Utusan Online - Hiburan |
Ashraf kahwin lain, Dayana tertekan Posted: 17 Jul 2013 11:11 PM PDT Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN KUALA LUMPUR 18 Julai - Perkahwinan kali kedua pelakon Mohd. Ashraf Muslim, 32, dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lalu di Thailand, memberi impak besar kepada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26. Noor Dayana walaupun secara zahir nampak tenang tetapi sebenarnya dia tertekan dengan perbuatan suaminya yang berkahwin secara rahsia. Bapanya, Lokman Abdul Hamid, 54, ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini berkata, anak perempuannya itu tidak mahu diganggu buat masa sekarang. "Anak saya sangat tertekan ketika ini dan harap dia tidak diganggu dalam tempoh terdekat ini," katanya. Lokman yang juga Pengasas Pusat Perubatan Islam Al- Hidayah itu berkata, apa yang terjadi bukan sahaja memberi tekanan kepada anaknya, malah seluruh ahli keluarga. Media hari ini melaporkan pelakon drama bersiri popular Ustaz Amirul membuat pengakuan yang dia telah bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah dan menarik balik permohonan untuk berpoligami di mahkamah. - UTUSAN ONLINE |
Fida-Zalif putus cinta akibat orang ketiga Posted: 17 Jul 2013 11:09 PM PDT Oleh GARRET DAWUM KUALA LUMPUR 18 Julai - Akhirnya hubungan cinta Fida Ibrahim, 27, dengan pelakon Zalif Sidek putus kerana kehadiran orang ketiga. Sebelum ini pasangan tersebut seperti bermain tarik tali setiap kali ditanya tentang kisah cinta mereka. Namun, dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini, Fida secara terbuka mengaku yang dia sudah putus cinta dengan Zalif. "Ya, kami hanya sempat rapat dalam tempoh tiga bulan sahaja dan sepanjang bersama, Zalif mengaku hanya saya sahaja kekasihnya. "Bagaimanapun dalam tempoh tersebut terdapat seorang wanita yang sering menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya. Dia mengugut supaya saya jauhkan diri daripada Zalif. Selain itu, dia juga keluarkan kata-kata yang tidak sedap untuk dibaca," katanya. Kata Fida, setiap kali menerima SMS daripada wanita tersebut, dia tidak pernah membalas dan lebih senang mengambil sikap berdiam diri. "Apabila sering diganggu begitu, sudah tentu saya rasa tidak selesa. Daripada saya kecewa biar saya lepaskan sahaja hubungan itu. "Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kerjaya, terutama bidang nyanyian dan lakonan. Rasanya biar saya bercinta dengan kerjaya dulu, baru fikir soal lain," katanya terus terang. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |