Adsense

Rabu, 1 Disember 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kaya dan ternama

Posted: 30 Nov 2010 02:50 PM PST

Hip

Anita muncul bersama imej, program baru

SEBELUM Ramadan lalu, Anita Sarawak bersama suami tercinta, Mahathir Abdullah, meninggalkan hiruk-pikuk kota metropolitan, Kuala Lumpur menuju ke beberapa kota di Eropah, Las Vegas dan Los Angeles di Amerika Syarikat untuk berehat setelah bertungkus-lumus menguruskan kerjaya seninya di sini.

Selain bercuti, pasangan romantis itu turut mengambil peluang selama dua bulan berkenaan untuk menguruskan perniagaan Mahathir di Vegas. Pemergian Anita atau Kak Nita kali ini bagaimanapun terasa bagaikan lama benar berbanding sebelum ini. 'Kehilangan' Anita menjadi tanda tanya di kalangan teman media. Lazimnya sekembali dari bercuti panjang, ada saja aktiviti membabitkan penghibur itu akan menyusul, tetapi kali ini diva itu seakan menyepikan diri.

Bagaimanapun, kemunculan penyanyi, pelakon dan pengacara itu pada majlis memperkenalkan program baru terbitan Astro Ria, Astana, dua hari lalu bagaikan menjawab segala pertanyaan yang selama ini bersarang di hati.

Kehadiran Anita pada majlis itu cukup dinantikan. Tentunya yang paling kami nantikan adalah untuk melihat apa pula imej baru yang cuba ditonjolkan personaliti berusia 57 tahun itu sekembalinya dari bercuti.

Ternyata dia berjaya memukau mata kami dengan penampilan yang cukup anggun dengan gaun labuh rona hitam, bersama imej baru - rambut panjang yang diikat tinggi. Reben hitam pula menjadi perhiasan di kepala menyebabkan penampilannya tidak ubah seperti gadis remaja.
Benarlah seperti kata pujangga, hitam itu menawan. Begitulah menawannya Anita tengah hari itu yang tampil sedondon dengan suami tersayang.

"Kak Nita tidak menghilangkan diri," begitu tersusun bicara wanita ini membuka bicara.

Memang lazim dia begitu, justeru, tidak hairanlah kenapa ramai wakil media berasa selesa untuk bertemu penyanyi kelahiran Singapura ini.

Dia seorang yang cukup profesional, tidak pernah sekali meninggikan suara, apatah lagi untuk meninggi diri. Panggilan sayang juga tidak pernah lekang di bibir, tidak kiralah ketika bertemu dengan sesiapa sekali pun.

"Kak Nita kembali ke sini pada minggu kedua Syawal. Walaupun bercuti, Kak Nita seolah-olah tidak bercuti kerana boleh dikatakan 24 jam Kak Nita bergayut di telefon menguruskan perkara berkaitan program Astana yang akan memaparkan kediaman mewah beberapa ahli perniagaan yang berjaya dan selebriti terkemuka tanah air.

"Hampir 99 peratus tetamu yang diundang untuk menjayakan program sebanyak 13 episod itu diusahakan sendiri oleh Kak Nita. Jadi sekembali daripada bercuti, Kak Nita terus sibuk dengan perjumpaan bersama pemilik rumah mewah ini, penerbit dan penulis program.

"Kak Nita juga perlu menyediakan sendiri pakaian yang dikira sesuai untuk keseluruhan episod rancangan televisyen ini," kata Anita yang bakal muncul bersama program itu pada setiap Ahad jam 7.30 malam.

Sebaik saja segala perbincangan selesai, wanita itu memberitahu, dia bergegas pula ke lokasi rakaman, malah sehingga kini proses rakaman untuk program Astana masih lagi berjalan. Ia dijangka selesai pada Disember.

Motivasi buat penonton

SEPANJANG 13 episod, Anita akan membawa penonton meninjau gaya hidup eksklusif pemilik rumah mewah di Malaysia. Katanya, program itu bukan bertujuan untuk menunjukkan kemewahan pemiliknya, sebaliknya ia mampu menjadi motivasi kepada penonton untuk meningkatkan lagi usaha mereka dalam meningkatkan taraf kehidupan.

Walau bagaimanapun, proses menyiapkan program itu tidak semudah disangka. Cabaran seperti pemilik kediaman enggan membenarkan rumah mereka dipaparkan terpaksa dihadapi penghibur ini. Sebahagiannya bersetuju mendedahkan kediaman mewah mereka kerana menghormati penyanyi berkaliber ini.

Antara tetamu yang dipaparkan dalam program terbabit ialah Pak Engku, Datuk Yusof Haslam, Linda Onn, Chef Wan dan ramai lagi.

"Setiap kali menonton program The Rich & Famous, Kak Nita sentiasa mendapat inspirasi dan motivasi untuk meningkatkan lagi taraf hidup. Kak Nita tidak suka mereka yang lekas berpuas hati dengan apa yang mereka miliki.

"Jadi mereka harus menonton program ini kerana kita tidak hanya paparkan kemewahan rumah mereka. Sebaliknya kejayaan insan ini boleh dijadikan motivasi oleh penonton. Walaupun kebanyakan tetamu pada mulanya enggan kerana bimbang mereka dikatakan menunjuk-nunjuk, tetapi kita yakinkan mereka bahawa program ini juga boleh memberi motivasi kepada penonton. Selepas itu, barulah mereka bersetuju," kata Anita yang terpaksa melupakan seketika kerjaya nyanyian kerana ingin menumpukan perhatian kepada program berkenaan, serta penggambaran musim kedua program Kau & Aku.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata kerjasama yang terjalin utuh antara Astro dan Anita menyebabkan mereka senang bekerja dengan diva berkenaan.

Katanya juga, imej elegan yang dibawakan Anita pula amat bersesuaian untuknya mengendalikan program sebegini.

"Idea program ini memang berasal daripada Astro, tetapi kami amat berterima kasih kepada Anita Sarawak, kerana pembabitannya dalam program ini memudahkan kerja kami. Anita yang banyak berurusan dengan pemilik rumah sehingga hasrat kami untuk menerbitkan program ini berjaya direalisasikan," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jawablah!: 'Dia panggil saya kakak'

Posted: 30 Nov 2010 02:47 PM PST

Hip

Ayu Damit

Ayu Damit

Ayu mahu kembali ke Sabah untuk eratkan hubungan dengan anak

SUKAR meneka apa yang tersirat dalam hati wanita bertubuh kecil molek ini. Walaupun si empunya diri ramah melayan soalan yang diajukan, ia menyentuh kehidupan peribadi, bibir yang petah berkata-kata itu terhenti seketika. Tiada suara yang dikeluarkan, sebaliknya pandangannya dialihkan ke bawah seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Apakah ada sesuatu yang mengganggu Norayu Damit atau lebih mesra disapa Ayu ini. Dari perkhabaran yang dibawa, penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu ini mahu meninggalkan Kuala Lumpur dan kembali ke daerah tumpah darahnya di Putatan, Sabah. Adakah Ayu merajuk atau sengaja mahu melarikan diri dari kota yang pernah melukakan hatinya itu. Enggan membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya, Ayu ketika ditemui pada sesi rakaman album terbarunya di studio milik komposer Rudi Muhamad di Bandar Utama mengakui dia memang berhasrat meninggalkan ibu kota. Kata Ayu, antara sebab dia membuat keputusan itu adalah kerana ia ada kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Katanya, ada sesuatu yang menjadikan dia sangat kecewa dan semoga pengorbanannya itu nanti mengubah kesedihan yang dialaminya itu dan bertukar menjadi sebuah kegembiraan.

Hip: Bagaimana kehidupan Ayu selepas berkeluarga?

Selepas berkahwin, Ayu dapat rasakan semakin matang dan naluri keibuan itu semakin kuat dalam diri. Namun tak dinafikan, perkahwinan ini sedikit sebanyak mengubah sikap dan karakter Ayu. Ayu lebih sensitif, sering dalam tekanan dan kuat membebel. Entah mengapa, Ayu asyik hendak marah saja. Jika ada perkara yang tak kena, memang mudah marah. Tapi Ayu anggap itu cabaran, lebih-lebih lagi apabila mendirikan rumah tangga pada usia muda. Ayu juga sedar bukan mudah untuk menjadi seorang isteri dan ibu serentak.
Hip: Bunyinya seperti ada yang tak kena dengan perkahwinan itu?

Tiada apa-apa yang berlaku sebenarnya. Hubungan kami suami isteri macam biasa. Kami bahagia. Seperti yang saya katakan tadi, mungkin ini adalah sebahagian asam garam dalam kehidupan berumah tangga, yang harus dilalui dengan penuh kesabaran.

Hip: Sehingga kini, Ayu masih terus merahsiakan siapa keluarga Ayu. Apakah Ayu akan terus menyembunyikan wajah mereka daripada media?

Rasanya cukuplah mereka tahu status Ayu sebagai isteri dan seorang ibu. Namun untuk membawa mereka ke dunia glamor, rasanya tidak mungkin. Ayu tak akan mempamerkan wajah mereka dalam mana-mana majlis hiburan. Ini permintaan mereka sendiri dan keluarga kedua-dua belah pihak. Ayu kena menghormatinya. Lagi pun, keluarga bagi Ayu adalah hak peribadi dan tidak perlu ditonjolkan di media elektronik atau media cetak. Tapi kalau kami keluar bersama dan ada yang nampak, itu tidak mengapa.

Hip: Khabarnya selepas album Ayu siap, Ayu mahu meninggalkan Kuala lumpur dan menetap di kampung. Betulkah?

Memang benar berita itu. Selepas album ini siap, Ayu memang akan pulang ke kampung dan menetap di sana. Biarlah Ayu mengembangkan bakat dari sana. Mungkin rezeki Ayu banyak berpihak di sana, siapa tahu?

Hip: Macam merajuk saja? Adakah Ayu berkecil hati dengan industri hiburan di sini yang seolah-olah meminggirkan Ayu?

Bukan merajuk. Tujuan pulang ke Sabah kerana mahu dekat dengan anak Ayu, Syed Nashrul Haikal yang ketika ini di bawah jagaan ibu Ayu dan dia menetapkan hanya selepas umurnya dua tahun baru Ayu dibenarkan menjaganya kembali. Walaupun sesekali ada pulang ke kampung untuk menjenguknya, tapi perasaan itu tidak sama. Tambahan pula dia kini memanggil Ayu kakak dan ibu Ayu sebagai emak.

Sedih juga apabila anak sendiri memanggil ibunya kakak. Jadi, cadangannya selepas album Ayu siap kelak, Ayu akan menetap di Sabah. Hanya Ayu yang akan pulang ke kampung. Manakala suami Ayu akan tinggal di Kuala Lumpur. Apabila Ayu tinggalkan suami, bukanlah bermakna kami ada masalah rumah tangga. Ayu pergi pun bukannya lama. Hanya untuk enam bulan.

Hip: Album terbaru Ayu ini menyaksikan Ayu merakamkan kembali lagu yang pernah popular sebelum ini. Tak bimbang jika ada yang membuat perbandingan atau menuduh Ayu merosakkan lagu asal?

Apa yang Ayu buat hanyalah untuk mengembalikan semula ingatan peminat.
Kebanyakan lagu yang Ayu rakam adalah pilihan Ayu dan juga hasil perbincangan dengan syarikat rakaman sendiri. Semua lagu dirakam ikut cara dan muzik Ayu sendiri, namun pada masa yang sama, tetap memelihara melodi asalnya. Antara lagu yang Ayu rakamkan termasuklah Flora Cinta, Salam Buat Kekasih, Penghujung Rindu, Dendam Dalam Diam, Setia Kasih, Kabut Serangkai Mawar dan sebuah lagu baru ciptaan Rudi.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.