Berita Harian: Hip |
Posted: 31 May 2013 03:58 PM PDT Dek sering tampil dengan imej seksi, gadis kelahiran Bandung, Indonesia berusia 25 tahun ini diperlekehkan lelaki hidung belang. Dikurniakan tubuh mengiurkan, Aura Kasih kerap meraih perhatian lelaki yang berniat serong namun ditolak kerana masih punya prinsip diri.
"Maaf daripada hidup bebas begitu, lebih baik saya berusaha sendiri. Saya masih ada karier, malah dikurniakan Tuhan kudrat untuk terus mencari rezeki. "Saya tidak perlu melalui jalan mudah seperti itu hanya kerana ingin hidup mewah," kata pemilik nama asal, Sanny Aura Syahrani yang membolosi industri hiburan selepas memasuki senarai finalis Miss Indonesia 2007. Aura berkata, tawaran nakal itu paling kerap diterima ketika menjayakan persembahan di luar daerah. Namun permintaan jahat itu berjaya ditepis, tanpa perlu sebarang perkataan yang melukakan.
"Mereka tanpa segan silu menawarkan permintaan memalukan itu. Ia sering berlaku apabila saya ke luar kota. Justeru, haruskah saya memberikan wajah manis apabila diperlakukan begitu? "Tidak perlu banyak bersuara, cukup dengan wajah sombong dan kurang selesa. Wajah seperti itu membuatkan lelaki tidak berani untuk mendekati," katanya. Bintang sinetron, Dewa dan Cinta & Anugerah 2 itu menyifatkan wanita yang sanggup menggadaikan maruah diri ialah mereka yang putus asa. "Alhamdulillah saya masih punya pekerjaan. Hanya mereka yang putus asa dan tiada pekerjaan yang merelakan diri diperlekehkan lelaki seperti itu. "Walaupun nanti ditakdirkan saya menganggur, saya tidak mungkin akan menjual diri. Saya inginkan sebuah hubungan yang direstui, bukan sekadar berlandaskan nafsu," katanya. Pasang niat berhijrah Ekoran terlalu kerap dipandang serong, Aura akur dirinya tidak akan berterusan tampil seksi malah memasang niat untuk berhijrah dan menutup aurat apabila tiba masanya nanti.Pinta Aura, usah mengharapkan perubahan drastik akan segera berlaku. Namun sebagai manusia yang mencari keredaan hidup, dia berusaha memantapkan diri untuk tujuan itu. Menutup aurat katanya, bukan hanya untuk sementara sebaliknya dia mahu konsisten memenuhi tuntutan wajib kepada setiap wanita Islam itu. |
Posted: 31 May 2013 03:56 PM PDT Pada 27 Mei lalu, sengaja Juwie usik penyanyi bermata cantik, Heliza Helmi, 27. Bila Heliza nak kahwin? "Mana jodoh terbaik yang Allah tetapkan untuk saya, insya-Allah bilabila masa saya reda. Tapi buat masa ini saya solo," jawap Heliza.
Pada April lalu, Heliza berkenalan dengan penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit dari Perancis yang 'handsome' bernama Julien Drolon. Menurut Heliza, Julien baru tujuh bulan memeluk Islam. Kedatangan Julien ke Kuala Lumpur untuk merakamkan klip video bagi lagu Inggeris duet Heliza dan Julien berjudul, You Are The Only One. Rakaman berasingan dilakukan untuk bahagian Julien yang mengambil latar di Manila. Lagu dan lirik lagu ilham Julien itu mengenai Tuhan itu hanya satu.
Kini Heliza sibuk dengan ceramah motivasi di samping menyiapkan rakaman album terbarunya. Dalam album itu, Heliza cipta melodi dan tulis lirik berjudul Laa Tahzan (Jangan Bersedih). Ia kisah pengalaman Heliza berkunjung ke Gaza menziarahi mangsa serangan tentera Israel. Mudah-mudahan meletup macam bom roket lagu tu nanti. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |