Sudah menjadi trend hari ini apabila sesebuah lagu lama dinterpretasikan dalam bentuk baru bagi memenuhi kehendak pendengar masa kini. Bagaimana pula bunyinya apabila sebuah lagu berjudul 'Jejaka Idaman' yang pernah di popularkan oleh penyanyi 80-an, Raja Ema diberikan nafas baru yang lebih urban?
Seorang penyanyi solo pop yang masih dirahsiakan identitinya bakal menggegarkan anda dengan menyanyikan semula versi baru lagu ini bersama gubahan muzik terbaru dan lebih urban daripada DJ Fuzz dan juga lirik/melodi tambahan oleh salah seorang peserta Akademi Fantasia yang baru berjinak semula dalam bidang penulisan lagu.
Sesuai dengan susunan baru, lagu ini turut diberikan nama baru iaitu 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ dan penyanyi ini bakal meriliskan lagu penuh dan video muzik lagu ini pada hujung minggu ini.
Nantikan versi penuh dan video muzik 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama pendedahan identiti penyanyi baru pada Ahad ini. Enjoy sneakpeak preview selepas ini.
Sedikit gosip ringan daripada kami. Setakat ini masih tiada sebarang kata-kata pengesahan daripada mulut Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 23 tahun mengenai perancangannya untuk berkahwin. Namun, seorang peminat memaklumkan bahawa Elia dipercayai akan melangsungkan perkahwinan berdasarkan sebuah artikel berjudul 'Type-Less Thursday' dimana dia telah menghadiri ujian saringan HIV sebagai memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapakah Elia? Dia merupakan seorang wanita yang pernah singgah di dalam hidup penjaga gol Malaysia, iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Mengimbas kembali, ikatan pertunangan mereka telah diputuskan atas sebab peribadi sehingga membangkitkan kontroversi ekoran pelbagai kenyataan-kenyataan panas seperti yang dipaparkan dalam surat khabar mahu pun blog tempatan.
Sekitar Ogos tahun lalu, Elia mendakwa Apek mula berubah sikap terhadap dirinya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Kemudian, Apek telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan 3 hari selepas tamatnya perlawanan Malaysia Vs Singapura yang berlangsung pada 28 Julai 2011. Pada April tahun ini pula, Apek pernah memberikan kenyataan kepada wartawan URTV bahawa dia sudah single dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarganya terlebih dulu.
Berbalik kepada topik asal, kami percaya Elia juga telah belajar daripada pengalaman lalu dan tak salah rasanya jika kami ucapkan selamat berumahtangga kepada dia. Tahniah buat Elia!
Foto dipetik daripada arkib lama milik Harian Metro.
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
First of all, tahniah Zon Artis ucapkan kepada pelakon cantik kat Malaysia ni siapa lagi kalau bukan Nur Fazura kerana telah 'melahirkan' sebuah butik pakaian yang diberi nama House Of Doll.
Butik tersebut terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar dan menurut Fazura, nama House Of Doll tersebut diilhamkan sendiri olehnya dan butik tersebut lahir kerana minatnya dalam bidang fesyen.
Fazura turut memberi tahu, dia melahirkan House Of Doll kerana dia mahu sebuah almari yang boleh dikongsi bersama dengan peminat dan individu yang mempunyai citarasa seperti dirinya.
"Kedai ini saya anggap sebagai walking wardrobe saya dan semua produk yang tergantung di sini sudah semestinya akan saya pakai. Semua yang ada di sini adalah pilihan sendiri dan kualitinya amat dititik beratkan."
Walaupun telah menceburi bidang baru, Fazura tetap tidak melupakan bidang seni yang telah menaikkan namanya sehingga dikenali ramai. Cuma buat permulaan, House Of Doll menjadi keutamaan. Seperti kata Fazura:-
"Buat masa ini, House Of Doll akan menjadi keutamaan saya. Tapi ini tidak bermaksud saya meninggalkan terus bidang seni tetapi saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan saya dahulu.
"Saya akan lebihkan masa di sini, namun saya bukan sahaja mahu orang datang kerana butik ini milik saya tetapi mereka datang dan membeli-belah kerana barangan yang saya pilih untuk saya kongsi bersama mereka"
Anda jangan tak tahu, di butik House Of Doll itu juga, Fazura turut menyediakan beberapa helaian eksklusif hasil kolaborasi istimewa'nya bersama seorang pereka fesyen terkenal yang juga temannya iaitu Rizman Ruzaini.
Kesemua helaian eksklusif itu adalah made-to-measure dan sudah pasti hanya ada satu seumpamanya dalam koleksi House Of Doll. Jadi bolehlah dikatakan ianya limited edition dan tidak akan ada duanya. Mungkin!
"Saya senang bekerja dengan Rizman Ruzaini kerana dia seperti boleh membaca apa yang saya mahu gayakan. Jadi untuk projek kali ini, kami telah berbincang dan Rizman Ruzaini sudah menyiapkan 10 helaian pertama sempena majlis pembukaan ini,"
Fazura merancang mahu mengembangkan butik berkenaan dengan barangan terbaru yang akan dibawa masuk sekerap mungkin bagi mengikuti trend semasa. Malah merancang akan tampil dengan rangkaian haruman dan juga sepatu.
Zon Artis: All the best Fazura dan tahniah sekali lagi.
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sami Yusuf bakal melancarkan album terbaru 'Salaam' di Malaysia, Singapura and Brunei
Setelah mencatatkan jutaan jualan, penyanyi dan pencipta lagu, Sami Yusuf bersedia untuk memasarkan album terbaru beliau, 'Salaam' di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat rakaman dan pengedar dari Malaysia, Arteffects International.
Meneruskan kecemerlangan album-album terdahulu, 'Al-Muallim', 'My Ummah' dan 'Wherever You Are', album studio keempat Sami Yusuf 'Salaam' bakal menghidangkan selera dan tema lagu yang lebih pelbagai. Album ini juga turut diserikan dengan gandingan istimewa oleh Diva dari Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza untuk single utama, "You Came To Me" yang telah dirakam di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Sebagai wakil rasmi Sami Yusuf dan pengurusannya, ETM International, di Malaysia, Singapura dan Brunei, Arteffects International begitu berbesar hati untuk mengembangkan keindahan muzik Sami Yusuf dan mesej-mesej di dalam lagu beliau, yang sememangnya telah menambat serta menawan hati dan perasaan jutaan insan di dunia.
Album ini akan dipasarkan seiring dengan Konsert Jelajah Salam 2012 (Salaam Tour Concert 2012). Konsert ini akan diadakan di Stadium Terutup Singapura, Singapura pada 8 Julai 2012 dan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Malaysia pada 14 Julai 2012.
Salam akan berada di semua rangkaian kedai-kedai muzik dan lokasi terpilih; berserta langganan muat turun nada dering dan muat turun digital tidak lama lagi.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Tuesday, May 29th, 2012 pada 8:54 am dan di bawah kategori Album.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Wow, nampaknya hari Rabu ni jadual Budiey sangat pack lagi dengan event. Kadang-kadang, Budiey rasa risau sebab tak semua event Budiey dapat hadir kerana terlalu banyak dengan jadual bertindih dalam satu masa dan sekarang agak keliru event mana satu yang boleh dihadiri.
Selain pelancaran album Firdaus dan pelancaran album runut filem 28 Februari, pada hari Rabu ini juga Astro akan melancarkan satu servis yang terbesar iaitu Astro On The Go. Dengan taglinenya – Take Astro With You, Whereever You Go.
Imagine that you are watching the last 10 minutes of an exciting football final or immersed in your favorite Korean drama at home, when your friend arrives to pick you up and you have to be on your way. What if we told you that you won't miss the winning goal or even the "saranghaeyo" moments?
What if we told you that you could bring Astro with you, wherever you go?
Astro is committed to driving a lifestyle change in Malaysia, by bringing together mobility and quality content into an innovative, game-changing service.
Dikatakan Astro On The Go bakal mencipta sejarah di mana menjadi antara perkhidmatan TV online yang terbesar di Malaysia dan pelancaran ini juga katanya menjadi pelancaran paling grand dan dinantikan oleh Astro dan pelanggannya.
Secara ringkas, Astro On The Go akan menjadi produk terbaru Astro khusus untuk pengguna gajet mudah alih, pengguna iPad, gajet telefon bimbit pintar dan tablet. Ia dicipta khusus untuk disasarkan untuk pengguna gajet yang kerap mengakses internet.
Servis ini dilihat seakan versi baru Astro Mobile yang dulunya pernah dilancarkan. Namun, kali ini servis ini lebih grand katanya. Apa taknya, anda boleh ikuti rancangan keagamaan, program hiburan, siaran perlawanan bola sepak, siaran berita dan klip video lagu-lagu terkini hanya dari skrin smartphone. Budiey juga tertanya-tanya, apa perbezaan antara Astro On The Go dengan Tonton yang dilancarkan oleh Media Prima. Yang pasti, Astro On The Go ini akan jadi lebih baik dari Astro Mobile dan Tonton? Adakah ini benar?
Semasa pelancaran Astro On The Go, Astro akan mengumumkan tentang harga dan juga pakej yang ditawarkan. Agak-agak berapa RM la harga pakej servis ni eh? Korang rasa?
Persaingan servis ini ialah pastinya akan bersaing dengan servis online percuma dari YouTube, laman sesawang berita online, laman blog yang sentiasa dikemaskini, radio online dan banyak lagi. Jadi, nak tak nak, Astro kena tampilkan sesuatu yang berbaloi untuk ditonton.
Kekuatan Astro adalah pada rancangan hiburan, liputan sukan secara langsung, rancangan berbentuk kekeluargaan serta realiti tv. Apa yang lebih penting, Budiey harapkan servis ini dapat memberi manfaat dan bayarannya setimpal dengan servis dan wang yang dilaburkan oleh pelanggan. Sudah tentu, Astro perlu menyediakan bahan yang sukar untuk didapati di mana-mana media yang lain. Barulah nampak eksklusif, kan?
Budiey dengar la kan? Kalau event grand macam ni, pastinya ada iPad atau iPhone yang akan diberikan sebagai cabutan bertuah untuk media yang hadir. Tak caya tengok la eh.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Tuesday, May 29th, 2012 pada 8:45 am dan di bawah kategori Astro.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Memainkan video game secara berlebihan memang boleh berakibat fatal, seperti yang dialami pemain ini. Ia tewas setelah memainkan Diablo III selama 3 hari tanpa henti.
Pemain itu diketahui bernama Russell Shirley, 32 tahun. Ia memang salah satu pengemar berat Diablo III, dan menurut rakan kerjanya gamer ini menghabiskan akhir minggu dengan memainkan game besutan Blizzard tersebut.
"Isnin pagi ia tidak terlihat di tempat kerja, dan saya khuatir kerana ia terus memainkan Diablo III sejak dirilis Selasa lalu. Saya pernah mendengar bahawa ada beberapa orang tewas karena terlalu lama bermain game," tulis Dave Oshry, rekan kerja Shirley.
Kekhuatiran Oshry akhirnya terbukti. Shirley ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di rumahnya, tepat di depan komputer tempat ia memainkan Diablo III. Menurut pihak berkuasa setempat, gamer ini tewas kerana serangan jantung dan kelelahan.
Shirley memang salah satu penggila Diablo III, dan sudah lama menanti kehadiran game ini. Tak hairan ia memilih menghabiskan akhir minggu main game itu. Namun kerana tidak melakukan istirahat cukup, game tersebut justru meragut nyawanya. Khabarnya, dia memang punya masalah kesihatan.
Apa yang dialami oleh Shirley bukan yang pertama. Chen Rong-yu, 23 tahun, ditemukan sudah tidak bernyawa saat memainkan game online League of Legends di sebuah warnet. Dan semoga saja, seluruh kejadian tersebut sudah cukup untuk mengingatkan gamer untuk tidak bermain secara berlebihan.
"Saya tidak menyalahkan game yang telah membunuhnya (Shirley-red), saya hanya menyesali gaya hidup dan pilihannya. Memainkan Diablo III secara maraton," tungkas Oshry.
LOS ANGELES - Sarah sudah berhasil mengumpulkan 5.000 fotonya bersama artis Hollywood. Gadis yang sering disebut dengan nama "Sarah si Pengejar" itu juga menjadi terkenal di jejaring sosial twitter kerana aktivitinya.
Gadis berusia 16 tahun itu menghabiskan waktu luangnya berkeliling di kampung halamannya, Los Angeles untuk bertemu dan berfoto bareng dengan artis-artis terbaik, di antaranya Brad Pitt, Angelina Jolie, Julia Roberts, Justin Bieber dan Simon Cowell.
Saat ini, Sarah justru merahsiakan nama keluarganya dan lebih memilih menggunakan nama Sarah "Stalker." Nama itu sudah membuat Sarah terkenal dan mendapatkan hampir 40.000 followers (pengikut) di jejaring sosial Twitter.
"Saya tidak pernah berharap bahawa hobi saya ini dapat memberikan keuntungan yang besar. Bagi saya itu hanya sebuah ghairah dalam hidup. Saya menyukai respons yang saya terima dari banyak orang ketika saya mengunggah foto-foto saya di dunia maya," ujar Sarah, seperti dikutip dari The Sun, Senin (28/5/2012).(AUL)
TRIBUNNEWS,COM - Para Orangtua murid di sekolah perempuan Tomlinscotel, Frimley, Surrey, Inggris, berang terhadap pihak sekolah, lantaran memaksa anak mereka membuka bra, untuk membuktikan tidak menyeludupkan telefon genggam ke dalam sekolah.
Seorang ayah, dari pelajar sekolah itu mengatakan, putrinya merasa sangat malu dan telah dilecehkan. "Putri sayamerasa sangatmalu keranamengeksposdirinya di depangadis-gadis laindan guru," ujarnya seperti dikutip dari Dailymail, Isnin (28/5/2012).
Ia menceritakan, anaknya, bersama dengan lapan gadis lainnya, di bawa ke dalam sebuah ruangan, oleh dua orang staf perempuan, dan diminta untuk menanggalkan pakaian atasnya.
Hal itu dilakukan, lantaran, alat pendeteksi logam sekolah, berbunyi saat mereka melangkan masuk ke dalam sekolah.
Walau mendukung larangan penggunaan telefon genggam di dalam sekolah, sejumlah orangtua murid menilai kebijakan pihak sekolah itu sangat keterlaluan.
Setelah menerima cacian, pihak sekolah, akhirnya mengeluarkan permintaan maaf mereka, melalui sebuah surat yang dikirimkan kepada para orangtua murid.
Dalam surat itu, pihak sekolah mengatakan tindakan yang dilakukan pihaknya merupakan sebuah pencegahan, dan memastikan tidak ada staf pria melakukan pemeriksaan tersebut.
Mereka juga memastikan tidak ada kontak fisik diantara staf sekolah yang melakukan pemeriksaan tersebut dengan para murid.
KULIM - "Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
"Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat," katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
"Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat," katanya.
MUMBAI: Sekurang-kurangnya 27 tetamu yang pulang daripada majlis perkahwinan maut semalam, apabila sebuah van yang dipandu laju, hilang kawalan dan merempuh bas mini mereka yang berhenti di lebuh raya di luar Mumbai. Menurut polis, bas itu membawa tetamu pulang setelah menghadiri majlis perkahwinan di pinggir Mumbai apabila ia dirempuh, di bandar Maharashtra, 80 kilometer dari Mumbai. Pegawai polis yang enggan namanya disiarkan berkata, "Bas mini itu berhenti untuk dibaiki di lebuh raya Mumbai-Pune apabila pemandu van hilang kawalan, masuk ke laluan lain dan merempuh bas itu." - AFP
LONDON: Pemancing, Mark Sawyer terkejut apabila dia menangkap ikan 'Frankenstein.' Sawyer, 53, pengarang majalah Angling Times berkata, ikan itu kelihatan terdiri daripada tiga spesies berbeza. "Kepala ikan itu seperti ikan lipas, badan dan ekornya seperti ikan emas coklat sementara sirip duburnya seperti ikan kakap," kata Sawyer.
Dia menangkap ikan berkenaan ketika memancing ikan kap di Tasik Magpie di Cambridge. - DM
LOS ANGELES: Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar. Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan. Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.
Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California.
Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang.
Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.
Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: "Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi.
"Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya."
Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu.
Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular.
Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: "Saya sering mahu berkata, 'Cukup setakat in. Saya tidak mahu lakukannya lagi.'" - DM
JOHOR BAHRU: "Saya tidak pernah berdepan situasi cemas sebegitu. Memang saya peninju, namun tidak pernah terbabit pergaduhan berkumpulan. "Mereka menyerang saya menggunakan pelbagai senjata dan melanggar saya menggunakan kereta ketika saya melarikan diri," kata peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, menceritakan detik mencemaskan dipukul enam lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Taman Molek di sini, 6 Mei lalu. Muhamad Farkhan ditemani bapa saudara, Mohd Kamaruzaman Ismail dan sepupunya, Ashraf Jamaluddin, 24, mengadakan sidang media di bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) Johor di sini, semalam, bagi menerangkan kejadian sebenar selepas mendapati beberapa laporan mengenai kejadian menimpanya itu kurang tepat.
Selain itu, peninju negara berkenaan terpaksa melupakan hasrat beraksi di Olimpik London selepas diarahkan berehat selama enam bulan akibat tulang pipi kanannya hancur dalam serangan itu. Muhamad Farkhan berkata, ketika kejadian dia baru selesai menonton perlawanan akhir Piala FA Inggeris antara Chelsea dan Liverpool sebelum menerima panggilan telefon daripada suspek yang menjemputnya ke rumah di Taman Molek bagi membincangkan masalah. "Saya tiba di rumahnya jam 4 pagi dan sejurus memasuki rumah, saya diserang enam lelaki dan seorang wanita berusia lewat 20-an masing-masing bersenjatakan kayu, tongkat rotan, besi dan pedang samurai.
"Pada mulanya saya berjaya melarikan diri, namun ada penyerang melanggar saya menggunakan kereta sebelum kaki dan tangan diikat serta dihumban dalam bonet kereta sambil saya terus dipukul," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan pihaknya menunggu arahan lanjut bagi mendakwa dua suspek yang ditahan.
MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadiri kelas tambahan berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal dibonceng bergesel dengan sebuah lori di Jalan Kampung Gelam, Tanjung Kling dekat sini, semalam. Kejadian jam 10.28 pagi, Faizah Masbak, 17, yang membonceng motosikal Modenas Kriss bersama rakannya, Nurliyana Md Yusoff, 17, terjatuh. Faizah maut di tempat kejadian selepas cedera parah di tengkuk dipercayai digilis lori berkenaan manakala rakannya, Nurliyana yang cedera parah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Lokasi kejadian bertukar pilu apabila ibu mangsa, Rabiah Ahmad, 53, yang tiba tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah anaknya terbujur kaku. Menurut kakak mangsa, Afifah, 23, adiknya yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist di Tengkera keluar rumah kira-kira jam 8 pagi bagi mengikuti kelas tambahan di sekolahnya. "Ibu kata, pagi tadi (semalam) Faizah minta izin ke kelas tambahan dengan membonceng motosikal rakannya yang menjemput adik di rumah.
"Namun, tidak lama selepas rakannya datang ke rumah dan memaklumkan Faizah kemalangan, pada awalnya ibu dan ayah menyangkakan ia kemalangan kecil," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, di sini, semalam. Menurutnya, bagaimanapun apabila tiba di lokasi mereka terkejut melihat orang ramai berkumpul dan jenazah adiknya sudah ditutup.
Katanya, arwah yang juga anak kelima daripada enam beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian. "Adik tidak menunjukkan perubahan, namun malam tadi (kelmarin) dia yang gemar memasak sempat menggoreng nasi goreng cili padi untuk kami sekeluarga. "Ketika pengecaman mayat hanya ayah yang melihat kerana saya sedih dan tidak sanggup selepas dimaklumkan terdapat kesan tayar di bahagian tengkuknya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dari Tanjung Kling ke Tangga Batu bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama. "Akibat bergesel dengan lori yang nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti, kedua-dua pelajar ini dipercayai gagal mengawal kenderaan itu lalu terjatuh ke atas jalan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. "Faizah yang berasal dari Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga maut serta-merta di tempat kejadian, manakala rakannya yang cedera parah kini dirawat di ICU Hospital Melaka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, sehingga kini, pemandu lori berkenaan belum membuat laporan polis dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi polis untuk membantu siasatan.
RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk. Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.
Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.
Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.
KLUANG: "Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan," kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini. Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.
GOMBAK: Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000, kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal memintas dan mengarahkannya berhenti. Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang ketakutan akur arahan mereka.
"Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian itu. "Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka dengan gadis yang didakwa dirogolnya," katanya. Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu dicederakan.
"Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya. "Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun. Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya keseorangan," katanya.
Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
Pembersih emas di salah satu kedai penjual perhiasan di Jalan Sulawesi, Kecamatan Wajo, Kota Makassar, Robert alias Obet (16), membunuh rakan sekerjanya.
Kejahatannya terungkap, dan polis Polres Pelabuhan Makassar, langsung menahannya.
Berdasarkan bukti-bukti awal yang didapat, Robert telah membunuh rakan kerjanya, Ana (28). Saat disiasat di Polres Pelabuhan, Robet mengaku dendam dan kesal atas perlakuan korban kepadanya.
Korban yang berasal dari Kabupaten Tana Toraja, sering meminta pelaku untuk berhubungan layaknya suami-isteri @ hubungan seks. "Saya kesal kerana dia sering memaksa dengan merayu saya berhubungan," kata Robet.
Selain itu, ia juga bosan dengan sikap korban yang sering memerintah seenaknya dan juga ringan tangan. Kerana alasan itu, pelaku sanggup menghabisi nyawa korban dengan cara dicekik dengan menggunakan sarung tangan, di tingkat tiga kedai sekaligus rumah tinggal milik Irwan Jefry Wijaya.
Menurut Kasat Reskrim Polres Pelabuhan, AKP Sukri Arham saat ditemui di pejabatnya mengatakan, korban dihabisi dengan cara dicekik. "Saat itu korban sedang tertidur di biliknya, pelaku kemudian melihat dan masuk ke bilik kemudian mencekiknya. Setelah dicekik, pelaku kembali ke biliknya dan berpura-pura tidur kembali," kata Sukri.
Namun, pelaku merasa tidak tenang dan kemudian memberitahu majikannya kalau Ana telah tewas di biliknya. Pemilik toko kemudian melaporkan kejadian tersebut ke Polres pelabuhan yang segera tiba di lokasi.
Polisi kemudian melakukan olah tempat kejadian perkara dan memeriksa sejumlah saksi. Kesimpulan sementara, semua saksi dan bukti mengarah kepada lelaki asal Kabupaten Wajo yang sudah bekerja selama lima tahun di kedai tersebut.
Atas perbuatan pelaku, Sukri menambahkan, pihaknya telah mengambil sepasang sarung tangan yang digunakan menghabisi nyawa korban sebagai barang bukti. "Atas perbuatannya, pelaku dijerat Pasal 338 Subsider 340 KUHP tentang pembunuhan berencana dengan ancaman hukuman 10 tahun penjara," pungkas Sukri.
STOMPer Sally was shocked when she found online photos of her former maid posing in her clothes. The photos were taken in her house while she was out working.
Said the STOMPer:
"I've attached photos of my previous maid who has been sent back to the Philippines due to her pregnancy last month.
"By God's will, I chanced upon these photos, taken in my house, my room and on my bed, of her wearing my clothes as well as our belongings.
"She wanted to come back to work for us after giving birth, but I told her I needed to do some checks first, and when I went to her Facebook account, I saw all these photos of her in my clothes!
"I hope to share with employers of maids here. We never know what they are doing in our house when we are out slogging for a living."
Dia jatuh dengan keretanya di malam hari ke dalam sungai dan tak seorang pun percaya apa yang akan terjadi ketika operasi penyelamat mulai pagi hingga sampai pagi besoknya .Mangsa itu terselamat,aneh bunyinya ,apa boleh dia bernafas dalam air? itu tanya sigadis ini! di lebih tahu,
TRIBUNNEWS.COM - Sudah banyak orang yang melakukan permainan di kamera Street View Google sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2007. Namun, kali ini benar-benar memalukan setelah gambar wilayah di Long Gully dan Maiden Gully dekat Bendigo, Victoria, Australia, berbentuk organ kelamin lelaki muncul setelah sejumlah pelaku vandalisme naik ke mobil Google dan melukis di sana.
Dilapor Sydney Morning Herald, penemuan ini pertama kali dilakukan oleh user di BuzzFeed dan kemudian menjadi viral di sejumlah situs. Google Australia belum menghapus gambar ataupun memberikan komen mengenai gambar tersebut atau siapa yang bertanggung jawab atas kenakalan itu.
Entah Bagaimana.. Tiga Ekor Musang IniTerperangkap Lehernya di Saluran Pembuangan.. Musang adalah makhluk licik, itu sudah menjadi kenyataan. Tetapi bagi ketiga anak musangh ini sepertinya tidak berlaku.Entah bagaimana kepala mereka terjebak di sebuah lubang perapian.
Dalam beberapa minit, saluran pembuangan di Plainfield, Connecticut, Amerika Syarikat itu, dikelilingi oleh petugas pemadam kebakaran, polis dan petugas kawalan haiwan. Sayangnya mereka semua tidak tahu cara untuk membebaskan mereka tanpa menyebabkan kecederaan.
Tidak ada alat yang boleh untuk memotong jeruji, pemadam kebakaran menemui situasi sulit berpaling ke Animal Control Officer Karen Stone. Pertama, mereka mencuba menyapu minyak di kepala mereka dengan Vaseline untuk membolehkan mereka untuk menyelinap keluar, tapi sia-sia.
Minyak jagung tidak membantu, tetapi keajaiban cairan pencuci pingan akhirnya terbukti berhasil dan anak musang kecil berhasil melepaskan diri tanpa menyebabkan kecederaan .