Adsense

Khamis, 12 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Siri Harry Potter Sepanjang Julai di TV2

Posted: 12 Jul 2012 10:17 PM PDT

Filem-Filem Siri Harry Potter Sepanjang Julai Ini Setiap Jumaat, Jam 10.00 Malam Di TV2

Bagi yang mengikuti siri filem Harry Potter, anda akan dapat melihat barisan pelakonnya; Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson (Harry, Ron dan Hermione), membesar di depan mata kita daripada filem pertama mereka sehinggalah sekuel terakhir filem itu yang pernah ditayangkan di seluruh dunia.

Banyak perubahan sejak filem Harry Potter : Harry Potter & The Sorcerer's Stone (2001) hingga Harry Potter & The Goblet of Fire di mana pelakon utama siri fiksi kegilaan kanak-kanak, remaja dan seisi keluarga ini melalui momen transformasi menjadi dewasa.

Setelah siri pertamanya Harry Potter : Harry Potter & The Sorcerer's Stone menemui penonton saluran TV2 pada 6 Julai lalu, RTM menjanjikan tayangan tiga sekual filem hebat ini iaitu Harry Potter & The Chamber of Secrets (13 Julai 2012), Harry Potter & The Prisoner of Azkaban (20 Julai 2012) dan Harry Potter & The Goblet of Fire (21 Julai 2012), setiap Jumaat, jam 10.00 malam mengisi slot English Blockbuster di TV2.

Kesinambungan menerusi Harry Potter & The Chamber of Secrets (2002) mengisahkan watak Harry berkembang apabila dia mengabaikan amaran tidak untuk kembali ke Hogwarts dan dia berusaha untuk mencari sekolah yang dibelenggu oleh satu siri serangan misteri dan suara yang aneh menghantuinya.

Plot Harry Potter & The Prisoner of Azkaban (2004) pula berkongsi kisah seorang penjenayah misteri, Sirius Black, telah melarikan diri dari penjara Azkaban dan berada di Hogwarts yang memaksa dementor ditempatkan di sana untuk melindungi Harry Potter dan rakan-rakannya.
Ikuti kesudahannya dalam Harry Potter & The Goblet of Fire Harry (2005) bila mana Harry mendapati dirinya dipilih sebagai pesaing bawah umur di sekolah yang menyaksikan persaingan diterima daripada bermacam ahli silap mata yang berbahaya.

Peminat-peminat filem siri Harry Potter pastikan anda meluangkan masa menyaksikan filem-filem hebat ini hanya di TV2.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Muzik Video Jaclyn Victor Jagalah Diri

Posted: 12 Jul 2012 09:58 PM PDT

JACLYN VICTOR JAGALAH DIRI

Selepas menerima sambutan yang sangat baik menerusi lagu "Sebelah Jiwaku" yang kini hangat diputarkan di corong radio, Jaclyn Victor sekali lagi membuat kemunculan bersama single terbarunya yang berjudul "Jagalah Diri".

"Jagalah Diri" merupakan sebuah lagu hasil sentuhan berbisa Edry Abdul Halim. Lagu yang berirama balada ini dilihat memerlukan seorang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal bernada tinggi dan Jac sudah pastinya mempunyai kredibiliti dan amat sinonim dengan ciri-ciri yang diperlukan. Lagu-lagu sebegini bak 'makanan' kepada bekas Juara Malaysia Idol ini.

Single kedua "Jagalah Diri" ini juga merupakan lagu tema kepada filem Stereoscopic 3D (S3D) Malaysia yang pertama yang berjudul "29 Februari". "29 Februari" adalah sebuah filem di bawah arahan Edry Abdul Halim yang bergenre "biografi fantasi" dan bakal muncul diseluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos 2012.

"Jagalah Diri" lebih mengisahkan tentang apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat 'keakuran' dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Lagu yang berskala besar ini dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih melalui "Sedetik Lebih", lagu tema kepada filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa.

Bagi menyemarakan lagi promosi lagu tema dan filem tersebut, KRU Music telah menerbitkan klip video "Jagalah Diri" yang diarahkan oleh Wan Hafiz buat tontonan umum. Sudah pasti klip video ini mampu membuatkan anda lebih menghayati dengan mendalam irama dan lirik "Jagalah Diri" yang mempunyai hubungkaitnya dengan filem tersebut.

Untuk maklumat lanjut,sila layari Facebook "29 Februari" http://www.facebook.com/29februari

Jaclyn Victor

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: