Adsense

Khamis, 25 November 2010

Zon Artis

Zon Artis


Datuk Siti Nurhaliza Undur Diri Dari ABPBH

Posted: 25 Nov 2010 08:20 AM PST

DATUK SITI NURHALIZA UNDUR DIRI DARI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Kalau tak silap kami, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Datuk Siti Nurhaliza ada mengeluarkan kenyataan yang dia ingin mengundurkan diri dari ABPBH dengan alasan ingin memberi laluan kepada artis baru. Namun hasratnya itu ditolak oleh pihak penganjur kerana setiap artis yang tersenarai dan tercalon dalam ABPBH adalah hasil undian para peminat.

Walau bagaimanapun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang pada Rabu lalu (24 Nov), Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

Berikut kenyataan daripada Datuk Siti Nurhaliza berhubung pengundurannya:

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong," – via murai.com.my

Nampak gayanya, kuranglah seri ABPBH sebab Tok Ti sudah takde dan ini juga bermakna, laluan artis-artis baru untuk mendapatkan anugerah 'Bintang Paling Popular' semakin mudah. Sebagai peminat Tok Ti, kami juga sedih dengan pengunduran beliau ini tapi kami tetap hormati keputusan beliau.

PSSTT: Jom singgah kat BLOG SENGAL GILER NI

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sokongan berkomputer yang lebih canggih

Posted: 25 Nov 2010 10:47 PM PST




MENGIKUT jadual, sepatutnya pesawat Airbus A380 milik Qantas yang berlepas dari Singapura pada hari itu perlu menamatkan penerbangan di Sydney, Australia.

Namun tanpa diduga, pesawat yang sedang menerbangkan seramai 433 penumpang dan 26 krew itu terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Tindakan tersebut dilakukan gara-gara pesawat A380 mengalami kerosakan enjin semasa berada di ruang udara Indonesia. Insiden itu menyebabkan juruterbang pesawat superjumbo itu terpaksa membuang bahan bakar di ruang udara republik itu.

Cerita salah seorang penumpang, Christopher Lee, yang berada di dalam pesawat bersama isteri dan anaknya berusia tujuh bulan, suasana di dalam pesawat yang tenang sebelum itu bertukar kelam-kabut apabila terdengar dua letupan yang sangat kuat.

"Saya fikirkan pesawat terlanggar kawanan burung yang besar. Namun, sangkaan saya meleset apabila ternampak kepulan asap keluar dari salah sebuah enjin pesawat," tutur Lee yang memuji tindakan juruterbang Qantas, Kapten de Crespigny dan krew kabin kerana bijak mengawal situasi serta menenangkan penumpang.

Menyedari pesawat sedang mengalami masalah, Crespigny, 53, segera membuat pengumuman menerusi alat Intercom di dalam pesawat Airbus A380.

"Saya memohon maaf. Pastinya anda sedar enjin kedua pesawat mengalami masalah teknikal. Maka, penerbangan ini tidak dapat meneruskan perjalanan ke Sydney. Jangan bimbang kerana buat masa ini pesawat masih terbang dalam keadaan selamat," tutur Crespigny.

Insiden seumpama itu secara tidak langsung membimbangkan banyak pihak. Enggan perkara yang sama berulang, syarikat pembuat enjin pesawat Rolls-Royce bercadang menggantikan 40 buah enjin pesawat A380.


SYARIKAT Airbus boleh berbangga kerana berjaya menghasilkan pesawat superjumbo yang terbesar di dunia.


Proses penggantian itu melibatkan hampir separuh enjin Trent 900 keluaran Rolls-Royce yang dipasang pada pesawat A380 milik Qantas, Singapore Airlines dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

"Selama 90 tahun beroperasi, Qantas tidak pernah mengalami sebarang nahas maut. Namun, disebabkan masalah yang berlaku pada baru-baru ini, semua penerbangan Airbus A380 milik Qantas digantung buat sementara waktu," terang seorang jurucakap Qantas Airways di Australia.

Terbesar di dunia

Berbicara tentang pesawat A380, ia merupakan pesawat terkini keluaran syarikat Airbus yang mampu memuatkan antara 555 hingga 840 penumpang dalam satu penerbangan. Pada ketika ini A380 atau digelarkan pesawat superjumbo adalah pesawat terbesar di dunia. Selain diiktiraf sebagai pesawat pertama dunia yang mempunyai dua aras penumpang, setiap pesawat A380 dijana menggunakan empat buah enjin.

Sebelum kemunculan A380, Airbus terlebih dahulu memperkenalkan A300 dua enjin pada tahun 1974. Ketika itu, A300 merupakan pesawat bersaiz besar yang boleh terbang melebihi 60 minit. Kemudian diikuti dengan pesawat A310 sekitar tahun 1980-an, A320, A318, A319, A320 dan A321.

Seterusnya syarikat Airbus sekali lagi mencipta sejarah apabila mengeluarkan pesawat A330 dan A340 yang dianggap sebuah pesawat yang selesa dan meyakinkan.

Namun begitu, di sebalik kegemilangannya pada hari ini, Airbus yang ditubuhkan oleh Konsortium Negara-Negara Eropah yang melibatkan Jerman, Perancis, Britain dan Sepanyol, pernah berhadapan dengan kegagalan teruk pada tahun 1978.

Pada tahun berkenaan, 38 buah kapal terbang keluaran Airbus hanya berjaya dijual kepada empat buah syarikat penerbangan. Lebih mengecewakan ibu pejabat Airbus yang berpangkalan di Toulouse, Perancis, terdapat 16 buah kapal terbang Airbus yang sudah siap dipasang untuk dijual tetapi tersadai di hangar.

Syarikat Airbus tidak berputus asa, malah mereka terus berusaha menghasilkan pesawat yang berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan. Segala-galanya berubah selepas Airbus tampil dengan reka bentuk kapal terbang A300B yang menarik sehingga rekod jualan Airbus naik mendadak.

Teknologi sistem berkomputer

Terdapat banyak sebab kenapa Airbus boleh berbangga dengan semua pesawat keluaran mereka terutamanya pesawat A380. Bersesuaian dengan namanya pesawat superjumbo, A380 merupakan kapal terbang yang menawarkan perkhidmatan perjalanan yang bukan sahaja mempunyai kadar bunyi yang rendah malah terbaik dari segi hospitaliti.

Keluasan pesawatnya mampu menempatkan ruang mesyuarat, ruang mandi dan memberi keselesaan laluan kepada penumpang yang lazimnya terpaksa berjalan di lorong yang sempit.


BAHAGIAN kokpit pesawat A380 dilengkapi dengan sistem berkomputer yang canggih dan berteknologi tinggi.


Ia turut mengurangkan penggunaan bahan api dan sistem canggih untuk memberi ketahanan dan mengurangkan kos operasi. Ini termasuklah pembakaran bahan api yang rendah dan dilengkapi mod pengurusan penerbangan yang menggunakan sistem maklumat elektronik komprehensif.

Teknologi hebat itu paling ketara dilihat di bahagian kokpit pesawat yang mengawal keseluruhan sistem pengurusan penerbangan dan navigasi. Pada masa yang sama, kokpit turut menempatkan lapan panel paparan utama dan sebuah paparan skrin di bahagian atas kepala (HUD) yang membantu juruterbang untuk mendarat dan memulakan penerbangan.

"Meskipun Boeing terlebih dahulu hadir dalam industri pembuatan pesawat tetapi kebanyakan syarikat penerbangan pada hari ini cenderung memilih pesawat Airbus, khususnya jenis A380," jelas pakar bahagian avionik dari Institut Teknologi Aeronautik Malaysia (MIAT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Baha Rudin Abd. Latif.

Tambah Baha yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat, selain rekaan dalaman, A380 kerap menjadi pilihan kerana penggunaan sistem teknologi berkomputer di bahagian kokpit.

Dua buah komputer utama dan sebuah komputer sokongan yang digunakan di dalam kokpit membantu juruterbang dari pelbagai aspek.

"Misalnya, ketika haluan penerbangan hendak dilencongkan ke kiri, maka sistem komputer akan mengira sudut pusingan yang ideal untuk keperluan tersebut. Dengan adanya sistem komputer, ia membantu pesawat mendarat dengan baik termasuk dalam situasi melawan angin lintang di landasan.

"Lagipun bukan semua juruterbang mampu mengatasi mahupun mengawal pesawat ketika berhadapan dengan masalah cuaca teruk. Sebab itu, pesawat A380 Qantas baru-baru ini dapat mendarat dengan baik walaupun secara cemas.

Mematuhi jadual penyelenggaran

Menyentuh isu penyelenggaraan pesawat, Baha menjelaskan jadual penyelenggaraan selalunya mengikut perjanjian antara syarikat Airbus, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus.

Sekiranya pihak syarikat penerbangan tidak melakukan penyelenggaraan mengikut tarikh yang ditetapkan, syarikat penerbangan berkenaan perlu memaklumkan segera kepada DCA.


AIRBUS A380 menawarkan keselesaan dalaman dan kadar bunyi yang rendah.


Tambah Baha, adalah salah dari segi undang-undang untuk meneruskan operasi penerbangan menggunakan pesawat yang tidak diselenggarakan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Langkah itu penting demi keselamatan penumpang dan mengelakkan sebarang nahas berlaku.

"Selain penyelenggaraan berkala, jurutera turut melakukan pemeriksaan setiap kali pesawat mendarat. Sebelum itu jurutera terlebih dahulu berbincang bersama juruterbang bagi mengenalpasti kerosakan atau masalah yang berlaku sewaktu penerbangan.

"Biasanya, hanya laporan kecil seperti kerosakan lampu, tayar pancit, sistem rada atau radio komunikasi. Selepas membaiki kerosakan berkenaan, jurutera segera memeriksa di bahagian enjin, kipas, roda dan sebagainya sebelum pesawat melakukan penerbangan seterusnya," terang Baha yang pernah menjalani kursus jangka pendek penyelenggaraan pesawat di Toulouse, Perancis selama sebulan.

Penglihatan kabur, badan terasa kebas

Posted: 25 Nov 2010 10:46 PM PST




JIKA anda mengalami degupan jantung yang pantas di luar kebiasaannya, segeralah berjumpa dengan doktor kerana anda mungkin mengalami Pemfibrilan Atrium (AF) iaitu salah satu penyumbang kepada strok.

Namun, tidak semua orang menyedari perkara tersebut dan akhirnya AF tidak dapat dikesan pada peringkat awal lalu menyebabkan serangan strok berlaku.

AF kini merupakan keabnormalan degupan jantung yang biasa dalam kalangan orang dewasa di seluruh dunia. Di negara-negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat sahaja seramai sembilan juta orang dilaporkan diserang penyakit itu.

Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi Institut Jantung Negara, Dr. Razali Omar berkata, AF dapat dikesan apabila jantung berdegup dengan tidak sekata, sama ada terlalu pantas atau terlalu perlahan.

"Ramai penghidap AF ini tidak menunjukkan simptom terutamanya apabila degupan jantung mereka tidak terlalu pantas.

"Namun, simptom yang biasa adalah seperti pening kepala, sakit dada dan sukar bernafas," katanya ketika hadir di Kempen 1 Misi 1 Juta Mendalami Punca Strok baru-baru ini.

Oleh itu katanya, adalah sangat penting untuk merawat AF dengan kadar segera. Mereka yang mempunyai gejala AF berisiko hingga lima kali ganda lebih tinggi diserang strok berbanding mereka yang tiada masalah AF.

Strok yang disebabkan AF adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya berbanding strok yang bukan disebabkan AF.

"Bagaimana mahu memastikan seseorang itu mempunyai gejala AF? Kebiasaannya denyutan jantungnya dalam keadaan rehat adalah 150 manakala ketika berjalan pula adalah 180.


PESAKIT strok yang mengalami gangguan pada upaya anggota tubuh memerlukan banyak sokongan ahli keluarga untuk menjalankan kehidupan seharian. - Gambar hiasan


"Risiko AF ini meningkat dengan pertambahan usia dan ia menyerang satu peratus orang dewasa di seluruh dunia. Seorang daripada empat orang dewasa berusia 40 tahun ke atas akan berhadapan dengan keadaan tersebut," jelasnya.

AF kebiasaannya berlaku kepada mereka yang mempunyai sakit jantung atau berkaitan dengannya seperti kegagalan fungsi jantung. Ia sangat jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Kadangkala sesetengah kes AF tiada penyebab yang jelas namun beberapa faktor gaya hidup boleh mencetus risikonya iaitu tekanan darah tinggi, diabetes melitus, mempunyai kelenjar tiroid terlampau aktif, kegagalan jantung atau mengambil alkohol terlalu banyak.

Strok berlaku dengan gejala AF apabila darah berkumpul dan tidak dapat mengalir kerana atrium tidak berfungsi dengan baik.

Darah berkumpul di dalam atrium dan membentuk darah beku yang melalui aliran darah. Darah beku itu menyekat aliran darah ke otak lalu menyebabkan strok.

"Strok boleh dikatakan sama seperti serangan jantung tetapi dalam hal ini ia menyerang otak. Darah perlu mengalir ke seluruh badan dan hingga ke otak bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

"Jika aliran darah ini disekat oleh darah beku, otak akan kehilangan bekalan tenaga lalu menyebabkan kerosakan otak. Ia boleh membawa kepada kehilangan upaya atau kematian," jelasnya.

AF merupakan faktor risiko utama penyebab strok. Di seluruh dunia, seramai tiga juta orang mendapat strok berkaitan AF setiap tahun iaitu sama dengan seorang dalam tempoh 12 saat.


Hamidon, Razali dan Pengarah Urusan Boehringer Ingelheim (M) Sdn. Bhd., Cheong Yee Kok ketika pelancaran 1 Misi 1 Juta Mendalami Punca Strok.


Tidak sedar

Kira-kira 40,000 rakyat Malaysia diserang strok setiap tahun, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa mereka mempunyai risiko besar terhadap penyakit tersebut.

Hanya sebilangan kecil yang maklum mengenai tanda amaran atau mengetahui apa yang patut dilakukan sekiranya disyaki mengalami strok.

Sementara itu, Presiden Persatuan Neurosains Malaysia, Prof. Dr. Hamidon Basri memberitahu, mengalami serangan strok tidak bermakna berakhirnya hidup seseorang itu.

"Strok boleh disembuhkan. Anggap sahaja ia satu permulaan yang baru. Strok boleh disembuhkan walaupun separuh daripada otak mengalami kerosakan.

"Serangan strok sememangnya boleh mengubah kehidupan seseorang untuk sepanjang hayat. Jika sebelum ini mereka boleh berdikari tetapi apabila diserang strok, mereka mungkin mengalami kelumpuhan yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada mereka yang sihat," katanya yang juga seorang pakar runding neurologi

Meskipun umum mengetahui kewujudan penyakit itu namun tidak ramai yang boleh menentukan kekerapan serangannya terhadap mangsa.

"Jangan sesekali memandang ringan terhadap penyakit ini kerana ia mampu mengubah hidup seseorang. Pesakit strok tidak mampu berdikari dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang hayat," ujarnya.

Tambah Hamidon, strok boleh berlaku dengan dua cara berbeza iaitu apabila salur darah di dalam otak pecah (strok berdarah) dan apabila salur darah tersekat (strok iskemia).


WALAUPUN sesetengah penghidap strok kehilangan upaya, ia masih boleh dirawat.


Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran sehinggalah seseorang itu mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri.

Namun, bukan semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan.

"Apa yang boleh dilakukan adalah mengawal faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolesterol dan tabiat merokok.

"Terus ke hospital jika diserang strok kerana otak akan rosak jika proses mendapatkan rawatan dilengah-lengahkan," pesannya.

Mengurus AF lebih fokus kepada mengurangkan risiko strok melalui pencairan darah atau rawatan anti trombotik dan memulihkan kadar degupan jantung normal.

Gaya hidup sihat penghidap diabetes

Posted: 25 Nov 2010 10:44 PM PST


BERSENAM mampu mengurangkan masalah kesihatan termasuk obesiti dan diabetes. - Gambar hiasan


CAPAILAH kasut sukan anda dan bersedialah untuk berlumba ke arah gaya hidup yang lebih sihat!

Berbeza dengan acara berlumba untuk menang, Perlumbaan Ke Sasaran (Race to Goal) menepati matlamatnya dalam kalangan keluarga dan pesakit diabetes untuk meneruskan perjalanan mereka bagi mencapai sasaran hidup mereka.

Acara tersebut menjadi pengisian program pendidikan awam yang dianjurkan sempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November lalu. Program yang dianjurkan syarikat farmaseutikal antarabangsa, MSD (subsidiari Merck & Co.) bersama Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) itu bertujuan menyampaikan mesej - hidup sihat dengan diabetes boleh dicapai dengan mentaliti yang betul dan pendekatan gaya hidup sihat.

Acara yang dianjurkan buat tahun kedua berturut-turut itu diadakan di Taman Tasik Lembah Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Perlumbaan Ke Sasaran 2010 menepati hasratnya iaitu mahu meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan pengurusan diabetes melalui kegiatan pendidikan yang penuh keriangan.

Semua kegiatan yang dianjurkan pada hari itu bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sihat dengan diabetes. Tiga tonggak utama pengurusan diabetes yang baik terdiri daripada amalan kesihatan yang betul dan pemeriksaan yang tetap, pemakanan yang berkhasiat serta senaman yang tetap.

Lebih daripada 350 peserta termasuk pesakit diabetes mengunjungi acara itu sambil mempelajari beberapa perkara tentang pengurusan diabetes.

Ketua Unit Perniagaan MSD, Sunny Lim memberitahu, Perlumbaan Ke Sasaran ialah acara pendidikan tahunan keempat yang dianjurkan oleh MSD sebagai sebahagian daripada kempen kesedarannya yang berterusan.

Meningkat dua kali ganda

"Bertemakan Hidup Sihat Dengan Diabetes, program ini memupuk gaya hidup sihat dan bermakna," katanya.

Pada masa ini, seramai 1.4 juta rakyat Malaysia atau seorang daripada setiap enam orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes.

Lebih mengejutkan, jumlah penghidap diabetes di Malaysia hampir meningkat dua kali ganda pada kadar yang lebih cepat sedekad lalu berbanding ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF).

"Kepada pesakit diabetes, kami ingin mengingatkan pengurusan diabetes yang berkesan dapat membantu mencegah komplikasi dan membolehkan anda menikmati hidup yang bermutu," ujar Lim.


ORANG ramai berpeluang menjalani aktiviti sihat beramai-ramai di Taman Tasik Lembah Kiara, Taman Tun Dr. Ismail.


Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad memberitahu, statistik menunjukkan bahawa kes diabetes meningkat di rantau ini dan secara global.

"Memandangkan perubahan gaya hidup moden kita yang mendadak, rakyat Malaysia perlu memahami bahawa diabetes adalah masalah kesihatan yang besar dan kita perlu mengawal keadaan itu sekarang sebelum terlambat.

"Kita perlu sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa perubahan gaya hidup yang sihat sangat penting dalam mencegah dan menguruskan diabetes Jenis 2," jelasnya bahawa diabetes Jenis 2 adalah diabetes yang paling lazim dan melibatkan kira-kira 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia.

Kempen Hidup Sihat Dengan Diabetes oleh MSD bermula sejak tahun 2007 dengan mempromosikan minuman teh tarik kurang gula.

Dua tahun lalu, bengkel dan pameran yang dianjurkan tertumpu kepada keperluan pemakanan dan penyediaan makanan yang berkhasiat.

Perlumbaan Ke Sasaran ialah acara kesedaran awam yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 yang memberi tumpuan kepada pendekatan pengurusan diabetes yang menyeluruh.


KURANGKAN pengambilan gula antara tip menguruskan diabetes.


Acara kali ini mendapat sokongan daripada beberapa penaja iaitu BOH Plantations, Breadtalk, Chef Amy Beh, Pusat Perubatan iHeal, biskut Jacob's dan mYoga. Selain itu minyak masak Naturel, Nestle Cheerios oleh bijirin sarapan Nestle, nutrien untuk diabetik oleh Nestle Nutrition, soyRich oleh Yeo's dan pakar mata VISTA.

Berbekalkan pasport, peserta dikehendaki melawat tiga pondok pendidikan yang didirikan di sekitar taman iaitu pondok Ketahui Segala-galanya Tentang Diabetes, pondok Pemakanan Yang Betul dan pondok Bersenam Demi Kesihatan.

Selain itu, aktiviti lain turut diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, memasak cara sihat dan demonstrasi senaman.

Walaupun matlamat Perlumbaan Ke Sasaran bukanlah memenangi perlumbaan, namun acara itu menjadikan setiap peserta adalah pemenang dengan cara masing-masing. Mereka membawa pulang cenderamata bersama pasport kesihatan mereka.

Ternakan jinak di pasar Kaa'kia

Posted: 25 Nov 2010 10:43 PM PST


HAMPIR semua haiwan ternakan di pasar Kaa'kia dilihat begitu jinak, seolah-olah tertib menuruti arahan si penggembala.


SETIAP tahun pada musim haji, jutaan umat Islam dari seluruh pelosok dunia mengerjakan ibadah haji iaitu rukun Islam kelima di tanah suci Mekah.

Salah satu daripada tuntutan dalam ibadah haji bagi jemaah yang berkemampuan adalah melakukan korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti kambing, lembu atau unta sebagai tanda kesyukuran.

Pada masa yang sama, jemaah haji yang mengerjakan haji tamattuk (mengerjakan umrah dahulu sebelum haji) diwajibkan membayar dam dengan menyembelih haiwan ternakan, atau berpuasa, atau memberi makan kepada fakir miskin mengikut syarat-syaratnya.

Dalam menunaikan tuntutan tersebut, para jemaah yang berkemampuan lazimnya akan pergi ke beberapa pasar haiwan ternakan di pinggir kota suci itu untuk membeli haiwan korban.

Salah satu daripada pasar tersebut adalah pasar haiwan Kaa'Kia yang menawarkan binatang sekecil kambing sehingga sebesar unta. Jemaah haji boleh melihat dan memilih sendiri haiwan itu mengikut kehendak mereka sama ada untuk membayar dam atau korban sempena Aidiladha.

Terletak kira-kira 20 minit memandu dari tengah Kota Mekah, pasar seluas lebih 500 meter persegi itu boleh menampung beratus-ratus ekor kambing, lembu dan unta dalam petak-petak kandang.

Saiz petak bergantung kepada jenis haiwan - petak kecil untuk kambing kecil sementara petak lebih besar untuk unta atau lembu. Pasar Kaa'Kia juga dilengkapi pusat penyembelihan.

Pekerja dan penyembelih

Perniagaan tertebut lazimnya dimiliki oleh warga Arab Saudi tetapi diuruskan oleh pekerja rakyat asing yang pelbagai bangsa.

Penulis semasa membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah ini bersama pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia berkesempatan melawat dan melihat sendiri perniagaan haiwan di situ.

Haiwan yang dibeli perlu disembelih oleh penyembelih berpakaian seragam berwarna merah yang siap menunggu dengan pisau menyembelih masing-masing.

Mujur masalah komunikasi yang membataskan perhubungan pasukan media dengan mereka diatasi oleh pemandu Coaster TH, Muhammad Abdul Mutalib yang bertindak sebagai penterjemah.

Uniknya haiwan di pasar Kaa'Kia itu, semua haiwan ternakan jinak-jinak belaka. Kambing-kambing tidak dikurung di dalam kandang dan cuma dijaga oleh penggembalanya supaya tidak keluar daripada kumpulannya.

Haiwan tersebut dibawa dari pelbagai tempat, diberi makan rumput dan air di kawasan kandang atau tempat ia berkumpul di kawasan pasar.

Pembeli yang datang pasti akan kagum melihat cara penggembala-penggembala itu mengendalikan ternakan seolah-olah haiwan tersebut memahami arahan mereka.


SEORANG penggembala kambing yang menunggu pelanggan memilih ternakannya untuk disembelih.


Harga jualan

Harga binatang pasar itu ditetapkan mengikut saiz dan jenis. Pembeli kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari negara Asia.

Ahmad Tahir Babikin, 53, seorang rakyat Arab Saudi, yang menjalankan perniagaan di pasar itu sejak dua dekad lalu berkata, beliau menjual kira-kira 3,000 ekor kambing berharga SR250 hingga SR700 (RM200 - RM600) seekor pada musim haji sahaja.

Di luar musim haji, jualan tidak menentu, katanya tanpa menyatakan jumlahnya.

Sementara itu, Abdul Wahab Abdul Kadir, 33, pula berkata, beliau menjual lapan jenis kambing berharga di antara SR200 dan SR400 (RM160 - RM330) seekor .

Bagi pedagang unta, Jaafar Abdul Rashid, 50, musim haji merupakan waktu paling sibuk dan masa untuk menikmati rezeki yang melimpah ruah.

"Dalam masa dua bulan ini saya jangka dapat menjual kira-kira 1,000 ekor unta berharga SR3,000 hingga SR3,300 (RM2,500-RM2,750) seekor berbanding purata 60 ekor sebulan di luar musim haji," katanya yang telah 22 tahun berkecimpung dalam perniagaan itu.

Ali Hashim, 55, pula berkata, permintaan terhadap lembu sekitar SR2,800 seekor pada musim haji sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan beliau adalah dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pemandangan, riuh rendah bunyi haiwan ternakan dan bau haiwan ternakan di pasar haiwan Kaa'Kia sememangnya membawa pengalaman baru yang sukar dilupakan oleh penulis serta rakan-rakan pasukan media TH.

OHBULAN!

OHBULAN!


Sah! Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Posted: 25 Nov 2010 10:59 PM PST

452010 sitimenangabpa Sah! Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Kami tahu ini cerita lama, salahkan ubat selsema, kami terlajak tidur.

Bukan kerana merajuk, tetapi Siti Nurhaliza menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 kerana ingin memberikan laluan kepada pelapis-pelapis muda yang lain untuk mengecapi impian yang sama. Seperti sedia maklum, Siti Nurhaliza telah beberapa kali dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sepanjang penglibatan beliau selama 12 tahun dalam industri seni.

Pengumuman penarikan diri memang mengejutkan, namun ramai yang tabik spring dengan keputusan Siti Nurhaliza, yang ingin melihat artis-artis muda dapat merangkul pulang trofi ABPH 2010. Bagi Siti, sudah sampai masanya beliau menjadi pemerhati & penyokong untuk bintang-bintang muda yang lain.

Siti Nurhaliza memaklumkan, keputusan'nya sudah mendapat restu daripada orang rapat serta peminat. Lagipun, tahun ini tiada produk terbaru daripada beliau, jadi ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

Ditanyakan pula mengenai Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Shout! Awards, adakah akan membuat keputusan yang sama?

Jawapan Siti amat tepat, AIM melibatkan pengiktirafan kepada komposer serta krew-krew penghasilan album. Tidak adil kalau Siti menarik diri daripada AIM, macam pentingkan diri pula.

Manakala Shout! Awards, ini merupakan anugerah yang baru diterbitkan, Siti sebagai anak seni perlu menyokong usaha untuk memartabatkan industri seni tanah air.

pixel Sah! Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lisa Surihani, Artis Pertama Cecah 1 Juta Fans Facebook

Posted: 25 Nov 2010 10:35 PM PST

Screen shot 2010 11 26 at 2.22.40 PM Lisa Surihani, Artis Pertama Cecah 1 Juta Fans Facebook

Screen shot 2010 11 26 at 2.22.04 PM Lisa Surihani, Artis Pertama Cecah 1 Juta Fans Facebook

Lisa Surihani (fanpage), satu-satu'nya artis pertama yang berjaya mengumpul jumlah peminat yang bukan sedikit angka'nya, 1 Juta! Pengumuman ini dibuat oleh Lisa Surihani sekitar 1.29pm semalam di Facebook. Ini juga sebagai tanda pengukur betapa popular'nya Lisa Surihani di kalangan peminat tempatan.

Lisa Surihani berjaya menggunakan social network untuk merapatkan hubungan' nya dengan peminat, tanpa perlu menjadi ratu gelek untuk mendapatkan publisiti.

Sebagai tanda penghargaan, Lisa Surihani mendedikasi'kan sebuah video ucapan buat peminat. Tahniah kami ucapkan!

pixel Lisa Surihani, Artis Pertama Cecah 1 Juta Fans Facebook
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Band Hujan Lancar Album Lonely Soldier Boy

Posted: 25 Nov 2010 10:09 PM PST

Sejak ditubuhkan dalam tahun 2005, band Hujan dianggap sebagai sifu atau mentor kepada grup indie yang lain. Ini kerana Hujan boleh dikira antara yang paling popular di Malaysia buat masa ini.

Hujan merupakan satu-satunya band di Malaysia yang mempunyai 8 single dalam satu tahun. Hujan juga telah mengumpulkan lebih dari 100 ribu pengikut di mana sesawang Myspace dan persembahan mereka di Youtube telah dilayari lebih dari 2 juta pengunjung. Pencapaian Hujan di AIM juga telah menjulang 2 trofi untuk kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik untuk lagu Bila Aku Sudah Tiada.

hujan launching

Semalam, tepat jam 5 petang, Hujan telah mencatat sejarah manis apabila melancarkan album terbaru mereka yang ketiga berjudul Lonely Soldier Boy. Majlis santai yang diadakan secara kerjasama dengan Warner Music Malaysia dan Radio Era ini dibuat secara terbuka di Boulevard, (pintu depan) Berjaya Times Square, Jalan Imbi. Tidak ketinggalan juga disaksikan oleh peminat setia Hujan dan para media yang dijemput khas.

Hujan kini dianggotai oleh 3 orang ahli iaitu Noh Hujan selaku vokalis dan pemain gitar, AG Coco selaku gitar dan Hang Dimas selaku pemain keyboard.

Sejurus selepas majlis pelancaran diadakan, showcase Hujan pula diadakan dilokasi yang sama. Namun, peminat tegar Hujan yang menamakan diri mereka Raingers ini telah berkumpul dan menanti showcase ini seawal jam 4 petang lagi.

Kalau album kedua sebelum ini, Mencari Konklusi ada 7 buah lagu, Lonely Soldier Boy pula menghadiahkan 14 buah lagu kepada semua peminatnya.

Untuk album terbaru ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru.

Lagu-lagu yang pasti menambat hati ialah Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Remos, Kita Tak Peduli, Bahgia, Kasihan, Kotak Hati, Walaupun Jauh, Jangan Kejutkan dia, Hampir, Sentiasa Ada, Aku Yang Asing dan Di Kala Bulan Bermain Biola.

Dalam album ini juga, Hujan mempertaruhkan lagu Muda yang sudah pun boleh dimuatturun secara digital.

Ironinya, kesemua lagu-lagu ini diperolehi dari demo yang telah dimuatturunkan di internet. Namun, peminat masih boleh menikmati album ini kerana terdapat 10 buah lagu lagi yang masih baru dan belum pernah dimainkan di mana-mana.

Album Lonely Soldier Boy telah pun berada di pasaran pada 25 November 2010.

hujan launching

Dihoskan oleh 3 orang penyampai baru Era FM

hujan launching

Peminat setia Hujan aka Raingers

hujan launching

Setia menanti walaupun terpaksa dibasahi hujan

hujan launching

Sidang media berlanjutan secara eksklusif pula diadakan di Starbuck Cafe.

hujan band

Noh Hujan sebagai vokalis dan bermain gitar

hujan band

AG Coco sebagai gitar

hujan band

Hang Dimas selaku pemain keyboard dan synth

hujan launching

hujan launching

hujan band

hujan band

hujan band

hujan band

hujan band

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hujan Akan Lancar Album Baru Lonely Soldier Boy
  • Video Show Hujan Mencari Konklusi di Majlis Pelancaran Album Digital
  • The Potters Lancar Album Bintangku di Malaysia
  • Album Band Hujan Tembus Pasaran Indonesia
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan
  • Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Yuna, Aizat & Hujan di Rakaman Akustika 2010
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Tomok Lancar Album Solo Pertama

    Posted: 25 Nov 2010 05:06 PM PST

    Mencipta sejarah menjadi vokalis New Boyz, kemudian berjaya dinobatkan sebagai juara One In A Million dan kini Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Bin Ismail telah berjaya merakamkan album solo pertamanya.

    Semalam, jam 3.45 petang, pasti menjadi detik manis yang pasti diingati oleh Tomok kerana telah melancarkan album yang berjudul TOMOK. Satu transformasi kepada genre muzik yang selama ini diidamkan oleh Tomok. Ya, inilah Tomok yang baru.

    Me & Album Baru @tomok_nb_oiam

    Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada Tomok atas kejayaan ini. Semoga album solo TOMOK ini dapat mengembangkan lagi populariti Tomok dan terus berada dalam industri untuk jangka masa yang panjang.

    Ia menjadi lebih bermakna kerana majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Monkey Bone & 8Unit ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Bone, Ahmad Izham Omar, pencipta lagu, penulis lirik, keluarga, peminat setia Tomok yang menggelarkan diri mereka Tomokianz serta media dan penulis blog.

    Memetik ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Bone, Ahmad Izham Omar yang juga menjadi Penerbit Ekskutif album TOMOK:

    "Kematangan Tomok ketika ini menjadikan beliau layak untuk menghasilkan album solonya sendiri. Kredibiliti yang ada pada Tomok sebagai penyanyi sememangnya tak dapat dinafikan lagi dapat memberikan impak kepada industri."

    Ahmad Izham memang rasa teruja dengan album ini dan yakin album ini dapat menyuntik sesuatu yang berbeza dengan artis lain.

    Tomok

    Bagi Tomok sendiri, album ini adalah satu simbolik bagi menghargai sokongan peminat dan juga insan-insan yang banyak membantu dari awal penglibatan beliau sebagai New Boyz sehinggalah kini bergelar penyanyi solo.

    Tomok juga turut bercerita secara ringkas bagaimana beliau terlintas untuk menyertai program realiti di 8TV, One In A Million yang banyak memberi kesan dan mengubah kehidupannya.

    Turut diberi peluang untuk berucap sepatah dua kata, Tomok tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua insan-insan yang banyak membantu menaikkan nama beliau dari awal sehingga kini.

    Tomok berharap album ini dapat mendekatkan dirinya kepada peminat yang tak putus-putus sentiasa menyokongnya. Seterusnya dapat memberi impak kepada industri muzik tanahair.

    Rindu Terhenti merupakan single pertama Tomok bagi album ini. Kini, Berlari menjadi single kedua dan menjadikan ia lebih manis, lagu ini membuahkan hasil kerana lagu RIndu Terhenti dan Berlari berjaya dipilih ke peringkat akhir di Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan 25.

    Album ini ada 12 buah lagu yang best-best. Antara lagunya ialah Berlari, Bagaikan Bidadari, Kisah Kita, Merentas Masa, Hujan Pagi, Semarak, Arjuna, Hati Hanyalah Cawan, Pukau, Cintaku di Indonesia, Demi Kamu dan Rindu Terhenti.

    Budiey suka dengar lagu Berlari, Cintaku di Indomesia dan Bagaikan Bidadari.

    Album TOMOK ini menampilkan gabungan Tomok bersama produser baru dan lama seperti Afiez New Boyz, Edry KRU, Aidit Alfian, Audi Mok dan Aubrey Suwito. Gabungan mereka ini sememangnya memberikan sesuatu kelainan dalam industri hiburan tanahair masa kini.

    Kepada semua peminat Tomok, jangan lupa untuk mendapatkan album pertama Tomok ini yang telah pun berada di pasaran pada 14 Oktober yang lalu. Peminat pun dah ada yang hafal lagu-lagu Tomok.

    Nantikan juga kemunculan Tomok melalui roadshownya yang akan diadakan nanti.

    Tomok

    Tomok

    Tomok

    Tomok

    Tomokianz

    CD Album Tomok

    Budiey: Undian peringkat awal Anugerah Bintang Popular dah pun bermula! Kepada pembaca yang nak mengundi, boleh mendapatkan naskah Berita Harian utk mengundi bintang pilihan anda ! Layari website baru ABP: www.abpbh.com.my

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Tomok Tukar Stail Potongan Rambut Ala Rihanna?
  • Tomok Masih Vokalis NB – Dulunya New Boyz
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Profile Rossa
  • Malique Too Phat Keluar Album Baru Solo?
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Malique Cuba Lagi Dengan 2010 Masih Hip Hop
  • Tomok Juara One In A Million Musim Ke 3
  • Video Tomok Nyanyi Lagu Rindu Terhenti di OIAM Final
  • Esther, Tomok dan Aweera, Siapa Juara One In A Million?
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.