|  Semakin Banyak Tajaan, Bukti Kehebatan Search dan Wings   Posted: 01 Dec 2010 04:10 PM PST          | 
 Dua kumpulan rock gergasi Malaysia, Search dan Wings  bakal beraksi menghiburkan peminat di belah utara bertempat di Tapak  Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan di Surf Beach,  Sunway lagoon pada 25 Disember ini.
 Kejayaan besar dua siri  konsert jelajah yang lalu membuka lembaran yang lebih luas untuk  kumpulan rock lagenda ini mencipta kehebatan beraksi di atas pentas  bertaraf dunia.
 Jika sebelum ini mereka pernah mengeluh keresahan mencari penaja bagi menjayakan Konsert Double Trouble (DT), namun kini syarikat gergasi seperti DiGi dan Coca Cola tampil memberi bekerjasama.
 
 "Kami  bersyukur berkat kesabaran dan kerja keras selama ini terbalas dan  semakin banyak penaja yang tampil memberi sokongan untuk konsert penutup  tirai 2010. Kepercayaan itu tidak akan sia-sia kerana kami akan  menampilkan persembahan mantap dan bertenaga pada malam konsert nanti.
 
 "Kami  tak nafikan kejayaan siri jelajah yang lepas membuka mata pihak lain  melihat bakat dan kehebatan anak tempatan beraksi. Jelajah DT tidak  hanya akan terhenti di sini sahaja kerana masih ramai yang dahagakan  muzik rock 80-an dan 90-an," ujar Awie yang baru menyambut hari lahir  ke-42 pada 24 November lalu.
 
 Manakala Amy menyatakan rasa terharu apabila diberi peluang beraksi di Surf Beach, Sunway Lagoon, sebuah pentas yang hanya menyaksikan artis antarabangsa beraksi.
 
 "Ia  merupakan satu tempat yang baru untuk kami. Satu penghargaan apabila  diberi penghormatan untuk membuat konsert di tempat yang pernah  menyaksikan Slash dan ramai lagi artis luar mengadakan konsert.
 
 "Bertuah  dapat menjadi artis tempatan pertama membuat konsert di situ kerana  bukan senang diberi kepercayaan begini," katanya yang bakal beraksi  dengan iringan orkestra pada malam tersebut.
 
 Untuk maklumat lanjut mengenai DiGi LIVE! Konsert Gemuruh DT Search & Wings, sila layari www.digi.com.my/gemuruhDT
    
 Tak Tergugat Dengan Band Indie
 
 Seperti  cendawan tumbuh selepas hujan, itulah yang boleh diibaratkan dengan  kelahiran band indie yang semakin menguasai arena muzik masa kini. Namun  bagi Awie, walau beribu yang datang, kedudukan pemuzik rock tidak  sekali-kali tergugat, malah lebih mekar berbanding sebelumnya.
 
 "Populariti  Wings dan Search masih kukuh dan tidak pernah tergugat. Memang kita  lihat band indie semakin banyak sehingga kadang kala sukar untuk peminat  membuat pilihan.
 
 "Namun harus diakui, rata-rata yang datang ke  konsert kami adalah golongan anak muda. Mereka membesar dengan muzik  kami dan masih mengikuti perkembangan sehingga kini. Ini membuktikan  muzik rock tak pernah ketinggalan zaman.
 
 "Jika ditanya mengenai  kolaborasi dengan band indie, jawapan saya adalah tidak kerana lagu kami  tidak sehaluan," tutur Awie jujur.
 |  | 
  |  Sazzy Falak Mengandung Anak Kembar   Posted: 01 Dec 2010 04:05 PM PST          |  Empat  tahun usia perkahwinan, akhirnya Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus  dikhabarkan dengan berita gembira yang semestinya dinanti-nanti pasangan  ini. Sazzy kini hamil empat bulan dan bakal menimang cahayamata sekitar  April tahun depan. Dan apa yang lebih menggembirakan apabila Sazzy  disahkan mengandung anak kembar. Berita gembira ini disahkan sendiri  oleh Sazzy ketika ditemui di majlis pelancaran ToyWatch semalam.
 "Saya bersyukur sangat apabila segalanya mengikut perancangan. Memang  kami mahukan anak setelah beberapa tahun berkahwin dan sekarang adalah  masa yang tepat untuk menimang cahayamata. Memang selalu orang kata tak  baik merancang nanti tak dapat, tapi pada awal perkahwinan dulu kami  masih muda dan ada matlamat yang harus dicapai.
 "Dapat anak  kembar ini memang satu anugerah yang tak dijangka. Dan saya pernah  berseloroh mahukan anak kembar sebab keluarga sebelah suami memang ada  keturunan kembar dan ibu mertua saya sendiri ada pasangan kembar.
 
 "Jantinanya  akan diketahui bulan depan dan lagi seronok kalau saya dapat sepasang  anak," ujarnya yang masih bergaya walau sarat mengandung.
 
 
  Mengutip  pengalaman bergelar ibu daripada sahabat baiknya, Dynaz dan Aishah  Sinclair, pengacara popular ini mengakui sering menghubungi mereka untuk  mendapatkan nasihat sementelah ini merupakan pengalaman pertamanya  melangkah ke alam baru. Menurut Sazzy lagi, suaminya banyak membantu dan  menyokong sepanjang proses kehamilannya. 
 "Kalau dulu saya melihat dan menjaga mereka ketika mengandung, kini saya dapat merasainya sendiri. Memang lain sangat dan excited.
 
 "Saya anak sulung dalam keluarga dan sudah biasa independent.  Namun keadaan berubah bila berbadan dua, suami dan ibu turutkan segala  kemahuan dan manjakan saya. Memang seronok sangat. Bertuah bila ramai  yang ambil berat dan saya suka dimanjakan begitu," katanya yang mengidam  mee fan kuew masakan ibu tirinya sewaktu awal kehamilan.
 
 Usia  kandungan masih baru, namun Sazzy kini lebih berhati-hati demi  memastikan keselamatan anak kembarnya. Sazzy juga tidak menolak anaknya  bakal mengikut jejak langkah lantaran telah terdedah dengan media sejak  berada di dalam perut.
 
 "Saya masih lagi aktif cuma aktiviti sudah  dikurangkan daripada sebelum ini. Dan bersyukur kerana saya bekerja  dengan individu yang sangat memahami.
 
 "Dan kalau nak tahu anak di dalam perut ini sudah buat pelbagai aktiviti bersama saya seperti fesyen show, lakonan dan sesi fotografi.
 
 "Impian  saya cuma satu, saya harap anak saya sihat dan membesar menjadi insan  yang berguna dan beriman," tutur Sazzy yang sedang menjalani  penggambaran Dari Kerana Mata.
 |  | 
  |  Facebook rosak rumah tangga   Posted: 01 Dec 2010 04:03 PM PST   BANYAK MUDARAT...kajian menunjukkan, sesetengah pengguna laman sesawang  sosial berbual mengenai seks dengan kenalan tidak sepatutnya.  LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu  di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru  menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial  seperti Facebook. Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu  daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang  sosial. Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah  ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan  pasangan masing-masing.
 Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook. Kewujudan  laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula  dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.
 Kajian  itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah  tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti  tuntutan perceraian.Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).
 Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.
         Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen  perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca. Pengarah  Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman  sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks  dengan seseorang yang tidak sepatutnya.
 Laman sesawang Friends  Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman  persekolahan pada 1999 turut  memberi kesan terhadap rumah tangga  ahlinya.
 Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives,  Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony  Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan  dengan wanita lain melalui Facebook. | 
  |  Isteri mula lembut hati   Posted: 01 Dec 2010 04:01 PM PST   CEDERA...Che Ku Zaimah bersama anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda hadir di  Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Gambar kecil, Mohd Irfan  Firdaus.     MAT HAIZAN...tertuduh KUALA TERENGGANU: Isteri tertuduh kes simbah asid yang mengakibatkan  kecederaan kekal ke atas dirinya dan dua anak mengaku sudah berlembut  hati terhadap suaminya selain mengaku membuat kunjungan terhadap  tertuduh yang kini ditahan di Penjara Marang.   Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, mengaku perasaan marah terhadap  suaminya itu tidak ada lagi seperti ketika kejadian pada 15 Ogos lalu,  malah di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid yang menyoalnya di Mahkamah  Majistret, di sini, semalam, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap  suaminya yang menghadapi dua lagi pertuduhan menyimbah asid terhadap dua  anaknya pada kejadian sama, mengaku ada melawat tertuduh bersama  anak-anaknya. Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan, dia  memberitahu akan meneruskan tuntutan fasakh terhadap lelaki berkenaan,  malah ketika diberi peluang bertemu tertuduh di mahkamah semalam, dia  yang ditemani ibu dan dua anaknya menolak pelawaan untuk bersemuka  dengan tertuduh.
    Terdahulu, di Mahkamah Sesyen di sini, suaminya Mat Haizan Mat  Yasin, 32, yang dibawa dari Penjara Marang mengaku salah terhadap dua  pertuduhan menyimbah asid ke atas dua anaknya itu. Mengikut  pertuduhan pertama, Mat Haizan pada jam 1.45 pagi, 15 Ogos lalu, di  sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, didakwa dengan sengaja  mendatangkan cedera parah ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan  menggunakan benda melecur iaitu asid.
 Bagi pertuduhan kedua,  dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada Muhammad Irfan  Firdaus, 2, pada tarikh, masa dan tempat sama dengan pertuduhan pertama.Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan  yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah  asid ke atas Che Ku Zaimah .
 Semalam, dia dijatuhkan  hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kerana mendatangkan parah  pada anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda manakala bagi pertuduhan  mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, dia  dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari  tarikh dia ditangkap 16 Ogos lalu.
           Hukuman itu diarahkan berjalan serentak selepas M Bakri mendengar  pengakuan bersalah tertuduh, hujahan peguam bela serta melihat sokongan  keluarga yang masih sanggup melawat mangsa di penjara walaupun menjadi  mangsa perbuatan kejam tertuduh. "Penjara dalam tempoh yang  panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah, tapi  kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan  hidup baru.
 "Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana  keluarga masih sudi melawatnya di penjara, tetapi soal isterinya mahu  menerimanya semula atau tidak terpulang kepada beliau.
 "Saya  juga ingin mengingatkan di sini, orang yang kuat bukan orang yang  mengalahkan puluhan musuh, tetapi orang yang kuat ialah orang yang boleh  mengawal nafsu marahnya," katanya dalam penghakimannya semalam.
 Dalam prosiding semalam, peguam tertuduh, Faezahnoor Hassan turut  mengejutkan mahkamah apabila memaklumkan keluarga tertuduh ada melawat  mangsa di penjara.
 Harian Metro pada 16 Ogos lalu  melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat  Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan  keputusan isterinya berpindah ke rumah ibunya dan dalam proses memohon  perceraian dengan tertuduh.
  Dia memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid. | 
  |  Ubah pelan buang bayi   Posted: 01 Dec 2010 03:56 PM PST KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi  awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit  mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta  membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.   Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang  bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya  dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia  tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi  berkenaan di sebuah masjid. Bagaimanapun, rakan pasangan  pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan,  sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku  Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
   Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di  Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti  pengajian di IPTA berkenaan di Arau. Ibu bayi malang yang  masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada  pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.
 Sumber  polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan  tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan  tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke  HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan  dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.
 "Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila  mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan.    "Mereka  berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah  kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan  menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan," katanya  ketika ditemui di sini.
           Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit,  polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes  itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips). "Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah," katanya.
 Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di  pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar  nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.
 Pihaknya  memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki   dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu  bayi itu masih dirawat di HTF.
 "Pelajar perempuan yang  melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan  perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen  Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991," katanya.
 Menurutnya, ibu  bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman  lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit  kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua  sekali.
 | 
  |  Bas terbakar di lebuh raya   Posted: 01 Dec 2010 03:54 PM PST   MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.  KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus  berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,  lewat petang semalam.    Difahamkan, bas terbabit yang disewa khas untuk membawa penumpang  dari Sungai Besi menghala ibu kota tiba-tiba berasap sebelum terbakar. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala  Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang  itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
    "Dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat  Sungai Besi serta Taman Desa dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan  kebakaran. Operasi memadamkan kebakaran itu mengambil masa 45 minit. "Hasil siasatan awal, kebakaran itu  berpunca dari arah belakang  bas sebelum merebak. Bas itu sempat berhenti di bahu jalan," katanya  ketika dihubungi, semalam.
 Sementara itu, seorang saksi  kejadian yang ditemui berkata, bas terbabit dipercayai rosak pada enjin  apabila melihat kepulan asap dari arah belakang bas sebelum dia  memaklumkan perkara itu kepada pemandu bas."Pemandu itu memberhentikan bas di bahu jalan sebelum kami turun. Api mula merebak pada badan bas dan hangus keseluruhannya.
 "Pemandu terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam  api, namun tidak berhasil kerana ia marak cepat," katanya ketika ditemui  di tempat kejadian.
 | 
  |  Celcom terus cemerlang   Posted: 01 Dec 2010 03:53 PM PST        SHAZALLI...perolehan kasar RM5.13 bilion  CELCOM Axiata Berhad (Celcom) meneruskan momentum kecemerlangan  apabila meraih perolehan kasar  RM1.72 bilion pada suku ketiga tahun  kewangan 2010 sekali gus merekod pertumbuhan bagi 18 suku tahun kewangan  berturut-turut dalam segmen itu.   Gergasi telekomunikasi itu turut mempamer prestasi memberangsangkan  sepanjang sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan semasa apabila  mengekalkan pertumbuhan dua angka tahun ke tahun dalam semua petunjuk  kewangan utamanya.
   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly   berkata,  dalam tempoh itu, syarikat mencatat perolehan kasar   RM5.13 bilion,  meningkat 11 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya; perolehan  sebelum cukai, faedah dan susut nilai (Ebitda) RM2.41 bilion, meningkat  17 peratus dan keuntungan selepas cukai dan faedah minoriti (Patami)  yang mencatat pertumbuhan 24 peratus kepada RM1.4 bilion.
 Katanya, pertumbuhan perolehan 11 peratus itu sekali gus meletakkan  Celcom penyedia perkhidmatan telekomunikasi mencatat pertumbuhan  tertinggi di negara ini sepanjang tempoh sembilan bulan."Celcom turut memperoleh prestasi positif mencatat peningkatan  0.4 peratus membabitkan perolehan kasar suku ketiga 2010 daripada suku  kedua sebelum ini walaupun menerima kesan akibat kadar rendah antara  hubungan lebih RM30 juta.
         "Pertumbuhan ini didorong momentum positif dalam perkhidmatan  jalur lebar mudah alih kami selain penggunaan tinggi perkhidmatan pada  musim perayaan Aidilfitri lalu. Bagi suku ketiga ini, Patami mencatat  peningkatan dua peratus manakala Ebitda kekal stabil," katanya pada  sidang media selepas pengumuman prestasi kewangan Celcom bagi suku  ketiga 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
 
 Beliau berkata, pelanggan  perkhidmatan jalur lebar mudah alih Celcom kini melepasi angka 800,000  pada suku ketiga terbabit, meningkat 69 peratus berbanding tempoh sama  tahun lalu.
 
 "Ini sekali gus mengekalkan kedudukan Celcom selaku  peneraju  segmen perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini,"  katanya.
 | 
  |  Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'   Posted: 01 Dec 2010 03:46 PM PST   PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan "gila babi" ketika mengacarakan program Mari Menari  minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut. Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh. "Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan  terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka  dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi", "Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya  bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh," katanya  ketika dihubungi mStar Online. Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk  digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari. "Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak  produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih  perkataan. "Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun  Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang  saya ingin sampaikan sebenarnya," katanya yang semakin selesa  mengacarakan rancangan terbitan Astro itu. Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya. Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui  Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan  peminat-peminatnya. "Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh  peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial  tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih  terhadap sokongan mereka. "Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama  mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis  bagaimana mereka menghargai pemiant mereka," katanya. | 
  |  Yana Samsudin Rasa Malu Kerana Berkemban   Posted: 01 Dec 2010 03:46 PM PST    Yana Samsudin tampil seksi dan nakal dalam filem terbaru Aku Masih Dara. PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegaskan dia berasa  malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk  menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham. Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai  gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan  bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke  pawagam semata-mata. Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak  'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk  mencabar kemampuan bakat lakonannya. "Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi. "Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton  menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang  mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang  mengakui puas dengan watak itu. Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya.  Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang  ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran  tersebut.   Barisan  bintang muda yang menghiasi filem arahan Ahmad Idham itu. (Dari kiri)  Ashraf Muslim, Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah dan Farid Kamil. Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik,  Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar   penampilannya  yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh  penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan. "Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi. "Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana  terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan  berkemban. "Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu  kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak  menjayakan watak yang dinamik sebegitu. "Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah  yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat  penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh  masyarakat," katanya. Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja  hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan  Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir). Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini  mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010. | 
  |  Ana Raffali Tetap Pilih Baju Kurung   Posted: 01 Dec 2010 03:45 PM PST    Ana Raffali (tengah berbaju hitam) di majlis EH! 20 Yang Anggun PETALING JAYA: Penyanyi lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur,  Ana Raffali tidak berasa janggal apabila mengenakan baju kurung moden  dalam majlis-majlis tertentu dan mahu pakaian berkenaan menjadi penanda  aras terhadap kejayaannya apabila berfesyen. Malah baru-baru ini dalam sebuah acara hiburan yang dianjurkan oleh  salah sebuah majalah fesyen, EH, Ana bijak mengayakan busana baju kurung  moden rekaan Ariff Shukor. "Baju kurung adalah penanda aras untuk  saya berpakaian. Maknanya  dari segi berpakaian saya mahu rekaan tersebut menepati ciri-ciri baju  kurung iaitu selesa dan tidak seksi. "Tidak kisahlah majlis apa pun, baju kurung masih tetap relevan untuk  digayakan. Kini saya lebih selesa menggunakan khidmat pereka fesyen  Ariff Shukor kerana dia faham apa yang saya mahukan," ujarnya. Jelas Ana, biarpun nampak mudah dengan mengayakan baju kurung, namun  dia akui agak sukar kerana memerlukannya lebih kreatif  mengayakannya  agar bersesuaian dengan sesebuah majlis. "Saya juga perlu sesuaikan dengan majlis apabila berbaju kurung. Pada  malam parti anjuran majalah EH, saya mengayakan baju kurung moden yang  disesuaikan dengan tali pinggang supaya nampak sedikit kelainan,"  ujarnya yang turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) akan datang. Dalam pada itu, Ana memberitahu persiapan ke AJL25 masih di peringkat awal. Dia yang layak dengan lagu Tolong Ingatkan Aku masih lagi mencari idea untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut. "Kami sedang memikirkan kelainan dan keistimewaan di pentas AJL  nanti. Buat masa ini saya hanya berlatih dari segi vokal manakala dari  segi persembahan masih difikirkan lagi," ujarnya. | 
  |  Pengarah Filem Terkejut 'Ngangkung' Kutip RM3.6 juta   Posted: 01 Dec 2010 03:44 PM PST    Pengarah filem Ngangkung, Ismail Hasim atau Bob PETALING JAYA: Pengarah filem Ngangkung, Ismail Hashim  atau Bob tidak menyangka filem tersebut mendapat sambutan luar biasa  apabila kutipannya mencecah RM3.6 juta mengikut kiraan yang dibuat oleh  pihak MiG Production selepas seminggu ditayangkan bermula 25 November  lalu. Bob yang dihubungi mStar Online, Rabu, berkata dia terkejut  sentuhan sulungnya itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada  penonton berbanding filem Melayu lain yang ditayangkan sejak November  lalu. "Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya apabila  dimaklumkan tentang prestasi baik filem ini di pawagam. Sebagai orang  baru yang pertama kali mengarah filem sudah tentu saya bangga, teruja  dan bersyukur kerana filem ini diterima baik oleh penonton. "Namun, saya juga berdebar dan risau dengan jangkaan daripada orang  ramai terhadap produk-produk arahan saya yang akan datang," katanya.   Gandingan Azad Jasmin, Shaheizy Sam dan Angah (Raja Lawak) berjaya memancing penonton ke pawagam. Tambah Bob, kutipan yang memberangsangkan itu juga menjadi penanda  aras buatnya untuk terus bekerja keras dalam kerja-kerja pengarahan  filem atau drama yang akan datang. "Sambutan memberangsangkan ini adalah penanda aras kepada saya secara  peribadi untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dari masa ke  semasa. Ia juga merupakan satu cabaran untuk saya mengekalkan momentum  kejayaan ini pada produk-produk yang akan datang. "Apa pun, saya harus berterima kasih di atas peluang dan kepercayaan  yang diberikan oleh penerbit David Teo untuk menerajui filem ini. "Kutipan yang baik ini tidak akan menjadi kenyataan jika bukan kerana  skrip dan pelakon yang bagus serta jentera promosi MiG yang berkesan,"  katanya. Bob merupakan pengarah kelima yang diperkenalkan oleh produksi itu di bawah Skim 10 Pengarah Muda MiG. Dia yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) untuk siaran Astro Warna itu bakal mengarahkan filem seterusnya pada hujung tahun ini. "Selain sibuk di lokasi penggambaran siri JPBC untuk  menghabiskan baki 13 episod lagi, saya juga akan mengarahkan filem  seterusnya pada hujung tahun ini. Skrip, konsep dan judulnya masih dalam  perbincangan tetapi berkemungkinan filem seram juga," katanya. Mengikut rekod Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga Selasa lalu, filem berkenaan mencecah RM2.36 juta. | 
  |  Anak Bantah Pernikahan Pasha Ungu   Posted: 01 Dec 2010 03:43 PM PST               PERANCANGAN majlis pernikahan vokalis kumpulan Ungu, Pasha  dengan kekasihnya, Adelia dalam waktu terdekat ini sudah diketahui anak  pertamanya, Kisya Alvaro Putra Sigit. Malah kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga membantah perancangan pernikahan tersebut. Ketika sesi bual bicara di sebuah program televisyen Indonesia,  Sensasi Artis, Kisya kelihatan murung berada disisi ibunya Okie yang  juga bekas isteri kepada Pasha. "Kenapa Kisya seperti sedang bersedih," soal seorang wartawan kepada Okie atau nama sebenar Calerista Agustina. Dengan nada tinggi, Kisya menjawab: "Soalnya papa (Pasha) mahu kahwin lagi." Okie memberitahu anak-anaknya masih belum dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya akan bernikah lagi. "Dia masih terlalu kecil untuk menerima kenyataan tersebut. Dia  mengetahu hal tersebut di televisyen, malah ketika mengetahuinya dia  menangis," katanya. Belum sempat Okie menjelaskan lebih lanjut, Kisya membuka mulut  dengan nada tinggi: "Tidak mahu, Kisya tidak mahu papa nikah lagi,"  katanya. | 
  |  Kekasih Ronaldo Nafi Bergambar Bogel   Posted: 01 Dec 2010 03:43 PM PST                Sumber dari majalah CQ edisi sepanyol KEKASIH pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo iaitu  model Irina Shayk, baru-baru ini menghiasi muka depan majalah GQ edisi  Sepanyol. Model berusia 24 tahun itu dengan berani beraksi dalam keadaan bogel  tanpa sebarang busana dan hanya memakai stokin berwarna hitam. Bagaimanapun, wanita berketinggian 1.78 meter itu menafikan berbogel sebaliknya mengakui hanya memakai coli. Dia juga memberitahu majalah berkenaan telah mengedit gambar tersebut sehingga dirinya kelihatan seperti berbogel. Seperti dipetik Styleite, Rabu, Majalah QC itu turut tampil  memberi kenyataan bahawa mereka mempunyai bukti persetujuan kedua-dua  belah pihak mengenai aksi berkenaan. Irine dan Ronaldo mula menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun  ini. Mereka berkenalan ketika terlibat dalam promosi Armani Exchange.  | 
  |  Nicole Scherzinger Belum Rancang Kahwin Lewis Hamilton   Posted: 01 Dec 2010 03:42 PM PST               PENYANYI Nicole Scherzinger mengakui masih belum mempunyai  sebarang perancagan untuk mengakhiri zaman bujang dengan kekasihnya  Lewis Hamilton. Seperti dipetik Showbiz Spy, Nicole tidak menyasarkan bila untuk  berkahwin kerana buat masa ini dia bahagia dengan kehidupan yang sedang  dilaluinya. "Saya belum merancang apa-apa tentang hubungan ini. Kami sedang melalui saat-saat bahagia sebagai sepasang kekasih," katanya. Sementara itu, Nicole memberitahu dia sangat menyokong kerjaya  kekasihnya itu sebgai pelumba F1. Malah dia tidak pernah berasa takut  ketika melihat kekasihnya itu berlumba. "Saya tidak pernah takut dengan apa yang dilakukannya sekarang, jika  dia suka dengan kerjayanya. saya hanya mampu memberi sokongan dari  belakang," ujarnya. | 
  |  Drama 'Hani' Ganti 'Asmara'   Posted: 01 Dec 2010 03:38 PM PST                Drama Hani lakonan Nur Fathia PETALING JAYA: Selepas drama bersiri berjudul Asmara tamat, siri baru menyusuli slot Lestaryberjudul Hani. Siri itu lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che  Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan  Ngasrizal Ngasri akan bersiaran pada 7 Disember ini, pukul  9.00 malam. Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal  Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup  seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani  lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.   Salah satu babak dalam drama Hani yang dilakonkan Ryzal Jaafar Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah. Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah  ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital  di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia. Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba  mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat  tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi  menarik perhatiannya. Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah  menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan  Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan  mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM.  Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan  otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk  mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan  pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga  sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani. Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana  terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang  Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan  pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan  Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan? | 
  |  Jadi bilioanir jual laman web   Posted: 01 Dec 2010 03:35 PM PST  LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.  
 LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti  jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26,  dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web  beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar  semalam. Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion). Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah  lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak  £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit. Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan  sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu  Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di  Britain. Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun  pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet  sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10  peratus setiap minggu. Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). | 
  |  Raja Lawak musim 5 kembali   Posted: 01 Dec 2010 03:34 PM PST  GELANGGANG Raja Lawak tahun ini dihadiri oleh peserta-peserta yang lebih bersedia berbanding tahun-tahun sebelum ini.  
 RAJA LAWAK, satu-satunya gelanggang bagi pelawak amatur menunjukkan  bakat terpendam mereka. Kali ini, Raja Lawak telah muncul untuk musim  kelima bertujuan mencari pelapis bakat lawak di Malaysia.  Sesi uji bakat Raja Lawak telah memulakan perjalanannya sejak 2  Oktober lalu pada setiap hujung minggu dan boleh dikatakan untuk musim  kelima ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan peserta juga  tampil lebih bersedia. "Menariknya pada tahun ini, hendak jumpa peserta yang kaku dan  terkedu setelah naik di atas pentas sangat susah. Kelihatan mereka sudah  bersedia dari segi kandungan, props dan lain-lain. "Mereka telah mula menganggap membuat lawak ini adalah perkara yang  serius. Mereka juga semakin sedar bahawa membuat lawak bukan perkara  mudah," tegas Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani tentang perkara  ini. Tanggal 6 November 2010, The Mall, Kuala Lumpur merupakan destinasi  dan peluang terakhir bagi peserta yang ingin tonjolkan bakat. Juri yang  mengendalikan sesi uji bakat Raja Lawak pada hari tersebut ialah Nizam  sendiri dan juga personaliti terkenal, Afdlin Shauki. Jika pada musim-musim sebelumnya, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior  Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi adalah salah seorang juri  tetap gelanggang Raja Lawak. Menurut Nizam, pada musim ini RL masih lagi belum membuat keputusan  siapakah bakal juri yang akan mengendalikan gelanggang RL musim ini.  "Sama ada drastik atau tidak, perlu tunggu gelanggang yang pertama  bermula. Juri-juri juga akan diperkenalkan pada hari tersebut dan masih  lagi dengan menggunakan khidmat tiga orang juri profesional," ujar Nizam  menjelaskan tentang juri Raja Lawak 5 yang akan bermula awal tahun  depan. Selaku juri pada sesi uji bakat Raja Lawak 5 ini, Afdlin akui dia  berasa gembira kerana agak mudah bagi mereka menemui peserta yang  benar-benar bagus berbanding tahun sebelumnya. "Peserta kali ini ramai juga yang dapat membuat saya ketawa  berbanding musim-musim lepas sehingga perlu tunggu lama untuk temui  peserta yang benar-benar bagus," ujar Afdlin sambil tersenyum  mengenangkan peserta yang telah mengusik hatinya semasa ujibakat  dijalankan. Sepanjang sesi ujibakat, Kuala Lumpur mempunyai peserta yang paling  ramai, diikuti Johor dan Pulau Pinang. Gelanggang pertama Raja Lawak 5  akan menemui peminatnya pada 7 Januari 2011 di saluran Astro Prima.  "Para peserta akan dipilih melalui apa yang kami nampak, iaitu komited terhadap apa yang mereka lakukan.  "Apabila kita ada peserta sebegini, saya pasti jika kita panggil para  profesional untuk memberi tunjuk ajar atau sebagainya, ia akan  memudahkan kita untuk membantu mereka yang mahu dibantu.  "Selain itu, kita juga akan pastikan mereka berikan yang terbaik setiap minggu," ujar Nizam lagi. | 
  |  Kemelut ibu bapa moden   Posted: 01 Dec 2010 03:33 PM PST    
 NAMANYA cukup sinonim dengan istilah 'puteri' dan 'impian' suatu  ketika dahulu. Malah, kerjayanya sebagai aktres layar perak mekar dan  kemudian mendaki naik ke puncak populariti selepas melakonkan watak  utama dalam filem-filem yang memiliki gabungan dua istilah itu. Siapa yang boleh lupa dengan karisma dan aksi lakonan bersahaja Amy  Mastura sebagai Puteri Nora menerusi filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian pada tahun 1997 dan sekuel filem itu, Puteri Impian 2 (1999). Pendek kata ketika itu, Amy Mastura antara aktres yang  ditunggu-tunggu kemunculannya di layar perak, khususnya menerusi naskhah  arahan Aziz yang cukup aktif menerbitkan filem-filem pecah panggung  pada era tersebut. Namun, Amy yang membuat kemunculan sulung di layar perak menerusi filem Impian pada tahun 1996, tidak lagi muncul di layar perak selepas kali terakhir menjadi teraju filem Bintang Hati (2004). Enam tahun berlalu, Amy, 39, tidak lagi muncul dengan filem baru,  sebaliknya lebih aktif berlakon di layar kaca dan juga teater dalam  julat masa tersebut. Justeru, ada yang menyangka dia tidak lagi mahu berlakon filem, tidak  kurang yang melihat zaman keemasan Amy Mastura sebagai aktres layar  perak sudah berlalu. Kemunculannya menerusi filem Hooperz pada tahun ini pula lebih  sekadar sebagai pelakon pembantu, namun tiada siapa menyangka ia  menandakan Amy bakal kembali aktif di layar perak. Bukan itu sahaja. Amy juga kembali muncul sebagai teraju utama filem  terbaru terbitan Grand Briliance dengan kerjasama J Team Productions,  Asia Media Content, RAM Entertainment dan PMP Entertainment yang  berjudul, Aku Tak Bodoh.  |  
 |  | PELAKON Malaysia yang  bertuah dapat meraih pengalaman berlakon di bawah arahan pengarah  Singapura, Boris Boo untuk filem Aku Tak Bodoh  (dari kiri, Riezman,  Rohaizat, Aeril dan Amy (bawah).  
 | 
 Filem yang mula ditayangkan pada hari ini di pawagam seluruh Malaysia menggandingkan Amy bersama aktor Reizman Khuzaimi. Menghidupkan watak Puan Aishah yang bekerja sebagai pengarang sebuah  majalah yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk dua orang anak  remajanya, boleh dikatakan inilah pertama kali Amy tampil untuk watak  seorang ibu di layar perak. Sebagai seorang wanita yang mempunyai kerjaya sebegitu, dia  mengharapkan tanggungjawab anak-anaknya kepada suaminya yang juga sibuk  dengan tugasnya. Seperti kebanyakan wanita era moden yang lebih mementingkan kerjaya,  Aishah hanya tahu membebel kepada dua orang anaknya itu apabila mereka  melakukan kesalahan dan bukan menyelesaikannya secara baik.  Setiap pelakon pasti ada cabaran dan kesukaran dalam membawa sesuatu watak. Lain pula bagi Amy. Walaupun pertama kali melakonkan watak seorang ibu di layar perak,  namun watak itu dianggapnya tidak terlalu sukar dilakonkan. Ini kerana  seperti watak Aishah itu, Amy Mastura di alam realiti juga merupakan  seorang ibu. Amy mengakui, sedikit sebanyak menggunakan pengalamannya sendiri  sebagai ibu kepada dua anak perempuan, Adriana dan Adalia untuk  menghayati watak yang dilakonkannya dalam filem, Aku Tak Bodoh. Cuma bezanya, dalam filem itu, dia merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki. "Watak saya ini lebih kurang sama dengan realiti saya sebagai seorang  ibu, jadi kesukarannya untuk membawakan watak seperti ini agak kurang,"  ujarnya. Cabaran Boris Boo  BABAK tegang antara anak, lakonan Aeril (kiri) dan bapa yang menampilkan Namron.  
 Bagaimanapun, apa yang dianggap sebagai cabaran oleh figura yang juga  mencipta nama sebagai penyanyi popular itu ialah pengalaman pertama  kali dirinya berlakon di bawah arahan pengarah dari Singapura, Boris  Boo.  Ini kerana menurut Amy, Boris mempunyai kehendak dan citarasa yang  berbeza daripada pengarah yang pernah bekerjasama dengan dirinya sebelum  ini.  "Boris mahukan aspek dan mempunyai kehendak yang berbeza dari segi penghayatan watak yang diberikan kepada saya itu. "Walaupun watak itu senang dilakonkan, namun dia mahukan sesuatu yang  lain. Walaupun watak saya hanya seorang ibu, namun Boris tetap mahu  mempelbagaikan watak itu dari sudut pandangannya," tambahnya yang turut  menjadi teraju utama filem seram terbaru arahan Ahmad Idham, Damping Malam. Menurut pelakon kecil molek itu, Boris merupakan seorang yang tegas  dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang yang pandai  berjenaka. Berlakon sebagai suami watak lakonan Amy ialah aktor tinggi lampai, Riezman. Pernah menjadi teraju filem Congkak (2008) bersama Nanu, siapa  kata pelakon yang meningkat usia dalam industri perfileman Malaysia  seperti Reizman dan juga Amy tidak lagi laris mahupun layak untuk  menjadi teraju utama.  Riezmen melakonkan watak Hisham, seorang pencipta program komputer  yang juga sibuk dengan kariernya tetapi masih tidak melupakan  tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Oleh kerana terlalu sibuk ingin  memberi kemewahan kepada keluarganya, Hisham bagaimanapun kurang  meluangkan masa bersama mereka sekeluarga.  BORIS (kiri)  gigih di lokasi penggambaran filem Aku Tak Bodoh.  
 Seperti yang biasa berlaku dalam institusi kekeluargaan masyarakat  zaman moden kini, apabila ada masalah yang timbul, seorang bapa dan  suami akan meletakkan kesemua hak dan tanggungjawab menjaga anak-anak  kepada isterinya kerana mengganggap dirinya sebagai suami yang harus  mencari nafkah adalah yang lebih utama. Bagi Riezman,40, sebagai pelakon yang agak berpengalaman dalam bidang  lakonan, katanya, dia tidak menghadapi cabaran yang berat untuk  melakonkan watak sebegitu. Ini adalah kerana dengan berbekalkan  pengalamannya yang secara realitinya juga seorang suami dan bapa, dia  dapat menghayati watak yang dipikul dengan baik. "Sememangnya tiada cabaran yang berat bagi saya membawakan watak  Hisham kerana saya juga seorang bapa dan juga suami. Jadi, saya gunakan  pengalaman itu untuk membawa watak ini," jelas Riezman bakal muncul  menerusi filem aksi terbaru, berjudul Empire. Selain Amy dan Riezman, Aku Tak Bodoh diperkuatkan oleh lakonan mantap Adibah Noor, Namron dan Datuk Jalaluddin Hassan. Tiga pelakon baru yang diperkenalkan menerusi filem itu ialah Aeril Zafrel, Wan Nor Aizat dan Rohaizat Hassan. Rohaizat dan Aizat melakonkan watak anak-anak kepada watak lakonan  Amy dan Riezman, manakala Aeril melakonkan watak kawan baik kepada watak  lakonan Rohaizat. | 
  |  Bintang YouTube Taiwan   Posted: 01 Dec 2010 03:32 PM PST  LIN YUN CHUN hadir di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur bagi memperkenalkan album terbarunya yang berjudul It's My Time.  
 LETAKKAN diri anda sebagai seorang yang tidak mempunyai rupa yang  menarik tetapi hanya bermodalkan suara merdu. Lebih penting lagi,  mempunyai suntikan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian. Kemudian video rakaman nyanyian anda dimuat turun ke dalam laman YouTube dan menjadikan anda seorang bintang dalam sekelip mata. Begitulah perjalanan awal seorang jejaka berusia 24 tahun berasal  Taiwan, Lin Yun Chun. Dia dianggap mempunyai penampilan yang unik,  hingga ada yang menyatakan rambut dan gaya berpakaiannya sama seperti  karakter Giant dalam animasi Doraemon. Tetapi itulah faktor yang membuatkan dia diingati di samping suaranya yang mampu mencapai nada yang tinggi. Lin Yun Chun asalnya menjadi pencabar kepada para peserta dalam program realiti TV Super Star Avenue di Taiwan dengan menyanyikan lagu I Will Always Love You  nyanyian asal Whitney Houstan. Video rakaman tersebut telah dimuat naik  di laman YouTube dan telah ditonton lebih 8,900,000 kali dan menjadikan  dia seorang selebriti Internet. Akhir November lalu, Lin Yun Chun telah hadir ke Malaysia untuk  memperkenalkan album serta mengadakan persembahan sempena pelancaran Yes - The Fastest 4G Mobile Internet  With Voice. Sidang media yang berlangsung di Hotel JW Marriot bermula  dengan memperkenalkan Lin Yun Chun atau dikenali juga Jimmy Lin serta  album terbarunya yang berjudul It's My Time.Lin Yun Chun yang juga turut mempunyai album bahasa Cina berjudul  Next Stop To The Future  berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan penerbit yang  juga pemenang Anugerah Grammy, Walter Afanasieff dalam album It's My Time. Walter juga merupakan penerbit lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion. Pernah membuat persembahan dalam program terkenal seperti The Ellen DeGeneres dan America's Got Talent, Lin Yun Chun menyatakan perasaan bangganya bergelar orang Asia dan dapat menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dengan fasih. "Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan saya. Saya fikir menjadi  seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mampu menyanyikan  dalam bahasa tersebut seolah-olah fasih menggunakan bahasa tersebut  menjadikan masyarakat cepat mengenali saya," ujar Lin yang menggunakan  khdimat penterjemah ketika sesi soal jawab berlangsung. Tidak pernah belajar vokal secara profesional, Lin Yun Chun amat meminati penyanyi hebat, Whitney Houston. "Dia mampu menyanyikan pelbagai nada dengan baik. Setiap nyanyian  Whitney Houston mempengaruhi diri saya dalam semua aspek," katanya lagi  yang turut meminati Susan Boyle dan Charice. Ketika ditanya mengenai gaya rambutnya yang unik, Lin Yun Chun  ketawakerana gaya tersebut merupakan salah satu faktor dirinya dikenali  ramai. "Sebenarnya saya tidak merancang untuk mempunyai gaya rambut ini. Sebelum ini saya juga mempunyai gaya yang lain. "Saya muncul dalam program realiti TV dengan gaya ini dan orang  mengenali saya. Stail rambut ini bukan selamanya tetapi buat masa  sekarang saya selesa begini," tambah Lin Yun Chun lagi. It's My Time memuatkan sepuluh buah lagu dengan dua buah lagu Inggeris, I Will Always Love You dan Amazing Grace. Kedua-dua albumnya sudah berada dipasaran sejak 20 September 2010. | 
  |  Bank 'perang' tarik pelanggan baru   Posted: 01 Dec 2010 03:31 PM PST  KEGILAAN berbelanja tanpa memikirkan  kemampuan sebenar kewangan menyebabkan pengguna terperangkap dengan  hutang kad kredit. -  Gambar hiasan  
 KUALA LUMPUR –   Sebahagian besar bank kini melancarkan perang  besar-besaran untuk menarik pelanggan baru selepas berjuta-juta pemegang  kredit menghentikan penggunaan kad mereka disebabkan pelaksanaan cukai  perkhidmatan  sebanyak RM50 setahun untuk setiap kad kredit utama  dan  RM25 bagi setiap kad kredit tambahan. Menurut sumber industri, langkah tersebut terpaksa dilakukan  memandangkan berlaku kemerosotan mendadak jumlah kad kredit dalam  industri iaitu sebanyak 18 peratus. | 
  |  UTM-Proton hasilkan EV   Posted: 01 Dec 2010 03:30 PM PST  MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed melihat kenderaan elektrik Proton Saga di Kuala Lumpur semalam. 
 KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perusahaan  Otomobil Nasional Berhad (Proton) berjaya menghasilkan kenderaan  elektrik (EV) dengan menggunakan model terbaru Proton Saga. Penyelidikan selama 11 bulan itu adalah hasil usahasama 20 tenaga  terdiri daripada pensyarah, pelajar, juruteknik UTM dan jurutera serta  juruteknik Jabatan Penyelidikan Proton. Menurut Ketua Jurutera Jabatan Penyelidikan Proton, Md. Ridzuan Md.  Yusof, kerjasama berkenaan dibuat bagi mempromosikan hasil kerja  tempatan yang setanding dengan kereta elektrik buatan luar negara. "Ini adalah projek perintis dan selepas ini, Proton akan menghasilkan  spesifikasi yang lebih menarik dan EV untuk model kereta Proton lain  pula," jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam. | 
  |  Denda RM1 juta, penjara 5 tahun   Posted: 01 Dec 2010 03:30 PM PST KUALA LUMPUR - Kadar penalti dan hukuman bagi kesalahan pembalakan  haram akan ditingkatkan kepada RM1 juta dan penjara tidak kurang  daripada lima tahun apabila pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984  dilaksanakan kelak.  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan  akta itu sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum rang  undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen tahun depan. "Mesyuarat (Majlis Tanah Negara) telah bersetuju untuk meminda Akta  Perhutanan Negara 1984 bagi memantapkan penguatkuasaan undang-undang  berkaitan perhutanan dalam membanteras pembalakan haram dan kesalahan  hutan. | 
  |  Tembelang Doktor Helmi pecah   Posted: 01 Dec 2010 03:28 PM PST  MOHAMAD SHUKOR (tengah) menunjukkan  pistol yang dirampas daripada dua lelaki di Rantau Panjang, Klang Utara  pada sidang akhbar di Klang semalam.  
 KLANG - Kalau bukan kerana mencabul seorang pekerja, rahsia seorang  bekas tentera yang menyamar sebagai doktor pasti tersimpan rapi. Bayangkan, selama hampir tiga tahun 'berkhidmat' di tiga buah klinik  di Klang, Rawang dan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dia yang tidak  mempunyai kelayakan untuk bergelar doktor telah melaksanakan tugas  menyambut kelahiran sebanyak sembilan kali. Suspek, 41, yang kononnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana  Perubatan (MBBS) dari Turki terus memperdaya majikannya dengan  menggunakan gelaran Doktor Helmi Abdul Hamid. Bagaimanapun, semua itu terbongkar apabila dia sebenarnya hanya  memiliki Diploma Perubatan selain pernah bertugas sebagai pembantu  perubatan tentera sejak 1988 di Melaka sebelum berhenti pada 2006. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong  berkata, pihaknya membongkar penyamaran doktor tersebut selepas  melakukan semakan dengan Lembaga Perubatan. | 
  |  Ibu saudara, dua beradik ghaib   Posted: 01 Dec 2010 03:27 PM PST |  
 |  | NUR FAZHILLAH dan adiknya, Mohd, Fazil yang tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.  
 | 
 KUALA LUMPUR - Duaberadik berusia tiga dan empat tahun hilang bersama  ibu saudara mereka selepas keluar bersiar-siar dari rumah mereka di  Taman Sri Batu Caves, Gombak di sini pada Ahad lalu. Sebelum hilang, wanita yang berusia 20-an dan berasal dari Aceh,  Indonesia itu dikatakan telah meminta kebenaran daripada ibu bapa  kanak-kanak terbabit untuk membawa dua beradik itu bersiar-siar. Namun, sejak keluar pada petang Ahad lalu, dua beradik itu dan ibu saudara mereka tidak pulang. Berikutan itu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu yang bimbang  dengan keselamatan anak-anak mereka membuat laporan polis pada keesokan  harinya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah  berkata, siasatan polis yakin kedua-dua beradik, Nur Fazhillah, 4,  manakala adik lelakinya, Mohd. Fazil, 3, itu masih bersama ibu saudara  mereka. "Wanita itu datang ke negara ini dan tinggal bersama keluarga kanak-kanak itu sejak lima bulan lalu. "Wanita itu didakwa meninggalkan sekeping nota meminta maaf kepada  ibu bapa pasangan adik-beradik tersebut," kata beliau ketika dihubungi  semalam. | 
  |  Renungan terakhir bakal pengantin   Posted: 01 Dec 2010 03:25 PM PST  ABDUL RAHMAN melakonkan semula  bagaimana dia keluar selepas memecahkan cermin depan bas yang terbalik  dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, Marang semalam.  
 MARANG - Tindakan seorang bakal pengantin membelok ke simpang tanpa  memberi isyarat membawa padah apabila dia mati dilanggar sebuah bas  ekspres dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan  berhampiran simpang Gong Beris, Pulau Kerengga dekat sini semalam. Kejadian pukul 3.30 pagi itu mengakibatkan pekerja kilang yang bakal  berkahwin pada Jun tahun depan, Shahabudin Sudin, 24, mati di lokasi  kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Kemalangan itu juga mengakibatkan 10 penumpang termasuk pemandu bas  City Express cedera selepas kenderaan itu berpusing lalu merempuh  sebatang tiang elektrik sebelum terbalik di tepi jalan laluan  bertentangan. Ia ekoran, pemandu bas, Abdul Rahman Daud, 52, sebelum itu cuba  membrek dan mengelak motosikal yang ditunggang mangsa. Kesemua mereka  dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan dari Melaka. |