Zon Artis |
Gossip Rumah Tangga, Erra Fazira Akui Tertekan Dan Tetap Enggan Buka Mulut Posted: 02 Jul 2012 09:48 PM PDT Kami yakin 100% yang anda semua sudah tahu mengenai gossip yang melanda rumah tangga Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran. Dan hari ini mStar Online melaporkan yang Erra Fazira tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada umum kerana menganggap ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Erra berkata, dia akan terus berdiam diri kerana bimbang kenyataannya nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
Tambah Erra, dia juga belum bersedia untuk membuka mulut dengan isu yang sedang hebat diperkatakan itu dan akan terus bertahan selagi terdaya.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina Erra bersama suaminya Engku Emran dikatakan goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu. Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditinggalkan di laman Twitter miliknya baru-baru ini yang berbunyi "suatu hari saya akan bersuara", Erra memberitahu ia adalah sekadar luahan biasa bagi seorang manusia. Ujar Erra, perkara itu terjadi apabila dia sangat tertekan dengan pelbagai tohmahan dan cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya dan suami sehingga menyebabkan dia tertulis luahan itu.
Sementara itu, Erra memberitahu, dia tidak lagi mengambil peduli dengan tohmahan yang dilemparkan sebaliknya memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Oh ya, Erra bakal muncul dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita yang akan mula menemui peminat pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di saluran Astro Ria. Tak sabar nak tengok. |
“Saya Tiada Masalah Berkawan Dengan Anzalna” – Neelofa Posted: 02 Jul 2012 08:31 PM PDT Rasanya anda semua sudah tahu yang Anzalna telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neelofa dalam satu sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Hotel Royale Chulan, Petaling Jaya yang berlangsung petang kelmarin kerana tindakannya yang disifatkan sebagai memfitnah pelakon itu menerusi sebuah akhbar (Berita Minggu) pada 10 Jun lalu. Jika belum tahu, boleh baca post ini. Ekoran daripada permohonan maaf yang telah dibuat oleh Anzalna itu, Neelofa menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir dan turut memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang. Malah Neelofa berkata yang dia tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna kerana Anzalna sudahpun memohon maaf. Seperti kata Neelofa:-
Tambah Neelofa, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk mereka berlakon bersama pada masa akan datang, Neelofa berkata, sebagai pelakon dia tidak keberatan untuk bekerjasama jika tawaran yang diterima menepati cita rasanya.
|
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |