Adsense

Sabtu, 15 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Masih berahsia

Posted: 14 Dec 2012 11:14 AM PST

Ternyata tidak semua sedia dikongsi gadis berusia 27 tahun ini. Apatah lagi jika disua soalan berkaitan peribadi, bibir Revalina S Temat pasti terkunci kemas. Pernah menjalin cinta dengan Ringgo Agus Rachman, seterusnya dikatakan intim dengan bintang sinetron, Riza Shahab, tiada jawapan pasti diterima daripada pemain utama filem, Perempuan Berkalung Sorban itu apabila disentuh mengenai lelaki.

Persoalan mengenai teman lelaki kembali hadir apabila Revalina muncul berpegangan tangan dengan jejaka yang cuma dikenali Boy ketika meraikan majlis ulang tahun Riza, baru-baru ini. Namun apabila didekati media, gadis berdarah Melayu-Palembang ini memilih untuk bungkam dan membiarkan saja persoalan mengenai peribadinya menjadi tanda tanya.

"Kalau untuk bertanya hal peribadi, saya keberatan menjawab," kata Revalina ketika ditemui pada majlis yang berlangsung di Djakarta Theater, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat.

Tanda tanya mengenai jejaka yang bertakhta di hati bintang utama sinetron popular, Bawang Merah Bawang Putih dan terbaru, Saranghae, I Love You ini semakin liar selepas percintaannya dengan dua lelaki lain juga berakhir dengan perpisahan. Kelibat Revalina kembali menjadi buruan media apabila sering tampil mesra dengan Riza. Bagaimanapun, Revalina pada bulan lalu membantah antara mereka mempunyai hubungan istimewa.

Namun kemesraan yang dipamerkan apabila dia mencium pipi Riza selepas jejaka itu memotong kek ulang tahun kelahirannya membuatkan media berteka-teki status keakraban mereka.

"Kami sudah lama kenal, malah Riza sentiasa membuat saya selesa apabila bersama.

Saya sudah anggap dia sebagai seorang sahabat, ada ketika seperti bayi. Mengapa masih kaitkan kami? Parah begini kerana saya sudah ada teman lain," kata Revalina pantas menepis segala gosip diperkatakan.
Enggan membiarkan persoalan peribadinya terhenti di situ, susuk tubuhnya yang semakin menyusut turut menimbulkan spekulasi.

Ada mengaitkan Revalina sengaja menurunkan berat badan atas permintaan kekasihnya, namun dibantah keras oleh gadis itu.

Dia mengamalkan diet atas keinginan sendiri kerana mahukan hidup lebih sihat dan bukan ingin kelihatan cantik di mata teman lelaki.

Perkara itu bagi Revalina, tidak wajar dibangkitkan kerana selama ini dia tidak pernah terbuka mengakui mengenai teman lelaki.

Namun, seperti gadis lain yang memasuki usia matang, Revalina juga memiliki keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi perkara itu tidak pernah menjadi keutamaannya kerana ketika ini, fokusnya lebih terarah kepada membina karier.

"Saya mahu bernikah cuma tidak tahu bila. Saat ini saya hanya menikmati hidup bersendirian, selain memenuhi minat dalam lakonan," katanya.

Oh! Yeahhh...Cik Ta, Is bertunang?

Posted: 14 Dec 2012 11:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Pada bulan lalu, dalam ruangan Kak Pora (B*POP - BH Ahad) ada usik-usik hubungan aktres jelita top - Rozita Che Wan (Cik Ta) berkawan baik dengan aktor kacak berusia 30 tahun dari Singapura - Iskandar Shah atau panggilannya ‘Is’. Selepas itu terus ‘malatop’ dunia hiburan!