Adsense

Ahad, 6 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Yuna & Qi Akhirnya Sah Bercinta!

Posted: 06 Mar 2011 10:56 PM PST

Walaupun orang sudah lama tahu bahawa Yuna & Qi memang pasangan bercinta, namun kedua-duanya tidak memberikan sebarang kata-kata rasmi mengenai hubungan tersebut. Kalau diikutkan, kami selalu perasan Yuna memberikan hint-hint di laman Twitter. Kami memang nak dedahkan, tapi, biarlah empunya badan sendiri yang maklumkan kepada peminat.

Jelas sekali, gelombang cinta mereka berdua tidak dapat dibendungkan lagi. Qi Razali is in relationship with Yuna Zarai, status facebook yang pendek & ringkas, namun memberikan banyak makna buat peminat.

Tak sangka, gelagat mesra mereka berdua ketika Shout! Awards seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah pun menjadi kenyataan. Ehem, adakah ini bermakna Yuna akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi? Kalau tak silap, kami pernah bergurau dengan Yuna mengenai perkahwinan. Kata Yuna, mungkin dalam bulan 8 tahun ini, tak tahu'lah itu sekadar gurauan, atau betul-betul.

Kenapa bulan 8? Kan Yuna?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengetua Akademi Fantasia 9 Akan Didedahkan Hari Ini?

Posted: 06 Mar 2011 10:40 PM PST

Segala spekulasi & tanda tanya ramai peminat Akademi Fantasia 9 mungkin akan terjawab hari ini. Baru sahaja sebentar kami, kami menerima email jemputan ke sidang media Akademi Fantasia 9 yang akan berlangsung sekitar Ampang pada pukul 3.30pm. Sebelum ini, khabar angin pengetua dari negara seberang yang akan dilantik, iaitu Ahmad Dhani telah pun senyap. Cerita tersebut berlalu begitu sahaja, namun ada cerita yang mengatakan Amy Search merupakan calon-calon yang disenarai pendek.

Hebat juga penangan pengetua AF, dah jadi national news. Kalau tak silap kami, ada beberapa akhbar yang begitu lantang membantah pelantikan Ahmad Dhani sebagai pengetua. Sehingga ada yang cop penyokong Ahmad Dhani sebagai pendatang. Serius, kami tergelak besar, sebab tak sangka ada juga orang yang berfikiran pendek.

Tunggu pengumuman daripada kami sebaik sahaja nama pengetua didedahkan. Adakah mereka tetap bertegas dengan Ahmad Dhani, atau masih mengekalkan calon-calon daripada tempatan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bapa Youk Bunkface Meninggal Dunia

Posted: 06 Mar 2011 09:18 PM PST

Berita mengejutkan dan menyedihkan yang baru sahaja Budiey terima, bapa kepada pemuzik dari kumpulan Bunkface, Youk telah meninggal dunia pada jam 1 tenghari tadi di KPJ Shah Alam, Seksyen 18. Diberitakan, ayah Youk telah dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan False Alarm dan keadaan pada masa tu memang dalam kritikal.

Berita ini disahkan oleh Youk sendiri melalui akaun Twitternya:

@Youk_Jaafar: Abah saya telah selamat kembali ke rahmatullah.alfatihah.smoga beliau ditempatkn org yg beriman.amin.

Alfatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Sesiapa yang ingin menziarah jenazah ayah @Youk_Jaafar alamatnya, No.70, Jalan Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor.

Gambar di bawah: Youk berdiri di sebelah kanan. Gambar ini Budiey ambil semasa Youk bersama Paan menyertai rombongan ke Pulau Perhentian untuk menjayakan Malam Santai Media dan Pelancaran Xpresi Kembara musim terbaru di sana.

Bunkface

Bunkface

Bunkface

Bunkface

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?
  • Bunkface Participate In The Hong Kong Asian Pop Music Fair
  • Tan Sri Abdul Samad Ismail Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • PERJALANAN REKREASI BERSAMA BUNKFACE DI TV1
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gossip Pelakon Balas Dendam di Teater Terima Kasih Cinta

    Posted: 06 Mar 2011 08:40 PM PST

    Budiey baru habis baca satu gossip di Portal GUA. Gossip tentang pelakon teater yang baru sahaja menutup tirai persembahannya di Istana Budaya, Terima Kasih Cinta.

    Nah korang baca sendiri. Budiey rasa dah dapat teka siapa yang dimaksudkan.

    Sila Hormati Panggung Tempat Anda Mencari Rezeki!

    Semalam berakhir sudah pementasan teater Terima Kasih Cinta yang berlangsung selama lebih dua minggu di Istana Budaya. Diadaptasi dari filem Cinta, kisah lima pasangan itu dibawa ke pentas teater yang dibarisi 12 pelakon ternama pelbagai bidang seni.

    Walaupun naskhah teater itu didasari kisah cinta, namun GUA ada menerima cerita yang kurang enak di telinga. Hubungan GUA dengan teater memang agak rapat. Maka apabila berlakunya sesuatu yang jelek pada dunia teater, GUA harus sampaikan. Apa yang ingin GUA paparkan bukanlah dengan niat untuk menjatuhkan atau pun memalukan, tetapi sebagai pengajaran untuk masa depan.

    Kisahnya agak panjang kerana ia berlaku pada hari Sabtu lalu yang mana ada dua pementasan, iaut petang dan malam. Drama belakang tabir ini bukan hanya berhenti setelah pementasan sebelah petang tamat sebaliknya berlarutan hingga ke pementasan sebelah malam. Begitu hebatnya drama tersebut sehingga ada yang mengatakan drama tersebut lebih menarik dari jalan cerita teater itu sendiri.

    Kisahnya bermula apabila pelakon yang GUA namakan sebagai "M" telah memesan jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon utama teater tersebut sewaktu "curtain call" pementasan petang. Walaupun terdapat 12 pelakon utama untuk teater itu, namun hanya 10 jambangan bunga sahaja yang disiapkan oleh "M".

    Rupa-rupanya, "M" telah merangka rancangan itu tanpa pengetahuan pelakon utama lain untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada semua pelakon kecuali dua orang pelakon iaitu "K" dan "A". Apakah motif sebenar "M" sukar untuk GUA tafsirkan, mungkin ada sejarah lama yang masih kekal mencalar hati "M".

    Apa yang GUA dengar, niat untuk memalukan pelakon "K" dan "A" di hadapan penonton adalah salah satu faktor mengapa perancangan itu dilakukan. Bayangkan wajah pelakon "K" dan "A" yang tidak menerima jambangan bunga di hadapan penonton. Tentulah apa yang dilakukan akan sedikit sebanyak akan menjatuhkan air muka pelakon-pelakon itu di hadapan penonton. Dah lah pelakon perempuan pulak tu, takkan tak dapat bunga kan!

    Sewaktu "curtain call", mujurlah pelakon "E" dan pelakon "S" yang merupakan pasangan pelakon "K" dan pelakon "A" telah bersikap "gentleman" dengan menyerahkan jambangan bunga mereka kepada pasangan masing-masing. Sekurang-kurangnya terjaga sikit air muka pelakon "K" dan "A" dari termalu kerana tidak mendapat bunga.

    Persoalan yang masih belum terjawab di benak GUA adalah mengapa perancangan busuk sedemikian perlu dilakukan di hadapan penonton? Di manakah letaknya sikap profesional pada diri seorang artis yang boleh dianggap berpengalaman lama dalam industri hiburan? Bukankah sebagai seorang pelakon, "M" sepatutnya bersikap profesional dengan meletakkan masalah peribadinya di luar pentas dan bukannya membawa ke hadapan pentas.

    Hilang rasa hormat GUA pada "M" bila perkara itu berlaku di hadapan penonton kerana bagi GUA, "M" bersikap amat tidak profesional dan tidak menghormati panggung, tempat dia mencari rezeki. Seorang artis yang tidak menghormati kerjayanya ialah seorang yang tidak patut GUA hormati, itu pandangan GUA sendiri.

    Rupa-rupanya ada susulan dari kejadian pemberian bunga tersebut. Menyedari perancangan busuknya itu gagal, "M" telah mengarahkan pelakon "E" dan pelakon "S" agar mengambil semula bunga-bunga itu dari pasangan masing-masing yang sepatutnya tidak mendapat jambangan tersebut, iaitu pelakon "K" dan "A".

    Di bilik rehat sementara menantikan pementasan malam, barulah terbongkar cerita di sebaliknya, yang perancangan pemberian bunga itu sebenarnya adalah perancangan pelakon "M" sendiri yang sebelum ini tidak diketahui pelakon lain.

    Bila pelakon "K" dan "A" tahu bahawa mereka mahu dijadikan mangsa dalam episod drama bunga tersebut, pelakon "A" telah meluahkan perasaannya di laman Twitter miliknya. Berapi juga api kemarahannya di laman media sosial itu. Kalau GUA yang terkena pun, GUA akan marah, apatah lagi tuan punya badan.

    Kemarahan pelakon "A" di laman Twitter itu telah disampaikan kepada "M" oleh pengurusnya. Maka bermulalah lagi satu episod drama. Mereka tidak bergaduh tarik-tarik rambut atau hayun kasut tumit tinggi, mereka bergaduh cara baru dengan menggunakan "sound-check" sebagai platform untuk memaki hamun sesama sendiri. Yang pelakon "M" "tag-team" dengan pelakon "Y", manakala pelakon "A" bersama pelakon "K". Masing-masing berbalas caci nista secara terbuka. Jadi keliru jurutera audio dibuatnya dek kerenah pelakon-pelakon tersebut!

    Sedar tak pelakon-pelakon itu yang sesi "sound-check" mereka itu dapat ditonton oleh semua pelakon lain menerusi "internal broadcast" ke setiap bilik pelakon? Tidak terdetikkah rasa malu pada pelakon-pelakon lain yang lebih junior? Mereka sedar tak yang apa yang mereka lakukan itu akan menjadi contoh yang tidak baik kepada pelakon junior?

    Sepatutnya sebagai artis berpengalaman, baik pelakon "M", "K", "Y" atau pun "A" wajar menunjukkan contoh yang baik kepada pelakon generasi baru. Bukannya menunjuk kelakuan yang tidak senonoh kepada mereka.

    Menjelang pementasan sebelah malam…

    Api kemarahan pelakon "M" sebenarnya masih belum reda rupanya. Yang terkena tempias adalah pelakon "E" dan "S" yang telah merosakkan perancangan busuknya petang tadi. Dalam satu adegan bersama, pelakon "M" telah mensabotaj pelakon "E" dan "S" dengan dialog tambahan yang bukan-bukan. Angkara "ad-lib" tersebut, adegan yang sepatutnya penuh dengan kesedihan menjadi lucu apabila dialog yang ditambah tidak kena dengan jalan cerita.

    Maka berderailah ketawa penonton mentertawakan ke"bijak"kan pelakon "M". Lagi satu isu profesionalisme perlu diterangkan secara jelas di sini. Jangan di bawa masalah belakang pentas ke hadapan pentas. Penonton yang datang menyaksikan pementasan itu membayar ratusan ringgit untuk menonton kerja profesional mereka. Setiap sen duit mereka itu perlu dibalas dengan mutu kerja yang cemerlang dan bukannya dibalas dengan perlu menyaksikan kemarahan anda yang di bawa ke hadapan pentas.

    Nasihat GUA cuma satu. Belajarlah menjadi seorang yang profesional terhadap kerjaya masing-masing. Di bahu andalah terletaknya tanggungjawab untuk menjadikan kerjaya sebagai seorang artis itu terus dihormati. Andalah yang telah merosakkan nama baik kerjaya anda sendiri jika perangai-perangai sedemikian diteruskan.

    Anda sedar tak dengan berperangai sedemikian telah sedikit sebanyak mengorbankan nama baik anda? Maka tidak hairanlah sekiranya nama itu nanti terus lenyap, mungkin lima tahun, mungkin dua tahun, mungkin satu tahun yang akan datang. Fikir-fikirkan lah!

    GUA tidak terkejut sekiranya nama-nama pelakon "M", "Y", "K" dan "A" tidak tersenarai untuk pementasan yang akan datang. Jangan salahkan sesiapa, salahkan lah diri sendiri.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB
  • Kad Raya Dari Kimi
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • TERIMA KASIH CINTA – LAGU CINTAMU SITI NURHALIZA
  • Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Gila, Profesor Mengajar Pakai Sex Toy!

    Posted: 06 Mar 2011 09:00 PM PST

    Image: corbis.com

    NEW YORK - Seorang profesor psikologi di Northwestern University membuat gegar dikampusnya kerana memperagakan aktiviti seksual dengan alat bantu sebagai sebahagian dari kuliah tambahannya.

    Profesor tersebut, J Michael Bailey, mengajar mata pelajaran Seksualitas Manusia yang diminati sekira 600 mahasiswa. Baru-baru ini, semasa mengajar tentang rangsangan seksual, Bailey membawa seorang lelaki yang dia undang untuk berbincang tentang 'orang-orang aneh (kinky)'.

    Bailey kemudian menuliskan penjelasan tentang kuliahnya yang dalam surat elektronik yang dia tujukan kepada para mahasiswanya. Surat elektronik tersebut lalu dicetak ulang oleh surat khabar setempat The Daily Northwestern, dan dilaporkan The New York Times, Minggu.

    Dia menulis, lelaki itu Ken Melvoin-Berg adalah rakan kenalan pemilik sebuah bisnes bernama Weird Chicago Tours. Ketika itu, Melvoin-Berg bertanya pada Bailey, apakah akan tidak apa-apa jika salah seorang wanita yang ikut bersamanya mendemonstrasikan ejakulasi pada wanita dengan menggunakan alat bantu yang mereka bawa.

    Setelah Bailey telah memberi 'peringatan ' kepada para mahasiswanya tentang apa yang akan mereka lihat, sekira 100 mahasiswa menyaksikan kemasukan alat tersebut ke kelamin si wanita.

    Lelaki yang telah dua dekad mengajar di Northwestern itu menulis dalam surat elektroniknya, bahawa presentasi tersebut merupakan sebahagian dari kelas informal yang dia sajikan. Kuliah tambahan tersebut, kata Bailey, tidak akan diujikan dan tidak bersifat wajib. Sebelumnya, Bailey pernah mengundang kalangan transeksual, dua pesalah pelaku pelecehan seksual, dan pasangan swinger, yakni orang yang terbuka dengan pertukaran partner seksual.

    Rektor Northwestern University Morton Schapiro mengaku kecewa atas tindakan Bailey. Dalam pernyataan rasminya, Schapiro mengatakan, meski aksi tersebut dilakukan semasa waktu kuliah dan para mahasiswa tidak diwajibkan mengikutinya, serta telah diperingatkan berulang kali tentang apa yang akan mereka saksikan, dia merasa kelas tambahan Bailey sebagai sesuatu yang merendahkan martabatnya.

    "Pihak kampus akan menyelidiki insiden ini secara spesifik. Dan juga, mengklarifikasikan apa saja yang menjadi sistem pengajaran yang tepat, baik dalam hal ini mahupun hal lain di masa datang," ujar Schapiro.

    Dalam surat elektronik kepada para mahasiswanya, Bailey mengaku tidak menyesal. "Sebahagian besar mahasiswa memberi reaksi positif atas presentasi ini," kata Bailey.

    Sumber : http://www.okezone.com

    Demi Hamil, Nekad Berburu Sperma via Google

    Posted: 06 Mar 2011 08:45 PM PST

    VIVAnews - Ann Spalding sangat mendambakan keturunan dari rahimnya. Sayang, dia belum menemukan pendamping hidup yang tepat. Dia pun memerah otak agar boleh hamil, tanpa harus mengeluarkan perbelanjaan inseminasi dari penderma bank sperma yang mencapai £3.000 .


    Dengan niat hamil , dia lalu membuat iklan online untuk mencari lelaki yang bersedia menjadi penderma sperma. "Saya merindukan bayi tapi tidak ingin menunggu lelaki yang tepat, jadi saya pakai Google mencari penderma sperma," kata Ann seperti dikutip dari The Sun.

    Dari pencarian di Google, dia menemukan sejumlah komuniti yang mempertemukan penderma dan pencari sperma. Dalam sejumlah iklannya, dia memperkenalkan diri sebagai seorang wanita  yang memerlukan derma sperma agar boleh hamil sebelum sampai usia 30 tahun. "Saya tidak pakai foto," ujar wanita asal Inggris ini.

    Hanya beberapa hari beriklan, dia menerima lima tawaran penderma sperma lengkap dengan identiti dan foto. Namun, dua di antaranya menginginkan hubungan badan sebagai imbalan. Dari tiga yang tinggal, Ann lalu memilih satu, seorang juruteknik komputer berusia 30 tahun, bernama Jason.

    Lelaki itu kemudian menunjukan dokumen dari sebuah klinik yang membuktikan kalau dirinya telah melakukan ujian bebas penyakit menular seksual dan penyakit lainnya. "Dia terlihat yang paling sopan," ujar Ann. "Dia pernah menyumbangkan sperma sebelumnya kerana ingin membantu wanita memiliki bayi."

    Ann kemudian mengatur pertemuan dengan lelaki itu di hotel. Sesaat setelah pertemuan, lelaki itu segera ke  bilik mandi untuk memasukkan sperma ke sebuah wadah khusus. Setelah lelaki pergi, Ann yang sedang berada di masa subur segera menyuntikkannya ke dalam rahimnya.

    Namun, cara itu gagal. Ann juga kunjung hamil pada bulan berikutnya. Mendengar keluhan Ann, lelaki itu bersedia mengatur pertemuan kedua. Ann yang mulai melihat ketulusan Jason akhirnya memutuskan melakukan inseminasi alami. Dia bersedia berhubungan badan sekali untuk memasukkan sperma.

    Cara kedua ternyata berhasil. Ann hamil. "Saya sangat bahagia boleh berhasil. Saya tidak tahu apakah itu kerana berhubungan dengan seks alami yang membuat semuanya berbeza." ujarnya.

    Ann lalu mengirimkan email kepada Jason untuk memberitahu khabar baik itu. Dia juga berjanji memberi tahu Jason ketika melahirkan nanti. "Tapi, saya ingin Jason menandatangani kontrak yang menyatakan dia tidak punya hak atas Holly," kata Ann yang berniat menamai buah hatinya Holly.

    Ann sebenarnya sudah memiliki satu anak bernama Keirra, hasil pernikahannya dengan seorang lelaki. Namun, pernikahan kandas saat usia kandungan Keirra masih dua bulan. "Saat ini saya benar-benar menikmati menjadi seorang ibu. Saya harus melihat Holly untuk memastikan bahawa saya tidak pernah menyesal melakukan ini."

    Tidak Hamil Seorang Ibu di Bandung Tiba-tiba Melahirkan Bayi

    Posted: 06 Mar 2011 07:45 PM PST

    Perempuan, 37 tahun, Yuni Rosmiati terkejut bukan kepalang. Soalnya dia, yang tak pernah merasa hamil, melahirkan bayi laki-laki pada Jumaat (25/2) lalu, sekitar pukul 08:00. Dia pada pagi itu hanya menonton televisyen sambil berbaring di lantai beralas karpet.

    Ketika itu, isteri Nana ini berada di rumah bersama anak ketiganya yang sedang bermain di dekat pintu. Tiba-tiba Yani merasakan sakit perut, "Saya merasa perut memulas seperti mahu buang air besar, tapi tidak jadi," kata Yani di rumahnya, Jumaat (4/3) malam. Yani kemudian meminta anak ketiganya mengambilkan sarung. Setelah memakai sarung, rasa perut memulas tak hilang. "Tadinya mahu ke bilik mandi, tapi perut memulas lagi, sakitnya seperti mahu melahirkan," dia berkata.


    Yani merasakan ada sesuatu keluar dari alat kemaluannya. Dalam keadaan separuh sedar, Yani melihat seorang bayi. Dia berteriak meminta tolong tetangganya. "Saya sangat terkejut, tidak percaya apakah saya melahirkan seorang bayi?" Tetangganya yang dimintai tolong segera masuk rumahnya. Tetangga tersebut memastikan benda yang keluar itu seorang bayi. "Perut pun biasa saja, tidak ada perbezaan," kata dia.

    Suami Yani, Nana, 60 tahun, yang ketika isterinya melahirkan berada di pejabat, mengaku terkejut dengan kejadian tersebut. Nana mengatakan isterinya masih mengalami haid dan tidak ada tanda-tanda hamil. "Waktu itu ada telefon dari rumah semasa saya di pejabat, memberitahu kalau isteri saya sakit," kata dia. "Ketika pulang ternyata isteri saya melahirkan. Subhanallah, sangat aneh, padahal isteri saya beberapa hari sebelumnya baru habis haid dan tidak ada tanda-tanda kalau hamil, badannya tidak berubah."

    Keganjilan proses Yani melahirkan bayi yang diberi nama Rahmat Yudadipraja  membuat pendusuk sekitar menjadi heboh. Neli Sumiati, 32 tahun, tetangga Yani, mengaku sangat terkejut kali pertama melihat Yani melahirkan. "Waktu itu Yani berteriak meminta tolong sama saya, ternyata dia melahirkan. Saya langsung meminta tolong tetangga lainnya dan langsung membawa Yani dan bayinya ke Bidan."

    Neli selama ini tak melihat tanda-tanda tetangganya itu hamil. "Benar-benar tidak ada tanda-tanda seperti orang hamil. Selepas sudah melahirkan saja Yani masih boleh berjalan-jalan,  aneh sekali." Sampai ketika ini warga kelurahan Tamansari masih membicarakan kelahiraran anak Yani. Mereka berdatangan untuk melihat  bayi tersebut. (Sumber)

    Anak menyamar sebagai ibu untuk menipu

    Posted: 06 Mar 2011 06:30 PM PST

    Macam-macam cara untuk menipu...
    saya petik dari myMetro


    FERNDALE (Washington): Pihak berkuasa berkata, seorang wanita ditahan kerana disyaki menipu ketika dia cuba membuka akaun bank sambil menyamar sebagai ibunya untuk mendapatkan pencen.

    Sheriff Whatcom County, Bill Elfo, berkata Loewen B Craft memakai rambut palsu kelabu dan mekap supaya kelihatan lebih tua ketika berurusan dengan kakitangan bank di Ferndale.


    Katanya, Loewen, 59, menyamar sebagai ibunya, Betty Becker, yang mati pada 2007.


    Sebelum ditahan, kata Elfo, Loewen sempat memperoleh lebih daripada RM439,000 daripada bank lain melalui penipuan sama.


    "Penipuan itu mula dikesan secara tidak sengaja apabila seorang detektif menyiasat satu kes lain yang tidak berkaitan dengan Loewen," katanya. - Reuters

    Isteri lihat suami sedang berasmara dengan anaknya di dapur

    Posted: 06 Mar 2011 05:47 PM PST

    Makin rosak pemikiran manusia akibat nafsu..
    saya petik dari myMetro

    KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

    Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat 'bermadu dengan anak sendiri' menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

    Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

    Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.

    "Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur," katanya.

    Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

    "Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

    "Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota," katanya.

    Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

    "Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

    "Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu," katanya.

    Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

    "Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

    "Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur," katanya.

    Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

    "Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim. 

    "Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur," katanya.

    Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

    "Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

    "Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu," katanya. 

    Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

    "Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

    "Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya," katanya.

    Wah.. Robot Bantu Pembedahan Jantung di India

    Posted: 06 Mar 2011 04:25 PM PST

    Liputan6.com, New Delhi: Wah, Robot Bantu Proses Pembedahan Jantung di India. Ini bukanlah cerita fiksi yang biasa ditayangkan di televisiyen. Menurut pengakuan para doktor di India, mereka telah dibantu robot dalam melakukan operasi terhadap seorang pesakit penderita sakit jantung, D. Vijayakanth.

    Pada pembedahan kali ini, doktor dibantu tiga buah robot yang dibekal alat pembedahan. Diperlukan waktu empat jam untuk prosedur ini.

    "Prosedur dalam pembedahan mengganti mitral dan katup aorta secara bersamaan mendapatkan bantuan dari robot," ungkap Dr R. Ravi Kumar, Direktur Institut Penyakit Jantung di Chettinad, India.

    Ia menambahkan, "bahagian terbaik tentang menggunakan robot dalam pembedahan jantung adalah jantung pesakit tidak perlu dibuka. Selain itu operasi dapat dilakukan dengan menggunakan alat insisi kecil berukuran 4 centimeter. Hal ini tidak mungkin dilakukan tanpa bantuan robot."

    Prosedur ini membutuhkan banyak pelatihan intensif. Meskipun tangan robot dapat melakukan operasi, tetap harus dikawal oleh dokter ahli bedah yang terlatih. Salah satu kelemahan terbesar adalah kurangnya persepsi indrawi yang ada ketika doktor bedah yang sebenarnya melakukan operasi.

    Remaja hidup mewah sebab jadi hacker

    Posted: 06 Mar 2011 09:01 AM PST

    Keberadaan hacker semakin lama semakin diakui. Bahkan Google pernah menantang para hacker di seluruh dunia untuk mengerat produk Chromenya yang konon anti hack.

    Banyak cerita-cerita hebat tentang hacker yang berhasil membolosi situs-situs penting dengan kerahsiaan tingkat tinggi sekalipun.


    Berikut ini adalah salah satu kisah sukses seorang remaja 19 tahun yang berhasil membolosi web bank-bank sebanyak £ 18m melalui kad kredit (dailymail.co.uk).

    Nick Webber yang di dikeluarkan dari sekolah lantaran memiliki nilai yang tidak cukup. Dari sinilah awal perjalanan kariernya sebagai hacker.

    Menimba kemampuan IT di asrama sekolah Bradfield College, England, Nick memutuskan untuk pindah ke sebuah desa di daerah Berkshire. Dari sini, dia membentuk kerajaan internetnya melalui web GhostMarket.net yang menjadi wadah bagi para hecker internasional berkomunikasi melalui forumnya. Mereka berbagi tutorial cara mengerat situs bank, pemalsuan kad kredit dsb.

    Akhirnya Nick yang anak bekas politik ini berhasil membolosi 132 ribu tandatangan  di berbagai bank. Dia bekerja sama dengan beberapa temannya antara lain Ryan Thomas, bocah berusia 18 th dan Gary Kelly, cewek berusia 21 tahun ahli pemalsuan kad kredit.


    Ketiganya sempat menikmati hasil kegeniusan mereka dengan hidup berfoya-foya di kepulauan Malloca, Sepanyol sebelum akhirnya tertangkap oleh Polis Cyber crime England yang selama ini dibuat pusing oleh aksi-aksi mereka.

    Nick perlu menghabisi 5 tahun masa penjara.

    Setelah penangkapannya, Nick masih sempat menitipkan pesan kepada para member GhostMarket.net, "Untuk menjadi hacker sejati, kamu harus boleh menjadi Ghost…"

    [Video] Perompak sopan beraksi

    Posted: 06 Mar 2011 08:30 AM PST

    VIVAnews – Biasanya, perampok melakukan aksinya dengan garang dan brutal. Itu supaya korban gemetar dan tidak melawan, lalu mereka dengan mudah menjarah harta bendanya. Tapi, sungguh beza yang apa dilakukan oleh perampok satu ini.

    Perampok ini sungguh santun. Namanya Gregory P. Hess. Sebelum merampok sebuah mini market di Seattle, Amerika Syarikat, dia meminta izin terlebih dulu kepada penjaga kedai bernama John Herry. Hess lalu meminta wang dan tak lupa meminta maaf. Kepada Herry, dia bilang terpaksa melakukan semua ini demi menafkahi anak-anaknya. Tak tega, Herry pun menyerahkan wang sebanyak US$ 300. Sebelum pergi, Hess masih menyempatkan memberitahu, suatu hari nanti wang itu akan dia kembalikan.

    Peristiwa langka ini ternyata dapat dikamera CCTV yang terpasang di mini market ini




    Cafe Lu cafe yang bikin panas pengunjungnya

    Posted: 06 Mar 2011 07:25 AM PST

    Cafe Lu adalah sebuah cafe yang terletak di Santa Ana, California, Amerika Syarikat memiliki ciri khas unik dalam memanjakan pelangganya selain menyediakan bermacam minuman mulai dari teh, kopi, hingga smoothie, juga menyediakan pelayan wanita-wanita cantik dan sexy dengan pakaian yang sangat minimum.

    Dalam melayani tamu Cafe Lu para pelayan ada yang hanya mengenakan pakaian dalam saja, ada juga yang memakai pakaian olah raga yang sexy, serta mengenakan kasut  tinggi, dan mereka para pelayan senantiasa melayani para tamu dalam hal menyajikan kopi, dan juga menuangkan teh kedalam gelas anda.

    Setiap pelayan di Cafe LU memiliki kode tersendiri sesuai dengan gaun yang dipakainya. Setiap pelayan memiliki deskripsi tersendiri dengan pakaian mereka, seperti Bra Tops, Bustiers, Korset, Spandex, Rok Mini, dan lain sebagainya.
     Berikut adalah foto-fotonya yang  peroleh dari Fans Facebook Cafe Lu.


    [Hebat] Guna punching bag buat potret Muhammad Ali

    Posted: 06 Mar 2011 06:00 AM PST

    Menggunakan Punching Bag berbentuk, kawat baja, paip aluminium, dan wajah orang terkenal . Michael Kalish telah menciptakan sebuah monumen yang menakjubkan yang memberi penghormatan kepada salah seorang petinju terbesar sepanjang masa, Muhammad Ali.

    Terdiri dari 1,300 Punching Bag berbentuk rintik hujan, 6,5 mil kabel stainless steel dan 2.500 paun paip aluminium, ini adalah sebuah monumen penghargaan dengan tinggi 22-kaki menjadikannya salah satu ikon terbesar di dunia tinju. Hal yang menarik tentang hal ini adalah bahawa jika anda melihatnya dari sisi manapun terlihat seperti angin puyuh Punching Bag yang tergantung, tapi jika Anda melihatnya dari titik tertentu, di depan, anda akan melihat potret yang jelas Muhammad Ali.

    "Saya suka mengubah benda biasa menjadi karya seni yang luar biasa. Ini adalah kesempatan seumur hidup dan saya merasa terhormat saya yang boleh menciptakan monumen ini untuk memberi penghormatan kepada seperti orang luar biasa "kata. Kalish tentang pekerjaan yang luar biasa itu. menyedari akan dirasmikan pada 25 March di Nokia Plaza LA Live, di Los Angeles, dimana Muhammad Ali sendiri diharapkan hadir untuk tampilan dan menggantung karung tinju terakhir sebagai tanda perasmian.







    Ayam yang dibuat daripada kulit telurnya sendiri

    Posted: 06 Mar 2011 05:00 AM PST

    Dengan menggunakan kulit denganwarna yang berbeza,  Kyle Bean telah berhasil membuat patung  ayam yang cukup kreatif dan mengesankan.




    Chef buat replika dapurnya daripada cokelat dan gula

    Posted: 06 Mar 2011 04:00 AM PST

    Master pastry chef Alain Roby telah membangun replika dapur rumahnya di Jenewa, seluruhnya terbuat dari 2.000 paun cokelat dan gula.
    Alain Roby, lelaki yang sebelumnya membangun sebuah replika pencakar langit cokelat setinggi 20-kaki dan pohon Natal setinggi 22-kaki yang terbuat dari cokelatDia mula membuat replika yang unik ini tahun lalu, ketika dia menerima sumbangan dari Callebaut chocolaterie coklat Belgium. Dia memulakan dengan melelehkan cokelat ke dalam cetakan dia buat sendiri, dan menghubungkan bahagian menggunakan coklat. Pinggan-pinggan itu terbuat dari gula, dan ubin itu dipahat menjadi bentuk yang diinginkan.
    Keseluruhan projek memerlukan waktu berbulan-bulan untuk menyelesaikan, dan Alain masih menemukan cara untuk memperbaikinya. Artis coklat mengakui kesenian dapur merupakan halangan besar, tapi itu sebenarnya bahagian teknik yang paling rumit. Dapurnya lengkap dengan almari, dapur, wastafel, sebuah backsplash seramik, teko dan piring. Dapur cokelat Alain Roby telah menjadi daya tarik di Jenewa, kerana telah dipamerkan di tempat pusat kota.



    Bilik tidur bertemakan pirate

    Posted: 06 Mar 2011 03:00 AM PST














    Designed by Steve Kuhl. The bedroom features a pirate ship floating that is complete with a rope bridge. This is one of a hell bedroom to have.

    Devil's Pool, Kolam Renang paling Menyeramkan di Seluruh Dunia

    Posted: 06 Mar 2011 02:00 AM PST

    "Sesuai namanya, Devil's Swimming Pool, kolam renang ini diyakini sebagai yang paling berbahaya di dunia. Devil's bukanlah buatan manusia tapi ceruk semulajadi di air terjun terbesar yang terletak di perbatasan Zimbabwe dengan Zambia."

    Deretan karang alami yang muncul tepat di bibir jurang dan ceruk di hujung air terjun bioleh dijadikan tempat berenang ketika air sedang dangkal dan tidak deras.
    Biasanya selama September sampai Disember. Di saat seperti ini, para perenang bahkan boleh melongok ke dasar jurang dari hujung air terjun itu tanpa perlu takut terseret derasnya air.

    Tempat pelancongan yang terletak di sisi Zambia ini tiap tahunnya dibanjiri pelancung yang ingin melihat dasar air terjun dari puncaknya.

    Beberapa bahkan berani membiarkan diri terbawa arus deras sampai ke bibir air terjun sebelum mentok kerana terhalang karang. Di bawah mereka, sejauh 108 meter, Sungai Zambezi mengalir deras.

    "Di bulan-bulan selain September - Disember, yang berani berenang di Devil's akan langsung terseret dan terempas di dasar Sungai Zambezi kerana karang penghalang di bibir air terjun itu terendam air yang mengalir deras."



    Angela Stugren, pelancong AS yang mengunjungi tempat itu mengatakan tempat ini lebih menyeramkan dari bungee jumping. "Perasaan boleh terseret air yang tenang membuat Anda seperti gamang," katanya.

    Dikenal dengan nama Mosi-oa-Tunya atau asap menggelegar dalam bahasa setempat, air terjun ini menumpahkan 500 juta liter air setiap minitnya dari bibir air terjun yang panjangnya tak kurang dari 1,6 km.

    Pelangi yang dihasilkan dari wap air terjun ini bahkan boleh dilihat dari jarak 48 km. Total ada tujuh jeram utama yang termasuk dalam air terjun Victoria ini.

    Aksi suami isteri mencuri kasut tertangkap CCTV

    Posted: 06 Mar 2011 01:00 AM PST












    sumber : stomp.com.sg

    The man and woman caught on CCTV stealing STOMPer uger's shoes were none other than her next-door neighbours, who are husband and wife. The man even left with an entire rack of shoes.

    In the first video, the man was seen loitering outside the unit with a cigarette in his mouth, before making away with a whole rack of shoes.

    In another video, a woman was seen grabbing a pair of sports shoes before entering a unit in the condominium.

    Said the STOMPer:

    "The man and the woman are husband and wife and they are my immediate neighbours, living right next door to me at Evergreen Park.

    "Since they moved here, they were not happy that we had a shoe rack mounted on the wall outside our unit. My husband took it down, but they were still not happy that we left some of our belongings outside our unit, telling us that since they bought a corridor unit, the corridor and the wall belongs to them, even though we did not place our things in front of their apartment.

    "The woman stole our shoes but as for the guy, we found our shoe rack at the recycle bin on the ground floor.

    "When we made a police report, the woman said she was drunk when stole our shoes."

    Kerana mabuk lelaki ini berjalan-jalan menggunakan mesin pemotong rumput

    Posted: 06 Mar 2011 12:00 AM PST

    Seorang lelaki terpaksa menghabiskan waktunya di penjara setelah dia memandu mesin pemotong rumput di jalan tol di malam hari tanpa lampu.

    Robert Grimstad didapati memandu sebuah mesin pemotong rumput di jalan dekat Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat (AS), ketika dia dihentikan oleh petugas setempat.
    Ketika ditanya oleh polis, lelaki berusia 38 tahun tersebut mengaku sedang berusaha memberi semangat warga setempat.

    Seperti dikutip Orange.co.uk, petugas mencium bau alkohol dari nafasnya dan kemudian melalukan ujian darah dan menahannya dengan tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.

    Boone County Sheriff Ron Fehr mengatakan memandu kendaraan jenis apapun dalam keadaan mabuk, merupakan satu kesalahan. Ketika ditanya berapa kelajuan mesin pemotong rumput Grimstad, Sheriff Fehr menolak untuk memberi komen.

    [Hebat] Jepun Cipta Handphone Dengan Bentuk dan Bahan Menyerupai Manusia

    Posted: 05 Mar 2011 11:25 PM PST

    KreativI orang Jepun dalam menciptakan suatu barang di dunia teknologi patut dikagumi. Kreatifnya, seringkali barang yang mereka cipta boleh dikatakan "aneh". Sebagai contoh, handphone berbentuk manusia yang diperkenalkan oleh Advanced Telecommunications Research Institute International (ATR) Jepun. Handphone ini diciptakan dengan maksud membuat para pengguna merasa lebih dekat dengan orang  pada ketika berkomunikasi. Tidak hanya bentuknya yang menyerupai manusia, bahan yang digunakan untuk membuat ponsel itu pun dibuat menyerupai kulit manusia.


    Sejauh yang terlihat pada foto, handphone yang menyerupai bentuk manusia (atau lebih tepatnya seperti boneka plastik) berukuran sedikit lebih besar dari telapak tangan. Di bahagian kepala handphonel tersebut tersedia speaker dan di bahagian badannya terdapat lampu indikator penggunaan. Dalam keadaan standby lampu berwarna merah, sedangkan ketika sedang digunakan lampu yang menyala berubah menjadi biru. Feature voice recognition rencananya akan ditambahkan ke dalam handphone ini. Ini merupakan projek kerja sama antara Universitas Osaka, operator ponsel NTT DoCoMo, dan beberapa institusi lainnya. Mereka berharap dapat menjual ponsel ini di pasaran dalam waktu lima tahun mendatang.



    Keinginan para pencipta ponsel ini untuk merasakan kedekatan secara fisik dengan lawan bicara masih bisa saya mengerti. Namun, merasakan kedekatan tersebut dengan menempelkan bahan ponsel yang menyerupai kulit manusia ke telinga merupakan ide yang aneh. Bagi saya melakukan video-calling dan menggunakan media sosial lebih masuk akal, apalagi ponsel yang memiliki feature ini pastinya akan lebih nyaman untuk dibawa-bawa dalam saku celana

    Demi Sesuap Nasi, Janda-Janda Ini Rela Ditiduri

    Posted: 05 Mar 2011 10:30 PM PST

    Dalam data Kantor Pemberdayaan Perempuan dan Keluarga Sejahtera (PPKS) Kabupaten Aceh Barat tercatat, sebanyak belasan ibu di Meulaboh terpaksa berkerja sebagai pekerja seks komersial atau PSK kerana suami meninggal akibat konflik dan bencana tsunami.

    "Baru belasan ibu yang tercatat berprofesi PSK, kebanyakan mereka mengaku terpaksa kerana tidak ada pekerjaan lain untuk menghidupi anak mereka setelah ditinggal para suami," kata Kepala Kantor PPKS Aceh Barat Sultri Helfianti di Meulaboh.



    Diperkirakan masih banyak kalangan janda mangsa konflik dan bencana stunami di Aceh Barat bernasib malang, yang terpaksa mengambil jalan pintas untuk menutupi keperluan keluarganya.
    Kerana itu, PPKS akan menjaga secara keseluruhan aktiviti kalangan wanita, selanjutnya akan memberikan bekal sejumlah pengetahuan agar para ibu, khususnya dalam keadaan tanpa suami, seperti halnya dapat membuka usaha atau diterima bekerja di perusahaan.

    Dalam perkembangannya, kaum ibu di Aceh Barat sudah dilihat berusaha meningkatkan kemahirannya agar mampu bersaing dengan pekerja lelaki.