Celebrity News |
- Fesyen Rambut Terbaru Tomok Di Separuh Akhir
- Rank Zoomartis.Net Di TopMalaysia
- Keputusan dato Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari ABPBH 2010
- Sukan Asia 2010 : Mampukah Pasukan Hoki Malaysia Menang di Sukan Asia Dan Layak Ke Olimpic 2012
- Metro Online :Tetak bapa kekasih Kerana Cinta Tak Direstui
- Fiq Merokok Untuk Mantapkan Vokal !!?
Fesyen Rambut Terbaru Tomok Di Separuh Akhir Posted: 25 Nov 2010 05:35 AM PST Sebenarnya gambar ni ZoOm ambil masa malam separuh akhir ni, kerana kesibukan dengan tugas-tugas seharian dipejabat baru malam ni berkesempatan nak share dengan anda. Tak taulah apa tema pada malam separuh akhir muzik-muzik sampai semua rambut dan gaya peserta nampak semacam je...salah seorang yang menjadi perhatian ZoOm Tomok yang hendsome ni bertukar menjadi seseorang yang sekali pandang nampak macam penyanyi baru...nak tau kenapa....click baca lagi... Sorry tak clear sebab Snap guna H/P Samsung Je..nak clear tengok bawah ni :) Kesian Tomok kena buat rambut ni.. Apa kata anda ? |
Rank Zoomartis.Net Di TopMalaysia Posted: 24 Nov 2010 08:48 PM PST Setelah hampir genap 2 tahun laman blog ini bersama anda status atau Rank kian berubah, kalau dulu Max user yang melawat hanya 100 user. Namun apa yang anda lihat sehingga hari ini purata min 1000 unik IP setiap hari. Tanpa sokongan rakan-rakan di Facebook Fans, Facebook Zoomartis, Myspace, Friendster Ucoz, Twitter, Mybloglog dan rakan seperjuangan dalam arena Blogging pasti tidak akan berjaya. Thanks My Friends / Fans -= Zoom Admin =- Notes : 1. Zoom Admin akan supply Sticker Pelekat dikereta ( Email Zoomartis@gmail.com Jika nak ) 2. Gath ke untuk tahun ke 2 www.zoomartis.net ( 23/4/2011 ) |
Keputusan dato Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari ABPBH 2010 Posted: 24 Nov 2010 08:21 PM PST Nampaknya Dato Siti Nurhaliza tidak akan bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ( ABPBH 2010.Apa dan kenapa hanya Dato Siti dan orang yang rapat dengan beliau sahaja yang mengetahuinya.Berikut ZoOm sertakan "Statement" Dato Siti apabila ditanya oleh wartawan Murai. "Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti. "Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur. "Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong," katanya sewaktu diwawancara murai.com.my petang tadi. ZoOm: Apa kata anda ? Opsss sorry ZoOm terjumpa gambar ni...Tak pernah tengok pun gambar ni semebul ni..nampak sexy juga erkk :) |
Sukan Asia 2010 : Mampukah Pasukan Hoki Malaysia Menang di Sukan Asia Dan Layak Ke Olimpic 2012 Posted: 24 Nov 2010 07:22 PM PST Sama-sama kita mendoakan semoga pasukan hoki Malaysia akan beroleh kemenangan dalam final hoki sukan Asia petang ini. Setelah aksi cemerlang dipamerkan pada peringkat Kumpulan A dengan mengikat juara bertahan, Korea Selatan (ranking keenam dunia) 2-2 sebelum mengalahkan tuan rumah, China (14 dunia) 4-2, skuad kendalian Stephen van Huizen itu terus mencatat kejutan apabila mengalahkan India 4-3 pada aksi se paruh akhir kelmarin.Petang ini, satu lagi sejarah mampu dicipta seandainya Malaysia berjaya mengalahkan Pakistan pada aksi final yang turut menjadi medan untuk memenangi tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012. Apa Kata anda mengenai pasukan Hoki Malaysia ini !!? ZoOm : Memang Superb dan 5 STAR !!!! |
Metro Online :Tetak bapa kekasih Kerana Cinta Tak Direstui Posted: 24 Nov 2010 06:27 PM PST Sekadar Hiasan Sahaja AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal. Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing. Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu, tetapi ia tidak diendahkan. "Anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun dan berada di rumah itu menjerit kerana terkejut dengan tindakan suspek," katanya. Menurutnya, dalam kekecohan itu, mangsa terjatuh berlumuran darah sebelum dia dibantu jiran yang keluar melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan meminta tolong. "Mangsa yang parah dibawa anak saudaranya itu ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya patah akibat ditetak suspek. "Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina ditahan," katanya. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek menyerang dan menetak mangsa kerana tidak puas hati selepas hubungan cinta dia dan anak gadis mangsa tidak direstui. "Mungkin kerana berang tindakan mangsa yang menghalang cinta mereka membuatkan suspek sanggup menyerang dan menetak mangsa," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan kejadian terbabit. Katanya, berikutan laporan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina beberapa jam kemudian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. |
Fiq Merokok Untuk Mantapkan Vokal !!? Posted: 24 Nov 2010 06:05 PM PST Boleh tahan juga badan si Fiq artis dari Sabah ni, kalau sekarang ni ramai orang nak berhenti merokok. Tetapi berlainan pula bekas juara ini yang memerlukan rokok untuk memantapkan lagi vokal beliau.Ikuti "statement" Fiq ketika ditemubual oleh wartawan Mstar "Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan. "Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri."Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya. Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock. "Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu. "Bagi saya, perubahan ini adalah sesuatu yang baik dan bersesuaian dengan genre muzik yang diperjuangkan iaitu rock. Jika sebelum ini, saya mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi tetapi yang peliknya sejak mula merokok keadaan itu jarang berlaku pula," katanya yang popular menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang. |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |