Adsense

Isnin, 28 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Sneakpeak : ‘Jejaka Idaman’ Nyanyian Raja Ema Diberikan Rentak Baru. Stail!

Posted: 28 May 2012 10:25 PM PDT


Sudah menjadi trend hari ini apabila sesebuah lagu lama dinterpretasikan dalam bentuk baru bagi memenuhi kehendak pendengar masa kini. Bagaimana pula bunyinya apabila sebuah lagu berjudul 'Jejaka Idaman' yang pernah di popularkan oleh penyanyi 80-an, Raja Ema diberikan nafas baru yang lebih urban?

Seorang penyanyi solo pop yang masih dirahsiakan identitinya bakal menggegarkan anda dengan menyanyikan semula versi baru lagu ini bersama gubahan muzik terbaru dan lebih urban daripada DJ Fuzz dan juga lirik/melodi tambahan oleh salah seorang peserta Akademi Fantasia yang baru berjinak semula dalam bidang penulisan lagu.

Sesuai dengan susunan baru, lagu ini turut diberikan nama baru iaitu 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ dan penyanyi ini bakal meriliskan lagu penuh dan video muzik lagu ini pada hujung minggu ini.

Nantikan versi penuh dan video muzik 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama pendedahan identiti penyanyi baru pada Ahad ini. Enjoy sneakpeak preview selepas ini.

Elia Jejari Runcing Bakal Berkahwin?

Posted: 28 May 2012 10:01 PM PDT

Sedikit gosip ringan daripada kami. Setakat ini masih tiada sebarang kata-kata pengesahan daripada mulut Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 23 tahun mengenai perancangannya untuk berkahwin. Namun, seorang peminat memaklumkan bahawa Elia dipercayai akan melangsungkan perkahwinan berdasarkan sebuah artikel berjudul 'Type-Less Thursday' dimana dia telah menghadiri ujian saringan HIV sebagai memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan.

Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapakah Elia? Dia merupakan seorang wanita yang pernah singgah di dalam hidup penjaga gol Malaysia, iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Mengimbas kembali, ikatan pertunangan mereka telah diputuskan atas sebab peribadi sehingga membangkitkan kontroversi ekoran pelbagai kenyataan-kenyataan panas seperti yang dipaparkan dalam surat khabar mahu pun blog tempatan.

Sekitar Ogos tahun lalu, Elia mendakwa Apek mula berubah sikap terhadap dirinya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.

Kemudian, Apek telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan 3 hari selepas tamatnya perlawanan Malaysia Vs Singapura yang berlangsung pada 28 Julai 2011. Pada April tahun ini pula, Apek pernah memberikan kenyataan kepada wartawan URTV bahawa dia sudah single dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarganya terlebih dulu.

Berbalik kepada topik asal, kami percaya Elia juga telah belajar daripada pengalaman lalu dan tak salah rasanya jika kami ucapkan selamat berumahtangga kepada dia. Tahniah buat Elia!

Foto dipetik daripada arkib lama milik Harian Metro.