Adsense

Khamis, 25 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

Posted:

BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


ANTARA babak-babak menarik yang bakal menghiasi animasi BoBoiBoy yang bakal menemui penonton di TV3 pada Mac 2011.


WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.

Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.

Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.

Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.

Menariknya, selain ditayangkan di TV3, BoBoiBoy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara.

Ini kerana kini Animonsta Studios dalam proses akhir menandatangani persetujuan bersama sebuah TV stesen berbayar Asia Pasifik dan antarabangsa yang bakal bersiaran sekitar Jun 2011.

Animasi yang dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.

Seperti yang diketahui ramai, suara comel adik NurFathiah atau Fatiah sebelum ini memikat hati rakyat Malaysia apabila menjadi penyumbang suara untuk animasi Upin & Ipin.

"Saya seronok dapat peluang jadi penyumbang suara dalam BoBoiBoy pula.

"Berbanding Upin & Upin, rasanya BoBoiBoy lebih mencabar sebab perlu lakonkan suara untuk tiga karakter yang berbeza.

"Saya terima peluang ini kerana keseronokan yang pernah saya lalui semasa dengan Upin & Ipin," kata Fathiah berkongsi pengalaman.

BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.

BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Bagi penyumbang suara versi Inggeris pula iaitu Wai Kay, ini suatu pengalaman yang berbeza buatnya sementelah sebelum ini dia lebih condong beraksi untuk komersial.

Memulakan sesi rakaman suara sekitar Ogos lalu, akui Wai Kay, ia memberi cabaran yang berbeza kepadanya.

"Mula-mula rakaman sahaja sudah ambil masa separuh hari dan saya perlu berdiri sehingga tiga jam. Memang penat tetapi saya rasa seronok," katanya.

Dalam memberi mood, jelas Wai Kay, dia mengikuti latihan agar lakonannya lebih berkesan bersesuaian dengan situasi dan intonasi suara.

Versi bahasa Inggeris BoBoiBoy telah dirakamkan sekitar Ogos lalu manakala versi Melayu pula bakal dirakamkan dalam waktu yang terdekat.

Selain BoBoiBoy, satu lagi watak yang dijangka bakal menarik perhatian ramai ialah Yaya yang dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Alisya) untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syah (Fairuz) untuk versi Inggeris.

Keterujaan mereka melakonkan watak tersebut cukup terserlah apabila masing-masing turut menyumbang idea berhubung gaya bahasa yang sering diungkapkan oleh kanak-kanak.

Bagi si cilik yang gemar menari, Nur Sarah Alisya atau Alisya, peluang melakonkan animasi tersebut tidak dipersiakan begitu sahaja.

"Watak Yaya kelakar sebab dia suka masak biskut dan berikan kepada kawan-kawan. Tetapi bila kawan-kawan dia kata tak sedap dia akan marah," kata pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Selangor ini lagi.

Tambah Alisya, ketika ini perasaannya berdebar sementelah menunggu masa untuknya beraksi sebagai Yaya.

Tidak suka kepada keganasan dan sikap suka membantu membuatkan Fairuz Arfa, 9, tertarik untuk melakonkan watak Yaya untuk versi Inggeris.

Biarpun ini merupakan kali pertama dia menyumbang suara sebagai pelakon animasi namun segalanya memberikan keseronokan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

"Masa rakamkan suara memang susah sebab ini pertama kali tetapi saya suka sebab kena buat suara yang comel.

"Yaya seorang sangat comel dan tidak suka keganasan. Dia juga suka membantu terutama ketika kawan dia dalam kesusahan," katanya mengenai karakter yang dilakonkannya.

Yaya merupakan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yang mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.

Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Astro tidak pilih kasih

Posted:

Astro tidak pilih kasih

Astro tidak pilih kasih

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN dan ihsan ASTRO


AHMAD NABIL AHMAD


MEMANG tiada siapa yang mampu menidakkan kehebatan dan kejayaan yang dikecapi oleh Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil sebaik dia dinobatkan sebagai juara Raja Lawak (RL) musim kedua.

Bermula detik itu, dia menjadi rebutan pelbagai pihak yang mahu menggunakan khidmatnya dalam apa jua cabang seni seperti lakonan, pengacaraan, nyanyian serta dipilih menjadi duta.

Sehinggakan, populariti Nabil itu sendiri telah menenggelamkan juara RJ pertama, Yusry Edoo atau Yus yang kini bayangnya jarang dilihat.

Bukan itu sahaja, kuasa Nabil juga tidak mampu ditandingi oleh dua juara RL selepas itu yakni kumpulan Sepah dan kumpulan Kecik.

Apakah 'kegagalan' tiga juara itu kerana mereka tidak diberi peluang seperti mana yang diperoleh oleh Nabil?

Atau mungkinkah tiga juara itu sendiri tidak mempunyai aura seperti Nabil dalam menyakinkan pihak-pihak tertentu untuk terus memberikan mereka ruang meluaskan lagi bakat mereka?

Bagi menjawab soalan itu, Hits bertemu dengan Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan ketika tanya persoalan itu, Nizam mempunyai jawapannya sendiri.

Kata Nizam, sebagai penyiar, pihaknya sudah pun menyediakan platform terbaik untuk setiap peserta yang menyertai RL.

Tetapi, ia terpulang kepada mereka untuk mencari peluang selepas RL berakhir untuk menonjolkan bakat mereka kepada khalayak.

"Memang populariti Nabil cukup hebat dan kerana itu, kita dapat melihat kelibatnya dalam mana-mana medium yang berjaya mempopularkan lagi namanya.

"Bagi juara mahupun peserta yang lain, memang tidak pernah timbul kami cuba untuk menjadi pilih kasih atau meminggirkan mereka.

"Sebaliknya, kami sendiri bertindak sebagai penasihat dan memberi panduan serta tunjuk ajar kepada mereka dalam memilih cabang terbaik untuk meneruskan karier seni mereka," ujarnya lagi.

Nizam berkata demikian ketika ditemui pada sesi uji bakat terakhir RL musim kelima yang berlangsung di The Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya percaya dengan setiap bakat yang ada dalam semua peserta yang pernah menyertai RL dan tidak pernah timbul isu ketidakadilan terhadap mereka.

Dalam konteks ini, Nizam memberikan contoh terbaik terhadap Zizan dan Johan yang begitu serius membina nama mereka sebagai seorang anak seni.

Biarpun tidak bergelar juara, dua finalis RL musim pertama itu bijak mencari peluang serta rajin bertanya kepada Astro bagaimana cara untuk menonjolkan lagi bakat mereka.

"Zizan bermula dari bawah dan perlahan-lahan, dia membina namanya sehingga menjadi seperti hari ini. Begitu juga dengan Johan yang bukan sekadar menjadi pengacara tetapi kini juga bergelar seorang pelakon.

"Dalam kes Yus pula, mungkin dia tidak sepopular Nabil, Johan mahupun Zizan, tetapi rezekinya banyak kepada bidang lakonan dan wajahnya dapat ditonton menerusi drama-drama terbitan Astro.

"Sama juga seperti kumpulan Charm yang dianggotai oleh Azrul dan Along, masing-masing meneruskan karier dalam bidang yang mereka minat.

"Sebetulnya, kebanyakan alumni RL masih mendapat tempat dan tawaran dalam bidang seni ini," katanya yang cukup bangga dengan pencapaian alumni RL dalam bidang masing-masing.

Nizam turut memberitahu, kumpulan Sepah juga sibuk dengan penggambaran telemovie serta musim terbaru, Bujang Sepah.

Sementara kumpulan Kecik pula akan muncul dengan sebuah program baru di saluran Astro Warna sementara salah seorang finalis RL musim keempat, Idlan pula sibuk membintangi sitkom.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.