Adsense

Khamis, 12 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Siri Harry Potter Sepanjang Julai di TV2

Posted: 12 Jul 2012 10:17 PM PDT

Filem-Filem Siri Harry Potter Sepanjang Julai Ini Setiap Jumaat, Jam 10.00 Malam Di TV2

Bagi yang mengikuti siri filem Harry Potter, anda akan dapat melihat barisan pelakonnya; Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson (Harry, Ron dan Hermione), membesar di depan mata kita daripada filem pertama mereka sehinggalah sekuel terakhir filem itu yang pernah ditayangkan di seluruh dunia.

Banyak perubahan sejak filem Harry Potter : Harry Potter & The Sorcerer's Stone (2001) hingga Harry Potter & The Goblet of Fire di mana pelakon utama siri fiksi kegilaan kanak-kanak, remaja dan seisi keluarga ini melalui momen transformasi menjadi dewasa.

Setelah siri pertamanya Harry Potter : Harry Potter & The Sorcerer's Stone menemui penonton saluran TV2 pada 6 Julai lalu, RTM menjanjikan tayangan tiga sekual filem hebat ini iaitu Harry Potter & The Chamber of Secrets (13 Julai 2012), Harry Potter & The Prisoner of Azkaban (20 Julai 2012) dan Harry Potter & The Goblet of Fire (21 Julai 2012), setiap Jumaat, jam 10.00 malam mengisi slot English Blockbuster di TV2.

Kesinambungan menerusi Harry Potter & The Chamber of Secrets (2002) mengisahkan watak Harry berkembang apabila dia mengabaikan amaran tidak untuk kembali ke Hogwarts dan dia berusaha untuk mencari sekolah yang dibelenggu oleh satu siri serangan misteri dan suara yang aneh menghantuinya.

Plot Harry Potter & The Prisoner of Azkaban (2004) pula berkongsi kisah seorang penjenayah misteri, Sirius Black, telah melarikan diri dari penjara Azkaban dan berada di Hogwarts yang memaksa dementor ditempatkan di sana untuk melindungi Harry Potter dan rakan-rakannya.
Ikuti kesudahannya dalam Harry Potter & The Goblet of Fire Harry (2005) bila mana Harry mendapati dirinya dipilih sebagai pesaing bawah umur di sekolah yang menyaksikan persaingan diterima daripada bermacam ahli silap mata yang berbahaya.

Peminat-peminat filem siri Harry Potter pastikan anda meluangkan masa menyaksikan filem-filem hebat ini hanya di TV2.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Muzik Video Jaclyn Victor Jagalah Diri

Posted: 12 Jul 2012 09:58 PM PDT

JACLYN VICTOR JAGALAH DIRI

Selepas menerima sambutan yang sangat baik menerusi lagu "Sebelah Jiwaku" yang kini hangat diputarkan di corong radio, Jaclyn Victor sekali lagi membuat kemunculan bersama single terbarunya yang berjudul "Jagalah Diri".

"Jagalah Diri" merupakan sebuah lagu hasil sentuhan berbisa Edry Abdul Halim. Lagu yang berirama balada ini dilihat memerlukan seorang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal bernada tinggi dan Jac sudah pastinya mempunyai kredibiliti dan amat sinonim dengan ciri-ciri yang diperlukan. Lagu-lagu sebegini bak 'makanan' kepada bekas Juara Malaysia Idol ini.

Single kedua "Jagalah Diri" ini juga merupakan lagu tema kepada filem Stereoscopic 3D (S3D) Malaysia yang pertama yang berjudul "29 Februari". "29 Februari" adalah sebuah filem di bawah arahan Edry Abdul Halim yang bergenre "biografi fantasi" dan bakal muncul diseluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos 2012.

"Jagalah Diri" lebih mengisahkan tentang apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat 'keakuran' dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Lagu yang berskala besar ini dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih melalui "Sedetik Lebih", lagu tema kepada filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa.

Bagi menyemarakan lagi promosi lagu tema dan filem tersebut, KRU Music telah menerbitkan klip video "Jagalah Diri" yang diarahkan oleh Wan Hafiz buat tontonan umum. Sudah pasti klip video ini mampu membuatkan anda lebih menghayati dengan mendalam irama dan lirik "Jagalah Diri" yang mempunyai hubungkaitnya dengan filem tersebut.

Untuk maklumat lanjut,sila layari Facebook "29 Februari" http://www.facebook.com/29februari

Jaclyn Victor

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

OHBULAN!

OHBULAN!


Jaclyn Victor Lancarkan Single Terbaru, “Jagalah Diri”

Posted: 12 Jul 2012 11:09 PM PDT

Selepas menerima sambutan yang sangat baik menerusi lagu "Sebelah Jiwaku" yang kini hangat diputarkan di corong radio, Jaclyn Victor sekali lagi membuat kemunculan bersama single terbarunya yang berjudul "Jagalah Diri".

"Jagalah Diri" merupakan sebuah lagu hasil sentuhan berbisa Edry Abdul Halim. Lagu yang berirama ballad ini dilihat memerlukan seorang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal bernada tinggi dan Jac sudah pastinya mempunyai kredibiliti dan amat sinonim dengan ciri-ciri yang diperlukan. Lagu-lagu sebegini bak 'makanan' kepada bekas Juara Malaysia Idol ini.

Single kedua "Jagalah Diri" ini juga merupakan lagu tema kepada filem Stereoscopic 3D (S3D) Malaysia yang pertama yang berjudul "29 Februari". "29 Februari" adalah sebuah filem di bawah arahan Edry Abdul Halim yang bergenre "biografi fantasi" dan bakal muncul diseluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos 2012.

"Jagalah Diri" lebih mengisahkan tentang apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat 'keakuran' dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Lagu yang berskala besar ini dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih melalui "Sedetik Lebih", lagu tema kepada filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari klip video "Jagalah Diri" di You Tube, , dan Facebook "29 Februari".

Episod Terakhir “Friday I’m In Love” Akan Disiarkan Secara Telefilem

Posted: 12 Jul 2012 10:25 PM PDT

Jika kebiasaannya Friday I'm In Love (FIIL) disiarkan melalui slot Aurora pada setiap Khamis jam 8.30 malam, tetapi istimewa buat peminat setia drama bersiri ini, episod terakhir FIIL bakal disiarkan sebagai sebuah telefilem pada hari Rabu pula (18 Julai, 8.30 malam) menerusi slot Skrin Di 9 eksklusif di TV9 (Saluran 119). Telefilem ini akan bersiaran selama dua jam untuk memberikan lebih kepuasan kepada mereka yang tertunggu-tunggu untuk melihat gadis mana yang dapat menghapuskan sumpahan Awang.

Drama komedi romantis yang digarap kemas oleh pengarahnya Faizul Abdul Rashid ini diterajui oleh Qi Razali sebagai Awang, dan rakan-rakannya Pitt (Aiman Hakim Ridza), Ana (Bella Dally), Nisha (Nelydia Senrose), Hansem (Ryzal Jaafar) dan Jo (Zoey Rahman). Tiga belas episod yang lalu turut membariskan pelakon-pelakon wanita popular seperti Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Chomel Fana, Tania Hudson, Fouziah Gous, Miera Liyana, Nabila Huda dan ramai lagi yang telah menyumbang kepada keunikan drama ini. Cinta Awang yang hanya bertahan selama seminggu dek sumpahan Nenek Nurbaya seringkali mengecewakan hatinya yang telah jatuh cinta dengan setiap gadis tersebut. Pelbagai karakter dan ragam mereka telah menghiasi alam cinta mingguan Awang yang mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan sumpahan itu.

Di dalam episod sebelum ini pula, Awang sudah mula menyukai teman karibnya sendiri iaitu Nisha tetapi Nisha pula dilanda dilema kerana dia masih mempunyai perasaan terhadap teman lelakinya, Zain, walaupun mendapat tentangan keras dari bapanya sendiri. Rakan-rakan Awang sendiri tidak bersetuju jika Awang jatuh cinta dengan Nisha kerana risau mereka akan dikecewakan dengan sumpahan tersebut. Pada masa yang sama, dilema menggunung apabila dua wanita muncul dalam kisah cinta Awang iaitu Elly (Nabila Huda) dan Odette (Tasha Shila).

Sepanjang drama ini bersiaran, kita dapat melihat bagaimana Awang menaiki skuter Eclimo berwarna jingga untuk membuat temu janji dengan gadis-gadis yang dikenalinya. Anda, penonton setia TV9, juga berpeluang untuk membawa pulang skuter Eclimo ini dengan menyertai peraduan episod akhir FIIL iaitu dengan menjawab soalan ini: "Siapakah yang akan menghapuskan sumpahan Awang?". Sila layari laman web utama FIIL untuk keterangan lanjut tentang peraduan yang menjanjikan ganjaran lumayan ini.

Telefilem ini akan merungkai dilema yang selama ini menghantui hidup Awang. Setelah dia menemui pelbagai jenis wanita dan melalui pelbagai dugaan, apakah pengakhiran kisah cinta jejaka ulat buku ini? Para penonton setia drama ini pasti ternanti-nanti apakah kesudahan kisah cinta Awang. Siapakah gadis yang berjaya merungkai sumpahan yang membelenggu hidup Awang selama ini? Siapakah sebenarnya cinta sejati Awang? Atau mungkinkah cinta yang dicari selama ini tidak pernah jauh dari pandangan Awang?

Pastikan temujanji anda bersama para pelakon Friday I'm In Love pada 18 Julai ini, hari Rabu jam 8.30 malam hanya di Skrin Di 9!

Sensasi

Sensasi


Gambar "yearbook" Selebirti Hollywood

Posted: 11 Jul 2012 11:59 PM PDT

 Zoey Deschannel yang agak chubby semasa sekolah..tp tetap comel
 Betul ke nie gambar Brad Pitt Masa remaja?nampak tua je...Sebab rasanya wajah Brad Pitt lebing tirus semasa muda
 Tom Cruise..
 Beyonce..nampak remaja mcm baru 13-14 tahun je..
 Comotnye wajah Zac Efron kat sini..haha
 Lady Gaga...tak nampak freak mcm sekarang nie...
 Megan Fox ,mungkin sekolah rendah kot,gigi pun rongak lagi hehe..
 Geoge Clooney..OMG sangat geek dan mcm pakcik dengan spek besar
 Okey nie Emma Stone,heroin Spiderman yang baru...Kelakar okey filem Spiderman baru...best jugak.
 Ryan Seacrest..ok nampak mcm budak chubby yang nerd2 disini...
 Tina Fey,wajah serupa je sekarang dengan dulu
 President US... barack Obama..


 Marilyn Manson katenyer,sensasi tak brape kenal..ehe
 Adam Levine,handsome jugak masa remaja mesti dah byk peminat sejak zaman skolah2 gitu
Sape nama dia,ish lupa lak..Fergie..dahinya sangat sempit ye..

Kisah Benar: Balasan Allah terhadap Kaum Nabi Luth

Posted: 11 Jul 2012 11:19 PM PDT

"Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?" ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu. Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
"Apa yang harus aku jawab kepada mereka," bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
"Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?" tanya pemuda itu kembali. "
" Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya," balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. "Ini adalah hari yang amat sulit bagiku," kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
"Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!" Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
"Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda," jerit satu suara yang lain.
"Ya Allah, selamatkanlah kami," doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
"Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini."
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
"Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria." Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
"Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang."
"Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini."
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
"Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka," kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
"Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka."
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Zon Artis

Zon Artis


Rita Rudaini Akui Hatinya Sudah Kebas Buat Aidil

Posted: 12 Jul 2012 08:31 AM PDT

RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN SAH BERCERAI

Melalui fasa sulit dalam rumah tangga yang dibina, Rita Rudaini mengakui hatinya sudah kebas dengan Aidil Zafuan dan pasrah dengan apa yang bakal dilaluinya pada masa akan datang. Malah, Rita akui dia sendiri tidak pasti apa kehendak suaminya selepas 4 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Seperti kata Rita yang kami petik daripada portal Murai:-

"Terus-terang, sampai setakat ini, saya tidak tahu apa yang Aidil mahu. Hati pun dah kebas dan tidak ada rasa apa-apa pun. Sewaktu menunaikan umrah, saya ada berdoa untuk Aidil. Doa saya adalah kalau dialah orang yang baik untuk kami sekeluarga, minta dekatkanlah kami kembali.

"Sekarang ini saya tidak mahu fikirkan apa-apa. Apapun keputusan yang diambil Aidil nanti, saya akan terima dan saya akui kehidupan saya kini lebih gembira dan bahagian.

"Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?,"

Menyedari hakikat terpaksa melalui perkara yang sukar dalam rumah tangga dan daripada pengalaman, Rita Rudaini turut menasihatkan kepada semua wanita agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan payung sebelum hujan seandainya mereka mahu mendirikan rumahtangga. Take note!

"Wanita zaman sekarang kena bersiap sedia dari awal-awal lagi. Walaupun bersuami, anda kena ambil langkah berjaga-jaga. Ianya supaya anda tidak kecewa dan susah di kemudian hari.

Related Posts with Thumbnails

AC Mizal Ajak Abby Abadi Berdebat

Posted: 12 Jul 2012 02:44 AM PDT

AC MIZAL AJAK ABBY ABADI BERDEBAT

Ekoran kelantangan Abby Abadi yang rasanya semua orang tahu kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu tersebut.

Seperti kata AC menerusi Twitter'nya:-

TWITTER AC MIZAL

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu. Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video ketika perhimpunan tersebut adalah:-

"Memang diorang (pegawai2 warden yang bertugas) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu …. dikira bersubahat.

"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu … kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni … maksudnya mendera tu … semua MENTERI YANG SURUH! Mungkinlah suruh … tapi dia lebihkan lagi."

Untuk lebih jelas, anda boleh lihat video kat bawah ni:-

Related Posts with Thumbnails

borak kosong

borak kosong


Kesal, Seorang Lelaki Bakar Gaun Mantan Isterinya

Posted: 12 Jul 2012 09:15 PM PDT

DENVER - Seorang lelaki didakwa melakukan kejahatan ringan, setelah membakar gaun pengantin dan foto pernikahan mantan isterinya. Lelaki tersebut kini didakwa kerana melakukan tindakan pembakaran dengan sengaja.

Pejabat Kejaksaan Denver, Amerika Syarikat (AS), memutuskan Scott Kramer melakukan aksi ceroboh, membakar dengan sengaja gaun milik mantan isterinya. Lelaki berusia 35 tahun itu, sepertinya kesal dengan keputusan cerai yang dilayangkan sang isteri.

Kini dirinya harus dihadapkan dengan proses pengadilan. Bila terbukti bersalah, Krammer boeh dijatuhkan hukuman percobaan atau enam tahun kurungan penjara. Demikian diberitakan Orange, Khamis (12/7/2012).

Tetapi untuk sementara, Kramer boleh menghirup napas segar. Dia dibebaskan untuk sementara setelah membayar wang jaminan sebesar USD50 ribu .
Pihak jaksa penuntut mengatakan, gaun beserta foto mantan isteri Kramer diketahui dibakar di dekat rumahnya pada 29 Jun lalu. Setelah menerima laporan isterinya, polii pun bergegas menangkap lelaki tersebut. 

Lelaki lempar coklat kepada kekasih yang tak berhenti baca novel porno

Posted: 12 Jul 2012 09:00 PM PDT

LONDON - Seorang lelaki di Inggris khabarnya sanngup melemparkan  cokelat kepada sang kekasih. Tindakan ini dilakukannya setelah sang kekasih menolak untuk berhenti membaca novel yang dinilainya porno, Fifty Shades of Grey.

 Raymond Hodgson  mengaku, ia kesal melihat kekasihnya Emma McCormick tidak juga berhenti membaca novel tersebut hingga ia pun memutuskan untuk melempar  cokelat.

"Menurut Hodgson novel itu porno hingga Emma tidak harus membaca literatur seperti itu," ujar pembela Hodgson di persidangan seperti dilansir Digital Spy Khamis, (12/7/2012).

Ditambahkan pembela Hodgson kejadian ini terjadi setelah pasangan itu bertengkar sebelumnya.

"Tidak hanya itu melempar  cokelat namun, lelaki itu dikhabarkan juga sempat menampar kekasihnya," ujar jaksa penuntut umum dalam persidangan.

Akibat tindakannya itu Hodgson pun terpaksa menghadapi dakwaan melakukan serangan dimuka umum. Ia diperintahkan untuk membayar sejumlah kompensasi dan Hodgson pun mendapatkan jadual jam malam.

Kendati terlibat dalam perkara hukum, pasangan ini khabarnya masih tetap menjalin hubungan asmara.

Sarung Tangan Ini Merubah Bahasa Isyarat Menjadi Suara

Posted: 12 Jul 2012 08:45 PM PDT


Berkomunikasi adalah salah satu tantangan bagi penderita bisu, dan hal tersebut dapat menjadi sangat sulit jika mereka harus berhadapan dengan orang yang tidak  memahami bahasa isyarat.
Namun pasukan penemu asal Ukraina rupanya telah menemukan solusi atas masalah ini, dengan mengembangkan sebuah sarung tangan hi-tech yang mampu menukar bahasa isyarat ke dalam ucapan.
Sarung tangan yang diberi nama EnableTalk ini dilengkapi dengan jaringan sensor kompleks, yang mengenali gerakan tangan, menerjemahkan tanda-tanda tersebut dan kemudian mengubahnya kedalam bentuk suara yang diucapkan oleh aplikasi pada smartphone.
Dikutip dari Dailymail, para penemu ini telah memenangkan penghargaan untuk desain mereka tersebut, dan berharap EnableTalk akan meningkatkan kualiti hidup jutaan orang di seluruh dunia dengan berbicara dan gangguan pendengaran.
Sarung tangan hi-tech ini dilengkapi dengan sensor flex, sensor sentuh, gyroscops dan pengukur kecepatan, dengan bantuan tenaga dari sel surya.
Sarung tanagn ini bahkan memungkinkan pengguna untuk membuat dan memprogram isyarat mereka sendiri, yang nantinya akan dikenali oleh aplikasi.
Meskipun masih dalam bentuk prototipe, namun telah banyak yang mengagumi EnableTalk ini.
Projek ini adalah pemenang di Microsoft Imagine Cup di Australia, sebuah pertandigan untuk mempromosikan inovasi teknik.
Pasukan dibalik EnableTalk ini yakin mereka menciptakan sebuah produk yang akan mengubah kehidupan dari para penyandang cacat bicara.
"Kami terinspirasi untuk membantu teman-teman kita yang menderita gangguan berbicara dan mendengar, membuat mereka memiliki kemampuan untuk berkomunikasi seperti orang lain." tutur programmer Maxim Osika.
Penemu EnableTalk mengklaim biaya untuk prototipe perangkat keras mereka hanya 50 pound  yang berarti bahwa mereka akan dapat menawarkan sebuah produk yang terjangkau atau mampu beli.-manado today

McDonald's Kanada dedah resipi sos Big Mac's

Posted: 12 Jul 2012 08:30 PM PDT


TORONTO - Cef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan kelmarin.
Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's.
Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya.
Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika.
Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. - Agensi
SUMBER : KOSMO ONLINE

Nak mancung hidung tapi tak nak bedah dan sakit,ini penyelesaiannya

Posted: 12 Jul 2012 08:15 PM PDT


Mahu punya hidung mancung tapi takut atau tak mahu dioperasi? Berikut adalah 3 produk pemancung hidung dari Jepun yang boleh kamu jadikan pilihan.

1. Beauty Nose

Harga $41
Terinspirasi dari sepit rambut yang sudah dimodifikasi (kelihatannya begitu), Beauty Nose adalah alat pemancung hidung yang didesain agar dapat mencengkram batang hidung dengan pas dan nyaman. Kekuatan cengkamannya pun dapat diatur dalam dua pilihan, keras atau lembut. Pakai lima minit sehari, maka hidungmu bakal terlihat lebih menarik.
Pros: Harga paling ekonomis!
Cons: Modelnya mirip seperti sepit rambut.

2. Hana Tsun Nose Straightener

Harga $62
Hana = hidung, dan tsun = menonjol atau mancung. Jika kamu segan memakai Beauty Nose yang terlihat seperti sepit rambut patah, Hana Tsun Nose Straightener boleh dijadikan pilihan. Sayangnya, agar efektif, produk yang terbuat dari silikon ini harus dipakai lebih lama dibandingkan Beauty Nose, iaitu 20 minit setiap harinya.
Pros: Sepertinya produk ini terlihap paling manusiawi dan tidak 'menyiksa' dibandingkan produk yang lain.
Cons: 20 minit waktu pemakaian memberikan risiko ketahuan dan ketidaknyamanan yang lebih besar untuk pemakainya.

3. Beauty Lift High Nose

Harga $88
Dibandingkan produk-produk sebelumnya, produk ini yang terlihat paling 'meyakinkan'. Dalam arti desainnya terlihat lebih kompleks, harus memakai bateri dan dilengkapi buku manual.  Cukup dipakai 3 minit sehari agar efektif.
Pros: Model paling futuristik dan dapat bergetar. Hitung-hitung dapat bonus alat pijat untuk hidung.
Cons: Terbuat dari silikon dan baja, produk seberat 25 gram ini nampaknya lebih berat dibandingkan yang lain. Butuh bateri dan harganya paling mengurangkan kocek anda.

Kerana setin minuman Ronaldinho kehilangan kontrak

Posted: 12 Jul 2012 08:00 PM PDT


Kontrak yang didapat oleh mantan pemain FIFA terbaik, Ronaldinho, kandas hanya kerana setin minuman soda.
Pemimpin Coca Cola Company 'terbakar' setelah melihat bintang bola yang menjadi brand ambassador mereka, Ronaldinho, meneguk setin minuman bersoda ketika sang bintang sedang melakukan sidang akhbar baru-baru ini. Pasalnya, minuman  tersebut berasal dari perusahaan musuh abadi mereka, Pepsi.
Kerana kesalahan kecil ini, Coca Cola mencabut kontrak mereka atas mantan pemain AC Milan tersebut yang diperkirakan bernilai sebesar 500 ribu poundsterling .
Ronaldinho, yang kini bermain untuk kelab Atletico Mineiro di Brazil, memang akhir-akhir ini tampil tidak terlalu memukau di atas padang. Pemuda berusia 32 tahun ini juga khabarnya seringkali bolos latihan dan lebih suka menggadakan pesta besar-besaran.Kebiasaan buruk ini juga sebenarnya sudah menjadi perhatian bos Coca Cola.
"Sponsorship ini telah menjadi sesuatu yang memalukan," ujar ketua marketing Coca Cola, Marcelo Pontes.

Lori ceroboh ruang tamu warga emas

Posted: 12 Jul 2012 07:45 PM PDT


LONDON: Seorang nenek nyaris maut selepas sebuah lori merempuh kediamannya ketika dia sedang menonton televisyen.
Warga emas berusia 76 tahun itu sedang duduk di ruang tamu kediamannya ketika ditimpa serpihan konkrit yang melayang apabila lori berkenaan merempuh dinding rumahnya.

Dia yang cedera ringan di kepala dan menggeletar akibat mengalami kejutan dikejarkan ke hospital.


Saksi pertama yang tiba di tempat kejadian, Kevin Carr berkata, dia bimbang wanita itu mungkin terbunuh.

Carr berkata, dia memandu di belakang lori itu di sepanjang Eastern Avenue di Ilford, Essex ketika ia melanggar kereta BMW yang diparkir di tepi jalan sebelum berpusing menghadap kenderaan dari arah bertentangan.


Lori itu kemudian menaiki kaki lama sebelum merempuh ke rumah berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa lalu. Jiran mangsa, Minal Gadhavi, 38, sedang menyusukan anak perempuannya ketika mendengar bunyi rempuhan kuat itu.



Minal berkata: "Ia nyaris mengenai seorang wanita yang melalui kawasan itu untuk menghantar anaknya. Saya ingat ia akan melanggar kami," katanya.

Carr, 52, melompat keluar dari kenderaannya dan memeriksa tiada sesiapa di dalam kereta BMW itu. Dia berkata: "Ia seperti babak gerakan perlahan. Saya dan pemandu lain berlari ke kediaman mangsa dan lelaki dalam lori berkenaan kelihatannya tidak cedera kerana dia boleh bercakap. "Saya dengar seseorang menjerit meminta tolong, tetapi saya tidak faham apa yang dikatakannya dan saya fikir dia berada di bawah lori itu.


Carr masuk melalui ruang besar di dinding, di mana lori itu merempuh rumah berkenaan dan segera membawa keluar wanita tua itu yang mengalami trauma melalui pintu depan.


sumber : myMetro

Lelaki Sepanyol papar kejadian bunuh diri di FB

Posted: 12 Jul 2012 07:30 PM PDT


BANGKOK: Seorang lelaki Sepanyol yang bekerja di Thailand, membunuh diri dan memaparkan kejadian itu di satu laman web sosial popular, semalam.
Pegawai Penyiasat Balai Polis Huay Kwang, Leftenan Kolonel, Apichan Swasdibutra berkata, Juan Andres Medin Peneiro, 37, mencampur sejenis racun ke dalam bir kemudian meminumnya di depan rakan di laman web itu. 
Pineiro, adalah pekerja teknologi maklumat untuk syarikat telefon selular di Bangkok, Dia ditemui mati di biliknya di tingkat 11, sambil duduk di hadapan komputer riba, gelas dan sebotol bir.

Swasdibutra berkata, lelaki Sepanyol itu menulis mesej di laman Facebooknya, dia mahu mati dan meminta maaf kepada rakan sekerjanya kerana tidak dapat bekerja dengan mereka lagi. - BP



sumber : myMetro

10 tahun rantai isteri

Posted: 12 Jul 2012 07:15 PM PDT


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.
Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, 'hamba' dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.


Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada payu dara dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.


Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya. - AP



sumber : myMetro

Suspek kes tipu diarah kunyah dokumen tanah palsu

Posted: 12 Jul 2012 07:00 PM PDT


MANILA: Ketua Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan kerajaan Filipina semalam mengutuk timbalan datuk bandar yang berpengaruh kerana memaksa seorang penipu memakan dokumen palsunya.
Jurucakap suruhanjaya itu, Loretta Ann Rosales berkata, dia akan menghubungi setiausaha kementerian dalam negeri supaya mengambil tindakan terhadap Rodrigo Duterte, timbalan datuk bandar Davao, bandar di selatan Filipina kerana dituduh mendera suspek.

Duterte bekas datuk bandar Davao yang terkenal dengan sikap tegasnya terhadap jenayah, Selasa lalu memaksa lelaki direman polis itu supaya mengunyah dokumen tanah palsu yang dijual kepada penduduk setinggan.


"Saya tidak peduli siapa anda, anda tidak boleh menyalah guna kuasa anda. Memaksa seseorang supaya memakan dokumen tanah palsu adalah satu bentuk penyeksaan," kata Loretta kepada media.

Dia menyifatkan insiden itu sebagai satu lagi contoh 'kekebalan' yang berleluasa di Filipina, di mana lelaki berkuasa percaya mereka bebas mendera, malah, membunuh orang mengingkari mereka. "Ia sangat ketara dan tiada siapa dapat berbuat apa-apa kerana dia adalah Timbalan Datuk Bandar Duterte. Dia seperti Tuhan di bandar Davao," katanya. - AFP



sumber : myMetro

Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu

Posted: 12 Jul 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.
Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.


Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

"Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.


"Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka," katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.



Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.


Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.


"Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak," katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.



sumber : myMetro

Lelaki dakwa tersasul cerai isteri

Posted: 12 Jul 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Niat asal pasangan ini ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai kali kedua namun lain pula jadinya apabila si suami yang mendakwa dirinya 'tersasul' melafazkan talak dua sekali gus.
Tindakan Dzulkepli Ahmad, 52, itu mengejutkan Hakim Syarie, Rohaizad Redzuan dan mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding beberapa minit sebelum ia disambung semula. Rohaizad kemudian menegur tindakan Dzulkepli selaku defendan kerana boleh dikatakan menghina mahkamah kerana melafazkan talak dua tanpa kebenaran.

"Saya tersasul Yang Arif, kerana dalam fikiran saya ini adalah cerai kali kedua," katanya dalam nada perlahan selepas ditegur hakim. Isterinya, Rosma Hamid, 46, hanya tenang dengan kejadian itu dan berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya sudah berlaku. Terdahulu, pada prosiding semalam mahkamah mengarahkan Dzulkepli melafazkan talak satu kepada isterinya dengan membaca satu salinan nota yang diberikan mahkamah. Bagaimanapun, tanpa diduga Dzulkepli melafazkan cerai talak dua terhadap Rosma yang membawa maksud telah jatuh talak tiga selepas diambil kira talak satu yang terdahulu.


Tindakan ini membawa maksud perkahwinan pasangan itu tidak boleh dirujuk melainkan Rosma berkahwin lain dan kemudian bercerai dengan suaminya itu.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada tahun lalu namun rujuk semula dalam tempoh edah.


Mahkamah kemudian mengesahkan lafaz talak dua itu sebagai sah dan telah gugur talak tiga iaitu talak Ba'in Qubra selain plaintif diperintah bersuci edah tiga kali dengan perceraian itu didaftarkan.






sumber : myMetro

Belasah isteri 6 jam

Posted: 12 Jul 2012 06:15 PM PDT


REMBAU: Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini.
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya. 
Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka.



"Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri," katanya.


sumber : myMetro

Serik pakai cincin

Posted: 12 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA TERENGGANU: "Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari," kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.
Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi.


Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

"Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.


"Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ," katanya.



Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

"Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.


"Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.

"Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan," katanya.


Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.



sumber : myMetro

Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu

Posted: 12 Jul 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.
Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.


Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

"Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.


"Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka," katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.



Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.


Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.


"Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak," katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.



sumber : myMetro

[Hebat]Mulia sungguh hati tukang gunting rambut ini

Posted: 12 Jul 2012 05:30 PM PDT

Sebuah kenderaan melanggar dan merempuh masuk ke sebuah kedai gunting rambut. Kejadian di Anchorage, Alaska, itu hampir-hampir meragut nyawa pemilik kedai itu Heng Song, dan dua pelanggannya.


Heng Song terperanjat ketika melihat dengan mata kepalanya sebuah kereta melanggar kedai ketika dia sedang asyik memotong rambut seorang pelanggan. "Baru separuh potong rambut dan bummm…," kata warga Korea Selatan berusia 35 tahun itu menggambarkan kejadian tersebut. Drama tersebut sempat dirakam kamera dan di dalam rakaman itu  kereta tersebut berada di dalam kedai.


Waktu seolah terhenti ketika kejadian itu berlangsung dengan cepat. Ketika melihat rakaman tersebut, Heng Song teringat pelanggannya yang belum habis dicukur. Hari berikutnya, setelah membuang runtuhan dari kedainya, dia memutuskan untuk pergi ke rumah pelanggannya untuk menghabiskan pekerjaannya. Ini benar-benar ungkapan kesetiaan seorang tukang cukur pada pelanggannya.(link)



Selama 25 tahun cungkil gigi tertanam dalam perut

Posted: 12 Jul 2012 05:15 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki menderita sakit perut yang parah selama 25 tahun tanpa tahu penyebabnya apa. Namun, baru-baru ini terungkap ternyata Ove Sohlberg (65) mengalami sakit perut akibat cungkil gigi yang tertanam di dalam perutnya.

Dilansir Fox News, Sohlberg dalam wawancaranya dengan harian Vasterbottens-Kuriren mengatakan dirinya mengalami sakit perut teruk25 tahun silam setelah operasi infeksi perut.

"Saya merasa ada sesuatu di dalam perut saya dan saya terus merasakan sakit," katanya sembari menambahkan jika dirinya sudah dirujuk sebanyak 100 kali.

Minggu lalu, ahli bedah akhirnya mengelurkan cungkil gigi kayu dengan panjang enam sentimeter dari dalam perutnya.

Sohlberg, dari Lycksele di utara Sweden, mengatakan benda itu tinggal di dalam tubuhnya sekitar 25 tahun a lalu. "Ini sangat menyedihkan harus hidup dengan penderitaan itu selama bertahun-tahun," katanya.

[GAMBAR] Apa salah orang tua ini sehingga di belasah begini?

Posted: 12 Jul 2012 05:00 PM PDT

Gambar menunjukkan seorang pemuda membelasah seoang tua..
Apa kesalahan orang tua ini tidak diketahui...tapi dari segi logik
walu marah marah sekalipun janganlah dibelasah orang tua ini...







 kawan dia tengok sahaja...

 marah kepada jurugambar yang mengambil gambarnya...

kesedihan menahan sakit akibat dipukul....


Daring betul auntie ni,pakai baju nampak bra strapnya

Posted: 12 Jul 2012 04:45 PM PDT




Biar muda atau tua fesyen tetap berfesyen,walaupun fesyen tu tak kena dengan usia....


STOMPer awe-some was appalled to see a middle-aged woman dressing inappropriately, exposing her bra strap.


Said the STOMPer:


"I saw this while I was in the queue at the ATM at Bedok Central. 


"I was really surprised and embarrassed at the same time to see aunties today being so daring as to wear something like this. 


"I was standing with my teenage brother and it really went awkward to see such things."


sumber: stomp.com.sg


Pencuri aneh..sanggup potong rambut perempuan di bas stop untuk dijual

Posted: 12 Jul 2012 04:30 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Ini pencuri aneh. Seorang polis mengatakan, seorang lelaki mendekati perempuan berambut panjang ketika sedang menunggu bus di halte kemudian memotongnya. Demikian dilansir AOL.

Polis Brasil itu mengatakan jika rambut si perempuan itu masih perawan artinya belum pernah diwarnakan dan sepertinya rambut itu akan dijual untuk dijadikan bahan wig. Kejadian itu berlaku di kota Goiania.

Inspektor Polis Jose Carlos Bezerra da Silva, dalam keterangannya, mengatakan perempuan malang itu sedang menunggu bus dan tiba-tiba seorang lelaki menggunakan pisau dan memotong rambut panjangnya hingga pinggang.

Si perempuan ini menyangka lelaki itu akan mencuri dompetnya sehingga ia membelakangi si lelaki. Perempuan berusia 24 tahun ini mengaku harus melapor ke polis kerana dia seorang penganut agama yang taat dan harus menjelaskan ke paderi mengapa rambutnya tidak panjang lagi.

Kasihan, Burung Ini Terperangkap dan Boleh Bertahan Hidup

Posted: 12 Jul 2012 04:15 PM PDT




Watch How Chinese Thieves Use Chopsticks dan mereka tak takut lansung

Posted: 12 Jul 2012 04:00 PM PDT


Kurang ajar…para copet di China tertangkap kamera sedang menyeluk saku dengan menggunakan chopstick dan mereka nampaknya tidak sendirian dan dilihat tidak sedikitpun takut tertangkap oleh masyarakat disekitarnya atau mungkinkah masyarakat sekitarnya yang takut pada mereka in ?



Gambar..Budak terjatuh dari dari Tingkat 8 tersepit dicelah aircond berjaya diselamatkan

Posted: 12 Jul 2012 11:00 AM PDT




Budak ini dikatakan trtjatuh dari tingkat 8 sebuah kawasan perumahan..
dia tersepit dicelah aircond yang berada di tingkat 7...
seorang pemuda yang berani telah berjaya meyelamatkannya....

Tempat kerja tergempak di dunia

Posted: 12 Jul 2012 10:30 AM PDT


PITTSBURGH - George M. Davison, seorang CEO dan pendiri sebuah perusahaan pengembang produk yang dinamakan Davison di Pittsburgh, Pennyslvania merancang tempat kerja para karyawannya menjadi seperti taman bermain raksasa demi memudahkan para karyawannya mencetuskan idea-idea kreatif.

Di atas lahan seluas 6967,7 meter persegi, berdiri sebuah bangunan yang dinamakan Inventionland yang dibangun pada tahun 2006.

Sesuai namanya, Inventionland (Pulau Rekayasa), di dalamnya terdapat aneka ruang kerja dengan berbagai bentuk rekaan benda-benda dengan ukuran raksasa yang disertai warna-warna cerah, sehingga seperti tempat bermain anak-anak.

Di dalam Inventionland terdapat sebuah perahu layar raksasa yang tentunya merupakan ruang kerja bagi staf Divison.

Selain perahu layar raksasa, ada juga sebuah ruangan di dalam sepatu raksasa, di dalam sebuah rumah pohon, atau cupcakes raksasa. Bahkan terdapat pula air terjuan buatan yang sengaja dibuat untuk menyembunyikan sebuah ruangan yang berisi dokumentasi rahasia.

Sebagaimana dikutip Dailymail, Jumaat (8/7/2011), dengan motto perusahaan "Dare to Invent", perusahaan Davison yang didirikan pada tahun 1989 ini hanya memiliki 250 staf, namun setiap tahunnya mampu menghasilkan 2.500 penemuan-penemuan baru yang dikembangkan menjadi sebuah produk inovatif yang dijual di perusahaan-perusahaan waralaba ternama seperti Wal-Mart, F.A.O Schwartz, ACE Hardware dan banyak nama besar lainnya.(rhs)

Power of make up,adakah waniata akan keluar tanpanya?

Posted: 12 Jul 2012 10:15 AM PDT







sumber gambar : stomp.com.sg


Lihat perubahan wajah wanita setelah menggunakan make up.Betapa berkuasa make up kepada wanita.Adakah wanita akan keluar rumah tanpa memakainya?