Gosip Artis Malaysia |
Eira Syazira-Azad Jasmin Enggan Heboh Hubungan Cinta Posted: 24 Nov 2010 11:15 PM PST Namun, cukuplah sekali pengakuan tersebut dilakukan. Bagi mereka, selebihnya tidak perlulah terlalu dihebahkan kepada umum. "Setakat ini, kami tidak menafikan tentang hubungan kami tapi rasanya tidak perlulah diceritakan lebih lanjut tentang sejauh mana. "Ini kerana kami mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada hubungan cinta kawan-kawan artis lain. Biarlah kami simpan cerita peribadi ini sendiri. Apabila tiba masanya, kami akan terangkan kepada semua," kata Eira Syazira atau mesra disapa Eira . Apa yang lebih bagi pasangan ini, menghebahkan tentang kerjaya lebih penting berbanding cinta yang belum menemui noktahnya. Lebih-lebih lagi, masing-masing merasakan masih baru menempa nama dalam industri hiburan. Biarpun mereka cuba mengunci mulut tentang cinta, tetapi pasangan ini terpaksa merungkai tentang kisah cinta mereka dalam drama terbaru berjudul Anak Mami Mek Ani. Drama 13 episod itu disiarkan di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Selasa, 9 malam mulai 30 November 2010. Anak Mami Mek Ani mengisahkan tentang tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf, keturunan Anak Mami dengan Ani iaitu seorang anak jati Kelantan. Rauf perlu memenuhi permintaan ibunya, Mami Zee untuk berkahwin dengan Anak Mami sejati jika dia berhasrat untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya. Malangnya dia mempunyai alahan terhadap wanita cantik dan kemunculan Ani telah meleraikan masalah alahannya namun masalah lain timbul kerana Ani bukan Anak Mami sejati. "Drama Anak Mami Mek Ani ini bukan merupakan drama pertama kami menjadi pasangan kekasih kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam drama Tanya Sama Hati. "Keserasian untuk melakonkan watak ini sudah ada cuma saya kurang melakonkan genre komedi. Jadi, Azad banyak bantu saya memandangkan dia memang pak lawak. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain untuk menghidupkan komedi dalam cerita ini," cerita Eira. Tambahnya: "Menariknya, dalam cerita ini saya perlu bercakap dalam loghat Kelantan manakala Azad dalam loghat Utara. Jadi pertuturan kami itu sedikit sebanyak menimbulkan suasana komedi." Selain berlakon sama-sama, pasangan ini turut bekerja di bawah satu produksi muzik, Family Group Music (FMG). Syarikat tersebut pernah menerbitkan lagu Adam Hamid, Zaiton Sameon dan Dayangku Intan. Eira bakal muncul dengan album solo pada Januari depan dengan memuatkan lagu-lagu seperti Dihati Ini, Sememangnya, Sisi Duka dan Nour El Ain. |
Johan Raja Lawak Tetap Teruskan Saman Terhadap Javed Posted: 24 Nov 2010 11:00 PM PST Beritahu Johan, dia meneruskan saman tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain walaupun dia telah memaafkan pengarah tersebut. "Sebenarnya saya telah pun maafkan dia. Tetapi saman tetap saman. Buat masa ini saya tak terfikir pun untuk selesaikan kes di luar mahkamah. "Ini sebagai pengajaran buat pengarah lain agar tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap pelakon lain. "Walaupun sekadar pelakon tambahan, dia tidak boleh perlakukan sebegitu terhadap saya," katanya selepas tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Selasa. Pada Jun lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran. Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta. Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya. "Sekarang saya serahkan kes ini kepada peguam saya untuk menyelesaikan perkara tersebut. "Apapun saya gembira kerana penerbit-penerbit drama dan filem masih mempercayai saya dalam bidang lakonan dan Alhamdulillah, periuk nasi saya tidak terjejas. "Ini juga peluang untuk membersihkan nama saya. Lebih menggembirakan saya, Mamat Khalid turut mempercayai saya untuk mengambil berlakon dalam HKLBR walaupun macam-macam khabar angin yang buruk tentang saya yang dia dengar," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |