Adsense

Sabtu, 23 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pasrah Bianca King

Posted: 22 Feb 2013 02:48 PM PST

Positif jalani hidup selepas ditinggalkan teman lelaki

Menjadi sebahagian fenomena drama berantai, MariMar disusuli kejayaan My Only Love dan Dyesebel, namun perjalanan kehidupan peribadi Bianca Charlotte King tidak seindah catatan karier lakonannya.

Bianca, 27, yang memulakan karier sebagai bintang komersial pada usia 13 tahun akur, keindahan alam percintaan belum menyebelahi untuk membawanya ke gerbang perkahwinan.
Saya lebih menikmati dunia lakonan apabila tidak perlu lagi membahagikan waktu antara kerjaya dan pengajian. Jadual kerja lebih padat berbanding sebelum ini," Bianca King

Satu anugerah

"Cinta itu satu anugerah," kata Bianca, tatkala diajak mengimbas episod percintaan yang setahun dijalin bersama aktor, Dennis Trillo namun berakhir kegagalan pada Disember lalu. Enggan terperuk dalam kedukaan berlarutan, gadis kelahiran Jerman itu berkata, kegagalan tidak pernah sesekali memusnahkan kepercayaannya terhadap cinta.


Bianca tidak akan pernah sesekali menutup pintu kerana dia ingin berkongsi anugerah terindah pemberian Tuhan itu bersama mereka yang serius menghargai kehadirannya.
"Hati saya pantas tersentuh, terutama apabila didekati mereka yang begitu menghargai kehadiran saya. Melihat keikhlasan mereka meluahkan rasa, terutama peminat, hati saya meronta untuk berkongsi kebahagiaan itu. Perasaan hampa tidak pernah membekas di hati, biarpun cinta lalu tidak kesampaian," kata Bianca yang bingkas mencantum semula serpihan luka untuk kembali berdiri utuh di mata peminat setianya.

Gelora percintaannya dan Dennis mula dihidu umum pada akhir Disember lalu apabila aktor yang mula dikenali selepas membintangi Pangako Sayo membuat pengakuan, mereka sudah tiga minggu tidak bertemu.

"Saya hanya ingin melihat semua itu dari sudut positif. Kegagalan itu mengubah saya menjadi manusia yang lebih baik sepanjang 27 tahun saya bernafas. Saya ingin berkongsi apa yang dimiliki bersama mereka yang sentiasa di sisi - tidak kira cinta, persahabatan mahupun ganjaran kewangan. Saya bukan seorang yang suka membanggakan diri tetapi bapa selalu memberitahu, saya seorang pejuang. Ibu pula melihat saya sebagai rahmat terbesar Tuhan," katanya.

Tidak sekadar melafazkan janji kosong tanpa makna, Bianca berusaha mengotakan setiap perkataannya. Meskipun ditimpa ujian berat, Bianca enggan pantas berputus asa.

Baru-baru ini, dia terbang pulang ke pangkuan keluarganya di Kanada apabila menerima berita bapanya dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Mengetepikan kepentingan sendiri, Bianca memperuntukkan sebahagian besar pendapatannya untuk menanggung kos pembedahan itu.

Ketika bapanya menghidap sejenis penyakit menyerupai kanser kulit pada 2011, Bianca sedia melupakan kesibukan kerjayanya dan pulang ke Kanada untuk bersama keluarga. Diusik sisi nakal dirinya, Bianca tidak menafikan dia seorang yang suka bergembira malah sanggup mengambil risiko dalam setiap tindakannya.

Masih tebal dalam ingatannya apabila dia tiba-tiba menerima pelawaan aktor, Solenn Heussaff untuk meneroka keindahan Paris ketika mereka menjalani penggambaran, Sosy Problems di sana.

"Di luar jangkaan apabila penggambaran ditangguhkan, kami sepakat meninggalkan lokasi dan menjelajah Paris," katanya tertawa.

Bianca juga mengakui, keghairahannya mengejar cita-cita dalam bidang seni menggusarkan hati ibunya apabila dia terpaksa menangguhkan pengajian selama dua tahun.

"Ibu sering mendesak saya supaya kembali menyambung pengajian dan akhirnya dia penat sendiri. Tetapi satu hari, saya mengejutkannya apabila memberitahu saya kembali mendaftar untuk menyambung pelajaran," katanya yang menamatkan pengajian dalam bidang pembikinan filem digital di De La Salle-College of St Benilde.

Bianca juga kini mula serius untuk menekuni kerja balik tabir. Dia pernah mengarahkan 10 filem pendek, selain terbabit secara profesional dalam penerbitan tiga muzik video.

"Sebahagian daripada hasil kerja saya dapat disaksikan di YouTube. Saya paling menyukai The Morning After namun malangnya tidak dapat dimuat naik di YouTube kerana pengisiannya agak matang. Saya cenderung menjelajah sisi hitam kehidupan dalam kerja pengarahan. Kebanyakan filem pendek arahan saya berkisar kepada kematian dan pembunuhan. Malah, jika diberi peluang untuk mengarah filem cereka pertama, saya selesa memilih genre psikologi thriller," katanya.

Berharap impian itu menjadi kenyataan tahun ini atau 2014, Bianca berkata, dia mengagumi pelakon seperti Gina Alajar dan Laurice Guillen yang memberikan dimensi berbeza apabila duduk di kerusi pengarah.

Bawa watak Melissa dalam Broken Vow

Sekian lama selesa di posisi pelakon pembantu, kerjaya lakonan Bianca perlahan-lahan mendaki puncak apabila dia meraih kepercayaan untuk membawa watak utama.

"Saya lebih menikmati dunia lakonan apabila tidak perlu lagi membahagikan waktu antara kerjaya dan pengajian. Jadual kerja lebih padat berbanding sebelum ini. Dulu saya punya banyak waktu terluang kerana hanya menerima watak pembantu. Bermain watak utama begitu menuntut waktu, ada kalanya saya tiada kesempatan untuk melelapkan mata biarpun seketika," katanya.

Kematangannya sebagai pelakon semakin diakui apabila Bianca mula diserahkan watak berat. Seperti dalam Broken Vow yang ditayangkan TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 3 petang bermula 27 Februari lalu, Bianca beraksi sebagai wanita matang.

"Broken Vow menuntut kekuatan apabila saya berdepan pelbagai kekalutan emosi. Meskipun tidak pernah melalui episod hitam kehidupan di alam nyata, namun watak itu menuntut saya supaya matang. Saya perlu bijak mewarnai karakter Melissa dan ia menuntut kematangan supaya dapat melakukan pertimbangan yang adil untuk watak itu.

"Tidak semua pelakon sedia menggalas tanggungjawab itu, apatah lagi untuk aktres sebaya usia saya. Namun saya berterima kasih kepada pengurusan yang mempercayai, meskipun usia saya baru melewati pertengahan 20-an," katanya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Posted: 22 Feb 2013 09:08 PM PST

Posted: 23 February 2013 at 1:08 pm  

Fizz Fairuz lapor polis

Gara-gara kontroversi bertunang dengan isteri orang, Fizz Fairuz telah membuat satu laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi dirinya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn Massiela jika sesuatu terjadi kepadanya selepas mereka berdua putus tunang..

Melalui Harian Metro, Satu sumber polis menjelaskan yang Fizz Fairuz sudah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, pada hari rabu yang lalu kira-kira jam 1.43 petang dan mendakwa yang dia tidak pernah mengetahui yang wanita itu sudah berkahwin..

"Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

"Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Sumber:Metro