Adsense

Khamis, 12 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Mia Sara Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Posted: 11 Jul 2012 10:29 PM PDT

mia sara dengan ayah di malaysia book of records
Tahniah MyGosip ucapkan buat pelakon cilik kita, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan,7, kerana telah disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam tadi.. Mia Sara terpilih untuk disenaraikan kerana dia diiktiraf sebagai pelakon termuda yang berjaya meraih trofi di Festival Filem Malaysia (FFM) baru-baru ini..

Mia Sara yang terharu dengan penyenaraian ini mengucapkan ribuan terima kasih melalui account twitter kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya.

"Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan,"

MyGosip harap kejayaan Mia Sara ini akan memberi satu semangat baru untuk dia terus melebarkan sayapnya didalam dunia hiburan yang penuh dengan cabaran ini..

Selain Mia Sara, beberapa nama besar dalam industri hiburan juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records kali ini.. antaranya Aznil Hj.Nawawi diiktiraf sebagai personaliti televisyen bertahan paling lama dalam industri manakala Syamsul Yusof pula menerima pengiktirafan sebagai pengarah filem paling muda memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Malaysia.

Suami Irma Hasmie seorang duda?

Posted: 11 Jul 2012 08:21 PM PDT

gambar redza syah dengan farah diana kahwin
Baru-baru ini kecoh apabila ada yang mengatakan yang suami Irma Hasmie ni seorang duda.. Namun semua khabar angin tersebut telah dinafikan oleh ibu Irma Hasmie sendiri di potal Murai.. Namun perkara ini mula berbangkit kembali apabila gambar yang didakwa perkahwinan pertama Suami Irma Hasmie ni mula tersebar di internet..

Melalui sumber dimana gambar ini diambil, Suami Irma Hasmie ni pernah berkahwin dengan gadis yang bernama Farah Diana di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Ampang. Tapi sayangnya perkahwinan itu tidak bertahan lama kerana tidak mendapat restu pihak keluarga sehinggalah dia berjumpa dengan Irma sewaktu pasangan ini menunaikan umrah pada Februari lalu.

Perkara ini masih lagi menjadi tanda tanya kebenaranya, Kita tunggu la kepulangan Irma Hasmie yang kini sedang berbulan madu di Australia untuk mendapatkan kepastian yang sebenar.

Bagi MyGosip, Tidak kisah lah suami Irma Hasmie ni duda atau pun tidak, Asalkan mereka berdua bahagia sudah la kan..

perkahwinan pertama suami irma hasmie