Cas Bateri Handphone guna SUHU BADAN ?? Posted: 02 Jul 2010 06:37 AM PDT Anda pernah kehabisan bateri handphone terutama di dalam hutan atau di perkampungan yang tiada bekalan elektrik.Masalah ini mungkin dapat diatasi apabila syarikat Europeon Telco Orange dan Gotwind bekerja sama menghasilkan satu alat yang menggunakan suhu kepanasan samada suhu panas dalam kasut ,suhu panas di bantal kepala atau dimana saja sudut badan yang boleh menghasilkan kepanasan untuk mengecas bateri handphone. |
Guna Ipad lukis potret Posted: 02 Jul 2010 05:18 AM PDT Dengan menggunakan aplikasi yang berharga 5 paun David Kassan 33 thn dapat melukis gambar potret menggunakan jarinya di atas skrin Apple's Ipad. Aplikasi yang dinamakan 'BRUSHES' dapat memudahkannya melukis potret seperti biasa. |
Ibu Bunuh Bayi ,Telinga Di Jual Posted: 02 Jul 2010 01:57 AM PDT Seorang wanita Zimbabwe membunuh bayi laki-lakinya lalu menjual salah satu telinganya dengan harga US$20 kepada seorang dukun yang terkenal dengan pembunuhan ritual di Mozambique. "Kami pasti ibunya Christine Hofisi dari Chipinge (berhampiran sempadan Mozambique) mencekik anaknya yang berusia 18 bulan sampai mati kemudian memotong telinga kirinya,"kata jurucakap Polis Oliver Mandipaka Telinga itu kemudian dijual kepada Maheza seorang dukun yang menghadapi tuduhan membunuh di Mozambique setelah polis menemukan 11 tengkorak di rumahnya.Namun dia bebas dengan jaminan dan dipercayai tinggal di sempadan Zimbabwe-kompas online |
makanan dari sumber halal Posted: 02 Jul 2010 12:54 AM PDT Islam memerintahkan umatnya supaya memilih makanan yamg halal serta menjauhi makanan yang haram Rasulullah SAW bersabda ," Sesungguhnya Allah tidak menerima kecuali hal-hal yang baik dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin sebagaimana yang diperintahkan kepada para Rasul." Allah berfirman,"Hai rasul-rasul,makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal soleh.Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.FirmaNya yang lain,"Hai orang-orang yang beriman makanlah rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu.'' Kemudian Baginda mencontohkan seorang lelaki,dia telah menempuh perjalanan jauh ,rambutnya kusut dan berdebu.Dia menadahkan kedua tangan kelangit, Ya Rabbi! Ya Rabbi!.Sedangkan dia memakan makanan yang haram dan pakaiannya dari harta yang haram dan dia minum dari minuman yang haram dan dibesarkan dari hal -hal yang haram,bagaimana mungkin doanya akan diterima."(HR Muslim) |
Nasihat untuk orang bercinta Posted: 01 Jul 2010 09:04 PM PDT Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang bercinta : - Janganlah membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum berkahwin
- Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya.Kelak mungkin 'si dia' bukan jodohmu
- Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'
- Jika engkau menyintainya,binalah asas perkhawinan dengan tidak melanggar syariat -Nya
- Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkhawin hanya palsu,yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan
- Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbai untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu
- Membina keserasian sebelum berkhawin bukanlah dengan cara ber'dating' cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu
- Jika engkau masih belum bercinta , tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkhawinan
- Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH , kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang . Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
sumber :I luv Islam |
Dendam Kekasih Malang Posted: 01 Jul 2010 07:40 PM PDT Kasih yang terlampau mendorong seorang lelaki menikam bertubi-tubi bekas teman wanitanya apaila rayauan cinta kali keduanya ditolak.Menyedari kekasih mengalami cedera parah akibat di tikam di kepala dan leher,pemuda itu mencampakkan gadis itu di tepi jalan dan memecut laju kenderaan yang di pandunya. Orang rami yang melihat kejadian itu telah melaporkan kepada pihak polis dan polis telah mengejar kenderaan lelaki itu sehingga ke satu jalan mati.Lelaki itu kemudian bertindak terjun kelaut dan sehingga petang semalam belum di temui. Gadis yang cedera perah itu pula telah di hantar ke hospital.-kosmo |
'Baby Mummy' berusia 6500 tahun Posted: 01 Jul 2010 07:01 PM PDT Baby Mummy yang digelar 'The Detmold Child' yang berusia 6500tahun di pamerkan di Pameran Mummy Terbesar Dunia di California Science Center.Baby mummy ini dikatakan berusia 10 bulan dan menghadapi masalah jantung serta tumbesaran.
ANTARA MUMMY YANG DI PAMERKAN :
|
Pijak kepala isteri Posted: 01 Jul 2010 06:08 PM PDT Dia dibelasah, di pijak kepala,ditendang ,ditumbuk bertalu-talu dan juga dimalukan apabila rambutnya di gunting serta di ugut bunuh.Itulah nasib seorang wanita yang ingin meminta cerai daripada suaminya.Suaminya seperti dirasuk ketika membelasahnya.Wanita yang berkerja sebagai kerani itu telah lama makan hati kerana sikap suaminya yang panas baran.-harian metro |
Bil Berdarah Posted: 01 Jul 2010 05:38 PM PDT Hanya kerana bil elektrik tertunggak seorang lelaki mati dalam keadaan mengerikan, dipercayai di bunuh adiknya sendiri.Amir Khan Abdullah 53 ,ditemui berlumuran darah dengan 10 kesan tikaman pada tubuhnya dan lebih mengeriakn otak mangsa turut bersepai-harian metro |
Tentera Israel Lapah Mayat Posted: 01 Jul 2010 12:34 PM PDT Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan. Wujud kaitan antara tuduhan tersebut atas penahanan lelaki yahudi warga Amerika Syarikat berhubung dengan penyeludupan organ manusia. Sebuah akhbar Sweden Aftonbladet ada menyiarkan gambar seorang warga Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya.Ketika kempen menderma organ yang di anjurkan Israel menyebabkan ramai Pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka ada kesan di lapah. |
Kemaluan Dilekat Dengan Gam! Posted: 01 Jul 2010 09:01 AM PDT Tiga wanita yang berang kerana ditipu bertindak melekatkan kemaluan seorang lelaki,Donessa Davis di atas perutnya dengan menggunakan gam di sebuah motel.Tindakan ini di ketuai oleh isteri Davis iaitu Tracy Hood Davis yang mengetahui perbuatannya meniduri beberapa wanita lain. Hood Davis menghubungi tiga wanita yang pernah ditiduri suaminya iaituTherese Ziemann,Wendy Sewell dan Michelle Belliveau supaya merancang untuk melekatkan kemaluan Davis dengan gam.Ziemann telah menghubungi Davis supaya datang ke satu motel di California AS dengan tujuan untuk mengurutnya dan Davis membenarkan tubuhnya diikat dan matanya di tutup dengan kain.Kemudian Ziemann memanggil dua orang rakannya tadi untuk melekatkan kemaluan Davis .Dia dibebaskan selepas dia menjerit manakala tiga wanita itu melariakn diri dengan mencuri wang,telefon bimbit dan kereta Davis. Ketiga-tiga wanita berjaya diberkas dan isterinya belum dapat dikesan oleh pihak polis. |
PERLU KITA TAHU 11 Posted: 01 Jul 2010 07:51 AM PDT YANG PERLU KITA TAHU...
- Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir,Libya,Chad,Republik Afrika Tengah,Zaire,Uganda,Kenya dan Ethopia
- Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari manusia
- Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi
- Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan
|
Antara Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan Posted: 01 Jul 2010 06:59 AM PDT Antara kesilapannya ialah : - Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang boleh diterima Islam).Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :'Sesungguhnya sesiapa yang telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu." (riwayat Bukhari)
- Makan sahur diwaktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.'SAHUR' itu sendiri dari sudut bahasanya 'Aslah'(waktu terakhir di hujung malam)
- Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain.Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini.Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu untuk istigfar dan menunaikan solat malam.Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah di angkat oleh Allah SWT
- Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.Ini adalah satu kesilapan yang amat besar.Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa tetapi ia adalah satu rukun Islam yang menjadi tunggak ke Islaman seseorang,Solat adalah soalan pertama ditanya Allah kepada kita di akhirat kelak
- Malas dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.Sedangkan kerja kita lakukan dipejabat atau di mana-mana,bila di niatkan ibadah pasti akan menambahkanlagi pahala
- Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah.Sedangkan Imam As Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur itu ibadah adalah lemah(Al Jami' as Soghir ; Faridhul Qadir Al- Munawi, 6/291)
- Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagimana terawih.Ramai lupa atau tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,terutama sekali solat subuh berjemaah seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Bagi orang yang mendirikan solat subuh berjemaah,maka beroleh pahala menghidukan seluruh malam."
- Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat sekadar inginkan meriah.Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat,jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah,dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah SWT sebagimana yang ditetapkan oleh Nabi SAWdi dalam hadisnya yang bermaksud ,"Sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat ," (Riwayat Bukhari)
|