Adsense

Ahad, 11 Mac 2012

borak kosong

borak kosong


Inilah 3 Posisi Berhubungan Seks Paling Bahaya, Yang Tidak Pengalaman Jangan Cuba

Posted: 11 Mar 2012 09:00 PM PDT


Ada berbagai gaya berhubungan seks yang dapat dieksplor bersama pasangan. Namun tidak semua posisi seks aman untuk dicuba, apalagi jika pasangan belum banyak pengalaman. Posisi yang sulit memerlukan banyak latihan, jika tidak maka dapat menimbulkan kecederaan. Seperti tiga posisi seks ini yang dianggap paling berbahaya.


 1. Posisi The Stand and Carry


 Posisi bercinta ini dilakukan dengan lelaki menggendong wanita dari depan. Posisi ini sebenarnya adalah posisi favourite banyak pasangan saat melakukan quickie.


Permasalahan pada posisi ini terdapat pada beban. Terkadang berat wanita tidak seimbang dengan tenaga lelaki yang mengangkatnya sehingga dapat berisiko jatuh atau yang lebih parah lagi masalah di punggung lelaki. Untuk mengurangi beban yang diangkat lelaki, mintalah pasangan Anda untuk meletakkan punggung Anda di tembok.


2. Posisi Furniture


 Yakni posisi bercinta saat lelaki duduk bersimpuh dengan kedua lutut yang dibuka lebar. Sedangkan wanita terlentang di hadapan lelaki dengan kedua kaki wanita bertumpu pada bahu lelaki. Posisi ini dapat memberikan penetrasi yang dalam.


Sama halnya dengan posisi the stand and carry, risiko pada posisi terjadi pada lelaki. Posisi ini dapat menghambat peredaran darah ke kaki kerana saraf-saraf yang tertekan oleh beban tubuh. Pada posisi ini, kaki pasangan Anda akan sangat mudah kesemutan.


3. Posisi Lap Dance


 Posisi ini merupakan posisi bercinta saat lelaki duduk di kerusi dan memangku wanita sambil membelakangi lelaki. Sebenarnya lap dance merupakan posisi yang sesuai ketika dalam keadaan hamil dengan posisi wanita membelakangi lelaki.


Hal konyol yang dapat terjadi pada posisi ini adalah hancurnya kerusi. Sedangkan risiko lainnya adalah paha dan pinggul lelaki yang merasa sakit kerana menahan beban berlebihan. Untuk menyiasatinya, sebaiknya Anda tidak hanya bertumpu pada pasangan Anda jika bercinta dengan posisi ini. Tahanlah tubuh Anda sendiri dengan kaki meskipun harus berjinjit. (Sumber)

Wanita Sepanyol Jadi Penggoda Dunia Maya

Posted: 11 Mar 2012 08:45 PM PDT


Salah satu kajianyang dilakukan situs  Badoo.com, mereka yang sering dapat jolokan penggoda adalah wanita dari Sepanyol. Wanita Sepanyol paling banyak 'membuat langkah pertama' dengan seorang lelaki ketika sedang berada di dunia maya, dibandingkan banyak wanita dari negara lain yang juga aktif di internet.
 Wanita Sepanyol Jadi Penggoda Dunia Maya Ini diketahui setelah situs Badoo.com mempelajari hubungan romantis mereka yang dibuat di situs  ini dalam sebulan.



Diberitakan Times Of India, kajian yang diberi nama "World Flirtation League" ini melibatkan wanita yang berasal dari 20 negara yang melakukan hubungan dengan lelaki  di Internet. Menurut kajian rata-rata wanita Sepanyol memulai kontak dengan 1-2 pria setiap bulannya. Angka ini hampir dua kali ganda jika dibandingkan dengan kaum wanita dari Inggris, Perancis atau Amerika Syarikat, yang semuanya hanya menghubungi satu lelaki di dunia maya.


 Setelah Sepanyol, sejumlah negara yang masuk dalam sepuluh besar, yakni Poland, Republik Dominica, Brasil, Chile, Itali, Argentina, Portugal, Kanada, dan Venezuela. Sedangkan Belanda peringkat 11, Jerman 12, Colombia 13, IBritain 14, Republik Chez 15, Mexico 16, Perancis 17, Belgium 18, Amerika Syaikat 19 dan Equador 20.


 Tapi, secara keseluruhan, Badoo menyebutkan bahawa lelaki masih jauh lebih mungkin untuk memulai pendekatan pertama kepada lawan jenis di internet dibandingkan wanita, baik di Sepanyol mahupun di negara lainnya.




sumber 

Bayi Prematur Sesak Nafas, Ubatnya Adalah Suara Ibu

Posted: 11 Mar 2012 08:30 PM PDT

Kerana fungsi organnya belum benar-benar matang, bayi prematur rentan mengalami berbagai masalah kesihatan termasuk sesak nafas. Meski tetap perlu perawatan intensif, keadaan seperti ini boleh diredakan dengan memperdengarkan suara ibu.


Sebuah penelitian di Bringham Woman's Hospital menunjukkan,Maternal Sound Stimulation (MSS) atau stimulasi suara ibu cukup efektif mengatasi berbagai masalah pada bayi prematur. Selain sesak napas, masalah lainnya antara lain denyut jantung menurun atau bradikardi.


Bayi prematur memang rentan mengalami masalah jantung dan pernapasan atau kardiorespiratori karena fungsi organnya belum benar-benar matang. Selama masih belum kuat betul, bayi prematur biasanya dimasukkan inkubator di ruang perawatan intensif.


Namun ketika muncul keluhan-keluhan kardiorespiratori, MSS atau stimulasi suara ibu terbukti ampuh meredakannya. Keluhan-keluhan itu di antaranya adalah apnea atau henti nafas secara tiba-tiba yang hanya berlangsung kurang lebih selama 20 saat.


Meski berlangsung singkat, keadaan ini sangat membahayakan nyawa bayi prematur kerana fungsi organnya masih sangat lemah. Ketika nafas terhenti, maka selama beberapa detik tidak ada bekalan oksigen yang masuk sehingga berbagai organ rentan mengalami kerosakan.


Efektivitas suara ibu dalam meredakan keluhan tersebut dibuktikan lewat eksperimen yang melibatkan 14 bayi prematur. Bayi-bayi yang dipakai dalam eksperimen ini lahir sangat prematur, yakni pada rentang usia kehamilan antara 26 hingga 32 minggu.


Terbukti ketika diperdengarkan rakaman suara ibunya secara teratur sebanyak 4 kali sehari, bayi-bayi itu lebih jarang mengalami apnea. Sebagai pembanding, peneliti juga mengamati bayi-bayi lain di ruang perawatan intensif yang tidak mendengar suara ibunya.


"Namun karena baru diteliti pada 14 bayi, maka perlu penelitian lebih lanjut untuk memastikan ada tidanya efek suara ibu bagi kesihatan bayi," tulis para peneliti dalam The Journal of Maternal-Fetal and Neonatal Medicine seperti dikutip dari Healthday, Minggu (11/3/2012).
(up/ir

Graffiti Jalanan yang Kreatif Ala Ukraine

Posted: 11 Mar 2012 08:15 PM PDT

Graffiti juga merupakan sebahagian dari seni.Di Ukraine,jalanan digambar Graffiti oleh para seniman sehingga tampaklah animasi yang lucu di berbagai tembok jalan.












Hotel bajet tawar pelacur Sabah diserbu

Posted: 11 Mar 2012 08:00 PM PDT


BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila didapati menyediakan perkhidmatan pelacur muda dipercayai dari Sabah.
Wanita muda berusia 20-an yang mempunyai paras rupa menarik, pandai melayan pelanggan itu menawarkan khidmat seks serendah RM40.
Kegiatan itu dibongkar dalam operasi bersepadu anggota dari Pejabat Agama Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian kelmarin.
Dalam serbuan itu, seramai tujuh pelacur sedang menunggu dan melayan pelanggan ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, lima daripada pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka berasal dari Sabah.
"Pada mulanya mereka tidak mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral itu tetapi pemeriksaan lanjut menjumpai kondom di dalam laci bilik menyebabkan mereka akhirnya mengaku.
"Seorang lelaki warga Indonesia yang beragama Islam turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel dan dua remaja lelaki tempatan yang menganggur diberi kaunseling kerana disyaki cuba mendapatkan khidmat pelacuran di situ," katanya di lokasi operasi di sini semalam.

sumber : kosmo online

Belia 'emo' dibunuh kejam di Iraq

Posted: 11 Mar 2012 07:45 PM PDT


BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan secara meluas di Iraq ekoran mereka dituduh mengamalkan hubungan sejenis.
Senarai nama belia yang dikaitkan dengan gaya hidup gay itu dikeluarkan oleh militia-militia tempatan yang kemudian memburu dan membunuh mereka.
Setakat ini, pasukan keselamatan negara Asia Barat itu gagal menghentikan perbuatan kejam itu daripada terus berleluasa.
Malah, beberapa pegawai dan pertubuhan hak asasi memberitahu, sejak enam minggu lalu seramai 58 orang yang mengamalkan homoseks atau dituduh sebagai gay dibunuh di Iraq.
Beberapa orang pegawai keselamatan memberitahu, di bandar Sadr sahaja, seramai 16 orang telah dibunuh.
Sembilan daripada mereka dipukul dengan objek tumpul hingga mati, manakala tujuh lagi ditembak.
Sumber sama berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Beberapa saksi pula menyatakan, sebahagian mangsa dihentak di kepala sampai mati menggunakan blok simen oleh anggota-anggota militia Iraq.
Satu senarai yang diagihkan oleh anggota-anggota militia di bandar Sadr, kawasan penduduk Syiah di sini baru-baru ini, mendedahkan nama atau nama samaran 33 orang yang didakwa sebagai emo beserta alamat mereka.
Senarai berkenaan mengandungi amaran yang bermaksud: "Kami memberi amaran sekeras-kerasnya kepada setiap pengamal homoseks lelaki dan wanita (lesbian). Jika anda tidak menghentikan perbuatan kotor ini dalam tempoh empat hari maka hukuman Tuhan akan menimpa anda di tangan pejuang Mujahidin."
Semua nama yang terkandung dalam senarai tersebut ialah lelaki kecuali seorang wanita.
Di Barat, 'Emo' adalah singkatan untuk emosional. Terma tersebut dikaitkan dengan remaja atau belia yang mendengar muzik alternatif, berpakaian hitam dan memiliki gaya rambut radikal.
Golongan emo tidak semestinya gay. Tetapi di Iraq, mereka sinonim dengan hubungan sejenis.
Seperti di negara-negara Islam lain, amalan homoseks dikecam di Iraq. Mereka yang dianggap gay menjadi sasaran diserang atau dibunuh, manakala pelakunya kerap kali terlepas daripada hukuman. - Agensi
sumber : kosmo online

Budak perempuan ketagih minum petrol

Posted: 11 Mar 2012 07:30 PM PDT


NEW YORK: Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.
Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction. 
"Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya," kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

"Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa," katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.

"Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu," kata Shannon menunjukkan tabiatnya.

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.

"Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian," tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.

Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja. - TS

sumber : myMetro

Perkahwinan untuk selamatkan gadis kampung daripada jadi pelacur

Posted: 11 Mar 2012 07:15 PM PDT


VADIA (India): Lapan wanita yang ibu mereka pelacur, berkahwin di sebuah kampung yang dikenali sebagai "Kampung Pelacur" di India semalam, dalam satu rancangan untuk menyelamatkan mereka daripada dipaksa bekerja dalam pekerjaan tertua di dunia itu.
Majlis itu yang di adakan di Kampung Vadia di barat Gujerat, dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan Manch (VSSM), satu pertubuhan bebas yang bekerja sama dengan masyarakat nomad yang miskin. 
Semua pengantin perempuan yang berusia 18 tahun ke atas, mengenakan sari berwarna-warni sementara pengantin lelaki pula memakai serban berekor sambil diiringi gendang yang dipalu dalam majlis itu.

Jurucakap VSSM, Mitta Patel berkata, wanita di kampung itu bekerja sebagai pelacur turun temurun dan majlis perkahwinan itu adalah untuk memecahkan kitaran eksploitasi terhadap mereka.



"Perkahwinan bermakna, gadis ini akan selamat daripada bekerja sebagai pelacur," katanya. - AFP



sumber : myMetro

Lelaki serigala diminati wanita

Posted: 11 Mar 2012 07:00 PM PDT


LOS ANGELES: Dia mengalami keadaan yang jarang ditemui dan menjadikan dia lelaki paling berbulu di dunia, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan serigala daripada muncul di pintu rumahnya.
Selepas diketawakan sepanjang hidupnya dan berlakon dalam pertunjukan sarkas, Larry Gomez mula mengukir nama di Hollywood.

Dia muncul dalam filem popular dan menghasilkan rancangan realiti televisyennya sendiri. Dan lelaki serigala, nama yang dikenalinya di kalangan rakan dan peminatnya menikmati kemasyhuran.




Gomez, 35, di mana seluruh tubuh dan wajahnya dipenuhi bulu hitam lebat berkata: "Apabila wanita melihatnya kali pertama, mereka tidak percaya.

"Kemudian apa yang ingin mereka lakukan ialah menyentuhnya. Berapa ramai teman wanita yang saya miliki? Sekurang-kurangnya 35 orang. Wanita mengharapkan saya menjadi lebih daripada seorang lelaki, gagah kerana bulu itu. Saya boleh berhubung dengan wanita dengan baik. Malah, saya mempunyai beberapa peminat setia," katanya. Gomez mengalami keadaan genetik hypertrichosis yang jarang berlaku atau sindrom serigala. Hanya 50 orang sejak zaman pertengahan dikesan mengalami sindrom itu hingga ke tahap teruk dan 15 daripadanya adalah anggota keluarganya. Gomez menjelaskan: "Setiap dua minggu saya bersihkan wajah saya. Ia tumbuh di seluruh wajah saya, malah juga di kelopak mata. Saya mempunyai lebih banyak bulu di lengan berbanding di kaki saya. "Adik lelaki dan adik perempuan saya juga mengalami keadaan sama. Dan beberapa sepupu saya. Ia lebih sukar bagi adik perempuan saya, Jamie Maria. Dia baru berusia 20 tahun. Anda perlu kuat apabila menjadi seperti ini.


"Ada seorang lelaki di China, tetapi dia tidak begitu berbulu seperti saya. Dia mencabar saya tetapi dia tidak mempunyai peluang untuk menang," katanya.



Gomez dilahirkan sebagai Gabriel Ramos Gomez di Mexico tetapi mendapat nama baru daripada filem seram 1941 The Wolf Man, di mana karakter utamanya yang dipenuhi bulu digelar Larry Talbot. Ketika muda, dia dan adik lelakinya Danny, 33, menyertai sarkas dan dikenali sebagai budak serigala. Gomez pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Michael, kini 10 tahun yang tidak mengalami keadaan sama sepertinya.

Bagaimanapun, pada 2007 dia berpisah dengan isterinya, Nadine dan berpindah ke Los Angeles untuk meraih kemasyhuran dalam filem.



sumber : myMetro

Lepas tikam hempuk batu

Posted: 11 Mar 2012 06:45 PM PDT


TUARAN: Gara-gara berang mesin menghasilkan makanan udang diusik, seorang lelaki menetak dan menikam rakan sekerjanya bertubi-tubi sebelum menghempas kepala mangsa dengan batu simen hingga maut dalam kejadian di kolam ternakan udang di Kampung Lok Batik, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi, mangsa dikenali sebagai Stanley John, 27, mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain tiga kesan tikaman di dada, bahu kiri dan belakang leher serta kesan tetakan di kaki kiri. 
Bagaimanapun, suspek berusia 43 tahun dipercayai warga asing melarikan diri dipercayai bersembunyi di kawasan paya berhampiran.

Menurut rakan mangsa yang dikenali sebagai Andy, 26, dia bersama mangsa sedang menikmati sarapan sebelum memulakan tugas di kolam ternakan berkenaan.



"Ketika bersarapan, suspek tiba dan memberitahu mesin digunakan untuk memberi makanan kepada udang diganggu menyebabkan kelewatan melakukan tugas.



sumber : myMetro

Pesara, pensyarah ditemui mati

Posted: 11 Mar 2012 06:30 PM PDT


PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.
Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.



"Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.


"Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

"Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain," katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

"Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah," katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.



sumber : myMetro

Gila...Kelar leher suami lumpuh

Posted: 11 Mar 2012 06:15 PM PDT


TELUK INTAN: Seorang warga emas dipercayai mengelar leher suaminya yang lumpuh hingga mati menggunakan sebilah pisau lipat sebelum dia menikam lehernya sendiri dengan gunting dalam cubaannya membunuh diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi di Taman Eastern Garden, di sini, lelaki berkenaan yang diserang penyakit angin ahmar sejak Oktober tahun lalu, dikatakan tidur bersama isterinya itu di bilik tidur utama.
Kejadian disedari menantu lelaki pasangan itu, Soo Kam Hon, 46, yang tinggal bersama mereka yang curiga apabila kedua-dua mentuanya tidak kelihatan sehingga jam 8.30 pagi sedangkan kebiasaannya mereka bangun seawal jam 7 pagi.

Menurut Soo, yang risau dengan keganjilan mentuanya, membuka pintu bilik yang tidak di kunci dan terkejut apabila menemui bapa mentuanya, Khoo Ching Kiong, 74, terbaring berlumuran darah di atas katil dengan kesan kecederaan pada leher.



Ibu mentuanya Chiang Mooi Chai, 71, terbaring tidak sedarkan diri dengan kecederaan pada lehernya.



sumber : myMetro

‘Kami ada bukti’

Posted: 11 Mar 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih," kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan. 
Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.



"Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.



sumber : myMetro

Mati peluk cucu

Posted: 11 Mar 2012 05:45 PM PDT


PARIT BUNTAR : Seorang datuk dan cucunya mati berpelukan di bahagian tempat duduk belakang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki, dirempuh dari belakang oleh sebuah MPV lain dalam kemalangan di kilometer 181.5 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, MPV dinaiki mangsa dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya dikatakan mahu membuat panggilan telefon.

Mangsa Tang Ah Tee, 65, dan cucunya Tan Tei Yee, 13, yang duduk di belakang Toyota Estima itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kemalangan itu itu turut menyebabkan 10 lagi cedera, termasuk pemandu dan penumpang Toyota Alphard.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata pemandu MPV itu, Tan Bee Ling, 39, memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon apabila dirempuh sebuah MPV Toyota Alphard dari belakang.

"Kedua-dua MPV berkenaan datang dari arah Selatan dan akibat kemalangan itu, Toyota Alphard serta Toyota Estima melintang di tengah jalan akibat rempuhan kuat itu," katanya.


Menurutnya, ketika kejadian Toyota Estima berkenaan dinaiki satu keluarga dalam perjalanan dari Pontian, Johor, dipercayai mahu bercuti ke Pulau Pinang manakala Toyota Alphard dari Kuala Lumpur.



"Penumpang Toyota Alphard, Wan Azizah Husin, 62, dipercayai duduk di sebelah pemandu parah di kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

"Pemandunya, Mohsin Amran, 34, isterinya, Wan Fatah Ileyah Ramli, 32 serta tiga anaknya, Nur Isa Wafa, 7, Nur Basira Wafa, 5, dan Mohd Evan Mizari, setahun, cedera ringan," katanya.


Menurut Fauzi, Tan Ling bersama empat penumpangnya iaitu Tan Bok Tack, 31, Tan Yeok Leng, 30, Tan Foh Siong, 36 dan Tan Bee Ling, 39, hanya cedera ringan dan dimasukkan ke HPB untuk rawatan.

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian.



sumber : myMetro

Kebiasaan Aneh Memakan Mayat manusia di Filipina

Posted: 11 Mar 2012 05:30 PM PDT

Suatu daerah di Filiphina mempunyai kebiasaan yang aneh... Iaitu memakan bangkai manusia yang telah mati...













[Gila] Ratusan Nenek Diperkosa Delroy Grant Selama 17 Tahun

Posted: 11 Mar 2012 05:15 PM PDT

Delroy Eston Grant, serial rappist Night Stalker (doc AP)

Setelah 17 tahun baru terungkap misteri pemerkosa-rompakan yang digelar Night Stalker. Delroy Easton Grant kelahirnan 1957 Jamaica terbuki bersalah dalam 29 tuduhan pemerkosaan dan rompakan berseri sejak 1992.Umur mangsa perkosaan sejak 1992 umumnya 80 tahun ke atas. Operation Minstead sejak 1999 menemukan bukti pelaku pemerkosaan bersiri itu dibantu  bekas isteri Delroy Grant yang menyimpan bekas sperma 15 tahun lalu untuk test DNA.

 Kejahatan Delroy Grant sejak 1992 adalah merompak lalu perkosa mangsa yang berusia lanjut. Termasuk lelaki juga diperkosa. Wilayah operasinya di London Selatan di antaranya: Shirley, Warlingham, Beckenham, Orpington. Dia menyelinap masuk melalui jendela, mangsa dibangunkan malam malam, dimintai wang, kabel telefon diputus, lampu dimatikan. Lalu dengan santainya korban diperkosa. Korban tak berdaya kerana umumnya menderita penyakit tua. Delroy menyamar dengan pakaian serba hitam tampak seperti kucing raksasa.
Woolwich Crown Court London (doc Daily Mirror/Getty Images) 

Kejahatan Delroy sudah diketahui sejak tahun 1999 namun polis gagal menjerat kerana DNA tertukar dengan lelaki lain yang punya nama sama iaitu Delroy Grant. Sejak itu dilancarkan Operation Minstead oleh Scotland Yard untuk menangkap pelaku yang diyakini berasal dari Amerika Tengah. Pelaku misteri tersebut oleh digelar Night Stalker. Mangsa adalah warga usia lanjut yang hidup sendirian dan menderita penyakit tua.

Sejak itu warga usia lanjut pada takut tidur malam, hingga selalu tidur dengan lampu dinyalakan. Kejadian ini berlangsung puluhan tahun hingga  24 March  2011 sudah dapat dipastikan bahawa pelaku adalah Delroy Eston Grant. Itu berkat test DNA yang diperoleh dari bekas sperma yang diserahkan oleh bekas isterinya yaitu Jennifer Watson yang sengaja menyimpannya. Selama ini polis gagal terus kerana terdapat banyak nama Delroy Grant di London dan  1999 DNA yang dijadikan bukti adalah milik Delroy Grant yang lain, dan baru disedari sepuluh tahun kemudian.

Delroy Easton Grant kelahiran  1957 Jamaica dikenakan 29 tuduhan kejahatan oleh pengadilan di  London. Komandan Scotland Yard Simon Foy mengatakan bahawa kes ini sangat berat dan telah menghabiskan dana 10 juta pound sterling untuk Operation Minstead sejak 1999. Sebagai  tambahan polisi sudah mengumpulkan 203 catatan kejahatan atas diri Delroy. Bahkan analis jenayah menyakini bahawa terdapat sekitar 1000 kejahatan termasuk lebih dari 200 pemerkosaan  oleh Delroy, yang mana para mangsa belum lapor polisi.

***

Sebuah Perusahaan Mengajak Pekerjanya Memakai Pakain Dalam

Posted: 11 Mar 2012 05:00 PM PDT

Sebuah Perusahaan Mengajak Pekerjanya Memakai Pakain Dalam

Perusahaan itu, Audrey Underware yang berada di kota Taizhong menetapkan hari itu sebagai Hari Bra untuk merayakan rekod penjualan pakaian dalam perusahaan.

Seperti yang dijelaskan Huang Bihui, Manager PR perusahaan tersebut, mereka mengeluarkan 8 jenis bra baru ke pasaran dan berhasil menjual lebih dari 20.000 buah bra kurang dari 2 bulan.

Oleh kerananya perusahaan menetapkan tarikh itu sebagai Hari Bra.  500 pekerja wanita disana disarankan untuk memakai bra dan seluar dalam saja – lebih pada alasan demi kesenangan teman sekerja lelakimereka.

Lebih dari 90% pekerja dilaporkan setuju dan bekerja dengan memakai pakaian dalam. Seperti yang diakui Zhang Yufeng, 32 tahun, ibu dari 2 anak. "Aku telah melakukan diet ketat demi persiapan hari itu. Suamiku menyarankan aku untuk berpakaian seperti itu ketika aku cubanya di rumah'. Liao Wenshen, 30 tahun, menambahkan : " para pekerja lelaki menjadi nampak tersipu-sipu dan menjadi sangat sopan kepada kami. Sangat menghairankan!"

Menurut para penguam perusahaan tindakan itu tidak melanggar hukum selama dilakukan dengan suka rela. Namun masih ada yang mengkritik. Seperti yang dikeluhkan Wu Juanyu ," Beberapa pekerja wanita mungkin merasa terpaksa melakukannya kerana tekanan teman dan persaingan kerja. Aku tidak tahu apakah perusahaan menjual pakaian dalam atau tubuh wanita".

Lelaki marah yang dapat pembalasan segera

Posted: 11 Mar 2012 04:45 PM PDT


Cara mudah untuk mengatasi kalau selipar terputus

Posted: 11 Mar 2012 04:30 PM PDT

Pernah gak, pas lagi asik jalan-jalan memakai sendal jepit, lalu tiba-tiba sendal jepit kita putus seperti gambar di bawah ini?





Jika anda mengalami hal tersebut, anda tidak usah panik atau bingung, apalagi sampai bunuh diri. Dunia gak akan kiamat hanya gara-gara selipar yang putus..hehe...nah kembali ke topik..kali ini kita ketahui cara untuk mengatasi keadaan darurat saat sendal jepit putus. ikuti langkah-langkah pertolongan pertama pada sendal jepit dibawah ini :


1. Jika anda memilik wang, lebih baik beli sendal yang baru. Tapi jika anda tidak memiliki wang yang cukup, anda boleh beli ais  dan kemudian mendapat straw, tentunya gak sebanyak seperti gambar dibawah ini..hehe..tetapi jika anda memang tidak memiliki wang sesen pun...anda boleh mencari straw atau meminta dari kedai terdekat sambil berdoa semoga dikasih.

2. Pilih straw yang sewarna dengan selipar.. kalau tak ada, terpaksa beza warna, namanya juga darurat.. hehe..
3.Lipat straw



4. Kemudian ikatkan sehingga membentuk simpul seperti ini



5. Jika ada gunting, boleh ditambah optional ini.. gunting straw lain, seukuran jepitan selipar.

6. Kemudian masukkan potongan straw melewati straw yang sudah disimpul



7. Nah setelah itu, masukkan straw tadi melewati lubang selipar jepit


8. Setelah itu, straw ibentuk seperti gambar di bawah ini.. caranya seperti mengikat biasa, nanti jadinya berbentuk seperti ini..



9. Selesai.. selipar sekarang ioleh digunakan.

Nak Buat Seks Sebelum Kahwin? Nanti....

Posted: 11 Mar 2012 04:15 PM PDT



Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal seks sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.


Kalau dari sudut agama, kesihatan, atau budaya , pasti semua kita tahu dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.


Untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk seks, bukan semua..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki atau pasangan kepadanya. Seks bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna. 


Betul ke?Hanya mereka yang jahil agama akan berbuat demikian


Cuba bayangkan......


Kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi "couple", atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah "having sex" dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia "dah dapat" anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki "species" berbahaya).


Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu "memberi" kepada lelaki, atau melakukan seks dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali "nilainya" dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?


Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah "memberi" kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah "beri" habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang "sama nilainya" kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku? 


Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi "habis manis, sepah dibuang".


Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN "memberi" atau melakukan seks sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan.


Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan "diberi hadiah" oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.


Lagi satu bila wanita hanya "memberi seks" selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa seks adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.


Adakah anda setuju?Saya  pasti anda setuju....!

[Gila] Gagal Jadi Anggota Dewan, Isteri dijadikan Pelacur

Posted: 11 Mar 2012 04:00 PM PDT

Gagal jadi anggota dewan membuat lelaki  ini kehilangan akal kerana dililit hutang. Demi melangsaikan hutangnya, Asr (35) nekad menjual isterinya sendiri kepada lelaki hidung belang. Meski melawan, korban tak kuasa kerana ancaman sang suami yang akan menyebar foto bogel dan disiram asid.

Hd (29) yang berkali-kali dijual sang suami ke lelaki lain membuat warga kecamatan Polewali, Mandar, Sulawesi Barat gempar. Penjualan isteri ini akibat Asr yang dikejar-kejar hutang serta tidak mempunyai pekerjaan setelah gagal dalam pencalonan menjadi anggota dewan.

Tersangka Asr memiliki hutang banyak kepada beberapa orang rakannya, namun kerana tak memiliki pekerjaan lain, Asr pun memaksa isterinya untuk melayani lelaki dengan imbalan wang Rp 300 hingga Rp 500 ribu .

Sedangkan wang yang dihasilkan itu bukanlah mangsa yang menikmati, namun diserahkan kepada suaminya dengan penuh ancaman, jika tak mencukupi akan disiksa.

Tak hanya itu saja korban juga sering dipaksa oleh tersangka agar memeras setiap lelaki hidung belang tersebut selepas dia menemaninya. Dengan modus selingkuh dan meniduri isteri orang, hingga beberapa lelaki terkena peras oleh tersangka.

Selain mengancam isteri dengan menyiramkan asid jika menolak ajakan suami agar melayani lelaki hidung belang, tersangka juga mengancam korban akan menyebar luaskan foto-foto bogel sang isteri lmelalui internet. Kerana ketakutan  korban pun melayani lelaki yang bukanlah suaminya.

Tersangka dan korban yang sudah menikah lebih dari 15 tahun ini juga telah dikurniakan dua orang anak. Dihadapan penyiiasat tersangka yang diperiksa oleh polis sempat mengelak perbuatan bejatnya itu, dia berdalih bahawa isterinya sengaja melaporkan perkaara ini kepada polis kerana ingin cerai.

Namun petugas Polres Polewali Mandar telah mengumpulkan bukti-bukti dari beberapa saksi, hingga tersangka pun tak dapat mengelak. Sementara sang istri yang menjadi korban hingga kini, masih trauma atas perlakuan suaminya sendiri yang dengan tega menjual dirinya ke lelaki hidung belang.

Bogel di dalam bank

Posted: 11 Mar 2012 11:00 AM PDT

Kenapa pengawal keselamatan membenarkan lelaki bogel
ini masuk kedalam bank? Tak segankah pegawai bank tersebut ...

 ohhh..rupanya dia masyarakat orang asli Papua New Guinea...
tak boleh nak buat ape.....


Ikan yang hanya mahu diberi makan dengan botol susu sahaja

Posted: 11 Mar 2012 10:30 AM PDT

Pada pameran di taman di salah satu pusat kota China, mereka memberikan makan ikan melalui botol bayi..
Setiap botol dijual sebesar RMB 10. Ramai orangtua dan pasangan muda dengan senang hati membeli  agar dapat memberi makan ikan tersebut kerana menganggap pekerjaan ini menyenangkan dan lucu.









Blind date pertemukan adik beradik yang lama terpisah

Posted: 11 Mar 2012 10:15 AM PDT

LONDON – Anda sedang menjalani blind date melalui dunia maya? Sebaiknya berhati-hati, boleh saja bukan bertemu jodoh, melainkan saudara kandung yang terpisah bertahun-tahun.Sarah Kemp dan George Bentley berkenalan melalui  internet.

Kemp, yang tinggal di Edinburgh, Scotland dan Bentley yang tinggal di London, saling berkomunikasi melalui dunia maya sejak November lalu. Setelah beberapa bulan saling mengirimkan sms, mereka akhirnya bertemu minggu lalu.

"Saya tidak pernah setuju pergi ke London untuk blind date tapi kami sudah menjalani dengan baik sejak awal, dan hubungan kami terus berkembang seiring saling mengirim sms secara rutin," kata Kemp.
Namun ketika bertemu, fakta mengejutkan terlerai. Dalam suatu pertemuan di London, yang difasilitasi jasa layanan blind date pasangan calon kekasih ini mengetahui mereka adalah saudara kandung.

"Bertemu abangmu yang sudah lama hilang, di sebuah bar, setelah 30 tahun lebih, tentunya akan menjadi hal yang biasa. Tapi bertemu dalam situasi ini, dalam suatu pertemuan benar-benar hal yang aneh. Kami memiliki banyak persamaan sejak pemikiran pertama," urai Kemp. Seperti dikutip dari AOLNews, Jumaat.

Sejak kecil, Kemp dan Bentley membesar bersama. Namun ketika orang tua mereka, Felicity dan David Bentley bercerai pada 1975, Kemp pindah ikut ibunya ke Edinburgh, sedangkan Bentley ikut ayahnya.
Pada 1989, Kemp yang berusia 42 tahun menikah dan bercerai setahun kemudian. Meski sudah bercerai, dia terus menggunakan nama keluarga suaminya, Kemp. Inilah yang membuat pencarian keluarga Bentley atas Sarah Bentley yang berusia 47 tahun menjadi sia-sia.
"Saya sama sekali tidak tahu di mana dia. Saya mencari nama Sarah Bentley, bukan Sarah Kemp, kerana saya tidak tahu dia telah menikah," ujar Bentley.

Warning! Merokok Dapat Membuat Puting Anda Kendur

Posted: 11 Mar 2012 10:00 AM PDT


Satu lagi alasan 'cantik' agar kaum hawa berhenti merokok. Menurut Dr. Anthony Youn, salah satu ahli bedah plastik terbaik Amerika Serikat, jika Anda perokok dan menjalani breast lift atau operasi pengencangan payudara, maka puting akan lebih cepat mengendur.

Kesimpulannya ini didapat kerana dia setiap hari menghadapi pesakit yang ingin menjalani bedah perbaikan payudara (breast lift). Penelitian pun dilakukannya untuk melihat kecenderungan mengapa puting payudara wanita perokok lebih cepat mengendur.

Menurutnya, paparan nikotin dan karbon monoksida selama merokok dapat mengganggu aliran darah ke berbagai bahagian tubuh. Sehingga, mengganggu proses penyembuhan setelah operasi. Racun dalam rokok secara efektif membunuh sel-sel tubuh, dengan menghentikan aliran darah menuju sel.

"Saya merasa seram setiap kali melihat pesakit yang melakukan pengencangan payudara dan dia perokok," kata Dr. Youn, seperti dikutip dari harian Daily Mail.
Ia mengungkap kalau pernah menangani wanita yang putingnya berwarna keunguan, setelah merokok. Itu kerana, merokok menyebabkan pembuluh darah kecil di payudara gagal berfungsi.

Dia pun harus memanfaatkan lintah selama beberapa hari untuk menghisap darah 'tua' yang membuat puting berwarna ungu. Ini dilakukan demi mengembalikan warna asli puting payudara. Tak heran kalau ia memperingatkan pada semua wanita yang menjalani operasi plastik, hasilnya bisa jadi sangat buruk karena merokok.

'Jika Anda melakukan breast lift atau breast reduction dan merokok, puting akan menghitam dan kendur. Jika Anda menjalani operasi sedot lemak dan merokok, maka akan membuat luka besar dibutuhkan lebih dari tiga bulan untuk sembuh," kata Dr. Youn.

Penelitian menunjukkan kalau perokok lebih memiliki masalah dalam hal durasi waktu penyembuhan luka. Hal ini dibandingkan seseorang yang tidak merokok.