapa minggu. Saat amuba ini menyerang sangat menyakitkan pasien karena serangannya langsung ke saraf kornea dan pengobatannya sendiri sangat menyakitkan.

Selain kes Jennie, Hossain melihat kesadaran para pemakai lensa kontak masih rendah. Pemakaian lensa diminta selalu menjaga kebersihan tangannya agar tidak berisiko untuk mata. Tangan harus dicuci dahulu dengan sabun dan air mengalir untuk menyingkirkan bakkteri, lalu dikeringkan dengan handuk basah. Lensa tidak bisa dicuci di bawah air keran serta harus rajin diganti setiap bulan.

Tunggu Ciuman Sejati, 'Puteri Tidur' di Pameran Ini Benar-benar Boleh Dinikahi

Posted: 25 Aug 2012 08:30 PM PDT


Dinamai 'Sleeping Beauty', sebuah pameran seni kontroversi di National Art Museum, Ukraine, memiliki puteri tidur yang benar-benar nyata dan menunggu untuk dibangunkan oleh sebuah ciuman cinta sejati.

Sama seperti dongengnya yang tersohor, pameran ini memperbolehkan pengunjung laki-laki mencium sang puteri agar bangun dari tidurnya. Dan yang menarik, jika sang wanita yang dicium membuka matanya, maka keduanya harus menikah.

Pameran unik ini diadakan oleh seorang seniman kelahiran Ukraine Taras Polataiko. Di sini Setiap pengunjung diharuskan menandatangani kontrak yang meminta kesediaan mereka untuk menikah jika wanita diciumnya membuka mata. Begitu pula dengan sang model yang hanya tidur selama pameran, mereka juga menandatangani kontrak yang sama.

Menurut harian Telegraph, yang diperbolehkan tanda tangan harus berusia diatas 18 tahun, belum menikah dan bersedia dengan tulus untuk menikah. Dengan kata lain, pameran ini boleh dijadikan acara untuk mencari pasangan sejati.

"Sisi menegangkan dari seni ini adalah godaan dan ketakutan saat momen penting," tulis pernyataan yang menggambarkan pameran ini. "Pengunjung akan berfikir dua kali sebelum mencium sang putri. Sedangkan sang putri harus memutuskan sendiri apakah momen penting itu telah datang atau belum. Pertunjukan akan selesai saat sang putri membuka mata."


Taras berharap pameran seni ini boleh menghasilkan sebuah hubungan cinta sejati antara pengunjung dan sang putri tidur. Ia mengaku ingin menciptakan hubungan cinta sejati yang ditemukan dari keindahan tidur ini. Meski begitu, ia tidak menampik apakah ini dapat menarik para pengunjung lelaki. Kerana yang dilakukan adalah hal yang sangat serius, yakni pernikahan.

Pameran ini mengundang respon dari Kementrian Kebudayaan Ukraine yang meminta pameran tersebut ditutup. Namun setelah mengadakan pembicaraan dengan pihak kementerian, kini ia boleh kembali melanjutkan pameran uniknya yang direncanakan berlangsung hingga tanggal 9 September mendatang.

Berikut cuplikan videonya.


(as/odditycentral/telegraph)

Kanak-kanak kumpul 10,000 dollar untuk bantu ubati penyakit kanser ayahnya

Posted: 25 Aug 2012 08:15 PM PDT



Hebat sekali anak ini. Drew Cox (6) berhasil mengumpulkan dana 10.000 dollar AS untuk mengubati penyakit kanser ayahnya.

Tiga bulan lalu, ayahnya, Randy Cox, didiagnosis menderita seminoma, sejenis kanser langka. Si kecil Drew memutuskan menggunakan kios lemonnya untuk mengumpulkan dana bagi pengubatan ayahnya.

"Dia sangat penting bagi saya," kata Drew. Pada awalnya, lemon yang dijual Drew sedikit saja. Setelah itu, tetangganya mulai mengetahui bahawa Drew berjualan untuk pengubatan ayahnya.

Kios lemon itu menjadi pesta kecil di sekeliling rumah Drew. Banyak kereta berbaris  untuk membeli lemon sekaligus memberikan sumbangan. Pada petang hari, terkumpul 10.000 dollar AS. Teman Drew juga membuka akaun khusus untuk menampung bantuan. Rameka Loyd Royal berhasil mengumpulkan dana 5.000 dollar AS.
sumber

Gambar Unik Gabungan wang Kertas Dan Foto Artis

Posted: 25 Aug 2012 08:00 PM PDT


Para selebriti memang menghasilkan banyak wang, namun ternyata mereka juga sesuai berada di dalamnya. Penggemar melipat wang kertas kemudian mensesuaikannya dengan beberapa gambar tokoh terkenal. Alhasil didapat sebuah montase foto yang unik.

Selebriti yang dikreasikan antara lain Keira Knightley, Jack Nicholson, Johnny Depp dengan kostum  di film "Pirates of the Caribbean: At Worlds End". Tidak ketinggalan juga pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes.

Gambar montase ini pun menghasilkan efek yang lucu. Seperti wajah komikal dari Marilyn Manson dengan wang kuno bergambar ratu. Atau ekspresi lucu si Mr.Bean, Rowan Atkinson, dipadukan dengan wajah serius di sebuah mata wang. Yang menakjubkan ternyata perpaduan tersebut terlihat sesuai dan padan.

Kreasi kreatif ini pun ramai beredar di internet dan berhasil menghibur banyak orang. Tak hanya selebriti Hollywood yang dikreasikan, namun juga tokoh dunia seperti Osama bin Laden. Wang kertas yang digunakan pun berasal dari berbagai negara, diantaranya mata Wang Australia, Jerman, Inggris dan Korea Utara.












 

sumber

Ghairah pikat budak, tawar khidmat urut kepada bawah umur

Posted: 25 Aug 2012 07:45 PM PDT

SUBANG JAYA –Terdesak mendapatkan pelanggan, wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat membeli-belah di USJ di sini bertindak berani menawarkan khidmat mereka kepada pengunjung bawah umur.

Taktiknya mudah, menghalang mana-mana pengunjung lelaki yang melalui kaki lima unit kedai pusat urut dan kecantikan tersebut sebelum memujuk mereka mendapatkan khidmat urutan ditawarkan.

Malah, wanita ini juga dilihat rakus dan sanggup bertindak agresif menarik tangan pengunjung lelaki masuk ke premis urut meskipun ada di antara mereka yang memberitahu masih di bawah umur.

Bagaimanapun, aksi mereka tidak bertahan lama apabila ada kalangan ibu bapa mangsa membuat laporan kepada pihak polis berhubung gangguan diterima anak mereka.

Susulan aduan itu, sepasukan polis ke tempat kejadian dan berjaya memberkas empat wanita warga China ketika sibuk menarik pelanggan untuk ke premis mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa yang mendakwa anak mereka didekati tukang urut yang terdesak menawarkan khidmat urutan ketika melalui deretan kedai dalam pusat membeli-belah itu.

Katanya, bertindak atas aduan, sepasukan anggota diketuai beliau sendiri menyerbu dua premis pusat kecantikan dan urutan yang masing-masing didapati tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Jelasnya, ketika serbuan salah seorang daripada wanita warga China terbabit cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara anggota dengan wanita terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka hanya mempunyai pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit bekerja.

"Kesemua ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya yang memberitahu ketika serbuan ke atas premis, seorang pelanggan berada dalam kedai.

Beliau dalam pada itu menggesa pengunjung yang mendapati kewujudan aktiviti negatif supaya memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat membeli-belah dan pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.

sumber : sinar harian

Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Posted: 25 Aug 2012 07:30 PM PDT

KUALA TERENGGANU – "Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja," luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

"Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.

"Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum  di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.

"Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

"Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.

Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan.


sumber : sinar harian

Wanita Malaysia paling ramai curang

Posted: 25 Aug 2012 07:15 PM PDT


ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

sumber : kosmo online

2 suspek rogol remaja lelaki ditahan

Posted: 25 Aug 2012 07:00 PM PDT


MANCHESTER: Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol remaja lelaki berusia 14 tahun di pusat beli belah, semalam.
Remaja itu menjadi sasaran ketika berjalan di pusat beli belah Arndale di Manchester pada 2 Jun lalu. 
Lengan remaja itu ditarik, sebelum dibawa keluar ke kedai Debenhams tidak jauh dari situ.

Dia kemudian dibawa ke bilik air yang terletak di bahagian atas kedai itu dan dirogol.



Kedua-dua suspek, seorang berusia 55 dan seorang lagi 41, ditahan polis kerana disyaki merogol.


Awal minggu ini, polis mengedarkan imej daripada kamera tertutup, dua lelaki yang dikehendaki untuk soal siasat kes itu.

Dua lagi lelaki ditangkap kelmarin, menjadikan empat suspek ditahan dan kini dilepaskan atas ikat jamin sementara menunggu siasatan sepenuhnya dibuat.

Superintendan Stuart Ellison berkata, "Kami membuat beberapa tangkapan dan siasatan kini diteruskan." - Skynews 


sumber : mymetro

Dihalau keluarga selepas peluk Islam

Posted: 25 Aug 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penghidap Aids, penagih dadah, bekas banduan dan orang kurang siuman antara individu dikenal pasti paling banyak menjadi gelandangan di ibu kota dan hidup dengan mengemis simpati orang ramai.
Kebanyakannya bukan saja hidup sebatang kara serta tidak berpelajaran tinggi, malah ada yang dibuang darah daging sendiri kerana memalu serta menjatuhkan maruah keluarga. 
Selain kumpulan itu, golongan mualaf antara individu turut dikesan menjadi gelandangan di ibu kota selepas dibuang keluarga kerana bertukar agama.

Itu antara nasib dialami Ayob, 42, yang menjadi gelandangan sejak lapan tahun lalu selepas memeluk Islam.


sumber : mymetro

Merana kerana judi roulette

Posted: 25 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup," kata Helmi (bukan nama sebenar).
Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.
Daripada kehidupan mewah sebagai 'tauke' restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat 'langit dan bumi' berbanding tiga tahun lalu.

"Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.



"Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini," katanya sebak.


sumber : mymetro

Sanding atas treler

Posted: 25 Aug 2012 06:15 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Mencari kelainan di majlis perkahwinan adalah perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan. Ia bagi menjadikan majlis itu sebagai kenangan terindah buat pasangan raja sehari.
Bagi Che Hasnan Che Mat, 25, dan Ummi Hamizah Mohamad, 24, pasangan itu memilih untuk berarak, bersanding dan tepung tawar di atas lori treler di Kampung Telari, di sini, semalam.

Pasangan pengantin terbabit memilih bersanding di atas treler sambil dibawa berarak sejauh enam kilometer dari rumah pengantin lelaki di Kampung Telari hingga ke rumah pengantin perempuan di Kampung Kebur Air.


Che Hamizan berkata, idea untuk bersanding di atas treler tercetus daripada inspirasi perniagaan bapanya, Che Mat Salleh, 48, yang menjalankan perusahaan treler dan peralatan pengantin sejak tiga tahun lalu.

"Melihat pada perniagaan treler bapa membuatkan saya terfikir untuk menjalankan majlis perkahwinan di atas treler kerana bukan saja dapat memberi kelainan pada majlis perkahwinan saya, malah tidak perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menyewa treler.


"Saya gembira dengan persandingan di atas treler dan bersyukur majlis berjalan lancar. Walaupun cuaca panas, kami tidak kisah berarak menaiki treler untuk mengambil isteri di rumah pengantin perempuan," katanya yang memegang jawatan penolong pengurus perusahaan treler terbabit.



Lebih memeriahkan majlis itu apabila pengantin dan tetamu dihiburkan dengan persembahan silat, alunan kompang dan muzik tradisional mengiringi perarakan itu di sepanjang jalan, membuatkan penduduk kampung tidak lekang memandang pasangan pengantin itu.

sumber : mymetro

Si kaya merempat

Posted: 25 Aug 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dulu dua beradik ini hidup senang kerana ibu bapa mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya itu.
Bagaimanapun, akibat perangkap dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota hingga ada kala sisa makanan dalam tong sampah menjadi santapan pengalas perut.
Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25, selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.

Sebelum dibuang keluarga yang kini tidak mengaku mempunyai pertalian darah, dua beradik itu mendakwa pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana dianggap memalukan mereka.



Mendakwa insaf dan tidak lagi mengambil bahan terlarang itu, kedua-duanya mengakui detik hitam mereka berpunca daripada kesilapan sendiri akibat terlalu hanyut dalam nikmat dunia.


sumber : mymetro

6 tahun tanpa suami

Posted: 25 Aug 2012 05:45 PM PDT


MARAN: "Sudah enam tahun saya menyambut Aidilfitri tanpa suami, malah anak juga merindui bapa mereka. Saya bingung apakah masih bergelar isteri atau masihkah dia suami saya?
"Enam tahun saya seolah-olah 'digantung tidak bertali'. Kadangkala apabila berkenalan dengan sesiapa, saya tidak tahu sama ada mahu melabel diri saya sebagai isteri orang atau ibu tunggal," demikian keluhan Zainab Mohd Sabri, 31, dari Felda Jengka 2, di sini.

Ibu kepada dua anak itu ditinggalkan suaminya, Salleh Md Jullih, 35, selepas enam bulan menetap di kampung halaman lelaki berkenaan di Beaufort, Sabah pada 2006.


Lebih menyedihkan, Zainab yang kini tinggal bersama ibunya, Asiah Yusuf, 52, dihantar pulang ke Semenanjung oleh suaminya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri pada tahun berkenaan.

Zainab berkata, dia berkahwin dengan Salleh selepas berkenalan ketika bekerja bersama di sebuah kilang di Kajang, Selangor pada 2003.


"Kami bernikah atas dasar suka sama suka, namun saya tidak menyangka begini kesudahannya," katanya yang kini menyara kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan.



Katanya, selepas berkahwin dan mempunyai dua anak iaitu Haliza Haliana, 8, dan Mohd Halil Safuan, 6, mereka sekeluarga berpindah ke kampung halaman suaminya.

"Namun, selepas enam bulan tinggal di sana, suami meminta saya dan anak pulang ke Semenanjung memandangkan ibunya tidak suka kepada saya.


"Dia menghantar saya bersama anak ke lapangan terbang dan ketika itu Mohd Halil masih kecil. Suami berjanji akan pulang beberapa hari selepas itu, namun sehingga kini dia tidak muncul, malah tidak pernah bertanya khabar.

"Isteri mana tidak mengalirkan air mata apabila diperlakukan demikian. Saya sedih mengenangkan janji diucapkan di lapangan terbang enam tahun lalu bahawa dia akan pulang menemui kami, namun itu hanya kepedihan yang terpaksa saya tanggung," katanya.


Zainab berkata, sepanjang tempoh itu, dia pernah menghubungi suaminya, namun gagal apabila nombor telefonnya ditukar.


Katanya, dia berharap sangat dapat bertemu kembali suaminya pada Syawal ini memandangkan anak merindui bapa mereka.


"Saya berharap jika dia membaca berita ini, dia akan mencari kami, saya masih sayangkannya seperti kami mula berkenalan dulu walaupun diperlakukan begini.


"Kepada sesiapa yang tahu dia mana suami saya, hubungilah saya di talian 017 9114699," katanya.


sumber : mymETRO

Parah..dengan patung pun dia jadi

Posted: 25 Aug 2012 05:30 PM PDT

Inilah Event "Sexy Car Wash and Photo Contest" di Surabaya yang dipersoalkan kerana model bergaya erotik

Posted: 25 Aug 2012 05:15 PM PDT

Event "Sexy Car Wash and Photo Contest" yang digelar PT Dyandra Promosindo di Gramedia Expo, Surabaya, Khamis (1/12) disoal. Sebab salah satu model yang bergaya cukup erotik mengenakan kostum berlogo PMI (Palang Merah Indonesia).



Jom tengok tranformasi awek bulat jadi kurus,gempak

Posted: 25 Aug 2012 05:00 PM PDT


Tatyana Rybakova used to be overweight when she was 14, with her body mass of 105 kg (230 lbs). The girl tried various exhausting diets to lose weight.
For some time she ate only apples and yogurt, avoided fruits, then she tried eating food containing no carbohydrates. All these diets produced negative effect on her health, so Tatyana changed her approach to losing weight.
1Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
2Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
3Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
4Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
5Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
6Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
7Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
8Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
9
10
11
12Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
13Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
14Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
15Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
16Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
17Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
18Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
19Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
20Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
21Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
22Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
23Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
24Fantastic Change of an Overweight Russian Girl
25Fantastic Change of an Overweight Russian Girl


Manusia yang tak pernah merasa sakit

Posted: 25 Aug 2012 04:45 PM PDT

HÃ¥vve Fjel yang berasal daripada Sweden adalah manusia yang tidak pernah merasa tidak sakit.






(Kisah Nyata Sangat Menyentuh ), Renungan Bagi Calon Pengantin

Posted: 25 Aug 2012 04:30 PM PDT


Sebuah Renungan,buat para calon suami….calon isteri juga boleh baca..! Semoga Bermanfaat
terlampir kisah nyata yang bagus sekali untuk contoh kita semua . Semoga kita dapat mengambil pelajaran.

Ini cerita Nyata, beliau adalah Bp. Eko Pratomo Suyatno, Direktur Fortis Asset Management yang sangat terkenal di kalangan Pasar Modal dan Investment, beliau juga sangat sukses dalam memajukan industri Reksadana di Indonesia.

Apa yg diutarakan beliau adalah Sangat Benar sekali.Silahkan baca dan dihayati.

Dilihat dari usianya beliau sudah tidak muda lagi, usia yg sudah senja bahkan sudah mendekati malam, Pak Suyatno 58 tahun kesehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit dan juga sudah tua. Mereka menikah sudah lebih 32 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang anak.

Disinilah awal cobaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak keempat tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Itu terjadi selama 2 tahun. Menginjak tahun ke tiga, seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang, lidahnya pun sudah tidak boleh digerakkan lagi. Setiap hari Pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapi, dan mengangkat isterinya keatas tempat tidur. Sebelum berangkat kerja, dia letakkan isterinya didepan TV supaya isterinya tidak merasa kesepian. Walau isterinya tidak dapat bicara tapi dia selalu melihat istrinya tersenyum.

Untunglah tempat kerja Pak suyatno tidak begitu jauh dari rumahnya sehingga siang hari dia pulang untuk menyuapi isterinya makan siang. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian dan selepas waktu maghrib dia temani isterinya menonton televisyen sambil menceritakan apa saja yg dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya boleh memandang tapi tidak boleh menanggapi, Pak Suyatno sudah cukup senang, bahkan dia selalu menggoda isterinya setiap berangkat tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun, dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke 4 buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa,tinggal si bungsu yg masih kuliah.
Pada suatu hari…ke empat anak suyatno berkumpul dirumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah anak mereka menikah, sudah tinggal dengan keluarga masing-masing dan Pak Suyatno memutuskan ibu mereka dia yang merawat, yang dia inginkan hanya satu semua anaknya berhasil.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata,"Pak kami ingin sekali merawat ibu, semenjak kami kecil melihat bapak merawat ibu, tidak ada sedikitpun keluhan keluar dari bibir bapak……. . bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu". Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata2, "sudah yg keempat kalinya kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya, bila lagi bapak menikmati masa tua bapak, dengan berkorban seperti ini kami suda tidak sanggup melihat bapak. Kami janji kami akan merawat ibu sebaik-baik secara bergantian".

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga anak2nya."Anak2ku ………… Jikalau pernikahan & hidup didunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan menikah…… tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disampingku itu sudah lebih dari cukup,dia telah melahirkan kalian.. Sejenak kerongkongannya tersekat,… kalian yg selalu kurindukan hadir didunia ini dengan penuh cinta yg tidak satupun dapat dihargai dengan apapun. Cuba kamu semua tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini?? Kalian menginginkan bapak bahagia, apakah batin bapak boleh bahagia meninggalkan ibumu dengan keadaanya sekarang, kalian menginginkan bapak yang masih diberi Tuhan kesihatan dirawat oleh orang lain? Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit.."

Sejenak meledaklah tangis anak2 Pak suyatno. Merekapun melihat butiran2 kecil jatuh dipelupuk mata ibu Suyatno….dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu.. Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi nara sumber dan merekapun mengajukan pertanyaan kepada Suyatno, kenapa mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isterinya yg sudah tidak boleh apa2.. Disaat itulah meledak tangis beliau dengan tamu yang hadir di studio, kebanyakan kaum perempuanpun tidak sanggup menahan haru.

Disitulah Pak Suyatno bercerita.."Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam pernikahannya, tetapi tidak mahu memberi (memberi waktu, tenaga, fikiran, perhatian) itu adalah kesia-siaan. Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya, dan sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya, mencintai saya dengan hati dan batinnya bukan dengan mata,dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu2..Sekarang dia sakit kerana berkorban untuk cinta kita bersama… dan itu merupakan ujian bagi saya, apakah saya dapat memegang komitmen untuk mencintainya apa adanya. Sehatpun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sakit,,,"

"Hidup adalah Perjuangan tanpa henti-henti … tidak usah kau tangisi hari kelmarin".

sumber

[NGERI] Proses membelah perut buaya yang telah memakan seorang budak

Posted: 25 Aug 2012 04:15 PM PDT

Dikatakan ada seorang remaja berusia 11 tahun yang hilang pada ketika dia bersama kawan-kawannya berenang di Sungai Sarawak  dekat dengan desa Bako Ulu .

image
Ini wajah kanak-kanak yang hilang tersebut

Kanak-kanak  tersebut hilang kerana ada sebuah benda yang bergerak dengan cepat dan melenyapkan'nya.
Seramai lebih kurang lebih 200 penduduk desa melakukan pencarian di sungai tersebut dan menemukan seekor buaya yang sangat besar.
Setelah berunding, seluruh penduduk desa akhirnya sepakat memeriksa buaya tersebut dan  membelah perut buaya tersebut.

image
buaya yang ditangkap

image

image
pasukan polis turut membantu mencari

image

image

image
buaya dibawa naik kedarat

image
orang ramai yang menyaksikan kejadian

image
bapa kepada kanak-kanak tersebut dan gambar dibawah proses membelah perut buaya

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image
wajah kanak-kanak yang ditemukan didalam perut buaya

image

image

image

image

image
buaya itu kemudiannya di lapah kulitnya dan dicincang serta dibakar

Polis keliru pembunuh tukul besi

Posted: 25 Aug 2012 04:00 PM PDT


LAS VEGAS - Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya.
Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru.
Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun, polis menahan seorang pemuda Bryan Clay pada Jumaat lalu.
Clay, 22 dikatakan tiada hubungan langsung dengan keluarga mangsa.
"Ia merupakan kejadian orang asing membunuh seorang ibu dan anaknya, selain menyerang bapa mangsa," kata seorang pegawai polis, Leftenan Ray Steiber.
"Saya sudah bertugas selama 24 tahun. Anda tidak akan dapat melihat kes seperti ini. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dikata," tambah Steiber.
Steiber juga memberitahu dia tidak faham kenapa dua orang budak lelaki yang berusia sembilan dan empat tahun yang berada di tempat kejadian tidak diapa-apakan.
Kejadian ngeri itu hanya diketahui pihak berkuasa selepas budak lelaki berkenaan pergi ke sekolah dan memberitahu gurunya bahawa ibu dan kakaknya mati dibunuh di rumah mereka.
Pihak berkuasa menemui mayat mangsa di dalam dua bilik berasingan.
Dua orang budak lelaki itu berada di dalam rumah selama kira-kira 24 jam bersama bapa mereka yang cedera parah.
Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Keluarga Daerah. Arturo Martinez, 39, suami dan ayah mangsa mengalami kecederaan kritikal dalam serangan itu.
Dia kini berada di hospital akibat cedera di kepala dan tidak boleh bercakap dengan pegawai penyiasat.
Menurut Steiber, kedua-dua mangsa turut diserang secara seksual.
Tiada barang berharga diambil daripada lokasi kejadian dan polis setakat ini tidak tahu apakah motif serangan tersebut.
"Tidak ada sebab kenapa serangan ini berlaku. Suspek juga tiada sejarah jenayah yang signifikan," kata Steiber.
Clay juga dituduh memukul dan merogol seorang wanita berusia 50 tahun di kawasan kejiranan Las Vegas beberapa jam sebelum kejadian pembunuhan berlaku. Mangsa dikatakan berjalan berhampiran satu simpang sebelum Clay memaksanya pergi ke satu kawasan sunyi dan merogolnya pada 15 April lalu.
"Mangsa dikejar, dipukul dan dirogol," jelas Steiber.
Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengaitkan Clay dengan kedua-dua serangan itu.
Satu topi yang ditinggalkan oleh Clay juga menjadi bahan bukti penting.
Seramai 60 orang anggota polis terlibat dalam siasatan kes itu.
"Matlamat kami adalah untuk memastikan suspek ditahan. Kami tidak akan berhenti sehingga berjaya," tegas Steiber.
Clay ditahan tanpa ikat jamin pada kelmarin dan sedang menunggu perbicaraan.
Dia bakal berdepan dengan pelbagai tuduhan seperti membunuh, memukul menggunakan senjata berbahaya dan melakukan serangan seksual. - Agensi
SUMBER : KOSMO ONLINE

Biar benar anjing di suruh tarik kereta

Posted: 25 Aug 2012 11:00 AM PDT

image
Biar benar..beyul-betul kuat anjing ni…….

Artis bintang TV terbuka branya saat berjemur

Posted: 25 Aug 2012 10:30 AM PDT

berita-beritadotcom: Artis bintang realiti TV terbuka branya saat berjemur di pantai. Kedua payudaranya terlihat membusung tanpa penutup. Dia tidak peduli dengan keadaan itu walapun ada yang merakamnya dengan kamera. Bahkan kemudian branya terlepas semua. Sementara wanita di sebelahnya juga melepas branya dan membiarkan payudaranya bergelayut. 

Lauren Stoner, bintang realiti TV berusia 27 tahun itu tampil bebas dan memacahkan imajinasi penggemarnya tentang bagaimana bahagian dalam tubuhnya yang kencang dan montok di  pantai di Miami, Florida, Minggu 18 March 2012. Ia berjalan memakai bikini merah yang sangat mini sehingga pinggir bahagian bawah tubuhnya terlihat saat dia berjalan. 

Lauren, yang menjadi terkenal di Kardaashian Kim diproduksi reality show The Crowd Spin. Ia terlihat bebas dengan rambut panjang perang tertiup angin kencang dan berkibar di dada . 

Si perang berkaki panjang itu benar-benar membuat pantai tersebut menjadi berbeza di bawah sinar matahari di luar kondominium mewah Continuum di South Beach. Kendati pantai itu memang tempat para wanita yang sengaja tampil toples. 

Aksi nekad nenek cuci tingkap

Posted: 25 Aug 2012 10:15 AM PDT

Betul-betul berani nenek ni..
nekad betul.Aku kalau di suruh cuci tingkap macam tu..
tak sanggup.....







walaupun rendah tetap merbahaya....