Adsense

Ahad, 6 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


ADV: Cara Rawatan Pelangsingan ala Salun

Posted: 06 Feb 2011 04:00 PM PST

Tahukah anda sebenarnya rawatan pelangsingan boleh dibuat sendiri di rumah tanpa ke saloon atau pusat pelangsingan. Entri kali ini mahu memperkenalkan kepada pembaca cara-cara untuk membuat rawatan pelangsingan di rumah mengunakan produk BEAUTEE.

Apa yang anda perlukan ialah:

  1. 1 botol ginger pure dead sea salt cream.
  2. 1 botol cili krim
  3. 1 kotak thermo slimming ampoule (untuk 10 x rawatan pertama)
  4. 1 kotak anti celulite & Firming ampoule (untuk 10 x rawatan seterusnya)
  5. 1 roll home use plastic wrap.

fullset_cili___16296

Fokus utama dalam sesi pelangsingan badan ini ialah pada masalah perut buncit, punggung besar dan peha besar. Jadi, anda dinasihatkan pakai underware yang pakai buang punya, kat supermarket ada jual. :)

Ambil secukupnya ginger salt tadi ikut saiz badan anda, dan scrub di bahagian kita nak buat rawatan ni, luangkan masa lebih kurang 10 minit untuk scrub ajer. Tujuan kita scrub ni untuk membuka pori-pori kulit supaya proses seterusnya berjalan lancar. Selain itu, tempat yang kita scrub ini akan jadi lebih halus dan tegang.

Setelah 10 minit, bilas tubuh anda mengunakan air suam, kalau rumah anda ada air panas senanglah. Sekiranya rumah anda ada tub mandi berendam
lah di dalamnya, pastikan airnya suam-suam suku.

Setelah siap mandi, keringkan angota tersebut, dan kita boleh mulakan dengan menyapu thermo slimming ampoule.sebotol saja sudah cukup, sapukan ke seluruh tempat yang nak dibakar lemaknya. Sekiranya anda mempunyai mesin ultra sonic maka urutan dilakukan mengunakan mesin tapi kalau tidak pakai tangan ajer ler. Lakukan urutan secara membulat sehingga ampoule kering.

Note* sekiranya anda nak buang selulit atau geleber-geleber akibat kesan gemuk dulu, boleh tukar kepada anti celulite & firming ampoule yer.

Setelah itu ambil sedikit cili krim secukupnya dengan saiz badan dan sapu tempat yang sama, buat macam lapisan kedua lah, jangan terlalu basah atau terlalu kering.

Minta bantuan rakan untuk wrap badan anda bermula dari bawah payudara hingga kepunggung dan terus ke peha kanan, putuskan wrap kemudian wrap semula dari punggung terus ke peha kiri dan putuskan wrap.

Biarkan sekurang-kurangnya satu jam untuk mendapat hasil yang memberansangkan.

Anda boleh
-masuk dalam sauna ,
-masuk dalam hot blanket
(sila minum segelas air sebelum masuk dan segelas lagi sebaik keluar)

Anda akan terasa panas (nak kurus kena sabar)
Anda akan terasa gatal sikit (lemak sedang terbakar)

Jika anda tidak tahan dengan cili krim anda boleh tukar dengan cold slimming solution atau ginger nano slimming cream. Kesan sama tapi yang sejuk ni mahal sikit ajer.

Anda nak tukar wrap kepada girdle atau baju slimming pun boleh tapi hasilnya kurang mantop, result tidak seperti memakai wrap.

Peringatan.

  1. Ibu mengandung TIDAK BOLEH.
  2. Ibu baru bersalin sangat-sangat digalakkan.
  3. Menyusukan anak tak ada masalah asalkan jangan kena breast sudahlah, pastikan masa rawatan anda dah stand by susu anak siap-siap sebab nak buat ni makan masa 2-3 jam. So tak elok kalau badan kita ada cili krim nanti kena kat baby kan.
  4. Kepada mereka yang makan produk apa pun tak jalan guna lah cara ni. Oh ya, keberkesanan produk ini bergantung kepada ANDA, bukan kepada BEAUTEE atau kepada saya.
  5. Jika anda malas dan suka skip, produk ini TIDAK akan berkesan. Produk external ini bergantung kepada USAHA dan KONSISTENSI dan Jadual yang tetap juga DISIPLIN.
  6. Pemakanan juga penting, makan kurang lemak, gula, goreng dan makanan ringan. Minum banyak air.

Rawatan water retention

Cara 1: Rendam kaki anda, dalam sebaldi air suam yang telah dicampur dua sudu besar ginger pure dead sea salt cream.
Cara 2: Rendam seluruh tubuh anda dalam tub mandi yang berisi air dan 5 sudu besar ginger pure dead sea salt cream.

Dapatkan set promosi sekarang cuma RM 220
Pos laju RM 8.

Tips ini dibawakan oleh Reamas Beauty Center terletak di no 13, Pusat Beli Belah Pandan Capital, (MPAJ) Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.

Semua produk kecantikan yang dijual dibutik kecantikan ini adalah halal dan bebas dari unsur haiwan.

Semua harga yg ditawarkan adalah sangat berpatutan dan jauh lebih murah dari salun.

Untuk mendapatkan produk ini, sila hubungi Mas: 016-6224506

Email/Ym : langsingdengansiy@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat secara online dan kad kredit sila email untuk payment request.

Layari:
http://masbeautee.blogspot.com
http://www.langsingdengansiy.com

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mulakan Salun Kecantikan Anda Sendiri Dengan NU SKIN
  • Jom Join Seminar Pelangsingan Badan
  • Kini Pelangsingan Anda Bukan Lagi Satu Penyeksaan
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Cara Nak Kurus Dengan Senang, Cubalah Guna SIY
  • Nurul Dilantik Menjadi Duta Pertama Studio Glow and Glamour
  • Azean Irdawaty, Pelakon Datin Diaries Ada Kanser Payu Dara?
  • Jue Aziz Jadi Pengacara Anggun Aromaterapi
  • Open Day AsterSpring Khusus Untuk Pembaca Sensasi Selebriti
  • Hilangkan Lemak di Badan Anda Dengan Slim It Yourself S.I.Y
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Posted: 06 Feb 2011 11:15 AM PST

    Budiey BlogJom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Di tengah-tengah kerancakan tarian jalanan yang semakin menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa, DynDa mengajak semua bakat tarian di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan menari mereka dengan menyertai pertandingan tarian DynDa Februari ini.

    Memilih nama 'DynDa Hanya Kamu Dance Off', Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput semua penari tempatan dan asing terutamanya bakat-bakat baru yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan pada jam 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza.

    Sepuluh (10) kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir pada jam 3 petang 20 Februari 2011 bertempat di Ruang Legar Sungei Wang Plaza.

    Dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai Penaja Lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai Portal Rasmi, DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

    Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai RM1500 dan RM700 masing-masing.

    Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda Babe… Hanya Kamu yang telah dirilis sekitar penghujung 2010.

    DynDa

    DYNDA

    "Lagu 'Babe … Hanya Kamu' ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas 'AMPM'. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

    Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim denagn ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa.

    Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik. Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta yang stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara" kata Ferhard mengakhiri perbualan.

    DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

    Ditanya kenapa memilih tarian jalanan dan K-Pop, DynDa mengatakan kedua-dua tarian ini adalah trend terbaru yang menjadi kegemaran ramai pengikut tarian seluruh dunia.

    "Tarian jalanan dan K-Pop memang dua fenomena yang menakjubkan. Ia bukan sekadar tarian untuk menghiburkan para penonton. Ia umpama satu budaya yang menggabungkan pelbagai elemen seperti muzik, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi.

    Bagi kami, pertandingan ini lebih bersifat peribadi. Selain daripada mengenengahkan bakat tarian, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mendekati peminat-peminat tarian di Malaysia. Banyak yang ingin kami kongsikan dari segi gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini.

    Untuk itu, pertandingan ini kami buka penyertaan kepada semua, tanpa mengira warganegara dan umur mereka" ujar Dynda.

    Teaser – Hanya Kamu Dynda Dance Off Competition

    Peringkat Saringan

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 12 Februari 2011
    Tempat: T-Hop, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza
    Peringkat Akhir

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 20 Februari 2011
    Tempat: Ruang Legar, Sungei Wang Plaza

    DynDa

    Syarat-Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia tanpa mengira had umur.
    2. Penyertaan mestilah secara berkumpulan (minima 2, maksima 5 orang)
    3. Stail tarian terhad kepada Tarian Jalanan dan/atau K-Pop sahaja
    4. Durasi persembahan tidak melebihi 4 minit (2 minit lagu Hanya Kamu (Babe) (sila dapatkan sampel lagu dari http://www.facebook.com/DynDaFanPage dan 2 minit selebihnya dari lagu pilihan anda sendiri)
    5. Setiap kumpulan mestilah membawa sendiri CD yang mengandungi kombinasi lagu seperti yang tertera di atas
    6. Juara akan diberi peluang untuk muncul di dalam muzik video Dynda. Sekiranya Juara tidak dapat muncul tanpa alasan yang munasabah, Naib Juara akan mengambil alih.
    7. Dynda akan menjadi hakim pertandingan dan segala keputusan adalah muktamad.

    Penghakiman

    1. Nilai-nilai Hiburan / Kreativiti 20%
    2. Teknik 20%
    3. Keaslian Persembahan 20%
    4. Koreografi 20%
    5. Koordinasi/Kerjasama Kumpulan 10%
    6. Stail / Penampilan 10%

    Pihak Penganjur

    1. Tidak akan bertanggungjawab diatas segala kecederaan, kehilangan dan kerosakan sepanjang penganjuran pertandingan ini
    2. Berhak untuk menggunakan segala gambar, biodata, rutin tarian, belakang pentas untuk aktiviti promosi
    3. Berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana syarat pertandingan tanpa sebarang notis awal
    4. Berhak untuk menolak mana-mana penyertaan kumpulan untuk menyertai pertandingan ini
    5. Berhak untuk menyingkirkan mana-mana kumpulan atas salahlaku semasa penganjuran pertandingan ini

    DynDa

    DynDa

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • The Fabulous Cats & Dynda Gegarkan Esplanade Singapore
  • 10 Single Terhangat Alibi Music
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • BURBERRY THE BEAT TALENT SEARCH CONTEST
  • Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love
  • Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Video Kelakar:Press Conference Sharifah Armani

    Posted: 06 Feb 2011 10:50 PM PST



    Haha..kelakar je derang nie..

    Zekelifeli tue suka perasan dia ada hidung mcm mat salleh dan ada six pack..haha..please la..

    Bila part Armani ckp pardon me.Afdlin tetiba je ckp papadom me,sampai si Zizan tue cover gelak..pastu bila part derang sindir ckp Nabil main kayu tiga dgn Irma Aroma,Nabil buat muka serius je.hee..

    Layan..

    Victoria Beckam hamil anak perempuan

    Posted: 06 Feb 2011 09:57 PM PST

    David Beckam dan Victoria Becham sudah pun memiliki 3 orang anak lelaki dan kini Victoria sekali lagi hamil anak keempat mereka.

    Dan yang peling menyeronokkan pasangan ini bila,Victoria pergi melakukan scan untuk bayinya dan mendapati bayi dalam kandungannya itu berjantina perempuan.

    Dengar kata pasangan nie dah mula membeli baju-baju comel bayi perempuan.Bakal dapat little princess.Mesti comel sangat2

    Adam Sandler Dapat Satu Bintang di Hollywood Walk Of Fame

    Posted: 06 Feb 2011 09:43 PM PST

    Adam Sandler didampingi isteri tercinta, Jacqueline Samantha Titone, anak Sadie Madison Sandler dan Sunny Madeline Sandler yang turut meraikan kejayaannya itu.


    Adam Sandler memang pelawak yang berbakat.Kalau ada je Movie yang dilakonkan oleh Adam Sandler,Sensasi pasti teruja nak tengok..mesti kelakar.

    Bukan setakat seorang pelakon berbakat,Adam juga seorang penerbit dan penulis skrip filem.Bukan calang calamg selebriti hollywood yang boleh mendapat bintang di Walk Of Fame..Jadi dengan mendapat bintang nie,Adam Sandler dah dapat satu lagi reputasi baik dalam bidangnya.

    Antara filem yang pernah dibintangi olehnya adalah "Grown Ups", "Bedtime Stories", "You Don't Mess with the Zohan', "Click", '50 First Dates" dan "The Longest Yard".

    Anugerah yang pernah diperolehi oleh Adam Sandler sepanjang kerjaya sebagai seorang pelakon ialah "Blockbuster Entertainment Award for Favorite Actor – Comedy", "Kids' Choice Award for Favorite Movie Actor", "MTV Movie Award for Best Comedic Performance", "People's Choice Award for Favorite Motion Picture Star in a Comedy" dan 'Razzie Award for Worst Actor" dalam filem "Big Daddy".

    Selain Adam Sandler, antara selebriti yang namanya terukir di Hollywood Walk Of fame adalah Michael Jackson, Janet Jackson, Samuel L. Jackson, Elton John, Nicole Kidman, Bruce Lee, Keanu Reeves, Larry King, Paula Abdul dan ramai lagi.

    Video Youtube lawak yang sangat Racist

    Posted: 06 Feb 2011 09:35 PM PST


    Video nie sangatlah racist.Sensasi ingat cuma Namawee je yang berani buat video racist mcm nie.

    Memula tgk memang kelakar lah jugak,tapi bila lawak nie ditujukan untuk satu kaum di Malaysia,Sensasi memang rasa tak elok sangatlah nak berperangai mcm nie.mempersenda isu sensitif masyarakat mereka.maklumlah kita pun tahu,simpan rambut panjang sume tue utk bangsa singh adalah tuntutan agama mereka.Itu kepercayaan masing2,kalau org mempersendakan agama kita,tau pun rasa berapi dan panass hati.


    Bagi sensasi org yang sengaja menghina bangsa lain nie sangatlah tak bijak dan mempunyai nilai diri yang sangat rendah.hormat menghormati tue kan amalan mulia.

    Sensasi harap rakyat malaysia peka dengan perasaan sesama sendiri.Kita memang berbilang kaum jadi sepatutnya kita saling hormat menghormati.

    Bukan sensasi nak ckp org melayu ja,even org cina dan india pun kene lah hormat menghormati jugak bangsa2 lain.


    Org yang tak terasa bila tgk video nie mmg la pada mulanya rasa kelakar,tp bila fikir,bagaimana kalau video nie dituju kepada bangsa sendiri,pasti dah tak lawak dan menaikkan kemarahan je.

    Video kelakar:Budaya bahasa Moden a.k.a comel remaja Malaysia..Ewwww

    Posted: 06 Feb 2011 09:17 PM PST



    Masing-masing ada cara yang mereka suka untuk berhubung dengan rakan-rakan.
    ada yang suka speaking,ada yang suka ckp loghat negeri masing-masing,ada yang menggunakan ayat rempit,ada juga yang suka guna bahasa kengkonon comel dan ada yg guna bahasa baby..


    hahaha seriously,kelakar tgk mamat nie demo penggunaan bahasa Ewww dan bhsa ntah pape yg kdg2 agak annoying

    "Ad mbr lmew tgu lmew glew..x aprv gk aq" <--- seriously memang ada yang guna pkataan mcm nie dalam Fb..hahaha.

    adik sensasi pun dulu guna perkataan aq bila ckp kat fb,gedik kan,skrg dier dah tak guna,sensasi rasa dier dah insaf kot.

    Tp sensasi pun guna gak word eww kdg2 dlm sms...it fun..haha

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Adakah Hidup Korang Tak Lengkap Kalau Sehari Tak Tweet Atau BBM?

    Posted: 06 Feb 2011 09:46 PM PST

    Kami lakukan soal selidik terhadap follower kami di twitter ohbulan berkenaan tahap obses mereka dengan dunia sosial dan rata-rata memberikan pandangan yang di luar jangkaan.

    Kapasiti twitter 140 perkataan adalah satu rahmat kepada kami, kalau tidak mesti mereka membalas jawapan yang panjang berjela. Menurut @syahidvicious & @RosnizaZ yang mempunyai pendapat yang sama iaitu, "Tak tweet, rasa macam gelisah." Fuh, memang kemaruk betul empunya akaun twitter ini.

    Namun, pendapat itu tidak dapat mengalahkan @axwa dalam tweet-nya yang macam orang mabuk bercinta berbunyi, "kalau sehari tak tweet, badan mengigil, jari gatal, mata macam kena laser, otak serabai, baju rasa cam tak iron."

    Ada yang mengambil langkah selamat untuk tidak menunjukkan tahap obses mereka terhadap dunia sosial. @echazakaria berkata, "Not really. Kadang-kadang, bila ada idea nak tweet & ada benda yang nak share, baru tweet."

    @Aidamusraini pula berkata, "Life seems more interesting with Twitter." Ya, tapi lagi menarik kalau kau, kau & kau semua memiliki sebuah smart telephone untuk menghantar tweet & facebook-ing.

    Celcom menawarkan pembelian smart telephone pada harga diskaun dengan penebusan token untuk jenama-jenama terpilih seperti Blackberry (9800, 9780, 9700, 9300, 8520), Samsung Galaxy Tab, Nokia (C3, C7), LG (Optimus 7, Optimus One), & Sony Ericsson Xperia X8. Kunjungi www.xpax.com.my/sale untuk harga serta model handphone yang sesuai dengan tahap obses anda!

    Untuk mengetahui status token terkumpul, pengguna Celcom Xpax, U.O.X atau S.O.X boleh mendaftar di http://www.celcom.com.my/onlinecustomerservice/. Token pula boleh dikumpul berdasarkan konsep "makin banyak guna, makin banyak token". Bagi setiap RM 10 yang anda gunakan, Celcom akan memberikan 1 token.

    Ikuti cerita lebih lanjut berkenaan tawaran Celcom di entri Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Video) Mendidih Bersama Sharifah Amani

    Posted: 06 Feb 2011 04:54 PM PST

    Sangat ironi, kami tak tahan gelak sebab situasi yang berlaku dalam video ini pernah berlaku kepada kami kira-kira awal bulan 1 lepas. Kalau anda pembaca setia OHBULAN!, kebanyakan cerita yang dilakon semula dalam video ini memang pernah kami paparkan dalam blog ini.

    Tonton video dan cuba anda kaitkan dengan gosip-gosip ini:

    1. Artis Baru Gosok Baju Kurung 1 Jam, Tak Tepati Masa
    2. Nabil Raja Lawak & Irma Hasmie Putus Cinta, Kantoi Berduaan Dengan Gadis Seksi
    3. Pelakon Lelaki Muda Tak Tahu Adab, Selamba Cium Mulut Janda Muda Depan Dewan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Lelaki ber IQ rendah ini dilarang melakukan seks

    Posted: 06 Feb 2011 09:00 PM PST

    VIVAnews - Seorang lelaki berusia 41 tahun menerima hukuman teramat berat dari sebuah pengadilan tinggi di England: dilarang melakukan hubungan seks. Keputusan ini mengundang reaksi masyarakat soal kebebasan sivil dan autonomi kehidupan peribadi.

    Hakim ketua, Mostyn, terpaksa menjatuhkan keputusan itu atas pertimbangan bahawa lelaki yang dikenal dengan sebagai Alan itu tidak memiliki kapasiti mental yang memadai untuk memahami risiko kesihatan atas hubungan seksual. Alan memiliki IQ 48, jauh di bawah standar rata-rata sebesar 100.

    Hakim memerintahkan pengadilan untuk memerhatikan pelaksanaan hukuman itu, serta memberikan pendidikan seksual kepadanya. "Ini adalah keputusan terbaik untuk masa depannya," kata Mostyn, seperti dikutip dari laman Telegraph.

    Kes ini sampai ke pengadilan menyusul beberapa kejadian yang dilakukan Alan sebelumnya. Selain menjalin hubungan sesama jenis, Alan juga dituduh telah mencabuli anak-anak di sebuah klinik kesihatan dan pengangkutan awam.

    Berdasarkan aturan Mental Capacity Act 2005 yang berlaku di negara itu, hakim memiliki hak untuk membuat keputusan terkait hidup dan mati seseorang yang dianggap tidak memiliki kecerdasan untuk menentukan hidup mereka sendiri

    Kupu-kupu berwajah manusia

    Posted: 06 Feb 2011 08:00 PM PST

    Kupu-Kupu bergambar wajah manusia (Foto: Nurul A/okezone)

    Warga Jalan Wonosari Wetan, Surabaya, Jawa Timur, dihebohkan wujud kupu-kupu yang ditangkap oleh salah seorang warganya. Anehnya, sayap serangga ini bergambar wajah manusia.

    Informasi yang beredar dari mulut ke mulut pun cepat menjalar. Puluhan warga yang terus berbondong-bondong menuju rumah Sutrisno, pemilik kupu-kupu tersebut.

    Sutrisno menjelaskan, kupu-kupu ini ditangkap secara tidak sengaja sekira lima hari yang lalu. Haiwan ini tiba-tiba menempel kuat di dinding rumah miliknya.

    "Saya penasaran langsung saya tangkap. Anehnya, Kupu-kupu ini tidak lari," kata Sutrisno kepada wartawan.

    Kupu-kupu ini sepintas sama dengan jenis lainnya. Yang membedakan adalah  sayapnya yang terkatup berwarna hitam kecoklatan itu tampak jelas rupa manusia dengan sorot mata yang tajam serta hidung dan misai yang melintang.

    "Tak ada yang luar biasa dan istimewa dari kupu-kupu ini, yang berbeza hanya sayapnya saja yang ada batikan seperti wajah manusia," kata bapak kepada dua anak ini sambil memegang serangga  ini.

    Agar tidak tewas, Suami Ani Triani (30) ini menempatkan Kupu-kupu tersebut di akuarium ukuran 60 x 20 sentimeter. "Sebenarnya saya ada niat untuk melepas, tapi untuk sementara ini biar dulu di sini (akuarium)," katanya

    Laman web untuk latihan sebelum berkahwin

    Posted: 06 Feb 2011 07:00 PM PST

    Sebuah laman web hiburan di India menawarkan isteri virtual bagi para lelaki bujang. Dengan nama biwihotohaisi.com, web ini menawarkan sensasi menikah sebelum menghadapi pengalaman berumah tangga yang sesungguhnya. Mereka yang melakukan pendaftaran keanggotaan di situs ini boleh memilih satu dari empat jenis isteri yang ditawarkan: ibu rumah tangga setia, pengekang, gila belanja, atau wanita karier ambisius.

     Biwihotohaisi, anda boleh dapatkan pasangan hidup sesukanya

    Jika menghendaki isteri dengan jenis ibu rumah tangga setia, pelanggan boleh memilih Ritu Gharwali. Dalam web itu, Ritu Gharwali digambarkan sebagai susuk wanita 23 tahun yang penuh perhatian, lugu, dan menyukai aktiviti di dalam rumah. Jika menginginkan isteri jenis Queen control pelanggan boleh memilih Bijli Thakur. Wanita 25 tahun ini digambarkan sebagai  yang sangat mendominasi pasangannya. Selain senang mengatur, Bijli Thakur juga suka mengintip kehidupan pasangannya.

    Sedangkan Milli Chulbulli ditawarkan kepada para lelaki yang menyukai istri supergaul. Wanita 21 tahun yang berprofesi sebagai sekretaris ini digambarkan sebagai yang suka membelanjakan wang untuk berbelanja, juga menyukai bergosssip dengan tetangga. Terakhir adalah Shalini Sheherwali, wanita virtual 26 tahun yang ditawarkan untuk para lelaki yang menghendaki isteri wanita berkarier. Shalini Sheherwali digambarkan sebagai yang sangat ambisius dengan pekerjaannya.

    Setelah memutuskan 'menikahi' salah satu dari empat jenis wanita tersebut, mereka akan secara automatik menerima pesan cinta dari  istri virtual. "Selamat makan siang sayang, aku sudah membuat makanan kesukaan kamu," demikian contoh pesan cinta dari Ritu Gharwali.  Penggasas web ini, Bharat Matrimony, berharap, pernikahan virtual itu boleh membantu para lelaki menemukan jenis isteri yang tepat dalam kehidupan nyata. Web ini menjadi arena latihan sebelum pernikahan sesungguhnya.

    Bunuh bekas suami dengan mentega

    Posted: 06 Feb 2011 06:00 PM PST

    Macam-macam cara...saya petik
    dari myMetro
     
     
    ROME: Sepasang kekasih dari Sicily gagal dalam cubaan mereka menutupi pembunuhan ke atas seorang lelaki yang dilemaskan menggunakan sepotong mentega, lapor akhbar Corriere della Sera, semalam.

    Akhbar itu melaporkan, mangsa, Lo Cocco, sengaja diperangkap supaya berkunjung ke rumah bekas isterinya yang kini tinggal dengan kekasih barunya di Campobello di Licata, selatan Sicily.

    Apabila tiba di situ, Cocco, 40, ditangkap dan dilemaskan dengan memasukkan sepotong mentega ke kerongkongnya.

    Pasangan itu percaya mentega berkenaan akan cair selepas Cocco mati.

    Bagaimanapun, bedah siasat menunjukkan ada kesan mentega pada saluran pernafasan Cocco dan penipuan pasangan itu terbongkar

    Sebelum ini, ketika disoal siasat polis mengenai kematian Cocco, pasangan terbabit mendakwa lelaki itu tiba di rumah berkenaan dalam keadaan mabuk dan cuba menyerang mereka.

     Pasangan itu juga mengaku terpaksa mengikat Cocco tetapi lelaki terbabit tiba-tiba rebah dan didapati mati. - AFP

    Bayi seberat 5.98 kg dilahirkan

    Posted: 06 Feb 2011 05:30 PM PST

    Wow!!! Bera betul bayi ini...saya petik 
    dari kosmo online..
    METHUEN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 5.98 kilogram (kg) di sebuah hospital di sini pada Khamis lalu.

    Menurut beberapa buah akhbar semalam, proses melahirkan bayi itu oleh ibunya, Amanda Byron, 21, berlaku selama 10 minit.

    Amanda sudah diberitahu bahawa dia akan melahirkan bayi gergasi sebelum kelahiran tersebut berdasarkan ujian imbasan.

    Namun, apabila bayi tersebut selamat dilahirkan, ramai yang terkejut termasuk doktor kerana mereka tidak menyangka cahaya mata pertamanya itu terlalu besar.

    Seorang doktor yang menyambut kelahiran bayi itu memberitahu Amanda bahawa dia mahu merakamkan gambar anaknya selepas melihatnya terlalu besar.

    Bayi itu yang diberi nama Jonathan Patrick tidak menghidap sebarang penyakit walaupun tubuhnya besar.

    Menurut rekod Guinness Book of World Records, bayi terberat di dunia dilahirkan pada 1879 dengan berat 10.48kg yang meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan. - Agensi

    Pendeta di Bhutan kena denda kerana hisap rokok

    Posted: 06 Feb 2011 04:00 PM PST

     Bhutan mendeklarasikan negaranya sebagai negara pertama yang bebas rokok. Sebagai korbannya, seorang pendeta Buddha di Bhutan yang ketahuan merokok akan diadili dan terancam dipenjara selama lima tahun.

    Harian Bhutan, Kuensel, mengatakan,pendeta Buddha yang berumumr 24 tahun itu ketahuan merokok sekaligus menyeludup rokok. Dia tertangkap kerana memiliki 72 paket tembakau, seperti dikutip Reuters. Rokok itu ia bawa dari India.

    Di Bhutan, negara kecil di Himalaya, merokok dianggap boleh memberikan karma buruk bagi hidup seseorang. Sejak 2005, Bhutan sudah melarang peredaran rokok, namun rokok selundup terus masuk dari India. Merokok di tempat umum sangat dilarang di Bhutan, sementara merokok di ruang tertentu masih diperbolehkan.

    Dengan undang-undang antirokok terbaru yang diluncurkan Januari ini, polisi  boleh memeriksa rumah penduduk yang dicurigai menyimpan rokok, memenjarakan penjual rokok, hingga menghukum perokok yang tidak memiliki bukti pemilikan rokok import. Warga Bhutan dilarang memiliki 200 batang rokok atau 150 gram tembakau per bulannya.

    Sengaja pasang pengait di tubuh

    Posted: 06 Feb 2011 10:01 AM PST














    alamak ada juga jenis manusia macam ini....

    Seksi gila pengacara TV ini

    Posted: 06 Feb 2011 09:01 AM PST

    Ini mengacarakan rancngan atau acara pertunjukkan badan...
    seksi gila pengacara ini...terbeleliak biji mata penonton...
    sayang rupa cantik akhlak rendah...
     



    harapan jangan selebriti di negara kita tidak meniru
    cara pemakaian pengacara ini....

    Wow! Seekor siput sebabkan kemalangan serius

    Posted: 06 Feb 2011 08:01 AM PST

    TAMWORTH – Ternyata seekor siput boleh menyebabkan kecelakaan serius dan menyebabkan kematian, hal tersebut kerana siput tersebut menyebabkan lampu lalu lintas tidak bekerja.

    Katie Dagley (19), pada ketika kejadian menuju pulang dan melewati sebuah jembatan yang hanya satu arah dan dikawal oleh lampu lalu lintas yang tidak bekerja 20 minit sebelumnya.

    Keretanya dilanggar oleh kereta lain. Seketika itu juga, gadis  ini menigggal ditempat kejadian.

    Penyelidik polis Andy Stevens mengatakan tengah melakukan penyelidikan penyebab kematiannya yang terjadi di Tamworth, West Mids, itu Polis juga mengsyaki kejadian tersebut disebabkan tidak bekerjanya lampu lalu lintas yang disebabkan oleh jejak yang ditinggalkan seekor siput.

    "Ada bekas jejak siput di sirkit lampu lalu lintas yang menyebabkannya tidak bekerja," ujar polis. Demikian lansir Telegraph.
    Sementara itu pemandu yang melanggar Dagley adalah James Cope (18), yang baru saja pulang bekerja pada ketikakejadian.

    "Ketika itu saya pulang kerja, saya memang melihat lampu lalu lintas itu, tapi saya melanjutkan perjalanan. Tapi tiba-tiba saja kereta itu (Dagley) jalan dari arah berlawanan. Saya tidak sempat memijakk brek" katanya.

    Sumber : http://www.okezone.com/

    Aksi daripada security guard

    Posted: 06 Feb 2011 07:00 AM PST








    Tikus berhidung babi,kaki menyerupai cakar ayam

    Posted: 06 Feb 2011 06:00 AM PST

    Sejak menemukan tikus "aneh",rumah Andrian, selalu rdikunjungi orang dan penduduk sekitar. Kenapa dibilang aneh? Tikus ini memiliki hidung seperi babi. kakinya menyerupai cakar ayam. Bulu-bulu tikus ini berwarna putih tebal. Tikus ini diletkkan di kandang. "Awalnya, saya kira babi ," kata Ardian ketika menemukan binatang aneh itu.

    Lelaki yang bekerja sebagai penjual ikan ini tanpa sengaja menemukan tikus putih itu di samping rumahnya. Bersama ketujuh rakannya, dia menangkap tikus itu. Haiwan itu sempat terluka kerana terkena pukulan benda tumpul ketika ditangkap.

    "Saya tak tahu kenapa bekas luka itu hilang dengan sendirinya," kata bapa kepada  seorang anak itu. Dia kerap menutupi kandang tikus itu dengan kain. Namun, dia pernah mendapatkan keganjilan ketika keesokannya tikus itu tiba-tiba berada di atas kandang yang dalam keadaan terkunci dan tertutup kain. Ramai orang jauh datang ke rumahnya untuk menawar tikus "babi" itu. Bahkan, ada seseorang datang sambil menangis supaya Ardian melepas tikus itu dari kandangnya.

    "Ada pula seseorang datang untuk meminta sehelai bulu tikus itu. Tapi, tentu saja, permintaan ini saya tolak. Saya takut kejadian tak di ingini berlaku," ucapnya waswas. Tikusnya ini juga pernah ditawar seharga Rp 20 juta oleh seseorang dari Tenggarong. Ardian berkeras tak mahu melepasnya. "Harganya belum cocok," ungkap Ardi yang tidak menyebut angka pasti berapa dia mahu melepas tikusnya itu.

    Tiap hari, Ardian memberi makan tikusnya dengan timun, terkadang nasi. Dia juga memberikan susu sebanyak 4 gelas tiap hari. Tikus putih ini juga menjadi pusat perhatian anak-anak sekitar yang baru melihat haiwan tersebut. Keanehan lainnya, dia mengaku sering mencium bau yang berubah-ubah ketika berada di dekat tikus itu. Kadang-kadang, dia mencium bau pandan, lalu bau babi. Sejak tikus itu berada di rumahnya, Ardian dan keluarganya selalu bermimpi rumahnya dipenuhi dengan wang. "Mudah-mudahan mimpi ini boleh menjadi kenyataan," ucapnya tersenyum.

    Produk aneh dari Jepun

    Posted: 06 Feb 2011 05:00 AM PST

    Jepun terkenal dengan teknologinya yang canggih, soal produk mereka juga termasuk super kreatif, atau sedikit berlebihan mungkin.Mari kita lihat beberapa produk aneh dari negara ini.

    Bilk (Beer + Milk) : Bir Plus Susu
    Mahu mabuk tetapi tetap memperhatikan kesihatan dan kandungan zat? Bilk boleh menjadi solusi tepat 
    Aiskrim dari daging kuda
    Produk dari perusahaan yang memang terkenal selalu mengeluarkan rasa aiskrim tidak pernah
    kita jangka.
    Lollipop rasa kondom
    Sebuah produk ollipop, tetapi yang unik adalah rasanya yang seperti kondom.
     
    Susu rasa seperti  susu ibu
    Lupa dengan rasa  air susu ibu?cuba saja produk satu ini.

    Belon angsa yg aneh
    Dibungkusannya s tertulis "ramas, dan angsa akan keluar". dengan memakai ini anda akan jadi raja di pesta, sepertinya s bakal diusir kerana porno.Yang pasti konektor penghubung tidak termasuk dalam peket penjualan angsa unik in.

    Inilah perempuan paling tua didunia yang tidak diiktiraf

    Posted: 06 Feb 2011 04:00 AM PST




    Seorang nenek di Cuba merayakan hari ulang tahunnya yang ke-126. Namun usianya sebagai perempuan tertua di dunia, tidak diakui secara internasional.

    Juana Bautista de la Candelaria Rodriguez memiliki surat kelahiran yang menyebutkan dirinya lahir pada 2 Februari 1885. Pada sijil kelahiran itu disebutkan Juana lahir di Ceiba Hueca tempat dirinya masih tinggal hingga kini.

    Seperti dilaporkan Associated Press pada perayaan hari ulang tahunnya yang ke-125 pada tahun lalu, Juana mendapatkan perhatian khusus dari media-media setempat.

    Namun tetap saja ida tidak diakui sebagai perempuan tertua di dunia oleh Guinness World Records, kerana kelompok peneliti Gerontology di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak dapat menyelidik informasi mengenai dirinya.

    Padahal bila dirinya terakui, Juana bisa dikatakan sebagai orang tertua didunia dengan umum lebih satu dekad dibandingkan pemegang rekod ketika ini Besse Copper. Copper yang warga negara AS diketahui berusia 114 tahun.

    Cara lucu para pendemo melindungi diri di Mesir

    Posted: 06 Feb 2011 03:00 AM PST








    Lalat ada rambut tapi tak boleh terbang

    Posted: 06 Feb 2011 02:54 AM PST

    Lalat, binatang sejenis serangga yang boleh terbang. Binatang ini dikenal sering menyebabkan pelbagai penyakit . Baru-baru ini ilmuwan menemukan lalat yang berambut di seluruh tubuhnya dan sungguh tidak diduga sebelumnya jika lalat yang satu ini tidak boleh terbang, unik tapi nyata

    Lalat ini ditemukan di celah bebatuan di wilayah Bukit Ukazi (Ukazi Hill), sepanjang jalan Thika Garissa, Kenya. Penemuan tahun ini dilakukan oleh Robert Copeland dari International Centre of Insect Physiology and Ecology dan Ashley Kirk-Spriggs dari South Africa's National.

    Nama spesies lalat itu adalah Mormotomyia hirsuta, bererti lalat berambut yang mengerikan. Tubuh lalat ini ditutupi oleh rambut-rambut berwarna kuning. Sayapnya nampak seperti tali dan tak boleh berfungsi untuk terbang. Sementara, matanya memiliki warna merah.

    GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

    Posted: 06 Feb 2011 02:49 AM PST

    SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

    Tempat parking kereta yang unik dan kreatif

    Posted: 06 Feb 2011 01:00 AM PST

    Lokasinya di Tokamashi, Jepun. Inilah salah satu keunikan dan kreatif dari orang Jepun .Tempat parking kereta dengan bentuk yang tidak teratur tetapi sungguh unik dan kreatif....








    Lelaki Inggeris ini terkejut lesen memandunya ada gambar perempuan berjilbab

    Posted: 06 Feb 2011 12:00 AM PST

    Scott Allan, lelaki Inggris berambut pendek dan berjanggut, merasa gembira ketika akhirnya mendapat lesen memandu. Tapi, ketika melihat lesen barunya, Allan menyedari ada sesuatu kejanggalan.

    Alamatnya sudah tepat sesuai dengan alamat tempat tinggal Allan. Umur dan tarikh kelahiran juga sudah sesuai. Tapi, foto yang terpampang pada lesen milik Allan ternyata foto seorang wanita Asia berjilbab.

    Kad Hijau, yang dikeluarkan oleh Agensi Lisensi Kendaraan dan Pengemudi (DVLA), juga mencatatkan bukan tanda tangannya. Tanda tangan itu kemungkinan tanda tangan si wanita berjilbab tersebut.

    Allan mengaku bahwa dirinya mengajukan permohonan pembuatan lesen itu melalui internet. Namun, dia perlu mengirimkan foto dan ID-nya. Jadi, Allan sangat terkejut ketika lesen sudah jadi meskipun dia sebenarnya belum mengirimkan foto dan ID-nya.



    "Saya terkejut ketika saya membuka surat dari DVLA dan menemukanlesen kerana aku tidak menyelesaikan proses aplikasi," kata Allan. "Kejutan itu berubah menjadi tidak percaya ketika saya melihat lebih dekat dan melihat wajah seorang wanita tak dikenal menatap ke arahku."

    Allan hanya ketawa ketika melihat foto pada SIM tersebut. "Tidak ada kemiripan antara kami berdua sama sekali. Saya seorang lelaki kulit putih dengan jenggot dan rambut pendek Tetapi, foto itu adalah seorang perempuan Asia dengan menggunakan jilbab. Ini sungguh menggelikan," katanya.

    Allan hairan mengapa DVLA boleh membuat kesalahan besar seperti itu. "Lesen secara luas diterima sebagai bukti resmi identiti. Dengan kesalahan ini, apakah ID yang salah masuk ke tangan yang salah itu bioleh memiliki konsekuensi serius," ujarnya. "Ketika saya menelefon DVLA untuk memberitahukan kesalahan tersebut, mereka awalnya tidak mengakui ada masalah."

    DVLA akhirnya mengakui adanya kesalahan tersebut dan meminta Allan untuk mengirimkan kembali kad tersebut. Tapi, mereka tidak memberikan penjelasan mengapa ini boleh terjadi. "Kesalahan seperti ini sangat jarang dan kami sangat menyesal," kata seorang juru bicara DVLA.

    [Ngeri] Hukuman bagi orang yang curang di Russia

    Posted: 05 Feb 2011 11:30 PM PST

    Beginilah hukuman bagi mereka yang berlaku curang (selingkuh) pada zaman dulu
    di Russia..kalaulah macam ni hukumannya agaknya tak berani orang
    sekarang berlaku curang...







    Dahsyat hukumannya....




    Remaja 12 tahun terkena stroke setelah kuburkan hamsternya

    Posted: 05 Feb 2011 10:30 PM PST

    Gadis remaja bernama Kayleigh Ward ini mengalami kesedihan ketika hamster peliharaannya yang berwarna hitam dan putih bernama Chip itu mati pada bulan Oktober tahun lalu. (foto: dailymail.co.uk)

    Seorang gadis berusia 12 tahun di England lumpuh diserang penyakit stroke berat setelah dirinya menguburkan haiwan peliharaannya di kebun rumahnya.

    Seperti diberitakan dari Dailymail, gadis remaja bernama Kayleigh Ward itu mengalami kesedihan ketika hamster peliharaannya yang berwarna hitam dan putih bernama Chip itu mati .

    Kemudian dia membuat kubur bagi haiwan peliharaannya itu di luar rumahnya tetapi tak disangka kemudian tiba-tiba dia pengsan  setelah dia kembali ke rumahnya.

    Dia pun dilarikan ke hospital dan doktor mendiagnosa bahawa dirinya terkena stroke b – sebuah kondisi di mana biasanya menyerang orang yang usianya lima kali dari usia gadis itu.

    Ibunya Libeca (42) mengatakan, "Dia sungguh sedih menguburkan hamsternya," katanya. Setelah dia kembali ke rumah, dia cuba mengambil sesuatu dari almari lalu kemudian pengsan.

    "Dia berteriak "Ibu, aku tak boleh menggerakkan kaki kiriku – saya tak tahu apa yang terjadi," ujarnya.

    Ibunya lalu menghubungi 999 untuk memastikan datangnya ambulan. Kayleigh dibawa ke hospital kanak-kanak, di wilayah Cardiff. Doktor mendiagnosa bahawa anak itu terkena stroke berat pada bahagian kanan dari otaknya.

    Bahagian kiri dari tubuhnya mengalami kelumpuhan sehingga dia tidak boleh berjalan atau menggerakkan tangan dan lengan kirinya.

    Keluarganya, yang berada di wilayah Newport South Wales terkejut kerana mengira stroke hanya menyerang orang yang lebih tua.