Adsense

Selasa, 4 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Half Shaved Hairstyle Menyerlahkan Aura Ranggi Si Gadis!

Posted: 04 Sep 2012 11:23 PM PDT

Rambut merupakan mahkota berharga bagi setiap wanita, ini kerana rambut melambangkan keseluruhan personaliti dalam melengkapkan setiap langkahan untuk memastikan imej segar dan glamor terhasil. Tidak pula bagi si gadis molek pada zaman ini, mereka lebih berani memperhiaskan rambut mereka dengan stail yang unik dan lain daripada yang lain bagi memastikan mereka mampu melangkah dengan lebih lincah dan ranggi. Berikut merupakan stail rambut Half Shaved Hairstyle yang menjadi pilihan si cantik.

Bagi golongan wanita yang berkejaya, pasti panjang mengurai ikal mayang menjadi pilihan mereka untuk bergaya, namun tidak pula bagi remaja yang beridentiti rock.

Pembaharuan imej untuk kekal ranggi tetapi manis dengan potongan rambut ala-ala tentera mampu menyerlahkan ketegasan si gadis dalam penampilan.

Barat ke timur, merupakan budaya fesyen yang menjadi ikutan remaja kini tidak kira dari segi rambut mahupun pakaian. Potongan ini menampilkan 2 ciri personaliti yang berbeza dimana bahagian rambut nipis itu melambangkan kenakalan diri si pemakai, manakala belahan panjang pula  melambangkan keayuan si pemakai tersebut.

Imej yang dihasilkan ini mampu memberi imej segar disamping menonjolkan personaliti yang lebih lincah untuk menyuntik semangat ceria dan funky. Bagi si pemakai yang sentiasa 'Up-To-Date' pasti mereka akan melakukan gaya rambut sebegini.

Berikut merupakan foto-foto potongan rambut Half Shaved Hairstyle yang lain :

“Anugerah Blockbuster 2011″, Jadikan Penonton Sebagai Juri!

Posted: 04 Sep 2012 10:59 PM PDT

"Anugerah Blockbuster 2011″ merupakan sebuah anugerah yang memberikan penonton kuasa untuk memilih dan menentukan siapakah yang layak menang tidak kira samada filem itu mengutip jumlah yang tinggi atau tidak. Dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM), anugerah ini akan diadakan pada 6 Oktober 2012 pukul 9 malam bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Sebanyak 13 kategori dan 40 pencalonan (purata) telah dipertandingkan untuk setiap kategori. Peminat berpeluang untuk mengundi secara online bermula 3 September pukul 12 tengahari -18 September 12 tengahari ini.

Antara filem-filem yang turut tersenarai adalah Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak, Kongsi, Hantu Bonceng, Nur Kasih The Movie, KL Gangster, Ombak Rindu, Songlap dan banyak lagi.

Caranya mudah saja, anda boleh layari laman rasmi, anugerahblockbuster.com.my dan berpeluang mengundi sekali untuk setiap kategori setiap hari. Top 10 pencalonan yang mendapat undian tertinggi dari undian online akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Fasa undian kedua pula akan menyenaraikan Top 10 pencalonan tertinggi dari setiap 13 kategori yang layak dari fasa undian pertama. Fasa kedua ini akan berlangsung dari 19 Sept – 6 Okt 2012 sampai pukul 6 petang dan anda boleh mengundi samada secara online ataupun SMS(setiap SMS akan dicas RM0.50). Keputusan berdasarkan 50% undian SMS and 50% undian online.

Filem Ombak Rindu yang telah menimbulkan fenomena sebelum ini juga turut tersenarai dan OHBULAN! pasti anda semua sudah tahu jalan cerita filem ini kan?

Filem ini mengisahkan tentang gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Namun itu semua tidak menjadi penghalang bagi mereka membahagiakan diri yang lara.

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz, Lisa Surihani sebagai Mila dan juga Maya Karin sebagai Izzah.

Berikut adalah senarai kategori yang akan dipertandingkan di "Anugerah Blockbuster 2011″.

  1. Anugerah Filem Terhebat
  2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
  3. Aungerah Direktor Baru Terhebat
  4. Anugerah Filem Aksi Terhebat
  5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
  6. Anugerah Filem Takut Terhebat
  7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat
  8. Anugerah Hero Terhebat
  9. Anugerah Heroin Terhebat
  10. Anugerah Watak Penyangak Terhebat
  11. Anugerah Lagu Filem Terhebat
  12. Anugerah Hero Baru Terhebat
  13. Anugerah Heroin Baru Terhebat

Sekali lagi, anda boleh layari laman rasmi, anugerahblockbuster.com.my untuk mengundi dan memilih siapakah yang layak untuk memenangi anugerah bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Tentang Bahtera Gabung Artis Malaysia Indonesia

Posted: 04 Sep 2012 10:50 PM PDT

TENTANG BAHTERA GABUNGAN 'PELAYARAN' EMPAT BINTANG DUA NEGARA

Penantian peminat muzik tanah air untuk menyaksikan persembahan secara langsung artis tempatan dan Indonesia bakal berakhir dengan penganjuran yang menggabungkan kumpulan yang dulu dikenali sebagai iaitu , , dan (GAC).

Persembahan yang bakal berlangsung pada 16 September ini dijadualkan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, bermula jam 4 petang dengan dihangatkan dengan kemunculan Ariel yang penuh kontroversi bersama ahli kumpulannya, diterbangkan secara eksklusif dari Indonesia.

Ternyata penganjuran konsert seperti mengembalikan kegemilangan kerjasama artis Malaysia-Indonesia yang terjalin sejak era 1970-an, mengeratkan aliran muzik Melayu yang dapat menghiburkan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang penggiat seni tanah air.

Menyentuh berkenaan Noah, bekas anggota Peterpan ini semakin bersemangat apatah lagi band ini sebenarnya lebih banyak cahaya cemerlang berbanding kelam dek hukuman yang dikenakan terhadap vokalisnya, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk kumpulan ini berjuang dengan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Mari kita lupakan terus kejadian yang menimpa Ariel, kerana pembebasan penyanyi kumpulan yang lebih dikenali sebagai Peterpan sedikit masa dulu bukanlah sebagai 'bekas banduan' yang dipandang sepi, malah disanjung kerana ramai yang 'membesar' dengan lagu mereka.

Diperkuatkan dengan ahli kumpulan lain yang masih terus setia bersamanya iaitu Lukman, Uki, Reza dan David, kemunculan Peterpan dengan nama baru, Noah, bukanlah sesuatu yang asing dalam industri muzik tempatan apatah lagi di peringkat antarabangsa.

Hybrid Theory sempat digunakan Linkin Park sebelum muncul, juga band 'grunge' Mookie Blaylock yang akhirnya lebih dikenali sebagai Pearl Jam, tidak lupa On a Friday mengubah nama menjadi Radiohead, Jimmy Page bersama The New Yardbirds yang berubah menjadi Led Zeppelin atas kemasukan Keith Moon, pemain dram The Who, juga jaguh metal, The Polka Tulk Blues yang dunia mengenali mereka sebagai Black Sabbath.

Ternyata soal nama bukanlah mengubah bakat mereka, namun kerana nama juga mereka menganggap ini satu doa untuk memulakan perjalanan baru, juga sebagai penanda yang akan membentuk persepsi, jenama, kedudukan, jati diri, serta simbol daripada keberadaan sesebuah band.

Sejak ditubuhkan pada1 September 2000, band yang awalnya terdiri daripada Ariel sendiri selaku vokalis, Andika (keyboard), Uki (gitar), Lukman (gitar), Indra (bass), dan Reza (dram) ini sepakat memakai nama Peterpan.

Bernaung bawah label Musica Studio's, mereka berjaya melahirkan album kompilasi berjudul Kisah 2002 Malam pada tahun 2002, dan menerusi kejayaan lagu Mimpi Yang Sempurna, bersama-sama produser Noey dan Capung, mereka kemudiannya melahirkan album penuh bertajuk Taman Langit pada tahun 2003.

Kejayaan album itu sekali gus melahirkan idola baru dalam dunia seni Indonesia, malah menjadi buah mulut di Malaysia sehingga Peterpan dianggap nama besar di kedua-dua negara, malah menjadi fenomena di negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura dan Brunei.

Dengan kejayaan itu, kumpulan ini terus mengorak langkah dengan menghasilkan album Bintang Di Surga pada 2004, serta album runut bunyi filem Alexandria pada 2005 yang membuatkan kedudukan mereka semakin kuat di seluruh pelosok Indonesia dan Malaysia.

Bagaimana pun, perjuangan mereka sedikit tercalar apabila Indra dan Andikan mengundurkan diri daripada Peterpan ketika album seterusnya, Hari yang Cerah diterbitkan pada tahun 2007, sekaligus menampilkan empat orang saja dalam band berkenaan.

Ada bayangan untuk Peterpan tidak lagi menggunakan nama itu ketika album berkembar, Sebuah Nama Sebuah Cerita diterbitkan pada tahun 2008, apatah lagi sejak mundurnya Andika dan Indra, nama Peterpan tidak lagi sesuai dengan perjanjian yang pernah termetrai antara mereka.

Penglibatan pemain keyboard, David bermula tahun 2009 sebelum secara rasmi bergabung sebagai anggota tetap Peterpan juga memperlihatkan ada keperluan untuk mereka membawa nama dan imej baru kepada kumpulan ini.

Bagaimana pun, tahun 2010 membawa awan hitam kepada mereka apabila dugaan melanda ketika album keenam hampir menjengah pasaran, apabila Ariel terpaksa menerima hukuman penjara, namun itu tidak mematahkan semangat Uki, Reza, Lukman dan David yang tetap sabar menunggu kepulangan Ariel.

Ketika di dalam penjara juga Ariel sempat melahirkan single berjudul Dara tahun lalu, malah ketikapenyanyi kacak itu menghuni jeriji besi di Kebon Waru, Bandung itu, empat anggota lain sempat melahirkan album instrumental berjudul Suara Lainnya – Ariel, Uki, Reza, Lukman, David awal tahun ini.

Album ini turut menampilkan vokal Momo, vokalis kumpulan Geisha yang turut dikenali di Malaysia dengan lagu Cinta Dan Benci sebelum ini, menerusi lagu Cobalah Mengerti.

Kini Noah dengan bangganya mempersembahkan sebuah single terbaru berjudul Separuh Aku yang mendapat sambutan hangat khususnya peminat Peterpan, apatah lagi jumlah tontonan klip video mereka di laman YouTube mencapai jumlah lebih sejuta dalam lima hari sahaja.

Bintang yang popular di Malaysia, 6ixth Sense, yang sebelum ini terkenal dengan menghasilkan lagu hebat seperti Menyesal, Tidak Bisa Memilihmu dan Tanpa akan lebih menghangatkan lagi konsert berkenaan, apatah baru-baru ini kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan.

Album yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian ini memilih judul Tentang Kita sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syaafat rasul (ikon terbaik).

Lagu baru berjudul Altar Cinta ciptaan penuh vokalis mereka, Adi, kini menemui peminat yang menantikan sentuhan baru mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka, +-x÷, yang menampilkan lagu hebat seperti Khatimah Cinta, Menyesal, Yang Sempurnakanku dan Cinta Mati.

Malah, lagu berkenaan baru-baru ini diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai 2012, terdiri daripada ERA FM (9 malam), THR FM (8.30 malam), SURIA FM (5.50 petang), IKIM FM (5.50 petang), HOT FM dan stesen lain yang mengambil bahagian.

Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box.

Album ini menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam menerusi lagu berunsur nasihat dan panduan berguna, malah penyertaan Saujana dalam album ini diharapkan dapat memudahkan kaedah dakwah yang sememangnya menjadi nadi asas dalam album kerohanian ini.

Menyentuh G.A.C, artis kedua dari Indonesia yang turut sama dalam Tentang Bahtera cukup berbeza, walaupun zaman digital banyak melahirkan penyanyi secara segera dan tidak ramai yang mempunyai kualiti yang dimahukan sehingga populariti pun boleh tenggelam dengan begitu cepat.

Pasangan adik-beradik Gamaliel dan Audrey Tapiheru, sebelum ini cukup popular di YouTube, malah melambung nama mereka walaupun hanya bermodalkan gitar, membawakan lagu hit seperti Break Your Heart (Taio Cruz), Lucky (Jason Mraz) dan Poker Face (Lady Gaga), sebelum kemuncaknya ketika membawakan lagu Telephone milik Lady Gaga, yang sehingga kini ditonton lebih daripada 1.7 juta pelayar.

Malah, saluran mereka di YouTube ketika ini sudah diakses lebih daripada 7.6 juta orang dari seluruh pelosok dunia.

Kehebatan adik beradik kakak beradik ini dikesan oleh Cantika yang ketika itu juga sedang fokus dalam dunia seni, apatah lagi dia adalah anak perempuan Jean Pattikawa, penyanyi di era tahun 1980-an.

Memiliki matlamat yang sama, akhirnya mereka sepakat untuk bergabung membentuk G.A.C yang bermaksud Gamaliel Audrey Cantika, sekali gus bernaung di bawah naungan label Sony Music Indonesia, manakala bersama Universal Music di Malaysia.

Mereka baru saja muncul dengan single berirama pop berjudul Ingin Putus Saja, sebuah lagu yang ditulis oleh Gamaliel dan Harry Budiman dan dilancarkan di Indonesia November tahun lalu dan mendapat respon meluas di arena seni muzik Indonesia.

The Malayan pula mungkin nama baru dalam industri muzik Malaysia, tetapi anggotanya adalah pemuzik berpengalaman, apatah lagi kumpulkan ini dianggotai Andy Flop Poppy yang sangat populars edikit masa lalu.

Bergabung dengan pemain gitar berbangsa Cina, Khian, serta anak sulungnya Megat Danial Azreen (bass) dan Hafis (dram), The Malayan muncul dengan albumnya yang menampilkan lagu popular Aku Bukan Lagenda dan terbaru dengan single Tiga Kali.

Tiket konsert yang dianjurkan Livescape dan mendapat kerjasama daripada Universal Music, Celcom, Sinar Harian dan Media Hiburan ini boleh dibeli melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman).

GAC

GAC

6ixth Sense

6ixth Sense

Noah_Seperti Seharusnya-Album cover

the malayan

Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Masterchef Malaysia Musim Ke-2

Posted: 04 Sep 2012 10:49 PM PDT

Masterchef Malaysia kembali untuk musim kedua
Astro Ria bakal siar sesi ujibakat bermula 8 September

MasterChef Malaysia ternyata telah mencipta fenomenanya yang tersendiri. Sejarah yang dilakar oleh seorang doktor gigi, Dr Ezani Farhana Md Monoto sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama pastinya masih segar dalam ingatan peminat rancangan realiti masakan ini. Bertitik tolak daripada kejayaan dan sambutan hebat ini, Astro berbesar hati membawakan kembali MasterChef Malaysia untuk musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada 8 September 2012, Sabtu, tepat jam 7.30 malam.

Masterchef Malaysia

Bertemakan 'Dapur' Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim kedua bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.

Mereka adalah Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md Zain yang merupakan juri untuk musim lalu. Selain itu, Chef Adu Amran yang pernah muncul di MasterChef Selebriti Malaysia juga akan bertindak selaku juri di MasterChef Malaysia musim kedua ini. Tiga orang chef berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan peserta sepanjang musim ini.

Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad berkata, "Astro Ria amat berbesar hati kerana telah merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menonton program realiti masakan MasterChef Malaysia. Sambutan yang diterima MasterChef Malaysia musim pertama dan MasterChef Selebriti baru-baru ini ternyata telah menunjukkan fenomena luar biasa yang berlaku di kalangan penonton negara ini. Kedua-dua program ini telah muncul sebagai pilihan utama penonton sepanjang ditayangkan di saluran ini.

Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan kembali sebuah program yang dinantikan oleh rakyat Malaysia ini. Melihat daripada peningkatan jumlah peserta yang terlibat dalam sesi ujibakat yang berakhir pada bulan Jun yang lalu, kami turut menjangkakan enam episod ujibakat dan 66 episod seterusnya ini bakal menerima sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama."

Pihak produksi terlebih dahulu mengunjungi enam buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. untuk mengenal pasti calon peserta yang dilihat layak untuk menyertai MasterChef Malaysia musim yang kedua ini.

Selepas enam episod menyiarkan sesi ujibakat yang bermula 8 September ini dan enam episod cabaran Bootcamp, seramai 24 peserta akan berjuang di MasterChef Malaysia musim kedua. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis).

"Pihak Astro juga berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Juara MasterChef Malaysia musim kedua bakal memenangi wang tunai RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan pihak Astro kelak. Sementara itu, kami juga mengalu-alukan kehadiran pihak Panasonic Cooking Magic sebagai penaja utama dan MyChef sebagai penaja bersama.

Jangan lupa menyaksikan MasterChef Malaysia untuk musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada 8 September 2012 tepat jam 7.30 malam dengan episod ujibakat di enam lokasi seluruh negara!

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Akibat French Kiss, Lelaki Taiwan Disaman Kekasihnya Sendiri

Posted: 04 Sep 2012 09:15 PM PDT


Seorang lelaki Taiwan didakwa melakukan pelecehan seksual, namun uniknya gugatan atau saman ini datang dari wanita yang tidak lain adalah kekasihnya sendiri.
Setelah menjalin hubungan  selama lima bulan, beberapa kali makan malam, lelaki Taiwan berusia 40 tahun ini mengira ia mengira ia telah mendapatkan 'Lampu Hijau' untuk mencium pasangannya tersebut.
Saat berupaya untuk mencuri ciuman, lelaki asal Kaohsiung, Taiwan yang diketahui bernama Chen itu harus berurusan dengan hukum, kerana sang kekasih mengugatnya melakukan pelecehan seksual, dan terancam dipenjara selama dua tahun jika terbukti bersalah.
Menurut laporan media setempat, Chen diduga mencoba melakukan 'French Kiss' dengan kekasihnya untuk pertama kalinya.
Insiden itu terjadi pada bulan Julai lalu ketika Chen, mengundang gadis yang diketahui bernama Tsai yang dikasihinya selama lima bulan ke apartmentnya untuk makan malam.
Menurut keterangan pihak polis, Chen memintanya untuk berciuman, dan ketika sang wanita berusia 30 tahun itu tidak mengatakan apa-apa, Chen menganggap itu sebagai tanda setuju darinya.
Namun saat Chen melakukan ciuman, sang kekasih ternyata marah dan jijik dengan perbuatannya.
"Apakah anda terlalu banyak menonton film porno? Tidak ada yang menggunakan lidahnya pada ciuman pertama" teriak sang wanita tersebut.
Sang wanita kemudian mengakhiri hubungannya dengan Chen setelah insiden tersebut, dan kemudian melaporkan perbuatannya tersebut kepada pihak berkuasa.
Chen kemudian ditangkap, dan dalam wawancara dengan polis ia membantah mencium Tsai malam itu. Sebaliknya, ia menuduh wanita tersebut sengaja mengarang cerita tersebut untuk memerasnya.
Akibat hal tersebut, dia didakwa melanggar hukum pelecehan seksual Taiwan. Dan jika terbukti bersalah, Chen menghadapi hukuman dua tahun penjara atau denda sebesar 1.000.000 dolar Taiwan.

Tampilkan Anak 4 Tahun Merokok, Tayangan TV Ini Dikecam

Posted: 04 Sep 2012 09:00 PM PDT



Iklan Toddlers and Tiaras (foto: ist)
Iklan Toddlers and Tiaras (foto: ist)
LOS ANGELES- Kritik dan kecaman terhadap tayangan televisyen boleh terjadi juga di Amerika. Seperti yang terjadi pada tayangan reality Toddlers and Tiaras.

Toddlers and Tiaras memang merupakan sebuah acara reality show pertandingan kecantikan untuk anak-anak kecil yang mulai tayang sejak 2009. Seperti biasa, sejumlah anak dikenalkan ibunya lengkap dengan gaya pakaian mereka masing-masing.

Seorang anak tiga tahun muncul dengan kostum yang terinspirasi dari gaya pakaian Julia Robert sebagai pelacur di film Pretty Woman. Satu lagi peserta yang masih berusia empat tahun bergaya sedikit urakan dengan memakai jaket kulit hitam seperti karakter Sandy di film Grease. 

Namun, bukan gaya pakaian yang paling disorot dari penampilan putri empat tahun itu. Tapi sebatang rokok yang dia peragakan saat tampil. Layaknya orang dewasa, dia menghisap rokok palsu itu.

Adegan menampilkan adegan anak kecil merokok itu langsung menuai kemarahan. Tak hanya untuk televisyen yang menayangkan, tapi juga ibunda anak-anak itu. Pasalnya, mereka yang mendandani dan memberikan alasannya kepada juri tentang pakaian anak mereka. Demikian dikutip dari TooFab, Rabu (5/9/2012). 

Modus Baru, Ayam Panggang Isi Kokain

Posted: 04 Sep 2012 08:45 PM PDT

ABUJA - Modus tindak kejahatan semakin hari semakin beragam. Sebut saja seperti salah satu modus baru yang ditemukan di Nigeria ini.

Pihak berkuasa Nigeria mengatakan mereka menangkap seorang lelaki di airport internasional Murtala Muhammed. Lelaki yang diketahui bernama Vincent Chegini Chinweuwa ini membawa ayam panggang dengan isi yang tidak biasa yakni paket kokain senilai USD150 ). Demikian seperti diberitakanEmirates247, Selasa (4/9/2012).

Menurut Juru bicara Badan Narkotika Nigeria Mitchell Ofoyeju pria itu diduga membawa kokain dari Sao Paolo, Brasil. Ofoyeju mengatakan, lelaki itu berencana untuk memulai bisnis di Nigeria melalui hasil penjualan kokain.

Chinweuwa  kini terpaksa mendekam di tahanan sementara ia diketahui belum menunjuk seorang peguam untuk mendampinginya.

Nigeria selama ini dikenal sebagai negara transit bagi peredaran ubat yang berasal dari Amerika Latin, sebelum akhirnya dibawa ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS).(faj)

Malunya... Kate Middleton Lupa Bawa Wang Saat Belanja

Posted: 04 Sep 2012 08:30 PM PDT


Kejadian memalukan rupanya sempat dialami oleh Kate Middleton. Isteri Putera William itu lupa membawa wang dan credit card saat berbelanja di dekat rumahnya! Malunya...

Dilansir dari Daily Mail, wanita 30 tahun itu dikhabarkan berbelanja di sebuah kedai sport yang berlokasi di sekitar Welsh. Namun ketika sampai di tempat pembayaran, Kate baru sedar bahawa dia tak boleh membayar belanjaannya.

 Parahnya, petugas juruwang bahkan tidak mengenali Kate. Tahu pelanggannya bermasalah, petugas itu bernama Bucky itu langsung mengambil pena dan menanyakan nama wanita di depannya.
 "Mrs Cambridge," demikian ungkap salah satu sumber menirukan kata-kata Kate.
 Setelah menyebutkan nama samaran itu, Kate pun melemparkan senyum dan berjanji akan kembali. Saat itu, Duchess of Cambridge diketahui membeli perlengkapan sukan air dikedai tersebut.

Salamworld, Facebook Islami dari Turki

Posted: 04 Sep 2012 08:15 PM PDT


salamworld
Warga Muslim yang selama ini menggunakan media sosial Facebook sebentar lagi memiliki pilihan.
Salamworld, demikian nama layanan media sosial tersebut, sengaja didirikan untuk warga Muslim yang mungkin tidak terlalu nyaman dengan Facebook.
Facebook, yang didirikan oleh Mark Zuckerberg, memiliki peraturan yang sangat ketat soal pornografi, namun memperbolehkan iklan dan aplikasi perjudian.
Perusahaan Turki yang mengembangkan Salamworld mengatakan media sosial ini, selain sebagai ajang interaksi, juga akan menyediakan aneka aplikasi, mulai dari buku elektronik, tanya jawab tentang Islam, persiapan haji dan umrah, game online, hingga panduan untuk berbagai kota di dunia.

Bukan yang pertama

Salamworld bukan 'Facebook Islami' pertama yang mencoba menyasar kalangan Muslim.
Sebelumnya telah diluncurkan Muxlim.com pada 206 dan Ikhwanbook pada 2010. Kedua layanan ini sama-sama offline atau tidak aktif.
Sejumlah analis mengatakan populariti Facebook sebagai penyedia layanan jejaring sosial mungkin akan sangat sulit ditandingi.
Namun perkiraan ini tidak menyurutkan niat Salamworld menjangkau umat Islam di seluruh dunia, kata ketua operasi Salamworld untuk Asia Pasifik, Salam Suleymanov.
"Ketika kita berbicara tentang 1,5 billion penduduk Muslim di dunia, mungkin secara am yang memakai Salamworld sangat kecil. Namun dari aspek angka, jumlahnya sangat besar," kata Suleymanov.

Pekerja Dipecat Setelah Ketahuan Terlibat Kes Penipuan Senilai 10 Sen, 50 Tahun yang Lalu

Posted: 04 Sep 2012 08:00 PM PDT


Dan ekstrimnya lagi, pekerja ini bahkan tidak melakukan penipuan tersebut ketika bekerja di perusahaan yang bersangkutan. Apa yang sebenarnya terjadi?
50 tahun yang lalu, Richard Eggers, adalah seorang remaja berusia 18 tahun. Di usia belianya itulah dirinya pernah terlibat kes kriminal yang boleh kita katakan kejahatan kecil, yaitu menggunakan koin palsu dari kad board untuk menggunakan mesin cuci laundry secara percuma Aksinya tersebut ketahuan polis dan Eggers ditangkap atas tuduhan penipuan.
Waktu berselang dan Eggers hidup seperti manusia normal lainnya. Di usianya sekarang yang ke-68, ia bekerja sebagai seorang customer service di Bank Wells Fargo. Tapi siapa sangka kisah masa lalunya yang sudah terpendam dalam-dalam tersebut telah membuat dirinya dipecat dari tempat dimana ia bekerja selama ini.
Berdasarkan regulasi federal yang baru, perusahaan tidak boleh memperkerjakan seseorang yang memiliki catatan kriminal penipuan demi melindungi pelanggan suatu perusahaan. Wells Fargo ternyata berhasil menjumpai catatan kriminal kecil dari Eggers, yang akhirnya berhujung pada peristiwa pemecatan lelki asal Iowa tersebut.
Walaupun kita mengira bahwa apa yang dilakukan oleh Eggers adalah sebuah kesalahan kecil, pihak Wells Fargo berkata bahawa sebuah peraturan tetaplah peraturan.
"Kami tidak akan memberikan pengecualian untuk kes seperti ini. Saat kami mengetahui seseorang memiliki catatan kriminal atas tindakan ketidakjujuran atau melakukan penyalahgunaan kepercayaan, kami tidak akan memperkerjakan orang itu lagi," ujar jubir Angela Kaipust kepada WOI-TV.
Menyikapi kejadian ini, Eggers mengatakan dirinya berencana untuk mengajukan surat permohonan pembebasan tuntutan agar diperbolehkan kembali bekerja di tempatnya semula.

Tradisi merampas pengantin perempuan di Romania

Posted: 04 Sep 2012 07:45 PM PDT


BUCHAREST, Romania - Tradisi merampas pengantin perempuan dari majlis perkahwinan untuk dijadikan tebusan semakin mendapat sambutan pada setiap Sabtu di sini.
Tradisi tersebut melibatkan pengantin perempuan dibawa lari oleh rakan-rakannya menuju ke monumen Arch of Triumph yang menjadi lokasi tumpuan pelancongan.
Pengantin perempuan itu dan penculik-penculiknya menari dan bergaya seksi di hadapan kamera.
Wang tebusan untuk kes penculikan olok-olok itu merupakan beberapa botol arak atau sesuatu yang dianggap lebih romantik seperti deklarasi cinta di tempat awam oleh pengantin lelaki.
Seorang pengantin perempuan berusia 25 tahun, Alisar Dragne berkata, penculikannya dirancang dengan teliti.
"Semuanya dirancang rapi. Sebuah kereta limousin menunggu untuk membawa saya di hadapan sebuah restoran di sini. Saya diberikan isyarat supaya meninggalkan pengantin lelaki dan kami pergi ke Arch of Triumph untuk berseronok," kata Dragne.
Menurutnya, tradisi tersebut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan.
Di Romania, ia bermula beberapa tahun lalu apabila seorang bintang bola sepak tempatan menyewa Arch of Triumph untuk melamar teman wanitanya.
Sejak itu, pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan majlis perkahwinan di negara berkenaan lebih meriah termasuk perbuatan menculik pengantin perempuan.
Pada Sabtu lalu, kira-kira 20 pengantin perempuan menjadi tebusan di monumen tersebut yang dibina pada tahun 1922 bagi memperingati askar-askar Romania yang mati ketika Perang Dunia Pertama.
Seorang pengantin perempuan dibawa dengan kereta dari majlis perkahwinannya di sebuah bandar yang terletak sejam dari timur Bucharest.
Seorang lagi pengantin perempuan memegang senjata palsu yang dirampas daripada penculiknya dan berpura-pura untuk menembak di monumen tersebut.
Para penculiknya pula memakai pakaian jubah seperti anggota Taliban di Afghanistan.
Para pengguna kenderaan membunyikan hon, melambaikan tangan dan bersorak ke arah kumpulan pengantin tersebut.
Pihak berkuasa hanya menutup mata dengan tidak mengambil tindakan terhadap parti yang diadakan di monumen tersebut.
Mengadakan parti di monumen tersebut sebenarnya dilarang kerana ia merupakan tempat yang bersejarah. - AP
sumber : kosmo online

Remaja wanita dihukum rotan kerana berzina

Posted: 04 Sep 2012 07:30 PM PDT


MALE, Maldives - Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku berzina, kata beberapa pegawai semalam.
Remaja yang tidak dinamakan itu didapati bersalah selepas dia membuat pengakuan menerusi undang-undang syariah.
Pengakuan itu dibuat selepas keluarganya mengadu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Julai lalu.
Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun berdasarkan peruntukan undang-undang sivil di sebuah mahkamah di daerah Raa atoll pada Ahad lalu kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.
Seorang pegawai mahkamah berkata, gadis itu boleh menolak untuk melakukan hukuman sebat di khalayak ramai untuk digantikan dengan hukuman tahanan rumah selama lapan bulan di bawah undang-undang tempatan.
Mahkamah mengarahkan hukuman rotan itu dilakukan apabila gadis itu berusia 18 tahun. - AFP

sumber : kosmo online

Supercop dituduh bantu penjenayah edar dadah

Posted: 04 Sep 2012 07:15 PM PDT


PARIS: Seorang anggota polis Supercop Perancis dihadapkan ke Majlis Disiplin Polis atas tuduhan membantu penjenayah dan terbabit dalam pengedaran dadah.
Michel Neyret, 56, bekas Timbalan Ketua Polis Lyon, pernah dipuji kerana berjaya menumpaskan jenayah dadah dan rompakan barang kemas sehinggalah dia ditahan pada September, tahun lalu. 
Neyret dilucutkan jawatan dan mungkin tidak berhak menerima pencen oleh jawatankuasa itu.

Tuduhan jenayah terhadapnya masih belum selesai.



Pegawai polis yang berkarisma itu ditahan selama lapan bulan sebelum dibebaskan Mei lalu. Sejak itu dia tidak muncuk di khalayak ramai dan tinggal di timur Perancis di mana dia perlu kerap melaporkan diri di balai polis.


Neyret dituduh menerima hadiah dan permintaan daripada anggota kumpulan jenayah di Lyon. - AFP


sumber : mymetro

Ibu lemas ketika selamat anak

Posted: 04 Sep 2012 07:00 PM PDT


BUDE: Seorang wanita mati lemas selepas dihanyutkan ke laut ketika cuba menyelamatkan anaknya, beberapa jam selepas khidmat petugas penyelamat di pantai berkenaan ditamatkan.
Wanita berkenaan yang berusia awal 50-an mandi di pantai Northcott Mouth berhampiran Bude di Cornwall Utara, bersama-sama anaknya apabila mereka menghadapi masalah. 
Mereka dipercayai terperangkap dalam arus air pasang. Pengawal Pantai Falmouth berkata, wanita itu ditemui oleh dua lelaki.

Anggota penyelamat berusaha menyedarkan semula mangsa dan dia dihantar dengan helikopter ke Hospital Devon Utara tetapi diisytiharkan mati.



Anak lelaki mangsa berjaya diselamatkan sementara seorang lagi anaknya hanya dapat memerhati tragedi itu dari tepi pantai. - TS


sumber : mymetro

Senduk berdarah

Posted: 04 Sep 2012 06:45 PM PDT


PASIR PUTEH: Penantian selama tiga jam seorang anak menunggu ibunya mengambil senduk kayu sebagai alat memasak hidangan jamuan Aidilfitri berakhir dengan kejutan apabila wanita itu ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini, semalam.
Lebih memilukan, senduk kayu yang sepatutnya diambil mangsa, Wan Kelthum Wan Hussain, digunakan penjenayah untuk memukul belakang kepala dan mukanya beberapa kali hingga peralatan memasak itu patah.
Secara kebetulan Wan Kelthum yang juga guru al-Quran mati dibunuh sehari sebelum usianya genap 68 tahun hari ini dan mayatnya ditemui cucunya, Nik Muhammad Imran Razali, 13, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bilik tidur rumahnya, jam 1 tengah hari.

Sebelum itu, warga emas terbabit beredar dari rumah anaknya, Raja Zalilah Raja Husin, 40, yang hanya terletak kira-kira 100 meter, pada jam 10.30 pagi untuk mengambil senduk berkenaan.



Raja Zalilah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram berkata, penyerang emaknya mengambil gelang tangan emas dipakai mangsa dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri.



sumber : mymetro

India dapat semula beg dipos 46 tahun lalu

Posted: 04 Sep 2012 06:30 PM PDT


CHAMONIX, Perancis - India semalam memperoleh semula sebuah beg diplomatik yang dihantar dari Mumbai ke New York 46 tahun lalu.
Beg diplomatik itu mengandungi beberapa surat khabar ditemui di kawasan pergunungan Alps dekat lokasi sebuah pesawat Air India yang terhempas pada Januari 1966.
Ia ditemui oleh seorang pekerja penyelamat di kawasan pergunungan itu, Arnaud Christmann dan anak perempuannya, Jules Berger pada 21 Ogos lalu.
Seramai 117 orang mati dalam pesawat itu termasuk arkitek program nuklear India, Homi Jehangir Bhabha.
Setiausaha Kedua Kedutaan India di Paris, Satwant Khanalia mengambil beg tersebut bagi pihak pemerintah India di bandar ini dekat kawasan pergunungan tersebut.
Beg itu tertera perkataan Kementerian Hal Ehwal Luar India. - AFP
sumber : kosmo online

Budak maut kepala ditusuk buluh

Posted: 04 Sep 2012 06:15 PM PDT


JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini.
Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.
Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.
Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.
Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini.
Difahamkan buluh tersebut terjatuh dari tingkat 12.
Mengimbas kejadian itu, Che Samad berkata, sebelum kejadian arwah berjalan di depan manakala dia mengekori kira-kira satu meter dari belakang anaknya itu.
"Entah bagaimana, secara tiba-tiba sebatang buluh terjatuh mengenai anak saya sebelum buluh tersebut tertusuk kira-kira lima sentimeter di belakang kepala arwah.
"Alias yang berlumuran darah terus pengsan menyebabkan saya yang panik terus membawa arwah ke hospital dengan menaiki motosikal," kata Che Samad ketika ditemui di Rumah Mayat HSA.
Che Samad berkata, arwah terpaksa dibedah sejurus dimasukkan ke hospital sebelum ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga dia menghembuskan nafasnya semalam.
sumber : kosmo online

Belasah, cekik isteri dituduh curang

Posted: 04 Sep 2012 06:00 PM PDT


KAJANG: Bukan saja dituduh curang, seorang wanita turut menjadi mangsa amuk suaminya yang membelasah wanita itu hingga cedera termasuk mencekik dan menghantuk kepala wanita itu di dinding rumah mereka di Sungai Chua, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 28 tahun itu berehat dan menonton televisyen di rumah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurut sumber, pertengkaran itu bermula selepas suaminya menuduh wanita itu menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain hingga meminta cerai daripadanya.


Ekoran kejadian itu, mangsa yang tidak tahan dengan kelakuan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Kajang selain mendapatkan rawatan di hospital.

sumber : mymetro

RM60,000 harga putus cinta

Posted: 04 Sep 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Serahkan RM60,000 atau banyak lagi gambar bogel awak akan disebarkan!," begitu ugutan diterima seorang wanita selepas dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sejak seminggu lalu sehingga hidup ketakutan.
Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman sosial, facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar bogel yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul, di sini, tidak lama dulu.

"Saya mengesyaki ia perbuatan bekas teman lelaki yang tidak puas hati kerana saya memutuskan hubungan selepas tidak tahan melayan kehendak nafsunya sejak menjalin hubungan dua bulan lalu," katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Dia yang menemui jalan buntu mendapatkan khidmat nasihat pengerusi biro, Datuk Seri Micheal Chong sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.


Dalam kes berasingan, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Jenny, 30, menerima nasib sama apabila gambar bogelnya disebarkan menerusi facebook sejak April lalu.

Menurut Jenny, dia memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya berikutan perbuatan ganas suspek yang selalu memukulnya sejak menjalin hubungan intim tahun lalu.


Sebaik saja memutuskan hubungan, Jenny menerima SMS daripada suspek mengatakan dia akan menjadi 'terkenal' kerana meninggalkannya, bagaimanapun dia tidak mengendahkan ugutan itu sehingga dihubungi rakannya pada April lalu mengatakan terdapat akaun facebook menggunakan nama berserta beberapa gambar bogel miliknya.



Sementara itu, Chong berkata, kedua-dua mangsa tidak menyedari gambar bogel mereka dirakam bekas teman lelaki masing-masing.

"Satu pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah diadakan pagi tadi (semalam) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan polis akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut," katanya.


sumber : mymetro

Syok punya pasal adik ni sampai cium perempuan di televisyen

Posted: 04 Sep 2012 05:30 PM PDT


ni kecik lagi dah berperangai macam ni..bila besar macam mana????

Pelik..tidur dalam keranda kerana hormati kawan

Posted: 04 Sep 2012 05:15 PM PDT


SAO PAULO - Pada umumnya manusia menikmati tidur di atas tempat tidur yang nyaman. Tetapi berbeZa denganyang dilakukan seorang lelaki Brazil ini. Dirinya justru menikmati tidur di dalam keranda.

Setiap malam Jumaat selama 23 tahun, Zeli Rossi menukar tempat tidurnya yang nyaman dengan sebuah keranda sebagai tempat dirinya melepas lelah. Tentunya tabiat lelaki yang tinggal di Minas Gerais, Brazil membuat kehairanan banyak pihak.

Tabiat unik Rossi yang dilakukan tiap akhir minggu ini.Cerita mengenai kebiasaan aneh Rossi ini dimuat di suratkhabar sekolah cucunya tersebut.

Seperti dilapor pejabat berita G1, Rossi mengaku kebiasaan anehnya itu dilakukan untuk menghormati temannya yang sudah meninggal.

Berdasarkan pengakuan Rossi, dirinya bersama seorang temannya berjanji akan membelikan keranda kepada siapa pun dari mereka meninggal terlebih dulu. Teman Rossi sempat membelikannya keranda, saat mengira dirinya tewas akibat kecelakaan kereta pada 1983 lalu.

Kemudian pada saat temannya meninggal pada 1988, Rossi mulai tidur di dalam keranda untuk menghormati temannya. Dirinya pun memenuhi janji kepada temannya untuk membelikannya keranda baru.
(faj)

Adakah anda sehebat lelaki ini?

Posted: 04 Sep 2012 05:00 PM PDT

Cuba perhatikan gambar dibawah ini...dan cuba
anda tanya pada diri anda adakah aku sehebat lelaki ini????







Aku akui aku memang tak sehebat lelaki ini walaupun
sempurna..aku tak reti nak tukar tayar basikal.....memang cukup hebat
lelaki ini...

Cara artis grafiti melamar kekasihnya

Posted: 04 Sep 2012 04:45 PM PDT

Wow! So romantic, so sweet, so nice, kerana dah pasti pasangannya benar benar teruja. Seorang artis grafiti romantik  melamar kekasihnya untuk menikah dengannya dengan lukisan cat dilukis disepanjang dinding. Stuart Barrie, 37, memerlukan tujuh jam untuk menyelesaikan lukisan untuk pasangannya Lucy Rutherford 33, setelah mendapat izin  untuk menggunakan dinding itu.

Dia meminta Lucy untuk menutup matanya, lalu membawanya ke pusat pemuda setempat itu untuk melihat pesanannya, yang lukis dengan perkataan 'Will you marry me?'  dalam tulisan setinggi 3ft. "Aku tidak mahu dia melihatnya sebelum lukisan lamaran ini selesai dibuat." ujar Stuart.

Heart work: Stuart Barrie with his finished graffiti mural, a wedding proposal for girlfriend Lucy 

"Saya memerlukan satu menit untuk membacanya, dan kemudian membacanya kembali. Setelah terlihat saya merasa gementar dan terkejut, dia berkata 'ya'. "Saya sangat bahagia. Tidak sia-sia segala usaha saya." ujarnya lagi

Satu-satunya orang yang berada di hari lamaran Stuart adalah teman dekat dan staf di pusat pemuda, yang sangat senang untuk memberinya izin untuk menggunakan dinding sebagai kanvas. Dan penduduk tempatan yang lalu di Tiverton, Devon, juga menilai sebagai karya seni yang sangat romantik. Stuart tertawa: "Aku  mendapat sokongan  dari orang ramai"

Pasangan itu telah bersama selama empat tahun tapi Lucy mengatakan lamaran itu sungguh membuatnya terkejut. "Aku tidak punya fikiran kesana," katanya"Ini sangat romantis dan indah..Mulut saya sakit kerana tersenyum begitu banyak"

Love note: Thrilled Lucy spray paints her reply to complete work… it's a 'Yes!' 

Miss Rutherford memberikan jawapan resmi nya dengan menyembur perkataan 'Ya' di sebelah pertanyaan tunangannya itu.


Hebat…Pembersih hampagas dibuat daripda kadboard

Posted: 04 Sep 2012 04:30 PM PDT

image
LONDON - Seorang pencipta Britain berusia 22 tahun, Jake Tyler mencipta pembersih hampagas daripada barangan kitar semula kadbod, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan pelajar rekaan industri di Universiti Loughborough berharap ciptaannya itu akan dapat dijual di pasaran Asia seperti China dan Hong Kong.
Tyler mencipta pembersih hampagas itu dengan kerjasama kakitangan syarikat pengeluaran peralatan pembersihan, Vax di Worcestershire.
Syarikat itu tertarik dengan ciptaan Tyler sehingga ia berhasrat untuk dipasarkan. - Agensi

Wow..Juragan Arab, Beli Seluar Dalam Berharga US$ 30 RIBU

Posted: 04 Sep 2012 04:15 PM PDT

Salah seorang Arab kaya pernah membeli sehelai seluar dalam yang telah dipakai oleh pemain tenis Russia Anna Kuornikova seharga 30 Ribu Dollar Amerika. Padahal, di kedai termahal sekali pun, harga baru jenis seluar dalam tersebut tak sampai 15 Dollar Amerika.

 Kes di atas hanyalah satu dari sekian ribu kes bagaimana orang-orang kaya Arab, kebanyakan dari kawasan Arab Teluk (Saudi Arabia, Kuwait, Oman, Bahrain, Emirat, dan Qatar), membelanjakan wangnya di mall hingga mencapai angka jutaan Dollar Amerika  dalam sehari.

 Web berita Timur Tengah terkemuka, Alarabiya, baru-baru ini menurunkan laporan khusus terkait fenomena bagaimana orang-orang kaya Arab tersebut membelanjakan jutaan ringgit di pusat-pusat perbelanjaan di London dalam waktu yang sangat singkat.

 Abd El-Aziz El-Dousry, penulis laporan tersebut, menyatakan jika London adalah salah satu tempat kesukaan tempat belanja juragan-juragan Arab tersebut, khususnya bagi kalangan perempuan Arab. Dalam satu tahun, para perempuan Arab tersebut biasa menghabiskan wang ratusan juta Dollar Amerika hanya untuk berbelanja. Gila!

 Harrods Store, Harvey Nichols, dan Old Bond Street adalah tempat-tempat belanja kesukaan bagi Arab-Arab kaya itu. Biasanya, mereka datang ke London pada cuti musim panas.

 Para pemandu Limosin di London dipercaya sebagai sumber cerita tentang kehidupan glamour para juragan Arab tersebut. Para pemandu Limosin senantiasa menghantar para majikannya ke mana saja yang mereka kehendaki.

 Ali Jamal, pemandu Limosin berasal Lebanon yang bekerja di salah satu perusahaan jasa Limosin di London mengatakan, selama hampir dua belas tahun ia bekerja sebagai sopir Limosin yang mengantarkan orang-orang berduit dari berbagai dunia keliling dan berbelanja di London.

 Namun, kata Jamal, ia sangat heran dengan tingkah polah orang-orang berduit asal Arab. Diceritakannya, pada suatu hari ia pernah menemani sekeluarga asal Arab. Pada pagi hari dia menghantarkan keluarga tersebut ke Harrods Store. Mereka keluar dari pusat belanja paling mewah di London itu saat tengah hari untuk makan siang. Petang harinya, mereka kembali masuk ke Harrods lagi dan baru keluar sekitar jam 9 malam.

 "Dan hal ini berlangsung hampir terus menerus selama sebulan," cerita Jamal.

 Ditambahkan Jamal, hobi gila belanja orang-orang Arab itu  menjadikan mereka lebih banyak mengunjungi mall dan pusat-pusat belanja di London. Mereka malah tidak mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan simbol-simbol peradaban lainnya di kota itu.

 "Di London, mereka belanja sebanyak-banyaknya. Hampir tak masuk akal. Yang mengejutkan lagi,  banyaknya barang bawaan mereka, mereka pun bayar pajak cukai di lapangan terbang London sebanyak 73 Ribu Poundsterling ," lanjut Jamal.

 Ini berarti, tambahnya, selama sebulan di London mereka hampir menghabiskan lebih dari 1 juta Pounsterling hanya untuk belanja.

 "Sebagai pemandu, tentu saja saya kerap mendapat tips. Ada beberapa keluarga kaya Arab yang memberikan saya tips sangat banyak, yang sebanding dengan gaji saya selama enam bulan."

 Omar Ahmad, pekerja asal Iraq yang mukim di London dan sering bekerja untuk keluarga kaya Arab telah terbiasa memegang wang jutaan Poundsterling yang diberikan keluarga-keluarga kaya itu kepadanya untuk belanja keperluan harian.

 "Mall dan pusat-pusat belanja di London boleh maju sebab kedatangan orang-orang kaya Arab itu. Bayangkan, di Harrods Store saja, wang dari mereka mengalir ke sana lebih dari 1 juta Pounsterling," kata Ahmad.

 Diceritakan Ahmad, dia pernah menemani seorang  Arab memasuki Harrods Store. Di sana, ia membeli banyak hadiah seharga 6 juta Ponsterling. Ia juga tidak pusing memikirkan biaya pajak cukai ketika ia akan meninggalkan lapangan terbang London nanti.

 Pernah pula, lanjut Ahmad bercerita, seorang Arab kaya lainnya membeli sebuah jam tangan dengan harga 5 juta Poundsterling. Jam tersebut adalah satu-satunya produk yang dibuat oleh pabrik pembuatnya.

 Tidak boleh dipastikan dari negara mana orang-orang Arab tersebut. Mereka dari negara Arab yang berbeza-beza. Kebanyakan dari Arab Teluk. Namun demikian, kata Ahmad, orang-orang kaya dari Iraq, Lebanon, Jordan, dan Marocco j mengeluarkan uang belanja lebih banyak lagi dari orang-orang kaya asal Arab Teluk.

Seorang Remaja Cuba Jual Foto Separuh Telanjang Ibunya

Posted: 04 Sep 2012 04:00 PM PDT


Seorang remaja berusia 18 tahun dan merupakan murid sekolah di Auckland, New Zealand, Michael, mendaftarkan atau memasukkan foto-foto telanjang dan juga separuh telanjang ibunya, Jennifer yang berusia 44 tahun di situs penjualan untuk umum, TradeMe

Seperti yang diberitakan Ananova.com, awalnya, si remaja yang tidak mahu nama lengkapnya diketahui, memasukkan sekitar 5 buah foto telanjang ibunya ke situs tersebut untuk membuat ibunya marah setelah keduanya bertengkar.
Situs TradeMe sendiri kemudian menghapus foto-foto tersebut dari situs mereka.

Namun keesokan harinya, Michael kembali memasukkan foto-foto seksi ibunya, kali ini dengan seiZin ibunya.

Kali ini alasan yang diberikan Michael adalah kerana mereka memerlukan wang ekstra.

"Kami tak kaya atau semacamnya," ujar remaja 18 tahun itu.

Jennifer sendiri, yang awalnya merasa terganggu saat Michael memasukkan 5 foto seksinya itu, kemudian merasa suka saat Michael memasukkan foto-fotonya untuk kedua kalinya di situs tersebut dan menganggap foto-foto itu artistik.

"Tak ada yang tak elok dalam foto-foto tersebut. Foto-foto itu diambil oleh teman keluarga sekitar 8 tahun yang lalu," ujar Jennifer.

"Aku ingin 50 peratus dari keuntungan penjualan tapi lebih dari itu, aku merindukan komen-komen yang ada di sana," tambah Jennifer lagi.

Foto-foto itu sendiri telah dilihat sekitar 11.000 kali sebelum foto-foto itu juga dicabut atau dihilangkan oleh pihak management situs tersebut, dengan menyebutkan kalau foto-foto itu 'tidak pantas'.

"Kami benar-benar tak ingin menjadi tempat dimana orang-orang memasukkan foto-foto ibu mereka dengan pakaian dalam," ujar Jon Macdonald, juru cakapTradeMe.

Berpagar pun sempat jugak...

Posted: 04 Sep 2012 11:00 AM PDT

tiada apa yang dapat memisahkan..rang muda bila bercinta...

Yang Mana Lebih Cepat

Posted: 04 Sep 2012 10:30 AM PDT


Jusoh telah di amanahkan supaya memilih calon-calon yang memohon untuk mengisi satu jawatan yang telah ditawarkan Dia dapati ada 4 permohonan dan kelayakan mereka sama.Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka.Dia merancang untuk menanya satu soalan yang menentukan siapa yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Pada hari temuduga 4 orang pemohon itu hadir dan Jusoh terus bertanya,''Beritahu saya,apakah perkara yang paling cepat sekali berlakunya?"

Lelaki pertama dengan penuh yakin menjawab,"Fikir.Ia muncul tiba-tiba dalam kepala.Tiada amaran awal tentang kehadirannya.Fikir adalah kejadian yang paling pantas yang saya tau."

Lelaki kedua pula memberikan pandangannya," Saya rasa Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun.Itulah yang terpantas sekali berlakunya." "Tepat!,Sekelip mata...selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu."sambut Jusoh.

Dia berpaling kepada lelaki yang ketiga,"Apabila suis lampu di 'ON' kita dapati lampu segera menyala tanpa lengah walau sedetik pun.Pergerakan cahaya itulah yang paling tercepat dan terpantas yang saya tahu."
Jusoh tertarik dengan jawapan pemohon ketiga tadi.Dia kemudiannya meminta pandangan pemohon yang keempat.

"Setelah mendengar ketiga -tiga jawapan tadi nyatalah kepada saya iaitu perkara yang paling pantas sekali berlakunya ialah 'berak cair'.
"Apa !" Jusoh terperanjat dengan jawapan yang diberikan.
"Oh..biar saya jelaskan......Ceritanya begini,suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus lari ketandas.Tapi belum sempat saya berfikir,belum sempar saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ' ON' suis lampu tandas tu ,saya sudah terberak cair dalam seluar saya."


Daging manusia dijual di tepi jalan???

Posted: 04 Sep 2012 10:15 AM PDT



Daging manusia di jual di tepi jalan! Fuuhhh ..dah macam jual daging lembu kat pasar tani je...Siapakah mereka yang berani sampai sanggup buat begini ?Kalau sampai ada yang sanggup menjual daging manusia seperti daging lembu...aku ingat dunia nak kiamat rasanya.




Nasib baik bukan ..rupanya inlah cara simbolik untuk menyuarakan bantahan mereka tentang sesuatu isu.Idea dan kreativiti mereka sungguh canggih.Kadang-kadang idea begini membuat orang ramai melihat dan mengetahui tentang sesuatu isu.