Adsense

Ahad, 19 Februari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Perit jerih

Posted:

Perit jerih

Perit jerih

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


KEJUTAN... Anuar Zain diraikan oleh pihak RAB9 Channel sempena hari lahirnya yang ke-42 sewaktu sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.


MELIHAT kepada riak wajah yang sentiasa terukir dengan senyuman manis, tidak ramai yang tahu rupa-rupanya penyanyi lelaki ternama negara ini menyimpan cerita yang sudah lama dipendam.

Bukannya tidak mahu berkongsi dengan masyarakat tetapi Anuar Zain lebih selesa untuk menunggu kemelutnya bersama bekas syarikat rakaman, Syncrosound Records tamat terlebih dahulu.

Dalam erti kata lain, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan selagi keputusan tidak diputuskan oleh mahkamah. Bagi Anuar, biarlah segala-galanya selesai terlebih dahulu sebelum dia membuka versi ceritanya.

Ini kerana kata Anuar, selama enam tahun naik turun mahkamah untuk menuntut haknya sebagai seorang penghibur, banyak kisah kurang enak yang bertebaran sehingga dia sendiri tidak mampu menutup mulut orang.

Lalu apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Februari lalu berpihak kepadanya, Anuar sudah mampu menarik nafas lega apabila bekas syarikat rakaman itu perlu membayar royalti kepadanya sebanyak RM18,853.38.

Walaupun gembira dengan keputusan itu, menurut Anuar, jumlah itu terlalu sedikit dan tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah dilakukannya selama ini.

"Untuk itu, peguam saya sudah memfailkan rayuan bagi menuntut hak sebanyak RM63,000 seperti mana yang saya mahukan pada 13 Februari lalu. Bukannya saya tidak bersyukur dengan jumlah yang sudah ditetapkan itu.

"Tetapi bagi saya, ini adalah soal hak dan maruah. Orang ramai tidak tahu apa yang telah saya lalui selama sepanjang enam tahun kes ini berjalan di mahkamah.

"Saya bukan seorang yang tamak atau gilakan wang tetapi saya mahu ia berbaloi dan setimpal dengan apa yang telah saya lakukan selama ini ketika bersama dengan mereka (bekas syarikat rakaman)," luah Anuar ketika ditemui pada sidang akhbar Makan Tengahari Bersama Anuar Zain sempena minggu setiausaha yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur (KL) di ibu negara, baru-baru ini.

Cerita negatif tersebar

Cerita Anuar lagi, dia mempunyai sebab tertentu untuk menuntut lebih daripada apa yang telah diputuskan pihak mahkamah.

Katanya, sewaktu penghasilan album keduanya berjudul Anuar Zain, hampir 80 peratus proses rakaman album tersebut adalah daripada inisiatif dirinya sendiri.

Baik dari segi pilihan lagu, konsep album, komposer sehinggalah ke pakaian serta pemilihan jurugambar untuk memotretkan wajahnya untuk kulit album, semuanya dilakukan sendiri oleh Anuar.

"Walaupun bajet diperuntukkan oleh mereka tetapi saya berkerja keras untuk menghasilkan album. Orang tidak tahu bagaimana susah payah dan perit jerih saya bagi memastikan album itu untuk siap.

"Bayangkan tempoh yang diambil oleh saya untuk muncul dengan album kedua daripada yang pertama adalah selama empat tahun.

"Dalam tempoh itu, saya berhadapan dengan pelbagai kerenah sehinggakan ada komposer yang tidak yakin dengan kemampuan saya untuk memberikan karya mereka.

"Kata mereka, saya tidak mampu mempopularkan lagu-lagu mereka tetapi saya sedikit pun tidak merungut mahupun melatah. Saya menganggap itu sebagai cabaran dan dugaan," cerita Anuar tentang album yang memuatkan lagu-lagu hits seperti Keabadian Cinta, Permata, Mungkin dan Semua Untukmu itu.

Apa yang dikesalkan Anuar sepanjang enam tahun kes tersebut berjalan apabila ada pihak yang cuba menabur fitnah sehingga pernah menjejaskan periuk nasinya.

Pelbagai label negatif dilemparkan kepadanya sehingga dia menanggung malu tetapi Anuar lebih selesa mendiamkan diri dan berserah kepada Yang Maha Esa.

"Saya dikatakan sebagai seorang yang lupa diri, tidak sedar diri dan macam-macam lagi sehingga ia sangat mengguris hati. Memang kecewa kerana mudahnya orang menghakimi saya sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar dan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sikap saya yang tidak mudah mengalah, akhirnya kebenaran terbukti juga. Saya tidak akan berputus asa sehingga hak saya tidak dituntut sepenuhnya," kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bila Resah dan Ketulusan Hati ini optimis.

Mahu cari kelainan

Menutup cerita 'sedih' itu, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain itu ditanya pula tentang respons album keempatnya yang masih lagi menggunakan nama pentasnya sebagai judul album itu.

Memuatkan lagu popular seperti Ku Berjanji Karna Cinta dan Cinta Harus Memiliki, Anuar gembira dengan penjualan album tersebut di kala album fizikal hari ini kurang mendapat tempat di kalangan peminat.

Walaupun tanpa promosi besar-besaran, setakat ini, album itu berjaya terjual sebanyak 11,000 salinan dan kata Anuar, angka tersebut sudah cukup dikira baik jika diukur dalam senario pasaran muzik ketika ini.

"Saya dan Universal Music selaku pengedar album itu akan duduk berbincang tidak lama lagi untuk mencari single seterusnya. Jika ditanya kepada saya, pilihan saya sudah tentulah lagu ciptaan Hazami berjudul Simpati Cintamu.

"Ini kerana rentak lagu tersebut adalah sesuatu yang berbeza dan saya mahu peminat melihat sisi lain saya menerusi lagu itu.

"Jika bukan Simpati Cintamu, berkemungkinan besar lagu Ajari Aku yang akan jadi pilihan," kata pemilik trofi Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak tiga kali itu lagi.

Selesa pengurusan baru

Umum pastinya sudah mengetahui tentang berita 'perpisahan' Anuar dengan bekas pengurusnya, Rohila Tahir tahun lalu.

Tidak dinafikan berita itu memang mengejutkan kerana lebih sedekad lamanya Rohila menjadi pengurus Anuar. Secara tiba-tiba, semua berakhir begitu sahaja dan Anuar kini pun sudah pun mempunyai pengurus baru bernama Danil.

"Saya fikir sudah tiba masanya untuk saya beralih angin dan mencari udara yang lebih segar. Sudah lebih daripada 10 tahun saya dijaga oleh pengurus yang sama.

"Sebagai penghibur, saya memerlukan idea baru untuk meneruskan karier ini dan tidak mahu statik dengan cara yang sama. Jika ia berterusan, ia akan membuatkan kita mudah selesa dan mengambil kesempatan dalam apa hal sekali pun.

"Lalu, kami sepakat dan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Saya tidak memecat mereka, sebaliknya mereka yang meletakkan jawatan.

"Syarikat saya, Anuar Zain Networks masih beroperasi tetapi apa yang berubah hanyalah pengurusan baru sahaja.

"Dalam masa yang sama, saya mendoakan yang terbaik buat mereka yang telah menguruskan kerjaya saya selama ini dalam bidang masing-masing selepas ini," kata Anuar penuh diplomasi.

Secara umum, penyanyi berusia 42 tahun ini memberitahu untuk menjadi seorang pengurus yang baik bukannya semudah yang disangka.

Apa yang penting adalah skill komunikasi dan sikap bekerjasama. Selain itu, pihak pengurusan tidak boleh bersikap mendahului artis di bawah pengurusan mereka sebaliknya meletakkan artis sebagai keutamaan dan bukannya bertindak sendirian.

Katanya lagi, seseorang pengurus itu juga perlu menjadi bijak menangani situasi dan bukannya pandai-pandai membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan artis.

"Alhamdulillah, Danil cepat belajar dan cekap menjalankan tugasnya. Memang pada awalnya, ramai yang sukar untuk mendapatkan saya kerana situasi yang berlaku.

"Kini semuanya kembali berjalan lancar dan saya sendiri tidak mempunyai sebarang masalah. Saya cukup seronok dengan kerja saya dan seandainya Danil lulus dalam tempoh percubaannya, saya tidak teragak-agak untuk mengambilnya sebagai pengurus tetap," kata Anuar lagi.

Oscar milik Octavia Spencer?

Posted:

Oscar milik Octavia Spencer?

Oscar milik Octavia Spencer?


LAKONAN dalam The Help mampu menghadiahkan Oscar buat Jessica Chastain.


ANYA tinggal seminggu lagi, acara perfileman kebanggaan Hollywood, Anugerah Academy akan berlangsung untuk edisi ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tanggal 26 Februari ini panggung mewah Kodak Theatre yang terletak di Hollywood & Highland akan menjadi saksi kepada sejarah baru yang bakal tercatat dalam direktori sinema Hollywood.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hits juga tidak mahu ketinggalan untuk meraikan kedatangan Anugerah Academy yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh pencinta filem dunia.

Untuk permulaan, ramalan akan dimulakan dengan kategori Pelakon Pembantu Wanita yang mencalonkan lima aktres yang telah memberikan persembahan cemerlang sepanjang tahun lalu.

Calon-calonnya ialah Bérénice Bejo untuk filem The Artist, Jessica Chastain (The Help), Melissa McCarthy (Bridesmaids) dan Janet McTeer (Albert Nobbs).

Bukan calang-calang kategori, tahun ini menyaksikan persaingan sengit antara lima wanita ini dalam karakter serta genre filem yang berbeza.

Tanpa ragu lagi, trofi emas itu dengan mudah bakal menjadi milik Spencer yang telah memberikan lakonan bersahaja namun impaknya cukup luar biasa.

Membawakan watak seorang pembantu rumah yang sinikal dalam kata-kata bernama Minny Jackson dalam The Help, ia dikatakan memang dicipta khas untuk Spencer.

Memang mengejutkan kalau pada malam itu, trofi Oscar bukan menjadi milik Spencer memandangkan dia sudah menyapu bersih sebahagian besar acara anugerah dalam musim kali ini.

Jika Oscar menjadi milik Spencer, dia mempunyai sebab untuk berasa bangga kerana akan menjadi pelakon wanita kulit hitam kelima untuk berada dalam senarai pemenang kategori ini di samping Hattie McDaniel, Whoopi Goldberg, Jennifer Hudson and Mo'Nique.

Jika ada saingan terdekat kepada Spencer sekali pun, kebarangkalian itu mungkin datangnya daripada McTeer yang memberikan lakonan terbaiknya menerusi Albert Nobbs.

Membawakan watak seorang transgender bernama Hubert Page, lakonan McTeer mendapat pujian dan tidak mustahil jika juri merasakan Oscar harus menjadi miliknya.

Biarpun sekadar pelakon pembantu tetapi persembahannya dalam filem itu dikatakan setanding dengan pelakon wanita utamanya, Glenn Close.

Sekadar menyingkap sejarah, McTeer bukanlah nama asing dalam Oscar kerana pernah dicalonkan sebelum ini untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Tumbleweeds pada tahun 2000.

Namun usah sesekali memandang enteng kepada calon lain seperti Bejo yang juga mempunyai potensi untuk memenangi kategori ini.

Meskipun tidak memenangi sebarang anugerah berprestij sebelum ini tetapi lakonannya dalam filem bisu hitam putih, The Artist mampu memikat hati juri.

Apatah lagi bukan mudah untuk membawakan watak bisu dalam era moden hari ini, siapa tahu rezeki mampu berpihak kepada Bejo dan mengundang kejutan yang akan menjadi buah mulut untuk bertahun-tahun lamanya.

Chastain yang juga salah seorang pelakon The Help juga antara yang mendapat perhatian kali ini.

Lakonannya sebagai Celia Foote yang berkahwin dengan seorang sosialite namun dipinggirkan oleh komunitinya kerana dilahirkan dalam keluarga marhaen menjadikan Chastain antara calon yang mampu mencipta kejutan.

Bagaimana pula dengan McCarthy sebagai Megan dalam Bridesmaids? Adakah dia mempunyai peluang untuk memenangi anugerah ini? Siapa tahu jika Oscar menjadi miliknya. Bukankah Oscar sentiasa penuh dengan kejutan.

Sementelah nama McCarthy antara bintang yang menjadi sebutan sepanjang tahun lalu, tidak mustahil untuk aktres ini memenangi Oscar pertamanya.

Sejarah sebelum ini juga pernah membuktikan bahawa tidak semestinya seseorang pelakon itu memenangi anugerah seperti Golden Globe dan Screen Actors Guild akan mengulangi kejayaan di pentas Oscar.

Siapa yang dapat lupa sewaktu Tilda Swinton memenangi kategori ini bagi filem Michael Clayton pada tahun 2007. Walhal pada tahun itu, dia tidak menang dua anugerah utama yang disebutkan tadi.

Begitu juga dengan Marcia Gay Harden yang mencipta kejutan pada tahun 2001 sewaktu dia memenanginya untuk filem Pollock. Sedangkan ketika itu namanya langsung tidak tercalon untuk mana-mana anugerah berprestij sebelum Oscar berlangsung.

Pilihan Hits: Octavia Spencer - The Help

Celebrity News

Celebrity News


Lyrics Smells Like Teen Spirit- Nirvana

Posted: 19 Feb 2012 07:51 AM PST


Load up on guns and bring your friends
It's fun to lose and to pretend
She's over bored and self assured
Oh no, I know a dirty word

Hello, hello, hello, how low? [x3]
Hello, hello, hello!

With the lights out, it's less dangerous
Here we are now, entertain us
I feel stupid and contagious
Here we are now, entertain us
A mulatto
An albino
A mosquito
My libido
Yay! [x3]

I'm worse at what I do best
And for this gift I feel blessed
Our little group has always been
And always will until the end

Hello, hello, hello, how low? [x3]
Hello, hello, hello!

With the lights out, it's less dangerous
Here we are now, entertain us
I feel stupid and contagious
Here we are now, entertain us
A mulatto
An albino
A mosquito
My Libido
Yay! [x3]

And I forget just why I taste
Oh yeah, I guess it makes me smile
I found it hard, it was hard to find
Oh well, whatever, nevermind

Hello, hello, hello, how low? [x3]
Hello, hello, hello!

With the lights out, it's less dangerous
Here we are now, entertain us
I feel stupid and contagious
Here we are now, entertain us
A mulatto
An albino
A mosquito
My libido

A denial !! [x9]

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mamak Oh Mamak

Posted: 19 Feb 2012 04:18 AM PST

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari.

Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali: ?????????????
Suka Lawak Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Lontong Goreng

Posted: 19 Feb 2012 12:40 AM PST

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi himpit - dipotong dadu
1/4 cawan udang geragau kering
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kicap
1 kiub pati ikan bilis
1 cawan tauge
1 batang sawi - dipotong 2 sm
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara menyediakan:


1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.

3. Kacau seketika dan masukkan cili kisar dan udang geragau.

4. Kacau hingga garing.

5. Masukkan air, garam, gula, kiub pati ikan bilis, kicap dan sawi.

6. Kacau hingga rata dan masukkan nasi himpit dan tauge.

7. Kacau hingga rata dan angkat.

8. Hidangkan bersama sambal kacang sotong.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Lawak : Ayam Sabung Bercerita

Posted: 19 Feb 2012 12:26 AM PST

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). 

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Lawak : Kisah Isteri Curang Dengan Hantu

Posted: 19 Feb 2012 12:23 AM PST

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Yusry dan Lisa Surihani Berpisah Sementara

Posted: 19 Feb 2012 08:25 AM PST

Sipnosis: Remaining three days called virgin, actress Lisa Surihani still taboo practice 'sweet blood' when not met her future husband, Yusri KRU since finished filming partnership with, Snake, 10 February.

Saat indah dinantikan oleh dua pasangan ini semakin hampir untuk kejinjang pelamin. Yusry dan Lisa kini berpisah sementara sebelum ketibaan majlis perkahwinannya.

Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang 'darah manis' apabila tidak bertemu bakal suaminya, Yusri KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, Ular, 10 Februari lalu.

Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan. Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.

"Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak 'dating', malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.

Bagi Lisa sendiri, hatinya sudah bulat tetapi sebelum bertaut kucupan di dahi, dia dan Yusry harus mengelak daripada bersemuka. Mereka memilih untuk berpisah sementara. Mungkin untuk kumpul rindu agaknya tapi saya cuma ikut pesan dan amalan orang-orang tua, pesan ibu saya. Kami sudah tidak bertemu sejak 10 Februari, Yusry mula-mula agak pelik dengan amalan sebegini, tapi dia okey lagipun ini bukannya satu paksaan cuma ada baiknya juga.

"Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.

"Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan," katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.

"Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.

"Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry," katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.

Tahniah kepada Lisa Surihani dan Yusry KRU yang bakal berkahwin pada 23hb Februari 2012. Semoga Majlis Perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar.

Filem Keramat Tarikkan Simbol Sex Zul Handy Black dan Mon Ryanti

Posted: 19 Feb 2012 12:15 AM PST

Sipnosis : Hot action in the film refers to the half Nazmir Keramat (played by Zul) seduced by the brother-in-law Munirah (played by Mon Ryanti) in the bathroom.

Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?
Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?


KEBERANIANNYA tampil berbogel dalam filem Mantra setahun lalu mendapat kecaman hebat pelbagai pihak. Teruk dia dihentam tetapi tidak sedikitpun ia menjadi kudis buat empunya diri kerana dia yakin apa yang dipersembahkan itu atas dasar profesional.

Terbaru, menerusi filem Keramat yang menjengah pawagam seluruh negara Khamis lalu, Zul Suphian sekali lagi tampil 'daring' dalam adegan bilik air apabila digoda adik ipar, lakonan Mon Ryanti. Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi. Babak itu memaparkan Nazmir (Zul) yang baru selesai mandi, digoda adik iparnya yang dirasuk roh Mustika yang hidup 100 tahun lalu.

Ketika menggoda, wajah Munirah acap kali bertukar rupa Mustika (Diana Amir). Ketika dihubungi, Zul tidak menafikan babak itu agak 'berani' tetapi tidaklah sepanas Mantra di mana ada babak Zul tanpa seurat benang di tubuhnya. Andai ia menjadi kontroversi, bekas vokalis kumpulan Handy Black ini bersedia kerana pernah berdepan senario serupa sewaktu Mantera ditayangkan. "Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan.

Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. "Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib.

"Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu," katanya. -

petikan dari Harian Metro


dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot.com PR2 :) apa lagi jom komen.

Foto sensasi Separuh Bogel Nikita Mirzani Tersebar

Posted: 19 Feb 2012 12:00 AM PST

Nikita Mirzani artist was shocked to hear his sensational photo spread on the internet.

He said he was keeping the picture closely that he was suspicious of those who were close to him.


Jom baca petikan dibawah.

Artis Nikita Mirzani amat terkejut ketika mengetahui foto sensasi miliknya tersebar di internet.

Menurutnya, dia sudah menyimpan gambar berkenaan dengan rapi menyebabkan dia mencurigai mereka yang rapat dengannya.

Saya tidak tahu mengapa gambar itu boleh tersebar kerana ia adalah foto peribadi. Gambar itu saya simpan di Facebook dan hanya keluarga dan teman rapat yang boleh melihatnya.

Malah, hanya beberapa keping yang di muat naik, katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam sebuah blog, terdapat kira-kira 12 keping gambar menunjukkan Nikita tampil seksi mendedahkan bahagian atas tubuhnya.

Ada juga gambar menunjukkan dia hanya memakai pakaian dalam. Dalam satu gambar pula, perempuan kelahiran Jakarta pada 17 Mac 1986 itu kelihatan seksi dengan sebahagian tubuhnya dipenuhi tatu.

Bagaimanapun, Nikita menganggap gambar dirinya itu tidak keterlaluan. Malah, bintang filem Perempuan Liar itu mendakwa fotonya lebih bersifat artistik. Nak lihat aksi Nikita Mirzani berbogel cari dalam google.

ps:bodynya terbaik dari ladang

dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot PR2 :) apa lagi jom komen.

Rita Rudaini meminta pengguna Twitter mohon maaf

Posted: 18 Feb 2012 07:22 PM PST


Well-known actress who is also a national footballer's wife Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Kingdom, claiming the owner of a Twitter account, @ bob_azuan to apologize immediately after the insult, slander and humiliated through the social networking site.

Apa lagi nak kita cakapkan apabila @ bob_azuan yang telah disahkan oleh isteri pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan telah menfitnah beliau, isi sesedap rasa sahaja.

Aktres terkenal yang juga merupakan isteri pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Moktar menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.

Rita menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf dengan segera. Saya telah diaib dengan kata-kata kesat berbaur penghinaan menerusi komen-komennya dalam akaun tersebut.

"Antara kata-kata kesat dan mengaibkan yang dilemparkan kepada saya termasuklah menggelar saya dengan perkataan 'Ritaik'," ujar Rita yang dipetik dari laman mStar.

Selain itu juga, pemilik akaun tersebut yang menggunakan gambar profil Twitter adik ipar aktres iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak turut mendakwa akan mendedahkan kisah dan gambar yang bertujuan untuk mengaibkannya.

Rita yang dikatakan mengenali pemilik Twitter berkenaan memaklumkan bahawa individu tersebut telah memohon maaf melalui seorang teman dan menutup akaun tersebut selepas dihentam teruk oleh peminat Rita yang mengkritik dan marah dengan tindakannya.

"Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia adalah rakan kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam masalah rumah tangga saya," katanya.

Individu tersebut mendakwa bekerja sebagai seorang jurugambar syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Seperti diketahui ramai, masalah rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan yang merupakan kembar kepada Zaquan Adha masih hangat diperkatakan dan belum selesai selepas suaminya bertindak keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil Zafuan telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan terbina, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 10 bulan.

Sementara itu Zaquan Adha menerusi Twitter miliknya enggan mengulas panjang mengenai kejadian yang berlaku, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.

Soalnya sekarang, boleh ker kesan siapakah empunya akaun tersebut?

dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot PR2 :) apa lagi jom komen.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Shila Amzah Tidak Terfikir Jadi Pelakon

Posted: 18 Feb 2012 05:14 AM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah yang bakal muncul dengan telefilem pertama berjudul Patah Seribu mendedahkan tidak pernah terfikir untuk terjun dalam bidang lakonan sebelum ini.

Shila berkata, pelawaan pengarah filem dan drama berbakat, Michael Ang untuk sama-sama mengajaknya terlibat dalam projek tersebut benar-benar adalah di luar jangkaannya.

"Ini adalah kali pertama saya berlakon, sudah tentu pelbagai perasaan timbul dalam diri kerana tidak pernah melakukannya. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar Michael saya rasa telah melakukan dengan baik untuk Patah Seribu," ujarnya.

Shila ditemui pada majlis sidang media telefilem itu di sini pada Selasa lalu.

Tambahnya, dia turut bersetuju untuk berlakon dalam telefilem berkenaan adalah kerana telah mengenali Michael sebelum ini dan selesa bekerja di bawah pengarah itu.

"Sebelum ini Michael telah mengarahkan muzik video Patah Seribu dan saya berasa selesa bekerja dengan orang yang dikenali," ujarnya.

Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa teruja apabila lagu Patah Seribu yang ditulisnya diangkat menjadi sebuah drama dan turut dilakonkan olehnya sediri.

Shila memberitahu ia adalah salah satu daripada detik penting dalam kerjayanya dan telah membangkitkan semangat untuk terus berkarya pada masa hadapan.
Shila tidak kekok berlakon disamping kekasihnya Sharnaaz.

"Berapa ramai penulis lirik dan komposer yang lagu dihasilkan mereka dijadikan filem atau drama? Ini adalah detik manis dalam hidup saya sebagai seorang pencipta lagu," ujarnya.

Sementara itu, Shila berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di samping kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad dalam drama tersebut malah berasa selesa.

Katanya, ketika penggambaran dijalankan dia dan Sharnaaz masih belum mempunyai apa-apa hubungan secara rasmi namun tidak menafikan sedang mengenali antara satu sama lain.

"Ketika berlakon dalam Patah Seribu kami masih bergelar kawan dan tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dan dia seorang yang banyak membantu ketika di lokasi," katanya.

Selain Shila dan Sharnaaz, drama itu turut dilakonkan oleh Sharifah Shahora, Amar Baharin, Jihan dan Reza Mohd. Ia akan ditayangkan pada 23 Februari depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Misha nikah tahun ini

Posted:

Misha nikah tahun ini

Misha nikah tahun ini

CERITA Misha Omar hendak berkahwin, sudah berkahwin termasuk didakwa berkahwin lari atau menjadi isteri ketiga kepada seorang usahawan automotif pernah menjadi cerita hangat sejak beberapa tahun lalu.

Penat juga dia menepis segala terjahan yang hampir semua pelurunya tersasar daripada tujuan asal. Akhirnya kerana terlalu lelah, dia memilih untuk membungkam diri. Ajaibnya, cara itu berkesan. Cerita tentang perkahwinannya hanyut mengikut gelombang masa.

Sehingga tengah hari Ahad lalu, kami bertemu. Pertemuan itu diatur pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar, dua hari sebelum sesi fotografi berlangsung. Seperti orang sedang menyorok dan separuh berbisik Mimie berbicara di hujung talian.

"Misha Omar nak bertunang, Insya-Allah. Kami jemput Kosmo! ambil gambar eksklusif Misha dan bakal ahli keluarga baharu kami Ahad ini. Sudi?", soal Mimie sebelum persetujuan dicapai dan tengah hari Ahad itu kami bertemu.

Faktanya, Misha akan bertunang dalam masa terdekat manakala berkahwin sekitar hujung tahun ini.

"Bagaimanapun semuanya bergantung atas perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak," ujar Misha.

Ah, jejaka yang akhirnya berjaya mengajak penyanyi Bunga-Bunga Cinta dan Pulanglah itu bukan lelaki asing dalam dirinya.


WALAUPUN Misha sempat bercinta dengan lelaki lain, namun hatinya kembali kepada Firos untuk hidup bersama sebagai suami isteri.


Pimpin anak

Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka.

Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Bukan lelaki berkerjaya hebat atau kerabat diraja yang dikejar Misha, sebaliknya jejaka tersebut dipilih kerana dia mempunyai aura tersendiri.

"Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan.

"Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan," ujar Misha.

Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.

"Saya ada banyak sisi hitam dalam hidup. Dia sentiasa ada di sisi saya, walaupun satu ketika dahulu (tahun lalu) sewaktu kami berpisah, dia terpaksa mendengar luahan hati dan cerita cinta saya yang memang pada waktu itu hampir berkahwin dengan seseorang. Dia gigih bertahan!" tambahnya lagi sambil ketawa mengekeh.

Tersenyum mendengar luahan Misha, Firos kemudian menjadi sasaran pertanyaan.


BERITA pernikahannya dengan Firos sekali gus menutup spekulasi Misha yang didakwa berkahwin lari atau menjadi isteri ketiga seorang usahawan.


Body guard

Mengapa dia begitu setia menunggu Misha yang tidak kering gosip dengan lelaki, sementelah dia juga artis popular yang boleh memilih sesuka hati lelaki mana untuk dijadikan suami.

Mengapa Firos terlalu yakin bahawa Misha ialah destinasi cintanya yang sejati. Juga, bagaimana Firos boleh terlalu cool menjadi pendengar setia cerita cinta bekas kekasih sendiri yang mahu berkahwin dengan orang lain.

"Siapa kata saya setuju dia nak kahwin orang lain?" soal Firos sambil ketawa.

Dia kemudian menyambung: "Memang masa dia telefon cakap nak kahwin dengan seseorang, saya ucap tahniah, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Saya jerit dalam hati – please no, please don't! Tapi ia tak terkeluar dan syukur memang dia tak jadi kahwin dengan orang lain tetapi Insya-Allah akan menjadi isteri saya."

Tambah Firos lagi, sejak pertama kali berkenalan dengan Misha, dia yakin bahawa Misha ialah jodohnya dunia akhirat. Kerana itu dia tidak mahu berganjak daripada menjadi pemuja setia wanita itu dan ternyata impian untuk menikahi Misha hampir terlaksana.

Mengaku saat mereka berpisah dia juga sempat menjalin cinta dengan wanita lain, namun semuanya tidak berjaya dan tidak seperti percintaannya yang sederhana tetapi kaya dengan kasih sayang bersama penyanyi yang juga aktif sebagai pelakon itu.

Menjawab persoalan tentang kesukaran bercinta dengan seorang artis, Firos memberitahu tidak berhadapan dengan kesukaran.

"Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia," kata Firos.

Sambil ketawa, Firos memberitahu, kesukaran yang dihadapinya adalah untuk membuat orang percaya bahawa Misha ialah kekasihnya.

"Ramai yang tak percaya saya kekasih Misha. Macam baru-baru ni, kami ke sebuah restoran makanan segera. Ada yang bertanya kepada saya, 'abang betul ke tu Misha Omar?' Bila saya jawab ya, mereka tanya lagi, 'dia siapa dengan abang?' saya jawab kekasih, tetapi mereka tak percaya sebaliknya cakap saya pengawal peribadi Misha," ceritanya yang juga mengaku sukar mempercayai bahawa dia adalah kekasih seorang penyanyi popular Malaysia.

Kini saat sedang menghitung hari menjadi pasangan bertunang dan seterusnya menjalani fasa kehidupan sebagai suami isteri, pasangan tersebut sepakat untuk menjalani realiti berumahtangga secara sederhana.

"Keputusan kami untuk hidup bersama adalah tanpa perjanjian kemewahan dunia, namun ia adalah persefahaman untuk menuju syurga bersama dengan seadanya," kata Misha.

Biar sedang mekar meniti tangga bahagia, kerjaya yang ada tetap berjalan lancar. Setelah sekian lama tidak muncul dengan single, kini Misha akan kembali dengan single baharu berjudul Angin Syurga hasil karya Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Budhhi Hikayat.

Selain Angin Syurga, Misha juga merancang untuk mempunyai beberapa single lagi. "Saya juga akan terus dengan genre balada selain cuba mengembalikan irama balada padang pasir seperti lagu duet dengan Andy Flop Poppy, Sembunyi," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk tayangan Aidilfitri nanti, Bonus Hari Raya.

Dalam masa yang sama, Misha kini baru dilantik menjadi duta produk kecantikan Shisheido untuk keluaran White Lucent (Skin Care).

Lisa mandi bunga

Posted:

Lisa mandi bunga

Lisa mandi bunga

TINGGAL beberapa malam sebelum berkongsi kamar bersama lelaki bergelar suami, si darah manis Lisa Surihani tidak sepi dihambat debar. Pelik dan ironinya, bukan pemilik badan yang ketar menghitung hari. Debar itu sebaliknya ditimbulkan orang sekeliling, teman-teman rapat serta setiap orang datang bertanya, hanya soalan itu yang disuakan ke benaknya.

Bertemu seketika pada malam gala Cinta Kura-Kura terbitan syarikat milik adik-beradik bakal suaminya, KRU Studio's, Lisa dibidik soalan yang sama. Jawapan Lisa memberikan gambaran, bahawa jiwanya sedang lebar terbuka. Permaidani ke gerbang hidup bersuami sudah terhampar megah menantikan detik bergelar isteri kepada Yusry.

Memilih untuk diijabkabul pada pagi Khamis, 23 Februari, mereka memilih Hotel Marriott, Putrajaya sebagai lokasi memeterai janji. Selang dua hari kemudian, Lisa dan Yusry akan beralih ke Pusat Konvensyen Putrajaya untuk majlis resepsi kedua-dua belah pihak.

Bagi Lisa sendiri, hatinya sudah bulat tetapi sebelum bertaut kucupan di dahi, dia dan Yusry harus mengelak daripada bersemuka. Mereka memilih untuk berpisah sementara.

SENSASI BINTANG: Kenapa harus ada tempoh berpisah?

LISA SURIHANI: Mungkin untuk kumpul rindu agaknya tapi saya cuma ikut pesan dan amalan orang-orang tua, pesan ibu saya. Kami sudah tidak bertemu sejak 10 Februari, Yusry mula-mula agak pelik dengan amalan sebegini, tapi dia okey lagipun ini bukannya satu paksaan cuma ada baiknya juga.

Bila cakap pasal hari akad nikah, apakah perkara pertama yang terlintas pada fikiran awak?

Sebenarnya perkara itu datang semasa hari rombongan keluarga Yusry datang menghantar tanda lagi, saya teringatkan arwah bapa. Dia tiada bersama kami untuk melihat satu-satunya anak perempuannya yang akan berkahwin.


LISA SURIHANI dan Yusry bakal diijab kabul pada Khamis ini di Hotel Marriott, Putrajaya. Selang tiga hari kemudian, mereka akan diraikan dalam


Sudah mula menghitung hari dan semakin memuncak debar?

Sebenarnya tidak, tak berdebar sebaliknya saya rasa lega, tenang, bahagia dan sangat-sangat bersyukur kepada Ilahi. Saya tak rasa gementar saat bernikah nanti. Cuma saya hanya rasa menggeletar, bila cincin disarungkan ke jari pada hari pertunangan tempoh hari.

Mungkin sebab masing-masing sibuk bekerja, jadi tak rasa sangat macam nak kahwin?

Mungkin juga. Nak tahu tak, semasa beberapa babak terakhir penggambaran di Pulau Pangkor baru-baru ini, saya kena sengat tebuan betul-bawah kelopak mata kiri. Muka saya bengkak dan sakit yang amat, nasib baik tak kena mata tetapi sekarang dah pulih. Sekarang Yusry masih sibuk buat suntingan filem Vikingdom, saya pula masih terlibat dengan kerja-kerja sebagai duta tapi sudah mula cuti sejak 17 Februari lalu (Jumaat) sampailah hari nikah nanti.

Selain persediaan mental serta persiapan untuk majlis, ada persediaan lain?

Ada, mak nak saya ikut cara persediaan orang dulu-dulu, ikut cara tradisional. Inilah masanya sebab selama ini asyik sibuk dengan kerja, akan ada malam berinai dan khatam al-Quran juga, saya juga akan buat acara mandi bunga. Tapi mandi bunga beramai-ramai ala-ala girls affair dengan sepupu-sepupu serta ibu-ibu saudara yang dah kahwin atau belum kahwin boleh ikut serta. Seronoklah dapat rasa pengalaman begitu, saya sendiri ikut cakap ibu, dia yang nak sangat saya buat semua itu. Lagipun benda-benda begitu akan buat bakal pengantin rasa istimewa, menenangkan dan lebih dekat dengan budaya serta saudara-mara.

Sudah bersedia pikul tugas sebagai isteri orang?

Ini benda baharu, saya tak boleh kata sudah bersedia seratus-peratus sebab saya belum pernah berkahwin. Saya cuma harap Yusry bahagia dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidupnya. Saya bersyukur sebab kami bertemu pada waktu yang tepat, kalau Yusri jumpa saya dua atau tiga tahun lepas mungkin kami orang yang berbeza, saya bukan saya seperti hari ini, begitu juga dengan Yusry.

Apa rancangan selepas berkahwin?

Kami rancang untuk bercuti selama dua minggu, mungkin akan ke Eropah untuk bulan madu kemudian balik sambung kerja sebab saya ada praproduksi untuk filem Tingkat 4 pula.

Tiz anggap gosip mengarut

Posted:

Tiz anggap gosip mengarut

Tiz anggap gosip mengarut


TIZ ZAQYAH berasa serba salah dalam mendedahkan kisah percintaannya.


CINTA sesama artis memang mudah mengundang spekulasi. Mendedahkan salah, menyembunyikan daripada pengetahuan umum juga ada sahaja yang tidak kena.

Tidak terkecuali status cinta pasangan pelakon sensasi, Tiz Zaqyah Razak dan Remy Ishak yang mula mencetuskan tanda-tanya. Bermula dengan khabar angin dalam blog-blog hiburan, kemudian berpanjangan sehingga ke ruangan pojok surat khabar. Akhirnya Tiz sendiri membuka mulut. Ternyata, Tiz berusaha mempertahankan cintanya yang didakwa telah berkerat rotan dengan Remy.

"Saya anggap gosip itu tidak wujud, ia sama sekali tidak benar," nafi Tiz menutup khabar panas yang bertiup kencang minggu lepas.

Awal minggu baru-baru ini, Tiz hadir tanpa ditemani Remy sempena tayangan perdana filem keduanya, Cinta Kura-Kura di Cineleisure, Damansara. Barangkali Remy ada urusan lain, sementelah baru pulang dari percutian singkatnya ke Jakarta, Indonesia pada minggu lepas.

"Dia (Remy) sudah pulang dari Jakarta," ucap Tiz ketawa sepanjang meleraikan spekulasi yang bertimpa-timpa ke atasnya.

SENSASI BINTANG: Jadi ternyata cerita itu tidak benar?

TIZ ZAQYAH: Tidak, tidak benar sama sekali!

Rimas tak apabila timbul macam-macam cerita tentang hubungan kalian?

Itulah susahnya, bila kita mendedahkan, tidak mendedahkan pun sama juga situasinya. Jadi saya anggap gosip itu tidak wujud.

Apabila cerita-cerita tidak berasas kian banyak muncul, adakah ia menghantui hidup kalian?

Ini salah satu cabaran yang kami harus lalui, bila sudah terlalu banyak didedahkan, maka timbullah spekulasi begini.

Adakah cabaran-cabaran sebegini akan merapatkan lagi hubungan kalian?

Bukan ini yang kami mahu dalam hubungan kami, tapi apabila ia sudah berlaku, mahu tidak mahu, kami kena tempuhi juga.

Okey, baru-baru ini ada beberapa status Facebook Tiz yang menuduh media punca masalah dalam kalangan artis, adakah itu memberi gambaran Tiz cuba meluahkan ketidakpuasan hati kepada masyarakat atau media?

Tak, langsung tidak. Saya minta maaf jika ada pihak yang fikir perkara di sebaliknya. Soal Whitney itu saya maksudkan tentang masalah artis, artis Malaysia tak boleh dibandingkan dengan artis luar, tapi jika artis di Amerika sendiri tidak mampu mengawal diri, apatah lagi artis kita di sini. Kritik dan hukuman peribadi oleh masyarakat itu akan memburukkan lagi keadaan jika seseorang artis itu terlibat dengan masalah seperti dadah dan lain-lain.

Bagaimana pula dengan status dalam akaun Twitter Tiz?

Okey, saya mahu maklumkan di sini, itu adalah akaun palsu, saya sudah lama menutup akaun Twitter sejak Julai lepas, sekarang saya hanya guna Facebook untuk berkomunikasi dengan peminat.

Bila berlaku salah tafsir begitu, adakah Tiz merasakan soal privasi Tiz langsung tidak dipedulikan?

Bila orang cepat menghukum, privasi itu sudah tidak lagi wujud. Saya mengakui, masih mahu menyimpan ruang privasi untuk saya seorang tetapi inilah 'pakej' yang datang bersama status selebriti. Saya kena pandai-pandai sendiri untuk seimbangkan keadaan.

Sekarang anda muncul dengan filem romantik komedi, dalam Cinta Kura-Kura itu ringan dan santai. Setuju atau tidak jika dikatakan bahawa selepas watak Nur Amina dalam Nur Kasih (drama dan filem), watak-watak lain seperti mendatar sahaja impaknya?

Sebenarnya susah untuk mendapat watak yang kuat serta naskhah yang ada jalan cerita yang bagus. Saya tak boleh terlalu memikirkan keadaan itu, takut gila pula nanti. Jadi pelakon, saya kena seimbangkan juga, ada masa bawa watak ringan, ada masa lain watak berat pula.