Adsense

Jumaat, 26 November 2010

Sensasi

Sensasi


Kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan pengemis yahudi

Posted: 26 Nov 2010 12:06 AM PST


Pada suatu pagi sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu bakar mendatangi rumah Nabi dan bertemu dengan Aisyah, kemudian Abu bakar bertanya kepada Aisyah.

Abu bakar : Wahai anakku, adakah sunah-sunah yg diajarkan Muhammad yg belum aku lakukan ?

Aisyah : Tidak ada ayahku, bahkan engkau lebih tahu sunah-sunah itu dibandingkan aku, tetapi ada satu kebiasaan Muhammad SAW yg belum engkau ketahui .

Abu bakar : kebiasaan apa itu wahai anakku ?

Aisyah : setiap pagi Muhammad SAW selalu memintaku membungkus nasi untuk di bawa ke pasar dan diberikan kepada pengemis buta yahudi .

Abu Bakar : kalau begitu segera buatkan aku sebungkus nasi agar boleh kuberikan kepada pengemis itu.
setelah itu Abu bakar membawa sebungkus nasi itu dan mencari pengemis tersebut,setelah bertemu dengan pengemis tersebut lalu Abu bakar memberikan nasi itu,lalu pengemis itu berkata.

Pengemis : Siapa kau ? kau bukan orang yg biasa memberikan aku makanan.

Abu bakar : Aku orang yg selalu memberimu makanan setiap pagi.

Pengemis : BUKAN !!! orang yg memberiku makan setiap pagi selalu mendukungku ketempat sejuk lalu menyuap makanan dgn tangannya sampai makanan itu habis dan kalau ada makanan yg keras yg tidak boleh aku kunyah, dia mengunyahkan makanan itu untukku.

Mendengar pengemis itu berkata, Abu Bakar menangis. lalu pengemis itu bertanya.

Pengemis : Mengapa engkau menangis ?

Abu Bakar diam, lalu pengemis itu berkata lagi.

Pengemis : Janganlah engkau mengikuti ajaran Muhammad, agama yg diajarkannya itu sihir (pengemis itu berkata lantang).

Abu bakar hanya mampu menangis, lalu Abu Bakar berkata.

Abu bakar : Tahukah engkau siapa yg selalu memberimu makanan setiap pagi hari ? Muhammad SAW lah yg selalu memberikan mu makanan setiap pagi.

Pengemis itu terdiam dan lalu menangis,seketika itu pengemis tersebut menyebut dua kalimat syahadat lalu masuk Islam.

Subhanallah .

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Pelancaran Sity Avita

Posted: 26 Nov 2010 08:16 PM PST

Bangun di pagi Sabtu ini, baru teringat ada event. Biasanya Sabtu kan Budiey jarang ke event. So, Budiey terlupa nak letak dalam kalendar. Nasib baik check email balik, rupanya hari ini, Budiey dijemput ke Pelancaran Sity Avita Sdn Bhd yang diadakan di A-11-13A & A-11-15, Level 11, Menara UOA Bangsar, No.5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan pada jam 10 pagi tadi, dihadiri oleh ramai media, pengedar dan orang kuat dalam menjayakan produk ini.

Wow, tahniah buat Dato' Siti Nurhaliza kerana beliau kini menjadi pelabur untuk sebuah syarikat produk kecantikan Celergen. Tak sampai setahun, SimplySiti dilancarkan, Siti dah mula melabur untuk produk yang lain pula. Celergen – Penokok Pemakanan Terapi Sel Marin Swiss Termaju (An Advanced Swiss Marine Cell Therapy Supplement). Jangan tanya berapa RM Siti laburkan kerana pasti jawapan Siti "Biarlah Rahsia." Yang pasti, ia satu jumlah yang kecil sahaja. Taklah banyak sangat.

Menurut Siti Nurhaliza, produk ini sebenarnya digunakan oleh ramai selebriti termasuklah kawan baik Siti sendiri, Krisdayanti.

Namun, penjenamaan semula produk kepada Sity Avita pasti akan mendapat sokongan dari peminat setia penyanyi nombor satu Malaysia ini.

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sidang Media AIM 17
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sidang Media Minggu Setiausaha Hotel Quality
  • Rakaman Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Dato' Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Gambar Romantis Datuk K Menyuap Dato' Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Gambar Bibik Orang Gaji Dato' Siti Nurhaliza?
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    STUART LITTLE 3 Call of The Wild di TV2

    Posted: 26 Nov 2010 04:36 PM PST

    NANTIKAN STUART LITTLE 3 DI KACA TV ANDA CUTI SEKOLAH INI
    Stuart Little sebuah filem animasi yang telah diadaptasikan dari sebuah novel hasil tulisan E.B White kembali lagi! Filem animasi yang telah ke layar perak ini diberikan sentuhan efek-efek khas yang membuatkan ia sungguh menarik untuk di tonton. Tiada siapa yang tidak akan terhibur dengan gelagat si tikus putih yang comel ini. Kanak-kanak pasti akan menyukainya dan tidak terkecuali kepada golongan dewasa juga.

    Jika anda telah mengikuti sekual 'Stuart Little' sebelum ini, para penonton pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi-aksi menarik yang akan ditonjolkan oleh seekor tikus yang dinamakan 'Stuart' ini. Pada kali ini, 'Stuart Little' kembali lagi dengan plot-plot cerita yang lebih memukau di dalam 'Stuart Little 3: Call of The Wild'.

    Filem animasi ini bukan sahaja akan dapat menghiburkan para penontonnya di musim cuti sekolah ini, malah ia juga dapat memberi pengajaran dan mendidik kita dengan adanya unsur-unsur kekeluargaan dan tolong-menolong yang terdapat di dalam plot-plot filem ini.

    Justeru sebagai penghargaan kepada penonton setianya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi jadual siarannya dengan membawakan khas kepada anda filem animasi kanak-kanak 'Stuart Little 3: Call of The Wild'. Filem animasi yang penuh dengan konflik ini akan disiarkan pada 16 Disember 2010, jam 10.30 malam di TV2.

    Di dalam sekual Stuart Little sebelum ini, Stuart, si tikus putih yang comel, bijak dan sofistikated ini memulakan pengembaraannya dengan di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga Whites. Kehadirannya di dalam keluarga Whites pada mulanya sukar untuk diterima oleh George Whites iaitu anak lelaki kepada keluarga tersebut. Dia mengharapkan ibu dan bapanya untuk mengambil seorang anak angkat dan bukannya seekor tikus putih.

    Selain daripada George, kedatangannya ke dalam keluarga tersebut turut di benci oleh Snowbell, kucing peliharaan keluarga tersebut. Snowbell merasakan bahawa Stuart akan menggugat kedudukannya sebagai binatang kesayangan yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga Whites.

    Pelbagai halangan yang terpaksa Stuart harungi di dalam menjalani kehidupan sehariannya terutamanya di dalam mencari sahabat di bandar besar yang dikenali sebagai 'Big Apple' tersebut. Lain pula konflik yang terpaksa di hadapi oleh Stuart di dalam 'Stuart Little 3; Call of The Wild' ini. Pada kali ini, pengembaraan Stuart lebih mencabar dan menarik. Mereka sekeluarga ingin pergi menghabiskan cuti musim panas mereka dengan pergi bercuti ke sebuah kawasan yang berhampiaran dengan tasik. Pemandangan kawasan tasik yang sungguh cantik dan tenang itu telah menarik minat keluarga tersebut. Stuart si tikus putih yang comel ini dengan sukarelanya ingin mengetuai perjalanan percutian tersebut. Mereka tidak sabar untuk meluangkan masa dengan berkayak, mendaki dan sebagainya.

    Malangnya percutian mereka tidak jadi seperti yang telah dirancang. Sesuatu telah menghalang keseronokan percutian tersebut. Mereka mendapati terdapat seekor binatang buas yang memerintah kawasan hutan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Snowbell, kucing peliharaan keluarga White telah di tawan oleh binatang buas tersebut. Stuart dengan bantuan rakan barunya Reeko, tanpa rasa gentar telah pergi untuk menyelamatkan Snowbell yang telah di kurung di dalam sebuah penjara buatan binatang buas itu. Di dalam penjara tersebut, terdapat juga hidupan-hidupan hutan lain yang telah di tawan. Mereka juga telah menyelamatkan binatang-binatang di dalam hutan tersebut yang telah terperangkap di dalam penjara buatan itu.

    Berjayakah Stuart dan Reeko menyelamatkan Snowbell serta hidupan-hidupan hutan yang di tawan oleh binatang buas tersebut? Untuk mengetahui kesudahannya, nantikan kemunculan 'Stuart Little 3: Call of The Wild' Disember ini hanya di 'TV 2 Dunia Ria'.

    Barisan celebriti Hollywood yang membintangi 'Stuart Little 3: Call Of The Wild' ialah Geena Davis,Virginia Madsen, Michael J. Fox, Peter MacNichol, dan Wayne Brady.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem The Wild Daisy dan Take Me Out To The Snowland di Finas
  • Promo: FLY FM'S CASH CALL
  • AXN Beyond HD, National Geographic Wild & Saluran Baru Astro
  • How to Celebrate Mother's Day
  • Celcom Blue Starter Pack New Enhanced Prepaid Product
  • National Geographic Channel Exclusive Naked Science
  • CALL OUT MUM LAKONAN YE XUAN, ZHANG MO, ZHANG GUOLI
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – THE FINAL DESTINATION
  • MPO'S MUSICAL JAMBOREE @ Dewan Filharmonik PETRONAS
  • DRAMA CALL OUT MUM DI RTM2
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Syahrini mahukan 'Imam'

    Posted: 26 Nov 2010 04:46 PM PST


    SYAHRINI


    PENYANYI yang seorang ini seakan sudah berada dalam pakej yang lengkap. Cantik, seksi dan masih solo membuatkan wanita berusia 29 tahun ini sentiasa didekati kumbang.

    Menurut Syahrini, ramai jejaka yang mahu mendekati dirinya bahkan ada yang menyuarakan isi hati untuk meminangnya.

    "Yang berusaha dekat memang ada. Yang mahu meminang juga ada. Bohonglah kalau saya kata tiada. Tetapi adakah mereka cukup kuat untuk berhadapan dengan pekerjaan saya sekarang? Kalau sudah menikah kelak, pilihan hati saya itu harus menjadi imam dan saya sangat berharap agar mendapat lelaki yang baik," ujar Syahrini jujur.

    Lebih lanjut lagi, penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Rini ini menyatakan bahawa dia mahu terus menyanyi walau pun sudah mendirikan rumahtangga kelak.

    "Kalau diizinkan, saya tetap mahu berkarya. Saya jenis yang tidak boleh duduk diam di rumah. Untuk permulaan perkahwinan mungkin boleh tetapi selepas itu saya mahu pasangan saya mendokong kerjaya saya,"pinta Syahrini.

    Insurans RM1 b

    Posted: 26 Nov 2010 04:45 PM PST

    pix_gal0
    Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun

    KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun.

    Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.
    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.

    Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.

    Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat.
    Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat.

    "Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional," katanya.

    Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat.

    "Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak," katanya.

    Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan.

    Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan.

    Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu.

    Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit.

    Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya.

    Saham PChem naik RM5.72 seunit

    Posted: 26 Nov 2010 04:43 PM PST

    WAN ZULKIFLEE memalu gong sambil diperhatikan (dari kanan) Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, George Ratilal, Tengku Mahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa  Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
    WAN ZULKIFLEE memalu gong sambil diperhatikan (dari kanan) Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, George Ratilal, Tengku Mahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
    Kaunter paling aktif semalam dengan 637 juta saham diurus niaga hari pertama

    SAHAM PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) melonjak sehingga RM5.72 seunit ketika memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, premium 52 sen atau 10 peratus berbanding harga rujukannya iaitu RM5.20 sesaham yang juga harga tawaran awam permulaan (IPO) kepada pelabur institusi.

    Paras itu juga adalah 67 sen atau 13.3 peratus lebih tinggi berbanding harga IPO yang ditawarkan kepada pelabur runcit iaitu RM5.04 sesaham.Kaunter anak syarikat kedua PETRONAS pada tahun ini yang disenaraikan di bursa itu, dibuka pada RM5.71 sesaham, naik 51 sen atau 8.9 peratus, sebelum melonjak ke paras tertinggi RM5.71 seunit sejurus selepas itu.
    Bagaimanapun keadaan sentimen pasaran Asia yang kembali terjejas ekoran kebimbangan terbaru berhubung ketegangan politik di Korea pada tengah hari semalam menyaksikan kemunculan aktiviti pengambilan untung di kaunter berkenaan khususnya pada sesi dagangan petang.

    PChem ditutup pada RM5.31 sesaham, naik 11 atau 2.12 peratus berbanding harga rujukan RM5.20 sesaham.

    Sejumlah 637 juta saham bernilai RM3.52 bilion diurusniagakan pada hari pertama dagangannya, sekali gus menjadikannya sebagai kaunter paling aktif semalam, di sebalik situasi pasaran saham keseluruhan yang tidak menentu.

    Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Eksekutif Kewangan PETRONAS, Datuk George Ratilal, berkata premium dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi perniagaan unit petrokimia PETRONAS itu pada masa depan.
    "Premium sekitar 10 peratus pada pembukaan adalah sesuatu yang memberangsangkan," katanya pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

    Hadir sama, Pengerusi PChem, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut.

    Sementara itu, Tengku Mahamad berkata, penyenaraian PCHem akan menambah dengan ketara permodalan pasaran Bursa Malaysia dan menjadikan PChem antara 10 syarikat dengan permodalan pasaran terbesar di bursa saham tempatan.

    PCHem katanya, akan dimasukkan sebagai komponen utama indeks penanda aras utama pasaran saham tempatan, FBM KLCI Isnin ini.

    "Kami satu-satu syarikat petrokimia yang disenaraikan di Bursa Malaysia, menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dari dalam dan luar negara," katanya.

    Lelaki paling seksi

    Posted: 26 Nov 2010 04:41 PM PST

    pix_gal0
    Wajah, sikap kelakar Ryan Reynolds pikat juri

    JIKA dicari pasangan selebriti paling menarik ketika ini, jawapannya mungkin terarah kepada rumah tangga Ryan Reynolds dan Scarlett Johansson. Tidak lama selepas si isteri dinamakan Babe of the Year oleh majalah GQ, si suami pula dinobat sebagai Lelaki Paling Seksi 2010 oleh majalah People.

    Pada usia 34 tahun, Ryan yang mencipta nama menerusi filem The Proposal, yang menyaksikan dirinya berganding dengan ratu filem, Sandra Bullock, kini mampu duduk sebaris dengan beberapa aktor ternama Hollywood lain yang sebelum ini diberikan gelaran sama termasuk Johnny Depp, Brad Pitt, George Clooney, Richard Gere, Mel Gibson dan Matt Damon.Walaupun ketampanan dan susuk tubuhnya mendapat pengiktirafan, aktor dari Kanada itu nyata merendah diri apabila mengulas gelaran yang baru diterima. "Nampaknya, seluruh anggota keluarga bolehlah mengejek sepanjang hayat saya nanti," katanya yang gemar bergurau tatkala ditemubual, sebagaimana didedahkan pasukan penganjur.

    Namun begitu, Ryan tetap berasakan wujudnya aspek positif daripada gelaran yang baru disandang. Isterinya, yang sememangnya tidak asing dengan gelaran seksi, kini bolehlah menggunakan gelaran berkenaan untuk menyuruhnya melakukan sesuatu perkara.

    Dia membayangkan, Scarlett akan bersuara: "Lelaki paling seksi, sila angkut sampah ini ke luar."

    Begitupun, dia juga risau sekiranya perbualan dengan orang asing selepas ini hanya berkisar kepada gelaran terbabit, bukannya mengenai topik lebih serius, mahupun soal kerjayanya.
    Anugerah Lelaki Paling Seksi muncul sebagai isu paling popular majalah People sejak 1985. Dan, hos program ABC, 25 Years of Sexy, Kim Kardashian percaya, majalah berkenaan membuat pemilihan yang tepat pada tahun ini.

    "Dia begitu kacak dan kelakar. Dia memiliki pakej yang sempurna dan saya berasakan, itulah ciri-ciri yang sebenarnya dicari oleh majalah People," kata bintang realiti itu.

    Pada pemilihan kali ini, nampaknya Ryan berjaya mengatasi beberapa nama hebat lain termasuk pelakon Leonard DiCaprio, Jon Hamm, Will Smith dan Patrick Dempsey, begitu juga pereka fesyen dan pengarah filem Tom Ford.

    Bagi memberikan kelainan pada edisi kali ini, People turut menyenaraikan lima lelaki yang boleh diundi pembaca serta peminat menerusi Facebook. Wakil khas majalah itu, Julie Jordan, berkata Vin Diesel mendapat undian hebat di kalangan calon Facebook, yang turut mengandungi bintang realiti Jersey Shore, Pauly D; atlit, Chad Ochocinco; penyanyi, Enrique Iglesias; dan bintang Old Spice Guy, Isaiah Mustafa.

    Julie turut mendedahkan, Ryan berada pada tangga teratas lelaki seksi yang disenaraikan kerana ciri-ciri yang dimilikinya, selepas setahun pemilihan dilakukan. Selain keyakinan diri yang tinggi, Ryan juga memiliki wajah yang tampan dan berkahwin pula dengan bintang anggun, Scarlett Johansson.

    Begitupun, bukan sekadar wajah yang diperhatikan panel pemilih. Mereka nyata mahukan lelaki yang pandai berjenaka, merendah diri, serta berhati mulia. Semua ciri itu, kata Julie, ada pada lelaki yang bertubuh tegap berkenaan.

    "Dia nampaknya cukup seronok dengan semua itu, dan dia lelaki yang baik. Itulah lelaki yang kami cari," katanya.

    Jalan songsang

    Posted: 26 Nov 2010 04:38 PM PST

    SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
    SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
    RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
    RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

    PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

    Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

    Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

    Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.


    Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

    Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.

    "Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

    Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

    Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

    "Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan 'orang kita' dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

    "Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat," katanya.

    Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

    Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.

    Kecewa lagi...

    Posted: 26 Nov 2010 04:36 PM PST

    KECEWA...Shahida bersama bapanya keluar dari Jabatan Pendaftaran Negara Perlis, semalam.
    KECEWA...Shahida bersama bapanya keluar dari Jabatan Pendaftaran Negara Perlis, semalam.

    KANGAR: "Saya sudah serah surat pengesahan kelahiran anak (Shahida) yang dikeluarkan seorang tok neban (penghulu) di Thailand, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih tidak berpuas hati dan mahu surat pengesahan baru yang dialih bahasa ke Bahasa Malaysia," kata penoreh getah, Othman Omar, 64, semalam.

    Dia bersama anak keduanya, Shahida dari Wang Kelian, dekat sini, yang hadir ke pejabat JPN Perlis di Wisma Persekutuan, di sini, pagi semalam, terpaksa pulang hampa kerana masalah birokrasi ditimbulkan pihak terbabit yang masih mahu surat pengesahan kelahiran baru dari Thailand.

    "Hasrat Shahida untuk melangsungkan perkahwinan pada Januari ini pasti tertangguh untuk kali ketiga kerana tiada pengenalan diri dan saya sudah berputus asa untuk berurusan dengan JPN yang masih berkeras mahu surat pengesahan kelahiran Shahida yang sah.

    "Lima tahun lalu, masalah sama ditimbulkan, malah surat dikeluarkan tok neban pada ketika itu ditolak mentah pegawai JPN kerana berlaku kesalahan ejaan yang dianggap kecil pada surat terbabit."Saya rasa mereka (JPN) tidak mahu mengeluarkan kad pengenalan atau MyKad untuk anak saya dengan menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah.


    "Biar dia (Shahida) menjadi gadis tanpa negara dan soal jodoh, saya berserah kepada takdir," katanya ketika ditemui selepas berurusan selama hampir sejam dengan pegawai JPN di sini.

    Turut menemani keluarga berkenaan Pegawai Khas kepada Exco Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim, Mohd Yusof Masri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wang Kelian, Razak Daud.

    Bagaimanapun, Pengarah JPN Perlis tiada di pejabat dan keluarga berkenaan hanya dilayan seorang pegawai kanan wanita yang enggan memberi sebarang ulasan.

    Rabu lalu, Harian Metro melaporkan dilema seorang gadis yang tidak dapat melangsungkan perkahwinan dengan teruna pilihannya kerana tiada pengenalan diri atau MyKad hingga digelar gadis tanpa negara.

    Kesilapan berlaku selepas dia dilahirkan di kampung halaman ibunya, Shamsiah Desa, 45, di Thailand.

    Shahida sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 15 November lalu, tetapi dilanjutkan sehingga Januari ini selepas bertunang selama dua tahun dengan seorang anggota tentera yang berkhidmat di Kem Majidee, Johor kerana imam enggan meneruskan pernikahan selepas tiada dokumen pengenalan diri.

    Dia terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah sama. Manakala kakak dan dua adiknya sudah mempunyai MyKad dan sijil lahir Malaysia. Othman adalah warga Malaysia.

    Othman berkata, dia tidak berpuas hati dengan penjelasan JPN yang berkeras mahukan sijil kelahiran yang dialih ke Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk melayakkan Shahida mendapatkan MyKad.

    "Saya sudah beberapa kali menyerahkan sijil berkenaan, tetapi ada saja kesilapan perlu diperbetulkan. Jika mereka mahu tolong, sudah tentu tidak timbul masalah," katanya.

    Dia dan Shahida terpaksa ke pejabat Konsul Thailand di Pulau Pinang untuk pengesahan terhadap sijil kelahiran yang ditulis dalam Bahasa Thai untuk dialih ke Bahasa Malaysia dalam tempoh terdekat.

    Sementara itu, Razak berkata, dia sudah beberapa kali menemani keluarga terbabit mendapatkan MyKad Shahida, malah pihaknya sudah menghantar pengesahan sijil kelahiran terbabit di Ibu Pejabat JPN di Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.

    "Sebagai Pengerusi JKKK, saya amat prihatin dengan masalah mereka dan saya rasa pintu sudah tertutup untuk Shahida mendapatkan Mykad," katanya.

    Batu delima kebas duit

    Posted: 26 Nov 2010 04:35 PM PST

    HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.
    HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.

    KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia lewat 30-an bersama dua 'pelakon tambahan' dipercayai menjadi dalang kepada dua kes penipuan batu delima merah palsu di sekitar daerah ini membabitkan kerugian RM26,000.

    Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara 'tarik duit'.

    Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila dipicit.Menurutnya, dua individu yang juga teman subahat lelaki terbabit pula berlakon sebagai pembeli dan beria-ia mahu membelinya dengan harga RM350,000 daripada mangsa.


    "Polis menerima laporan pertama pada 22 April lalu membabitkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa sindiket ini.

    "Mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum dihampiri dan ditawarkan batu delima merah yang kononnya diperoleh ketika menggali kubur di Melaka serta didakwa mampu digunakan untuk upacara tarik duit," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.

    Menurutnya, mangsa yang mendakwa seolah-olah terpukau kemudian pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas isterinya bernilai RM20,000 sebelum diserahkan kepada ketiga-tiga lelaki terbabit.

    Pada Isnin lalu, seorang lagi lelaki warga emas, menjadi mangsa membabitkan kerugian RM6,000.

    "Mangsa berusia 71 tahun dan suspek utama merendam batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

    "Suspek utama mengatakan dia hanya akan menjualnya kepada mangsa selepas mendapat firasat warga emas berkenaan individu paling sesuai menyimpan batu delima itu," katanya.

    Osman berkata, pada masa sama, seorang lelaki yang dipercayai rakan suspek tiba-tiba muncul dan mengatakan mahu membeli batu delima itu pada harga RM350,000.

    Berikutan itu, mangsa terus ke Melaka untuk mengeluarkan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM6,000 sebagai bayaran mendapatkannya.

    Lancar album solo sulung

    Posted: 26 Nov 2010 04:33 PM PST

    pix_middle

    BERGELAR selebriti tidak hanya mempertaruhkan bakat dan komitmen pada kerja semata-mata.

    Pada khalayak, selebriti menjadi idola dan sering menarik tumpuan ramai.


    Atas sebab itu, selebriti perlu menjaga penampilan mereka agar tidak disalah erti masyarakat hingga menjurus pada pandangan negatif dan mencetuskan kontroversi.

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Bagi penyanyi yang makin meningkat nama menerusi bidang lakonan, Nadia Aqilah, segelintir berpandangan gadis berusia 25 tahun ini cukup berani mendedahkan sebahagian tubuhnya ketika hadir pada acara hiburan.


    Namun, Nadia menyatakan dia bukan mahu bersikap kurang sopan seperti mana tanggapan orang sekeliling yang memandangnya. Sebaliknya, dia percaya selebriti harus peka dengan penampilan mengikut konsep serta tema majlis yang dihadiri.


    "Soal imej, saya sendiri ambil berat dengan apa yang dipakai setiap kali muncul depan khalayak. Mungkin saya dikatakan seksi, tetapi saya masih tahu menjaga penampilan diri agar tidak keterlaluan."Ketika di luar bukan atas komitmen kerja, saya selesa mengenakan baby-T dan jean. Saya memang suka penampilan ringkas sebegini.


    "Buat masa ini, saya tidak pernah ditegur penampilan yang sangat seksi. Namun, saya tetap ambil perhatian pada pandangan orang lain pada saya.

    "Saya percaya pandangan mereka juga penting dan membantu meningkatkan imej saya agar lebih baik. Tidak kira di mana saya berada, saya lebih berhati-hati dengan penampilan sendiri.


    "Saya tidak mempunyai perunding imej, tetapi saya sering melakukan kajian di Internet termasuk mendapatkan pandangan pereka fesyen," katanya.


    Menyelami perjalanan kerjayanya, Nadia menyatakan dia kini sibuk dengan persiapan melancarkan album debut yang mengambil judul namanya pada 8 Disember nanti.


    Tampil dengan genre R&B, dia mahu memperkenalkan diri sebagai penyanyi solo berbanding pembabitan bersama kumpulan Luscious ketika menyertai program realiti, Gang Starz musim pertama, empat tahun lalu.


    "Ramai yang menyokong perjuangan karier solo saya. Begitu juga menghasilkan album umpama mengejar mimpi yang menjadi kenyataan.


    "Walaupun solo, hubungan saya bersama anggota Luscious, Nur Shafinaz Mokhtar dan Ruzana Ibrahim masih baik. Sebenarnya mereka juga mempunyai fokus pada matlamat lain.


    "Memang tidak dapat dinafikan, pengalaman bersama Luscious dan Gang Starz banyak membantu saya mengorak langkah sebagai penyanyi.


    "Saya percaya Luscious dan Gang Starz memberikan jenama kuat pada perkembangan karier saya hingga dikenali ramai. Mungkin jika ada rezeki pada masa akan datang, kami akan bergabung semula menyanyi di pentas," katanya.


    Mengenai album baru, Nadia pernah berhasrat tarik diri untuk terus jadi penyanyi kerana merasai cabaran menghasilkan album begitu mencabar dan memerlukan belanja yang banyak.


    "Mempunyai album debut solo ini adalah impian yang saya tunggu selama ini. "Berbanding penyanyi lain yang menghasilkan single, saya bertuah kerana muncul bersama album penuh.


    "Saya bersyukur kerana label Lakefront Record mahu bekerjasama dan menyokong usaha saya menghasilkan album ini. Menariknya, mereka menanggung kos penerbitan album ini.


    "Sejujurnya saya sangat puas dengan hasil album ini. Banyak pengalaman berharga saya timba dari awal pembikinan lagu hingga album ini siap.


    "Pengalaman ini cukup menarik dan untuk memberi kepuasan, label memberikan saya kebebasan untuk tonjol kreativiti saya sendiri. "Sebanyak 10 lagu baru ditampilkan dalam album saya ini. Semua lirik adalah hasil karya saya sendiri termasuk bekerjasama dengan komposer Daniel Veerapan.


    "Saya menampilkan dua single iaitu D.I.V.A untuk lagu Melayu manakala Free dalam bahasa Inggeris. Sebanyak tujuh lagu dalam bahasa Inggeris dan tiga lagu Melayu termasuk Percaya dan Teman.


    "Sebenarnya, saya memang berminat menulis lirik sejak zaman sekolah. Bagi saya, membaca dan menulis adalah terapi terbaik untuk diri sendiri.


    "Album ini boleh dikatakan luahan ekspresi hidup saya yang mengisahkan perjalanan hidup saya termasuk kisah cinta, persahabatan dan kegagalan yang pernah dilalui," katanya.


    Kata Nadia, pemilihan lebih banyak lagu bahasa Inggeris dalam album ini adalah idea label sebagai strategi pemasaran terbaik untuk menembusi pasaran antarabangsa.


    "Untuk lagu Free, saya juga duet bersama penyanyi rap antarabangsa, Chrome Cats. Label ini sebenarnya mempunyai cawangan di Los Angeles.


    "Adanya lagu sebegini, ia memberi peluang untuk pasarkan lagu saya ke sana. Bagi saya, muzik sepatutnya tiada jurang menerusi bahasa tertentu.


    "Saya percaya jika pemasaran dilakukan dengan strategik dan saya sendiri mengukuhkan jenama dan imej di sini, lagu kita mempunyai potensi diminati peminat luar negara," katanya.


    Mengenai lakonan, Nadia berkata dia mahu berehat seketika untuk memberi fokus pada promosi album debutnya ini. Namun, dia berharap dapat kembali berlakon pada tahun depan.


    "Kini, saya juga terbabit dengan satu pementasan teater muzikal. Maklumat mengenai pementasan ini masih belum boleh diceritakan dan tunggu saja pengumuman dari pihak produksi nanti.


    "Antara berlakon teater dan drama, kedua-duanya memberi keseronokan dan pengalaman berbeza. Jika drama lebih pada cabaran beraksi depan kamera, teater pula lebih mencabar ekspresi diri berlakon secara langsung depan penonton.


    "Sejak mula terbabit dalam bidang seni, saya suka mencuba apa saja bidang termasuk pernah menjadi penari dan penyanyi latar.


    "Atas komitmen pada nyanyian dan lakonan, saya harus memberi fokus sepenuhnya. Soal kahwin, saya rasakan belum sampai masanya lagi.


    "Apa yang penting, saya mahu kerja keras untuk capai kejayaan dalam bidang seni ini dan mungkin suatu hari nanti, saya ingin mencapai impian terbesar menghasilkan konsert solo," katanya.




    >PROFIL:
    NAMA: Nadia Aqilah Bajuri
    TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1985
    USIA: 25 tahun
    ASAL: Subang Jaya, Selangor
    KERJAYA: Penyanyi, penari dan pelakon
    STATUS: Bujang
    DRAMA: Emil Emelda, Sindarella, Merah Putih dan Tari Tirana
    TEATER: Puteri Gunung Ledang The Musical (2005) dan P Ramlee The Musical (2008)
    PENCAPAIAN: peserta Gang Starz musim pertama (2006)

    Jalan rosak angkara lori kuari

    Posted: 26 Nov 2010 04:32 PM PST

    pix_middle

    SUNGAI BULOH: "Sia-sia turap puluhan kali pun kerana jalan di sini akan rosak semula," kata Aishah Muda, 38, penduduk Jalan Matang Pagar, di sini, berhubung keadaan jalan di kawasan terbabit yang teruk dan membahayakan pengguna.

    Menurutnya, jalan di situ beberapa kali diturap semula, bagaimanapun ia semakin teruk dengan kehadiran puluhan lori yang menjadikan laluan itu sebagai jalan alternatif untuk ke tapak kuari berdekatan.


    "Mereka memandu laju hinggakan lubang atau bonggol jalan dilanggar begitu saja.

    "Kadangkala, bahan kuari yang dibawa terkeluar dari kenderaan menyebabkannya terkena pada kenderaan lain yang mengekori atau diletakkan dibahu jalan," katanya menambah beberapa kejadian kemalangan maut pernah berlaku di situ membabitkan lori kuari. Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 23, berkata dia kerap melihat kemalangan kecil membabitkan penunggang motosikal dan kenderaan lain di sepanjang laluan itu berikutan struktur jalan yang teruk.


    "Pernah seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam lubang dan dia hampir dilanggar lori. "Keadaan bertambah sesak apabila waktu bekerja. Lori akan keluar dan masuk di jalan ini untuk ke kuari berhampiran," katanya.


    Sementara itu, tinjauan Harian Metro di jalan itu mendapati dalam 10 minit, sekurang-kurangnya 30 lori kuari menggunakan jalan terbabit.Pemandu terbabit bukan saja memandu melebihi had laju, malah memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna lain.


    Ia bertambah parah apabila struktur jalan yang sangat teruk dengan lubang di sepanjang jalan selain kesan turapan semula yang pecah.

    Liu tawar diri kahwin

    Posted: 26 Nov 2010 04:30 PM PST

    pix_middle
    pix_topright

    SUPERSTAR China, Liu Xiang memberikan harapan buat berjuta-juta peminat wanita yang menyintainya, mengumumkan dia bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, tetapi memberikan beberapa syarat perkahwinan yang perlu diikuti.

    Mana-mana wanita yang mahu menjadi isterinya perlu menghormati kedua-dua ibu bapanya, sanggup tinggal serumah dengan mereka dan mahu sekurang-kurangnya dua orang anak sebelum 2015, kata Liu dalam satu temuramah dengan portal Internet ternama, Tencent.


    "Tidak, saya tidak memiliki seorang teman wanita, memang benar saya tiada, jika ada, saya tidak akan menyembunyikannya," kata Liu.

    "Ia bergantung kepada takdir. Teman wanita saya patut seorang yang berbudi bahasa, sopan dan menghormati kedua-dua ibu bapanya dan ibu bapa saya." Sejak memenangi pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan Asia Guangzhou Rabu lalu dengan masa 13.09 saat - catatan masa terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada perlumbaan peringkat awal pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008 - Liu sekali lagi menjadi tumpuan utama media.


    Kemenangan itu tidak dinafikan menjadikan pelari kaya itu, bekas juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, sebagai seorang bujang paling diingini di China.


    "Kerana saya anak tunggal dilahirkan sekitar 1980-an, saya membesar tanpa rakan sepermainan. Jadi saya fikir dua orang anak sudah mencukupi, saya mahukan dua orang anak," kata Liu."Saya akan tinggal dengan ibu dan bapa saya, mereka boleh menjaga anak-anak saya kerana saya amat sibuk... saya masih sukakan masalah ibu." Liu berkata dia tidak akan melanggar undang-udang berkaitan polisi perancangan keluarga "seorang anak" di China dan merujuk kepada perubahan terbaru terhadap undang-undang itu yang membolehkan pasangan memiliki dua orang anak jika kedua-dua ibu bapa mereka adalah anak tunggal.


    "Nilai keluarga saya amat penting, keluarga lebih penting daripada segala-galanya," katanya.

    "Keluarga diibaratkan sebuah pelabuhan yang selamat, tidak kira apa yang berlaku terhadap anda di luar, anda boleh kembali ke rumah dan melupakan mengenai segala-galanya." Liu berkata dia bercadang untuk terus bertanding hingga sekurang-kurangnya Kejohanan Dunia pada 2015.


    "Pada 2015, saya akan berusia 32 tahun, dan sebagai orang biasa saya sepatutnya sudah berkahwin dan memiliki anak-anak, itulah kehidupan," katanya.


    Liu, yang dilahirkan pada 13 Julai 1983 di Putuo, Shanghai, melakar sejarah apabila muncul atlet olahraga pertama China memenangi pingat emas dalam sukan itu pada temasya Sukan Olimpik Athens.


    Dia juga atlet pertama China meraih "tiga mahkota" dalam sukan olahraga: pemegang rekod dunia, juara dunia dan juara Olimpik.


    Liu, yang lebih suka merendah diri, menderma kira-kira 2.5 juta yuan (RM1.18 juta) kepada mangsa gempa bumi Sichuan pada 2008.

    Cipta personaliti sendiri

    Posted: 26 Nov 2010 04:28 PM PST

    SELESA...ruang dalam gedung Bossini.
    SELESA...ruang dalam gedung Bossini.

    REKAAN pakaian musim sejuk mungkin agak asing bagi masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa.

    Namun ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada sesetengah golongan yang mementingkan gaya dan penampilan.


    Mengambil kira faktor berkenaan, jenama pakaian terkemuka, Bossini berusaha menghasilkan rekaan baru yang unik dan lain daripada yang lain khusus bagi memenuhi keperluan penggunanya di seluruh negara. Pengurus Besar Bossini Malaysia, Barbara Chan, berkata koleksi musim sejuk kali ini akan menampilkan rekaan yang berwajah ceria sesuai dengan tema dibawanya sejak mula bertapak di negara asal, Hong Kong yang hingga kini menjengah usia 23 tahun.

    • Foto

      IKON...Lee dan Janice ceria selepas pengenalan mereka sebagai personaliti kempen Bossini, Be Happy Me.

    • Foto

      JELITA...Janice selesa menjadi dirinya sendiri dengan koleksi Bossini tersarung di badan.

    • Foto

      RANGGI...antara pilihan kemeja-T juga celana yang padan dengan gaya muda-mudi masa kini.

    "Koleksi musim sejuk Bossini tidak pernah suram kerana kami sentiasa berusaha tampil dengan rekaan terkini yang memainkan warna ceria. "Ini kerana kami percaya ia lebih menaikkan mood musim sejuk, berbanding jaket labuh bersama padanan warna gelap.


    "Menerusi 50 pereka khas beribu pejabat di Hong Kong, rekaan pakaian Bossini akan sentiasa diperbaharui mengikut musim. "Tenaga pakar inilah yang bertanggungjawab memerhati trend fesyen di Eropah dan tempatan untuk digabungkan menjadi sesuatu yang diterima ramai.


    "Paling utama, setiap ilham rekaan mesti menekankan keselesaan, bergaya dan direka khusus supaya menepati cuaca tropika untuk pasaran Asia," katanya.Bercerita lanjut, Barbara memberitahu ciptaan kali ini memberi lebih peluang kepada pelanggan untuk mencipta gaya dan personaliti mereka sendiri yang sesuai serta selesa bagi digayakan sepanjang cuti musim sejuk sehingga Februari.


    Menerusi koleksi baju-T yang berwarna-warni dengan rekaan grafik berbeza pada setiap satunya, pelanggan pelbagai peringkat usia boleh menterjemahkan gaya yang mereka inginkan bersama denim berpotongan menarik mengikut cita rasa semua.

    Tidak ketinggalan hoodie yang sentiasa memanaskan badan ketika dingin. Namun di Malaysia, pemakaiannya tentu saja bergantung kepada cuaca, tetapi tidak mustahil ia dilihat sebagai satu fesyen sekiranya pemakai bijak menggayakannya.


    Ketika ini, Bossini turut melancarkan potongan sehingga 40 peratus bagi hoodie berharga antara RM129 dan RM139, selagi stok masih ada.


    Bermula 4 November lalu, koleksi musim sejuk Bossini sudah mula memasuki pasaran serantau termasuk China, Singapura dan Malaysia selepas dilancarkan secara rasminya di gedung Bossini di Mong Kok, Hong Kong.


    "Pelanggan dijanjikan kepuasan berpanjangan ketika melangkah ke gedung beli-belah yang mempamerkan jenama kami dan mereka tentu lebih teruja dengan koleksi pakaian yang menceriakan," katanya.


    Serentak pelancaran itu, Bossini turut mengadakan kempen Be Happy Me yang menampilkan wajah baru personaliti terkemuka Hong Kong.


    Antaranya adalah pelakon yang juga penulis lagu, Aarif Lee; aktres dan model popular, Janice Man; pemain bola sepak, Chan Siu Ki serta pengembara merangkap pengacara televisyen, Helen To.


    Pemilihan itu turut memperlihatkan semua personaliti popular terbabit sebagai ikon kempen yang akan berkongsi pengalaman masing-masing memilih gaya yang dapat menterjemahkan kegembiraan selain keselesaan dan keyakinan diri.


    Wajah mereka turut disematkan dalam katalog musim sejuk Bossini, Be Happy Me, sekali gus menjadi panduan kepada pelanggan dalam menata rias diri masing-masing.

    Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam

    Posted: 26 Nov 2010 04:25 PM PST

    Dr Rozmey Che Din

    PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.

    Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.

    "Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.

    "Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.

    "Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain," ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.

    Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.

    "Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.

    "Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja," katanya.

    Barisan pelakon filem 2 Alam

    Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.

    "Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.

    "Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta," ujarnya.

    Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.

    Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.

    Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta.

    Tetap Pendirian: Ayu Enggan Pamer Suami dan Anak

    Posted: 26 Nov 2010 04:23 PM PST

    Ayu kini sibuk dengan rakaman lagu bagi album keduanya.

    PETALING JAYA: Juara One In A Million (OIAM) kedua, Norayu Damit atau lebih dikenali sebagai Ayu, 21, menegaskan bahawa dia tidak akan mempamerkan suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, dan anaknya, Syed Nashrul Haikal, 1, kepada umum.

    Walaupun telah mengaku statusnya sebagai isteri dan ibu pada April lalu kepada pihak media, Ayu tetap dengan pendiriannya, enggan keluarganya ditonjolkon dalam dunia glamor hiburan tempatan.

    Menurut Ayu, keputusan itu dibuat atas dasar permintaan suami dan kedua-dua belah pihak keluarganya.

    "Bagi saya, keluarga adalah bersifat peribadi. Mereka enggan ditonjolkan secra terang-terangan.

    "Lagipun saya menghormati permintaan suami dan keluarga. Kalau nak kata saya sembunyikan mereka tidak juga. ini kerana bila kami keluar berjalan macam biasa dan orang ramai boleh namapk. Cuma mereka tidak dipamerkan dalam mana-mana media cetak atau elektronik.

    "Alhamdulillah, setakat ini suami juga memberi sokongan dan merestui kerjaya nyanyian saya," katanya yang ditemui di studio rakaman milik penerbit lagu, Rudy Muhammad, di sini, Jumaat.

    Dalam pada itu, Ayu mengakui bahawa kehidupannya kini lebih mencabar berbanding sebelum dirinya berkahwin.

    Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu di usia yang muda sedikit sebanyak mengubah karakternya.

    "Sekarang ini saya hanya fokus pada dua perkara sahaja iaitu kerja-kerja di rumah serta karier.

    "Diakui, menjadi seorang isteri dan ibu bukan mudah. Malah karakter saya juga berubah kepada seorang yang kuat membebel.

    "Lagipun ibu yang menjaga anak saya di kampung buat masa ini. Malah ibu saya menetapkan saya boleh mengambil anak ketika usianya dua tahun. Maklumlah, kini saya sedang dalam proses kemunculan semula dengan album baru, jadi ia memerlukan fokus yang lebih.

    "Apa yang tidak seronoknya, anak saya memanggil ibu saya dengan panggilan mak dan saya pula anak panggil kakak. Rasa sedih dan pada masa sama juga kelakar," selorohnya yang sedang sibuk dengan pembikinan album keduanya.

    Ayu bersama penerbit album keduanya, rudy Muhammad.

    Kemunculan semula dengan album kedua Ayu pasti akan dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya.

    Membawa sebanyak enam lagu saduran dan sebuah lagu baru, Ayu gembira kerana dia tidak sabar melihat respon yang diberi oleh masyarakat.

    Dengan kesediaan 100 peratus, Ayu yakin bahawa album kedua kali ini bakal menjadi langkah pertama untuknya kembali bertapak dalam industri muzik tempatan.

    "Dalam album ini, saya ingin menunjukkan bahawa saya masih lagi ada bakat dan boleh menyanyi lagi.

    "Menariknya, lagu-lagu lama yang pernah popular seperti Flora Cinta yang dinyanyikan oleh Min Malek dan Salam Buat kekasih (Nadia) akan diberi nafas baru.

    "Kemudian, selepas selesai album ini saya akan pulang ke Sabah dan hanya membuat persembahan di Sabah sahaja. Semua ini demi anak, saya mahu meluangkan masa dengannya.

    "Bagaimanapun, saya tidak akan lama, cuma dalam masa enam bulan saya tinggal di Sabah dan akan berulang-alik ke Kuala Lumpur.

    "Dengan cara itu juga saya dapat merapatkan hubungan dengan peminat di sana pula," tuturnya.

    Selain lagu Flora Cinta dan Salam Buat Kekasih, lagu seperti Penghujung Rindu, Dendam Dalam Diam, Setia kekasih dan Kabut Serangkai Mawar turut dimasukkan dalam album kedua Ayu.

    Angelina Jolie Jadi Nama Kuil Di Kemboja

    Posted: 26 Nov 2010 04:23 PM PST

    SIFAT murni pelakon jelita, Angelina Jolie semakin dihargai oleh penduduk di Kemboja dengan menamakan sebuah kuil Hindu bernama Kuil Angelina Jolie.

    Aktres ini mendapat penghormatan tersebut kerana mengambil anak angkat dari negara itu iaitu, Maddox. Masyarakat Kemboja menyatakan rasa cintanya kepada pelakon tersebut ketika beliau sedang mengadakan penggambaran di sana.

    Perkara ini diberitahu oleh Presiden Universal Society of Hinduism, Rajad Zen bahawa kuil tersebut dibina pada abad ke 12 dan telah diberi nama Ta Phrom. Namun kini ia telah ditukar nama kepada Angelina Jolie.

    Jolie dilihat sebagai seorang wanita suci di mata masyarakat Kemboja.

    "Saya harap ini juga memberi tanggungjawab kepada Jolie selepas ini, dia juga akan lebih memberi bantuan dan melakukan kerja-kerja kebajikan di sini," katanya.

    Aamir Khan Bergandingan Dengan Rani, Kareena Kapoor

    Posted: 26 Nov 2010 04:22 PM PST

    PELAKON Aamir Khan bakal beraksi dalam filem terbaru garapan Reema Kagti dan bakal bergandingan dengan Kareena Kapoor dan Rani Mukherjee.

    Biarpun belum memulakan sebarang penggambaran namun filem Farhan Akhtar dan Ritesh Sidhwani ini telah menjadi buah mulut umum kerana bakal dibintangi oleh Aamir.

    Dia merupakan salah seorang nama besar Hollywood yang sering dinantikan, malah masyarakat lebih teruja untuk mengetahui siapa heroin yang bakal menjadi pasangannya.

    Jika nama pelakon jelita Kareena Kapoor telah disebut-sebut bakal bergandingan dengan pelakon itu, nama-nama pelakon wanita lain seperti Priyanka Chopra, Deepika Padukone, dan Katrina Kaif turut berlumba-lumba untuk merebut watak lain dalam filem tersebut.

    Namun bintang Kuch Kuch Hota Hai, Rani Mukharjee yang dipilih untuk bergandingan dengan Aamir dan Kareena Kapoor.

    Filem ini dijangkakan akan memulakan penggambaran pada awal tahun depan.

    Jaclyn Tak Harap Pergi Jauh Dalam Bidang Lakonan

    Posted: 26 Nov 2010 04:19 PM PST

    PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menyatakan perasaan kurang yakin terhadap bidang lakonan yang diceburinya kini akan pergi lebih jauh.

    Jelas Jac, ramai pelakon baru yang lebih layak dan mampu untuk memegang pelbagai watak berbanding dirinya yang hanya boleh mampu memegang watak gadis India.

    "Wajah saya hanya sesuai sebagai watak gadis India, jadi saya rasa peluang untuk pergi lebih jauh agak kurang.

    "Tak kan pula ada pengarah yang akan membuat satu watak India untuk saya di setiap filem, lain lah jika wajah saya ada kacukan mukin lebih mudah untuk setiap watak," katanya yang baru keluar dengan filem arahan Afdlin Sauhki berjudul Appalam.

    Bagaimanapun, menurut Jac, lakonan merupakan cabang baru bagi dirinya. Biarpun tidak mengharapkan akan pergi lebih jauh, namun dia tetap mencuba untuk memberikan yang terbaik.

    "Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam bidang ini. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk berlakon.

    "Jika diberi pilihan saya lebih berminat untuk berlakon teater kerana ia benar-benar memberi kepuasan.

    "Bagaimanapun sebagai anak seni saya hanya mencuba pelbagai bidang, tapi fokus utama masih lagi dalam bidang nyanyian," ujarnya yang bakal keluar dengan album terbaru berjudul Tiga Suara.

    Kata, Jac dia kini masih menunggu album gabungan tiga suara iaitu bersama Ning Baizura dan Shila OIAM.

    Album yang memuatkan sembilan buah lagu baru itu akan menampilkan kolaborasi suara ketiga-tiga artis tersebut.

    "Album tersebut sudah siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Album kali ini lebih istimewa kerana kali pertama gabungan suara artis dimuatkan dalam sebuah album," ujarnya.

    Kena tipu RM26,000 mentol ajaib

    Posted: 26 Nov 2010 04:18 PM PST


    SEORANG pegawai polis melakukan demonstrasi menunjukkan
    sebiji mentol bercahaya selepas direndam di dalam air di Kota Tinggi semalam.


    KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka 'batu geliga delima' kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1.

    Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan 'batu' tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan.

    'Batu' tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1.

    Guna pistol palsu minta wang

    Posted: 26 Nov 2010 04:18 PM PST


    PEMILIK kelab malam di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur ini terus menghubungi polis selepas suspek meminta wang pelindungan sebanyak RM200 semalam.


    KUALA LUMPUR – Hasrat seorang penjenayah tegar yang mempunyai 24 rekod jenayah untuk memungut wang perlindungan sebanyak RM200 dengan menggunakan sepucuk pistol mainan daripada sebuah kelab malam di Jalan Chow Kit di sini tidak kesampaian apabila dia diberkas di premis itu semalam.

    Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila suspek yang mempunyai sebanyak 24 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah itu pergi ke kelab malam tersebut sebelum mengugut pemiliknya dengan pistol yang diambil dari sebuah beg yang dibawanya.

    Sebelum itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta RM200 kononnya sebagai wang perlindungan daripada mangsa yang baru hendak memulakan perniagaannya.

    Jurucakap polis memberitahu, suspek turut mengugut akan mengapa-apakan mangsa sekiranya enggan mengikut arahan.

    Chong Eu seorang negarawan - Kabinet

    Posted: 26 Nov 2010 04:17 PM PST


    KERANDA mendiang Chong Eu diusung dengan penuh penghormatan ke Dewan Sri Pinang di Pulau Pinang semalam.


    KUALA LUMPUR - Jemaah menteri yang bermesyuarat semalam merakamkan penghargaan tinggi terhadap sumbangan mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu (gambar) sepanjang hayatnya dalam politik dan pentadbiran kerajaan khususnya di Pulau Pinang.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumbangan Chong Eu sentiasa terakam dalam memori negara ini, dan menyatakan mendiang adalah seorang negarawan, pencipta kemajuan negeri Pulau Pinang, dan pejuang parti MCA dan Gerakan dalam Barisan Nasional.

    "Jemaah menteri menyatakan secara ikhlas sebagai anggota masyarakat kita hargai semua jasa, khidmat dan perjuangan beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

    Teruskan bina jambatan bengkok

    Posted: 26 Nov 2010 04:16 PM PST


    TUN MAHATHIR (tengah) menerima sumbangan bagi Tabung Gaza Palestin daripada Pengerusi Pertubuhan Belia Islam Kepong, Norizan Ali di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada sebab mengapa projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura tidak boleh diteruskan.

    Beliau berkata, ini kerana semasa perancangan dan perundingan dengan kerajaan Singapura, projek itu tidak menghadapi masalah perundangan dan tentangan daripada negara jiran itu.

    "Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura, saya telah cuba meminta Singapura bersetuju supaya kita bangunkan jambatan ini bersama tetapi setelah dua tahun berlalu tiada respons menunjukkan mereka tak berminat.

    "Dengan itu saya rancang sama-sama dengan arkitek-arkitek tertentu untuk mengadakan jambatan ini di sebelah Malaysia sahaja tak melibatkan Singapura dan mereka tidak bantah, kita sebenarnya dah luluskan projek ini dalam Kabinet dan kerja-kerja telah dibuat bersama-sama kontrak CIQ," katanya.

    Petisyen bekas Sultan ditolak

    Posted: 26 Nov 2010 04:14 PM PST


    TUANKU ISMAIL PETRA


    PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.

    Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata, Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.

    "Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," kata beliau.

    Penjenayah keji tiga serangkai

    Posted: 26 Nov 2010 04:13 PM PST


    KUMARAN (kiri), Ramesh (tengah) dan Karthik berjalan keluar dari
    Mahkamah Sesyen selepas dituduh dengan lima pertuduhan termasuk
    merogol dan meliwat mangsa semalam.


    SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 31 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes terhadap tiga lelaki atas pertuduhan merompak, menculik, merogol, meliwat dan menyamar sebagai anggota polis di Rawang pada 27 September lalu.

    Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob yang tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan dua tertuduh, S. Ramesh, 27, dan P. Kumaran, 27, melantik peguam. Seorang lagi tertuduh, T. Karthik, 23, diwakili peguam bela, S. Karthigesan.

    Ketiga-tiga tertuduh masing-masing menghadapi jumlah pertuduhan yang berbeza namun Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Ab. Rahim memohon untuk menggabungkan perbicaraan kes tersebut dengan alasan akan mengemukakan saksi yang sama memandangkan kejadian jenayah itu dilakukan oleh mereka pada masa, lokasi dan juga mangsa yang sama.

    Teringat kenangan pisang goreng

    Posted: 26 Nov 2010 04:11 PM PST


    AMIR mencium ibunya, Kamisah selepas Istiadat Konvokesyen UiTM di Dewan Sri Budiman, Shah Alam semalam.


    SHAH ALAM - Bagi membalas jasa ibu yang terpaksa menyara keluarga dengan berniaga pisang goreng sejak kematian bapanya, 14 tahun lalu, Amir Abdul Azim Jamaluddin berazam belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

    Berkat kesungguhan menimba ilmu, Amir Abdul Azim, 24, semalam menerima Anugerah Naib Canselor bagi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.66 pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 di Dewan Sri Budiman di sini semalam.

    Kata Amir Abdul Azim, dengan kecemerlangannya itu, beliau berazam untuk terus mencipta kejayaan dalam pengajian dan kerjaya seterusnya bagi membalas jasa ibunya, Kamisah Sooki, 44.

    "Ibu sebagai ibu tunggal banyak berkorban untuk menyara kami empat beradik dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dan berniaga pisang goreng sejak bapa meninggal akibat kanser.

    "Jadi, dengan kejayaan ini, saya akan bekerja dan memastikan hidup ibu saya tidak lagi susah," katanya yang berasal dari Johor Bahru.

    Jaga anak cacat

    Posted: 26 Nov 2010 04:11 PM PST


    FATIMAH bersama anaknya Rafie yang mengalami cacat mental sejak lahir di Felda Endau, Mersing semalam.


    MERSING - Seorang ibu tunggal terpaksa mengurung anak lelakinya Rafie Idrus, 46, yang mengalami kecacatan mental di dalam rumah sejak kematian suami 20 tahun lepas.

    Itulah pengorbanan yang dilakukan Fatimah Husin, 70, bagi mengelak anak kedua daripada empat beradik itu merayau-rayau ke rumah jiran dalam keadaan berbogel jika terlepas.

    Katanya, sejak kematian suaminya, Idrus Ismail, dia kini tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana menjaga anaknya itu seorang diri termasuk makan minum dan pakaiannya.

    "Sebelum ini, semasa arwah suami ada, saya membantunya di ladang kelapa sawit dan dapatlah sumber kewangan bagi kami sekeluarga.

    "Kini, selepas dia tiada (suami), ladang kepala sawit dijaga oleh seorang penduduk dan hasilnya dibahagi dua," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Endau di sini semalam.

    Biskut cip coklat gamat diperkenal

    Posted: 26 Nov 2010 04:09 PM PST


    HASRUHA menunjukkan biskut cip coklat gamat keluaran syarikatnya
    di Langkawi semalam.


    LANGKAWI - Sebuah syarikat tempatan di sini mengambil inisiatif mempelbagaikan produk berasaskan gamat dengan memperkenal biskut cip coklat gamat yang kini dijual di pasaran.

    Langkawi sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk gamat seperti minyak, air, bam dan sabun.

    Produk keluaran Roha Zara Enterprise berasaskan gamat itu dicampur halia dan herba, sesuai sebagai makanan kesihatan.

    Pengurus Roha Zara Enterprise, Hasruha Othman, 41, berkata, beliau mengambil peluang ke atas keluaran gamat yang banyak di Langkawi untuk mengeluaran biskut tersebut.

    "Berbekal modal sebanyak RM5,000, saya memulakan pengeluaran yang pada mulanya secara kecil-kecil untuk memperkenal biskut itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa menyertai pameran dan jualan Juara Rakyat Bulan Petani, Penternak dan Nelayan di pekarangan Kompleks Nelayan Penarak di sini semalam.