Adsense

Isnin, 28 Mei 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Nur Fazura Di Pelancaran Butiknya, House Of Doll

Posted: 28 May 2012 05:53 AM PDT

GAMBAR BUTIK HOUSE OF DOLL NUR FAZURA

First of all, tahniah Zon Artis ucapkan kepada pelakon cantik kat Malaysia ni siapa lagi kalau bukan Nur Fazura kerana telah 'melahirkan' sebuah butik pakaian yang diberi nama House Of Doll.

Butik tersebut terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar dan menurut Fazura, nama House Of Doll tersebut diilhamkan sendiri olehnya dan butik tersebut lahir kerana minatnya dalam bidang fesyen.

Fazura turut memberi tahu, dia melahirkan House Of Doll kerana dia mahu sebuah almari yang boleh dikongsi bersama dengan peminat dan individu yang mempunyai citarasa seperti dirinya.

"Kedai ini saya anggap sebagai walking wardrobe saya dan semua produk yang tergantung di sini sudah semestinya akan saya pakai. Semua yang ada di sini adalah pilihan sendiri dan kualitinya amat dititik beratkan."

GAMBAR BUTIK HOUSE OF DOLL NUR FAZURA

Walaupun telah menceburi bidang baru, Fazura tetap tidak melupakan bidang seni yang telah menaikkan namanya sehingga dikenali ramai. Cuma buat permulaan, House Of Doll menjadi keutamaan. Seperti kata Fazura:-

"Buat masa ini, House Of Doll akan menjadi keutamaan saya. Tapi ini tidak bermaksud saya meninggalkan terus bidang seni tetapi saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan saya dahulu.

"Saya akan lebihkan masa di sini, namun saya bukan sahaja mahu orang datang kerana butik ini milik saya tetapi mereka datang dan membeli-belah kerana barangan yang saya pilih untuk saya kongsi bersama mereka"

GAMBAR BOGEL NUR FAZURA

Anda jangan tak tahu, di butik House Of Doll itu juga, Fazura turut menyediakan beberapa helaian eksklusif hasil kolaborasi istimewa'nya bersama seorang pereka fesyen terkenal yang juga temannya iaitu Rizman Ruzaini.

Kesemua helaian eksklusif itu adalah made-to-measure dan sudah pasti hanya ada satu seumpamanya dalam koleksi House Of Doll. Jadi bolehlah dikatakan ianya limited edition dan tidak akan ada duanya. Mungkin!

"Saya senang bekerja dengan Rizman Ruzaini kerana dia seperti boleh membaca apa yang saya mahu gayakan. Jadi untuk projek kali ini, kami telah berbincang dan Rizman Ruzaini sudah menyiapkan 10 helaian pertama sempena majlis pembukaan ini,"

Fazura merancang mahu mengembangkan butik berkenaan dengan barangan terbaru yang akan dibawa masuk sekerap mungkin bagi mengikuti trend semasa. Malah merancang akan tampil dengan rangkaian haruman dan juga sepatu.

NUR FAZURA SEKSI

Zon Artis: All the best Fazura dan tahniah sekali lagi.

Related Posts with Thumbnails