Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
Mulan Jemeela Kekasih Ahmad Dhani - Isu Cium? Posted: 27 May 2012 08:52 PM PDT
Mulan seringkali melalukan tindakan tidak diduga kini aksi dia mencium tangan Dhani setelah menerima kejutan daripada pihak produksi untuk menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun ketika program 'Indonesian Idol 2012' berlangsung. Sebelum itu, dua anaknya iaitu El dan Dul diminta untuk tampil ke tempat kerusi Dhani yang menjadi juri program berkenaan untuk meniup lilin bersama dan kemudian, rakan Dhani, Anang, pula meminta Mulan yang duduk di kerusi penonton untuk tampil bersama. Terdahulu, Mulan dan Dhani pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dan kini sudah berstatus suami isteri. Namun penyanyi kumpulan Dewa 19 itu enggan menjelaskan perhubungan mereka itu kepada umum.
Dan adegan cium itu membuatkan pihak media Indonesia sekali lagi mengajukan soalan tentang perhubungan mereka dan nampaknya, Dhani tetap dengan pendiriannya untuk tidak menceritakan hal sebenar kepada umum. "Tidak ada apa-apalah. Semua artis di bawah naungan saya selalu mencium tangan saya. Jadi, jangan membuat spekulasi seperti itu (pasangan suami isteri). Katanya lagi, tidak salah untuk sesiapa sahaja mencium tangan ketika memberi ucapan 'Selamat Hari Lahir' | ||||
Gambar Kekasih Nazmi Faiz Mansor dan Tengku Fiella Posted: 27 May 2012 08:18 PM PDT Pasti ramai yang tertanya tanya siapakah kekasiih Nazmi Faiz Mansor, terutama apabila anak muda pemain bola sepak negara ini telah menjadi perbualan tentang kisahnya bermain di kelab portugal selama 3 tahun. Ramai yang mengatakan Tengku Fiella adalah pendorong kepada Nazmi Faiz sehingga berjaya ke tahap ini, jika di bandingkan dengan Khairul Fahmi yang mempunyai pelbagai masalah dalam perhubungan sebagai kekasih sehinggakan terbawa bawa ke padang. Pelbagai tanggapan manis yang didengari bahawa, ramai anak anak muda yang mengilai dan digilai pada pemain muda yang kecik dan kacak ini. Pastinya dia telah diperhatikan oleh anak anak muda yang mendampingi Nazmi. Tapi apa yang dipastikan Nazmi sedang hangat bercinta dengan Tengku FIella terutama di laman facebooknya dengan status IN LOVE. Itu sedikit kisah mengenai siapa Nazmi Faiz dan kami pasti gambar ini tidak mahu dilihat oleh ramai gadis yang meminati Nazmi Faiz di luar sana. Pada yang bercita-cita untuk menjadikan Nazmi sebagai kekasih atau Suami jangan kecewa kerana ini baru kekasih hati, Bukan isteri lagi. Apa yang paling penting teruskan sokongan untuk Harimau Malaya dan Harimau Muda kita. Macam mana cun tak kekasih Nazmi Faiz Mansor.. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |