Adsense

Isnin, 2 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer : “Total Recall” Filem Futuristik Tahun 2084 Lakonan Colin Farrell

Posted: 02 Jul 2012 11:38 PM PDT

Sekarang 2012, dan 2 Ogos ini anda semua bakal lompat ke tahun 2084 apabila filem futuristik, "Total Recall", bakal ke pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.

Filem terbaru lakonan Colin Farrell, Kate Beckinsale dan Jessica Biel ini mengisahkan tentang peperangan antara 2 pihak di Bumi. Konflik menjadi semakin serius apabila seorang lelaki bernama Douglas Quaid (Colin Farrell) yang hanya seorang pekerja kilang telah mengunjungi sebuah pusat yang mampu menanam implan memori artifisial yang boleh mengikut kehendak hidup yang diinginkan si pengguna. Namun, Quaid menjadi semakin sangsi apabila selepas menjalani pembedahan implan memori tersebut, dia terperangkap di antara peperangan yang dia sendiri tidak tahu dia berada di sebelah mana.

Filem ini sememangnya sebuah filem yang sangat futuristik dan kami pasti anda semua sudah lama mengidamkan filem seperti ini bukan? Tambah-tambah lagi apabila ia akan dibintangi oleh 3 orang selebriti yang sememangnya dikenali ramai.

Untuk pengetahuan, filem ini adalah filem remake kembali dari filem asal yang dilakonkan oleh Arnold Schwarnezegger sebelum ini. Menarik bukan?

Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini dahulu!

Penjagaan Rambut Wanita Berhijab

Posted: 02 Jul 2012 10:10 PM PDT

Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Tidak kira sama ada anda berhijab mahupun tidak, penjagaan rambut harus diutamakan. Ini adalah bagi membentuk keterampilan dan juga keperibadian diri sendiri. Tambahan pula, kecantikan seseorang wanita adalah bermula daripada dalaman iaitu keyakinan dan kepuasan diri sendiri.

Majoriti wanita yang berhijab akan mengalami masalah rambut seperti kelimumur, rambut berbau, kulit kepala berminyak dan juga rambut gugur. Ini berpunca daripada kurangnya ketelitian dalam penjagaan rambut dan memandang enteng dalam semua aspek penting  penjagaan mahkota wanita ini.

Disamping itu, tidak dinafikan wanita berhijab memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak berhijab. Ini kerana, keadaan kulit kepala dan rambut yang sentiasa tertutup  boleh mengundang kerosakan rambut jika tidak dirawat dengan baik.

Bagi wanita yang berhijab, pemilihan syampu adalah penting bagi medapatkan kesesuaian produk dengan masalah rambut yang dihadapi. Tidak semua syampu yang berada dipasaran efektif dalam menangani masalah-masalah rambut, jadi para wanita perlu lebih peka dan teliti dalam mendapatkan syampu yang sesuai.

Sebelum membuat keputusan untuk memilih syampu yang diinginkan, seseorang individu tersebut haruslah mengenalpasti terlebih dahulu jenis masalah rambut yang dihadapi. Ini adalah bagi mengelakkan tersalah pilih produk, sehingga mengakibatkan masalah rambut menjadi bertambah kritikal.

Selain bersyampu, penggunaan conditior turut penting dalam merawat rambut yang bermasalah. Ini adalah bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif dan secara tidak langsung bagi memiliki rambut yang sihat dan senang terurus sepanjang masa.

Jadi, bagi wanita yang berhijab jagalah mahkota anda ini sebaik-baiknya. Walaupun rambut ini tidak didedahkan kepada umum, tetapi cukuplah sekadar anda sendiri yang merasai kepuasan memiliki rambut yang sihat dan cantik.

Sumber : Sensasi Selebriti

Zon Artis

Zon Artis


Gossip Rumah Tangga, Erra Fazira Akui Tertekan Dan Tetap Enggan Buka Mulut

Posted: 02 Jul 2012 09:48 PM PDT

Kami yakin 100% yang anda semua sudah tahu mengenai gossip yang melanda rumah tangga Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran. Dan hari ini mStar Online melaporkan yang Erra Fazira tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada umum kerana menganggap ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

GOSSIP ERRA FAZIRA DAN ENGKU EMRAN BERCERAI

Erra berkata, dia akan terus berdiam diri kerana bimbang kenyataannya nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

"Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya,"

Tambah Erra, dia juga belum bersedia untuk membuka mulut dengan isu yang sedang hebat diperkatakan itu dan akan terus bertahan selagi terdaya.

"Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin,"

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina Erra bersama suaminya Engku Emran dikatakan goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditinggalkan di laman Twitter miliknya baru-baru ini yang berbunyi "suatu hari saya akan bersuara", Erra memberitahu ia adalah sekadar luahan biasa bagi seorang manusia.

Ujar Erra, perkara itu terjadi apabila dia sangat tertekan dengan pelbagai tohmahan dan cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya dan suami sehingga menyebabkan dia tertulis luahan itu.

"Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu,"

Sementara itu, Erra memberitahu, dia tidak lagi mengambil peduli dengan tohmahan yang dilemparkan sebaliknya memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku,"

Oh ya, Erra bakal muncul dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita yang akan mula menemui peminat pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di saluran Astro Ria. Tak sabar nak tengok.

Related Posts with Thumbnails

“Saya Tiada Masalah Berkawan Dengan Anzalna” – Neelofa

Posted: 02 Jul 2012 08:31 PM PDT

NEELOFA DAN ANZALNA BERDAMAI

Rasanya anda semua sudah tahu yang Anzalna telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neelofa dalam satu sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Hotel Royale Chulan, Petaling Jaya yang berlangsung petang kelmarin kerana tindakannya yang disifatkan sebagai memfitnah pelakon itu menerusi sebuah akhbar (Berita Minggu) pada 10 Jun lalu. Jika belum tahu, boleh baca post ini.

Ekoran daripada permohonan maaf yang telah dibuat oleh Anzalna itu, Neelofa menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir dan turut memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang. Malah Neelofa berkata yang dia tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna kerana Anzalna sudahpun memohon maaf.

NEELOFA DAN ANZALNA BERDAMAI

Seperti kata Neelofa:-

"Tiada masalah untuk kami berkawan selepas ini. Sebelum timbul kes ini pun saya pernah bertegur sapa jika terserempak di majlis atau acara tertentu.

"Saya sudah terfikir untuk memaafkan dia selepas dia gagal menjawab notis tuntutan yang dikeluarkan pada tempoh hari. Apabila dia bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu, saya tiada masalah untuk berdamai,"

Tambah Neelofa, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.

"Saya sudah memaafkan dia kerana dia bersetuju memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu. Kes ini pun sudah selesai pada hari ini.

"Cuma dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di khalayak atau media dan tidak memanjangkan lagi hal,"

Ditanya mengenai kemungkinan untuk mereka berlakon bersama pada masa akan datang, Neelofa berkata, sebagai pelakon dia tidak keberatan untuk bekerjasama jika tawaran yang diterima menepati cita rasanya.

"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dan berlakon bersama jika ada tawaran yang bersesuaian selepas ini. Jika ia melibatkan kerja, saya akan profesional dan meneruskan kerjasama itu,"

Related Posts with Thumbnails

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Anzalna Mohon Maaf dari Neelofa Secara Terbuka

Posted: 02 Jul 2012 09:10 PM PDT

Neelofa Dan Anzalna Berdamai. Syukur Alhamdulilah. Ini yang kita tengok. Artis yang dulu bergaduh, kini berdamai dan berbaik. Sekarang boleh cium molot la kan. Neelofa Dan Anzalna kini berdamai lantas menamatkan pertelingkahan antara dua bekas peserta dewi jelita di hotel Royal Bintang @ The curve.

Anzalna yang hadir tanpa ditemani peguam mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa. Sekaligus mengharapkan isu konflik yang berlaku sejak sebulan lalu itu tidak akan berpanjangan lagi.

Anzalna Mohon Maaf dari Neelofa Secara Terbuka

Antara petikan mohon maaf yang dibaca oleh Anzalna Nasir:

"Saya Nor Anzalna Mohd Nasir, di atas nasihat pihak persatuan Seniman Malaysia memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya dan saya tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 tersebut. Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan."

Neelofa menyatakan dia dengan terbuka hati dan ikhlas menerima mohon maaf daripada Anzalna.

"Saya bersyukur semuanya sudah berakhir. Bagi mereka yang masih lagi tertanya-tanya mengapa saya mengambil jalan penyelesaian dengan cara perundangan kerana saya tahu saya di pihak yang benar dan ianya terbukti pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih pada kedua penguam saya dan kepada pihak Seniman kerana tanpa bantuan Seniman, mungkin perkara ini akan berpanjangan."

Neelofa hadir bersama dua peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mubarak.

Anzalna dan Neelofa juga menandatangani akur janji yang dikeluarkan Persatuan Seniman dibawah Biro Aduan dan Perundangan yang disaksikan oleh Zed Zaidi supaya tidak ada sebarang perbalahan yang akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sekiranya kedua pelakon itu melanggar akur janji tersebut, tindakan akan dikenakan seperti melucutkan keahlian mereka daripada persatuan dan menyekat mereka daripada menerima tawaran berlakon.

Jadi lepas ni, tak kisahlah Neelofa dan Anzalna nak berlakon dalam satu drama, kan? Takde masalah sebab diorang ni kan profesional.

Pelakon Neelofa memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang kerana menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 23, itu berkata, dia tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna, 24, kerana aktres itu sudah melaksanakan tanggungjawabnya memohon maaf ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan di akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.

"Tiada masalah untuk kami berkawan selepas ini. Sebelum timbul kes ini pun saya pernah bertegur sapa jika terserempak di majlis atau acara tertentu. Saya sudah terfikir untuk memaafkan dia selepas dia gagal menjawab notis tuntutan yang dikeluarkan pada tempoh hari. Apabila dia bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu, saya tiada masalah untuk berdamai."

Neelofa berkata demikian selepas sidang media permohonan maaf daripada Anzalna kepadanya di Hotel Royale Bintang di sini, petang Isnin.

Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit. Neelofa berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.

"Saya sudah memaafkan dia kerana dia bersetuju memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu. Kes ini pun sudah selesai pada hari ini. Cuma dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di khalayak atau media dan tidak memanjangkan lagi hal," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk mereka berlakon bersama pada masa akan datang, Neelofa berkata dia tidak keberatan untuk bekerjasama jika tawaran yang diterima menepati cita rasanya.

"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dan berlakon bersama jika ada tawaran yang bersesuaian selepas ini. Jika ia melibatkan kerja, saya akan profesional dan meneruskan kerjasama itu," katanya.

Sementara itu pada majlis tersebut, butir-butir mengenai syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan tidak didedahkan atas alasan sulit dan peribadi.

Kedua-dua aktres itu bagaimanapun tidak bersemuka atau bersalaman selepas sidang media berkenaan.

Anzalna dilihat pantas meninggalkan majlis tanpa sempat ditemu ramah dengan alasan dia sedang bergegas ke lokasi penggambaran drama di Shah Alam, dekat sini.

Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" menerusi akhbar berkenaan. via Mstar Online

Budiey diberitahu dan mendapat tahu yang pengakuan mohon maaf ini seperti dipaksa oleh beberapa pihak yang inginkan mereka selesaikan isu ini. Bermakna ia bukan atas kerelaan hati dan ada laporan yang mengatakan ia cuma palsu dan satu lakonan semata-mata. Adakah ini benar? Adakah kerana mereka tidak bergambar bersama-sama, kita boleh tafsirkan mereka bergaduh senyap-senyap dalam hati? Korang rasa macamana?

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Senarai Pencalonan GOLDEN AWARDS 2012

Posted: 02 Jul 2012 07:34 PM PDT

Tak lama lagi, ntv7 akan mengumumkan senarai TOP 5 NOMINEES untuk GOLDEN AWARDS 2012

Senarai kategori yang dipertandingkan ialah:

Drama Category
Best TV Drama
Best Actor
Best Actress
Best Supporting Actor
Best Supporting Actress
Best Newcomer
Best Drama Theme Song
Best Director
Best Original Screenplay

Non-drama Category
Best Variety & Entertainment Programme
Best Variety & Entertainment Programme Host
Best News & Current Affairs Programme
Best News & Current Affairs Programme Presenter
Best Newscaster / Anchor
Best Magazine Programme
Best Magazine Programme Host
Best Festive Programme

Viewers' Choice
Most Popular Actor
Most Popular Actress
Most Popular TV Drama
Most Popular TV Host / Presenter
Most Popular TV Newscaster / Anchor

Good luck kepada semua yang akan memasuki senarai pencalonan nanti.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Lelaki memberi ciuman terakhir kepada kekasihnya yang terjatuh dari apartment

Posted: 02 Jul 2012 09:00 PM PDT



A man in China has won the sympathies and hearts of Chinese netizens after he was pictured planting a final kiss on his girlfriend, who had reportedly fell to her death from a 5th storey apartment.


sumber : stomp.com.sg

[VIDEO] Ubah Gaya Rambut Dalam 5 Minit

Posted: 02 Jul 2012 08:45 PM PDT


Bagi kebanyakan perempuan, memiliki rambut yang panjang adalah sebuah kebanggaan. Hal itu juga yang membuat sebahagian di antara mereka enggan memotong rambut panjang nan indah.


 Namun sebuah perubahan itu perlu girls, seperti yang dilakukan oleh Tomaka. Merasa rambut panjangnya sudah tidak stylish, Tomaka kemudian memutuskan memotong dan mengganti model. Tak perlu terlalu pendek, yang penting rambut indah dan kuat kalian sudah berganti penampilan.



Polis Curi Pakaian Dalam

Posted: 02 Jul 2012 08:30 PM PDT

NEW MEXICO - Seorang anggota polis seharusnya boleh memberikan contoh baik kepada warga. Tetapi hal tersebut berbeza dengan seorang anggota polis Amerika Syarikat(AS) yang didapati mencuri pakaian dalam saat bertugas.

Deputi Mathew Borrego mengaku dirinya mencuri sepasang pakaian dalam, setelah petugas polis lain menemukan pakaian itu di dalam kereta peronda. Tidak jelas apakah pakaian dalam yang ditemukan itu milik perempuan atau laki-laki. Demikian diberitakan NBC,Isnin (2/7/2012).

Juru bicara jaksa setempat mengatakan, isu ini terkuak dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Sheriff Thomas Garza. Saat itu, Garza terlibat perkelahian dengan seorang deputi April lalu. Diperkirakan deputi yang bertengkar dengan Garza adalah Borrego.

Atas penemuan ini, pihak kejaksaan memberikan rekomendasi bahawa menggunakan jasa Borrego adalah sebuah kekurangan. Tidak jelas apa yang dialami oleh Borrego saat ini. 

Dirinya diperkirakan akan dibebastugaskan dari posisinya sebagai penegak hukum.(faj)

Guru cantik dan seksi ini berhubungan seks dengan pelajarnya

Posted: 02 Jul 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang guru cantik nan seksi berusia 35 tahun bernama Erin Sayar kena hukumannya setelah aksi perselingkuhannya terbongkar. Perselingkuhan guru yang sudah menikah ini terbongkar gara-gara kekasih remaja lelaki yang ditidurinya dan baru berusia 16 tahun. Demikian dilansir NYDaily News, Senin (2/7/2012).
Skandal ini tentu saja mengguncang SMA James Madison, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS). Perselingkuhan ini terbongkar setelah kekasih Kevin berhasil menceroboh akaun Facebok milik remaja lelaki yang kini berusia 17 tahun dan melaporkannya ke ibu Kevin pada Januari lau. Di dalam akaun itu terdapat percakapan intim kedua insan beza usia ini.
Kevin Eng awalnya menolak semua tudingan itu namun kemudian menyerah ketika pasukan investigasi menanyainya pada akhir March lalu. Ia mengaku Sayar menjemput dari rumahnya lewat tengah malam pada satu kesempatan. "Mereka lalu berciuman dan berhubungan seks serta melakukan oral seks di dalam kendaraan SUV," demikian laporan yang dikeluarkan komisi khusus sekolah.
Kevin juga menggambarkan tato yang ada di bahagian intim tubuh Sayar. Pihak investigasi kemudian membuka catatan telefon sang guru dan menemukan 3.856 SMS dalam  waktu 17 hari pada Desember taiun lalu.
"Sebagai orangtua, kami mempercaya guru-guru untuk medidik siswa dan tidak menyalahgunakan keluguan atau merampas masa kecil mereka," demikian disampaikan pengacara keluarga Eng, Bruce Baron.
Dalam dokumen pengadilan disebutkan orangtua Kevin, Maureen dan Stephen Eng, merancang menggugat pemerintah kota dengan jumlah wang sebesar 10 juta dollar AS.
Juru bicara Dinas Pendidikan Kota New York City Margie Feinberg memberikan konfirmasi jika penyelidikan terus dilakukan dan Sayar sudah tak mengajar lagi.

Alexandra Loizou, WAGs Terseksi di Euro 2012

Posted: 02 Jul 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM – Cerita tersisa dari gelaran Euro 2012 Poland-Ukraine yang berakhir pada Isnin (2/7/2012) dinihari kelmarin adalah obrolan tentang susukk WAGs seksi Alexandra Loizua. Dia tak lain adalah kekasih pemain Greece  Georgios Samaras.

Kalangan media Inggris yang selama ini terkenal genit memberitakan kehidupan peribadi para pemain sbola bersama para pasangannya menjuluki Alexandra sebagai susukk WAGs paling seksi di Euro 2012.

Alexandra Loizou lahir pada 7 November 1987. Dia berkarier sebagai model, sekaligus jurnalis. Dia juga dikenal sebagai entrepreneur dan filanthropis, kerana jiwa bisnis dan jiwa sosialnya yang tinggi. Sehari-hari, Alexandra tinggal di Kota Athens, ibukota Greece.

Krisis yang kini mendera Yunani dan membuat banyak negara Uni Eropa seperti Portugal  tak membuat kekaguman pers dan fans surut pada performa skuad Greece. Begitu juga terhadap pesona Alexandra.
Tapi, sejumlah media terbitan Yunani merilis khabar jika dia sudah tak lagi bersama dengan Georgios Samaras lagi. Jika khabar itu benar, lalu siapa gerangan pemain yang berhasil merebut hatinya? (fin)

Apple bayar RM189 juta selesai isu nama iPad

Posted: 02 Jul 2012 07:45 PM PDT


SHANGHAI - Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. bersetuju membayar AS$60 juta (RM189 juta) kepada syarikat Shenzhen Proview Technology bagi menyelesaikan pertikaian berhubung nama iPad.
Apple menggunakan nama iPad untuk komputer tablet keluarannya.
Menurut kenyataan Mahkamah Tinggi wilayah Guangdong di laman webnya semalam, Apple telah membayar wang tersebut pada minggu lepas.
Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding yang dituntut syarikat tersebut iaitu AS$400 juta (RM1.26 bilion).
"Ini bermakna pertikaian berhubung nama iPad dapat diselesaikan dalam cara yang memuaskan (kedua-dua pihak)," kata kenyataan tersebut.
Syarikat sekutu Shenzhen Proview di Taiwan telah mendaftar nama 'iPad' di beberapa negara termasuk China sejak awal tahun 2000 sebelum Apple tampil dengan menggunakan nama tersebut.
Seorang peguam syarikat Shenzhen Proview, Xie Xianghui berharap pihaknya dapat memperoleh ganti rugi sebanyak RM1.26 bilion.
Menurutnya, wang tersebut jika diperoleh akan digunakan untuk membayar hutang syarikat. - AFP
sumber : KOSMO ONLINE

Kebajikan Suri punca cerai

Posted: 02 Jul 2012 07:30 PM PDT


NEW YORK: Kebimbangan Katie Holmes terhadap anak perempuannya, Suri menjadi pengikut Saintologi menjadi punca di sebalik berakhirnya perkahwinannya dengan bintang Hollywood, Tom Cruise.
Aktres itu dikatakan yakin suaminya bercadang menghantar Suri, enam, ke organisasi Sea cabang Saintologi yang ditubuhkan pada 1968 oleh L Ron Hubbard, penulis sains fiksyen dan pengasas ajaran itu.

Organisasi Sea adalah tempat peringkat tertinggi ajaran itu diajar dan kanak-kanak semuda lima tahun dihantar untuk menetap di situ tanpa kehadiran ibu bapa mereka.


Organisasi itu sering dibandingkan dengan kem tentera dan beberapa bekas ahli Saintologi, termasuk pemenang anugerah Oscar, Paul Haggis, adalah orang yang lantang bersuara menentang keadaannya yang sama seperti kem tentera.

Diwujudkan di laut pada asalnya, tradisi marin masih wujud hingga hari ini, walaupun ia cawangan organisasi itu yang berpangkalan di darat. Satu sumber memberitahu TMZ, Cruise adalah peminat utamanya. Laman web itu mendakwa Cruise dan Katie sering bertelingkah mengenai memberi ajaran Saintologi kepada Suri dan nampaknya kisah mengenai dia menyertai Organisasi Sea akan berakhir. Kapal Saintologi yang besar The Freewinds yang menjadi lokasi parti hari jadi popular Cruise pada 2004 semuanya dikendalikan anggota Organisasi Sea. Ketaksuban bintang Hollywood itu terhadap Saintologi akan dibangkitkan, menurut sumber mahkamah di New York, kerana kepercayaan agama Cruise akan menjadi isu pokok dalam perceraiannya dengan Katie.


"Tak mungkin penasihat Katie akan mengenepikan Saintologi sebagai isu utama dalam perceraian ini," kata penasihat selebriti ternama di New York, Mike Paul.



Punca perceraian adalah mengenai pertelingkahan untuk kebajikan jiwa Suri. "Satu-satunya sebab untuk Katie memfailkan perceraian ialah kerana dia bimbang terhadap emosi dan kebajikan anaknya.

"Suri berada pada usia dia akan lebih terbabit dengan kepercayaan agama dan Katie jelas mahukan kebebasan untuk anaknya sebelum Suri terbabit lebih jauh dengan Saintologi," kata Paul. - DM



sumber : myMetro

Gadis bunuh bapa, adik

Posted: 02 Jul 2012 07:15 PM PDT


PATNA: Polis menahan seorang remaja perempuan di timur India atas tuduhan membunuh bapa dan adik lelakinya yang menentang hubungannya dengan lelaki berkasta rendah.
Ia kejadian yang berbeza berbanding 'pembunuhan bermaruah' yang biasa berlaku. 
Menurut polis, remaja berusia 14 tahun yang ditahan kelmarin, mengaku mencampurkan racun pada kari sayur yang disediakan untuk bapa dan adik lelakinya yang meninggal dunia setelah memakan hidangan itu.

Kejadian berlaku Sabtu lalu di Kampung Malpur, 75 kilometer dari Patna, ibu negeri Bihar.



Ibu gadis itu, Sunita Devi, memberitahu polis dia terselamat kerana sakit dan tidak berselera untuk memakan makanan itu.


Pegawai Kanan Polis, Upendra Kumar berkata: "Remaja itu mengambil langkah drastik kerana ahli keluarganya, termasuk bapa, adik lelaki dan ibunya, menentang hubungan cintanya dengan lelaki berkasta rendah dan rancangan mereka untuk berkahwin."

Lelaki itu adalah dari komuniti Dalit.

Dalit atau dikenali juga sebagai 'tidak boleh disentuh' adalah kasta paling rendah dalam hiraki India.

Kebanyakan mereka hidup miskin dan melakukan kerja buruh yang dianggap kotor seperti mengangkat sampah.

Keluarga remaja itu tergolong dalam kasta tinggi, sebelum ini pernah memukul lelaki itu apabila mereka ditangkap cuba kahwin lari.

Kejadian seperti itu biasanya menyebabkan perbalahan hubungan antara kasta dengan lelaki dalam sesebuah keluarga akan membunuh anak atau adik perempuan yang dianggap mencemar 'maruah' keluarga.

Tidak ada angka rasmi mengenai pembunuhan bermaruah di India tetapi kajian persendirian pada 2007 mengesyorkan sebanyak 900 kes dilakukan setiap tahun di negeri utara India seperti Haryana, Punjab dan Uttar Pradesh. - Agensi



sumber : myMetro

Cuba kunyah muka wanita

Posted: 02 Jul 2012 07:00 PM PDT


WENZHOU: Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.


Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.


Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.



Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. - AP



sumber : myMetro

‘Itali tewas’ 4 das

Posted: 02 Jul 2012 06:45 PM PDT


JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam.
Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0. 
Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak.

Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian.



"Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru," katanya.



sumber : myMetro

Maut dipaksa minum asid

Posted: 02 Jul 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.
Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.


Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.


"Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan," katanya.



Sumber itu berkata, anak lelaki mangsa yang dihubungi pihak hospital pada jam 9 malam Jumaat lalu bergegas ke hospital untuk menemui ayahnya. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di PPUKM jam 3 petang kelmarin dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kerosakan organ dalaman di perut akibat tindakan bahan kimia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengesahkan wujud bahan beracun dalam badan mangsa.


"Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya.


SUMBER : MYMETRO

Personaliti TV Singapura hilang kereta

Posted: 02 Jul 2012 06:15 PM PDT


JOHOR BAHRU – Polis masih menyiasat dan mengesan kereta Nissan Sunny milik personaliti televisyen (TV) Singapura yang hilang selepas dilarikan dua penjenayah berhampiran gerai buah-buahan di Jalan Susur 5, Larkin kelmarin.
Semasa kejadian pukul 12.40 pagi, personaliti TV yang bertugas di salah sebuah saluran popular di Singapura, Rita Zahara Mohd. Nazeer, 37, memberhentikan keretanya kira-kira 30 meter dari deretan gerai buah di situ.
Dia kemudian dengan enjin kereta masih hidup membiarkan dua anaknya (seorang lelaki, seorang perempuan), seorang adiknya serta pembantu rumah menunggu di dalam kereta tersebut.
Jarak gerai buah dengan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kira-kira tiga kilometer (km).
Bagaimanapun, selepas selesai membeli buah-buahan dalam tempoh 10 minit, Rita terkejut mendapati kereta bersama anak-anak, adik serta amahnya hilang.
Panik dengan keadaan tersebut, Rita menghubungi adiknya sebelum panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki.
Selepas empat jam, dua anak Rita, adik serta pembantu rumah personaliti TV itu ditemui selamat ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Nora, Ulu Tiram yang terletak kira-kira 20km dari lokasi kereta itu hilang.
Bagaimanapun, kereta Nissan Sunny milik Rita belum ditemui.
Mengikut laporan Channel News Asia, Rita mendakwa jumlah kerugian yang dialaminya akibat kehilangan kereta dan barang-barang berharga dalam kereta tersebut bernilai RM199,718.
sumber : kosmo online

Salun dosa masuk desa

Posted: 02 Jul 2012 06:00 PM PDT


PENDANG: Khidmat urut kaki dan salun rambut yang turut menyediakan khidmat seks, kini mula beroperasi di kawasan kampung apabila enam wanita warga Thailand ditahan kerana terbabit kegiatan terkutuk itu dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di Kampung Titi Akar dan Kampung Tok Set, di sini, petang kelmarin.
Enam wanita berusia 28 hingga 46 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka melanggar syarat Pas Lawatan Sosial (PLS) dan dipercayai turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan yang kebanyakannya penoreh getah. 
Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim berkata, serbuan pada jam 6 petang itu membabitkan 15 anggota dan pegawai imigresen hasil risikan serta maklumat orang awam berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

"Ketika serbuan, ada lima pelanggan sedang menanti giliran dan dipercayai mahu mendapatkan khidmat urutan serta seks, namun mereka sempat melarikan diri termasuk ada yang berlari tanpa pakaian ke kawasan semak berhampiran," katanya.



Menurutnya, sebelum serbuan dibuat enam penguat kuasa imigresen menyamar sebagai 'pelanggan' dan siasatan mendapati bayaran dikenakan bagi khidmat urutan RM40 sejam serta RM80 untuk khidmat seks.



sumber  : myMetro

Kejutan penyamun

Posted: 02 Jul 2012 05:45 PM PDT


AMPANG: Seorang lelaki yang tidur di rumah kakaknya di sebuah pangsapuri di Pandan Mewah, di sini, kelmarin dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali menggalas beg sandang menyebabkan mangsa terpinga-pinga.
Bagaimanapun, sebaik menyedari lelaki itu penyamun, mangsa yang berusia 31 tahun cuba menghalangnya namun gagal. Sumber berkata, hasil pemeriksaan mendapati kunci kereta, telefon bimbit dan beberapa barang berharga lain hilang sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.








sumber : myMetro

Jawaban kenapa komputer atau laptopmu sering bermasalah?

Posted: 02 Jul 2012 05:30 PM PDT


Perhatian bagi para pemilik kedai komputer dan perkhidmatan pengiriman barang! Jangan pekerjakan orang yang macam ini atau kamu akan mendapatkan banyak komplain dari para pelanggan!

Dalam video yang di-upload di YouTube oleh user MrStudentRevolt, nampak dua orang pekerja sedang mengurus tumpukan besar kotak yang berlabel jenama komputer. Bukannya menempatkan kotak-kotak tersebut dengan cara yang sepatutnya, mereka malah melemparnya. Seorang pekerja mengambil satu kotak dan meluncurkannya ke arah pekerja lain, yang menerima kotak tersebut dan melemparkannya (lagi) ke dalam.

Jadi, sudah menemukan jawaban kenapa komputer atau laptopmu sering bermasalah?




Adakah kita macam atuk dan nenek ini di hari tua?

Posted: 02 Jul 2012 05:15 PM PDT

[Kontroversi] Ada model Korea berumur 15 tahun yang sanggup ambil gambar tanpa pakaian

Posted: 02 Jul 2012 05:00 PM PDT

Gadis Korea berumur 15 tahun ini sedang mengundang kontroversi atas beberapa gambar dirinya yang dinilai tidak sepatutnya untuk model yang berumur sepertinya oleh masyarakat Korea. Agensi modellingnya sendiri mengaku pengambilan foto itu bukan semata-mata paksaan untuk Park Seo Jin tetapi memang permintaan dari dirinya sendiri.


"Foto  seperti ini kami targetkan untuk  model kami yang berusia 20 tahun ke atas, namun dirinya (Park Seo Jin) menyanggupinya dan kami menganggap itu sebagai  untuk menjalankan misi kami tersebut." Park Seo Jin sekarang sedang meningkat naik dalam kariernya sebagai seorang model, tetapi bukan kerana gambar itu saja, tetapi kerana Park Seo Jin sendiri merupakan pemenang sebuah acara bernama I Am A Model Season ke 4 dan merupakan pemenang termuda.Dia masih berumur 15 tahun ketika itu.


Berikut inilah beberapa foto dirinya yang hanya memakai seluar jeans dan hanya menutupi bahagian atas tubuhnya dengan rambut panjangnya yang menjadi kontroversi tersebut :



Ingatkan awek ni sedang sms,rupanya sedang menonton filem p***o

Posted: 02 Jul 2012 04:45 PM PDT


sumber gambar : dhaniels.com

Gila..Bunuh zirafah hanya untuk suka-suka

Posted: 02 Jul 2012 04:30 PM PDT


LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.
Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.


Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: "Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.

"Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. "Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.


Pemburu terbabit membayar sehingga 10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak 1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan 1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.



Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.

Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.


Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. - The Sun


sumber : myMetro

The Sonic Alarm cara paling unik nak bangunkan mereka yang susah bangun tidur

Posted: 02 Jul 2012 04:15 PM PDT

Cara mengaktifkannya mudah, tinggal tarik pinnya, kemudian teriakkan kat-kata klasik "fire in the hole" dan lempar jam ini ke bilik  orang yang tidur, setelah 10 detik, akan terdengar suara ledakan yang sangat keras (ada 3 settingan volume) dari jam bom ini. Istimewa dari jam ini adalah untuk mematikan alarm ini, orang yang dibangunkan harus mencari orang yang melempar jam ini dan memasukkan pinnya kembali, kalau tidak, suara ledakan akan terus terdengar.

bk-pasti benggang kepala otak...hahahaha

Nenek 63 tahun maut kerana suntik lemak lembu panas kewajahnya

Posted: 02 Jul 2012 04:00 PM PDT


VIVAnews - Janet Hardt, 63, mungkin tak pernah membayangkan bahawa niatnya cantik berhujung maut. Wanita dari Illionis, Amerika Syarikat, itu mengalami infeksi bakteria setelah menyuntikkan ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya.

Seperti dikutip dari ABC News, Hardt mengalami infeksi dan jaringan parut di sekitar mulut dan bibirnya. Meski mengeluh wajahnya terbakar sesaat sebelum meninggal, kematian Hardt diduga disebabkan peritonitis, peradangan di dinding bahagian dalam perutnya.

"Ada banyak orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedut, tapi saya tidak pernah mendengar ada asosiasi kesihatan yang merekomendasikan ini (suntikan lemak lembu panas)," kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.

Hardt telah berulang kali menyuntikkan ekstrak lemak daging sapi ke wajahnya tanpa kawalan medis. Ia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. "Suntikan itu boleh menyebabkan erosi kulit," kata Haeck.

"Suntikan protein haiwan tidak menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi cenderung menyebabkan reaksi tempatan. Banyak orang yang memiliki reaksi alergi terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka terbakar. Mungkin itulah yang dialami Hardt."

Obsesi terlihat cantik tak jarang mendorong wanita melakukan hal di luar akal sihat. Gara-gara ketagihan operasi plastik, seorang wanita asal Korea, Hang Mioku, menyuntikkan minyak goreng ke wajahnya. Ia nekat melakukan itu sebagai ganti cairan silikon yang habis.
• VIVAnews

Kenapa Sales Promotion mesti wanita?Jawapannya tengok gambar

Posted: 02 Jul 2012 11:00 AM PDT

Sales Promotions Girls....girl itupun dah dikhaskan untuk perempuan
dan tak ada Sales Promotions Boys...so kerja ini memang di khaskan untuk perempuan...
dan cuba kita lihat gambar di bawah...





ini gambar SPG....tapi bagaimana kalau lelaki mengamabil alih
tugas ini...




Kedudukan dan posisi yang sama...menarik tak?
tiada tarikkan bukan....


Adik ni selamba belik DVD lucah

Posted: 02 Jul 2012 10:30 AM PDT

Inilah akibat jika tiada kawalan..apa yang budak ni tahu....
boleh rosak masa hadapan

Kecik-kecik dah diajar buat perkara tak senonoh

Posted: 02 Jul 2012 10:15 AM PDT

Salah siapa kalau anak-anak kita berperangai buruk dewasa nanti?Didiklah anak-anak sebaik mungkin.Bukan seperti dalam gambar-gambar ni.Dah nampak anaknya itu buat salah,bukan ditegur atau dilarang tapi lagi bangga dengan menangkap gambar mereka(kononnya kelakar dan nak buat kenangan).




Guna mercun letupan kemaluan teman lelaki

Posted: 02 Jul 2012 10:00 AM PDT






Seorang wanita Russia Kira V. telah menggunakan mercun untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Kejadian ini berpunca kerana teman lelakinya Alik D. 33 tahun hendak berpisah dengannya. Teman lelakinya hendak berpisah kerana enggan berkahwin dengan wanita tersebut dan ingin kembali kepangkuan isteri dan anaknya.

Wanita Russia itu telah mengajak teman lelakinya untuk makan malam.Kedua-dua mereka makan sambil meminum minuman keras.Alik D yang mabuk tlah tertidur dan kemudian wanita Russia itu mengambil beberapa mercun memasukannya kedalam seluar untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital.Wanita Russia itu telah dipenjarakan selama 12 tahun. (link)