Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Konsert Tentang Bahtera Gabung Artis Malaysia Indonesia Posted: 04 Sep 2012 10:50 PM PDT TENTANG BAHTERA GABUNGAN 'PELAYARAN' EMPAT BINTANG DUA NEGARA Penantian peminat muzik tanah air untuk menyaksikan persembahan secara langsung artis tempatan dan Indonesia bakal berakhir dengan penganjuran Konsert Tentang Bahtera yang menggabungkan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Peterpan iaitu Noah, 6ixth Sense, The Malayan dan trio Gamaliel Audrey Cantika (GAC). Persembahan yang bakal berlangsung pada 16 September ini dijadualkan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, bermula jam 4 petang dengan dihangatkan dengan kemunculan Ariel yang penuh kontroversi bersama ahli kumpulannya, diterbangkan secara eksklusif dari Indonesia. Ternyata penganjuran konsert seperti mengembalikan kegemilangan kerjasama artis Malaysia-Indonesia yang terjalin sejak era 1970-an, mengeratkan aliran muzik Melayu yang dapat menghiburkan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang penggiat seni tanah air. Menyentuh berkenaan Noah, bekas anggota Peterpan ini semakin bersemangat apatah lagi band ini sebenarnya lebih banyak cahaya cemerlang berbanding kelam dek hukuman yang dikenakan terhadap vokalisnya, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk kumpulan ini berjuang dengan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Mari kita lupakan terus kejadian yang menimpa Ariel, kerana pembebasan penyanyi kumpulan yang lebih dikenali sebagai Peterpan sedikit masa dulu bukanlah sebagai 'bekas banduan' yang dipandang sepi, malah disanjung kerana ramai yang 'membesar' dengan lagu mereka. Diperkuatkan dengan ahli kumpulan lain yang masih terus setia bersamanya iaitu Lukman, Uki, Reza dan David, kemunculan Peterpan dengan nama baru, Noah, bukanlah sesuatu yang asing dalam industri muzik tempatan apatah lagi di peringkat antarabangsa. Hybrid Theory sempat digunakan Linkin Park sebelum muncul, juga band 'grunge' Mookie Blaylock yang akhirnya lebih dikenali sebagai Pearl Jam, tidak lupa On a Friday mengubah nama menjadi Radiohead, Jimmy Page bersama The New Yardbirds yang berubah menjadi Led Zeppelin atas kemasukan Keith Moon, pemain dram The Who, juga jaguh metal, The Polka Tulk Blues yang dunia mengenali mereka sebagai Black Sabbath. Ternyata soal nama bukanlah mengubah bakat mereka, namun kerana nama juga mereka menganggap ini satu doa untuk memulakan perjalanan baru, juga sebagai penanda yang akan membentuk persepsi, jenama, kedudukan, jati diri, serta simbol daripada keberadaan sesebuah band. Sejak ditubuhkan pada1 September 2000, band yang awalnya terdiri daripada Ariel sendiri selaku vokalis, Andika (keyboard), Uki (gitar), Lukman (gitar), Indra (bass), dan Reza (dram) ini sepakat memakai nama Peterpan. Bernaung bawah label Musica Studio's, mereka berjaya melahirkan album kompilasi berjudul Kisah 2002 Malam pada tahun 2002, dan menerusi kejayaan lagu Mimpi Yang Sempurna, bersama-sama produser Noey dan Capung, mereka kemudiannya melahirkan album penuh bertajuk Taman Langit pada tahun 2003. Kejayaan album itu sekali gus melahirkan idola baru dalam dunia seni Indonesia, malah menjadi buah mulut di Malaysia sehingga Peterpan dianggap nama besar di kedua-dua negara, malah menjadi fenomena di negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura dan Brunei. Dengan kejayaan itu, kumpulan ini terus mengorak langkah dengan menghasilkan album Bintang Di Surga pada 2004, serta album runut bunyi filem Alexandria pada 2005 yang membuatkan kedudukan mereka semakin kuat di seluruh pelosok Indonesia dan Malaysia. Bagaimana pun, perjuangan mereka sedikit tercalar apabila Indra dan Andikan mengundurkan diri daripada Peterpan ketika album seterusnya, Hari yang Cerah diterbitkan pada tahun 2007, sekaligus menampilkan empat orang saja dalam band berkenaan. Ada bayangan untuk Peterpan tidak lagi menggunakan nama itu ketika album berkembar, Sebuah Nama Sebuah Cerita diterbitkan pada tahun 2008, apatah lagi sejak mundurnya Andika dan Indra, nama Peterpan tidak lagi sesuai dengan perjanjian yang pernah termetrai antara mereka. Penglibatan pemain keyboard, David bermula tahun 2009 sebelum secara rasmi bergabung sebagai anggota tetap Peterpan juga memperlihatkan ada keperluan untuk mereka membawa nama dan imej baru kepada kumpulan ini. Bagaimana pun, tahun 2010 membawa awan hitam kepada mereka apabila dugaan melanda ketika album keenam hampir menjengah pasaran, apabila Ariel terpaksa menerima hukuman penjara, namun itu tidak mematahkan semangat Uki, Reza, Lukman dan David yang tetap sabar menunggu kepulangan Ariel. Ketika di dalam penjara juga Ariel sempat melahirkan single berjudul Dara tahun lalu, malah ketikapenyanyi kacak itu menghuni jeriji besi di Kebon Waru, Bandung itu, empat anggota lain sempat melahirkan album instrumental berjudul Suara Lainnya – Ariel, Uki, Reza, Lukman, David awal tahun ini. Album ini turut menampilkan vokal Momo, vokalis kumpulan Geisha yang turut dikenali di Malaysia dengan lagu Cinta Dan Benci sebelum ini, menerusi lagu Cobalah Mengerti. Kini Noah dengan bangganya mempersembahkan sebuah single terbaru berjudul Separuh Aku yang mendapat sambutan hangat khususnya peminat Peterpan, apatah lagi jumlah tontonan klip video mereka di laman YouTube mencapai jumlah lebih sejuta dalam lima hari sahaja. Bintang yang popular di Malaysia, 6ixth Sense, yang sebelum ini terkenal dengan menghasilkan lagu hebat seperti Menyesal, Tidak Bisa Memilihmu dan Tanpa akan lebih menghangatkan lagi konsert berkenaan, apatah baru-baru ini kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan. Album yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian ini memilih judul Tentang Kita sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan. Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syaafat rasul (ikon terbaik). Lagu baru berjudul Altar Cinta ciptaan penuh vokalis mereka, Adi, kini menemui peminat yang menantikan sentuhan baru mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka, +-x÷, yang menampilkan lagu hebat seperti Khatimah Cinta, Menyesal, Yang Sempurnakanku dan Cinta Mati. Malah, lagu berkenaan baru-baru ini diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai 2012, terdiri daripada ERA FM (9 malam), THR FM (8.30 malam), SURIA FM (5.50 petang), IKIM FM (5.50 petang), HOT FM dan stesen lain yang mengambil bahagian. Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box. Album ini menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam menerusi lagu berunsur nasihat dan panduan berguna, malah penyertaan Saujana dalam album ini diharapkan dapat memudahkan kaedah dakwah yang sememangnya menjadi nadi asas dalam album kerohanian ini. Menyentuh G.A.C, artis kedua dari Indonesia yang turut sama dalam Tentang Bahtera cukup berbeza, walaupun zaman digital banyak melahirkan penyanyi secara segera dan tidak ramai yang mempunyai kualiti yang dimahukan sehingga populariti pun boleh tenggelam dengan begitu cepat. Pasangan adik-beradik Gamaliel dan Audrey Tapiheru, sebelum ini cukup popular di YouTube, malah melambung nama mereka walaupun hanya bermodalkan gitar, membawakan lagu hit seperti Break Your Heart (Taio Cruz), Lucky (Jason Mraz) dan Poker Face (Lady Gaga), sebelum kemuncaknya ketika membawakan lagu Telephone milik Lady Gaga, yang sehingga kini ditonton lebih daripada 1.7 juta pelayar. Malah, saluran mereka di YouTube ketika ini sudah diakses lebih daripada 7.6 juta orang dari seluruh pelosok dunia. Kehebatan adik beradik kakak beradik ini dikesan oleh Cantika yang ketika itu juga sedang fokus dalam dunia seni, apatah lagi dia adalah anak perempuan Jean Pattikawa, penyanyi di era tahun 1980-an. Memiliki matlamat yang sama, akhirnya mereka sepakat untuk bergabung membentuk G.A.C yang bermaksud Gamaliel Audrey Cantika, sekali gus bernaung di bawah naungan label Sony Music Indonesia, manakala bersama Universal Music di Malaysia. Mereka baru saja muncul dengan single berirama pop berjudul Ingin Putus Saja, sebuah lagu yang ditulis oleh Gamaliel dan Harry Budiman dan dilancarkan di Indonesia November tahun lalu dan mendapat respon meluas di arena seni muzik Indonesia. The Malayan pula mungkin nama baru dalam industri muzik Malaysia, tetapi anggotanya adalah pemuzik berpengalaman, apatah lagi kumpulkan ini dianggotai Andy Flop Poppy yang sangat populars edikit masa lalu. Bergabung dengan pemain gitar berbangsa Cina, Khian, serta anak sulungnya Megat Danial Azreen (bass) dan Hafis (dram), The Malayan muncul dengan albumnya yang menampilkan lagu popular Aku Bukan Lagenda dan terbaru dengan single Tiga Kali. Tiket konsert yang dianjurkan Livescape dan mendapat kerjasama daripada Universal Music, Celcom, Sinar Harian dan Media Hiburan ini boleh dibeli melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman). GAC 6ixth Sense Tags: 6ixth Sense, Konsert KL Live, Konsert Malaysia, Konsert Tentang Bahtera, Noah, Peterpan, The Malayan, trio Gamaliel Audrey Cantika, Video Konsert Bahtera Tags: 6ixth Sense, Konsert KL Live, Konsert Malaysia, Konsert Tentang Bahtera, Noah, Peterpan, The Malayan, trio Gamaliel Audrey Cantika, Video Konsert BahteraClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Masterchef Malaysia Musim Ke-2 Posted: 04 Sep 2012 10:49 PM PDT Masterchef Malaysia kembali untuk musim kedua MasterChef Malaysia ternyata telah mencipta fenomenanya yang tersendiri. Sejarah yang dilakar oleh seorang doktor gigi, Dr Ezani Farhana Md Monoto sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama pastinya masih segar dalam ingatan peminat rancangan realiti masakan ini. Bertitik tolak daripada kejayaan dan sambutan hebat ini, Astro berbesar hati membawakan kembali MasterChef Malaysia untuk musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada 8 September 2012, Sabtu, tepat jam 7.30 malam. Bertemakan 'Dapur' Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim kedua bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Mereka adalah Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md Zain yang merupakan juri untuk musim lalu. Selain itu, Chef Adu Amran yang pernah muncul di MasterChef Selebriti Malaysia juga akan bertindak selaku juri di MasterChef Malaysia musim kedua ini. Tiga orang chef berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan peserta sepanjang musim ini. Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad berkata, "Astro Ria amat berbesar hati kerana telah merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menonton program realiti masakan MasterChef Malaysia. Sambutan yang diterima MasterChef Malaysia musim pertama dan MasterChef Selebriti baru-baru ini ternyata telah menunjukkan fenomena luar biasa yang berlaku di kalangan penonton negara ini. Kedua-dua program ini telah muncul sebagai pilihan utama penonton sepanjang ditayangkan di saluran ini. Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan kembali sebuah program yang dinantikan oleh rakyat Malaysia ini. Melihat daripada peningkatan jumlah peserta yang terlibat dalam sesi ujibakat yang berakhir pada bulan Jun yang lalu, kami turut menjangkakan enam episod ujibakat dan 66 episod seterusnya ini bakal menerima sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama." Pihak produksi terlebih dahulu mengunjungi enam buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. untuk mengenal pasti calon peserta yang dilihat layak untuk menyertai MasterChef Malaysia musim yang kedua ini. Selepas enam episod menyiarkan sesi ujibakat yang bermula 8 September ini dan enam episod cabaran Bootcamp, seramai 24 peserta akan berjuang di MasterChef Malaysia musim kedua. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis). "Pihak Astro juga berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Juara MasterChef Malaysia musim kedua bakal memenangi wang tunai RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan pihak Astro kelak. Sementara itu, kami juga mengalu-alukan kehadiran pihak Panasonic Cooking Magic sebagai penaja utama dan MyChef sebagai penaja bersama. Jangan lupa menyaksikan MasterChef Malaysia untuk musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada 8 September 2012 tepat jam 7.30 malam dengan episod ujibakat di enam lokasi seluruh negara! No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |