Adsense

Rabu, 9 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Faizal Ismail Hos Apa Saja FBI Ikhwan Hos Galaksi

Posted: 09 Feb 2011 09:40 PM PST

KOMBINASI HANGAT MALAM JUMAAT

Pada jam 11 pagi tadi, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 iaitu Apa Saja… FBI dan Galaksi musim baru telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Hujung minggu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat yang inginkan masa untuk berehat dan bersantai bersama keluarga mahupun orang tersayang di rumah atau di mana sahaja. Hari minggu inilah TV9 mengambil kesempatan untuk memulakan pengembaraan bersama penonton menerusi dua buah rancangan menarik dan sensasi untuk tatapan semua iaitu Apa Saja… FBI yang sudah pun bermula pada 28 Januari 2011 dan Galaksi pada 4 Februari 2011 lalu.

Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Noordin, berkata, "Malam Jumaat kini semakin hangat di TV9 dengan kombinasi program yang sensasi dan mencuit hati di mana ia dijangka dapat sambutan yang menggalakkan kerana kandungan kedua-duanya yang lebih bersahaja tetapi padat dengan hiburan yang dikehendaki oleh penonton setia kami. TV9 dengan berbesar hati ingin memperkenalkan dua deejay radio Hotfm terkenal iaitu Faizal Ismail dan Khairul Ikhwan Rosli yang akan menjadi teman anda pada setiap hari Jumaat. Ia akan bermula pada waktu malam selepas Berita TV9 dan merupakan back-to-back dari jam 8.30 malam sehinggalah jam 10 malam."

"Penglibatan Faizal dan Ikhwan di TV9 ini memantapkan lagi kolaborasi di antara dua stesyen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad iaitu TV9 dan Hotfm. Kedua-dua stesyen ini bekerjasama untuk memberi hiburan terbaik untuk sasaran penonton mereka yang sama iaitu penonton muda yang lebih berfokus kepada para belia dan remaja. Kami ingin mewar-warkan kepada semua untuk terus menonton ruangan ini kerana pelbagai hiburan akan dihidangkan bersesuaian dengan cita rasa penonton dan pendengar. Pelbagai aspek telah diambil kira dan sememangnya perubahan atau penambahan yang diatur merupakan yang terbaik untuk penonton TV9," tambah beliau lagi.

Malam minggu anda bermula dengan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam di mana anda semua akan digeletek dengan lawak Faizal Ismail, deejay terkenal Hotfm dan Anugerah Juara Lagu. Kepetahan dan keceriaan beliau telah berjaya membuatkan penonton di studio dan di rumah terhibur apatah muka bersahajanya ketika membuat jenaka di hadapan penonton. Ini dapat dibuktikan menerusi dua episod yang telah berlangsung yang mengetengahkan topik panas dan sensasi seperti "Suami Muda" dan "Terkenal di Youtube" baru-baru ini yang berjaya mendapatkan lebih 500,000 ribu jumlah penonton. Rancangan Apa Saja… FBI diterajui oleh Roslina Abdul Rahman sebagai penerbitnya.

Menerusi Apa Saja… FBI ini, segmen Terkono Den juga diperkenalkan di mana Faizal sendiri akan ke luar studio dan berlakon untuk "mengenakan" orang ramai. Seakan 'panggilan hangit' tetapi penonton dapat melihat reaksi muka dan gelagat orang yang dikenakan oleh Faizal sendiri. Biar pun sudah "dikenakan", namun ia sekadar gurauan sahaja selari dengan taglinenya "Yang penting Happening, jangan pening!". Satu lagi kelainan rancangan ini adalah ia tidak sahaja memanggil artis-artis untuk diwawancara, malah turut menemuramah mereka yang terdiri dari orang ramai yang bukan artis tetapi terkenal menerusi laman you tube seperti Cikgu Shida serta Paku dan Belacan dalam episod 'Terkenal Di You Tube".

Selesai bergelak tawa bersama FBI, Ikhwan Hotfm pula menyusul bersama Galaksi, sebuah rancangan yang menyentuh tentang isu-isu semasa artis tempatan tanah air. Bersesuaian dengan tahun baru yang baru sahaja tiba, Galaksi juga tidak terlepas dengan sentuhan barunya seperti konsep, set, kandungan dan juga pengacaranya.

Ikhwan merupakan pengacara lelaki pertama bagi Galaksi dan pelbagai perancangan telah dibuat di antara Ikhwan dan krew penerbitan terutamanya penerbit Galaksi kini iaitu Nasir Ahmad atau lebih dikenali dengan Abg Nas. Pengalaman Abang Nas di dalam rancangan-rancangan berbentuk hiburan pastinya dapat membangkitkan pembaharuan terhadap Galaksi di samping pengacara sensasi yang sangat dikenali menerusi radio Hotfm.

Terdahulu, Galaksi pernah dibawakan oleh Irma Hasmie, Sazzy Falak, Nadia Shahrul Anuar, Sharifah Shahirah, Nana Mahazan serta pengacara jemputan seperti Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Serina Redzuawan. Ikhwan kini diberi kepercayaan untuk menghembus nafas baru kepada Galaksi yang sudah bersiaran sejak 5 tahun yang lalu. Pasti ramai yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk mendapat pelbagai informasi menarik dalam Galaksi pada setiap minggu.

Kedua-dua rancangan hiburan yang berjaya meraih lebih daripada 500,000 ribu penonton ini pastinya dapat meluangkan masa yang berkualiti penonton setia kami bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Jangan lepaskan peluang menghangatkan lagi malam Jumaat anda bersama dua rancangan hiburan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam diikuti dengan Galaksi musim terbaru pada jam 9.00 malam menerusi saluran Di Hatiku!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia: Ikhwan Hot FM & Jam Tangan Quicksilver
  • Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?
  • Sambutan Ulang Tahun Pertama Hot FM – Big Jam 2007
  • Drama Bong Musim ke 6 Lakonan Ikhwan, Mustapha Kamal, Jasmin Hamid
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM
  • Sekitar Perlawanan AM Krew VS Jawa Rangers Di Tasik Titiwangsa
  • Penyampai Radio Hot FM Tahun 2008
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Farish Aziz, Syawal, Farah Diana Dalam HOT FM RADIOPERA – Macam-Macam Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Wings Mahu Cipta Sejarah di Konsert Opera Hidup

    Posted: 09 Feb 2011 05:05 PM PST

    WINGS MENCIPTA SEJARAH DI ISTANA BUDAYA MENERUSI KONSERT OPERA HIDUP BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN

    Wings telah banyak mengharungi 'Opera Hidup' sebagai kumpulan rock tanah air selama 25 tahun di dalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama kelompok peminat yang mereka kumpul hingga kini.

    Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black merantau serta menerokai musik rock dengan lebih rakus dan berani demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera musik mereka agar tetap hidup didalam jiwa dan ingatan peminat-peminat.

    16 album dari Belenggu Irama hingga Live at Planet Hollywood, pelbagai rentak dan melodi rock telah dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka.

    Pic Wings

    Dari pentas Fun-Fair hingga ke pentas Konsert selama 25 tahun mereka memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini, pada 29 April hingga 1 Mei 2011 di Panggung Istana Budaya bakal tercipta sejarah di dalam Opera Hidup Wings dan peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

    Bombay Worldwide dan Anggerik Event akan menganjurkan konsert ini bersama Red On Black dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari. Dengan berlatarkan pentas ekslusif, Panggung Sari Istana Budaya, Wings akan memberikan persembahan yang amat istimewa lagi ekslusif yang mampu memberi impak yang besar kepada peminat-peminat mereka semua.

    Selaku pengarah konsert, Bombay yang telah banyak menjayakan konsert dan event yang berprestij berkata 'Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan' adalah satu sejarah yang diciptakan buat Wings untuk peminatnya dan industri musik tanahair.

    Gabungan idea dari Bombay dan sentuhan kreatif dari Joe Wings bakal menghidangkan satu karya ekslusif yang belum pernah disaksikan sebelum ini oleh semua. Menurutnya lagi, pejuangan Joe yang ingin Wings bersama dirinya untuk menghasilkan karya persembahan mereka ke tahap yang lebih tinggi maka terciptalah KONSERT WINGS OPERA HIDUP di Istana Budaya.

    Konsep persembahan dan genre musik yang akan dibawa oleh Wings digabungkan bersama Ex-Wings ialah Rock Klasik Versi Orkestra sepenuhnya dan adalah dari lagu-lagu hits Wings. Bagaimanapun, memandangkan tiket adalah terhad, hanya 7000 peminat bertuah saja berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya unggul yang boleh dianggap sebagai satu sejarah khususnya untuk mereka yang selama ini mengaku penggemar setia kumpulan Wings.

    Sejarah ini tidak akan tercipta tanpa kerjasama Ketua Pengarah Istana Budaya Encik Juhari Shaarani, pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Budaya. Dengan itu, Bombbay Worldwide ,Anggerik Event dan Red On Black serta tenaga kerja produksi Konsert Wings Opera Hidup akan menjayakan konsert yang bersejarah ini bersama-sama.

    Jesteru, bagi peminat yang ingin membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan istimewa Wings ini, anda boleh melayari laman sesawang www.ticket2u.bz dan www.sayap2wings.com. Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 (Ekslusif bersama Wings).

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Aida Husin – 012 2166 873

    Sidang media khas untuk mengumumkan tentang konsert Wings ini diadakan pada petang ini.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert Double Trouble Search & Wings Stadium Larkin, Johor Bahru
  • Konsert Double Trouble Wings & Search
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Pavarotti Opera Legend Dies At 71
  • KONSERT RADIO ROSAK 2009 Ditangguhkan 6 Mac 2010
  • Senarai Lagu Popular Ella di Konsert Ella
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Konsert Radio Rosak 2009 Pada 26 Disember Ini di Stadium Negara
  • Tribute to Rock Kangkang 2010
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Lirik & Lagu) Luar Biasa – Shahir AF8

    Posted: 09 Feb 2011 07:21 AM PST

    LIRIK LAGU LUAR BIASA SHAHIR AF8

    Buat peminat Shahir AF8, ini khas untuk anda. Lirik lagu terbaru Shahir iaitu Luar Biasa. Ada juga video (kat bawah lirik) kalau rasa nak dengar suara Shahir menyanyikan lagu Luar Biasa ni. Apa-apa pun, jom layan..

    LUAR BIASA – SHAHIR AF8

    Seandainya mengalir di sini
    Yang sejernih apa yang terkunci
    Pastinya di dalam diari
    Bagailah kasih
    Hati ke hati bersemadi

    Segala
    senyumanmu mengusikku
    Oh mengapa
    Tak terhidu
    Kucupanmu berlagu merdu

    (Chorus)
    Luar biasa
    Landah senja suria
    Padamu

    Lalu menusukku
    Luar biasa
    Suara siksa membisu
    Akhirnya membunuhmu

    Hidup ini puas dipenuhi
    Yang sesali tiada berganti
    Natijah rasa dizahiri

    Bagai dimensi dan hipokrasi berselari
    Segala senyumanmu mengusikku
    Oh mengapa
    Tak terhidu
    Kucupanmu
    Berlagu merdu

    (Ulang Chorus)

    Tanpa kata
    Tanpa rela
    Biarkannya
    Jatuh ke riba

    Takkan pudar
    Kisah kita
    Luar biasa tampak dimatanya

    Lalu menusukku

    Luar biasa
    Penjara
    Siksa sesalan
    Dikucupnya virus

    (Ulang Chorus)


    Kredit: Shahir AF -Luar Biasa (Lagu Baru)

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

    Posted: 09 Feb 2011 06:01 PM PST


    "Suami saya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Norwati Sadali (Watie), " kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

    Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

    Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

    Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, 'Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.'

    Kredit berita: Berita Harian

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai, Dikenakan Waran Tangkap.

    Posted: 09 Feb 2011 05:16 PM PST

    Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai, Dikenakan Waran Tangkap.

    Laporan Mstar hari ini memberikan sedikit kejutan kepada kami. Selama ini, kami bermati-matian ingatkan Zakiah Anas sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohamad Yusof. Rupanya, kedua-dua pasangan suami isteri ini masih dalam proses penceraian, dan semalam Hakim Mahkamah Rendah Syariah menasihatkan Mohamad Yusof supaya menceraikan Zakiah Anas.

    Nasihat tersebut dilontarkan oleh Hakim Syarie Ghazali Ahmad ekoran kegagalan Jawatankuasa Pendamai untuk memujuk personaliti TV3, Zakiah Anas & suaminya meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

    Walau bagaimanapun, lafaz cerai tersebut tidak berlaku seperti yang dinasihatkan kerana Mohamad Yusof tidak hadir ke perbicaraan mahkamah, semalam. Ekoran kegagalan dia, satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh Ghazali selepas dipohon oleh peguam syarie Zakiah Anas, Abdullah Anuar Sahri.

    Mahkamah menetapkan tarikh 9 Mac untuk sebutan semula dengan kehadiran suami Zakiah Anas di lokasi.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    aReaL&Celebrity

    aReaL&Celebrity


    Ibu Campak Anak Lima Tahun Dari Tingkat 6 Sebelum Bunuh Diri Dengan Terjun Dari Tingkat 10

    Posted: 08 Feb 2011 09:56 PM PST

    SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

    Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.


    Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

    Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.


    Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.


    "Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

    "Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta," katanya.



    Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

    "Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

    "Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

    Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

    "Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

    "Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala," kata ketika ditemui di sini, semalam.

    Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Copy/Paste 100% Dari hMetro






    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    borak kosong

    Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.