Adsense

Selasa, 9 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Sah! Dashboad Confessional & Sum 41 Adakan Konsert Di Malaysia, Oktober.

Posted: 09 Aug 2011 04:30 PM PDT

Kejutan untuk semua peminat Dashboard Confessional & Sum 41 apabila kehadiran mereka telah disahkan oleh pihak penganjur Rockaway 2011 pada 8 Oktober 2011, di parking kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil. Berita ini diumumkan secara rasmi oleh pihak Livescape ketika majlis sidang media yang berlangsung di Hotel Piccolo Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

Sum 41, diketuai oleh Deryck Whibley sering disinonimkan dengan persembahan bertenaga & gila dalam mana-mana konsert yang dihadiri mereka. Album terbaru Sum 41, 'Screaming Bloody Murder' yang dilancarkan awal tahun ini bakal dipersembahkan untuk menghiburkan peminat tanpa melupakan lagu hit mereka seperti Pieces & In Too Deep.

Jikalau Sum 41 lebih menumpukan remaja sekolah, Dashboard Confessional menjanjikan pengalaman persembahan untuk peminat kalangan kolej dengan lagu mereka berjudul, Vindicated. Rata-rata pihak media amat teruja dengan kehadiran Dashboard Confessional yang diibarat mengimbau kenangan silam ketika "zaman kolej". Pada Ogos 2009, Dashboard Confessional telah menyumbang sebuah lagu untuk filem Jennifer's Body lakonan Megan Fox berjudul, Finishing School.

Pada masa yang sama, Rockaway 2011 turut menampilkan barisan 16 band-band tempatan popular seperti Hujan, Tres Empre, Twilight Actiongirl, Dichi Michi, Oh Chentaku, Busco, Pop Shuvit, Deja Voodoo Spell, Kyoto Protocol, They Will Kill Us All, LO, Monoloque, Love Me Butch, Metalasia, Massacre Conspiracy, dan One Buck Short.

Penganjuran Rockaway siri pertama pada tahun 2009 berjaya menarik 10000 penonton Jadi, Rockaway 2011 dijangka akan menarik 2 kali ganda penonton sementelah diperkuatkan lagi dengan kehadiran band bertaraf antarabangsa.

Tiket pra-jualan dijual pada harga RM68 & konsert bermula mulai tengah hari. Untuk keterangan lanjut boleh lawati Rockaway 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Two & A Half Men : Ashton Kutcher Ganti Charlie Sheen Sebagai Watak Utama.

Posted: 09 Aug 2011 04:20 PM PDT

Peminat drama bersiri Two & A Half Men kini boleh menarik nafas lega apabila watak Charlie Harper yang dipegang oleh Charlie Sheen bakal digantikan oleh pelakon komedi, Ashton Kutcher.

Charlie Sheen telah dipecat oleh CBS & Warner Bros daripada membintangi drama tersebut pada 11 Mac 2011 kerana ketagihan dadah dan membuat kenyataan negatif mengenai produser Two & A Half Men, Chuck Lorre. Sebelum itu, Charlie Sheen (yang dibayar USD1.8 juta setiap episod) telah meminta untuk dinaikkan bayaran lakonannya lebih daripada 50% kepada USD3 juta bagi setiap episod membuatkan pihak produser tidak teragak-agak untuk memecat beliau.

Bagi menamatkan watak Charlie Harper, pihak CBS & Warner Bros dilaporkan akan mematikan watak Sheen atas sebab-sebab tertentu ketika penayangan siri premier musim ke-9, kelak. Aset Charlie Sheen yang berada di Malibu akan disenaraikan untuk jualan dan pembeli merupakan selebriti daripada sitkom The Big Bang Theory arahan Chuck Lorre. Ironi, kan?

Walau bagaimanapun, musim ke-9 Two & A Half Men akan memaparkan Ashton Kutcher memegang watak sebagai Walden Schmidt, "seorang billionaire internet yang patah hati".

Ashton Kutcher yang ditemui oleh pihak media menjanjikan lakonan yang terbaik untuk menghiburkan peminat setia drama Two & A Half Men.

"I can't replace Charlie Sheen but I'm going to work my ass off to entertain the hell out of people!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Maya Karin di Pelancaran Tilam Vono Maya Care

Posted: 09 Aug 2011 05:28 PM PDT

Pada 5 Ogos lalu, Budiey sempat ke Pelancaran Tilam Vono Maya Care yang diadakan di Sleep Clinic, Courts Setapak, Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Beberapa hari sebelum tu pun, Budiey ada ambil gambar Maya Karin di Pelancaran Produk Terbaru L'oreal di Mid Valley. Mungkin ramai lagi tak tahu, Maya Karin baru je balik dari bercuti bersama adiknya, Armin.

Menurut Maya Karin, ianya satu pengalaman yang luar biasa dapat menjelajah dari satu negara ke satu negara. Antaranya Brazil, Venuzuela, Peru, Colombia dan Peru. Maya Karin ada terima tawaran dari Shuhaimi Baba untuk berlakon dalam Petanda Putera tapi dia nekad untuk bercuti sebab memang dah lama sangat dia asyik bekerja. Lebih kurang 5 tahun Maya Karin tak bercuti, jadi dia mengambil masa untuk bercuti selama 2 bulan. Ambek kawww! Lama tu! Memang best. Tapi tak rindu orang Malaysia ke bila jauh sangat diperantauan sana?

Dengarnya, Maya Karin akan bercuti lagi selepas hari raya puasa nanti. Kali ini dia akan ke Australia. Sebelum tu, Maya Karin akan ke Penang untuk melawat sanak saudara di Pulau Pinang. Akan beraya di Australia bersama kawan-kawan rapatnya di sana. Maya akan menetap di Byrant Bay yang berdekatan dengan Gold Coast. Sepanjang bulan Ramadan, Maya kata dia tak banyak job, sekadar duduk berehat di rumah.

Maya Karin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal tiba. Maaf Zahir Batin.

Julung kalinya, nama Maya Karin terpapar dalam jenama terbaru produk tilam Vono – Maya Care – Maya Karin Back Care Mattress Tange. Menampilkan rupa bentuk yang elegan, tilam Vono terbaru ini boleh dibeli dengan harga yang sangat murah selepas diskaun sebanyak 50%.

Selain ada cabutan bertuah dan sesi autograf bersama peminat, Maya Karin turut menghiburkan pengunjung yang datang dengan single terbarunya.

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Skodeng Maya Karin di Shout! Awards 2010
  • Gossip Maya Karin Akan Kahwin British Guy Bernama Steve?
  • Gambar Maya Karin @ Tag Heuer Event
  • Gambar Maya Karin di Ulangtahun Ke-2 Portal GUA
  • Trivia: Kasut Milik Pelawak Manakah Ini?
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • Gambar Baju Mandi Maya Karin Swimsuits Photo
  • Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini
  • Maya Karin Teruja Jadi Hos Program Gossip
  • Kad Jemputan Majlis Persandingan Maya Karin & Steven David Shorthose @ Muhammad Ali
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Gambar Lady Gaga Berimej Lelaki

    Posted: 09 Aug 2011 03:57 PM PDT

    GAMBAR Lady Gaga Berimej Lelaki

    Wajah terbaru Lady Gaga yang kelihatan seperti lelaki untuk kulit album 'single' You and I.

    Lady Gaga

    LONDON: Bintang pop Lady Gaga yang terkenal dengan pelbagai penampilan pelik kini muncul pula dengan imej terbaru seperti seorang lelaki untuk kulit album 'single' terbarunya iaitu You And I. Dalam foto yang wajahnya hampir tidak dikenali itu, Gaga tampil dengan berseluar pendek, berambut palsu warna gelap, memakai jambang di pipi dan menghisap rokok.

    Gaga memuat naik foto tersebut di laman Twitternya berserta mesej yang berbunyi:

    "Anda tidak akan menemui cinta yang anda cari jika anda tidak mencintai diri anda sendiri terlebih dulu."Dalam foto yang wajahnya hampir tidak dikenali itu, Gaga tampil dengan berseluar pendek, berambut palsu warna gelap, memakai jambang di pipi dan menghisap rokok. Gaga memuat naik foto tersebut di laman Twitternya berserta mesej yang berbunyi:

    "Anda tidak akan menemui cinta yang anda cari jika anda tidak mencintai diri anda sendiri terlebih dulu." – via Mstar Online

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photos Lady Gaga Inside An Egg 53rd Annual Grammy Awards
  • Celebrity Red Carpet Photo 52nd Annual Grammy Awards
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53
  • Lady In The Lake
  • Alyah Fesyen Lady Gaga di Party Nominasi Shout Awards 2010
  • Fesyen Enot & Didie Alias Cetusan Warna atau Citrawarna ?
  • Gugu Gaga Bersama Erra Fazira di Astro Ria
  • Tony Bennett Duets With Aretha Franklin & Lady Gaga
  • Gambar Maher Zain di Sidang Media Showcase Maher Zain
  • NAZREY KAWIN LAGI?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Noraniza Idris Dan Jeffri Nikah Lepas Raya

    Posted: 09 Aug 2011 06:23 PM PDT

    GAMBAR PERKAHWINAN NORANIZA IDRIS DAN JEFFRI

    Sepatutnya info ini telah kami sampaikan kelmarin, tapi entah mengapa kami lupa. Baiklah, buat yang masih tak tahu, Noraniza Idris dan Jeffri Hudi akan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran pada 29 September 2011 di Johor Bahru.

    Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan sempena Festival Kahwin-kahwin Masyhur 1 Malaysia yang akan diadakan di tapak letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru. Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka. Apa lagi, jom serbu majlis pernikahan Noraniza Idris tu.

    Mari tengok yang ni pula:

    + Video Pelajar Malaysia Dipukul Dan Dirompak Di London
    +
    JAKIM Nafi Starbucks Tidak Halal
    + Sos Tomato Boleh Hilangkan Karat

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Luahan Hati Elia, Bekas Tunang Khairul Fahmi Che Mat

    Posted: 09 Aug 2011 02:08 AM PDT

    GAMBAR PERTUNANGAN ELIA DAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT

    Sedih pula kami membaca entri terbaru di blog bekas tunang Khairul Fahmi Che Mat iaitu Elia yang mana entri tersebut boleh kami katakan sebagai luahan hati'nya selepas apa yang berlaku terhadap hubungannya dengan Khairul Fahmi Che Mat. Tanpa membuang masa, mari baca luahan hati Elia itu.

    Bismillahirrahmannirrahim….

    Salam semua.. firstly elia nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog kesayangan hamba ni. Bukan apa, saya ada beberapa exam atau test2 penting yang perlu diutamakan. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online. Saja meng-away-kan diri dari dunia luar untuk dapatkan ketenangan dan focus.

    Yelah kebetulan ketika dugaan berat menimpa ni, ada berlambak pulak quiz dan test2 penting untuk dihadap. So, nak tak nak kenalah dahulukan yang penting dulu ye dop?

    Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni.

    Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (mungkin ini kali terakhir akan guna this nickname dalam blog ni) dah putus tunang. Walaupun belum secara officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil.

    Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih bila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan.

    Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu.

    Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.

    Seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, dugaan yang menimpa diri ini memang diakui dugaan yang terbesar pernah saya tempuhi sepanjang usia 22 tahun ni. Terlalu banyak kesakitan dan keperitan yang terpaksa dilalui dalam masa sebulan ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. dikhianati, ditipu, difitnah, dihina, dikeji, dipandang serong dan macam-macam lagi terpaksa saya telan walau sepahit hempedu.

    Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka "hijab" yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk.

    Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.

    Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni.

    They've been by my side the whole time. Without them, i don't know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri?

    I don't know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?

    Sekalung ucapan jutaan terima kasih buat rakan-rakan rapat yang caring about my situation and condition. Kalau nak sebut satu-satu memang sampai esok pon tak habis. Ramai sangat. Terkejut bila buka inbox penuh dengan messages dari anda semua. Ada yang short and simple ada yang panjang macam cerpen pon ada. Ketahuilah anda semua bahawa saya telah membaca setiap coretan anda. Terharu yang tak terhingga sampai ada yang buat saya menitiskan air mata membacanya.

    Ada yang bagi kata-kata semangat, tips, keratan doa untuk diamalkan, ada yang kongsi pengalaman dan banyak juga yang memberi nasihat dan teguran berguna. Terima kasih yang tak terhingga Elia ucapkan kat anda semua. Kakak,abang,adik,aunty and uncle semua. Kata-kata korang sedikit sebanyak telah menguatkan elia dan buat saya tabah dan redha dengan segala ketentuan ini. Maaf sangat kalau saya tak dapat nak balas semua msg korang sebab terlalu banyak.

    Tapi ketahuilah semua bahawa saya hargai setiap satu coretan korang. Kalau boleh saya nak peluk korang semua (perempuan je la ye..laki2 jgn nak gataii)..betapa korang berjaya menyentuh hati elia. Sayang korang semua tau!

    Tak lupa juga buat Haterz dan mereka-mereka yang menangguk di air yang keruh diluar sana, yang tak putus2 menabur kata-kata kesat, fitnah, sindiran dan kutukan kepada saya atau orang disekeliling saya. Terima kasih juga pada anda sebab anda telah membuat Elia makin kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup.

    U guys make me even stronger than ever! Alhamdulillah dan terima kasih sebab menambahkan pahala amalan saya di bulan yang mulia ini. Segala kata-kata anda saya balas dengan senyuman dan ungkapan "Alhamdulillah". that is what my mum always taught me when ppl say bad things about us.

    Saya berharap segala kedukaan ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan datang, insyallah. Elia juga doakan semoga anda semua tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti saya kerana percayalah, apa yang saya terpaksa lalui ni terlalu perit dan sadis. I wish none of you have to face this kind of situation in the future.

    Setelah insiden putus tunang ni ada beberapa persoalan berkaitan blog yang diajukan kepada saya. so inilah jawapannya.

    Adakah lepas ni Elia akan delete je ke blog ni? Yelah.. kan awk dah takde pape dgn your "MIA"

    Owhh…NO NO NO.. i wont delete my blog semata-mata pasal perkara ni. Berdirinya blog ini pon loong before i met him(if u read my entries dari awal u'll know)so blog ni wujud bukan kerana dia dan ia tetap akan hidup without him. Saya akan tetap menulis macam biasa cuma mungkin dah takdelah cerita "Lovey Dovey" dah lepas ni. Mungkin pasal benda lain. I got so many plans for my blog and my future and im not going to jeopardise it just because of him. That is so not worth it. So for my faithful readers, stay tuned k darlings?

    So Elia akan delete ke semua entry lama yang berkaitan dengan KFCM tu?

    Buat masa ni tak. Biar je. Bagi saya my blog is like my diary. So takkan setiap kali kita putus cinta kita akan koyakkan every piece of sheets yang ada cerita about your ex? Everybody make mistakes and we learn from it. Banyak iktibar yang boleh diambil dari pengalaman kita yang lampau. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan k? But in the future kalau ada certain situation dimana saya kena delete atau hide post2 lama tu maybe i will do it. Manalah tau bf baru nanti jeles ke apa. Kenalah jaga hatinye..ye dop?huhu..

    Allaaa.. kita follow blog ni sebab KFCM je.. so skrg macam mana?

    Ok saya tak pernah memaksa orang untuk buka, baca dan follow my blog. Jika korang rasa dah tak berminat nak baca coretan blog jejariruncing ni lagi, i have no objection if you guys nak unfollow my blog ni. You guys are free to follow and unfollow anytime ;)

    Kalau dulu elia duk canang cerita "how I met My Incik Apex" now citelah camne clash pulak!

    Haaaipp… ishk3.. memang saya akui banyak bercerita tentang my bf. But who doesn't? Cuma kebetulan mine was someone famous so benda ni jadi issue. Yes saya selalu bercerita dan share aktiviti harian dekat blog, Tapi anda perlu tahu bahawe tidak 100% cerita akan saya share. Nak di kata kan baru 40% je yang saya cerita.. Banyak lagi yang anda semua tak tahu. Dan tak perlu lah anda tahu…Masalah personal bukan untuk ditayangkan disini. Kami sama macam pasangan yang lain juga.But tak bermaksud bila dah putus saya nak cerita semua keburukan yang dia dah pernah buat. Lagi lagi kalau orang itu insan yang tersayang. I wont! Biarlah blog ni kita cerita yang baik-baik je ok?

    Menyesal tak tunang awal ni? Rasanya kalau korang kawin terus mesti tak jadi camni.

    Siapa kita untuk melawan takdir? Terus terang saya tak menyesal pun tunang sebab sebelum ni pon ada orang tua2 kata masa tempoh tunang ni lah macam-macam dugaan datang dan masa ni kita akan dapat lihat karakter 'sebenar' pasangan kita. Bagi pasangan yang akan bertunang atau baru bertunang jangan takut. Masa tempoh ni korang kena dekatkan diri dengan Allah, kalau boleh buat solat istiqarah untuk petunjuk tentang jodoh yang terbaik untuk kamu. Insyallah kamu akan dapat petunjuk. Sepanjang tempoh bertunang dan berkenalan dengan bekas tunang pon saya dah buat dan berikan sehabis baik untuk hubungan kami. So walaupun tak menjadi, tiada sebarang penyesalan sebab kita dah buat yang terbaik.

    So apa plan Elia lepas ni?

    Hm… plan banyak.. masa duk meng-away-kan diri ada juga saya bermuhasabah diri dan ada a few things that i would like to improve and take into consideration. Apa tu biarlah rahsia. Just wait and see k? ;D

    Uishh.. dalam perit tak perit pon leh tahan panjang gak entry kali ni. Maaflah kalau telah membazir masa korang baca entry ni. So setelah diterangkan panjang lebar, harap lepas ni dah tak nak dengar dah pasal benda ni. Terima kasih sekali lagi pada yang rajin hantar message kt facebook or twitter dan juga komen kat blog. Terima kasih juga buat anda yang mendoakan kebahagiaan saya dan MIA. Dan diharapkan anda tak berhenti mendoakan kebahagiaan kami. Sama ada kami akan kembali bersama atau berpisah untuk selamanya, itu semua terpulang kepada Allah SWT. He knows the best for us. Insyallah, di hari baik bulan baik ni Allah banyak bagi petunjuk. Syukur Alhamdulillah. Saya yakin, ada seribu rahmat dan hikmah di sebalik semua ini.

    Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ;)

    Kepada Elia, kami harap anda tabah menghadapi apa yang berlaku ini. Seperti kata anda, anggap ia satu ujian daripada Allah S.W.T untuk kita menjadi lebih kuat dan lebih mendekatiNYA. Dikesempatan ini, kami nak minta maaf jika ada mana-mana entri atau kata-kata kami yang telah menguris hati anda.

    + Original: Sudah Tersurat. Aku Redha

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    borak kosong

    borak kosong


    Nenek 98 Tahun Berhasil Mendapatkan Talipinggang Hitam

    Posted: 09 Aug 2011 09:00 PM PDT


    Meskipun usianya sudah nyaris satu abad, jangan cuba bertindak macam-macam sama nenek yang satu ini. Salah-salah kamu boleh mendapati dirimu sudah dijungkir balikan sama pendekar judo wanita satu-satunya yang mendapatkan gelar tertinggi tersebut.

    Dengan mendapatkan gelar ini, nenek bernama Keiko Fukuda ini telah mengalami dan melewati batasan diskriminasi wanita dalam olahraga judo. Kerana dahulu, seorang wanita tak berhak mendapatkan rangking diatas 5. Ia bahkan memilih judo daripada pernikahannya. Jadi jangan ada yang cuba-cuba sama beliau ?

    Fukuda Sensei mendapatkan tingkat 10 talipinggang hitam dalam olahraga judo. Asal tahu saja, ia adalah orang ke-empat dan satu-satunya wanita yang meraih gelar kehormatan tersebut. Wow..

    Video berikut adalah petikan filem dokumenteri mengenai kehidupan dirinya yang belum jadi berjudul Be Strong, Be Gentle, Be Beautiful. Yuk kita saksikan.




    sumber: huffington post

    Nepal Rasmikan Undang-Undang Larangan Merokok

    Posted: 09 Aug 2011 08:00 PM PDT


    INILAH.COM, Katmandu – Nepal merasmikan larangan merokok di sejumlah tempat umum dan siap memberikan saman serta denda berat kepada pelanggarnya.

    Laangan terbang, hotel, restoran, pejabat pemerintah dan transportasi publik di seluruh negara itu merupakan tempat-tempat yang terlarang bagi perokok. Hal ini berdasarkan Undang-Undang (UU) yang rasmi per Minggu (7/8) kemarin itu.

    "Kami akan memberi denda hingga 100 rupee bagi mereka yang melanggar dan 100.000 ribu rupee bagi yang terus melakukannya," ujar pejabat Kementerian Kesehatan Nepal, Prasad Acharya, dikutip Straits Times.

    Lebih dari 40% masyarakat Nepal merokok, baik rokok biasa mahupun produk tembakau tradisional seperti rokok linting dan hookah. Makin jauh dari pusat kota, makin banyak yang merokok.

    Filem beruk ungguli carta box office

    Posted: 09 Aug 2011 07:00 PM PDT


    LOS ANGELES - Filem Rise of the Planet of the Apes meraih kutipan tiket tertinggi pada tayangan hujung minggu lalu.

    Filem terbitan studio 20th Century Fox itu menjana kutipan tiket AS$54 juta (RM162.9 juta) pada tayangan pembukaannya sekali gus mengungguli carta box-office AS.

    Menampilkan James Franco, Freida Pinto dan Andy Serkis sebagai watak utama, Rise of the Planet of the Apes mengisahkan bagaimana spesies beruk berevolusi menguasai dunia daripada manusia.

    Berada di tangga kedua ialah filem The Smurfs yang diadaptasikan daripada watak kartun popular dengan kutipan tiket AS$21 juta (RM63.40) diikuti filem sains fiksyen Cowboys & Aliens yang menjana kutipan AS$15.8 juta (RM47.6 juta) di tempat ketiga.

    Filem komedi lakonan Ryan Reynolds dan Jason Bateman, The Change-Up menduduki tempat keempat apabila memperoleh kutipan tiket AS$13.5 juta (RM40.7 juta) manakala Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 memperoleh kutipan AS$12.2 juta (RM36.8 juta) untuk mengekori di tempat kelima selepas beberapa minggu ia ditayangkan.

    Filem terakhir Harry Potter itu turut menjana perolehan keseluruhan mencecah AS$1.13 bilion (RM3.4 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia. - AP

    Tukang kebun belasah ibu tiri

    Posted: 09 Aug 2011 06:00 PM PDT

    KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan ibu tirinya menggunakan sebatang besi panjang, Sabtu lepas.

    Fatihi Hamidi Zakaria, 27, dituduh mencederakan Zaliha Othman, 43, dengan menggunakan sebatang besi panjang berbentuk V di hadapan rumah mereka di Losong Haji Mamat, kira-kira 4 petang, 6 Ogos lepas.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

    Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abd. Hayyi Salim. - Bernama

    sumber : kosmo online

    Datuk Bandar di kota ini melarang penjualan kebab

    Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT


    ROMA – Seorang Datuk Bandar di Itali mengumumkan pelarangan akan penjualan kebab dan rotinya mulai Sabtu minggu lalu kerana makanan tersebut dinilai bau dan tidak termasuk dalam tradisi Italia.

    Datuk Bandar Cittadella yang berasal dari Parti Liga Utara, Massimo Botocci menyatakan, kedai penjual kebab dilarang di pusat Kota Cittadella.

    "Makanan ini tidak sesuai untuk kami dari sisi sejarah, makanan ini berbau, bila seseorang ingin makan kebab, mereka dapat melakukan di rumahnya, itu bukan makanan khas kita," ujar Bitocci, seperti dikutip AFP, Selasa (9/8/2011).

    Botocci pada 2009 lalu juga mengumumkan akan bertindak terhadap pengemis dan pedagang di pinggir jalanan dan lokasi parking kerana keberadaan mereka dianggap menganggu setiap orang yang sedang bepergian.

    Datuk Bandar dari partai yang tergabung dalam koalisi Pemerintahan Itali ini juga mengusulkan program pelayanan masyarakat bagi setiap peminum keras yang berusia di bawah 16 tahun.

    Sumber : http://www.okezone.com/

    Bikini Bikini Bikini... Lucunya Kucing dan Anjing Pakai Bikini

    Posted: 09 Aug 2011 11:01 AM PDT

    Walapun judulnya Bikini Bikini.. tapi jangan terperanjat.. anjing dan kucing pakai bikini... Seperti model berbikini hahaha






    Kemarau Panjang, Air Kencing Jadi Harapan Baru

    Posted: 09 Aug 2011 10:30 AM PDT


    INILAH.COM, Texas – Gagasan meminum air kencing (urin) Anda sendiri memang terdengar menjijikkan. Namun, urin menjadi pilihan terbaik warga Texas menghadapi kekeringan terparah.

    Menurut Discovery News, negara bahagian Amerika Syarikat (AS) ini akan menguji cuba untuk mendaur ulang air limbah yang berasal dari 27.000 warga. Limbah ini biasanya dialirkan ke sungai kecil.

    "Biasanya kami membuat limbah ini ke sungai kecil dan membelokkannya dengan air," ujar manager distrik John Grant. Menurut Space, sistem daur ulang urin warga ini hampir tidak selangsung sistem daur urin NASA.

    Pada misi pesawat ulang alik terakhir, astronot menguji cuba dengan Forward Osmosis Bag yang memproses urin dan peluh astronot untuk menciptakan air portabel di mikrogavitasi.

    Menurut laporan, untuk tahun ini tingkat hujan di Texas hanya mencapai 40%. Keringnya tanah membatasi kapasii wilayah ini dalam menciptakan awan yang berakibat hujan di siang hari mustahil terjadi.

    Gila...Seorang Wanita Amerika Ketagihan Memakan Abu Mayat Suaminya

    Posted: 09 Aug 2011 09:45 AM PDT


    Tidak pernah mudah untuk kehilangan orang yang kita cintai. Begitu juga dengan Casie, 26 tahun, yang berduka ketika kehilangan suaminya. Akibat dari rasa cinta yang begitu besar untuk suaminya, Casie berduka dengan cara yang aneh.

    Casie yang merupakan warga Fayetteville, Tennessee, Amerika Syarikat, memiliki ketergantungan memakan abu hasil mayat suaminya. Hal tersebut dapat membuatnya merasa nyaman.

    Keduanya bertemu pertama kali pada tahun 2008. Linda, ibu Casie mengatakan dua setengah tahun kehidupan Casie dengan Shawn merupakan mungkin satu-satunya saat dimana Casie benar-benar merasa bahagia. Namun, baginya dunia serasa berhenti berputar ketika Shawn meninggal tiba-tiba kerana serangan asma mendadak.

    Awalnya, dia berkabung dengan membawa abu suaminya kemana pun dia pergi, termasuk kedai, panggung wayang ataupun restoran. Hal tersebut menjadi lebih ekstrim ketika pada suatu hari sedikit abu sang suami tumpah ke tangannya.

    "Saya tidak ingin mengelapnya kerana itu adalah suami saya dan saya tidak ingin menghapusnya pergi," katanya. "Jadi saya hanya menjilatnya dari jari saya."

    Sejak saat itu, dia tidak mampu untuk berhenti untuk memakannya. Setidaknya, Casie telah memakan 1 paun abu sejauh ini dan masih tersisa 5 paun lagi. Casie menggambarkan rasa abu tersebut seperti telur busuk, pasir, dan amplas.

    Meskipun banyak orang yang memiliki ketagihan akan sesuatu, tetapi ketagihan yang dimiliki Casie sangat mengejutkan. Selain itu, bahan kimia yang terkandung dalam abu juga berbahaya bagi kesihatan jika tertelan.


    Gila..Perajurit Inggris Koleksi Jari Taliban Sebagai Kenang-kenangan

    Posted: 09 Aug 2011 08:51 AM PDT


    LONDON, KOMPAS.com - Kementerian Pertahanan Inggris, Isnin (8/8/2011), menyatakan sedang menyelidiki tuduhan bahawa seorang perajuritnya yang ditugaskan di Afganistan punya kebiasaan memotong jari tangan gerilawan Taliban yang sudah tewas dan disimpan sebagai suvenior.


    Menurut tabloid The Sun, perajurit tersebut berasal dari batalion infanteri Argyll and Sutherland Highlanders, 5th Battalion The Royal Regiment of Scotland. Ia memulai kebiasaannya itu saat ditugaskan di Helmand, Afganistan, salah satu kawasan paling rawan konflik di negara itu.

    "Sepertinya ia telah memotong jari-jari gerilawan Taliban yang sudah mati. Ada rumor kalau dia juga ingin menyimpan (potongan jari-jari) itu sebagai suvenior, sangat mengerikan," tutur seorang sumber yang dikutip tabloid tersebut.

    Detail nama dan usia prajurit itu tidak diungkapkan. Hanya disebutkan, perajurit itu sudah pulang ke Inggris awal tahun ini. Penugasan ke Afganistan adalah misi tempurnya yang pertama, dan diduga ia mulai menjalani hobi seramnya itu kerana tekanan.

    Saat ini ia dalam penyelidikan kesatuan Special Investigation Branch di Angkatan Darat Inggris. "Kami mengetahui ada tuduhan ini dan sedang kami selidiki," tutur juru cakap Kementerian Pertahanan.

    Inggris mengirimkan sekitar 9.500 perajurit ke Afganistan, sebagai sebahagian dari Pasukan Bantuan Keamanan Internasional (ISAF) pimpinan NATO, yang ada di negara itu untuk memerangi pemberontak Taliban.
    Sumber :
    AFP

    Inilah ‘Topi Ajaib’ Bagi Pengidap Stroke

    Posted: 09 Aug 2011 07:08 AM PDT

    INILAH.COM, London – Para ilmuwan berhasil menciptakan temuan baru yang boleh menjadi harapan baru pengidap stroke. Berkat topi ini, pengidap stroke kini boleh bergerak kembali.

    Melalui topi ini, penghidap stroke bolehmenggerakkan tubuh cukup dengan tenaga fikiran. Pasukan peneliti melacak singnal otak orang sihat berjalan kemudian menggunakan data itu guna 'melatih' fikiran mereka yang tak mampu bergerak sendiri.

    Peneliti mengatakan, perangkat ini mampu membantu pengidap stroke yang lumpuh atau ototnya tak mampu lagi digunakan berjalan. 'Harapan baru' ini memberi kebebasan baru serta membantu melawan masalah kesehatan lainnya, termasuk obesitas dan diabetes.

    Ini merupakan bagian projek yang sedang berlangsung di University of Maryland (UMD). Pesakitn cukup mengenakan topi yang memiliki ratusan sensor yang terhubung komputer lab yang mengawasi gelombang otak.

    Melalui pemindaian pada orang sihat yang sedang melakukan sejumlah aktiviti, peneliti boleh mengetahui cara otak harus 'berfikir' saat melakukan aktiviti tersebut.

    "Kita boleh mengajari pesakit berfikir dengan cara tertentu dan mencocokkannya dengan signal EEG dengan signal normal," ujar Associate Professor of Kinesiology UMD Jose Contreras-Vidal.

    Graff berharap seperti dikutip Dailymail, teknologi ini suatu hari boleh digunakan menyalakan telefon atau melempar bola menggunakan kekuatan fikiran.



    Wow! Contact Lens Bertatahkan Berlian dan Berlapis Emas

    Posted: 09 Aug 2011 06:45 AM PDT


    Seorang optometrist (ahli mata) di Shekhar Eye Research Center, India, mengembangkan contact lens yang bertatahkan berlian dan berlapis emas untuk memberi "sinar" pada mata Anda. Karyanya ini terinspirasi dari permata yang diimplan pada gigi isterinya.

    Untuk memiliki sepasang lens eksotis ini Anda harus mengeluarkn wang dari kocek sebesar $ 15.000. Beberapa kritikan mengatakan bahawa mengeluarkan wang sebanyak itu untuk lens ini adalah hal yang agak berlebihan.

    Menurut sang pencipta, Chandrashekhar Chawan,keuntungan dari penjualan lens akan digunakan untuk membiayai pengubatan para penderita Stevens Johnson Syndrome, iaitu penyakit kulit yang dapat menyebabkan hilangnya penglihatan.

    Apakah lensa contact lens yang tidak biasa ini cukup menarik minat Anda? Chawan berharap ini dapat menjadi tren fashion yang selanjutnya di Bollywood.

    Sumber: huffingtonpost

    Hebat..Band jazz yang hanya dmainkan oleh seorang manusia

    Posted: 09 Aug 2011 05:45 AM PDT

    Seorang lelaki sanggup memainkan musik jazz untuk sebuah band cukup dengan dirinya seorang diri. Musiknyapun sedap didengar di telinga. Dan sampai sekarang ramai yang masih belum mengerti bagaimana cara lelaki ini melakukannya.

    iPhone 5 versi China Telah Beredar.

    Posted: 09 Aug 2011 04:45 AM PDT

    Akhir akhir ini banyak rumor beredar mengenai bentuk dan spesifikasi iPhone 5, iPhone 5 di China telah beredar terlebih dahulu sebelum Apple melancarkannya. hebat yah? yah tentu keraa ini iPhone 5 KW. namun yang jadi pertanyaan apakah desain yang ada di China ini mengikuti bentuk aslinya nanti?




    Winter, Lumba-Lumba Pertama di Dunia yang Hidup dengan Ekor Buatan

    Posted: 09 Aug 2011 03:25 AM PDT


    FLORIDA - Jika pertama kali melihat lumba-lumba ini berenang, mungkin kita semua akan menyangka lumba-lumba ini sama seperti lumba-lumba yang lainnya.Namun, Winter, lumba-lumba pertama di dunia yang hidup dengan perangkat buatan manusia.


    Winter memiliki kisah hidup yang menyetuh hati setiap oarng yang mendengarnya. Bahkan, kisah dari Winter menginspirasi pembuat filem di Hollywood.

    Pada saat baru berusia dua bulan, Winter telah kehilangan induknya. Selain itu, dia juga harus menerima nasib kehilangan ekornya kerana terkena perangkap ikan.

    Keberadaan Winter pertama kali diketahui oleh Jim Savage lima tahun yang lalu. Ketika itu Jim sedang pergi memancing di pantai Florida. Demikian lapor Dailymail, Isnin (8/8/2011).

    Ketika itu Jim mendengar suara tangisan Winter dan melihat dia tertekan suatu jebakan pada ekornya. Jim lantas membantu mencabut perangkap tersebut dari ekor Winter namun tidak berhasil.

    Jim pun memanggil bantuan dari pihak pantai untuk menolong Winter yang keadaannya nampak parah.

    Setelah tiga jam, perangkap tersebut akhirnya dapat dilepaskan dari badan Winter. Namun sayang, ekor Winter sudah dalam keadaan yang sangat parah sehingga diharuskan dibuang.

    Setelah diamputasi, keadaan Winter memprihatinkan. Dia kesulitan berenang kerana hanya mengandalkan sayap kiri dan kanannya.

    Winter yang kini hidup di Clearwater Marine Aquarium, akhirnya kini dapat kembali berenang dengan lincah.

    Seorang ahli pembuat anggota tubuh buatan bagi hewan. Dia bernama Dan Strzempka.

    Strzempka membuatkan ekor pengganti untuk Winter yang dibuat dari bahan silikon.

    "Ekor buatan ini akan bekerja seperti sarung kaki. Ini akan mengikuti laju pertumbuhan badan Winter. Sehingga tidak akan menyakiti Winter yang akan terus tumbuh membesar dan memanjang," ujar Strzempka.

    Sementara filem yang terinspirasi dari Winter akan rilis di Inggris pada bulan Oktober nanti dalam bentuk tiga dimensi (3D)

    Melanggar Lampu Merah, Pemandu Mabuk Menyalahkan Kuda Yang Buta Warna

    Posted: 09 Aug 2011 02:00 AM PDT


    Seorang pemandu kereta kuda yang mabuk dan melanggar lampu merah menyalahkan kudanya kerana buta warna.

    Namun keterangan dari John Mulvenna, 56, tidak berhasil mengelabui petugas dan ia tetap harus mengikuti proses peradilan atas pelanggaran memandu sambil mabuk.

    Sebelumnya polis memberhentikan trap (sejenis delman tanpa kabin penumpang) yang dikendarai Mulvenna dan dibawa oleh Fred, kudanya, ketika trap tersebut berjalan melawan arus di jalanan satu arah dan melanggar lampu merah.

    "Fred berumur tiga tahun dan ia berharga sekitar tiga hingga empat ribu pound. Saya memilikinya sedari dia kecil. Saya memeliharanya dan dia adalah kuda terbaik yang boleh kamu dapatkan, tapi dia sedikit buta warna," ujar Fred yang didampingi pengacaranya, John Dobbin, dalam pengadilan di Barnsley, Inggris.

    Hakim akhirnya memutuskan memberi Fred 12 bulan bebas bersyarat plus denda sebesar 50 pound .

    Setelah selesai mengikuti acara pengadilan Fred berkata: "Saya dan keluarga saya dibuat tertawa kerana kes ini dan nama pembawa ikhtisar perkara membuat kami geli."

    Bagi yang belum mengerti, yang dimaksud pembawa ikhtisar perkara itu adalah John Dobbin, dan di Inggris Dobbin bererti kuda.

    Seorang juru bicara dari asosiasi doktor haiwan di Inggris mengatakan: "Kuda tidak buta warna tetapi kemungkinan tidak bisa membedakan warna sebaik manusia."

    sumber: mirror.co.uk

    Ajaib, Bayi di Luar Rahim Lahir Selamat

    Posted: 09 Aug 2011 01:00 AM PDT


    VIVAnews - Para doktor umumnya akan menyarankan menggugurkan kandungan bila janin tumbuh di luar rahim. Sebab akan membahayakan nyawa ibu mahupun janinnya.

    Namun, keputusan Nicolette Soto, 27, untuk mempertahankan janin yang berada di luar kandungan dan menantang bahaya berbuah manis. Bayi mungil ini lahir hanya diselimuti dinding tipis membran dan otot di hospital Arizona, dalam usia kehamilan 32 minggu. Bayi yang lahir dengan berat lahir 0,9 kilogram ini dinyatakan sebagai sebuah peristiwa ajaib.

    Bayi Azelan Cruz–bayi tersebut dinamai, berkembang di luar rahim ibu dan melekat pada dinding di luar rahim. Plasenta yang belum berkembang sempurna akhirnya melekat pada bahagian luar dinding rahim.

    Doktor mengatakan, lebih mudah menggugurkan kandungan itu daripada mempertahankannya. Namun, Nicolette dan pasangannya nekad menjalani kehamilan yang membahayakan.

    Sebagai antisipasi adanya komplikasi, selama operasi, pasukan doktor mempersiapkan ahli urologi, trauma dan radiologi, serta ahli bedah pembuluh darah dalam proses kelahiran. Namun, si bayi mungil lahir dengan selamat tanpa bedah kompleks.

    Salah satu pasukan medis, Dr Rodney Edwards, yang menangani kelahiran mengatakan, kes bayi yang tumbuh di luar kandungan belum ada sebelumnya. "Ini hanya kes yang membuktikan kepada dunia medis, bahawa tidak selamanya hal dapat diprediksi," ungkapnya seperti dikutip dari NY Daily News.

    Nicolette baru merasakan kehamilannya pada minggu ke-18. Para doktor menyarankan ia segera menjalani proses pengguguran kandungan kerana menghadapi risiko pecah tabung fallopi dan kehilangan darah fatal. Embrio yang melekat pada tuba falopi, menurut pasukan medik, dapat memecahkan tabung fallopi pada minggu 12 hingga 14.

    Kehilangan Rahim

    Doktor juga mengingatkan, Nicolette bolehkehilangan rahim serta usus bila tak segera dilakukan pengangkatan. Apalagi, dalam keadaan ini plasenta sulit mendapatkan suplai darah yang akan menambah kerumitan. Namun pasangan ini berkukuh mempertahankan bayi mereka.

    Sejak March, Nicolette dimasukkan ke hospital dan dipantau tim dokter hingga melahirkan Isnin minggu lalu.Pasukan medis mengatakan, kelahiran jauh lebih mudah daripada yang dibayangkan. Tidak ada intervensi medis khusus serta kehilangan darah dapat diminimalkan.

    Satu-satunya yang berbeza dari operasi normal adalah bekas luka yang lebih besar daripada bedah caesar umumnya. Soto dinyatakan sihat dan dapat pulang empat hari setelahnya. Sedangkan si bayi harus dirawat di hospital selama tiga-empat minggu sebelum diperbolehkan pulang.

    Baru 10 minit dilayani pelacur,lelaki ini meninggal dunia

    Posted: 09 Aug 2011 12:00 AM PDT


    Agustinus Dunga, S.Pd (49), pegawai sekolah menengah asal Sumba Barat, tewas saat berada di Kamar No. 12B, Hotel Citra, Kelapa Lima-Kupang, Minggu (7/8/2011) petang. Dia meninggal dunia saat sedang dilayani "jajan" oleh Insiani alias Ani (37), wanita pekerja seks komersial (PSK) yang menghuni bilik tersebut.

    JENAZAH - Jasad Agustinus Dunga saat masih di Kamar No. 12 B, Hotel Citra, Kupang, Minggu (7/8/2011).


    "Hari ini Minggu (7/8/2011, Red ) itu sudah penutupan kursus," kata A Doku Bani, peserta kursust asal Sumba, saat ditemui di ruang Instalasi Pemulasaran Jenazah (IPJ) RSU Prof. Dr. WZ Johannes-Kupang, kemarin.

    Menurut Bani, setelah acara penutupan sekitar pukul 15.00 Wita, kemarin, Dunga pergi berbelanja hadiah untuk dibawa pulang ke Sumba.

    "Dia ajak saya pergi membeli belah. Kami dua pergi pakai motor milik abangnya, Alexander M Dunga. Kami pergi ke tempat penjualan roti di Kuanino, kemudian belanja buah di depan Hospital Tentera. Setelah itu kami pulang ke penginapan," katanya.

    Beberapa saat setelah tiba di penginapan LPMP, katanya, korban mengatakan pergi mengembalikan motor abangnya di Kelapa Lima.

    "Beberapa saat setelah dia pergi, saya juga pergi ke menemui anak saudara saya di asrama Polda. Saya kaget, pada pukul 17.20 Wita, ada seorang wanita yang telefon saya pakai HP korban. Wanita itu bilang, 'Pak segera ke Hotel Citra di Kelapa Lima. Teman bapak sudah meninggal dunia. Saya langsung ke sana dan benar, dia sudah meninggal dunia," tutur Bani.

    Ketua polis Sektor (Kapolsek) Kelapa Lima, Kompol Rahmat Harmansyah, S.H, mengatakan, polis sudah membawa jenazah korban ke hospital untuk dibadah siasat. Hasil pemeriksaan dokter, korban meninggal dunia kerana serangan jantung.


    Polis, katanya, juga sudah memeriksa Ani, wanita PSK yang melayani Dunga. Berdasarkan keterangan Ani, korban baru sekitar 10 menit dilayani , namun mendadak kejang- kejang kemudian meninggal dunia.(Tribunnews)

    Wow, Otak Tiruan Berhasil Dibuat

    Posted: 08 Aug 2011 11:00 PM PDT


    INILAH.COM,– Manusia membuat otak tiruan dengan teknologi artificial intelligence. Otak tiruan ini berguna untuk mendeteksi penyakit otak.

    Otak manusia adalah perangkat yang canggih. Manusia tidak mampu membuat tiruan yang menyerupai otak. Dan walaupun komputer dapat bekerja dengan baik dalam hal penyimpanan memori, tapi tetap ia tak bolehbekerja sebaik otak.

    Namun ternyata manusia boleh memadukan kedua fungsi perangkat tersebut (komputer dan otak). Proyek Blue Brain dimulai tahun 2005 oleh orang Sweden, Henry Markram.

    Diberitakan Discovery, projek ini berusaha menciptakan otak elektronik untuk membantu manusia, menghasilkan simulasi kerja otak.

    Alat ini dapat memberi informasi kepada para ahli saraf otak untuk mendiagnosis dan mengubati penyakit otak. Markam menggunakan perangkat komputasi khusus, yang menangani replika yang menyerupai otak sungguhan. Teknologi yang digunakan dalam projek Blue Brain adalah artificial intelligence (kecerdasan buatan)

    Wow,Aishan Berjalan di Tali Pada Ketinggian 30 Meter

    Posted: 08 Aug 2011 10:00 PM PDT


    HUNAN - Saimaiti Aishan (27), seorang akrobatik asal China sukses berjalan di atas tali sepanjang 15 meter yang diapit oleh dua balon udara di atas ketinggian 30 meter di Provinsi Hunan, China.Aksi Aishan yang merupakan percubaan dalam rangka memecahkan rekod untuk berjalan di atas tali pada ketinggian 198 meter (650 kaki) s. Aishan sempat tergelincir dan hampir saja terjatuh di saat dirinya sedang berjalan di atas tali pada ketinggian 30 meter. Untungnya dia berhasil mengendalikan situasi dan kembali berusaha berjalan. Demikian seperti dikutip Dailymail,Isnin (8/8/2011).


    Setelah lima minit berjalan, akhirnya Aishan sampai juga ke hujung tali yang dituju, walau nyaris terjatuh untuk kedua kalinya ketika sampai hujung tali. Atraksi ini dilakukan pada Sabtu 6 Ogos kelmarin. Dia hampir gagal justru kerana mengetahui dirinya berhasil. Namun, lagi-lagi dia berhasil mengendalikan diri. Tangannya dapat meraih keranjang balon udara sehingga dia dapat berpegangan dan tidak jadi terjatuh.

    Aishan berharap dirinya mampu lolos menelusuri tali di atas ketinggian 99 meter, pada uji cuba selanjutnya. Dia menargetkan mampu memecahkan rekod dari Guiness World Record keempat kalinya sebagai pejalan kaki di atas tali di atas ketinggian. Rekor keempatnya, dia menargetkan hingga di ketinggian 198 meter (650 kaki).

    Sumber :http://www.okezone.com/