Berita Harian: Hip |
Posted: 06 May 2013 05:54 PM PDT Nad Zainal lebih rela dicaci sebab watak jahat daripada berlakon babak ranjang Bagi pelakon ini, dia lebih rela dicaci dan dihina masyarakat hasil keberkesanannya dalam menjayakan karakter hitam, daripada menanggung malu kerana melakonkan watak seksi atau penggoda. Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak reti nak berbuat begitu" Nad Zainal, Pelakon Malah, dia tidak kisah menerima melakonkan watak pengemis sekalipun asalkan tidak diminta menjayakan babak mengghairahkan. Bukan memilih peranan, namun bagi gadis berusia 23 tahun ini, biarlah dirinya tidak popular asalkan harga diri, hati keluarga dan perasaan teman istimewa terjaga. "Saya boleh terima apa saja watak yang dihulurkan, tetapi saya akan elak watak menggoda dan seksi. Itu bukan cara saya. Hendak popular tidak semestinya kena dedah sana sini, cukup sekadar bakat. "Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak pandai nak berbuat begitu. Lagipun, saya bukanlah cantik dan seksi sangat untuk beraksi sedemikian," katanya. Impak Bukan Bidadari Menyedari watak Inas dalam drama Bukan Bidadari meninggalkan kesan mendalam dalam lakonannya, sehingga ia menyerlahkan lagi bakatnya, Nad yang ditemui ketika penggambaran drama 10 episod, Memberku Hawa 2, di Kota Damansara, berkata dia mahu memberikan persembahan lebih baik supaya dirinya mampu berada sebaris dengan pelakon hebat lain. "Saya akan terima watak antagonis walaupun orang nampak klise. Tetapi kalau kita pandai pelbagaikan gaya dan bermain dengan emosi, ia akan tampak berbeza. "Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki untuk terus kekal dalam bidang ini. Minat terhadap teater tak pernah padam Menurut Nad juga, dia tidak mahu selama-lamanya berlakon filem dan drama saja, sebaliknya wanita muda ini teringin untuk kembali aktif dalam dunia teater. Bahkan, dia menyimpan hasrat untuk memiliki produksi teaternya sendiri 10 tahun akan datang. Minat dan kecintaannya terhadap seni teater pula tersemat sejak menuntut dalam bidang itu di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). "Orang bukan nak tengok kita, tetapi lebih kepada apa yang kita cuba sampaikan. Drama dan teater dua rasa yang berbeza. Menerusi teater, ia memaparkan lakonan secara jelas dan orang dapat rasa apa yang kita sampaikan. "Saya masih berlakon teater, tetapi membabitkan pementasan kecil-kecilan saja. Kalau bukan berada dalam bidang ini, mungkin saya terus aktif dalam teater, malah berhasrat untuk menghasilkan karya sendiri kelak," katanya yang juga duta tuala wanita, Kotex. Info: Nad Zainal, Nadia Zainal |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |