Berita Harian: Hip |
Posted: 11 Jul 2012 02:48 PM PDT Pelakon sitkom, Oh My English! Zain Saidin terkejut mendapat tahu kakaknya, Shasha, 35, dan suaminya, Salyo Priyanto Notosoemarsono, 36, bercerai talak satu. Zain mendakwa, dia hanya dimaklumkan berita perpisahan Sasha apabila dihubungi wartawan HIP, semalam. "Saya sibuk di lokasi menyebabkan banyak perkara terlepas pandang. Kes perceraian Shasha saya tahu daripada media dan bukan diberitahu kakak atau ahli keluarga lain. Kelmarin, bekas anggota Elite itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas lima tahun berumah tangga. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia tiga tahun. Shasha tak cerita Lagi pun, kebiasannya, kami lebih selesa bercerita dengan ibu dan ayah jika ada masalah," katanya yang mengakui kurang rapat dengan kakaknya itu. Namun, bagi Zain, apa yang lebih penting ialah soal kebajikan satu-satunya anak buahnya, Adam Aryasenna. Tetapi Zain yakin kakaknya mampu menghadapi dugaan kerana dia seorang wanita tabah. "Sebenarnya, saya tidak mahu ambil tahu perkara ini kerana ia bukan perkara menggembirakan. Tetapi selepas ini, mungkin saya akan duduk bersama Shasha dan mendengar masalahnya. "Hubungan saya dan Adam sangat rapat. Semoga Shasha tabah melalui semua ini. Saya pasti tumpuannya sekarang ialah anaknya kerana Shasha begitu menyayangi Adam," katanya. Hubungan baik Menyifatkan bekas abang iparnya seorang yang baik, Zain mengakui, sepanjang lima tahun menjadi ahli keluarga, dia sendiri tidak mempunyai masalah dengan Salyo. "Bukan saja mereka tidak pernah gaduh besar, hubungan mereka pun nampak baik saja. Tetapi tidak tahulah jika ada perkara lain yang berlaku tanpa pengetahuan saya. "Saya harap orang tidak sampai terfikir Salyo memukul Shasha kerana itu tidak pernah berlaku. Malah saya tidak terfikir dia curang," katanya. Sementara itu, usaha HIP mendapatkan penjelasan Shasha gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan atau membalas mesej yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |