Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Sami Yusof Bakal Lancar Album Terbaru SALAAM Posted: 28 May 2012 05:54 PM PDT Sami Yusuf bakal melancarkan album terbaru 'Salaam' di Malaysia, Singapura and Brunei Setelah mencatatkan jutaan jualan, penyanyi dan pencipta lagu, Sami Yusuf bersedia untuk memasarkan album terbaru beliau, 'Salaam' di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat rakaman dan pengedar dari Malaysia, Arteffects International. Meneruskan kecemerlangan album-album terdahulu, 'Al-Muallim', 'My Ummah' dan 'Wherever You Are', album studio keempat Sami Yusuf 'Salaam' bakal menghidangkan selera dan tema lagu yang lebih pelbagai. Album ini juga turut diserikan dengan gandingan istimewa oleh Diva dari Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza untuk single utama, "You Came To Me" yang telah dirakam di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sebagai wakil rasmi Sami Yusuf dan pengurusannya, ETM International, di Malaysia, Singapura dan Brunei, Arteffects International begitu berbesar hati untuk mengembangkan keindahan muzik Sami Yusuf dan mesej-mesej di dalam lagu beliau, yang sememangnya telah menambat serta menawan hati dan perasaan jutaan insan di dunia. Album ini akan dipasarkan seiring dengan Konsert Jelajah Salam 2012 (Salaam Tour Concert 2012). Konsert ini akan diadakan di Stadium Terutup Singapura, Singapura pada 8 Julai 2012 dan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Malaysia pada 14 Julai 2012. Salam akan berada di semua rangkaian kedai-kedai muzik dan lokasi terpilih; berserta langganan muat turun nada dering dan muat turun digital tidak lama lagi. Tags: AlbumClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Astro Bakal Melancarkan Astro On The Go Posted: 28 May 2012 05:45 PM PDT Wow, nampaknya hari Rabu ni jadual Budiey sangat pack lagi dengan event. Kadang-kadang, Budiey rasa risau sebab tak semua event Budiey dapat hadir kerana terlalu banyak dengan jadual bertindih dalam satu masa dan sekarang agak keliru event mana satu yang boleh dihadiri. Selain pelancaran album Firdaus dan pelancaran album runut filem 28 Februari, pada hari Rabu ini juga Astro akan melancarkan satu servis yang terbesar iaitu Astro On The Go. Dengan taglinenya – Take Astro With You, Whereever You Go.
Dikatakan Astro On The Go bakal mencipta sejarah di mana menjadi antara perkhidmatan TV online yang terbesar di Malaysia dan pelancaran ini juga katanya menjadi pelancaran paling grand dan dinantikan oleh Astro dan pelanggannya. Secara ringkas, Astro On The Go akan menjadi produk terbaru Astro khusus untuk pengguna gajet mudah alih, pengguna iPad, gajet telefon bimbit pintar dan tablet. Ia dicipta khusus untuk disasarkan untuk pengguna gajet yang kerap mengakses internet. Servis ini dilihat seakan versi baru Astro Mobile yang dulunya pernah dilancarkan. Namun, kali ini servis ini lebih grand katanya. Apa taknya, anda boleh ikuti rancangan keagamaan, program hiburan, siaran perlawanan bola sepak, siaran berita dan klip video lagu-lagu terkini hanya dari skrin smartphone. Budiey juga tertanya-tanya, apa perbezaan antara Astro On The Go dengan Tonton yang dilancarkan oleh Media Prima. Yang pasti, Astro On The Go ini akan jadi lebih baik dari Astro Mobile dan Tonton? Adakah ini benar? Semasa pelancaran Astro On The Go, Astro akan mengumumkan tentang harga dan juga pakej yang ditawarkan. Agak-agak berapa RM la harga pakej servis ni eh? Korang rasa? Persaingan servis ini ialah pastinya akan bersaing dengan servis online percuma dari YouTube, laman sesawang berita online, laman blog yang sentiasa dikemaskini, radio online dan banyak lagi. Jadi, nak tak nak, Astro kena tampilkan sesuatu yang berbaloi untuk ditonton. Kekuatan Astro adalah pada rancangan hiburan, liputan sukan secara langsung, rancangan berbentuk kekeluargaan serta realiti tv. Apa yang lebih penting, Budiey harapkan servis ini dapat memberi manfaat dan bayarannya setimpal dengan servis dan wang yang dilaburkan oleh pelanggan. Sudah tentu, Astro perlu menyediakan bahan yang sukar untuk didapati di mana-mana media yang lain. Barulah nampak eksklusif, kan? Budiey dengar la kan? Kalau event grand macam ni, pastinya ada iPad atau iPhone yang akan diberikan sebagai cabutan bertuah untuk media yang hadir. Tak caya tengok la eh. Tags: AstroClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |